Вы находитесь на странице: 1из 15

IMPLIKASI

MODEL

PENGAJARAN

PEMPROSESAN

MAKLUMAT

Setiap teori mahupun model pengajaran mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan model pengajaran pemprosesan maklumat Gagne ini. Antara implikasinya model ini adalah terhadap guru dan juga murid selain kepada proses pengaajran dan pembelajaran itu sendiri.

Implikasi pertama, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Ini kerana dengan menggunakan bahan konkrit, murid akan lebih memahami pengajaran bahasa kerana murid memerlukan benda maujud untuk mengaitkannya dengan pemahaman mereka.

Seterusnya, guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, dalam kemahiran bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran membaca dan seterusnya kemahiran menulis yang lebih tinggi.

Selain itu, guru perlu membimbing murid membezakan ciri-ciri penting. Bimbingan guru ini penting bagi mengelakkan murid membuat kesilapan ketika membezakan sesuatu ciri penting. Apabila guru membimbing murid, guru perlulah membuat penerangan terlebih dahulu bagi memastikan murid faham apa ciri penting tersebut.

Implikasi lain, melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing oleh guru mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus. Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip dan berenang kepada murid kemudian murid akan dapat membina konsep bahawa ciri tersebut merupakan ciri seekor ikan.

Terakhir, guru dapat membimbing murid menggunakan prinsip, hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah. Ini dapat dilihat ketika guru mengajarkan operasi +,-,x dan kepada murid. Kemudian dengan bimbingan guru, murid akan cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh guru.

1. Implikasi Model Pengajaran Ekspositori

Sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Ia kurang berkesan jika digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar. Tidak sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah rendah. Ini kerana murid sekoalh rendah masih belum mampu untuk belajar dengan teknik ekspositori mereka akan cepat berasa bosan dan jemu dengan P&P yang sama dan berulang-ulang.

Selain itu, guru dapat menjimatkan masa. Model ini merupakan cara paling berkesan untuk menyampaikan kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan sebagainya. Ini kerana kemahiran tersebut memerlukan penyampaian maklumat dan penerangan yang berulang-ulang oleh guru bagi mengukuhkan pemahaman murid.

Sebagaimana yang dinyatakan, kaedah ekspositori hanya sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran dalam peringkat perkembangan sahaja. Jika kaedah ini digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap kurang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Seterusnya, model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru. Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja. Model ini menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru di mana guru yang akan menyampaikan sesuatu isi pelajaran tanpa

dipersoalkan

oleh

murid.

2.Implikasi

Model

Pengajaran

Inkuiri

Dalam model ini, murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis. Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Murid akan lebih mudah memahami sesuatu konsep melalui model ini kerana murid sendiri yang membuat pengujian untuk memahaminya. Ini dapat dilihat bahawa proses hands on akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid. Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap sesuatu konsep atau tajuk. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.

Model ini membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan yang sesuai.

Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.

Implikasi P & P Teori Pemprosesan Maklumat Robert Mills Gagne

Guru

mengajar

mengikut

lapan

peringkat

hierarki

pembelajaran

Gagne.

1-

Pembelajaran

Isyarat

a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.

b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2-

Ransangan

gerak

balas

a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3a) Guru perlu mengajar

Rangkaian sesuatu kemahiran secara

motor berulang.

b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.

c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4-

Prinsip

pertalian

bahasa

a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.

b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam

Diskriminasi penguasaan konsep.

b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.

c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.

d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu kategori.

6-

Pembentukan

konsep

a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah. b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori. c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti berikut :

Cuaca suhu kelembapan hujan

d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas. e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep, iaitu:

Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting. Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.

Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu konsep.

Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.

7-

Pembentukan

Hukum

a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspekaspek yang penting dalam hukum.

c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan. d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.

e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.

8-

Penyelesaian

masalah

a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.

b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu

diaplikasi. c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.

d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu Memahami Membuat Melaksanakan M enilai hasil sesuatu pelan pelan dan keputusan : masalah tindakan tersebut pelan

Implikasi

Teori

Gagne

Terhadap

Pengajaran

&

Pembelajaran

Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh

pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi

kanak-kanak

berkeperluan

khas

mereka

mempelajari

sesuatu

melalui

pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.

Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanakkanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.

Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara berulang-ulang berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.

Teori Pemprosesan Maklumat Robert Mills Gagne

Gagne

menggunakan

teori

pembelajaran

behavioris

dan

kognitif

untuk

mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.

Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep.

Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu.

Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.

Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan maklumat.

Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi

dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif.

Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait secara langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar. Kemahiran kecerdasan

Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan menyelesaikan masalah.

Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?

Diskriminasi Dapat membezakan antara dua objek atau simbol.

Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q. Konsep Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama. Mamalia, Hukum Perhubungan di antara sekumpulan konsep. tenaga dan atom.

Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan sedia ada. Strategi Kognitif

Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.

Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan maklumat kompleks. Maklumat berbahasa

Menggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan. Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.

Kemahiran Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi

motor fizikal.

Menulis, berenang dan bermain badminton. Sikap Corak Memilih mempamerkan untuk menyertai tingkah persatuan sains laku dan atau menolak kelab tindakan. muzik.

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis Syarat pembelajaran) menurut tersebut hierarki kemahiran :

kecerdasan.

pembelajran

ialah

Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1Pembelajaran Isyarat

Pembelajaran berlaku secara semula jadi & tidak

Isyarat sengaja.

Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila

pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

2-

Pembelajaran

ransangan

tindak

balas

Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.

3-

Pembelajaran

melalui

rangkaian

Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :

Kemahiran Kemahiran Kemahiran

menghantar menerima menjaringkan

bola bola bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4-

Pertalian

bahasa

Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.

5-

Pembelajaran

diskriminasi

Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6-

Pembelajaran

konsep

Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan

diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7-

Pembelajaran

Hukum

Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi Menghuraikan cirri-ciri

maklumat yang penting

yang dalam sesuatu

betul konsep

Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan. Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.

Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran

penyelesaian

masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat

pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :

Mengenal

masalah

Mencari Membuat Memilih Menguji Membuat cara hipotesis rumusan menyelesaikan (melaksanakan (melihat kembali pelan dan

maklumat hipotesis masalah penyelesaian). menyemak).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir

Вам также может понравиться