Вы находитесь на странице: 1из 10

06/09/2012

Oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

TAKYIF UNDI DALAM ISLAM


UNDI

Al Isyhad ( )

Al Wala' / Al Munasoroh ( ) /

06/09/2012

1) Al Isyhad ()
dari sudut bahasa bererti: Penyaksian terhadap sesuatu. Manakala di sisi fuqaha' pula ia adalah: Menyatakan kesaksian benar di hadapan hakim terhadap orang yang didakwa yang mana dengan kesaksian tersebut, hakim akan memutuskan hukumannya. Berdasarkan hubungan ini, pengundi bertindak sebagai saksi yang menyatakan kesaksiannya terhadap calon untuk ditentukan kelayakannya oleh pihak suruhanjaya pilihanraya.

Inilah yang dimaksudkan dengan proses pengundian adalah suatu proses PENYAKSIAN. Firman Allah : Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu( AtTalaq: 2) Firman Allah :

Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil (al Baqarah : 282) Takyif ini disarankan oleh prof. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

06/09/2012

2) Al Wala' atau al Munasoroh ()


Dari sudut bahasa: Kekerabatan; pertolongan; persaudaraan dan kasih sayang. Begitu juga al munasoroh, mempunyai pengertian yang agak serupa. Dari sudut fiqh: Seseorang yang tidak diketahui keturunannya menyatakan persaudaraannya terhadap seseorang yang popular keturunannya dengan ungkapan, "Anda adalah saudara saya di mana jika saya mati, anda akan mewarisi harta saya dan jika saya melakukan jenayah anda juga turut serta bertanggungjawab." Lalu dijawab oleh pihak yang kedua, "Saya menerima pernyataan/permintaan anda itu." Dengan itu, terbentuklah hubungan al wala'. Ini adalah pandangan Prof. Dr. Sa'ad Mas'ad Hilali, ketua Panatia Fiqh Perbandingan, Jabatan Syariah Islamiyyah, Universiti al Azhar

Di sisi mazhab Hanafi, hubungan al wala' merupakan satu sebab daripada sebab-sebab perwarisan harta. Manakala mazhab Maliki, Syafi'i, Hambali, Imam Ibnu Syubrumah, Imam Sufyan al Thauri, Imam al Auza'i dan kebanyakan ulama berpandangan bahawa ia bukan salah satu sebab perwarisan harta. Berdasarkan hubungan ini, pengundi memilih calon atas dasar al wala' dan al munasoroh. Pengundi dianggap menyatakan taat setianya kepada seseorang calon dengan mengundinya.

06/09/2012

Berdasarkan hubungan ini, pengundi memilih calon atas dasar al wala' dan al munasoroh. Pengundi menyatakan taat setianya kepada seseorang calon dengan mengundinya. Hubungan ini adalah sesuai untuk diadaptasikan dalam konteks pilihanraya. Kita melihat calon-calon yang bertanding adalah datang dari parti-parti politik tertentu. Setiap parti pasti memiliki penyokongnya yang tersendiri. Sudah pasti pengundi juga adalah salah seorang penyokong parti tertentu dan mengundi calon daripada parti sokongannya. Ini jelas boleh di takyif sebagai al wala' dan al munasoroh.

Kepentingan dan Kedudukan Undi Dalam Sistem Demokrasi :


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, demokrasi memberikan maksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Hal ini bermaksud undang-undang yang diguna pakai oleh negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini adalah berdasarkan suara majoriti rakyat. Di dalam sistem demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu MAHKAMAH BESAR bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah dan menjaga kepentingan, hak dan harta rakyat serta negara.

06/09/2012

Proses pengundian = TANGGUNGJAWAB BESAR. Undi dan kuasa yang boleh diperoleh darinya adalah Kerana penyelewengan amat mudah dilakukan oleh banyak pihak yang berhajat kepada undi ekoran kuasa dan kemewahan yang boleh diraih. Memberi undi seolah memberi mandat ke atas diri, pendidikan, hak perundangan dan harta.

HUKUM ASAL UNDI

Mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Undi tidak sepatutnya terkesan dengan sebarang bentuk hadiah dan keperluan peribadi

06/09/2012

Rasuah
Rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah : Ertinya: Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, AlBaghawi, 10/88).
o Rasuah disebut dalam bahasa Arab sebagai al rasywah yang membawa

maksud sebagai penyambung yang dapat menyampaikan tujuan dengan barang atau harta sogokan.
o Maksud tersebut diambil dari kata asal rasuah, al rasyaa, bermaksud tali

timba yang disambung kepada sesuatu dan digunakan untuk mengambil air perigi.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian atau seumpamanya kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) terdapat empat kesalahan rasuah yang utama : meminta/menerima rasuah, menawar/memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahguna jawatan/kedudukan.

06/09/2012

Pelbagai takrif rasuah


Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption : giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. John B. Saunders pula menulis dalam kamus 'Mozley and Whiteleys Law Dictionary' memberi definisi 'corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty'. Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok.

Menurut 'Transparency International' pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta negara yang akan merugikan negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.

06/09/2012

Dalam dunia hari ini rasuah disebut dengan pelbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.

Status Hadiah Untuk Undi

06/09/2012

HARAM

Pemberian yang menggunakan harta kerajaan bagi manfaat individu calon

Sebagai rasuah politik bagi menaikkan seseorang yang tidak layak secara peribadi atau partinya.

Sebagai pemancing dengan menjanjikan balasan material secara peribadi selepas kemenangan

Diberikan dengan tujuan menaikkan seseorang yang diketahui membawa mudarat kepada agama dan

Pemberian yang dilakukan oleh calon berjawatan kerajaan kepada rakyat yang selama ini disekat haknya TANPA disyaratkan untuk memberi undi kepadanya.

Ia dikira harus kerana ia hanyalah satu proses pengembalian hak yang disekat.

Syubhat
Pemberian yang diberikan oleh calon dengan hartanya sendiri untuk meraih undi bagi manfaat Islam menurut dakwaan calon. Pengundi pula tiada cukup kelyakan untuk menapis dakwaan terbabit.

Harus

06/09/2012

Sekian, Sekian, Terima Kasih

10

Вам также может понравиться