Вы находитесь на странице: 1из 10

Bidang Keberhasilan Utama Nasional

( National Key Results Area ) 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Mengurangkan Kadar Jenayah Memerangi Rasuah Meluaskan Akses Kepada Berkemampuan Pendidikan Berkualiti dan

Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan. Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang

dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%. Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Baiah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

Kesimpulan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata. Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan

PENDAHULUAN

Program j-QAF berasaskan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005.

LATAR BELAKANG j-QAF

Program j-QAF ialah singkatan daripada perkataan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Pelaksanaan j-QAF pada 2005 ini adalah berdasarkan punca kuasa berikut: Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30/12/2003 telah menyarankan bahawa KPM hendaklah mengambil usaha bagi membolehkan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah dan mewajibkan Bahasa Arab Mesyuarat JPP KPM Bil. 178/2004 pada 13/1/2003 telah dimaklumkan berkenaan Tindakan Susulan Lawatan Y.A.B. Perdana Menteri ke KPM dan bersetuju diambil tindakan atas kenyataan bahawa pendidikan agama Islam tidak boleh dijadikan sistem berasingan dan usaha perlu dilakukan agar semua sekolah agama dijadikan institusi di bawah KPM serta saranan supaya KPM boleh melaksanakan perkara ini dengan: (1) meningkatkan peluang aliran agama di sekolah-sekolah bermula dari tingkatan 4 yang wujud seiring dengan aliran lain seperti sains dan teknikal (2) pendidikan Islam di SK yang membolehkan murid-murid khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah (3) mata pelajaran Bahasa Arab diwajibkan kepada murid Islam dan memberi pilihan kepada murid bukan Islam Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 1/2004 pada 7/1/2004 memutuskan supaya JAPIM diberi tanggungjawab membuat perancangan dan melaksanakannya dalam kadar segera. Seterusnya Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 2/2004 pada 21/1/2004 telah dimaklumkan dan bersetuju bahawa projek ini diberi nama singkatan j-QAF bermaksud (j=Jawi, Q=Quran, A=Arab, F=Fardu Ain). Mesyuarat ini juga bersetuju dengan perancangan JAPIM melaksanakan projek tersebut seperti berikut: (1) Jan & Feb 2004 Mencari dan mengumpul model-model khatam al-Quran, model pelaksanaan Bahasa Arab, model keberkesanan pelaksanaan pengajaran Jawi dan model keberkesanan amalan Fardu Ain.

(2) 3-5/3/2004 Seminar j-QAF telah dilaksanakan bagi mendapat pandangan tentang kertas-kertas cadangan dan model-model j-QAF yang sesuai dilaksanakan di sekolahsekolah (3) April, Mei, Jun dan Julai 2004 Projek rintis j-QAF dilaksanakan di 38 buah sekolah terpilih (4) Mei hingga Julai 2004 Menyediakan kertas perancangan keperluan tambahan perjawatan dan kewangan projek j-QAF

(5) Ogos 2004 Laporan Projek Rintis j-QAF (6) September 2004 Nota makluman projek j-QAF ke Kabinet (7) September hingga Disember 2004 Persediaan dan perancangan ke arah pelaksanaan projek pada tahun 2005. KONSEP PROGRAM j-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model da nmodulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: Menguasai bacaan dan tulisan jawi Khatam al-Quran Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1.

Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2.

Kepentingan Khatam al-Quran

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah alQuran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3.

Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya. 4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anakanak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut: 1. model Kelas Pemulihan Jawi;

2. model Tasmik; 3. model 6 bulan Khatam al-Quran; 4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi; 5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut: 1. Kelab Seni Tulisan Jawi; 2. Kem Bina Juara; 3. Majlis Khatam al-Quran; 4. Kem Literasi al-Quran; dan 5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2.. Model Khatam Al-Quran Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Quran Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Quran Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah

IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam alQuran. Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolahsekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Lipatan Sejarah Program J-Qaf Berasaskan Idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Dicetuskan Semasa Lawatan Pm Ke Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) Pada 30 Disember 2003. Idea Ini Telah Diperhalusi Di Peringkat Kementerian Pelajaran. Dilaksanakan Sepenuhnya Mulai Tahun 2005. Konsep Program J-Qaf Program J-Qaf Adalah Suatu Usaha Memperkasakan Pendidikan Islam (Pi) Melalui Penekanan Khusus Dalam Pengajaran Jawi, Al- Quran, Bahasa Arab Dan Fardu Ain Yang Dilaksanakan Di Peringkat Persekolahan Rendah. Pelaksanaan Program Ini Menggunakan Kurikulum Serta Model Dan Modulnya Yang Tersendiri. Pelaksanaannya Menggunakan Peruntukan Jadual Waktu Sedia Ada. Objektif Program J-Qaf Semua Murid Islam Sekolah Rendah Akan Dapat : 1. Menguasai Bacaan Dan Tulisan Jawi.

2. Khatam Al-Quran; 3. Menguasai Asas Bahasa Arab 4. Memantapkan Dan Menghayati Amalan Fardu Model-Model Program J-Qaf Model Kelas Pemulihan Jawi Model 6 Bulan Khatam Al-Quran Model Tasmik Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi Model Bestari Solat Ativiti Pengukuhan 1. Kelab Seni Tulisan Jawi 2. Kem Bina Juara 3. Majlis Khatam Al-Quran 4. Kem Literasi Al-Quran Dan Pertandingan Bahasa

1. Saya nak jadi cikgu kerana kerjaya cikgu adalah punca rezeki yang baik. Apabila saya menjadi cikgu saya bukan sahaja memperoleh pendapatan , saya juga beroleh ilmu semasa saya belajar untuk mengajar, pahala dan doa doa dari anak murid yang mendoakan saya. 2. Ini ialah cita cita dan minat saya sejak kecil. Saya sedar saya ada kebolehan menjadi penyampai dan pengajar yang baik selain hati saya yang meminati ilmu. 3. Kerjaya cikgu mulia di mata masyarakat. Saya mahu jadi sebahagiannya. 4. Kerjaya ini menjadikan manusia itu ada jiwa dan ilmu. Semua pekerja samada dari pemimpin hingga orang bawahan yang ada di dunia bermula dengan didikan seorang guru. Betapa tinggi tarafnya kerjaya ini. 5. Saya nak jadi cikgu kerana saya mahu ilmu yang di beri kepada murid dapat di manfaatkan oleh mereka bila dewasa nanti ,dan pahala saya menyampaikan ilmu dan kebaikan akan dibalas oleh Allah.InshaAllah. 6. Saya sayangkan kanak-kanak. 7. KENAPA ANDA JADI CIKGU?KENAPA anda ingin jadi cikgu? ini merupakan soalan yang lazim ditanyakan semasa proses temu duga calon-calon yang bakal mengikuti pengajian di institut-institut perguruan sama ada bagi program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan sebagainya.

8. Biasanya jawapan standard yang akan diberikan ialah ingin mendidik anak bangsa, menyebarkan ilmu dan ingin membentuk generasi terbilang walaupun mungkin realiti sebenarnya profesion keguruan menjadi pilihan terakhir mereka. 9. Apa pun majoriti guru dan juga bakal guru hari ini hakikatnya benar-benar komited dengan tugas mereka. Oleh sebab itu, mereka diraikan pada setiap 16 Mei saban tahun. 10. Tahun ini, bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, Hari Guru disambut bagi mengenang dan menghargai jasa insan yang sering diumpamakan sebagai lilin ini. 11. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada hari tersebut dalam tahun 1956, Majlis UndangUndang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 12. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. 13. Tugas guru hari ini tidak lagi semudah dahulu. Mereka menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks sesuai dengan kepesatan modenisasi hari ini. Sejajar dengan era dunia tanpa sempadan dan globalisasi, seorang guru tidak hanya berperanan mendidik anak murid agar celik 3M (membaca, menulis dan mengira) malah lebih dari itu. 14. Mereka dituntut melahirkan generasi terbilang yang memenuhi Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 15. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 16. Bagaimanapun situasi semasa memperlihatkan semacam wujud kelompangan dan kekurangan dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara. 17. Media massa kerap melaporkan seribu satu kebejatan sosial yang melanda remaja hari ini. Buang bayi, bohsia, pengkid, seks bebas, buli, gaduh, ponteng dan menonton video lucah menggambarkan seriusnya keruntuhan moral mereka. Hal ini tidak termasuk isu dadah dan rempit yang seolah-olah tidak mempunyai titik noktahnya. 18. Di sisi lain, wujud pula kecenderungan mengejar kecemerlangan akademik yang berlebihan. Berlaku perlumbaan untuk meraih seberapa banyak A dalam peperiksaan seolah-olah hanya itu yang menjadi lambang kejayaan dalam sistem pendidikan negara. Tidak salah untuk cemerlang dalam akademik namun hanya itukah matlamat pendidikan kita? 19. Tujuan pendidikan dalam Islam, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (2001), adalah melahirkan manusia yang beradab. Adab melibatkan pengakuan tentang sesuatu secara benar dan tepat; perilaku yang baik untuk mendisiplinkan fikiran dan jiwa serta penonjolan tingkah laku yang benar dan tepat. Manusia beradab hanya mampu diciptakan dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan (hikmah) yang menghasilkan keadilan kepada diri, negara, masyarakat dan alam sekitar. 20. Dengan kata lain, objektif utama pendidikan dalam Islam ialah melahirkan insan yang sempurna (insan al-kamil), yang terdidik rohani dan jasmani, yang seimbang kehidupan spiritual dan materialnya. Insan tersebut harus mampu melaksanakan tanggungjawab selaku khalifah Allah di dunia dan pada masa yang sama menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya. 21. Justeru para guru harus tahu membezakan antara mengajar dan mendidik. Tidak sama antara mengajar anak beruk memetik buah kelapa dengan mendidik anak murid agar menjadi insan yang berguna. Mendidik bukan sekadar mewujudkan generasi yang celik inteleknya tetapi juga utuh rohani, emosi dan jasmaninya.

22. Hakikatnya tugas yang digalas oleh seorang guru adalah amat berat. Di bahu merekalah terpikulnya tanggungjawab untuk melahirkan generasi cemerlang yang seterusnya akan membentuk negara terbilang. Mungkin dalam kemeriahan sambutan Hari Guru ini, para guru boleh merenung sejenak dan bermuhasabah diri Kenapa anda ingin jadi cikgu? Selamat Hari Guru. 23. (Penulis merupakan Tutor di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Вам также может понравиться