Вы находитесь на странице: 1из 15

Pengurusan berkesan kelas/bilik pemulihan Pengurusan kelas ialah suatu aspek yang penting dalam

melaksanakan aktiviti pengajaran. Apabila sesebuah kelas diurus secara berkesan maka suasana yang kondusif akan wujud dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Mengenakan hukuman dan arahan akan membolehkan guru mengurus kelas dengan baik. Levin dan Nolan (2004): menyatakan bahawa kedua-dua arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu adalah untuk memudahkan guru mengurus kelas dalam pengajaran dan pembelajaran. Cegelka dan Berdine (1995): Penyusunan fizikal bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid. Kounin (1970): seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan kelas menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Pengurusan yang cekap boleh memberikan kesan yang baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengurus sesuatu organisasi seseorang pengurus harus memahami konsep pengurusan dan beberapa teori yang berkaitan. Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal ahli yang dipimpin untuk sesuatu ojektif Dari sudut bilik darjah, pengurusan adalah satu proses sosial yang berkaitan dengan mengenal pasti, menyelenggara, merangsang, mengawal aktiviti murid supaya memenuhi objektif yang dirancang. Melalui pengalaman berasaskan sekolah yang lepas, saya telah memerhatikan bagaimana seseorang guru pemulihan mengurus kelas pemulihan. Guru tersebut menghias kelas pemulihan dengan pelbagai jenis
1

bahan bantu belajar. Melalui pemerhatian saya, saya dapat melihat pelbagai jenis gambar, sempoa yang telah diubah suai, permainan congkak dan sebagainya. Saya juga dapat melihat bagaimana kerusi meja disusun dengan rapi kemas. Susunan meja di kelas tersebut adalah mengikut model Horseshoe. Kelebihan model Horse-Shoe ialah murid lebih mudah untuk fokus terhadap pengajaran guru kerana dapat melihat guru, BBM yang guru gunakan dan tulisan guru di papan tulis. Model ini juga membolehkan guru memberi perhatian kepada semua murid semasa memberi arahan atau tunjuk cara. Selain itu, model ini juga membolehkan komunikasi pelbagai hala dapat dijalankan dengan berkesan. Melalui pemerhatian saya, ketika guru mengajar, guru menggunakan ganjaran dan hukuman. Guru memberikan ganjaran kepada murid apabila murid dapat mengikuti arahan guru dan dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul. Sebagai contoh, apabila murid dapat membentuk perkataan yang betul daripada suku kata yang diberikan oleh guru, murid akan dapat sebiji gula-gula untuk satu perkataan yang betul. Manakala hukuman pula akan diberikan apabila murid melakukan kesalahan dan tidak mahu mendengar arahan guru. Sebagai contoh, murid yang suka membuat bising akan diancam oleh guru untuk dihalau daripada kelas pemulihan setelah berkali-kali disuruh jangan bising. Selain itu, kelas pemulihan yang baik mempunyai susunan perabot yang kondusif dan teratur serta diletakkan di sudut-sudut yang sesuai. Dokumen-dokumen pula disusun dalam fail-fail tertentu yang khas kemudian fail-fail tersebut diletakkan dalam almari atau rak tertentu. Pengurusan fail dan dokumen yang membolehkan guru senang untuk mencari atau mendapatkan fail atau dokumen tersebut dengan mudah apabila diperlukan. Pada pendapat saya, sesebuah kelas pemulihan yang baik mestilah bersih, kemas, selesa, mempunyai ruang yang cukup dan lengkap dengan kemudahan asas seperti lampu, kipas, penghawa dingin dan bilik air. Segala kemudahan yang ada membolehkan murid belajar dengan selesa.
2

Bidang tugas guru pemulihan Saya telah menebual seorang guru pemulihan dan dia menyatakan bahawa bidang tugas guru pemulihan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelaran Malaysia.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan bidang tugas Guru Pemulihan Khas / Guru Khas Pemulihan sebelum wujudnya program LINUS pada tahun 2010. Setelah adanya program LINUS, bidang tugas guru pemulihan khas telah bertambah di mana guru pemulihan khas juga berperanan mengajar muridmurid LINUS kategori tegar ( tidak menguasai konstruk 1 dan 2). Murid- murid kategori ini adalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal abjad dan suku kata KV.

Catatan tentang senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini berdasarkan dua sumber rujukan yang saya baca iaitu: 1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Malaysia. 2. Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran

Terdapat sedikit perbezaan jumlah waktu mengajar seminggu bagi guru pemulihan khas jika merujuk kepada kedua-duanya.

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
3

2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti muridmurid yang memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid.

Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut:

Tahun 1 2

Mata pelajaran Bahasa Melayu Matematik

Jumlah

kali

30 7

kali

30

minit=240 8 kali x

minit=210 30 7 kali x 30

450 minit

3 Jumlah

minit=240 480 minit

minit=210 420 minit

450 minit 900 minit

*900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu

Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut : 1. 2. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
4

3. 4.

Mengemas kini rekod-rekod Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.

5.

Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.

6.

Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

Tugas Guru Pemulihan Khas

Catatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999. A. Senarai tugas

1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3.

2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:

Mengenal pasti muri-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas

Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan.

Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut

tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas.

4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan.

5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah

6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya

keadaan mengizinkan.

7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

B. Jadual Waktu

Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:


Masa untuk mengajar 990 minit Masa untuk persediaan dan panduan 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)

Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan.

Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:

Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. mengemas kini rekod-rekod. Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid.
6

Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.

Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.

Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid.

Pengajaran dan Pembelajaran murid pemulihan Apa dia pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu

pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?


guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,

meliputi rancangan mengajar, proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

Apa dia pembelajaran? Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
8

Pembelajaran :

Satu proses yang berterusan, Secara formal dan tak formal, Secara formal melalui sekolah membaca, menulis& mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.

Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, saya telah memerhatikan bagaimana murid-murid pemulihan belajar. Biasanya, murid pemulihan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu lemah, sederhana dan pandai. Di sekolah tempat PBS saya, hanya terdapat dua kumpulan sahaja iaitu pandai dan sederhana. Seramai lima orang murid pemulihan, empat orang dalam kumpulan pandai dan seorang dalam kumpulan sederhana. Apa yang guru pemulihan lakukan ialah pada masa yang pertama guru pemulihan akan mengajar murid yang kumpulan yang pandai dahulu. Selepas mengajar kumpulan yang pandai, dia akan lembaran kerja kepada muridmurid dalam kumpulan yang pandai barulah dia akan mengajar kumpulan yang sederhana. Dari segi bahan pengajaran pula, murid dalam kumpulan yang pandai diajar tentang suku kata, manakala murid-murid yang dalam kumpulan sederhana pula diajar tentang huruf. Ketika guru pemulihan mengajar, dia juga menggunakan kaedah nyanyian dan muzik untuk mengelakkan pelajar berasa bosan ketika belajar. Dia juga menggunakan hadiah untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Pola tingkah laku murid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pemerhatian yang saya jalankan, terdapat beberapa tingkah laku pelajar yang saya dapat lihat. Ada pelajar pemulihan yang bersikap nakal, normal dan pendiam. Murid yang nakal selalu mengganggu rakan-rakannya. Murid yang nakal ini juga sentiasa membuat bising. Murid yang nakal ini juga selalu tidak mendengar nasihat atau teguran guru. Manakala, murid yang normal pula bersikap normal seperti mendengar nasihat guru, tidak membuat bising dan boleh mengikuti arahan guru dengan baik. Manakala, murid yang pendiam pula sentiasa mendiamkan diri, selalu menutup telinga apabila ada orang yang bercakap dengannya dan selalu menghisap jari telunjuk tangan kirinya. Murid ini juga selalu mengulangi ayat gila bah kau ni apabila bercakap dengan rakannya. Mengikut pendapat saya, murid boleh dikategorikan dalam kelompok autisme.

10

Peranan guru dalam aspek bimbingan dan kebajikan Melalui temubual yang saya jalankan dengan guru pemulihan, guru pemulihan mencuba sedaya upaya untuk membantu pelajar pemulihan. Pelbagai cara yang guru pemulihan lakukan untuk membolehkan muri-murid pemulihan menguasai kemahiran asas dan dapat ikut belajar bersama dengan rakan-rakan yang lain di kelas perdana. Antara kaedah yang dilakukan oleh guru pemulihan ialah mempelbagaikan BBM, memberikan ganjaran dan hadiah untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Manakala dari segi kebajikan pula, guru pemulihan mendapatkan maklumat terperinci tentang murid-murid pemulihan. Guru pemulihan menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi murid pemulihan. Antara faktor yang menyebabkan seseorang murid menjadi murid pemulihan ialah perpecahan dalam keluarga. Selepas ibu bapanya bercerai, murid pemulihan kehilangan ayahnya kerana ayahnya tidak pernah menjenguknya setelah sekian lama. Manakala ibunya pula tidak mempedulikannya. Murid pemulihan itu tinggal bersama kakaknya. Disebabkan tiada siapa yang mempedulikan tentang pelajarannya, dia menjadi murid pemulihan. Antara faktor yang lain seseorang murid menjadi murid pemulihan ialah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarganya. Sudahlah tidak mendapat makanan yang berzat kerana hidup keluarganya yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ditambah lagi dengan

ketidakmampuan keluarganya untuk menyediakan bahan atau alat untuk belajar seperti buku, pensel, buku kerja dan sebagainya. Oleh yang demikian, disebabkan sikap empati yang ada dalam diri guru pemulihan, guru pemulihan mencadangkan nama murid pemulihan yang malang itu kepada pihak sekolah untuk mendapat bantuan kewangan.

11

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk memupuk budaya kreatif dan reflektif. Melalui PBS yang lepas, saya telah mendapat pengalaman bagaimana seseorang guru pemulihan menjalankan tugas dan mengurus kelas pemulihan. Pertama sekali, saya memerhatikan bagaimana guru pemulihan menghias kelas pemulihan dan meyusun perabot-perabot yang terdapat di dalamnya. Melalui pemerhatian saya, saya melihat pelbagai bahan bantu mengajar yang di tampal, digantung dan diletakkan dengan keadaan yang sangat sistematik. BBM yang saya dapat lihat sangat menarik sekali. BBM tersebut mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang menarik ditambah pula dengan gambar-gambar kartun yang diminati oleh pelajar. Selain itu, terdapat juga BBM yang interaktif dengan pelajar. Terdapat satu BBM untuk operasi tambah yang dinamakan oleh guru pemulihan sebagai lubang ajaib. BBM ini mempunya dua lubang di atas dan satu lubang di bawah. Untuk menambah, murid perlu memasukkan biji guli melalui dua lubang tersebut dan hasilnya akan diperoleh daripada satu lubang yang di bawah. Bagi saya, guru pemulihan ini sangat kreatif kerana menggunakan pendekatan konkrit untuk mengajar murid pemulihan. Saya juga telah melihat bagaimana guru pemulihan mengajar abjad. Dia menggunakan beras di dalam sebuah bekas dan menyuruh murid pemulihan menulis huruf di atasnya. Biasanya guru lain menggunakan pasir dan menyuruh muridnya menulis huruf di atas permukaan pasir itu. Tetapi guru pemulihan ini menggantikan pasir dengan beras dengan alasan bahawa pasir adalah berbahaya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

12

Aktiviti kokurikulum dalam memperkembangkan aspek literasi dan numerasi murid pemulihan disekolah Dari aspek kokurikulum pula, banyak aktiviti yang diadakan oleh guru pemulihan. Antaranya ialah persembahan dalam bentuk bercerita yang dilakukan oleh murid pemulihan yang telah menguasai kemahiran asas membaca. Yang menariknya ialah persembahan ini diadakan dihadapan semua guru dan pelajar dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah. Selain itu, guru juga menjalankan aktiviti Belalang dan belatuk yang telah diubahsuai. Dalam permainan ini, murid yang telah mati boleh menyertai permainan dengan syarat dia boleh menyebut huruf a hingga z dengan urutan yang betul. Pada pendapat saya, syarat permainan ini boleh diubahsuai mengikut tahap kemahiran yang dikuasai oleh pelajar. Dari aspek numerasi pula, guru pemulihan juga telah mengubahsuai permainan jutaria. Permainan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mengajar konsep menambah dan menolak secara tidak langsung.

13

Kolaboratif program pemulihan sekolah dengan pihak luar. Melalui hasil temu bual yang saya lakukan dengan guru pemulihan, dia menyatakan bahawa sekolah memang sentiasa bekerjasama dengan pihak luar untuk menjalankan program pemulihan. Pihak sekolah akan berbincang dengan pihak hospital berkaitan dengan maklumat kesihatan pelajar pemulihan. Ada kes yang berlaku di sekolah tempat saya jalankan PBS, ada ibu bapa menghantar anak mereka yang sepatutnya dihantar ke sekolah pendidikan khas ke kelas pemulihan. Tetapi hasil nasihat daripada doktor, mereka terpaksa juga menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas. Selain itu, pihak sekolah juga sering bekerjasa dengan jabatan kebajikan masyarakat dalam urusan bantuan kewangan bagi pelajar pemulihan yang miskin. Terdapat juga persatuan atau pun orang

perseorangan yang memberikan dana dalam bentuk kewangan dan peralatan untu menjayakan program pemulihan yang dijalankan di sekolah.

14

Kursus profesionalisme dan inovasi guru pemulihan Menurut guru pemulihan yang saya temubual, dia akan mengikuti kursus pemulihan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Menurutnya lagi, kursus ini sangat penting untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini tentang pendidikan pemulihan. Dia juga menyatakan bahawa kursus ini mendedahkan tentang bagaimana teknik pengajaran yang berkesan dan kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan oleh guru pemulihan ketika proses pengajaran. Dalam kursus pemulihan yang selalu disertai oleh guru pemulihan ini, terdapat juga pameran tentang inovasi yang telah dilakukan oleh guru pemulihan di seluruh Malaysia. Dia menyatakan bahawa memang terbukti inovasi yang dilakukan oleh guru pemulihan di Malaysia memang berkesan setelah diaplikasikannya ke atas murid-muridnya. Pada pendapat saya, seseorang guru pemulihan memang wajib menghadirkan diri dalam kursus-kursus pemulihan kerana di dalam kursus seperti ini banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dan banyak ilmu pengetahuan yang baru akan diperolehi.

15

Вам также может понравиться