Вы находитесь на странице: 1из 53

Yusnida Tajudin

Bab 1
Terkedu. Hampir semua staf di ruang besar tu terdiam menikus mendengar suara yang bagai guruh di langit tu. Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba aje guruh berdentum. Ya, ampun! Jangan mamat kerek ni jadi bos aku sudahlah. Muka aje budget hensem, tapi mulut memang tak ada insurans langsung. Suka hati mak ayah dia aje nak sound staf dia macam tu. Kalau kat dalam pejabat ke, boleh la ampun lagi. Ini dah terang-terang kat public. Dalam diam, hati aku mengutuk mamat tu. Tapi muka memang hensem. Kalah pelakon Korea. Eh, pelakon Korea tu hensem ke? Entahlah, aku mana suka layan drama-drama Korea ni. Ayesha, jangan terkejut ya dik. Encik Emeer tu nampak aje garang, tapi hati baik. Staf kat sini dah biasa dah dengan perangai dia tu. Tiba-tiba Kak Munirah bersuara seolah-olah nak

WAK nikan, otak tu kalau jual kat pasar, otak lembu lagi laku tau!

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

memadamkan keresahan yang melanda aku. Ish... ni mesti mamat kerek ni bos aku. Sahih dah ni. Kalau tidak, masakan Kak Munirah nak cover lak mamat tu. Terkulat-kulat aku memandang ke arah borangborang yang telah aku tandatangan sebentar tadi. Alamak, kalau betullah mamat ni bos aku, tak ke haru hidup aku lepas ni. Nak ke aku kerja dengan mamat ni? Lapan jam paling kurang nak menghadap muka mamat budget hensem ni. Ala... apa nak susah, tempoh percubaan kan tujuh hari. Kalau rasa tak sanggup aku blah ajelah. Notis pun boleh beri satu hari sahaja, kan? Namun, wajah Kak Munirah yang lembut itu kutenung lama dalam diam. Setelah selesai urusan di bahagian pentadbiran, Kak Munirah membawa aku ke tingkat empat yang menempatkan kesemua pejabat pengurus besar bagi setiap bahagian dan bilik CEO. Di sini juga ditempatkan pejabat khas bagi semua personal assistant merangkap setiausaha kepada penguruspengurus besar dan CEO. Bilik mesyuarat juga terdapat di tingkat yang sama. Wah! Boleh tahan cantik juga dekorasi ruang di situ. Kak Munirah mengarahkan aku ke pejabat yang paling hujung. Katanya, di situlah pejabatku yang bertentangan dengan pejabat pengurus besar bahagian am. Aku ditugaskan mengurus semua keperluan pengurus besar am, menyediakan material untuk management meeting, board meeting, budget meeting, business development meeting, malah terpaksa juga hadir dalam setiap mesyuarat serta demo syarikat. Hmmm... ijazah pun belum dapat, dah berat tugasan yang nak kena aku pikul. Boleh ke, Cik Ayesha Sorfina? Gerutu hatiku. Tak sampai lima minit, suara guruh yang aku dengar di tingkat bawah tadi menjerit memanggil namaku.

Kak Munirah hanya mengenyitkan mata sambil mengangkat ibu jarinya lalu bergegas meninggalkan aku. Hati di dalam sudah terasa amat kecil. Bukanlah aku ini seorang yang penakut, tetapi menghadapi angin tsunami pada hari pertama bekerja bukanlah sesuatu yang indah. Sempat juga aku membaca dua tiga doa pelindung diri sebelum masuk ke bilik pemilik suara halilintar tu. Tanda nama yang bertulis Encik Emeer Zafran-Pengurus Besar Am kutenung sekali lintas. Perghhh nama sikit punya bagus. Sejuk aje telinga mendengarnya tapi perangai tak boleh blah. Yang awak terjenguk-jenguk tu kenapa? Nak suruh saya sediakan red carpet ke baru nak masuk?! Wah, belum apa-apa lagi aku dah kena jerkah. Jariku laju sahaja menggaru kepala yang tak gatal. Ada kutu ke? soal mamat budget hensem tu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala. Masih lagi membisu. Otak aku berperang dengan hati. Nak bertanya atau biarkan sahaja mamat ni yang bercakap. Hah... first day, kan? Saya nak tau, awak ni ada perancangan ke nak kahwin dalam masa terdekat ni? Soalan yang membuntangkan mataku yang dah sedia bulat ni. Soalan jenis apa ni? Ada ke soalan spesies ni yang ditanya dalam interview? Aku ni bukanlah pandai sangat pun, tapi rasa-rasanya masa aku sediakan kertas kerja khusus tentang How To Manage an Interview dalam subjek English Communication di universiti dulu tak ada la pula keluar soalan-soalan macam ni. Hmmm... kenapa Encik Emeer tanya saya macam tu? Encik Emeer nak masuk meminang saya ke? Atau Encik Emeer tak nak PA yang dah nak kahwin?

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Wah, rasa macam nak sepak-sepak aje mulut aku sendiri dengan soalan cepumas yang tiba-tiba aje keluar daripada mulut aku yang boleh tahan jugak lasernya ni. Jawapan daripada soalan yang aku ajukan tadi, tak lain dan tak bukan hanyalah mata merah menyala yang membulat si empunya diri. Kelat wajah mamat budget hensem tu merenung ke arahku. Puan Munirah dah brief awak tadi, kan tentang tugasan awak? Saya tak suka staf yang buat kerja sambil lewa, dah tu tak ikhlas pula. Awak mesti awal sepuluh minit daripada saya. Kalau saya belum balik, awak pun tak boleh balik lagi. Saya nak tiap-tiap pagi dan selepas lunch mesti ada Nescafe O, satu sudu gula aje atas meja saya. Faham? Panjang lebar arahan bos aku ni. Satu per satu aku catat untuk memudahkan aku mengingatinya pada masa depan. Itu pun kalau aku lama la bekerja dengan mamat cerewet ni. Dah tu, apa tercegat lagi? Pergilah buatkan Nescafe O saya tu. Ingat, satu sudu gula aje... tak mahu manis! jerkahnya. Omang aiii... dah la suruh aku buatkan minuman, tak ada hati ke nak minta tolong baik-baik? Nasib tak baik nanti aku tuang sebungkus gula dalam Nescafe O tu.Hati nakalku dah berkira-kira. Tak apalah Ayesha Sorfina, hari ini hari dia... esokesok boleh saja kau nak balas dendam. Masukkan sahaja selori gula dalam cawannya tu. Aku tersengih sendiri sambil berlalu. Sempat juga aku menjeling ke arah mamat budget hensem tu. Hesh, tak habis lagi ke nak tengok aku? Tahulah aku ni cantik jugak. Perasan la kau Ayesha oi! Hampir jam empat petang, telefon di mejaku

berbunyi lagi. Hari ni, dah berpuluh-puluh kali aku menjadi penyambut telefon tu. Nasib baiklah suara-suara yang kudengar di hujung talian tu lembut-lembut belaka. Bolehlah jadi pengubat hatiku yang dah terjongket-jongket dengan rasa sebal ni. Assalamualaikum Ayesha, Kak Mun ni. Terdengar suara halus Kak Munirah di hujung talian. Waalaikumussalam kak. Macam mana hari ni, semua okey ke? Soalan Kak Munirah mengundang rasa meluat aku terhadap mamat budget hensem yang sedang bermesyuarat. Kak, Ayesha ingat esok dah tak nak kerja la kak. Ala Ayesha, jangan la buat Kak Mun cenggini. Kesian la kat Kak Mun ni. Minggu ni aje dah empat orang termasuk Ayesha tau. Masing-masing tahan sehari dua aje. Kak Mun harap Ayesha bolehlah bertahan ya. At least sebulan ke? Bagi la peluang untuk kenal lama sikit dengan bos tu, pujuk Kak Munirah. Encik Emeer tu sebenarnya baik tau, Ayesha. Jangan tertipu dengan luaran, kenali dulu luar dan dalam bos Ayesha tu. Apa orang putih kata, dont judge a book by its cover, ha... macam tu la, sambung Kak Munirah beria-ia memujukku. Hati aku yang ala-ala batu sungai ni pun rasa sayu bila dengar pujukan Kak Munirah yang mendayu-dayu tu. Malah satu senyuman tersungging di bibirku. Padan muka kau mamat budget hensem, rupa-rupanya dah ramai yang tak tahan dengan perangai kau ni. Aku bertekad, biar angin puting beliung Encik Emeer yang datang sekalipun aku akan tangkis dengan caraku sendiri. Ini Ayesha Sorfina, tak kenal maka tak cinta.

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

EHEM ehem boleh ke saya join sama masuk dalam sengih awak tu? Kantoi! Dengan selamba Encik Emeer menarik kerusi di sebelahku dan duduk menongkat dagu di atas mejaku. Wah... kacau daun betullah Encik Emeer ni. Aku baru aje nak flashback kisah lama, sempat flashback kisah hari pertama masuk kerja aje tadi. Haish. Fail dan gambargambar lama yang berada di hadapanku, aku letakkan semula di atas meja. Encik Emeer mengulum senyum apabila terlihat gambar-gambar yang berselerakan di atas meja. Satu per satu diambilnya sambil merenungku. Hah, ni mesti awak duk sengih-sengih tadi mengutuk saya dalam hati awak ya, ujarnya sambil mencuit hidungku. Ish bos ni... melampau la ni. Ada ke suka-suki aje main cuit-cuit. Ingat aku bayi kecik ke nak cuit-cuit hidung? Bukan muhrim la woi. Dah... dah... simpan-simpanlah sengih awak tu. Jom teman saya breakfast. Nak tunggu Nescafe O awak... lambatnya. Dah setengah jam saya tunggu kat dalam... rungutnya sambil menarik kerusiku. Dengan langkah terpaksa, aku mengekori Encik Emeer ke pintu utama. Biasalah port kami kalau pagi-pagi ni, kafeteria di tingkat dua yang selalu aje jadi tempat lepak bosbos ni. Wah, makan free aku pagi ni. Tapi, memang pun aku selalu aje makan free. Encik Emeer ni baik breakfast mahupun lunch mesti paksa aku temankan dia. Kadangkadang tu malu juga aku dengan rakan-rakan PA yang lain. Asyik berkepit dengan bos saja, kata mereka. Ada juga aku

sound mamat budget hensem ni, tak rimas ke asyik menghadap muka aku dari pagi sampai ke malam? Boleh pula dia jawab, lagi dia suka. Aduh la, kacau jiwa aku dibuatnya. Dalam diam aku akui, walaupun Encik Emeer kerek dan cerewet, dah tiga tahun aku bekerja dengan dia. Dan dalam jangka waktu itu juga, dah banyak offer kerja yang aku tolak. Entahlah, mungkin aku dah serasi dengan perangai Encik Emeer yang nampak luaran panas, tapi hatinya sangatsangat baik. Dalam hati ada taman kut!

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Bab 2
KU masih khusyuk menghadap timbunan kertas-kertas laporan yang berlambak di atas meja. Setiap bulan, situasi begini memang tidak boleh dielakkan lebih-lebih lagi apabila hujung bulan. Semua laporan yang telah dihantar oleh setiap jabatan di bawah kendalian bos aku, perlu aku teliti satu per satu untuk memastikan tiada kesilapan dan seterusnya boleh difailkan. Bukan sikit fail yang perlu aku sediakan, setiap ketua jabatan perlu diberikan senaskhah. Mereka ni pula, selalunya bila due date dah dekat barulah nak serahkan laporan tersebut. Hmmm bermalam kat ofis la jawabnya aku malam ni. Ah... nasib baik you tak balik lagi, Ayesha. Sorry ya... staf I lambatlah buat kerja. Tersentak aku dengan terjahan Encik Hairi yang tiba-tiba saja muncul. Termengah-mengah berdiri di hadapanku. Aku menjeling ke arahnya lalu menuding jari ke arah jam Hello Kitty yang tergantung cantik di dinding pejabatku. Jarum jam menunjukkan ke angka sepuluh. Muka sengaja aku masamkan.

Alala... sorry la dear. Bukan sengaja ek. You tau la staf I tu, semuanya buat kerja kena suruh. Next time I make sure cepat. You bagi notis hari ni, esok sebelum subuh dah sampai laporan, pujuk Encik Hairi. Banyak la you punya subuh. Dah nak bernanah telinga I dengar janji you tu Encik Hairi, bidasku bersahaja. Tersungging senyuman di bibir Encik Hairi. Nasib la kalau kau nak terasa. Kalau tak disindir-sindir, bukan nak ingat pun. Hmmm... tak takut ke duk sorang-sorang kat atas ni? Kalau nak I temankan, boleh aje. Ceh, cuba nak mengayat aku la pulak mamat ni. Dah la hati aku sebal dengan laporan yang lambat dihantar, nak mengayat pula. Nanti ada yang kena cepuk dengan aku ni. Aku menjeling dengan ekor mata ke arah lelaki yang masih tercegat berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapanku ini. Hamboi... dah tak ada kerja ke Hairi? Bertenggek kat sini pulak. Encik Hairi yang sedang bersandar di pintu ofisku terkejut dengan sergahan Encik Emeer yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Aku menahan gelak melihat muka Encik Hairi yang sudah mula kelat dan memerah. Ceh... nak ayat aku konon! Tu baru kena sergah dengan bos, belum bapak aku lagi. Terkekeh-kekeh aku ketawa, tapi dalam hati sahajalah. Kalau silap ketawa, mahu setahun tak bertegur sapa. Errr... errr.... Okey la bos, nak balik dulu. Dah malam ni. Terkulat-kulat Encik Hairi berlalu sambil menjeling

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

aku. Agaknya dia marah kut sebab aku tak bagi hint kat dia yang bos ada kat belakang dia. Padan muka kau! Berani lagi nak mengayat aku. Tak payah nak upah bodyguard, dah ada orang yang volunteer nak jaga aku. Ehem... ehem. Aku buat tak reti aje dengan kehadiran Encik Emeer di tepi mejaku. Tanganku masih lincah menjilid kertas-kertas laporan. Dah habis ke kerja? Yang duk melayan budak tak cukup skru tu watpe? bebel Encik Emeer. Ish... mamat ni, kalau tak cari pasal dengan aku satu hari tak boleh agaknya. Renungan maut yang dilemparkan ke arahku sedikit menggugat tangkai jantungku. Bukan takut, tapi terpesona kejap. Kalau ditenung-tenung wajah mamat ini, macam pelakon Ady Putra pun ada, tapi versi kulit cerah la. Hensem apa Ady Putra tu. Aku memang minat gila pada muka dan lakonan dia. Lagi-lagi lakonan mantap dia dalam filem KL Gangster, dan lakonan yang cukup romantis dalam drama bersiri Tentang Dhia bersama Nora Danish tu. Kalau diberi peluang jadi pelakon, memang aku pilih dia jadi hero. Ish... dah melalut-lalut aku ni. Eleh... tak cukup skru pun, assistant manager juga Encik Hairi tukan? Bukan ke Encik Emeer yang recommend kenaikan dia hari tu untuk Credit Control Department? balasku bersahaja. Saja aje nak menyakitkan hati bos aku yang tak pernah nak kalah ni. Eee... awak nikan Ayesha, ada aje nak menjawab. Satu saya cakap, sepuluh awak jawab. Satu hari nanti, saya kiss mulut awak tu, baru awak tau! Dengan sepantas kilat, aku menekup mulut dengan

kedua-dua belah tanganku. Padah! Malam-malam keluar statement macam ni, meremang bulu romaku. Bukan boleh percaya mamat ni. Cepat-cepat aku menyambung kerja yang masih tak susut-susut lagi. Dengan selamba juga, Encik Emeer melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Laporanlaporan yang telah siap binding dibelek satu per satu. Bos aku ni kalau bab kerja memang tak boleh lawan. Kerja mesti nak kemas dan sentiasa teliti. Sebab itu aku sayang bos aku ni. Eh, sayang ke? Banyak lagi ke? Dah pukul sepuluh malam ni Ayesha. Esok tak boleh sambung? Awak nak balik seorang malam-malam ni. Tak apalah Encik Emeer, sikit lagi. Esok saya dah kena serahkan pada semua manager tu. Nanti kalau lambat serah tak sempat pula nak go through. Masak nanti dalam meeting kalau tak tau nak jawab dengan big boss. Kalau camtu, saya temankan awak la. Saya kat dalam, bila dah siap awak bagitau, saya hantar awak balik rumah. Habis tu kereta saya? Esok pagi saya nak pergi kerja dengan apa? soalku sambil mengerutkan kening. Teringat Hafifah, teman serumahku yang bercuti selama seminggu menjaga ibunya yang sakit. Kalau tidak, boleh juga aku tumpang Hafifah. Biarlah kereta tu kat parking, bukan minta makan pun, kan? Esok pagi saya jemput awak kat rumah awak. Kalau nak ikut saya balik rumah saya pun tak apa. Tersedak-sedak aku mendengar jawapan daripada mulut tak ada insurans bos aku ni. Eiii... dia nikan.... Hmmm... kalau macam tu, saya jual aje la Myvi saya tukan Encik Emeer? Biar Encik Emeer aje la jadi driver

10

11

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

saya... tak payah saya susah-susah nak bayar ansuran kereta. Selamba aku menjawab. Tak mahu kalah dengan mamat budget hensem ni. Good idea... jual rumah awak sekali pun takpe, ujarnya sambil tangannya laju mencuit hidungku. Geram betul aku dengan perangainya yang satu ni. Lama-lama makin mancunglah hidung aku ni. Eiii Encik Emeer nikan, kalau bercakap tangan tak berjalan tak boleh ke? Nanti dah kahwin, ada anak cuitlah hidung anak Encik Emeer tu puas-puas, bebelku melepaskan geram. Alamak, tak sanggup pulak aku nak merenung lamalama muka bos aku yang tersengih-sengih bak kerang busuk tu. Saya kena kahwin dengan awak la Ayesha, baru boleh dapat anak hidung macam awak, ujarnya lalu terkekeh-kekeh ketawa melihat mukaku yang sudah kelat. Aku sengaja memuncungkan mulut tanda protes. Geramnya! Tak habis-habis nak sakat aku. Masih terdengar ketawa Encik Emeer berbaki di sebalik dinding biliknya tu. Kalau dilayan mamat ni, boleh gila aku dibuatnya. Tapi pelik juga, dalam sebal hati melayan tu makin serasi pula aku rasa. Kalau tak menghadap muka mamat ni sehari, serba salah aku dibuatnya. Jantungku bergetar tiba-tiba. Ah, jangan nak perasan la Ayesha oi... bukan ke mamat tu dah nak kahwin? Bukan calang-calang tunangnya tu. Anak Datuk Yaakub, pengasas empayar perbankan yang terkenal. Mereka tu ada pertalian saudara khabarnya. Entah betul, entah tidak. Dengar daripada gosip liar sahaja. Biasalah, ramai wartawan tak bertauliah di syarikat ni. Sabar sahajalah hati. Setelah semua kerja dibereskan, aku segera menuju ke bilik Encik Emeer. Bagus juga bos aku nak hantarkan

balik. Kalau difikirkan keadaan jalan yang sunyi di hadapan bangunan ni, seriau jadinya. Malah ramai juga rakan sekerja yang bercerita, jalan di hadapan bangunan ni merupakan port penagih dadah. Pintu bilik Encik Emeer aku kuak perlahan, bimbang mengganggu. Kelibatnya tidak kelihatan pun. Eh, bila masa pulak mamat ni keluar? Seketika, aku terlihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa. Wah, dah membuta ke mamat ni? Kata nak temankan aku, rupa-rupanya dah buat taik mata. Hampeh betul. Keinginan untuk mengejutkan Encik Emeer terbantut apabila terlihat wajahnya yang sangat tenang ketika tidur. Orang kata kalau nak menilai seseorang, lihatlah pada wajahnya ketika tidur. Itulah wajah asli seseorang. Hmmm bukan selalu dapat peluang macam nikan? Aku melabuhkan punggung di sofa berhampiran. Kurenung setiap inci wajah Encik Emeer yang sedang lena. Alis mata yang cantik terbentuk, hidung yang agak mancung, bibir nipis yang merah walaupun merokok. Inilah wajah yang sering menyebabkan hatiku sakit, jiwaku meronta, mentalku terdera dan wajah ini jugalah yang sering menemani aku setiap malam, setiap hari. Membawa getar di hatiku setiap kali berbalas renungan, membawa rasa di jiwa setiap kali disapa. Ah, tidak mungkin. Tiba-tiba terasa tanganku dipegang oleh seseorang. Alamak, dah terjaga ke mamat ni? Dah lama ya buat kerja ni? Jumpa ke apa yang dicari kat muka saya ni? Suara itu betul-betul membuatkan aku terasa ingin meloncat. Aduh, malunya! Macam mana aku boleh kantoi ni? Aku terpegun seketika. Lidah kelu untuk membalasnya.

12

13

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Senyuman yang terukir di bibir Encik Emeer membuatkan aku panasaran. Aduhai... cepatlah masa berlalu. Kalau boleh terbang, hendak aje aku terbang sekarang. Jomlah balik... dah lewat sangat ni. Ajak Encik Emeer lantas tanganku ditarik. Aku bagaikan dipukau, hanya menuruti langkah Encik Emeer. Seketika, baru aku tersedar tanganku masih di dalam genggamannya. Cepat-cepat aku melepaskan pegangannya lalu berlakon seolah-olah sedang mencari sesuatu. Encik Emeer yang perasan dengan tingkahku itu hanya ketawa. Jiwaku kalut tak semena-mena. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang kami bualkan. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang aku jawab. Luar biasa!!! Inilah natijahnya kantoi dengan perbuatan sendiri. Akhirnya, sendiri yang malu hingga tak tahu mana nak letak muka.

Bab 3
EAWAL jam tujuh setengah pagi, Encik Emeer dah terpacak di depan pintu pagar rumahku. Hai... awal betul mamat ni sampai. Telefon bimbit aku berdering-dering minta diangkat. Morning dear, tidur lagi ke? Saya dah ada kat depan rumah ni. Alahai suara mamat ni gemeresik aje, pagi-pagi lagi dah buat cair hati aku la. Kalau aku set suara dia ni untuk jam loceng aku best juga, kan? Errr... kejap ya Encik Emeer. Give me five minutes, balasku lantas melambai ke arahnya dari tingkap bilikku yang menghadap ke pintu pagar. Lambaianku disambut dengan anggukan. Segera aku mencalit sedikit pewarna bibir dan touch up wajahku ala kadar. Memang semua orang sedia maklum, aku ni bukanlah jenis yang bersolek sakan, cukup hanya lipstik, maskara, celak dan blusher. Itu pun kalau sempat. Kadang-kadang semua tu aku lakukan di dalam

14

15

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

kereta semasa berhenti di traffic light. Ala, perempuan berkerjaya mana boleh membazir masa. Ceh, ayat perasan sendiri la tu. Aiseh, ni yang buat aku tak boleh nak tengok muka mamat ni. Dah siap bukakan pintu untuk aku lagi.Aduhai, mengalahkan seorang boyfriend pula. Tapi, aku mana ada boyfriend. Mak dan abah pun dah bising. Anak orang lain yang sebaya dengan aku dah beranak pinak. Tak pun dah ramai yang berumah tangga. Hafifah pun akan mendirikan masjidnya hujung tahun ini. Aku sahaja yang masih solo. Oh hati, janganlah kau jatuh cinta dengan bakal suami orang ni. Teruk aku merana nanti. Senyuman paling manis aku berikan tanda terima kasihku atas keprihatinan bosku ini. Bukan senang nak dapat bos sebegini. Kalau aku cerita pada Kak Munirah ke, Kak Noreen ke... mesti mereka tak percaya punya. Thank you Encik Emeer in advance... sanggup hantar saya, jemput saya lagi. Susah-susah aje, ucapku bersahaja. Hari-hari pun takpe Ayesha... saya sanggup. Tapi ni kira hutanglah, kan dengan saya, balas Encik Emeer bersulamkan tawa halus. Ish, mamat ni! Aku dah tahu dah. Mesti ada sahaja akalnya. Berhutang-hutang la pulak. Aku ni manalah pandai nak berhutang bagai ni. Tapi, kan tengok muka dia pagi-pagi ni jantung aku macam drift satu KL. Ni buat statement lawak lagi. Kita singgah sini dulu ya, breakfast, ujar Encik Emeer sambil membelok ke arah Restoran Kak Leha Makanan Timur. Itu kerjanya mesti nak cari nasi dagang la tu. Encik

Emeer ni memang suka makan nasi dagang. Kadang-kadang, kalau keluar awal, aku selalu juga singgah kat Restoran Kak Leha ni, tapaukan nasi dagang untuk bos aku ni. Woi, sayang bos aku ni tau. Kena la ambil hati bos, nanti bonus boleh la dapat banyak sikit. Kih... kih. Aku ketawa tapi dalam hati aje la. Mau kena kutuk dengan mamat ni nanti. Errr... tak lambat ke nanti Encik Emeer? balasku. Ala, lambat dua puluh atau tiga puluh minit, takpenya. Bukan apa, Encik Emeer lambat tak apalah. Ni dengan saya sekali lambat. Nanti kena gosip kang. Ujarku. Konon-konon cuba menolak pelawaannya. Tapi dalam hati, kalau nak belanja aku hari-hari pun takpe bos oiii. Awak takut ke kalau kena gosip dengan saya? Ah, ni yang aku tak boleh terima jawapan mamat ni. Ada aje statement yang nak menyebabkan jantung aku berhenti berdegup. Aku sekadar tersengih lalu keluar dari perut kereta. Rezeki jangan ditolak.

PANGGILAN telefon tadi yang berserta dengan memo daripada CEO benar-benar membuatkan hatiku panas. Sengaja aku melemparkan fail-fail yang ada di atas meja ke lantai. Tanda protes la tu. Ish... Ayesha Sorfina, siapalah kau nak protesprotes ni. Tu memo daripada CEO, bukan daripada office boy. Nampaknya muka empat belas inci ni akan menempel kat wajah aku ni sepanjang hari ni. Riuh bunyi suara-suara lelaki berbual-bual menuju ke arah bilik Encik Emeer tidak aku pedulikan. Memandang

16

17

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

pun tidak. Aku sempat menangkap wajah Encik Emeer merenungku daripada ekor mataku. Tenunglah sampai keluar anak mata pun, malas aku nak melayan sesiapa pun hari ini. Tiba-tiba bip interkom di mejaku berbunyi. Dengan malas aku mengangkat tanpa memandang ke dalam bilik Encik Emeer yang hanya dipisahkan oleh cermin. Boleh sangat kalau nak tengok wajah hensem Encik Emeer tu, cuma dilindungi oleh sliding blind yang nak kata tutup pun tidak, buka pun tidak. Ayesha, boleh tolong buatkan tiga cawan kopi, tak? pinta Encik Emeer. All right boss, on the way... balasku ringkas. Malas nak bertanya lebih lanjut. Aku perasan wajah curious Encik Emeer di sebalik sliding blind tu. Setelah menghidangkan minuman, aku ingin segera keluar dari bilik Encik Emeer, namun tiba-tiba namaku dipanggil. Ayesha, kenalkan ni Encik Badri. Regional manager baru kita di Kuantan. Encik Emeer memperkenalkan aku kepada Encik Badri. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Kenal Encik Emeer, pernah jumpa sekali dulu masa report duty, kan? balasku berbasa-basi. Takkan nak lepaskan marah dan geram pada orang yang tak bersalah pulak. Ayesha Sorfina, kau kan profesional. Nice meeting you. Jemputlah minum, kataku lagi lalu memohon diri. Encik Emeer mengerutkan dahi seolah-olah melemparkan soalan untukku. Mungkin pelik dengan sikapku. Selalunya akulah yang akan banyak bertanya. Semua

staf sedia maklum akan perangai terlebih ramah aku tu. Kalau tak, takkan Saiful budak office boy yang rajin membuat photocopy untuk aku tu suka menepek kat ofis aku. Semua aku layan berborak. Itu pun kalau Encik Emeer tak ada la. Kalau ada, cari nahas la tu. Tanpa mempedulikan mamat tu, aku terus keluar. Sangkaku, Encik Emeer akan membiarkan sahaja tindakanku itu. Rupa-rupanya, sangkaanku meleset sama sekali. Tanganku terasa ditarik dari belakang. Spontan aku memalingkan wajah dan hampir aku tersembam ke dada bidang Encik Emeer. Dah la aku ni tak berapa nak tinggi... kalau bercakap dengan Encik Emeer ni aku kena mendongak. Entah bila la mamat ni keluar mengikutiku. Tak pula aku dengar derap langkahnya tadi. Eh, kan karpet bilik mamat tu tebal, mana nak dengar pun.... Tangan kulepaskan daripada pegangannya. Mata kami bertembung, dan segera aku mengalihkan pandangan. Tak mampu aku nak berlawan pandang dengan mamat ni. Jantung dah macam racing kat Litar Sepang. Dah la geram dan sakit hati pada memo CEO tak habis lagi, nanti tak pasalpasal berderai air mata aku ni. Sememangnya aku ni pun bukan la tough sangat. Kememe juga aku ni, gelaran yang mak tuk bagi untuk aku ketika kecil. Kenapa awak ni, Ayesha? Ill see you after this okay, ujar Encik Emeer perlahan tapi bernada serius. Dia merenungku seketika dan terus berlalu menyertai semula Encik Badri dan Encik Azman yang bertamu tanpa memberi aku peluang untuk berkata apa-apa. Pertanyaan Encik Emeer sebentar tadi kubiarkan sahaja dibawa angin lalu. Wajah cemberutku masih sukar dipadamkan. Senyuman Encik Azman dan Encik Badri

18

19

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

sewaktu mereka keluar dari bilik Encik Emeer pun kubalas tawar. Mood sudah bertukar seratus peratus. Sejam, dua jam... interkom aku berbunyi. Alahai, dah nak lunch hour ni. Tak nak pergi lunch ke Encik Emeer ni? Sibuk pulak nak panggil aku. Aku menoleh ke arahnya melalui cermin dan terlihat dia melambai aku untuk masuk ke ofisnya. Kalau dah arahan tu, jangan la berani nak engkar. Nanti tak pasal-pasal aku kena menadah telinga mendengar bebelannya. Mamat ni boleh tahan juga kalau berleter, kalah mak aku. Tapi rasanya, kalau Encik Emeer berleter sejam dua jam pun aku sanggup menadah telinga. Lebih-lebih lagi apabila melihat mukanya yang hensem tu. Hmmm... tergugat jiwa. Aku melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan meja besar Encik Emeer. Meja besar itu kemas, semuanya tersusun dengan baik. Memang aku sentiasa memastikan meja itu kemas setiap pagi. Encik Emeer seorang yang sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan. Bukubukunya tersusun rapi di dalam almari. Kot-kot serta tali lehernya sentiasa aku gantung di dalam closet. Selalunya seminggu sekali aku akan hantar dry-clean. Boleh dikatakan, hampir semua yang berkaitan dengan Encik Emeer ni, aku yang uruskan. Daripada hal pejabat, dobi-mendobi pakaiannya, menjaga akaun peribadinya hinggalah kepada makan minumnya jika dia berada di pejabat. Dah terbiasa memanjakan Encik Emeer ni. Kenapa Ayesha? Why all of sudden mood awak berubah? soalnya. Wajahnya cukup serius. Aku faham benar kalau Encik Emeer berwajah begitu. Kalau staf lain yang melihatnya, aku rasa ada yang akan mengambil jalan berbatu-batu jauhnya untuk mengelak daripada bertembung dengannya.

Aku bangun lalu keluar tanpa mengucapkan apaapa. Aku perasan riak kehairanan yang tergaris di wajah serius Encik Emeer itu. Seketika kemudian, aku masuk kembali ke dalam pejabatnya. Aku mengunjukkan memo CEO itu kepada Encik Emeer. Berkerut-kerut dahinya ketika membaca memo tersebut. Aku suka melihat reaksi mamat budget hensem di hadapan aku ni bila membaca sesuatu. Akan keluar segala kerut-kerut di dahinya tu. Kadang-kadang sempat juga aku membilang berapa baris kerutan yang ada. Satu hobi baru. Ini kan penghargaan untuk awak. Datuk nak hantar awak ke konvensyen tu dah kira bagus la. Kenapa nak tarik muka pulak? soal Encik Emeer pelik. Errr... bukan tak suka. Kalau nak diikutkan meloncat-loncat saya nak pergi Encik Emeer, tapi tengoklah tarikh tu. Kan ke waktu tu kita ada budget meeting. Siapa nak handle meeting nanti kalau saya pergi? Encik Emeer memeriksa planner yang ada di atas mejanya sambil mengangguk-anggukkan kepala. Oh, yes betullah. No way kalau awak tak ada. Mati kutu saya nanti. Tak sampai sebulan aje lagi ni, arrangement dah start buat ke? soalnya lagi. Menyedari yang budget meeting lebih penting kerana melibatkan keseluruhan jabatan, Encik Emeer mulai sedar kemurungan yang aku hadapi. Setiap tahun, hanya aku seorang yang akan menguruskan semua keperluan dan persiapan untuk budget meeting ini. Bahagian pentadbiran hanya akan menguruskan hal-hal pembiayaan dan urusan pengangkutan manakala urusan berkenaan hotel, meeting hall, penginapan, makanan dan kertas kerja serta hal-hal kecil semua aku yang uruskan. Kadang-kadang ada juga

20

21

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

seorang dua junior PA yang sudi membantu aku. Nak buat macam mana, dah termasuk dalam skop kerja aku. Memo saya dah taip, tunggu Encik Emeer aje sign. Ada dalam tray. Hotel, meeting rooms, accommodation dan food saya dah uruskan dengan pihak A Famosa Melaka. Kata nak main golf kan lepas tu, balasku. Terukir senyuman di bibir nipis Encik Emeer. Entah apa yang seronok sangat dengan golf tu pun aku tak faham. Okay, Ill handle menunjukkan memo CEO itu. this, ujarnya sambil UNYI aje suasana di tingkat empat ni. Maklumlah, hari Sabtu bukan semua bekerja. Syarikat ni mengamalkan sistem alternate Saturday... minggu ni kerja, minggu depan off. Bagi bos dan PA pula, bergilir-gilir juga. Kalau minggu ni aku kerja, Encik Emeer offlah. Tapi rasanya, dah dua tahun Encik Emeer tak pernah off hari Sabtu. Ada aje kelibat dia kat ofis ni. Kalau tak duduk berborak dengan ex-classmatenya, Encik Azman yang sekarang ni menjawat jawatan Manager Broking Department, mesti menempel di meja aku ni. Biasalah, kalau tak ganggu aku mesti tak sah hidup dia. Ada saja yang nak dikenakan. Kadang-kadang kalau dilayan, cerita pasal kucing pun jadi. Pelik bos aku nikan? Bila aku tanya, kenapa hujung-hujung minggu ni tak nak balik jenguk parents dia, jawapan dia mudah saja. Parents dia sibuk. Lagipun tak ada siapa yang nak layan dia. Hmmm... mungkin sebab itulah dia lebih suka tinggal sendiri di kondo yang dikawal sikit punya ketat tu. Bukan calangcalang orang boleh masuk ke kawasan kondo tu. Aku dulu pernah kena hantar dokumen-dokumen penting yang mamat

Bab 4
S

Aku hanya tersenyum tanda terima kasih. Sayang Encik Emeer! Wow... statement maut tu. Tersalah keluar daripada mulut, saja cari nahaslah. Mamat ni bukan boleh tersalah cakap sikit. Dah, jom pergi lunch. Katanya sambil menarik tanganku. Hesh, mamat ni dah dapat hobi baru pula. Kalau tak picit hidung aku, main tarik tangan aku pula. Ingat aku ni makwe dia ke nak manja-manja? Kan aku dah kata, mesti ada saja dia nak mengenakan aku. Kena temankan dia lunch lagi. Tak bosan ke Encik Emeer oi? Pagi tadi menghadap muka aku, ni tengah hari menghadap muka aku lagi. Alahai Encik Emeer, janganlah buat aku berjalan di awang-awangan. Kalau jatuh, macam nangka busuk nanti tak ada soft landing.

22

23

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

budget hensem ni tertinggal di ofis. Melanguk aku di pos pengawal pak guard nak dapat kebenaran masuk. Dah tu kena interview bagai. Siap kena tinggalkan myKad aku lagi. Nasib baiklah muka aku cun dalam myKad tu. Mamat ni bukan aje budget hensem... mat cico (cicir) juga rupa-rupanya. Kadang-kadang tu, tali leher pun boleh tertinggal. Nasib baiklah aku selalu simpan dua tiga helai tali lehernya di dalam closet tu. Kadang-kadang kalau shopping bersama Hafifah, aku selalu juga belikan tali leher untuk bos kesayangan aku ni. Bukan apa, sebenarnya aku suka tengok tali leher yang cantik-cantik tu tapi yalah, dah bos aku tu aje yang pakai, aku belilah untuk dia. Takkan aku nak pakai pulak. Tapi yang tak bestnya tu, bila hendak pakai tali leher di pejabat, akulah yang akan jadi mangsanya. Mengada-ada minta tolong ikatkan. Pelik, kan? Kalau di rumah boleh pula pakai sendiri. Sah, kena kahwin dah mamat ni. Dah cukup haul pun. Kalau aku nak ambil cuti balik kampung, mulalah Encik Emeer pun sibuk. Bukan sibuk kerja, sibuk nak ikut aku balik sama. Hesh, mahu kena kejar dengan parang dek abah aku yang garang tu. Bila aku cerita tentang adik-beradik aku yang ada empat orang lagi di kampung tu, bukan main seronok dia mendengar. Kadang-kadang tu siap boleh belikan buah tangan untuk keluarga aku, terutamanya kalau dia ke luar negara. Untuk aku jangan cakaplah, birthday, Secretarys Day, semua day la dia nak bagi. Handbag dan purse yang aku pakai ni pun pemberian Encik Emeer semasa Secretarys Day tahun lepas. Setiap kali dia lihat aku usung pemberiannya tu ke mana-mana mesti terpancar riak gembira di wajahnya. Aku tahu dia mesti rasa seronok kerana pemberiannya dihargai. Lagipun siapalah nak tolak handbag Prada yang harganya saja hampir seribu tu. Nak suruh aku beli, baiklah

aku beli yang jual di Petaling Street tu aje. Dah memadai untuk aku. Bos aku ni memang kaki branded orangnya. Setakat ni, semua yang aku pakai atau yang ada di pejabat aku ni tak mendapat komen yang buruk daripadanya kecuali jam Hello Kitty aku yang tergantung di dinding tu. Geram sungguh aku bila dengan selambanya mamat tu sound aku suruh masuk tadika semula disebabkan jam tu. Isyyy... ingat anak dara macam aku ni tak boleh ke nak suka kartun-kartun comel ni. Itu belum dia tengok lagi baju tidur Mickey Mouse, Pooh dan Princess aku yang tergantung di dalam almari. Teddy bear aku yang melambak-lambak di atas katil tu pun satu cerita. Belum lagi koleksi patung kecil geng Naruto, Domo dan Angrybirds aku yang tersusun cantik di dashboard Myvi aku tu. Hesh, kalau dia tengok mau keluar semua anak tekak gelakkan aku. Mengingatkan mamat tu, hatiku berbunga riang. Tersenyum sendirian. Dah hampir pukul sebelas pagi, kelibat Encik Emeer tak juga kelihatan. Mungkin hari ni dia benar-benar off. Setelah mengedit dua tiga helai kertas kerja yang sepatutnya ditandatangani olehnya, aku menyusun pula failfail yang perlu dibawa masuk ke bilik Encik Emeer. Selalunya, hari Sabtu merupakan hari aku untuk mengemaskinikan fail serta menjengah almari-almari di biliknya. Kadang-kadang sengaja aku mengubah susun atur perabot di dalam bilik itu. Bosan juga asyik duduk dalam keadaan yang sama sahaja. Bunga-bunga yang ada di atas meja besar serta meja sisi di bilik itu pun hasil gubahan tanganku. Hobi yang itu memang dari sekolah lagi tak boleh berpisah denganku. Pantang jumpa bunga, mulalah gatal tangan nak menggubah. Kalau sewaktu di sekolah menengah dulu, habis bunga-bunga orkid dan mawar yang mak tanam aku kerjakan. Penyudahnya, malas mendengar bebelan mak, abah

24

25

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

membelikan beberapa jambak bunga kekwa untukku seminggu sekali iaitu ketika menghantar ikan-ikan patin abah tu di Bandar Pekan. Sebab itulah aku sayang sangat pada abah. Abah memang memahami jiwaku. Tidak pernah sekali pun abah menolak permintaanku. Mak su selalu menggelarkan aku anak manja. Apa-apa ajelah. Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil memanjat kerusi untuk membersihkan sedikit sawang yang ada di siling bilik Encik Emeer. Bila mamat ni tak ada, bolehlah aku buat kerjakerja pembersihan ni. Kalau dia ada, payah aku nak memanjat macam ni. Sedikit terjengket-jengket... maklumlah, dengan ketinggian aku yang tak sampai lima kaki ni, berapa tinggi sangatlah had capaian aku tu. Nasib baik hari ini aku mengenakan jean dan T-shirt lengan panjang sahaja. Boleh jugalah buat kerja-kerja lasak ni. Bunyi pintu dikuak menyentakkan aku. Tiba-tiba aku hilang kawalan. Segera aku memejamkan mata. Dapat membayangkan betapa sakitnya terlantar di atas lantai beralas permaidani tebal itu. Satu, dua, tiga.... Eh, kenapa aku tak rasa sakit ni? Terasa ada tangan yang melingkari tubuhku. Perlahan-lahan mata kubuka. Omang aiii... rupa-rupanya cantik aje aku landing atas Encik Emeer yang dah jadi Superman untuk menyambut aku. Patutlah tak rasa sakit pun. Mata Encik Emeer yang terbuntang membuatkan wajahku kemerah-merahan. Alamak, kat mana nak letak muka ni? Jantung bagaikan nak terkeluar daripada badan dah ni. Tangannya masih kejap di badanku. Errr... errr... boleh turunkan saya tak Encik Emeer? Dukung saya lama-lama ni tak berat ke? ujarku. Sebenarnya lebih kepada nak coverline malu la tu. Encik Emeer tersentak, lalu menurunkan aku.

Yang awak pergi panjat tu buat apa? Kalau nak cuci pun tak boleh ke bagitau kat admin minta cleaner buat? Dah lama ya awak buat kerja ni? soalnya dengan nada yang agak tinggi. Aku tahu, marahlah tu. Ala Encik Emeer, bukan susah pun. Tadi tu saya terkejut sebab Encik Emeer buka pintu. Selalu tu tak ada apa pun. Aku tahu reaksi yang akan aku terima mestilah jegilan matanya yang tajam tu. Mata mamat ni, kalau masa tengah marah jangan berani nak tenung. Terasa seram sehingga ke tulang sum-sum. Tapi kalau tiba masa baik dan romantik gilanya tu, mata itulah yang buat aku terpanar dan tak boleh tidur malam. Dah, lepas ni jangan mengada-ada nak buat lagi. Do you know that I cant bear if anything bad happen to you, Ayesha? ujarnya perlahan. Ayat-ayat itu menyentuh kalbuku. Rasa bagaikan nak berhenti denyutan jantungku. Tak mungkin aku begitu penting di mata mamat ni... isyyy! Suasana hening seketika. Setelah selesai menyusun kembali kerusi-kerusi yang telah aku alihkan sebentar tadi, segera aku keluar menuju ke bilikku. Sebenarnya, tak selesa apabila setiap gerak-geriku menjadi perhatian. Dahlah statement akhir Encik Emeer tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Ayesha, lepas ni awak ada nak pergi mana-mana tak? Dating ke? soal Encik Emeer yang tiba-tiba terpacul di hadapanku. Kus semangat, gugur jantung aku dengan mamat ni. Suka betul dia ni main terjah-terjah sahaja. Nasib baiklah aku ni belum ada penyakit jantung ke, darah tinggi ke. Kalau tidak dah lama masuk wad.

26

27

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Nak dating bukannya ada boyfriend pun Encik Emeer, balasku selamba sambil menggelengkan kepala. Good! Spontan jawabnya. Apa yang good Encik Emeer? soalku semula. Good for both. Good sebab awak takde boyfriend dan good sebab awak tak ada plan nak ke mana-mana. Hesh, ada-ada aje mamat ni. Lepas ni ikut saya ya. Ada hal sikitlah nak mintak tolong dengan awak, balasnya. Nak ke mana? soalku waswas. Bukan boleh percaya Encik Emeer ni. Karang diangkutnya aku ke manamana entah, bukan boleh kira. Adalah. Tolong eh? Errr... kereta awak tinggal kat sini ajelah. Naik kereta saya. Kalau lambat saya hantar awak balik, arahnya lagi. Ini pelawaan ke arahan? Kadang-kadang aku pun tak tahu dah skop kerja aku di syarikat ni. Suka hati mamat ni sahaja nak suruh aku buat itu buat ini. Tugasan di luar bidang pun aku yang kena uruskan. Aduhai... nasib baiklah aku sayang sangat kat mamat ni. Eh... Ayesha Sorfina, jangan nak sayang-sayang, bakal suami orang tu! Haru! Kami menyusuri jalan yang agak sesak menuju ke arah Tasik Titiwangsa. Kalau hari Sabtu dan waktu begini, memang akan sesaklah jalan-jalan di Bandar Raya Kuala Lumpur. Aku pun hairan, ke mana sahajalah warga kota ni hendak pergi. Bagi aku, kalau tidak bekerja... duduk di rumah adalah perkara yang paling aku suka. Boleh santai-santai menonton televisyen. Tak pun gaming, berchatting dengan rakan-rakan di Facebook, lagi-lagi kalau dapat menternak tahi mata. Wah! Rumahku syurgaku.

Kereta yang dipandu berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo yang telah diubah suai menjadi sebuah butik eksklusif. Butik Pengantin Lavender. Mamat ni bawa aku pergi butik pengantin ni nak buat apa? Aku yang nak kahwin ke, dia yang nak kahwin? Otakku mula ligat mencari sebab mengapa aku dibawa ke sini. Sengaja aku kebil-kebilkan mataku ke arah Encik Emeer sebelum kami keluar dari kereta. Dia hanya tersenyum. Senyuman yang membuatkan aku resah gelisah. Berkira-kira hendak masuk ataupun hanya tunggu di dalam kereta. Akhirnya, setelah melihat Encik Emeer tercegat di depan pintu butik menungguku, aku pun melangkah lambat-lambat. Bos??? protesku. Aku akan menggunakan perkataan bos setiap kali aku bengang dengan sikapnya dan dia amat menyedari akan hal itu. Awak tolong saya, ya? Saya sebenarnya ada fitting baju pengantin hari ni, tapi tak seronoklah kalau pergi seorang. Awak boleh jadi pengkritik saya, kan? terangnya. Kalau dari tadi la diterangkan hajat sebenarnya, dah lama aku kelentong ada dating. Mamat ni, tak tahu ke kalau aku tengok dia pakai lawa-lawa, posing maco dan renungan maut dia tu, nanti malam aku tak boleh tidur. Ohhh!!! Dalam keterpaksaan aku menuruti langkah Encik Emeer masuk ke dalam butik. Well, look whos here. Emeer Zafran... and this young lady must be your fiance, right? Tersengih-sengih perempuan separuh umur itu menyambut kedatangan kami. Butik pengantin ini agak terkenal di kalangan mereka yang berada di Kuala Lumpur ni. Pemiliknya, Datin Shahirah pula merupakan kenalan kepada keluarga Encik Emeer.

28

29

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Eh... eh... tak silap aku, tadi aku terdengar Datin Shahirah ni sebut aku ni tunang Encik Emeer. Biar betul? Dan Encik Emeer hanya menganggukkan kepala. Sakit ke mamat ni? Bila masa pula aku yang masih single ni jadi tunang dia? Eiii... sakitnya hati aku dengan mamat seorang ni. Takkanlah Datin Shahirah ni tak kenal dengan tunang Encik Emeer pula? Kata kenalan keluarga mereka. Entahlah, yang pasti aku pun tak berapa nak ambil tahu sangat tentang pertunangan mereka tu. Apa yang aku tahu, pertunangan tu dibuat secara tertutup. Hanya di kalangan keluarga sahaja. Okay guys... nanti Mimi, pembantu auntie tu akan tunjukkan koleksi pakaian pengantin. Both of you can take your own sweet time untuk pilih ya. Kalau nak bergambar pun boleh terus buat hari ni. Studio dan photographer auntie tu free hari ni. Auntie kena keluar ada hal sikit, ujarnya lagi. Sempat Datin Shahirah mengucup dahiku sebelum beredar. You are so sweet dear, ucap Datin Shahirah lembut. Tertangkap di telingaku ayat terakhir daripada mulut Datin Shahirah. Hati rasa macam kembang semangkuk pula bila dipuji sebegitu. Aku menyiku lengan Encik Emeer, tapi hanya kenyitan matanya sahaja yang diberikan. Bos, mana aci macam ni. Bukan saya yang nak kahwin dengan bos. Cik Lyana buah hati bos tu mana? bidasku. Wajah Encik Emeer yang tersenyum terus bertukar mendung. Dia merenungku seketika. Aci-aci tak ada. Kat rumah dia. Sempat pulak nak buat lawak bodoh. By the way, shes not here. Ada kat Sidney. Please, appointment dah set, so saya malaslah nak datang lain kali.

Hari ni awak tolong saya ya? Hal dia tu biarlah dia handle sendiri, sambungnya perlahan. Ayat sentap yang keluar daripada bibir nak kena cubit Encik Emeer tu menyayat hati aku. Takkanlah dah dekat-dekat majlis perkahwinan masih lagi nak ke luar negara. Entahlah manusia ni. Kalau akulah yang nak kahwin, lagi dua tiga bulan dah start minta cuti. Eleh, gatalnya kau Ayesha, gerutu hati kecilku. Senyuman di bibirku mati apabila terpandang renungan menawan mata Encik Emeer yang redup tu. Setelah membelek dua tiga album pakaian pengantin, akhirnya Encik Emeer bersetuju untuk mencuba sepasang suit hitam dan sepersalinan biru turquoise. Kalau dilihat pada gambar model, memang sesuai sangat dengan penampilan Encik Emeer ni. Aku pun bersetuju dengan pilihannya. Lagipun, dia yang nak kahwin, bukan aku. Angguk sahajalah, mudah cerita. Sementara menunggu Mimi mengambil pakaian yang diminta, pembantu butik menghidangkan minuman serta snek ringan untuk kami. Memang kelaslah layanan di butik ini. Seketika kemudian, Mimi kembali dengan beberapa pasang persalinan yang diminta. Dua pasang dihulurkan kepada Encik Emeer dan dua pasang lagi kepadaku. Hampir tersembur minumanku apabila diunjukkan pakaian tersebut. Nasib baik sempat aku tahan, kalau tidak hancurlah imej gadis Melayu terakhir yang aku bawa ni. Hah, aku kena pakai ke? Bukan ke hanya jadi pengkritik untuk Encik Emeer sahaja? Aduhlah... sudah jadi kerja pulak ni. Kalau orang lain nampak, jawabnya habislah saham aku. Encik Emeer hanya mengangguk. Kami diarahkan ke bilik persalinan. Sebal sungguh

30

31

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

hati aku ni. Tak pasal-pasal aku jadi pengantin tangkap muat pulak. Sama ke saiz Cik Lyana tu dengan aku? Mula-mula aku diarahkan untuk mengenakan persalinan biru turquoise yang sememangnya sungguh cantik. Hiasan labuci serta manikmanik yang bertaburan menampakkan kemewahan baju tersebut. Sayang sungguh aku nak memakainya. Alang-alang orang dah suruh, layankan sahajalah. Bila lagi kau nak bergaya Ayesha? Nak tunggu naik pelamin, kau memilih sangat. Pandangan Encik Emeer ketika melihat aku keluar dari bilik persalinan menyebabkan dadaku berdebar kencang. Seketika mata kami berlaga. Semacam ada suatu rasa bercambah di hatiku. Cantikkah aku? Aku sendiri tidak berani untuk melihat diriku di cermin. Tapi yang pasti, jika jejaka yang berdiri di hadapanku itu bakal suamiku, sudah pasti aku tidak akan melepaskannya selama-lamanya. Warna kebiruan persalinan itu membuatkan wajah Encik Emeer kelihatan lebih menawan. Redup renungan matanya membuai aku di awangan. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara Mimi yang tercegat di belakang kami. Mimi mula meminta kami ke studio untuk bergambar. Alahai, kena bergambar la pula. Ingatkan setakat mencuba baju sahaja. Aku menggelengkan kepala apabila Encik Emeer menarik tanganku lembut. Please Encik Emeer, tak mahulah. This is just not right, rayuku. Bermacam-macam spekulasi boleh timbul jika gambar-gambar ini tersebar ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tolong saya hari ni, Ayesha... pujuk Encik Emeer lembut. Terasa panas nafasnya di cuping telingaku.

Tanganku diangkat dan digenggamnya seolah-olah tidak ingin aku lari jauh daripadanya. Puas aku tarik, namun makin kejap pula genggamannya. Encik Emeer, lepaslah. Kita bukan muhrim tau... mana boleh pegang-pegang. Hmmm... kalau macam tu, lepas ni kita pergi nikahlah. Aku hanya memuncungkan mulut mendengar statement maut Encik Emeer tu. Hah, jangan buat muncung macam tu, nanti saya kiss tau. Ugutnya lagi. Cepat-cepat aku menggigit bibir, kecut dengan ugutan mamat budget hensem ni. Aduhlah, hari ni teruk betul aku dibulinya. Ditambah pula dengan aksi-aksi yang diarahkan oleh Mimi dan jurugambar butik itu. Pegang sana, pegang sini. Ya ampun.... Hampir tiga jam di butik itu, barulah semuanya selesai. Mungkin inilah suratan yang tertulis untukku. Encik Emeer bukan ditakdirkan untuk aku, tapi kenangan yang cukup indah hari ini pasti akan tersemat selamanya di hatiku. Jatuh cintakah aku???

32

33

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Bab 5
Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu Oh karena, hati telah letih Aku ingin menjadi sesuatu, yang selalu bisa kau sentuh Aku ingin memujamu kau tahu bahwaku, selalu

AIT demi bait lirik lagu Dealova nyanyian Once itu berlagu di bibirku. Sambil menyidai baju di ampaian kalau tak menyanyi memang tak sah aku ni. Hari-hari cuti begini sahajalah peluang aku untuk mengemas rumah dan mendobi pakaian harianku. Kalau hari biasa dah tentu tak berkesempatan. Apatah lagi dalam masa beberapa minggu lagi budget meeting akan diadakan. Persiapan sedikit demi sedikit telah aku bereskan. Woi, ko kalau tak berangan sambil sidai baju tak sah! sergah Hafifah yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Wah, minah ni dah siap berlawa dengan wangiwangian yang harum mencucuk hidungku. Ko kan Pipah, saja la kalau tak menyakat aku. Nasib baik tau aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama aku jadi arwah, bebelku sambil membaling bakul kain ke arahnya. Baling-baling manja tapi brutal juga aku nikan. Ya ke? Adalah orang yang merana kalau ko arwah Pina oi. Terkekek-kekek Hafifah mentertawakan aku. Ko nak pergi dating ke Pipah? Cepat-cepatlah kahwin kalau dah tiap-tiap minggu asyik dating aje, usikku. Banyaklah ko punya dating. Aku bukan macam ko tu, hari-hari boleh dating, breakfast sama-sama, lunch samasama. Hey... jeles aku tau! Wei, ko tak sayang mulut eh? Tukan bos aku, tunang orang la wei... gila ko! bidasku. Tak sayang mulut betul minah seorang ni. Kami berkawan sejak kecil lagi. Sama-sama bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang sama. Bila

Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati Oh bayangmu, seakan-akan Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil, rinduku, padamu Seperti udara yang kuhela kau selalu, ada....

34

35

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

melanjutkan pelajaran di IPT, Hafifah memilih jurusan Perakaunan manakala aku mengikuti jurusan Office Management. Pipah nama gelaran yang aku berikan, manakala Pina pula gelaran untuk aku. P&P... khas hanya untuk kami berdua. Alhamdulillah, bila masuk ke alam pekerjaan, kami masih bersama. Berkongsi tinggal di rumah yang baru juga aku beli daripada tuan rumah yang asalnya kami sewa hampir dua tahun yang lalu. Disebabkan tuan rumah memerlukan wang, maka rumah yang aku duduki ini dijual dengan harga di bawah harga pasaran. Peluang datang sekali sahaja mengetuk pintu kita, jika kita biarkan ia berlalu, entah esok akan menjelma lagi atau tidak. Tinggallah aku keseorangan di rumah setelah Hafifah keluar dengan Hakimi, tunangnya. Apa nak buat lagi ya duk sorang-sorang ni? Nak mengemas, rasanya dah banyak barang yang aku buang daripada kemas. Nak memasak, tak terasa lapar. Lagipun nak makan seorang diri tak berselera pula rasanya. Hmmm terlihat pada timbunan novel-novel baru yang aku beli secara online di atas meja yang masih belum terusik membuatkan timbul keinginan untuk membaca novel hari ini. Layan novel pun syok juga. Sedang khusyuk melayan novel 566 Hari Mencari Cinta, karya Ilya Abdullah, telefon bimbitku berbunyi. Nada bunyi mesej masuk. Siapalah yang gatal sangat nak bermesej dengan aku hari minggu ni? Hi... awak buat apa hari ni? ~ Emeer Wat bodoh je bos! ~ Ayesha

Ha ha ha... so funny! Jom keluar nak? Jalanjalan cari makan. ~ Emeer En. Emeer... tak meluat ke asyik tengok muka saya je tiap-tiap hari? Takde mood la nak keluar, lagipun saya basuh semua baju ~ Ayesha Lawak, ayat apa yang aku tulis tu pun aku tak tau.... Habis tu, kalau awak basuh semua baju... awak tak pakai baju la? Wah... saya datang sekarang juga. Just joking. Serius ni, jom keluar. Lagipun semalam lupa nak bawa baju untuk dobi kan.~ Emeer Eeei... geram betul aku dengan mamat ni la. Dah la malu aku pasal kes minggu lepas kat butik pengantin tu tak habis lagi. Ni nanti cari pasal lagi. Tetapi, mengenangkan baju-bajunya yang belum berdobi itu, hatiku jadi lembut pula. Yalah, kan selalunya setiap hari Sabtu Encik Emeer akan memberi baju-bajunya untuk aku hantar ke kedai dobi berhampiran dengan kawasan rumahku ini. Suka benar dia dengan hasil kerja kedai dobi tu. Tetapi semalam terlupa pula hendak dibawanya. Aku pun selamba sahaja tidak bertanya. Okeylah... pukul berapa nak sampai? Saya nak bersiap. ~ Ayesha Actually, saya dah ada depan pagar rumah

36

37

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

awak... hehehe. ~ Emeer Bingkas aku bangun menarik langsir yang kuselak luas sebelum berbaring sambil melayan novel sebentar tadi. Aku memang suka bermalas-malas begini bila duduk di ruang tamu. Rimas kalau langsir sliding door tak diselak. Terasa gelap satu rumah. Terpandang kelibat Encik Emeer yang telah berdiri sambil bersandar di keretanya yang telah diparkir di hadapan pagar rumahku yang tidak berkunci. Encik Emeer hanya tersenyum memandangku. Eh, boleh aku tak perasan. Aku kan hanya berblaus sleeveless dan berskirt pendek sahaja ni. Alahai, kantoi betul la. Patutlah mamat tu duk sengih-sengih aje. Free show hari ni. Lain kali inform awal-awal. Okey, tunggu. Saya nak siap. ~ Ayesha Macam tu pun dah cantik. Saya tak kisah. Okey, take your own sweet time. P/s: tak nak ajak saya masuk ke? ~ Emeer Banyak cantik muka bos! ~ Ayesha Bila dah last minute macam ni mulalah aku kalut. Baju mana nak ambil, ambil yang itu, letak yang ini. Sudahnya, aku hanya mengenakan jean hitam dan T-shirt lengan panjang berwarna krim serta selendang hitam. Semuanya yang simple dan tak perlu digosok. T-shirt ni pun Encik Emeer yang belikan semasa dia ke Sweden awal tahun

dulu mengikuti seminar seminggu di sana. Seronok ya dapat jadi bos ni, asyik berjalan ke luar negara aje. Aku jarang mengenakan T-shirt ni kerana potongannya yang agak mengikut badan. Tutup sedikit dengan selendang panjang ni dah okey la, kan. Tak ada la over expose sangat. Cepat-cepat aku mengunci pintu dan menyelitkan nota untuk Hafifah menyatakan aku keluar sebentar. Mesti bising mulut minah tu nanti. Senyuman manis ala-ala iklan Colgate Encik Emeer menyambutku. Ditenungnya aku dari atas ke bawah. Ceh, ingat aku ni model sedang catwalk ke nak usha sampai nak terkeluar biji mata. Senyumannya yang semakin lebar menandakan ada approval la tu dengan penampilanku. Ish... tak approve pun ada aku kisah? Dah la paksa aku keluar, nak kena jaga penampilan la pulak. Tak ada masa mak, nyah!!! Destinasi kami yang pertama adalah ke kedai dobi. Setelah selesai berurusan di kedai dobi, kami menghala ke arah bandar. Hari minggu, suasana jalan tidak seperti hari biasa. Tenang dan aman. Tidak banyak kereta bersesak-sesak. Mungkin warga kota ingin merehatkan badan di rumah. Jom makan... laparlah, ajak Encik Emeer. Menggoda sungguh suara mamat ni. Aku hanya mengangguk mengiakannya. Lagipun aku dah terasa lapar juga tengok muka mamat ni. Laju kereta BMW 5 Series itu dipandu ke arah pusat bandar. Aku membiarkan sahaja Encik Emeer memilih sendiri hala tuju, lagipun dia yang sibuk sangat ajak aku pergi makan. Alamak, lagu Dealova la pula kat radio ni. Terasa gatal betul jari aku nak menguatkan sedikit volume radio mamat ni, tapi terpaksa aku pendamkan. Terpaksa jugalah aku menyanyikan lagu kegemaran aku ni diam-diam. Dalam hati

38

39

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

pun tak apalah. Tiba-tiba kedengaran alunan suara Once semakin kuat, merdunya di telingaku. Eh, ada instinct ke Encik Emeer ni, boleh baca isi hati aku? Wah, bahaya ni. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang penuh persoalan. Dah ada orang tu minat sangat lagu ni, kuatkanlah sikit. Terkumat-kamit mulut tu, kalau dah suka nyanyi ajelah. Sinis aje suara mamat tu kedengaran di telingaku. Eee... kalau boleh nak aje aku cubit-cubit mulut mamat ni, asyik nak perli aku aje. Malas aku nak layan. Encik Emeer terkekeh-kekeh ketawa melihat muka aku yang mencuka. Kacau betullah, orang nak layan lagu Once ni pun dah hilang feel. Geram!!! Usai menjamu selera di Restoran Thai di dalam Mid Valley Megamall, kami menyusuri butik-butik yang terdapat di situ. Kalau minggu gaji, dah tentu habis duit gaji aku ni. Encik Emeer ni pula sibuk duk tanya aku nak beli apa. Kalau nak suruh aku shopping, bagi la gaji awal sikit, kan? Errr... Encik Emeer. Nak minta cuti minggu depan, boleh tak? ujarku ketika kami sedang membelek kasut sukan di butik Adidas. Nak pergi mana? Sibuk pula mamat ni nak tahu. Nak balik kampung la, Encik Emeer. Hari Ahad ni mak dan abah adakan kenduri doa selamat sebelum berangkat mengerjakan umrah. Hari Isnin dah take off, terangku. So, nak cuti berapa hari? Habis tu adik-adik tinggal dengan siapa bila mak dan abah pergi umrah? soalnya. Amboi, mak dan abah aje. Sejak bila pula jadi anak angkat mak dan abah aku ni?

Mak su ada tolong jagakan. Lagipun mak su memang tinggal dengan mak dan abah sekarang ni, balasku lagi. Hmmm... okeylah. Dua hari aje la kan, nanti isi form. Thanks Encik Emeer. Senyuman paling manis aku berikan. Cantik! Hah? Apa yang cantik Encik Emeer? soalku terkejut dengan pujian yang tiba-tiba keluar daripada mulutnya. Aku memerhatikan sekeliling kalau-kalau ada gadis-gadis ke, artis ke yang ditujukan pujian tu. Tak ada la pula. Kebetulan di sekelilingku ketika itu terdapat pelanggan lelaki sahaja. Tu kasut kat tangan awak tu... belilah. Sesuai dengan dressing awak hari ni, balasnya bersahaja. Tapi yang peliknya, mata dia masih terlekat di wajahku. Ish mamat ni, terer la kan. Dah tau barang tu cantik ke tak tanpa perlu melihatnya. Uish... tak naklah. Mahal. Lantas kasut di tanganku ditariknya. Encik Emeer meneliti harga yang terlekat di bawah tapak kasut tersebut lalu menggelengkan kepalanya. Miss... tolong ambil kasut ni. Saiz empat ya, ujarnya setelah menggamit jurujual yang melayan kami. Tau pula dia saiz kaki aku. Pelik! Pernah ke aku beritahu mamat ni saiz kasut aku? Ke dia duk menghendap kasut aku yang tersusun di bawah mejaku tu? Tak maulah Encik Emeer, mahallah... sungutku. Tidak menghiraukan rungutanku, tanganku ditarik Jasamu dikenang.

40

41

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

menuju ke arah bangku yang disediakan untuk pelanggan yang ingin mencuba kasut di situ. Mamat ni bukannya nak dengar cakap aku pun. Suka hati dia aje nak paksa-paksa aku. Tapi memang aku suka pun kasut tu tapi harga yang mencecah ratusan Ringgit Malaysia tu membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk membelinya. Cubalah... ke awak nak saya pakaikan untuk awak? Serta-merta aku mengambil huluran kasut daripada gadis jurujual itu. Takut aku dengan risiko yang bakal aku hadapi dengan mamat ni. Bukannya boleh kira, kalau itu kata dia... memang itu aje la, bukan boleh diubah-ubah dah. Setelah membayar harga kasut tersebut, kami beralih ke beberapa butik lain sehingga terasa tumit kaki aku ni sakit. Boleh tahan juga mamat ni kalau bershopping. Sakan sungguh! Hampir jam enam petang kami keluar dari Mid Valley Megamall. Aku ingatkan Encik Emeer akan terus hantar aku pulang. Meleset sama sekali ramalanku itu. Kereta dipandu laju menuju ke arah Jalan Masjid India. Nak buat apa pula mamat ni kat sini? Bisikku dalam hati. Setelah memarkir kereta di kawasan parkir berhadapan dengan deretan kedai-kedai itu, aku hanya menuruti langkah Encik Emeer yang menyusuri kaki lima kedai. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis jubah serta kelengkapan untuk mengerjakan haji dan umrah. Tanpa aku sedar, aku memaut lengan Encik Emeer untuk memberhentikannya. Nasib baik beralas. Keningku sedikit terangkat ala-ala Ziana Zain. Mempersoalkan kenapa perlu ke sini. Encik Emeer hanya tersenyum lalu laju sahaja

menarik tanganku. Ish... mamat ni. Mentang-mentanglah aku memaut tangannya tadi, laju aje ambil kesempatan. Encik Emeer membeli beberapa helai jubah putih untuk mak dan abahku walaupun puas aku memujuknya supaya tidak berbuat demikian. Mak dan abah dah ada, alasanku. Namun katanya, ini jubah pemberian daripadanya. Ada perbezaan. Malah, siap membelikan beberapa barang keperluan lain lagi. Saat ini, hati aku dipanjat rasa syahdu yang amat. Mengapalah engkau tidak dicipta untuk aku wahai Emeer Zafran? Mengenalimu membuatkan aku sukar untuk menerima orang lain di hatiku. Tiada yang dapat menandingi dirimu. Seketika mataku bergenang dengan air namun cepatcepat aku memaling wajah agar tidak disedari oleh sesiapa. Mungkin menyedari mood aku yang sedikit terusik, Encik Emeer tidak terus menghantarku pulang. Dia membawaku ke sebuah restoran eksklusif dan popular di kota raya ini. Enak KL, nama restoran yang terletak di Star Hill. Keindahan dekorasi dalamannya serta suasana yang cukup romantik benar-benar mendamaikan. Seketika aku terlupa dengan siapa aku bersama ketika ini. Biarlah saat ini menjadi kenangan terindah buatku sebelum dia dimiliki oleh insan lain. Andai bisa waktu terhenti, biarlah ia berhenti di sini.

42

43

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Bab 6
UMAAT dah hari ini. Cepat betul waktu berlalu. Pejam celik, pejam celik dah lima hari berlalu. Minggu ini merupakan minggu tersibuk aku. Pagi-pagi tadi sibuk dengan management meeting dan melayan kerenah bosbos kecil di dalam bilik mesyuarat tu. Mana sibuk nak mencatat minit mesyuarat lagi, sibuk nak tolong uruskan slide presentation jabatan, sibuk nak memastikan semuanya teratur dan paling utama sibuk nak melayan kerenah Encik Emeer aku tu yang semenjak dua menjak ni semakin mengadaada. Ada-ada sahaja perangainya pagi-pagi ni. Selalunya, dia tak kisah pun aku nak duduk di mana dalam mesyuarat tu. Kebiasaannya aku akan duduk di sebelah Puan Suhaili, Manager Public Affair Department. Boleh juga kami bersoseh-soseh masa tu. Tapi pagi ni, sebelum masuk ke dalam bilik mesyuarat, Encik Emeer dah siap sound aku untuk duduk di sebelahnya. Dengan nada serius lagi tu. Ketika mesyuarat, selalunya Kak Betty yang akan sediakan minuman kepada semua ahli mesyuarat termasuk untuk aku dan Encik Emeer, tapi pagi ni lain pula permintaannya. Encik

Emeer tak mahu air yang Kak Betty sediakan. Dia minta aku sediakan Nescafe O satu sudu gula dia tu juga. Dah la aku serabut dengan fail-fail yang baru dihantar oleh Jabatan Tuntutan tadi. Semuanya fail-fail urgent untuk perhatian bos aku tu. Sebenarnya kerja di syarikat insurans ni bukanlah boleh selalu bersenang-lenang. Tambahan pula jika banyak tuntutan yang dibuat. Jabatan Tuntutan dah sah-sahlah kena kerja lebih masa, dan bos aku pula seharusnya juga menyingsing lengan baju untuk meneliti satu per satu tuntutan dan saranan yang dibuat oleh pengurus jabatan. Aku? Lagilah tak cukup kaki dan tangan nak uruskan fail-fail yang bertimbun-timbun tu. Alhamdulillah, mesyuarat pagi itu berjalan dengan lancar. Walaupun ada satu dua perkara berbangkit yang tidak disenangi oleh CEO, tetapi masih dapat diatasi dengan usulusul oleh pihak yang terlibat. Kerja aku, rekodkan sahaja dalam minit mesyuarat. Sesekali nama aku pun naik juga apabila CEO mengingatkan agar aku mencatat nota-nota serta tarikh-tarikh penting yang perlu diingatkan semula nanti. Hesh, ingat senang ke nak jadi setiausaha ni? Nampak macam senang. Orang kata kerja glamor jadi PA merangkap setiausaha ni. Tapi tak ramai yang tahu, tekanan yang ditanggung oleh penjawat jawatan ini bukan sedikit. Kalau tak sanggup, janganlah gatal-gatal nak apply. Selepas tamat sahaja mesyuarat, Datuk Ilham, CEO syarikatku sempat pula tersenyum pada aku. Sayang betul bos awak pada awak ya, Ayesha. Okey, saya dah beritahu admin mengenai pertukaran PA ke konvensyen tu. Awak ada nak rekomen siapa-siapa untuk menggantikan awak? aju Datuk Ilham sambil menghulurkan fail yang telah ditandatanganinya kepadaku. Saya rasa Puan Haryati, PA Encik Azman dari

44

45

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Broking Department tu layak mendapat tawaran tu Datuk. Puan Haryati dah lebih enam tahun bersama syarikat, lebih senior daripada saya. Walaupun bukan di kalangan eksekutif, tapi jasa beliau dah banyak, Datuk. Saya percaya, beliau akan dapat lebih banyak ilmu di sana nanti, balasku. Memang aku selalu perhatikan Kak Haryati. Tugasan yang diberikan selalunya dilakukan dengan baik. Tip top. Mungkin bukan rezekinya lagi untuk dinaikkan ke tahap eksekutif PA, tapi sekurang-kurangnya syarikat patut memberi penghargaan kepada beliau. Dan aku, bukanlah seorang yang tamak. Semahu-mahunya aku ingin juniorjunior PA yang berada di bawah seliaanku bersedia untuk menggantikan tempat aku nanti. Datuk Ilham mengangkat keningnya tanda kagum dengan hujahku. Lalu Datuk Ilham menepuk-nepuk bahu Encik Emeer yang kebetulan berdiri disebelahku. Patutlah you sayang sangat kat PA you ni. I can see the reason. Kata-kata yang mematikan senyumanku seketika. Encik Emeer hanya tertawa halus. Wajahku sudah kemerah-merahan apatah lagi ketika itu dua tiga orang pengurus jabatan turut berada di situ. Cepat-cepat aku berlalu meninggalkan mereka. Biasalah, gosip orang lelaki.

sambil melihat jam Hello Kittyku yang tergantung di dinding. Seketika, segaris senyuman tersungging di bibirnya. Benci! Aku benci melihat senyuman mengejeknya setiap kali dia melihat jam dindingku itu. Ada yang kena cubit mulut tu nanti! Siap ni saya baliklah Encik Emeer. Lagipun esok pagi baru saya bertolak, jawabku. Encik kepalanya. Emeer hanya mengangguk-anggukkan

Okey, awak balik awal sikit. Malam nanti saya jemput awak pukul lapan ya, arahnya. Alahai, mamat ni. Bila masa pula dia ada buat temu janji dengan aku ni? Dah la tak beritahu awal-awal, suka betul buat aku macam ni. Hmmm... rasanya... Dah... tak payah banyak dalih. Malam ni temankan saya sekejap ya, tak lama pun. Ada makan malam di rumah Datuk Ilham, baru tadi Datuk interkom saya. Go home now, nanti sangkut dalam jam pula. Aku hanya mencebikkan bibir dengan arahan itu. Suka hati dia sahajalah nak arah aku itu ini. Aku pun pelik dengan sikapku sendiri. Sering sangat aku begini. Tidak suka dengan sikap Encik Emeer yang suka mengarah aku sesuka hati tapi tak pernah pula aku menolaknya. Adakah ini tandanya hatiku telah benar-benar suka kepadanya hingga tidak sanggup untuk menolak permintaan daripadanya? Entahlah... buntu!

HAMPIR jam lima petang, Encik Emeer keluar menjenguk ke arahku. Terjojol kepalanya dari pintu yang terkuak sedikit. Ayesha... awak nak balik pukul berapa ni? soalnya AKU berjalan mundar-mandir di hadapan pintu pagar. Jarum

46

47

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

jam sudah melebihi angka lapan. Ish... janji Melayu macam inilah. Kata pukul lapan. Lima minit lagi kalau lambat, sah aku akan masuk ke dalam rumah dan kunci pintu rapat-rapat. Biarlah dia nak tunggu kat luar ni sampai pagi pun, gerutu hati kecilku. Dari jauh kelihatan kereta Encik Emeer menyusuri jalan lalu berhenti di hadapanku. Tanpa berlengah, terus aku menyelinap masuk ke dalam kereta. Matanya menyoroti aku yang bersahaja, tanpa rasa bersalah kerana menyusahkan aku malam-malam macam ni. Baju baru eh? Cantik, pujinya. Hatiku kembang berbunga dengan pujian yang berbunyi ikhlas itu. Rasa yang sebal menanti tadi terus mati. Senyuman tersungging di bibir. Bukanlah istimewa sangat kebaya labuh biru muda ni. Tapi baju kebaya ni asalnya daripada kain yang diberi oleh Encik Emeer ketika dia mengikuti kursus di Indonesia. Memang kainnya cantik, apatah lagi Si Hafifah tu sangat pandai menjahit sulaman dan labuci. Maka nampak liplap-liplaplah baju aku ni. Aku padankan pula dengan tudung Fareeda yang sedondon. Aku memangnya jarang berbaju kebaya sewaktu bekerja. Kalau ada majlis-majlis tertentu sahaja barulah aku selesa menyarungkannya. Suasana di hadapan rumah banglo milik Datuk Ilham riuh dengan suara para tetamu. Ramai juga yang hadir malam itu. Aku ingatkan majlis kecil-kecilan sahaja. Nasib baiklah aku berpakaian sesuai. Malu juga kalau datang dengan pakaian yang ala kadar. Kelihatan Encik Azman dan isterinya, Puan Alina yang manis, menggamit kami ketika kami sampai di hadapan pintu pagar. Khemah yang didirikan di halaman rumah penuh dengan tetamu yang menjamu selera.

Hai... bos, Ayesha pun ada. Wah, macam belangkas! usik Encik Azman menambahkan lagi merah dan hangat di wajahku. Sudahlah berada di kalangan orang-orang besar, diperli pula. Geram sungguh aku pada Encik Emeer ni, dah terang-terang Encik Azman pun ada, kenapalah nak ajak juga aku ni? Setelah berbual-bual seketika dengan Encik Azman dan berkenal-kenalan dengan isterinya, kami menuju ke arah Datuk Ilham yang telah pun menyedari kehadiran kami. Beliau menggamit kami ke arahnya. Uncle... sorry la lambat sikit Meer sampai. Erk... uncle??? Apa kes pulak ni? Datuk Ilham tukan CEO syarikat. Selama ini tak pernah pula aku dengar mamat ni memanggil Datuk Ilham dengan panggilan uncle. Suspicious! Its okay Meer, Ayesha. Come... jumpa auntie kat dalam tu. Dia tengah tidurkan Nuha agaknya... balas Datuk Ilham mengajak kami masuk ke dalam rumah. Jom jumpa auntie saya. Nuha tu cucu uncle dan auntie, terang Encik Emeer. Sorry ya... saya tak bagitau awak. Datuk tu bapa saudara saya adik mama saya, bisiknya lagi ke telingaku. Mulutku ternganga seketika. Mataku mengerling ke arahnya dan disambut dengan tawa halus. Kedengaran suara Datin Salina menyeru nama Encik Emeer dari ruang tamu. Tanganku segera diraih lalu ditarik mengikuti langkahnya. Puas aku cuba melepaskan pegangan tangannya tetapi gagal. Hesh, lelaki ni tak makan saman langsung. Suka-suki nak pegang-pegang aku. Dahlah kat depan public pula tu.

48

49

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Encik Azman yang berada tidak jauh dari kami terperasan adegan ala-ala drama Korea antara kami berdua sudah pun tersenyum. Matanya dikenyitkan lalu tersungging senyuman di bibir Encik Azman. Terdengar tawa halus daripada mulut Encik Emeer. Aduh, boleh pengsan aku melayan ragam mereka ni! Malam itu, barulah aku benar-benar kenal siapa Datuk Ilham sebenarnya. Bukanlah seperti yang aku sangka selama ini. Karakternya di pejabat dan di rumah sangat berbeza. Ini membuatkan aku lebih menghormatinya. Layanan Datuk Ilham sekeluarga kepadaku juga sangat menyentuh hati. Jika dilihat daripada pangkat dan darjat, siapalah aku untuk bercampur dengan mereka. Datin Salina yang lembut itu juga tak ubah seperti seorang ibu. Mesra berbual denganku walaupun inilah pertama kali kami bertemu. Malam yang semakin lewat memaksa kami memohon diri untuk pulang. Tidak lupa aku menjemput Datuk Ilham sekeluarga hadir ke kenduri doa selamat di rumah orang tuaku walaupun aku sedia maklum mana mungkin mereka dapat menunaikannya. Terkejut dan tersentuh hatiku dengan ciuman di pipi yang diberikan oleh Datin Salina sejurus sebelum kami berangkat pulang. Bahkan pipiku dielus lembut dan sempat juga Datin Salina memesan agar aku datang lagi menziarahinya. Hati-hati memandu esok, sampai kampung call saya, pesan Encik Emeer sejurus kereta diberhentikan di hadapan rumahku. Terpanar aku dengan kata-katanya. Begitu pentingkah aku padanya? Aku hanya mengangguk. Lidah kelu untuk berkata-kata. Aku cuma mampu tersenyum. Seketika mata kami bertembung. Ada getar yang bertandang

terlihatkan sinar matanya yang redup itu. Membuai-buai perasaanku. Tidak! Aku harus kembali ke alam realiti. Cepatcepat aku memalingkan wajah. Segera aku mencapai handbag dan ingin membuka pintu kereta apabila tanganku dicapai tiba-tiba. Terhenti! Boleh tak, nak buat macam yang Datin buat tadi? soalnya yang mengundang satu cubitan daripadaku di tangannya. Spontan. Aku pun tidak menyedari tindakan refleksku itu. Mataku mencerlung ke arahnya. Gatal! Auch sakitlah. Eiii... dah pandai menyepitlah awak ni, Ayesha.... Rungutnya lalu tersembur ketawa daripada bibir itu. Aku semakin geram dengan sikapnya. Dah mula la tu, ulat bulu naik daun. Wahai Encik Emeer, janganlah layan aku begini. Jangan kau hidangkan aku dengan harapan dan impian. Jangan kau goda aku dengan kemesraanmu. Aku takut aku hilang arah. Aku takut aku tak mampu bertahan. Aku bimbang aku tersasar bila aku kehilanganmu nanti. Aku memang tidak bisa memilikimu. Kau sudah pasti bukan milikku. Aku tak ingin tersungkur dengan kemesraan ini. Setelah mengucapkan selamat malam, kami berpisah di situ. Malam ini, aku harus bersiap untuk pulang ke kampung halamanku. Bermula malam ini, aku akan merindui suara, tawa dan segalanya tentang mamat budget hensem tu. Oh hati, jangan macam-macam.

50

51

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Bab 7
IGA jam perjalanan terasa sunyi tanpa teman bicara. Hafifah tidak dapat menemaniku pulang. Waktu-waktu begini jabatannyalah yang paling sibuk menyiapkan segala laporan kewangan apatah lagi budget meeting hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Namun Hafifah sempat juga berjanji jika kerja-kerjanya siap, dia akan pulang juga walaupun sekejap. Rindu hendak berjumpa mak dan abah aku tu. Maklumlah, rumah aku pun dah jadi rumah nombor dua Si Hafifah tu. Sepanjang perjalanan aku hanya ditemani alunan lagu-lagu indah yang kedengaran di corong radio. Bersulam kenangan saat-saat aku bersama dia yang kutinggalkan seketika. Alangkah indah jika ia benar belaka. Mungkinkah tiga tahun kesabaran ini bersamanya disebabkan hati aku mula menyenanginya? Mungkinkah sudah tersedia suatu sudut istimewa di hati ini untuk insan bernama Emeer Zafran? Kepulanganku disambut dengan wajah-wajah ceria mak, abah, mak su, Aina, Adib, Alia dan Auni. Masing-masing becok bertanyakan aku itu dan ini. Walaupun kampungku

tidaklah sejauh mana, tapi jarang aku dapat pulang ke sini berkumpul bersama mereka. Hanya jika cuti panjang dan hari raya sahaja aku dapat pulang. Nak balik hujung minggu, rasanya tak puas nak bermanja dengan mak. Habis barang-barang yang aku bawa pulang diselongkar satu per satu oleh Alia dan Auni yang masingmasing berumur dua belas dan sepuluh tahun. Auni adik bongsuku, sangat manja dan keletahnya itu juga membuatkan aku rindu pada mereka. Riuh mulut mak memarahi adik-adik yang tidak sabar. Abah seperti biasa hanya tersenyum melihat kerenah anak-anaknya. Mak su memelukku erat. Kami berdua memang sangat rapat. Semenjak kematian suami, mak su tinggal bersama kami. Mak su yang hanya dua tahun muda daripada mak, tidak mempunyai zuriat. Kesian mak su, hanya dengan kami adik-beradiklah tempat mak su menumpang kasih. Akulah yang paling rapat dengan mak su. Jenuh mak dan abah memujuk mak su mengikut mereka mengerjakan umrah, namun mak su tetap menolak. Katanya tak sampai hati nak tinggalkan adik-adikku sedangkan aku sudah memaklumkan bahawa aku akan membawa mereka ke Kuala Lumpur. Hanya dua minggu, lagipun cuti sekolah akan bermula minggu hadapan. Namun, mak su tidak membenarkan. Dia tidak mahu pelajaran Adib yang akan mengambil SPM tahun ini terganggu. Dia mahu Adib berjaya seperti aku melanjutkan pelajaran ke menara gading. Selama ini pun, mak su yang banyak memberi dorongan kepada kami. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Notification mesej masuk. Berebut-rebut Auni dan Alia ingin melihatnya. Mak sudah mula menjegilkan mata ke arah mereka.

52

53

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Dah sampai? Jumpa keluarga hingga lupakan saya.... ~ Emeer Merajuk ke mamat ni? Baru setengah hari, belum sampai petang aku tak menghubunginya. Mengalahkan pasangan kekasih la pulak. Aku tersenyum sendirian. Menyedari tingkahku mendapat perhatian mak su, cepatcepat aku berlalu ke bilik yang agak lama aku tinggalkan. Rindu pada katil dan bantal pelukku. Dah sampai dalam dua jam... belum sempat nak mesej, sibuk adik-adik dah serbu. Itulah, kirim lagi banyak barang. Dun worry, will never forget. ~ Ayesha Butang send ditekan. Alamak! Betul ke aku yang taip macam tu? Dah terasa bila awak tak ada... missing you. ~Emeer Mak!!! Terasa aku ingin menjerit membaca mesej mamat ni. Janganlah kau racun aku dengan ayat-ayat cinta kau ni. Jangan! Aku ni pun bukanlah kuat sangat. Boleh cair aku nanti. Ok... got to go. Nak sembang-sembang dengan mak dan abah jap. ~ Ayesha

Salam saya untuk mak dan abah... flying kiss untuk awak, hehe. ~ Emeer Terpanar seketika aku membaca mesejnya yang terakhir tu. Hakikatnya, aku pun rindu dengan suaranya. Rindu pada usikan nakalnya. Rindu... rindu... rindu. Angau dah kau ni Ayesha Sorfina. Aku menepuk-nepuk pipiku sendiri. Apalah nak jadi dengan aku ni.... Sungguh berselera kami makan malam bersama. Dapat berkumpul begini, melayan masakan mak dan mak su, bersama ulam-ulaman kampung yang segar. Daerah Pekan kampungku ini sangat indah. Berhampiran dengan Sungai Pahang yang terkenal dengan ikan patinnya. Sungai Pahang yang setia mengalir ke muara, mengindahkan lagi pemandangan kampung kami. Malah, pantai yang tersergam indah sentiasa menggamit pelancong untuk terus melekat di sisinya. Landai, bersih dan mendamaikan. Deruan ombak sentiasa menjadi penenangku tika aku dilambung gelora rasa.

MALAM itu, aku, mak su dan mak sibuk mengeluarkan pinggan mangkuk dari bilik stor untuk dicuci dan dilap sebelum digunakan untuk kenduri esok. Adik-adik sudah sibuk mengemas ruang hadapan dan beranda rumah. Rumah ini rumah peninggalan arwah ayah ki, iaitu ayah kepada mak. Tanah seluas dua ekar ini dibahagikan sama rata kepada mak dan mak su, namun mak su telah pun meletakkan nama kami adik-beradik ke atas bahagiannya. Setelah pencen daripada tentera, abah terus menetap di sini. Menggunakan wang KWSP abah, rumah ini dibaiki dan diperbesarkan. Mempunyai

54

55

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

lima buah bilik tidur, ruang solat, ruang tamu dan dapur yang luas. Mak su berkongsi biliknya dengan Aina, manakala Auni berkongsi dengan Alia, sebuah bilik untuk Adib, bilik untuk mak dan abah dan sebuah bilik untuk aku. Selalunya bilik aku itu akan digunakan sebagai bilik tetamu. Tanah di belakang rumah pula dijadikan kebun oleh abah. Pokok buah durian, rambutan dan langsat menjadi pilihan abah. Suara orang memberi salam di luar rumah menghentikan kerja kami. Kedengaran abah menjemput tetamu masuk ke dalam rumah. Sofi, buatkan kopi untuk tetamu kita ni. Abah terjengul di muka pintu dapur. Siapalah yang datang malam-malam ni? Tapi yalah, kan... mereka nak melawat mak dan abah. Biasalah, kalau ada sahaja perkhabaran tentang mana-mana kariah yang akan menunaikan umrah atau haji, pasti ramai yang akan menziarahi mereka. Syukur, kerana masyarakat di kampung halamanku ini masih mengamalkan budaya ziarah ini. Masih kuat dan utuh semangat kejiranan mereka. Minuman dan sedikit kuih-muih kuangkat ke ruang tamu. Tanpa mempedulikan tetamu yang datang, aku berhatihati menghidangkan hidangan ke atas meja. Bimbang juga tertumpah air yang dituang. Jatuhlah saham aku kalau begitu. Ya Allah, lamanya tak jumpa Ayesha. Bila balik ni? Dapat kutangkap suara itu. Aku kenal benar dengan empunya suara. Lantas aku mengangkat muka memandang ke arah tetamu-tetamu yang datang. Acik Siti, apa khabar? balasku lantas menyalami tangan wanita itu.

Mak Cik Siti memelukku erat. Dulu kami pernah rapat sewaktu aku masih di sini. Tapi disebabkan suatu perkara, kami menjadi makin jauh. Mataku menangkap pandangan redup seseorang yang turut serta bersama mereka. Segaris senyuman aku hulurkan dan kami hanya berbalas senyum. Seketika, aku tidak dapat membaca perasaanku sendiri. Haah, kan. Lama tak jumpa Ayesha. Selalu juga Ash balik tapi tak pernah jumpa Ayesha, sapanya. Balik juga, tapi kalau ada cuti yang lama sikitlah. Nak balik kerap sangat pun penat nak memandu sorang, balasku berbasa-basi. Setelah meminta izin untuk ke dapur meneruskan kerja yang terhenti, aku berlalu pergi meninggalkan mereka berbual-bual dengan mak dan abah. Daripada ekor mataku, jelas terlihat Rashdan hanya menyorot jejakku menjauhi mereka. Saat itu, perasaanku menggelegak. Semahumahunya aku tidak ingin berjumpa dengannya lagi. Aku tahu, dia sering bertanya tentangku melalui Hafifah. Kami dahulu sekelas ketika di tingkatan lima. Aku tahu, Rashdan masih menaruh hati padaku. Malah, bertahun-tahun dulu aku pernah menolak hasrat hatinya. Hati aku tidak pernah terbuka untuknya dan tak mungkin akan terbuka sampai bila-bila. Bukankah hati ini sudah ada pemiliknya? Ah... kalut jiwa ini. Hampir jam sebelas malam barulah aku dapat berbaring-baring di atas katilku ini. Baru kuingat, sedari tadi aku tidak sempat mengintai telefon bimbitku. Ada lima belas missed calls, semuanya daripada nombor yang sama. Aku memberanikan diri menekan nombor itu walaupun menyedari malam kian larut.

56

57

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Assalamualaikum ujarku. Walaupun telah diangkat namun tiada balasan di hujung sana. Merajukkah? Tak jawab salam berdosa tau... or else saya letaklah ya, balasku lagi sambil berpura-pura untuk memutuskan talian. No... no... Ayesha stop it. Amboi, dah lupa saya terus ya...? Ada nada sedih bersama suara itu. Betulkah ini suara Encik Emeer? Sorry bos... saya sibuk mengemas tadi. Lagipun ada tetamu datang bertandang, takkanlah nak halau mereka, kan? Encik Emeer belum tidur lagi? Saja aku berlembut tidak mahu memanjangkan rajuknya. Hmmm... tak boleh tidur kalau tak dengar suara awak. Hampir tersedak aku dibuatnya dengan kata-kata tak ada cover Encik Emeer tu. Air mata sudah mula bergenang. Mudah sungguh kolam rasaku ini tercuit setiap kali bersuara dengannya. Bukan sedih, tapi terharu kerana ada juga insan yang sudi merindui aku. Suasana hening seketika. Hanya kedengaran nafas masing-masing di hujung talian. Aku mencari kata-kata untuk diucapkan namun saat itu hanya sendu kecil yang berlagu. Ayesha... are you still there? Sayup suaranya memecah sunyi. Yep... ada lagi ni. Okeylah Encik Emeer, saya nak tidur dulu ya. Esok pagi-pagi nak bawa abah dan mak ke pasar, nak masak. Lembut aku meminta izin untuk memutuskan talian. Tak sanggup rasanya untuk terus mendengar suaranya yang mengundang rasa rindu di hati.

Esok kenduri pukul berapa? Lepas solat zohor, insya-Allah. Selamat malam Encik Emeer, sleep well. You too dear... mimpikan saya ya malam ni. Tengoklah kalau Encik Emeer boleh jalan-jalan masuk dalam mimpi saya, balasku cuba berjenaka. Saya kalau boleh Ayesha, bukan setakat nak masuk mimpi awak, saya kalau boleh nak tidur sekali dengan awak. Ayarkkk! Ini sudah lebih. Kalau dilayan ni menjadijadilah nanti. Muka aku pun dah blushing gila ni. Eiii... berani ke? Alamak! Lain yang aku nak cakap, lain pula yang keluar. Sengaja cari nahas la ni. Awak cabar saya ke Ayesha? soalnya kembali. Eh, tak adalah... saya gurau aje. Nak tidurlah, huarghhh dah mengantuk ni. Sengaja aku mencari alasan untuk tamatkan perbualan. Terdengar ketawanya yang panjang di hujung talian. Tak ada kerja lain la tu, ketawakan aku. Takpe... ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Ha ha ha... awak dah takut ya Ayesha. Okay dear... sleep well, miss you... tuturnya kembali dengan nada yang lebih lembut. You too boss. Sleep well. Balasku. Rindukan saya banyak-banyak! Alahai, dalam hati ajelah berani nak cakap macam tu. Talian dimatikan. Aku masih lagi kaku, terkebilkebil menghadap siling rumah mengenangkan kata-kata terakhir mamat tu. Nak mimpikan dia malam ni? Minta dijauhkanlah mimpi-mimpi ni. Takut nanti aku tak boleh berhenti berharap untuk terus bermimpi aje. Parah Ayesha, parah!!!

58

59

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

SEMENJAK balik dari pasar pagi tadi, aku sibuk di dapur membantu mak dan mak su menyiapkan juadah. Menu yang ringkas tetapi tetap hebat di mataku menjadi hidangan para tetamu hari ini. Bukanlah besar sangat kendurinya pun, hanya sekadar menjemput kariah masjid, jiran-jiran kami seorang dua dan saudara-mara mak yang ada di kawasan terdekat. Mak memang penduduk asal kampung ini manakala abah pula berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Pernah berkhidmat dalam angkatan tentera dan setelah pencen terus menetap di sini. Kalau didengar daripada cerita mak su, hebat percintaan mak dan abah. Ditentang hebat oleh arwah ayah ki kerana arwah ayah ki tidak suka mak berkahwin dengan anggota tentera. Takut anak perempuannya tidak tinggal setempat. Malah menurut mak su, orang-orang dahulu tak suka anak mereka berkahwin dengan askar atau tentera kerana takut anak perempuan mereka dimadukan. Maklumlah, tentera ni rajin berpindah-randah, mudah pula untuk membuka cawangan lain. Namun, cinta di hati abah dan mak membuatkan hati ayah ki menjadi lembut sehinggakan di akhir hayatnya, abahlah yang banyak menjaga arwah. Abah telah menjadi menantu lelaki kesayangannya hingga ramai orang menyatakannya lebih sebagai anak lelaki daripada status menantu. Abah memang seorang yang tegas tapi penuh dengan kasih sayang. Kualiti begitulah yang aku cari dalam seorang lelaki. Dan kualiti itu juga aku jumpa dalam seseorang... namun takdir tak mungkin menjadi milikku. Mak tidak menjemput ramai jiran untuk membantu kami di dapur. Kata mak, cukuplah kami sahaja yang menyediakan hidangan kerana bukanlah kenduri besar pun. Tapi, semangat kejiranan yang ada di kampungku ini masih

tidak luntur. Dua tiga orang jiran pagi-pagi lagi telah sampai. Mengambil tugasan di dapur sehinggakan aku sendiri pun tak tahu apa nak dibuat. Akhirnya, aku mengambil keputusan ke bahagian dapur basah yang berada di luar untuk menyiang ikan patin yang telah dihantar oleh Abang Alif, rakan kongsi abah. Abang Alif dan abah berkongsi menternak ikan keli di dalam sangkar yang terletak di Sungai Pahang. Memang semenjak mengusahakan penternakan ikan keli ini, abah dan Abang Alif semakin sibuk. Manakan tidak, pemborong serata tempat tiap-tiap minggu akan datang ke rumah mencari ikan-ikan tersebut. Bukan setakat ikan patin, ikan lampam jawa, ikan kerai dan ikan baung juga diternak oleh mereka. Namun, aku sangat bangga dengan abah dan Abang Alif. Walaupun yang datang memborong itu tauke-tauke besar dari bandar besar, namun abah tetap menjadi supplier kepada peniaga-peniaga kecil di Bandar Pekan dan di pekan-pekan kecil. Kata abah, biarlah bangsa kita mendapat bekalan daripada pengeluar sendiri dengan harga yang lebih murah. Kayakan bangsa sendiri dahulu, itu moto abah. Oleh kerana sudah lama tidak melakukan kerjakerja begini, terkial-kial aku mengerjakan ikan itu. Ruparupanya Adib, satu-satunya adik lelakiku, sedang memerhati sambil terkekek-kekek mentertawakan aku. Sempat aku membaling selipar jepun di kakiku ke arahnya. Aku dan Adib memang rapat walaupun umur kami agak jauh. Memang aku manjakan sangat Si Adib ni. Yalah, kan umur aku enam tahun baru aku dapat seorang adik. Akulah yang tukar lampinnya, akulah juga yang menyuap susunya dan akulah juga yang mendodoikan tidurnya. Semuanya akulah. Kak, ada orang nak tolong akak ni! jerit Adib. Aku hanya membiarkan sahaja. Malas hendak melayan kerenahnya yang memang suka menyakat aku.

60

61

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Hmmm... kesiannya ikan-ikan tu Ayesha. Wah! Parah sungguh angau aku ni. Sampai terdengar-dengar suara Encik Emeer kat sini. Elok-elok mamat tu ada kat KL, boleh pula aku terdengar suaranya di sini. Dahsyat sungguh penangan mamat ni. Aku hanya menggelengkan kepala, mengusir perasaan itu. Tiba-tiba jariku terasa pedih, kelihatan darah menitik keluar, satu, dua... dan arghhhh jariku terluka. Jariku yang terluka kubawa ke pili air untuk membersihkan darah yang mengalir. Mujurlah tak besar mana pun torehan itu. Bawa tangan tu ke sini. Ish... awak nikan. Tanganku yang luka itu dicapai oleh empunya suara. Terpegun aku melihat sekujur tubuh Encik Emeer yang tercegat di hadapanku. Jariku dibelek seketika. Errr... errr... macam mana boleh sampai kat sini? Tergagap-gagap aku bertanya. Encik Emeer hanya tersenyum dan kemudian kelihatan kelibat Hafifah dan tunangnya Hakimi menuju ke arah kami. Ini mesti kerja Hafifah. Kata tak dapat balik, tibatiba muncul pula. Sudah tu, bawa pula mamat ni. Aduhai.... Penyudahnya, kerja menyiang ikan diambil alih oleh Adib dan Aina yang sudah pun terkekeh-kekeh ketawa melihat muka aku yang blur. Oh takpe, korang ketawakan kakak ya. Nanti la korang... gerutu hatiku. Walaupun Aina baru berumur empat belas tahun, tapi Aina memang terer melakukan kerja rumah. Malah masak-memasak pun boleh tahan adik aku seorang tu. Tambahan pula dia rajin membantu mak dan mak su menyediakan nasi dagang setiap pagi untuk dijual. Pemilik kedai makan di simpang jalan masuk ke kampungku itu yang meminta mak menyediakan nasi dagang bungkus untuk dijual di gerainya setiap hari.

Walaupun mak pada awalnya menolak, tapi tidak sampai hati pula kerana ramai orang kampung yang sering bertanyakan nasi dagang mak. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi memang nasi dagang mak merupakan nasi dagang yang tersedap di kampung ni. Kalau hari raya, tak sampai tengah hari dua periuk nasi dagang sah-sah akan licin. Periuk besar tau. Kalau setakat besar rice cooker aku tu, taklah heran sangat. Aku membawa mereka ke ruang hadapan rumah untuk bertemu dengan mak dan abah. Sopan sungguh mamat tu bersalaman dengan abah dan mak. Abah apa lagi bila mendapat tahu itulah bos aku. Dengan senyuman lebar nan meleret, abah mengajak Encik Emeer duduk berbualbual bersamanya. Sempat lagi berterima kasih dengan segala pemberian bos aku tu. Eh... Sofi, pergilah buatkan air untuk bos dan kawan kamu ni, arah abah. Aku menggangguk dan berlalu ke dapur. Namun, sempat aku melihat Encik Emeer mengajuk perlahan namaku yang dipanggil oleh abah. Dalam perjalanan ke dapur, aku menggamit Hafifah. Tersengih-sengih perempuan itu dengan muka tak bersalahnya. Apa cerita ni, Pipah? soalku macam askar pencen. Tak puas hati selagi tak tahu apa cerita sebenarnya. Ala, ko janganlah marah aku, Pina. Aku pun sebenarnya tak plan semua ni. Semalam cik abang ko tu, turun cari aku kat department aku. Tanya aku tak datang ke kenduri ko ke. Aku kata aku datang dengan Hakimi tapi pagi ni la. Dia pun sibuk nak ikut sekali. Pagi tadi, kereta Hakimi buat hal pulak kat depan ofis. So kita orang naik kereta bos

62

63

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

ko tu la. Sanggup dia jadi drebar lagi. Hei..untung la ko ni Pina oi... jelas Hafifah meleraikan kekusutan fikiranku. Apa yang untungnya pun... balasku sambil mencebik. Untunglah ada orang sayang giler kat ko. Yang ko pula, boleh buat tak reti aje, leter Hafifah. Pandai-pandai aje ko main tembak ya. Ko guna apa, machine gun ke senapang patah ni? bidasku. Mana aku ada duit nak beli machine gun, senapang patah pun aku tak ada lesen. Aku pakai mata aku yang ala-ala teleskop ni la, balas Hafifah. Aku tengok korang berdua nikan... bukan macam bos dan pekerja la. Korang berdua ni ada apa-apa, eh? sambungnya lagi. Soalan Hafifah membuatkan aku terdiam seketika. Ketara sangatkah hubungan aku dan Encik Emeer di mata mereka? Aku pantas menggelengkan kepala menafikan persoalan Hafifah. Jangan buat pasal, nanti perang sabil aku. Ko jangan nak memandai-mandailah Pipah. Encik Emeer tu nak jadi suami orang dah tak lama lagi, balasku. Sakit dan pedih dengan kenyataan yang keluar daripada mulut sendiri. Setelah menghidangkan minuman untuk mereka, aku kembali ke dapur membantu mak cik-mak cik yang setia membantu kami. Hafifah pun hari itu rajin pula menurut langkahku. Pinggan mangkuk kususun ke atas dulang satu per satu. Biarlah mereka berbual-bual di hadapan. Kepalaku masih mereng memikirkan perangai pelik-pelik Encik Emeer ni. Tapi hakikatnya, aku sangat gembira dengan kehadirannya. Perasaan yang sangat indah sedang berbunga dalam hati.

Bab 8
EMUANYA telah selamat. Majlis doa selamat telah selesai dengan sempurna pada mata aku. Ramai yang hadir tanpa kami duga. Ternyata, mak dan abah memang disenangi oleh masyarakat kampung kami. Aku lihat Encik Emeer pun tidak kekok bergaul dengan orang-orang kampung. Bersembang dan ketawa bersama mereka seolah-olah telah menjadi salah seorang daripada kariah mereka. Sesekali aku mencuri pandang juga ke arahnya. Bimbang kalau-kalau dia tak dapat menyesuaikan diri. Ternyata jangkaanku meleset sama sekali. Banyak perkara yang tak aku duga tentang mamat ni. Lewat petang, Hafifah dan Hakimi mohon diri untuk pulang. Hakimi akan bertugas di luar kawasan pada esok hari. Memandangkan mereka datang bersama Encik Emeer, maka pulang pun mestilah bersama. Namun, lain pula cerita yang terjadi. Perancangan awalku telah melencong sama sekali. Encik Emeer menawarkan diri untuk menghantar mak dan abah ke Lapangan Terbang Kuantan keesokannya lalu menyarankan agar Hafifah dan Hakimi

64

65

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

pulang dengan memandu Myviku. Memandangkan dia memandu Toyota Alphard ke rumahku, maka diusulkan kepada abah untuk memberi peluang adik-adik pun turut serta menghantar abah dan mak. Katanya, kasihan adikadikku kerana pada asalnya, hanya aku dan Adib yang akan menghantar abah dan mak esok. Abah dengan mudah menerima pelawaan Encik Emeer itu. Adik-adik pun apa lagi, bersorak gembira la mereka. Macam kambing terlepas kandang lagaknya. Wah, lain sungguh penerimaan abah terhadap Encik Emeer ini. Selalunya abah aku ni bukan mudah nak menerima orang luar, apatah lagi kalau lelaki yang tidak dikenalinya. Rakanrakan lelakiku semasa bersekolah dulu pun tak ramai yang mendapat approvalnya. Rashdan, anak sahabat baik abah pun tak pernah dilayan begini. Aduhai, abah.... Setelah menghantar Hafifah dan Hakimi di hadapan rumah, bersama pesanan agar menjaga nyawaku itu elokelok, Encik Emeer menggamitku ke arah Alphardnya itu. Bila masa pula mamat ni beli Alphard, soal hatiku. Ni kereta Datuk Ilham. Saya ke rumah uncle semalam dan uncle la yang suruh saya bawa Alphard ni. Ni auntie beri pada awak. Yang ni untuk abah dan mak, ujarnya seakan mengerti apa yang bermain di fikiranku. Aku menerima huluran beberapa buah beg kertas pemberian Datin Salina daripada tangannya. Beriringan, kami menuju ke rumah. Dalam hati sudah ada bunga-bunga weiii. Nampaknya malam ini, Encik Emeer akan bermalam di rumahku. Selesakah dia nanti? Maklumlah rumah kami hanya rumah kampung. Aku mengalihkan barang-barangku ke dalam bilik mak su. Menumpang bilik

mak su la aku malam ini. Bilik aku akan digunakan oleh Encik Emeer. Segera aku mengemas bilikku, menukar cadar dan sarung bantal, mengambil selimut dan tuala baru untuk keperluan Encik Emeer. Ketika aku keluar dari bilik sebentar tadi, kelihatan mak, abah, mak su dan adik-adik bukan main seronok lagi berbual-bual dengan Encik Emeer. Entah apa cerita yang diceritakan tapi yang pasti namaku juga yang disebut-sebut. Encik Emeer telah melarang abah dan mak memanggilnya Encik. Hanya Emeer katanya. Malah adik-adikku pula disuruh memanggilnya abang. Ya Allah, takutnya aku. Aku takut adikadikku akan kecewa dengan harapan yang diberikan kepada mereka. Aku tahu, adik-adikku gembira dengan kehadiran Encik Emeer kerana kemesraan yang mudah terjalin. Aku tidak mahu mereka meletakkan harapan pada hubungan kami. Takut aku tak mampu bangkit apabila melihat kesakitan itu nanti. Mak dan abah bukan main gembira apabila aku menghulurkan pemberian Datin Salina tadi. Kecoh mulut mak memuji-muji jubah abayanya itu. Malah, Datuk Ilham dan Datin Salina juga menyelitkan RM500 seorang untuk mak dan abah. Banyaknya, bisik hati. Aku harus membalas jasa mereka. Encik Emeer hanya tersenyum membalas pandanganku. Mungkin mengerti dengan rasa besar hatiku terhadap kiriman Datuk dan Datin itu. Mengerti akan perjalanan yang bakal abah dan mak tempuhi esok, kami masuk ke dalam bilik masing-masing agak awal malam itu. Mungkin keletihan pada waktu siang juga menyumbang rasa mengantuk. Seawal jam sebelas malam, suasana rumah telah sunyi. Hanya kerlipan malap lampu di ruang tamu yang setia menemani hening malam.

66

67

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Jam dua belas setengah malam, seperti kebiasaan jika aku berada di rumah, aku akan bangun untuk menjenguk adikadikku di bilik mereka. Memang sudah menjadi tabiatku begitu. Mungkin sebab aku kakak yang sulung, sudah terbiasa dengan rasa tanggungjawab sebegini. Tanpa teringat ada orang asing yang bertandang ke rumah, aku keluar dari bilik dengan hanya memakai sleeveless nite-T paras lutut menuju ke bilik Alia dan Auni. Puas hati dengan keadaan mereka, pintu bilik kututup rapat. Bagaikan separuh nyawaku hilang apabila terlihat kelibat orang berdiri di hadapan pintu bilikku. Ya Allah, Encik Emeer rupanya. Barulah aku teringat yang dia juga bermalam di sini. Renungan matanya tajam diikuti dengan senyuman nakal yang tersungging di bibirnya. Seketika aku keliru. Tanpa lepas, dia merenungku lagi. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal, pelik. Garu kepala? Hah! Aduh, malunya! Baru aku sedar, aku berdiri di hadapan mamat ni dengan tidak memakai tudung bahkan dengan nite-T yang pendek paras lutut ni. Dah la tu, nite-T ni gambar Mickey Mouse lagi. Hola... mana nak letak muka aku yang comel ni? Omang aiii patutlah tersenyum lebar sahaja mamat ni. Dah dua kali aku tertangkap begini. Asyik tengok free show aje, sah-sah kena kahwin dengan aku ni. Alahai... gatalnya kau Ayesha! Encik Emeer tak boleh tidur ke? Panas ya? soalku menutup rasa malu yang mula menjelma di wajahku. Kalau siang mesti dah nampak mukaku yang sudah berona merah. Hmmm... dahagalah, balasnya masih lagi dengan senyuman nakal itu. Geramnya aku. Tapi disebabkan nak cover line yang dah termalu sangat ni, aku berlagak selamba lagi. Sambil

mengangkat tangan menyuruhnya menunggu, aku pun bergegas berlalu ke arah bilik mak su. Kelihatan Encik Emeer sudah berada di hadapan pintu bilik mak su menantiku yang telah siap menukar pakaian. Berkain batik, baju-T dan tudung. Malam-malam ni takkanlah nak berlawa-lawa lagi. Kami beriringan ke dapur. Mamat ni mesti nak Nescafe O satu sudu gulanya tu. Aku rasa, kalau sehari tak dapat mesti panasaran mamat ni. Tidak banyak yang kami bualkan sementara menanti Encik Emeer menghabiskan minuman. Kami lebih banyak membisu dan sesekali menjeling sesama sendiri. Lain benar rasanya perasaan ini. Seakan-akan terlalu dekat dengannya. Terima kasih, ucapnya di hadapan pintu bilik. Untuk apa? tanyaku. Untuk Nescafe tadi dan untuk diri awak yang saya lihat tadi. Tak ada maknanya. Tak ada makna bagi awak, besar maknanya bagi saya. Sesuatu yang awak simpan untuk tatapan insan istimewa dalam hidup awak, awak tontonkan untuk saya. Moga saya menjadi orang istimewa tu. Bisiknya. Aku terkelu. Encik Emeer berlalu dengan senyuman penuh makna.

AWAL subuh mak su telah mengejutkan aku dari tidur untuk membantunya di dapur. Setelah menunaikan solat, kami

68

69

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

menyediakan sarapan pagi. Mak su beria-ia benar hendak memasak nasi dagang. Katanya, inilah pertama kali bos aku tu bertandang ke rumah, apa salahnya menjamu tetamu dengan hidangan istimewa rumah ini. Rupa-rupanya malam tadi mak su telah merebus ikan tongkol. Penyudahnya, aku yang menjadi tukang masak pagi itu sedangkan mak su hanya membantu sahaja. Kalau tak sedap, maaflah. Aroma nasi dagang di dalam pengukus menaikkan selera pagiku. Kalau begini hari-hari, mahu satu almari pakaianku harus diganti kerana dah terlebih muat! Mak dan abah yang telah siap menunaikan solat terus ke dapur apabila mendengar riuh aku dan mak su berborak. Turut bersama, Encik Emeer yang agaknya terganggu dengan keriuhan kami dua beranak. Suaraku kalau di rumah sendiri memang sukar dikawal. Naknya kalau dapat ketawa terkekek-kekek. Semua ni gara-gara cerita lawak mak su la. Habis satu rumah terbangun. Isy... kamu ni Ayesha, control la sikit kalau ketawa. Kesian Emeer ni tak boleh tidur... riuh-rendah, marah mak sambil mencubit lenganku. Mak tuk kamu selalu cakap, anak dara kalau ketawa kuat-kuat macam ni jawabnya tak adalah orang nak masuk meminang... takut! sambung mak lagi menggiatku. Auw... sakit la mak. Eleh, orang tak kisah pun kalau takde orang meminang. Orang jadi andalusia ajelah, rengekku manja. Sengaja ingin bermanja dengan mak sebelum mak berangkat ke Tanah Suci. Abah yang melihat perangaiku hanya tersengih lalu meluku perlahan kepalaku. Begitulah abah, sentiasa memanjakan aku. Gurau kami agak kasar tapi aku memang dah dididik sebegitu.

Hmmm... Emeer, Ayesha ni memang macam ni. Kasar tapi paling manja dalam adik-beradiknya. Kalau dengan abah dia, lagilah... sampai tualah macam tu. Mak su bersuara. Malunya aku! Mak su ni... ada ke patut diceritakan kepada mamat ni. Alahai, teruklah aku kena buli nanti. Aku arif sangat dengan riak muka Encik Emeer tu. Senyumannya mengejek akulah tu. Mak su menghidangkan nasi dagang yang baru siap dikukus bersama gulai ikan tongkol. Sedap makan nasi dagang panas-panas ni. Nescafe O satu sudu gula juga tidak lupa aku sediakan. Tersenyum manis mamat tu mendapat minumannya. Bangga juga hatiku bila masakanku dipuji oleh abah dan mak. Encik Emeer pun seakan bersetuju dengan pujian itu. Jika boleh dirakam waktu itu, aku ingin sekali melakukannya. Kegembiraan keluargaku menikmati sarapan bersama, perkara yang jarang aku temui. Encik Emeer pun kulihat lebih banyak tertawa di sini. Adakah ini tandanya ada keserasian di antara kami? Aku tidak mahu berharap. Aku takut!

KESIAN awak nak jadi andalusia... saya sanggup aje pinang awak kalau awak nak, usik Encik Emeer yang membuka pintu kereta untukku. Alah, ingat lagi mamat ni dengan seloroh aku tadi tu.... Berani ke? balasku tanpa niat untuk mencabarnya. Sengaja nak mengusik sebenarnya. Ini kali kedua awak cabar saya Ayesha, jangan terkejut esok saya bawa rombongan meminang.

70

71

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Aku menyambut jawapannya dengan mata yang terjegil. Ish... mati kutu aku dengan mamat seorang ni. Malas aku hendak melayannya lebih lama, lagipun mak dan abah sudah pun turun ke bawah. Tak mahu mereka perasan apa yang kami bualkan. Tak mo layan Encik Emeerlah, abah dan mak saya dah turun tu. Nanti tak pasal-pasal mak dan abah ingat ada apa-apa pula. Eh, eloklah tu. Sekurang-kurangnya mak dan abah awak boleh doakan kita kat Mekah nanti. Doa di sana cepat dimakbulkan tau. Hadoi, kalau melayan mamat ni memang tak ada penyudahnya. Aku menjeling mak su yang ralit memerhatikan kami. Senyuman menyindir la mak su tu, hesh... macam aku tak tahu. Mamat ni pun, tak pandai langsung nak control feeling. Ish... ni ke orang aku nak buat calon suami? Tapi, hati kalau dah suka... nak kata apa. Perjalanan ke Lapangan Terbang Kuantan hanya mengambil masa tiga puluh minit. Aku hanya menjadi pemerhati, melihat abah dan Encik Emeer yang rancak berbual di tempat duduk hadapan. Sesekali aku perasan kerlingan mata Encik Emeer yang mencuri pandang ke arahku melalui cermin pandang belakang. Urusan pendaftaran masuk mak dan abah sudah pun selesai dilakukan. Kelihatan adik-adik sibuk menyalami mak dan abah. Air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. Aku yang melihat tangisan adik-adik pun sudah mula terasa sayu. Aku mencium tangan mak lalu mak memelukku erat, berpesan padaku untuk sentiasa menjaga adik-adik. Hatiku lebih sayu apabila mencium tangan abah. Aku dipeluknya erat sekali. Kepalaku abah kucup lama. Kepalaku abah usap seperti aku masih lagi anak kecilnya. Kali ini, aku gagal mengawal rasa. Biarlah air mata ini mengalir deras.

Sofi jaga adik-adik ya sayang. Selalu-selalu telefon mak su... pesan abah. Emeer, pak cik minta tolong tengoktengokkan Sofi ni ya. Kalau dia ada buat silap, tegurkan. Semakin sebak dadaku mendengar pesanan abah kepada Encik Emeer. Tangan abah disalaminya. Mak, Sha minta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kalau Sha ada buat salah pada mak. Sha tahu Sha nakal masa kecik-kecik dulu, suka menyusahkan mak, luahku tak dapat menahan rasa. Tubuh mak kupeluk lagi. Mak dah ampunkan semua dosa anak-anak mak. Mak sayang anak-anak mak. Sha tengok adik-adik ya. Kalau apa-apa jadi pada mak dan abah, Sha jaga amanah mak ni, pesan mak menambahkan lagi senduku. Hendak meraung malu pula pada orang luar yang menyaksikan drama sedih kami. Abah, Sofi minta maaf dengan abah. Sofi banyak buat salah dengan abah. Sofilah yang rosakkan motor abah dulu, Sofilah yang patahkan anak pokok ciku yang abah tanam kat belakang tu, Sofi jugalah yang buatkan abah kecewa dengan cerita-cerita yang memalukan dulu. Wajah abah aku tenung. Ada senyuman di sebalik wajah sayu abah. Abah sayang sangat kat Sofi ni. Sofi anak abah yang pertama. Tanda cinta abah pada mak. Tak ada satu pun perbuatan Sofi yang boleh melukakan hati abah. Malah, abah bangga dengan Sofi. Jaga adik-adik ya sayang, jaga mak su, pesan abah. Sekali lagi badan abah kupeluk. Kali ini esak tangisku sudah tidak dapat ditahan. Ya Allah, aku pohon Kau selamatkanlah perjalanan kedua orang tuaku ini. Aku belum puas bermanja dengan mereka. Aku belum puas membalas budi mereka. Setelah beberapa kali pengumuman panggilan

72

73

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

masuk dilakukan, mak dan abah berlalu pergi meninggalkan kami. Aku masih lagi terduduk di atas kerusi dengan tangisan yang masih berbaki. Terasa jariku dipaut. Segera aku berpaling dan wajah Encik Emeer begitu hampir denganku. Seakan mengerti dengan perasaanku. Aku tahu dia ingin menenangkanku. Kali ini aku membiarkan saja jari-jemariku di dalam genggamannya. Aku rasa tenang. Kami tidak terus pulang ke rumah. Encik Emeer terlebih rajin ingin membawa adik-adikku berjalan di sekitar Bandar Kuantan. Kami singgah di Kuantan Mega Mall. Seronok sungguh adik-adikku dapat lepas bebas begini. Jika keluar sesekali dengan abah, mesti ada sahaja komen mereka. Encik Emeer pula sibuk melayan kerenah adik-adikku. Puas aku membantah setiap kali melihat dia membelikan sesuatu untuk mereka. Wah, bukan main lagi adik-adikku. Mengambil kesempatanlah nampaknya. Kelihatan Adib tersenyum riang ke arahku. Satu ciuman melekat di pipiku, lalu Adib menunjukkan kotak telefon bimbit yang berada di tangannya. Adik lelaki aku ni selamba aje nak cium aku kat mana-mana pun. Tak kira depan orang ramai seperti di mall itu sekalipun. Seperti tidak percaya, Encik Emeer membelikan telefon untuknya. Samsung Galaxy Mini yang menjadi kegilaan kaki gadget masa kini. Amboi, mahal pula tu. Tak berbaloi untuk umur seperti adik bujang aku ni. Terima kasih kak, ucap Adib. Kenapa terima kasih kat kakak pula? Bukan kakak yang belikan pun. Ala, sama ajelah. Abang Meer ke kakak ke sama aje, dua-dua Adib sayang. Sayang ketat-ketat!

Eleh, dapat phone baru nak sayang ketat-ketat. Cuba kalau tak dapat, masam kelat-kelat, usikku. Muncung aje Adib bila mendengarnya. Ni dah dapat handphone jangan nak asyik bergayut dengan awek aje. Nanti SPM ke mana, apa pun takde, bebelku. Orang mana ada awek la kak, orang lone ranger. Haah, lone ranger la sangat. Tu yang berkepingkeping gambar kat dalam bilik tu gambar siapa? Weh... kakak intai bilik orang ke? Tak aci ar. Aci kat India, nak kawan dengan aci pergi la sana, balasku berseloroh. Terkekeh-kekeh Adib tertawa. Tak boleh blah la lawak kakak ni. Alia dan Auni pun sama muncul dengan muka yang macam nak kata badut pun tak. Senyum meleret-leret sampai ke mata. Kedua-duanya menayangkan jam tangan Swatch baru mereka. Mereka ni walaupun bukan kembar, tetapi tetap inginkan barang yang sama. Tak sempat nak membebel, mataku disambar cahaya flash kamera digital di tangan Aina. Wah, Aina pun dapat kamera juga. Masing-masing memelukku seolah-olah aku yang belanja. Dah, yang peluk-peluk kakak ni kenapa? bidasku. Hangin sebenarnya melihat adik-adik aku dimanjakan sangat. Terima kasih kak, ujar mereka hampir serentak. Buat apa terima kasih kat kakak, bukan kakak yang belanja. Tak apalah, terima kasih juga kat kakak sebab kakak bawa Abang Meer balik, balas Aina.

74

75

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Aku menjeling ke arah Encik Emeer yang bersahaja berjalan ke arahku. Sedang adik-adikku menayangkan barang masing-masing, aku menarik tangan Encik Emeer ke satu sudut. Awak... saya tak suka la awak layan adik-adik saya macam ni. Nanti adik-adik saya ni terbiasa tau. Ops... aku tak pernah membahasakan dia dengan panggilan awak sebelum ini. Niat asalku yang ingin memarahinya telah menjadi lain pula. Dia hanya tersenyum menambahkan lagi kelat di mukaku. Tak apalah awak... saja bagi mereka gembira, balasnya mengajuk kata-kataku. Eiii... geramnya. Say cheese. Tiba-tiba suara Aina mencelah. Kami berpaling lantas terasa tangan Encik Emeer memeluk bahuku erat. Saat itu dirakam oleh kamera Aina. Sempat Encik Emeer mengenyit mata sambil mengangkat ibu jarinya kepada Aina disambut dengan tawa mereka. Dia hanya tersenyum melihat mukaku yang semakin mencuka. Sekarang ni adik-adikku telah berpaling tadah, menyebelahi Encik Emeer dengan membuli aku. Penat menjelajah Kuantan Mega Mall, kami beralih ke Pantai Teluk Cempedak. Aku hanya duduk di benteng batu pantai memerhatikan adik-adikku yang seronok berlari-larian di gigi air. Aina pula sibuk merakam saat-saat itu dengan kamera barunya. Memang adikku yang seorang ini gemar fotografi. Insya-Allah, jika ada rezeki akan aku masukkan dia ke kelas fotografi agar bakatnya dapat diasah lagi. Thank you. Perlahan aku ucapkannya, ikhlas daripada hatiku kepada Encik Emeer yang duduk di

sebelahku. Berbesar hati dengan kebaikannya terhadap keluargaku dan layanan first classnya terhadap adik-adikku. Kesudiannya menjadi teman sewaktu aku dirundung sedih begini. Kehadirannya bagaikan memberi satu kekuatan untukku. Sebelum pulang, sempat kami bertandang sebentar ke pejabat cawangan di Kuantan. Sikap Encik Emeer yang satu ini memang benar-benar aku puji. Walau di mana pun dia berada, dia tidak pernah lupa pada tugasnya. Walaupun dalam bercuti, Encik Emeer tetap singgah berjumpa staf di pejabat cawangan kami. Adik-adikku hanya menunggu di restoran bersebelahan pejabat cawangan ketika aku dan Encik Emeer ke sana. Kehadiran kami merupakan satu kejutan kepada semua staf di situ. Mungkin bangga kerana jarang dapat bertemu dengan pengurus besar yang sudi datang tanpa undangan. Kelihatan Encik Badri bergegas keluar dari biliknya menyambut kedatangan kami. Wajahnya jelas terpancar rasa hairan melihat kami berdua di sana. Namun, senyuman tetap terpamer di bibir itu. Sementara Encik Emeer berbual-bual dengan Encik Badri di biliknya, aku sempat bertegur sapa dengan Kak Shimah. Dahulunya, Kak Shimah ini kerani di bahagian Public Affair. Oleh kerana keruntuhan rumah tangga yang dibinanya, dia mengalami masalah dari segi penjagaan anakanak dan perbelanjaan. Dia sering mengadu kepadaku kerana aku agak rapat dengannya selain daripada Kak Munirah. Aku menceritakan masalahnya kepada Encik Emeer dan penyelesaiannya, dia dipindahkan ke cawangan ini. Lebih mudah untuknya berulang-alik kerana tinggal bersama

76

77

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

keluarganya. Malah anak-anak Kak Shimah juga dijaga oleh ibu bapanya sementara dia bekerja. Kak Shimah semakin gembira kulihat. Tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Ah, apalah sangat dengan sedikit bantuan itu. Persahabatan itu tak ternilai untukku. Lewat petang kami pulang ke rumah dan disambut dengan senyuman mak su. Seronok benar adik-adik bercerita sambil menayang barang-barang yang dibelikan untuk mereka. Selepas isyak, aku bermohon diri untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama Encik Emeer mengenangkan esok Encik Emeer ada temu janji. Aku amat-amat berterima kasih kepadanya untuk kegembiraan keluargaku hari ini. Walaupun kami mungkin tak ditakdirkan bersama, sekurang-kurangnya saat-saat indah ini mampu kukenang selamanya. Jika benar rasa ini cinta... biarkanlah ia hidup di situ selamanya. Cinta bukan sekadar untuk memiliki. Mencintai dia walau bukan ditakdirkan untuk diri sendiri, aku bahagia apabila dia bahagia.

Bab 9
ARI terakhir aku untuk menyiapkan segala tugasan. Esok pagi-pagi semua yang terlibat dengan budget meeting akan bergerak ke Melaka. Jadual perjalanan mesyuarat telah seminggu diedarkan kepada pengurus-pengurus jabatan, Regional Manager dan pembantu mereka. Walaupun jam di dinding sudah menunjukkan ke angka dua, aku masih lagi terkocoh-kocoh di mejaku. Melakukan double checking setiap agenda yang telah aku siapkan. Satu per satu mataku menyoroti senarai keperluan yang harus aku bawa esok. Suasana sunyi. Biasalah, bila hari Jumaat kaum Adam akan menunaikan tuntutan mereka, manakala kaum Hawa pula ramai yang ambil peluang untuk mengunjungi pusat membeli-belah, apatah lagi sekarang ni musim jualan murah. Perlahan bunyi mesej masuk di telefon bimbitku. Dah lunch ke? ~ Emeer

78

79

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Belum, tak sempat... but its okay. Tak lapar lagi pun.~ Ayesha Seketika telefon berbunyi lagi. Lunch on the way... bring 2 plates and my drinks into the room. ~ Emeer Aku hanya menggelengkan kepala membaca mesej itu. Biasalah bos aku ni. Mana boleh lawan kehendaknya. Kalau putih katanya, putihlah. Semenjak pulang dari kampung, dia semakin mengambil berat tentangku. Lebihlebih lagi melihat kesibukan aku dalam menguruskan persiapan budget meeting esok. Malah, setiap malam dia akan menemaniku menyiapkan tugasan-tugasan pejabat sebelum kami pulang. Semua cek yang perlu ditandatangani harus dilakukan seawalnya. Begitu juga dengan surat-menyurat yang harus segera dibereskan. Haruman makanan menerjah deria bauku. Kelihatan Encik Emeer tersenyum sambil menjinjing dua bungkus plastik makanan menuju ke arahku. Pantas, aku membawa pinggan dan minuman Encik Emeer ke dalam biliknya. Makanan di dalam bungkusan plastik telah pun bertukar ke dalam pinggan. Kami duduk di meja bulat yang selalunya digunakan untuk mesyuarat kecil di antara Encik Emeer dan stafnya. Menikmati makanan hanya berdua dengannya di ruang bilik ini membawa kelainan rasa yang ketara. Daripada ekor mata, aku menangkap renunganrenungan nakal Encik Emeer yang memerhatikan gerakgeriku. Sesekali, terasa sukar sungguh untuk menelan

makanan yang telah masuk ke mulut. Namun, mamat tu selamba sahaja. Sengaja meletakkan lauk-lauk dari pinggannya ke dalam pingganku. Macamlah aku ni besar sangat seleranya. Bukan sahaja makanan yang dibungkusnya, malah carrot susu kegemaranku juga turut dibelinya. Sempat juga aku mengerling pada sopannya mulut itu mengunyah makanan. Cermat dan penuh beradab. Sesekali mengamati wajah tampan itu sungguh menyenangkan. Wajah itu masih menyerlahkan kemacoannya walaupun tanpa sebaris kumis. Lesung pipit kecil di kiri pipi juga menambahkan seri ketika dia tersenyum. Dah sudah? soalnya ketika melihat aku menolak pinggan. Aku hanya mengangguk. Memang perut dah terasa penuh benar ni. Pingganku ditarik ke arahnya. Aku hanya melihat sahaja Encik Emeer yang selamba menghabiskan baki makananku. Malah, minumanku juga dihabiskannya. Terkejut dengan perbuatannya. Terasa hangat darah menyimbah ke mukaku. Hmmm... sayang kalau tak habiskan makanan, ujarnya. Alasan tu bolehlah aku terima tapi kalau makan pun menggunakan sudu yang aku gunakan, minum pun menggunakan penyedut minuman aku... apa yang harus aku fikirkan? Arghhh... pening aku dengan sikap mamat yang ada di hadapanku ini. Namun aku akui, aku suka dengan rasa yang bertamu ini. Suka dengan apa yang dia lakukan untukku. Aku segera bangun mengutip pinggan yang telah kami gunakan. Bimbang juga nanti ada staf yang akan datang untuk berjumpa Encik Emeer. Tanganku ditarik perlahan.

80

81

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Kemas pegangannya mengundang rasa gelisah di hati. Aku mengangkat muka memandangnya. Lantas, bibirku disapu lembut dengan tisu yang berada di tangannya. Aku kaku seketika. Mata kami bertaut. Sesaat, dua... arghhh kalaulah masa itu boleh dihentikan, hentikanlah saat-saat ini. Hatiku berperang sendiri. Aku cuba menarik lenganku daripada pegangannya namun semakin kejap pegangan Encik Emeer. Sit Sofi... ujarnya lembut. Membulat mataku merenungnya. Tidak! Hanya abah seorang yang berhak memanggilku Sofi. Tiada orang lain selain abah yang boleh memanggilku begitu. No. Jangan panggil saya Sofi. Hanya abah yang ada hak itu. Sedikit tinggi suaraku. Kenapa tak...? Kerana Sofi itu hanya untuk yang teristimewa... pintasku mematikan persoalan yang cuba diutarakannya. Encik Emeer diam merenungku. Sebaris senyuman terukir. Saya akan pastikan tempat yang teristimewa itu untuk saya, Ayesha Sorfina... balasnya lembut. Jari nakalnya mencari peluang mencuit hidungku. Kali ini aku tidak terus melenting. Hanya tertunduk cuba mencari ayat untuk menangkis keyakinannya. Malas melayan kerenah gila Encik Emeer lebih lama, usahaku untuk melepaskan tanganku berhasil. Tertawa besar dia melihat aku terkulat-kulat bangun bersama pinggan dan cawan minuman sambil berlalu dari situ. Aku mula rasa kekok dengan situasi kami ini. Ada masanya aku suka diperlakukan begitu. Senang kerana rasa

disayangi dan diberi perhatian. Ada masanya, rasa bersalah menampar hatiku mengenangkan Encik Emeer itu tunangan orang. Apakah rasa hatiku jika tunangan aku melakukan begitu di belakangku? Aku tidak mahu menyakiti hati orang lain. Aku tahu, pasti sakitnya di dalam ini jika dikhianati oleh mereka yang kita cintai. Semua keperluan Encik Emeer telah kukemas dan kuminta Rahmat, pemandu syarikat memasukkan semuanya ke dalam kereta Encik Emeer. Tak perlulah bos aku tu bersusah-susah membawanya nanti. Pakaian yang telah kuambil dari kedai dobi sudah pun kususun rapi di atas sofa, menanti untuk dipilih dan dibawa ke Melaka. Encik Emeer, mana di antara baju-baju ni yang nak dibawa ke Melaka nanti? soalku. Pilihlah yang mana pun, sayang... setiap pilihan awak, itulah yang saya pakai. Bersahaja sungguh jawapannya namun memberi getaran hebat di hatiku. Dia memanggilku sayang. Aduh! Rasa nak tercabut nyawaku ini. Tidak mempedulikan Encik Emeer yang telah duduk di sebelahku, tanganku pantas membelek beberapa helai kemeja, seluar slack dan tali lehernya. Berpuas hati dengan pilihanku, segera kumasukkan ke dalam bagasi kecil yang sering dibawanya ketika outstation. Memang telah menjadi rutinku sejak bekerja dengannya. Bukan aku tidak tahu, mamat yang kelihatan sangat tampan di hadapanku ini, paling tidak suka mengemas bagasinya. Biasanya dia akan hanya memilih beberapa helai pakaian yang telah diambil dari kedai dobi dan menyerahkannya kepadaku untuk dikemaskan. Kali ini, aku pula yang terpaksa bekerja lebih memadankan setiap pakaiannya dengan tali leher malah

82

83

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

kotnya juga. Pening kepala aku dengan kerenah mamat ni. Kalau tak kerana sayang, entahlah. Opsss... sayang ke? Saya hantar awak balik ya, esok pagi-pagi saya jemput, ujarnya lebih kepada arahan. Aku hanya mengangguk, malas hendak berbalah dengannya. Hatiku sudah cukup penat memecut hari ini. Bermacam-macam insiden yang sukar aku fahami terjadi di antara kami. Tindakannya yang semakin berani membuatkan aku resah. Bimbang jika aku tak mampu menahan perasaan ini. Bimbang jika perasaan ini terhambur keluar. Aku hanya mahu perasaan yang telah mula membesar ini tersimpul mati dalam hatiku. Petang itu, Encik Emeer menghantarku pulang agak awal. Katanya mahu membiarkan aku berehat sedikit sebelum berangkat esok. Di sana nanti, tugasku agak berat. Memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar, menyediakan segala keperluan dan yang penting mengambil minit mesyuarat. Dua hari di sana, pasti memenatkan. Kereta diberhentikan di hadapan pagar. Belum pun sempat aku membuka pintu kereta, Encik Emeer menghentikan pergerakanku. Tanganku sekali lagi dicapai. Digenggam erat walaupun aku cuba meleraikannya. Tak berdaya dengan perlakuannya, aku hanya memandang wajah polosnya. Tanganku ini seperti sudah hilang privasinya. Sering kali menjadi mangsa tangan sasa lelaki ini. Kita kahwin. Terasa ingin menampar kuat pipiku mendengarkan kata-katanya itu. Benarkah Encik Emeer yang berada di hadapanku ini? Benarkah apa yang aku dengar ini? Genggamannya dikejapkan seolah-olah meminta jawapan dariku.

Ayesha, kita kahwin... ujarnya sekali lagi apabila melihat aku yang terdiam membisu. No, we cant. You are getting married, Encik Emeer. Dont you forget that, balasku. Ada nada sendu dalam penolakan itu. Air muka Encik Emeer berubah keruh. Namun, genggamannya masih dikejapkan. If I wasnt getting married to anyone, then will you marry me? ujarnya lagi. Aku cuba memalingkan wajah daripadanya. Pantas tangannya menarik mukaku ke arahnya kembali. Ada cahaya mengharap terpancar daripada mata itu. Semacam ada harapan yang menjalar daripada renungan itu. Aku hilang arah. Aku tenggelam dalam kecelaruan diriku sendiri. Saya tak tahu. Hanya itu yang mampu aku katakan. Akhirnya tanganku dilepaskan. Terus aku meninggalkannya. Sesaat kemudian, kereta hitam itu berlalu membelah kesibukan jalan. Ya Allah, apa sebenarnya rencana yang telah Engkau tuliskan ini? Pandulah aku ke laluan yang benar. Aku tidak mahu kecewa. Aku tidak mahu menanggung parahnya hati. Tapi, aku tak mampu menipu diri sendiri. Benar, aku telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bakal bergelar suami orang. Kejamkah aku?

84

85

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

Muka selamba Hafifah aku tenung lama. Tak percaya sahabatku itu boleh mengutarakan idea sebegitu rupa. Bombastik sungguh idea ko tu Pipah oiii!

Bab 10
ENAPA dengan ko ni Pina? Aku tengok sejak balik dari ofis tadi tak tentu arah aje. Bukan ke esok ko nak pergi ke Melaka? soal Hafifah yang sedang melayan filem Melayu di televisyen. Tak ada apa-apa la Pipah, balasku acuh tak acuh. Kalau takde apa-apa takkanlah ko macam kucing hilang anak. Ke hulu ke hilir, monyok semacam aje, rungutnya. Ketara sangat ke keresahan aku ni? Ko ada masalah dengan Encik Emeer ke? serkap Hafifah. Aku hanya menggeleng menafikannya. Malas aku nak memikirkan perkara itu lagi. Aku ingin melupakannya terus. Aku tak mahu terperangkap dalam perasaan ini lagi. Susah-susah sangat, ko ajak aje la cik abang tu kahwin. Aku tengok korang berdua ni dah macam belangkas, Encik Emeer tu pun feeling semacam aje kat ko.

Hei... ko gila ke Pipah? Encik Emeer tukan dah nak kahwin. Beberapa minggu aje lagi dia nak jadi suami orang la Pipah oi, tingkahku. Namun ada perasaan sedih tersayat di hatiku. Berkaca-kaca mataku di saat itu. Aku cuba menyorokkan muka di sebalik majalah yang kupegang. Alah, dia mampu kalau nak kahwin dua pun Pina, empat pun boleh. Terkedu aku mendengar jawapan Hafifah. Membuntang mataku memandangnya. Ada ke nak suruh aku bermadu? Simpang malaikat empat puluh empat! Madu tu memang la sedap, tapi bermadu tu pahit Hafifah oiii!!! Tak sanggup aku menghancurkan kebahagiaan orang lain. Hari ni aku hancurkan hidup orang, esok lusa Allah balas balik kat aku. Hoh... kuorlah mende-mende pedooh kat mulut tu, aku cubit mulut tu ketgi (Ha, keluarlah benda-benda bidaah kat mulut tu, aku cubit mulut tu kejap lagi). Tu dia, dah keluar loghat Pekanku. Hafifah tersengih-sengih. Dok la, kawan ni beri awok te idea aje. Ikut awok la nok ikut ke dok. Wat mende pedooh ke awok. Ce awok tengok ghupa awok dalam cermin te, cemberut dok abis, balasnya mengajuk loghat kami. Malas hendak melayan Hafifah lebih lama, aku mengangkat kaki menuju ke dalam bilik. Esok pagi-pagi harus bersiap untuk ke Melaka. Mataku terkebil-kebil memandang siling, masih tidak mahu lelap. Masih terbayang-bayang kejadian siang

86

87

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

tadi. Seakan terdengar-dengar lagi kata-kata Encik Emeer tadi. Resah. Pusing kanan, pusing kiri pun masih belum boleh terlelap. Kalau diikutkan hati, berbunga riang rasanya ketika Encik Emeer melamarku. Lamarankah itu? Hmmm... tapi bila diikutkan kata akal, tak mungkin ia akan terjadi. Arghhhh! Jeritku dalam hati. Lagu Ombak Rindu yang menjadi nada dering telefon bimbitku berbunyi nyaring. Segera aku mencapainya. Terpapar nama Encik Emeer di skrin telefon. Assalamualaikum Encik Emeer, sapaku. Waalaikumussalam, belum tidur? balasnya ingin tahu. Sebak seketika bila mendengar suara itu. Baru nak lelapkan mata, tipuku. Ah... tipu sunat tak apa, kan? Takkanlah aku nak mengaku yang aku tidak boleh melelapkan mata kerana teringatkan insiden siang tadi. Ada apa Encik Emeer telefon saya ni? Hmmm... saja nak dengar suara awak. Okey, jangan tidur lewat ya. See you in the morning, good night sayang. Talian dimatikan. Hanya tinggal bunyi beep yang panjang. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Ini sudah kali kedua dia memanggilku sayang. Perasaan bagai dilambung-lambung tinggi. Izinkan aku memilikimu biarpun hanya dalam mimpi.

Hafifah. Kelihatan Hafifah yang sedang duduk di birai katil sambil melipat sejadah. Sebaris senyuman terlukis di bibirnya. Awal ko bangun pagi ni. Pukul berapa Encik Emeer datang? aju Hafifah. Aku juga melabuhkan punggung di birai katilnya. Pukul tujuh katanya, kejap lagi tu sampailah. Aku kan kena sampai awal kat sana, balasku. Kunci Myvi kuunjukkan kepada Hafifah. Bila aku tiada di rumah, Hafifahlah yang selalunya akan menjaga Myvi kesayanganku itu. Ko jangan lupa ya, belikan aku oleh-oleh nanti, pesan Hafifah ketika aku berlalu keluar. Tepat jam tujuh pagi, kereta hitam BMW 5 Series milik Encik Emeer sudah berada di hadapan rumahku. Encik Emeer hanya menyambutku dengan senyuman. Bagasiku dimasukkan ke dalam but kereta. Hanya sebuah beg kecil untuk pakaian. Kereta memecut laju membelah kesibukan pagi menuju ke Lebuh Raya Utara Selatan. Aku mengeluarkan bekas minuman kedap panas yang berisi Nescafe O satu sudu gula lalu mengunjukkan kepada Encik Emeer. Pasti awal-awal pagi begini, dia belum lagi bersarapan. Aku juga telah menyediakan sandwic sardin pagi-pagi tadi sebagai bekalan kami. Menjimatkan masa daripada terpaksa berhenti untuk sarapan di hentian rehat. Sekeping sandwic kuhulurkan kepada Encik Emeer. Melihatkan kesukarannya memegang sandwic itu, aku akhirnya menyuakan terus ke mulut Encik Emeer. Wah, mengada betul bos aku ni. Nak bermanja-manja pula. Senyuman meleret di wajahnya. Suka benar lagaknya dimanjakan begitu. Selera benar makan bersuap, tiga keping

USAI menunaikan solat subuh, aku mengetuk pintu bilik

88

89

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

sandwic habis dimakan. Nescafe O pun hanya tinggal bekas sahaja. Hmmm kalau hari-hari macam ni pun saya sanggup jadi driver awak, Ayesha... usiknya. Kan dah dapat hadiah jelingan daripada aku. Terkekeh-kekeh ketawanya menyakatku. Namun di sebaliknya, hatiku berbunga riang. Kalau macam tu kena ambil saya jadi maid Encik Emeer la, balasku. Tak mau maid la, saya naikkan pangkat tu sikit. Oh, ada jawatan lain ke? Ada. Wife saya. Nak? Aku terus terdiam mendengar jawapan Encik Emeer yang selamba tu. Aku membuang pandang ke luar tingkap, menahan malu yang amat. Mamat ni suka-suka aje nak kenakan aku. Yalah, aku juga yang gatal-gatal tadi provoke dia, kan? Sudahnya, aku mendiamkan diri. Lebih selamat daripada menjadi mangsa usikannya. Bukan tak suka, tapi takut jiwa aku tak tahan menanggung rasa. Kereta dipandu laju menuju ke destinasi. Syukurlah, Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Ayer Keroh tidak sesak. Jika bukan musim cuti sekolah atau cuti umum, tidak banyak sangat kenderaan di sini. Tapi, kalau musim cuti, alamatnya lima hingga enam jam pun tak tentu lagi boleh sampai ke destinasi yang dituju. Kami menyusur keluar ke arah Tol Ayer Keroh. Terlihat deretan penjaja menjual buah-buahan di tepi jalan membuatkan kecur air liurku apatah lagi terpandang buah mempelam yang menguning. Hmmm... sedap sungguh. Aku mengerling Encik Emeer. Berkira-kira hendak minta berhenti

seketika atau tidak. Sedang aku ralit memerhatikan wajahnya, Encik Emeer menoleh ke arahku. Oleh kerana dek tersipusipu tertangkap memerhatikannya, terbantut hasratku untuk bertanya. Tak apalah, balik ke KL nanti baru aku singgah. Tiga jam perjalanan, akhirnya kami tiba di A Famosa Golf Resort, Melaka. Beriringan bersama Encik Emeer, aku menuju ke arah lobi resort untuk menguruskan urusan pendaftaran masuk. Segala urusan surat-menyurat telah pun dilakukan lebih awal, cuma hari ini aku perlu melakukannya secara formal. Sepanjang menanti urusan mengambil kunci vila, aku dapat menangkap berpasangpasang mata yang asyik memandang wajah tampan Encik Emeerku itu. Maklumlah, orang kalau dah tampan dan bergaya tentu sahajalah menjadi perhatian. Walaupun dengan penampilan yang ringkas, baju-T kolar warna purple gelap, dipadankan dengan jean putih sudah cukup menyerlahkan ketampanannya. Kulitnya yang cerah semakin terserlah. Rambut yang disisir rapi menambahkan lagi keterampilannya. Tiba-tiba hatiku dipaut rasa cemburu. Eh... eh... bukan kami sedondon ke? Baru aku perasan, aku juga mengenakan pakaian dengan warna yang serupa. Oh! Sehati Berdansa ni. Kami dibawa ke arah vila yang akan menempatkan penginapan kami untuk malam nanti. Terpukau dengan kehijauan di sekeliling kawasan vila yang berhampiran dengan padang golf. Patutlah Datuk Ilham mahu kami menginap di vila. Lagipun jarak vila dan padang golf yang dekat memudahkan mereka ke sana. Terdapat lima bilik di setiap vila. Kami menyewa tiga buah vila untuk menempatkan pengurus-pengurus yang datang. Encik Emeer berkeras ingin tinggal di vila yang sama denganku. Setiap bilik akan menempatkan dua orang

90

91

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

pengurus, tidak termasuk bilik Encik Emeer dan Datuk Ilham. Pada awalnya, aku ditempatkan bersama Puan Suhaili. Hanya kami berdua peserta wanita yang menyertai mesyuarat ini. Ayesha, awak ambil bilik hujung ni. Saya tak mahu awak duduk di bilik yang berdekatan dengan yang lain. Yang ni jauh sedikit, lagipun mudah untuk saya dengar kalau ada apa-apa hal terjadi kat awak. Kunci bilik diserahkan kepadaku. Encik Emeer ambil bilik yang mana satu? Kenapa? Awak nak share bilik dengan saya? Saya no hal. Kecik tapak tangan ni, padang golf depan tu saya tadahkan. Gatal! Aku menjawab dengan cebikan yang akhirnya meletuskan tawa daripada bibir nipis lelaki itu. Daripada share bilik dengan Encik Emeer, baik saya share bilik dengan naga Tasik Chini. Eiii... awak tak takut ke kena makan dengan naga tu? Lebih baik kena makan dengan naga daripada kena makan dengan manusia. Eiii... tak sanggup. Riuh mulutnya mentertawakan aku. Laju aku menapak ke arah bilikku. Bila pintu dibuka, terang-benderang lampu menyala. Wah, cantik bilik ini. Sederhana luas, lengkap dengan segala keperluan. Tanganku ingin mencapai beg pakaianku namun Encik Emeer lebih pantas mengambilnya lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Selamba pulak dia lepak di atas katilku. Awak tak takut ke nak tidur sorang-sorang malam ni? Kenapa pula?

Yalah, kan awak sorang-sorang. Kalau takut, awak calling-calling aje saya. Berdesup saya sampai. Eiii... gatal. Kusyen kecil yang berada di sofa kecil di sudut bilik itu kulemparkan ke arah Encik Emeer. Hah, tepat mengenai dadanya. Cepat-cepat aku menyuruhnya keluar. Tak larat dah nak melayan perangai tak berapa nak betul Encik Emeer ni. Lagipun aku nak menyegarkan badan sekejap. Aku pun tahu, Encik Emeer kepenatan memandu sepanjang pagi. Biarlah dia juga berehat sebentar sebelum menyertai program yang akan bermula petang nanti. Petang semalam Puan Suhaili memberitahuku bahawa dia akan membawa sama suami dan anak-anaknya ke sini, bermesyuarat dan terus bercuti. Maka, Puan Suhaili telah menempah sendiri biliknya menjadikan aku tinggal berseorangan. Wah, berseorangan di kalangan lelaki-lelaki ini memang mengecutkan perutku. Encik Emeer telah dimaklumkan mengenai itu. Mungkin kerana itulah juga, dia berkeras ingin menginap di vila yang sama denganku. Agenda budget meeting bermula sejurus selepas makan tengah hari. Setiap laporan diperinci satu per satu. Tidak boleh ada sebarang kesilapan dalam membincangkan laporan ini. Setiap patah perkataan perlu dicatat. Aku merakamkan setiap perbincangan menggunakan tape recorder. Sangat berguna untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Mesyuarat dihentikan seketika untuk minum petang. Boleh tahan juga perkhidmatan dan layanan yang diberikan. Berbaloilah dengan harga yang dibayar. Ayesha Sorfina. Tiba-tiba aku terdengar namaku disebut. Aku

92

93

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

memalingkan wajah ke belakang, terlihat Rashdan sedang berdiri menghadapku. Aku agak terkejut namun segera melemparkan senyuman untuknya. Ash... buat apa kat sini? soalku berbasa-basi. Takkanlah aku hendak menyombong diri bila berada di tempat orang. Ash kerja kat sini, Manager F&B Department. Sha buat apa kat sini? La... ya ke? Sha datang mesyuarat ni, balasku. Oh, Sha kerja dengan syarikat ni ke? Itulah, bos Ash bagi arahan untuk supervise function syarikat Sha ni. Hmmm... macam ni boleh la Ash belanja Sha makan malam, ujar Rashdan semakin mendekatiku. Aku yang sememangnya agak kurang senang dengan pertemuan ini bertambah gelisah. Malah kerlingan tajam Encik Emeer tertangkap olehku. Air mukanya yang berubah memberi signal kepadaku. Cemburukah dia? Encik Emeer menapak perlahan menuju ke arah kami. Hmmm... tak nak kenalkan kat saya ke? bisiknya di telingaku. Panas nafasnya menambahkan hangat di wajahku. Ash, kenalkan ini Encik Emeer, bos Sha. Encik Emeer, ini Rashdan kawan lama Sha. Satu kampung, ujarku memperkenalkan mereka. Hi, bersalaman. saya Emeer... balasnya lalu mereka

Sorry ya... tak boleh nak berborak lama-lama. Meeting dah nak mula. Ayesha, shall we go? Lantas tanganku ditariknya. Aduh la mamat ni. Tak cover line langsung. Kalau setakat kami bertiga sahaja boleh la dimaafkan lagi. Ini, di hadapan pengurus-pengurus jabatan dan Datuk Ilham. Mukaku semakin memerah. Malu, geram... semuanya bersatu. Agenda malam ini berakhir seawal jam sembilan setengah malam. Cepat-cepat aku menyelinap keluar sebelum sesiapa menyedarinya. Aku pun ada agenda tersendiri malam ini. Menyusuri jalan yang diterangi lampu neon memang cukup mendamaikan. Jarak di antara dewan mesyuarat dan Bikers Point, tempat menyewa basikal hanya lebih kurang 100 meter. Tak sempat nak bermengah, sudah sampai. Petang tadi, sempat aku bertanya tentang kemudahan yang disediakan di sini melalui kaunter pertanyaan di lobi resort. Aku sungguh tertarik dengan aktiviti mengayuh basikal pada waktu malam begini. Aku pun mendaftarkan nama untuk penyewaan, beg kecil yang kubawa kutinggalkan di lokar kecil yang disediakan. Memandangkan agenda malam ini agak santai, jadi aku hanya mengenakan jean hitam bersama T-shirt putih lengan panjang dan selendang. Simple. Sesuai juga untuk aktiviti berbasikal ini. Aku menunggu petugas kaunter penyewaan ini mengisi borang-borang, memeriksa basikal sebelum menghulurkan kunci basikal kepadaku. Hati berbunga riang dapat menikmati keindahan malam dengan tenang tanpa gangguan. Biarlah yang lain-lain sibuk berkaraoke di lounge resort, berseronok di sana. Aku lebih suka begini, menghiburkan hatiku sendiri dengan caraku. Baru sahaja hendak menolak basikal ke jalan raya,

Semacam ada ketegangan terlihat saat itu. Saya Rashdan, kawan satu kampung Ayesha. Best friend, balas Rashdan dengan raut wajah yang sedikit tegang.

94

95

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

suluhan lampu kereta menyilaukan mataku. Kereta itu meminggir ke bahu jalan dan lampu dimatikan. Alahai, kenapalah mamat ni dapat cari aku? Baru aje nak lari sekejap dari dunianya. Encik Emeer keluar dari perut kereta lalu mendapatkanku. Laju aku menolak basikal ingin mengelak daripada bertembung dengannya. Dia lebih pantas menahanku. Tanganku ditarik. Matanya yang mencerlung memandangku menakutkan. What do you think youre doing, Ayesha? Suaranya sedikit meninggi. Aku merenung ke dalam anak matanya. Ada api kemarahan sedang bernyala di situ. Saya nak cycling aje keliling vila ambil angin malam, balasku lembut. Tidak mahu menambahkan lagi api kemarahan yang ada. Alone? Sinis soalannya. Kenapa, tak boleh ke? Its not against the rules. Agenda malam ni dah habis, takkanlah saya tak boleh buat aktiviti saya sendiri. Suaraku sudah bercampur sendu. Seboleh-bolehnya aku tak ingin menangis di hadapan mamat ni. Cepat pula terusik hatiku sekarang ini. Tak salah, tapi bahaya cycling sorang-sorang macam ni. Awak tukan perempuan, Ayesha. Kenapa tak cakap kat saya, boleh aje saya temankan awak. Aku hanya membisu. Mengharapkan suasana tegang akan kendur sendiri. Okey, awak tunggu saya. Saya ambil basikal. Kita cycling sama-sama, putus Encik Emeer. Akhirnya, kami bersama-sama berbasikal

mengelilingi kawasan vila itu. Malah, aku juga dapat berpusing-pusing di kawasan padang golf. Hati berterima kasih kepada Encik Emeer dalam diam kerana dia menemaniku, jauh sedikit pemandangan yang dapat aku nikmati. Seronok berbasikal, saling berlumba bagaikan kanak-kanak Ribena. Lupa seketika yang umur masingmasing sudah menghampiri suku abad. Ketika menuruni bukit yang sedikit berpasir, tibatiba basikalku hilang kawalan. Adus, tersungkurku di tepi jalan. Dah la sakit, malu pulak tu. Encik Emeer yang melihatkan aku sudah terduduk menahan sakit segera mendapatkanku. Darah merah mengalir daripada kakiku. Terluka sedikit akibat terkena tongkat basikal yang agak tajam. Tanpa berlengah, dia menilik kakiku, mengambil sapu tangan yang berada di poket seluarnya lalu mengikat kakiku pada bahagian yang terluka. Aku dicempungnya hingga ke kaunter menyewa basikal. Nasiblah kaunter itu tidak jauh dari tempat aku terjatuh. Oleh kerana sakit, perasaan malu terus hilang. Setelah Encik Emeer menyelesaikan bayaran serta memberitahu mengenai kedudukan basikal kami kepada petugas kaunter, kereta terus dipandu ke vila. Sekali lagi aku dicempung walaupun puas aku menolak. Berkali-kali aku berkeras yang aku boleh berjalan sendiri. Namun, tidak dihiraukannya. Setelah pintu bilik dibuka, dia meletakkan aku di atas katil, menanggalkan kasut sukan yang kupakai. Dia mengeluarkan tuala kecil dari almari lalu terus membasahkan sedikit tuala. Sapu tangan yang membaluti lukaku ditanggalkan. Perlahan-lahan lukaku dibersihkan. Bagaikan berada di alam lain, aku hanya mampu

96

97

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

memerhati. Setiap perbuatan dan setiap sentuhannya. Setelah membersihkan dan membalut lukaku, Encik Emeer duduk di atas sofa berhadapan denganku. Terima kasih. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Encik Emeer merenungku dalam. Renungan mata itu sentiasa membuatkan dadaku berdebar hebat. Arghhh... Ayesha, kalaulah saat ini saya boleh peluk awak.... Kata-katanya mati di situ. Seketika, Encik Emeer bangun dan terus menuju ke pintu. Try to sleep sayang. Esok pagi saya datang tengok awak lagi. Ucapnya lalu berlalu pergi. Pintu ditutup rapat. Mujurlah vila ini menggunakan sistem auto lock, setiap kali pintu ditutup akan terkunci dengan sendirinya. Entah bila, akhirnya aku terlena sendiri.

akan bermula pada jam tujuh setengah pagi. Mungkin aku akan diperlukan di sana nanti walaupun aku tidak tahu apa yang boleh aku bantu. Yalah, bukan aku yang akan bermain golf pun. Encik Emeer yang melihatku telah bersiap-siap untuk menyertai mereka menerpa ke arahku. Segera dia mengarahku menaiki buggynya. Sepanjang pagi aku hanya menemani mereka. Lewat petang, kami bersurai. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Aku berpuas hati dengan segala persiapan yang telah diatur. Tiada satu pun cacat celanya. Datuk Ilham juga mengucapkan tahniah kepada Encik Emeer dan aku atas kejayaan budget meeting tahun ini. Beliau dengan gembira menjemput kami ke rumahnya minggu hadapan. Segan pula aku. Semua pengurus sudah pun ke bilik rehat yang menyediakan minum petang. Tinggal aku seorang mengemas meja di depan pintu masuk dewan. Sedang sibuk-sibuk bersiap untuk pulang ke vila, kelibat Rashdan kelihatan di hadapanku. Rashdan menuju ke arahku dengan senyuman manisnya. Aku dibelit rasa serba salah. Dah nak balik? sapanya. Aku hanya mengangguk. Tak boleh tinggal lagi di sini semalaman? Dah lama tak jumpa Ayesha, katanya lagi. Aku hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala. Tinggallah sehari dua lagi di sini, boleh Ash temankan Sha. Kan ke kita dah lama tak jumpa. Rindulah Ash nak berbual-bual dengan Sha macam dulu-dulu, sambung Rashdan bersungguh-sungguh. Taklah, Sha memang tak boleh tinggal. Kerja

TERJAGA sahaja daripada tidur terus aku mendapatkan telefon bimbitku. Melihatkan jam sudah hampir menginjak ke angka enam, menandakan subuh sudah tiba. Bergegas aku bangun dan luka di kakiku terasa sedikit pedih. Malam tadi, Encik Emeer telah meletakkan ubat luka dan membalutnya. Aku membuka balutan dan puas hati dengan keadaan luka yang hanya berkesan sedikit sahaja. Tiada apa-apa yang serius. Mujurlah bilikku ini mempunyai bilik mandinya sendiri, jadi tidak perlulah aku bimbang untuk berkongsi. Selesai bersiap, aku segera meninggalkan bilik. Acara tee off

98

99

Biar Cinta Bertaburan

Yusnida Tajudin

berlambak-lambak kat pejabat tu. Tindakanku yang acuh tak acuh melayannya itu rupa-rupanya mengundang rasa kurang senangnya. Bahuku ditariknya. Aku meronta minta dilepaskan. Kenapa Sha buat Ash macam ni? Kenapa Sha asyik nak elak daripada Ash..? soalnya kasar. Eh, kenapa Ash ni? Nak marah-marah kat Sha pula. Kan Sha kata tak boleh, tak bolehlah. Siapa Ash nak paksa-paksa Sha?! bentakku. Kenapa Sha benci sangat kat Ash? Sha tak sayang Ash lagi? Sha tak sukalah Ash buat Sha macam ni. Kan ke Sha dah kata dari dulu lagi, kita hanya boleh berkawan sahaja. Tak lebih daripada itu, balasku. Aku bosan dengan sikap Rashdan yang tidak mahu menerima kenyataan. Bukan sekali dua aku telah terangkan antara kami tak mungkin akan ada apa-apa hubungan serius melainkan persahabatan. Susah sangat ke nak memahami apa yang aku katakan? Aku bercakap dalam bahasa Melayu, lainlah kalau aku guna bahasa Jerman ke, bahasa Itali ke, boleh la kata tak faham. Rashdan masih berdegil, cuba menarik tanganku. Aku mengundur ke belakang dan langkahku terhenti apabila terasa ada tangan sasa memaut kedua-dua belah lenganku. Tubuhku ditarik lembut ke belakang dan tersandar di tubuhnya. Aku terpaku. Ada masalah apa ya? soal empunya tangan itu. Aku kenal benar dengan suara itu. Haruman wangian Encik Emeer menusuk deria bauku. Aku amat bersyukur Encik Emeer berada di situ ketika itu.

Wajah Rashdan bertukar menjadi kelat. Dia merenungku dengan tajam. Ada rasa tidak puas hati dalam renungan matanya itu. Kemudian, dia merengus dan terus berlalu pergi. Aku tahu, dia tentu tidak akan berhenti di situ sahaja. Pasti, dia akan mencuba lagi mencari peluang untuk mendekatiku. Kemungkinan itu membuatkan aku menjadi amat takut. Namun, hangat tubuh sasa yang berada di belakangku seakan menenangkan. Tubuhku dipusing menghadapnya. Encik Emeer merenungku tajam. Kali ini mata lelaki yang di hadapanku ini pula yang harus aku hadapi. Aku tahu dia pasti melihat adegan di antara aku dan Rashdan sebentar tadi. Dan aku juga tahu, masalah baru akan timbul di antara aku dengannya. Persoalan ini belum selesai... dan aku tahu pasti sepanjang perjalanan pulang nanti aku tak akan terlepas. Daripada renungan mata itu sudah dapat jawapan untuk tekateki yang bermain di hatiku. Nasib kaulah Ayesha....

100

101

bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal? Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam. Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan? Copywriting text; Cinta dan kebahagian, dapatkah ia berjalan seiringan? Atau sekadar hanya mampu terbiar bertaburan? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera dapatkan Biar Cinta Bertaburan di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd melalui online ataupun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:-

No. ISBN:- 978-967-0448-07-7 Jumlah muka surat: 474 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis:Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerjapekerjanya kerana sikap panas baran beliau. Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan. Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya

PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD dan poskan ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Вам также может понравиться