Вы находитесь на странице: 1из 23

KERJA KURSUS BAHASA MELAYU AKADEMIK 1 (SEMESTER 1 ) AHLI KUMPULAN : GLENDY NUR-HAFIFI BINTI MUHIE AZIANNA

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU


Bahasa sebagai sesuatu sistem Bahasa sebagai satu simbol Bahasa bersifat arbitrari Bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat dinamik Bahasa bersifat bervariasi

BAHASA SEbaGAI SIMBOL


Tarif: Perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang atau simbol. Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu kod pada kumpulan objek yang dinamakan isyarat. Tiga jenis lambang: Indeks Ikon Konvensi

INDEKS
Terbahagi kepada dua jenis: Manusia contoh:Tangis ( Lambang Sedih ) Bukan Manusia contoh: Jalan raya basah ( Lambang hujan )

IKON

Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri. contoh: bunyi-bunyi anomopeik seperti gedebum, miau

KONVENSI

Lambang jenis inilah yang disebut simbol Simbol konvensional adalah bukan bahasa, contoh: Tolak (-) dan Darab (x) dalam bidang ilmu hisab.

PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI


ALAT-ALAT ARTIKULASI

ALAT-ALAT ARTIKULASI IALAH ALAT YANG BERFUNGSI UNTUK MENGHASILKAN SEGALA BUNYI BAHASA

TARIF ARTIKULASI:
Cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Pergerakan organ pertuturan dalam penyebutan sesuatu bunyi Melafazkan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Baharu) The way of speaking,way of pronouncing words and syllable,enunciation (The World Dictionary Book[A-K])

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :


a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerakgerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir, lelangit lembut dan sebagainya. (b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator. Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

RAJAH ALAT-ALAT DAN DAERAH ARTIKULASI

Bibir atas Lelangit lembut Hujung lidah Bibir bawah

1)BIBIR ATAS 2)BIBIR BAWAH 3)GIGI ATAS 4)GIGI BAWAH 5)GUSI 6)LELANGIT KERAS 7)LELANGIT LEMBUT 8)ANAK TEKAK 9)HUJUNG LIDAH 10)HADAPAN LIDAH

11)TENGAH LIDAH 12)BELAKANG LIDAH 13)AKAR LIDAH 14)EPIGLOTIS 15)PITA SUARA 16)RONGGA TEKAK 17)RONGGA HIDUNG 18)RONGGA MULUT 19)RAHANG 20)TENGGOROK

FUNGSI-FUNGSI ALAT DAN DAERAH ARTIKULASI

LIDAH
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan

GIGI
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

BIBIR
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagaibagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

GUSI
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

LELANGIT
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

RONGGA HIDUNG
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

PITA SUARA
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

Вам также может понравиться