Вы находитесь на странице: 1из 18

1PENDAHULUAN 1.1.

GAYA HIDUP SIHAT Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya merupakan penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan kita juga merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat Masyarakat kini mengambil prihatin tentang amalan gaya hidup sihat dengan mengadakan beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan cara-cara untuk menjalankan kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di televisyen yang menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk makan dua hidangan buah-buahan dan juga sayursayuran setiap hari Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting gaya hidup sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan adanya tidur yang secukupnya, seseorang itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan dapat menghabiskan kerja-kerja yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu setiap individu mencari penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk kehidupan mereka.Disamping itu kawalan stress juga salah satu aspek penting dalam gaya hidup seseorangGaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini

(1) Pameran Gaya Hidup Sihat ini merupakan satu program yang dirangka khas bagi muridmurid tahap 2 SJK(T) Ladang Sungai Kelamah yang merangkumi Tahun 4, 5 dan 6. Program ini di anjurkan sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Jasmani SJK(T) Ladang

Sungai Kelamah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin. Pameran Gaya Hidup Sihat ini merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Gaya hidup sihat adalah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.Masyarakat yang mempunyai gaya hidup sihat dikatakan mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Namun masyarakat yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi tidak semestinya mempunyai gaya hidup yang sihat.Justeru, melalui program ini juga, para pelajar akan didedahkan mengenai aspek senaman dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stress. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.2 SENAMAN DAN REKREASI Senaman merupakan satu kumpulan pergerakan fizikal secara terancang dengan tujuan meningkatkan tahap kecergasan untuk kesihatan yang optimum. Ia adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Rekreasi adalah aktiviti yang boleh dilakukan diluar rumah dan diluar sekolah. Ianya boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan. (2) Aktiviti rekreasi boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan. Murid- murid didedahkan dengan kepentingan senaman dan rekreasi seperti membina daya tahan, membina kekuatan, mengawal kesihatan, memberi ketenangan dan mengelakkan penyakit 1.3 PENGURUSAN STRES

Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif menunjukkan peningkatan yang ketara kebelakangan ini. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Pertubuhan Kesihatan Bersatu, stres dilabel sebagai Penyakit abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa stres ialah Epidemik Dunia. Sedunia (WHO) juga menjangkakan bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Satu kajian di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap hipertensi, kerisauan melampau, kemurungan atau obesiti. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental. 1.4 REHAT DAN TIDUR Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.Tidur pula didefinisikan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Aspek ini penting bagi murid kerana tidur dan rehat yang tidak cukup akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Selain itu, rehat dan tidur juga penting untuk badan seseorang individu untuk berfungsi dengan keadaan optimum dan menghindarkan murid daripada melakukan perkara-perkara negatif (3) 1.5 TUJUAN PAMERAN Tujuan pameran ini diadakan bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan gaya hidup sihat . Disamping itu ia bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepentingan mengenai aspek aspek senaman , rekreasi rehat dan pengurusan stres khas pelajar tahap dua.Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek

aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapak mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan dari awal usia bangku sekolah. Kesedaran ini amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.Ramai pelajar dari luar bandar tidak peka tentang gaya hidup sihat kerana tidak ada pendedahaan mengenai . Meraka kurang arif kemungkinan tidak ada alat canggih seperti internet atau alat komunikasi. Selain itu ada pelajar datang dari keluarga yang miskin tidak mampu . Oleh itu dengan mengadakan pameran seperti dapat membantu pelajar ini dapat kesedaran bertapa pentinagan gaya hidup sihat untuk diri mereka . 1.4 RASIONAL PAMERAN Pameran Gaya hidup merangkumi aspek senaman dan rekreasi , rehat dan tidur serta pengurusan stres.Ia harus didedahkan kepada semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.Melalaui Pameran sehari ini akan dapat memupuk perasaaan cintakan kesihataan serta melahirkan tanggungjawab mengenai peranan sebagai warganegara demia membantu negara dengan mengurangkan jumlah penyakit kronik. Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara.Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka kearah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Pameran Gaya Hidup ini yang terancang dan bersepadu. (4) 1.5 NAMA PAMERAN

SAYANGILAH DIRI ANDA KERANA ANDA TUNJANG NEGARA

1.6 TEMA PROGRAM

Tema bagi program ini ialah Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif. Tema ini melambangkan murid sebagai generasi berilmu dengan tahap kesihatan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan individu yang progresif, maju dan berdaya saing.

1.7 MATLAMAT PAMERAN Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktivitit di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas. Pameran ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap gaya hidup sihat di kalangan murid melaluipameran kepelbagaian dan perkongsian maklumat dan mesej gaya hidup sihat.Melalui pameran ini memupuk minat pelajar mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan kenal pasti senaman yang harus dijalankan Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman pameran yang dijalankan sehari suntuk untuk pelajar tahap dua. Melalui pameran ini pelajar dapat menghayati kepentingan gaya hidup sihat dan aspek aspek kaitan dengan gaya hidup ini. (5) 1.8 OBJEKTIF PAMERAN Antara Objektif Pameran Gaya hidup ini ialah : Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuaan , kefahaman dan kemahiran pencegahan murid terhadap kesihatan dan keselamatan.

Menggembiling usaha dan tenaga bagi membina jati diri yang tinggi di kalangan pelajar daro fizikal , emosi mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman .

Melibatkan dan mewujudkan pemuafakatan antata sekolah dengan masyarakat dan pelajar bagi mencapai matlamat bersama. Meningkatkan pengetahuaan dan informasi mengenai Kesihatan dengan menerapkan kepada para pelajar. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan sejahtera di dalam sekolah. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusiof kepada Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung . pelajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan senamana, rehat dan cara mengurus sters kearah kehidupan lebih positif.

(6)

1.9 AHILI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT PUAN VENNI GURUBESAR SJK(T) LDG SG KELAMAH GURUBESAR

PENGERUSI PN. R. KARPAGAM G.P.K.MURID

T.PENGERUSI CIK. M. ANURATHA GURU PENOLONG KANAN 1

SETIUSAHA PUAN K. VASUNTHI KETUA PANITIA PJK

BENDAHARI EN. T. GOBINATHAN SETIUSAHA PANITIA PJK

AJK CIK. M. NUTHANI CIK.P.GAYATHRI CIK.L.KALA

(7) 1.10 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM : Puan Venni( Gurubesar ) : Puan R. Karpagram ( GPK HEM ) : Cik. M. Anurathan (GPK 1)

Setiausaha Bendahari

: Puan K.Vasunthi ( Ketua Panitia PJK) : Encik. T. Gobinathan ( S/U Panitia PJK ) AJK PROGRAM

SAMBUTAN GuruBesar Semua GPK SIARAYA En.Ganesan En.Murali DISIPLIN En.Ravin

URUSETIA Pn.Vickneswary

LCD / P.A SISTEM En. Muhammad Muhaimin

PERSIAPAN DEWAN En.Ganesan Staf Sekolah

HADIAH & SIJIL Pn.Santha Pn.ArulMary PERALATAN En.Ravin

MAKANAN & MINUMAN Pn. Ananthi Pengusaha Kantin PROMOSI/ BANNER Puan R. Nagamal

DOKUMENTASI En. Narendran (8)

1.11

FORMAT PELAKSANAAN

Format pelaksanaan program ini ialah dalam bentuk pameran. Pendedahan tentang gaya hidup sihat kepada murid dalam bentuk pameran dianggap sesuai untuk mempromosikan info-info kesihatan dan gaya hidup sihat dengan berkesan melalui : Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu.

Memperkasakan individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka.

Gambar-gambar kepentingannya.

dan

risalah

tentang

panduan

gaya

hidup

sihat

serta

Memberi penjelasan kepada murid tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Memberi peluang kepada murid untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan pihak penganjur bagi mendapatkan maklumat kesihatan yang diperlukan

(8) (9)

1.12 PENGAJUR Pameran Gaya Hidup Sihat ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin.

1.13 TARIKH 17 .JULAI 2010 bersamaan Hari Sabtu

1.14 Tempat Di Dewam Besar Sekolah Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Ladang Sungai Kelamah.

1.14 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN

Pelajar

: Seramai 50 orang murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) SJK(T) Ladang Sungai Kelamah

: 30 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan

Pemimpin

: Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan 4 orang guru Pendidikan Jasmani

1.15 KAEDAH PELAKSANAAN Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan

01

Penyediaan kertas cadangan Pameran membentangkan kertas Setiausaha cadangan dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak pengajur Pameran dan pelaksanan Pameran melalui mensyuarat dan bersemuka.

02

Mesyuarat Ahli jawatankuasa kali pertama. Pelantikan AJK Pameran secara rasmi

Setiausaha Pameran

03.

Mengaktifkan sebuah bilik gerakaan bagi pelaksanaan kerja asas AJK bagi pameran ini ( cadangan Bilik Pusat Sumber

Persiapaan /

Tempat Setiauasaha Pameran

04

Menyuarat kali 2 oleh AJK pameran

05

Menjalankan kerja kerja

penyediaan ,percetakaan dan S/U Pameran dan AJK Promosi S/U Pameran dan

mengirim surat menyurat , kad serta surat jemputan

06

Mengirim surat / kad jemputan kepada tetamu terhormat seperti menjemput Pegawai Pendidikan Daerah dan dif dif terhormat. AJK Jemputan

Bil 07

Pelaksanaan Tugas

Tindakan

Menempah dan memasang banner untuk tujuan promosi dan AJK Promosi memberi surat kebenaraan untuk mendapat kebenaraan daripada

ibubapa. 08 Menyediakan hadiah dan cendarhati AJK Hadiah

09

Tempah makanan untuk jamuan murid dan jamuan VIP.

AJK Jamuan

10

Menyediakan bilik khas untuk kegunaan pameran dan AJK Tempat menyediakan dewan untuk majlis perasmiaan.

11

Pengumpulan bahan / fotogratif/ rakaman vidoe untuk AJK pendokumentasian. Dokumentasi

12

Kerja pembersihaan kawasan / bilik selepas pameran bersama Semua AJK pihak sekolah dan murid

(11) 1.16 TENTATIF PROGRAM PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SJK(T) LADANG SUNGAI KELAMAH

(17 JULAI 2010/ Sabtu) 8.00pg - 8.30pg 8.30 pg - 9.00pg : : Sambutan dif-dif kehormat dan para tetamu Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SJK(T) Ladang Sungai Kelamah.

9.00pg 9.30pg

Ucapan Guru Besar SJK(T) Ladang Sungai Kelamah

9.30pg 10.00pg

Upacara perasmian Pameran Gaya Hidup Sihat oleh Guru Besar.

10.00pg 12.00pg

Sesi pameran senaman dan rekreasi

12.00pg 1.00tgh 1.00tgh - 2.00ptg :

Pertandingan mewarna Rehat

2.00ptg 3.00ptg 3.00 ptg 4.00ptg 4.00ptg 5.00ptg

: : :

Sesi pameran rehat dan tidur Sesi pameran pengurusan stres Penyampaian cenderahati kepada dif-dif kehormat, guru besar dan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani.

5.00 petang

Penutup

1.17 TENTATIF PAMERAN SECARA LENGKAP DAN TERPERINCI

TARIKH/ MASA / TEMPAT PROGRAM DAN AKTIVITI

07.JULAI 2010 ( RABU ) 8.00-10.00 am DEWAN SJKT LDG SG KELAMAH 10.00am -1.00am Bilik Pusat Sumber

Bacaaan Doa. Nyayian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu sekolah. Ucapan Pengerusi Pameran Gaya Hidup Sihat Ucapan Tuan Guruberas dan rasmikan Pelancaran Pameran Gaya Hidup sihat.

PAMERAN MENGENAI SENAMAN& REAKRASI Melihat pameran mengenai cara melakukan senaman yang betul mengikut umur . Mendengar taklimat ringkas mengenai masa yang betul untuk melakukan senaman dan reakrasi. Selain itu juga mendapat pendedahaan mengenai jumlah masa senaman untuk sehari atau seminggu.(Penerangaan dari Pegawai Kesihatan dari Hospital Daerah.) Mengadakan pertandingan mewarna selama sejam (pemenang mengikut kebersihnan berwarna, kepantasan berwarna dan kemas)

2.00pm-3.00pm

PAMERAN MENGENAI REHAT DAN TIDUR . Melihat pameran mengenai cara tidur yang betul sambil mendengar penerangan mengenai jumlah masa yang cukup untuk kanak kanak di umur dari 10 hingga 12.

Bilik Perpustakaan

Bila pelajar sekolah perlukan rehat dan tidur yang cukup. Masa yang sesuai untuk tidur ( jumalah masa .) Ketahui cara yang betul tidur.

3.00pm- 4.00pm Bilik Darjah Tahun 4

PAMERAN MENGENAI STRES. Dapatkan penjelasaan dari Pakar Kauseling mengenai punca berlaku stres dan cara untuk mengelakan berlaku stres. Melihat Pameran bila berlaku stres dan langkah langkah menandingi stres Melalui pameran dapat ketahui akibat yang dihadapi jika tidak menandingi stres.

4.00pm- 5.00pm DEWAN SJKT LDG SG KELAMAH

PENUTUP Gurubesar memberi cenderahati kepada para pegawai dari Pejabat Kesihatan, Pakar Kaunseling dan semua insan yang memberi sumbangan . Memberi hadiah kepada para pemenang pertandingan berwarna.

( 15 )

1.18

ANGGARAN PERBELANJAAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SJK(T) LADANG SUNGAI KELAMAH PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN(RM)

BIL

PERBELANJAAN CETAKAN Booklet Program Surat-Menyurat Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM 45 RM 20 RM 65

PROMOSI Banner Jumlah Perbelanjaan Promosi RM 50 RM 50

HADIAH & CENDERAHATI Hadiah Pertandingan Mewarna Cenderahati Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM 50 RM 75 RM 125

JAMUAN Jamuan Murid ( Ringan ) Jamuan VIP Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM 100 RM 200 RM 300 RM 60 RM 500

4 SUMBER:

LAIN-LAIN PERBELANJAAN JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

Sumbangan PIBG. Sumbangan orang perseorangan Sumbangan daripada Pihak Sekolah. ( 16 )

1.19 Penutup

Pengelolaan program ini adalah selaras dengan agenda kerajaan masa kini untuk memerangi masalah kesihatan.. Gerakan bersepadu secara menyeluruh melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta, dan badan bukan kerajaan adalah strategi terbaik dalam menjayakan pameran ini.Oleh itu, kerjasama dalam pelbagai bentuk oleh semua pihak yang terlibat adalah merupakan faktor utama dalam mencapai matlamat pameran . Sementara itu, pelajar-pelajar yang terlibat dari Tahap Dua untuk sama-sama memahami Konsep Gaya Hidup Sihat. Kejayaan paling cemerlang ialah apabila para pelajar dapat memaksimumkan segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang pameran ini dijalankan. Seterusnya, pengalaman yang diperoleh akan dibawa pulang dan pelajar-pelajar ini akan memainkan peranan utama di sekolah. Adalah menjadi harapan kami agar Pameran Gaya Hidup Sihat anjuran Panitia Pendidikan Jasmani yang pertama kali diadakan ini akan mendapat sambutan daripada peserta dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada pihak SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dan Pejabat Pelajaran Daerah Tampin serta Pejabat Kesihatan Daerah Tampin. Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif serta matlamat yang telah digariskan Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Pameran ini membantu negara mencapai matlamat iaitu pada tahun 2015 dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini berterusan dapat memberi keinsafan kepada semua golongan masyarakat. Setiap insan akan sentiasa memberi sokongan dan galakkan yang sepenuhnya

Disediakan oleh : ----------------------------Pn.K.Vasunthi, Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani&Kesihatan SJK(T) Ladang Sungai Kelamah Kelamah

Disahkan oleh : ---------------------------------Pn.S. Vasenda, Guru Besar, SJK(T) Ladang Sungai

( 18 )

Вам также может понравиться