Вы находитесь на странице: 1из 1

Alam Sekitar. Maksud.

Definisi & Makna

Apa itu alam sekitar?. Di sini kita dapat menterjemahkan alam sekitar itu dengan 2 perkataan berbeza. Alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan. Alam juga melibatkan semua jenis hidupan, keadaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda yang tidak hidup. Kedua adalah Sekitar. Maksud lain bagi sekitar ialah sekeliling, berdekatan. Jadi dua perkataan ini membawa maksud Keadaan kawasan di sekelilig kita. British Environment Protection Act 1990 menyatakan bahawa alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air, udara dan tanah. Penyataan ini juga disebut di dalam EU Economic Community 1967 di mana alam sekitar ialah air, udara dan tanah dan perhubungan sesama komponen dan semua jenis hidupan. Sadashiavan, 2012 menulis bahawa alam sekitar ialah alam sekitar merupakan keadaan di dalam atmosfera atau keadaan untuk hidup. Daripada ketiga-ketiga penyataan tadi, alam sekitar terdiri daripada tiga komponen penting iaitu air, udara dan tanah. Ketiga tiga komponen ini saling memerlukan satu sama lain, di mana sekiranya tiada air, maka hidupan air semua tidak wujud, dan hidupan darat akan mati kerana tiada air manakala sekiranya tiada darat, tiada pula pokok untuk menhasilkan udara dan tiada pula hidupan darat yang wujud dan sekiranya tiada udara, semua hidupan di bumi akan mati.

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

Вам также может понравиться