Вы находитесь на странице: 1из 27

Kumpulan 10

Tajuk : Kes Denggi Di Malaysia


SAM KAR LEE LEE CHAI CHENG ANG MIA YANG LOH YUH YANG LIEW WEI THONG SOO YI WEI A122308 A122359 A128905 A129974 A130286 A130476

Isi Kandungan
Pengenalan Faktor-Faktor Berlakunya Denggi Cara Jangkitan Denggi Ciri-ciri Nyamuk Aedes Ciri-ciri Deman Denggi Cara Rawatan Denggi Cara Pencegahan Denggi Analisis Kes Denggi di Malaysia Kesimpulan

Pengenalan DEMAN DENGGI


Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes atas orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Penyakit demam denggi adalah berpunca dari 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Demam denggi mempunyai simptom seperti sakit yang amat kuat di mata, kepala, kaki dan juga tangan.

Virus Denggi

Nyamuk Aedes

Deman denggi ini juga dikenalkan sebagai demam tulang-pecah (break bone fever).

Penyakit demam denggi boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome)(DSS) dan Demam Denggi Berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever)(DHF).
Biasanya demam denggi akan berlarutan selama 6 atau 7 hari. Dalam tempoh ini, bilangan sel darah pembeku atau platelet akan menurun diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah.

Pemindahan Secara Menegak Genetik, Etnik dan Jenis Darah

Nyamuk Aedes

Faktor-faktor Risiko Denggi

Geografi

Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa

Iklim

Cara Jangkitan Demam Denggi


Cara pertama : Kaedah terus - Virus denggi hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan, ia akan memasukkan virus denggi yang terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Cara kedua adalah penularan mekanikal. Cara ketiga adalah penularan transovari.

Ciri-ciri Nyamuk Aedes


Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi, iaitu Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus Aedes Aegypti:

o Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. o Berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempattempat gelap di dalam rumah. o Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

Aedes Albopictus:
o Terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan. o Terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. o Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuhtumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. o Boleh berkembang biak dalam pelbagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Kitar Hayat Nyamuk Aedes

Demam panas yang mengejut dan berlanjutan. Bintik-bintik merah pada kulit. Sakit tulang, otot, sendi, mata dan kepala. Ruam di bahagian kulit. Sakit perut. Rasa muntah. Hilang selera makan. Rasa pahit pada lidah. Lemah dan tidak bermaya. Gatal-gatal di badan.

Untuk pesakit yang menghidap DHF, mereka akan menunjukkan tanda-tanda kegagalan peredaran darah seperti :

o Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul. o Sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis). o Pesakit merasa amat tidak selesa. o Tekanan darah yang rendah. o Denyutan nadi yang laju tetapi lemah. o Sakit perut yang teramat. o Kulit berlengas dan sejuk serta kelihatan resah.

Seterusnya ialah tahap renjatan yang kritikal, iaitu DSS. Tanda-tanda:


o denyutan nadi yang lemah dan cepat o tekanan darah rendah iaitu tekanan darah menurun secara tidak normal o kulit menjadi dingin serta lembap o terasa tidak selesa.

Pengesanan antibodi tertentu daripada serum pesakit beberapa hari selepas menghidap demam.

Pemeriksaan darah digunakan - Kiraan sel platelet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi biasanya akan dikesan.
Diuji melalui pengesanan molekul, iaitu tindak balas berantai polymerase dan antigen denggi. Membuat ujian serum dengan menggunakan kit ujian cepat yang berdasarkan sampel serum tunggal yang boleh dibeli di kedai farmasi.

Kit ujian demam denggi

Rawatan bukan farmakologi

Cara-cara Rawatan
Rawatan sokongan

Rawatan farmakologi

Perlindungan dari gigitan nyamuk

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Cara-cara Pencegahan Demam Denggi

Elak dari melawat atau berkujung ke kawasan berisiko tinggi

Musnahkan tempattempat pembiakan nyamuk

Analisis Kes Denggi di Malaysia


Denggi sudah lama bertapak di Malaysia, iaitu sejak tahun 1902. Kes pertama Demam Denggi Berdarah dilaporkan di Georgetown, Pulau Pinang pada tahun 1962 dan Kuala Lumpur pada tahun 1973.

Jumlah kes Denggi dan kematian bagi tahun-tahun kebelakangan ini:

Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

Jumlah Kes Denggi 7,103 16,368

Jumlah Kematian 45 50

15,493
31,545

54
72

33,895
39,654 38,556

102
107 89

2007
2008

48,185
49,335

98
112

Pada tahun 2010, jumlah kes terkumpul Deman Denggi yang dilaporkan bagi tahun ini setakat 1 Mei 2010 adalah 16,455 dan bilangan kematian setakat ini ialah 56 orang. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama dengan tahun lepas, jumlah kes Denggi terkumpul menurun sebanyak 11% tetapi bilangan kematian mengalami peningkatan 30%.

Kesimpulan
Kes deman denggi di Malaysia mempunyai tren yang kian meningkat. Rakyat Malaysia bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan denggi. Dengan sedemikian, nescayanya kes denggi dapat diminimumkan dan mangsa yang meninggal dunia atas denggi akan dikurangkan.

Ingatilah :
jangan

menjadikan diri kita mangsa denggi yang seterusnya

Soalan daripada kami:


1. Yang manakah berikut merupakan jenis virus denggi? I Den-1 II Den-2 III Den-3 IV Den-4 A. I,II dan III C. II,III dan IV B. I,II dan IV D. Semua 2. A. B. C. D. Berikut merupakan simptom deman denggi, kecuali : Sakit tulang, otot, senji, mata dan kepala Gatal-gatal di badan Cirit-birit Rasa muntah

Вам также может понравиться