Вы находитесь на странице: 1из 85

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk 1

JENIS BAHAN MENTAH

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi bahan dan pembuatan; jenis bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan getah. Hasil Pembelajaran
1.

Menjelaskan jenis bahan. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan bahan mentah Menjelaskan jenis bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

2. 3. 4.

KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.0

JENIS BAHAN MENTAH Pada masa ini terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan

buatan yang telah dihasilkan oleh manusia. Untuk memudahkan penerangan, pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada enam kumpulan utama iaitu logam,polimer, kaca, komposit, kayu dan getah. 1.1 LOGAM

Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.

Tahukah anda?? 'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam). 1.2 BAHAN LOGAM

3 jenis bahan logam Aloi Logam ferus

Logam bukan ferus


2

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifatsifat magnetik yang unik di samping sifat fizikal yang lain. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijaadikan alat gerudi. Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi waja), besi tempawan dan besi tuang. Penghasilan logam secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain
Bahan Logam

Logam Bukan Logam Ferus Ferus


Timah Aluminium kuprum

Aloi

Loy Ga

ang

ngsa Keluli 3

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Besi Tuang Besi Kelabu Besi

Berkarbon Aloi Besi Tempawan


Renda Seder

Kromium Vanadium Krom-nikel Molibdenum Keluli Tahan Lasak

hana

1.2.1 KELULI Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia. Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silikon, mangan, fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.

1.2.1.1

Keluli karbon

Klasifikasi Dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa. Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan brbanding dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan karbon.
4

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan, fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan karbon. Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan. i.
ii. iii.

Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C.

1.2.1. 2

Keluli aloi

Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-sifat khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna. Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium,

mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum, aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan, kemuluran dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. Oleh sebab banyak unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini menjadi lebih mahal. Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-unsur mengaloian yang utama. i. ii. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels) Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.2.1.3

Keluli Alat

Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi berbanding dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut. 1.2.2 BESI TUANG (CAST IRON) Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain Keluli alat dikelaskan berdasarkan kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure

daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab kandungan karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. Besi tuang lebur juga boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur. Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik . 1.2.2.1Jenis-Jenis Besi Tuang Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya,

bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah.

Besi Tuang

Kelabu

Putih

Boleh Tempa

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Carta 1 1.2.2.2 Besi tuang kelabu

Jenis-jenis besi tuang

Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.

1.2.2.3

Besi tuang putih

Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin. Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa.

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.2.2.4

Besi BolehTempa

Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip dan peralatan industri pertanian.

Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.

1.2.3 BESI TEMPA Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarahzarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak. 1.3 LOGAM BUKAN FERUS Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen
8

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a) Aluminium d) Plumbum g) Zink j) Molydenum m) Manganese 1.3.1 ALUMINIUM Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai. 1.3.2 KUPRUM Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi unsure penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah
9

b) Perak e) Timah h) Kromium k) Magnesium n) Tembaga

c) Kuprum f) Nikel i) Emas l) Kobalt

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan. 1.3.3 LOYANG Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang. 1.3.4 ALOI Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh dialoikan denganbanyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus, silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula. 1.4 KACA dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang
10

Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut. 1.4.1 Proses penghasilan kaca Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula adalah dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian. Kaca ialah bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan melebihi 2000 C.
1.5

Polimer Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2,

terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik.

11

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik. ii Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur. Iii Mempunyai struktur rangkaian yang panjang. Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Polimer termasuklah; plastik, getah, beberapa jenis perekat dan lain-lain.

1.5.1 Plastik Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Secara semulajadinya

12

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

plastic diperoleh daripada pemprosesan arang, petroleum ataupun tumbuhan sehingga terhasil sifat plastic apabila dipanaskan. Plastik juga boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan, plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan. Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semirigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.

Tahukah anda bagaimana plastik dihasilkan?

Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan kelengkapan pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.

Carta 2 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.

13

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Carta 2

Jenis-jenis plastik

KEBAIKAN PLASTIK Harga murah Tahan lama Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik Sebahagian kalis air

KELEMAHAN PLASTIK Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan Suhu operasi yang rendah Mudah rapuh pada suhu yang rendah Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu Sebahagian plastik amat mudah terbakar Rayapan pada semua keadaan suhu
14

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Plastik Termo ialah Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali.

Manakala Plastik Termoset ialah plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras mengikut acuan.

Dan Akrilik ialah sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap.

Renung sejenak! Pernahkah anda terfikir bahawa lensa dibuat daripada akrilik?

15

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.6

Komposit Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan yang berbeza di

sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramik-polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. i. ii. iii. Komposit lamina atau lapisan Komposit zarahan Komposit bertetulang gentian Komposit dikelaskan kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan.

1.6.1 Komposit lamina Bahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis, permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan dan berbagai-bagai lagi. i. ii. iii. iv. v. 1.6.1.1. Menggelek Ikatan letupan Penyemperitan bersama Menekan Pateri keras Menggelek Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara:

Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom ke atom.

16

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.6.1.2

Ikatan letupan

Proses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin penggelek. 1.6.1.3 Penyemperitan bersama Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan. Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi dawai pengalir. 1.6.1.4 Menekan Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat di dalam lamina. 1.6.1.5 Pateri keras Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut. 1.6.2 Komposit zarahan Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar

17

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk. 1.6.3 Komposit gentian bertetulang Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi. Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas. 1.6.4 Aplikasi Komposit: Porsche membina cakera brek komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat Tahan lama-rintangan haus tinggi

Rajah 3

: Cakera brek komposit


18

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan salutan komposit seramik keras Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim diguna dalam enjin jet
Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan.

Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan

Rajah 4 :

Penggunaan komposit : Pemukul kayu besbol

Cuba fikirkan apakah bahan komposit yang terdapat dikeliling anda?

19

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.7

KAYU Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. merupakan bahan binaan yang paling dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu Kayu meluas digunakan

merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan tropika. Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan. Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.

20

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.7.1 PENGKELASAN KAYU Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions" kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu: KUMPULAN Kumpulan kayu keras yang berat ( HHW-Heavy Hardwood); JENIS Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang. berat (MHW-Medium Hardwood); Kumpulan kayu keras yang ringan (LHW-Light Hardwood) Kumpulan kayu yang lembut (SW-softwood) Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir dan Kayu Getah. Damar Minyak, Geronggang, Jelutong, Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan Terentang.

1.7.2 Kegunaan Kayu KUMPULAN KERAS DAN BERAT NAMA CENGAL BALAU KEKATUNG MERBAU RESAK TEMBUSU KERAS DAN KEMPAS KEGUNAAN Kapal, rangka, ukiran Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap Pembinaan berat, lantai, parket dan perabot Pembinaan berat, tiang gelegar, panel,
21

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

SEDERHANA BERAT KERUING KAPUR TUALANG NYATUH MERANTI RAMIN SEPETIR KAYU GETAH 1.7.3 Kebaikan dan kelemahan kayu KEBAIKAN KAYU Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:
i.

KERAS DAN RINGAN

jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori Kekuda, rasuk dan tiang Tiang rasuk, lantai, perabot Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perabot Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel Hiasan perabot, binding dalam dan panel Gerobok, panel dan perabot Perabot, panel, susur tangga dan parket

KELEMAHAN KAYU Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat.

Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2. Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3. la cepat mengecut dan meleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakan mutu kayu.

ii.

Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi.

Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik.

Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput, lembab dan berkulat serta'ianya mudah diserang serangga perosak

Kelasakan yang tinggi jika diawetkan. Kepelbagaian penggunaannya 1.7.4 Bahagian kayu dan fungsinya

22

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 5

Keratan rentas kayu

1.7.5 PENGERINGAN KAYU Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah. Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu

1.7.6

TUJUAN PENGERINGAN a) Men am bahkan keku atan, ketah an lasakan d an sen an g dikerjakan.
23

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

b) c) d) e)

Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut d a n meleding. Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap. Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai. Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

1.7.7 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGERINGAN a) b) c) d) e) Jenis kayu. Cara susunan kayu. Saiz kayu. Keadaan cuaca dan lokasi. Cara pengeringan dijalankan.

1.7.8 CARA PENGERINGAN KAYU a) b) c) Cara semulajadi. Pengeringan bertanur/ relau. Pengeringan air.

1.7.9

KECACATAN KAYU Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi, kecuaian

semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah, serangan serangga, lumut dan lembapan.

1.7.10 JENIS KECACATAN SEMULAJADI a) Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami di sepanjang pertumbuhannya.
24

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

b)

Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah i. ii. iii. iv. i. Gerigis. Buku. Parut. Berongga( teras rosak). Ira berpintal.

Rajah 2 : Kecacatan jenis buku 1.7.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu i. ii. iii. iv. 1.7.12 Rekah cincin/gelang. Rekah bintang. Rekah kipas. Rekah bulat

balak dari hutan ialah:

Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami i.


ii. iii. iv.

proses pengeringan ialah: Pecah. Retak. Terpiuh. Keras meleding. Melengkung/Meleper/relangan. Wen atau sisian wen.

V. vi.

25

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 6

Kecacatan kayu

1.8

GETAH

Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getah mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair dan resin. Getah diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum dicampur asid. Getah beku seterus digelek (mesin gelek) jadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan ( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat lain yang tidak dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifatsifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah

26

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau menekannya pd tekanan 2.5 12.5 N / mm2

LATIHAN 1 Berikan sepuluh rekabentuk yang berasaskan plastik termosett dan termoplastik. Berdasarkan kepada rekabentuk yang anda pilih, jelaskan secara terperinci ciri-ciri keselamatan dan reka bentuknya. Dari perspektif anda sebagai seorang pengguna, berikan komen anda dalam rekabentuk produk tersebut.

LATIHAN 2 Sesebuah rumah diperbuat daripada bahan kayu terdapat beberapa struktur saperti rangka bumbung, pintu, tingkap, tangga, lantai dan dinding. Berdasarkan struktur rumah tersebut ; i. Anda dikehendaki mengenal pasti jenis-jenis kayu mengikut pengkelasannya bagi setiap pembinaan struktur rumah tersebut ii Berdasarkan soalan diatas, anda perlu melakarkan secara terperinci struktur pembinaan tersebut

27

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk 2

SIFAT BAHAN MENTAH

SINOPSIS Topik ini mendedahkan sifat bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan getah. HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan sifat bahan mentah. 2.

Menjelaskan sifat-sifat bahan mentah

yang berkaitan dengan bidang

pengajian.

KERANGKA KONSEP TAJUK SIFAT BAHAN MENTAH

28

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.0 SIFAT BAHAN MENTAH

Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.
2.1 LOGAM

Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium, magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk dan merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki. Logam yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus. 2.2.1 Sifat-sifat Keluli Aloi: i. ii. iii. Menambahkan kekuatan tegangan. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah

suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan. iv. v. vi. vii. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness). Meninggalkan rintangan terhadap kakisan. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di

samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

29

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.2.2 Sifat Besi Tuang Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli. 2.2.3 Sifat-sifat utama Logam Bukan Ferus Sifat Kekuatan tegangan Kekuatan mampatan Kekerasan Aluminium 100 N/mm2 100 N/mm2 40 (NKB) Kuprum 215 N/mm2 300 N/mm2 80 NKB ( jenis tuangan ) 90 NKB ( kerja sejuk ) 66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap ) 1083 oC 25% (jenis tuangan ) 55% ( sepuh-lindap ) 3% (kerja sejuk ) Ketumpatan 2.6 g/cm3 8.9 g/cm3

Takat lebur Kemuluran

660o C 30% pemanjangan

2.3

i. Tahan kakisan atmosfera dan air ii. Pengalir haba dan elektrik. Pembalik haba dan cahaya. NKB = Nombor kekerasan Brinell
SIFAT KACA

i. Tahan kakisan atmosfera dan air. ii. Pen galir elektrik yang amat baik

30

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

a. Mudah pecah b. Keras c. Lutsinar dan lutcahaya d. Bahan biasan. e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau menggulung. f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%. g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.
2.4 SIFAT POLIMER

Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomermonomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti. Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaanperbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik. Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang. Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang

31

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak. Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin. Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.
Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Peter Stensel, Andrew Tung and Soh Beng Seng. (2000). Keeping Up With Design and Technology For Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte. Ltd; 381 -389.

2.5

SIFAT PLASTIK Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi,

ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran haba dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan kimia dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi. Plastik juga memberi pilihan yang luas terhadap warna, lutsinaran atau lutcahaya, mudah untuk dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan kos yang agak rendah. Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik termo dan plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.

32

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.5.1 Sifat-sifat Am Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 2.6 Graviti tentunya rendah. Perintang haba dan elektrik yang baik. Kemasan muka yang baik. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

SIFAT KOMPOSIT a. b. c. d. e. f. g. h. Kekuatannya tinggi Ketegarannya tinggi Kurang berat Prestasi pada suhu tinggi Rintangan pada lelasan Kekerasan yang tinggi Keberaliran yang baik Kos yang rendah

2.7

SIFAT KAYU Sifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada aspek berikut: a. Rupa bentuk b. Kekerasan c. Berat d. Kekuatan e. Kecacatan f. Penebat haba dan elektrik yang baik

33

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.7.1 SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU 2.7.1.1 Kekuatan kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu. b) Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah. c) Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat. dan resin. Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menari 2.7.1.2 Kekuatan Tegangan d) Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam

a) la bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu,

a) Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini. b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan. c) Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering udara. 2.7.1.3 Kekuatan Mampatan a) Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira. b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan. c) Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya. d) Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu itu. 2.7.1.4 Kekuatan Ricih menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain. b) Daya ini dinamakan daya ricih. c) 4 jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira, ricihan serong, ricihan gelek.
34

a) Sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

d) Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan. e) Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu. Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat daripada papan lapis. 2.7.1.5 Kekuatan Lenturan Statik melalui ujian lenturan statik. b) Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur. c) Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh kayu, ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah berlaku. d) Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu. 2.7.1.6 Kekerasan Kayu

a) Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan

a) Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya. b) Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya. c) Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu. 2.7 SIFAT GETAH Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah Getah 7 % sulfur lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah Kurang peka terhadap perubahan suhu
35

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan rapuh Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah darjah suhu dalam proses pemvulkanan Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut. Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 % mikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had kekuatan tegangan mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya bkurangan Jika masa melampaui nilai had kekuatan tegangan muktamad getah dan pemanjangannya berkurangan Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang terbesar Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan penimbal

Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan

Getah asli Lembut Tidak tahan tindakan haba Kenyal Mudah dioksidakan oleh oksigen

Getah asli tervulkan Lebih keras Lebih tahan tindakan haba Lebih kenyal Lebih tahan terhadap pengoksidaan

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka; ms. 110 - 162

36

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.8

SIFAT KERTAS Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian Biasanya gentian yg digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan hem boleh digunakan Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka Dihasilkan dengan tangan atau mesin

Tahukah anda? Kertas dibuat daripada pulpa kayu dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi pulpa. Secara purata 17 pokok berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa untuk menghasilkan 1 tan kertas.

LATIHAN 1 Sifat bahan kadang-kadang dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama sifat yang sensitif kepada struktur dikenali sebagai sifat mekanikal sementara sifat yang tidak sensitif kepada sruktur dikenali sebagai sifat fizik. Huraikan perbezaan antara sifat mekanikal dan sifat fizikal strukruk bahan dengan memberikan beberapa contoh. LATIHAN 2 Sifat-sifat utama logam aluminium ialah ringan kuat secara relatif, tahan karat daripada tindakan udara keliling dan merupakan pengalir eletrik yang terbaik. Ada kalanya logam ini mudah dirosakkan. Anda dikehendaki mencari punca utama mengapakah berlakunya kerosakan pada bahan tersebut dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut.

37

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk 3

ASAS PEMBINAAN PRODUK

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang Asas Pembinaan Produk yang melibatkan peringkat-peringkat pembinaan produk dalam proses pembuatan yang bermula dengan peeringkat menentukan tujuan dan fungsi kerja, perkembangan idea, penyusunan idea, membina lakaran dan lukisan kerja dan diakhiri dengan peringkat pembinaan projek.

Hasil Pembelajaran
5. 6. 7.

Menghuraikan setiap peringkat pembinaan projek. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan peringkat pembinaan produk. Menjelaskan kepentingan setiap peringkat pembinaan produk yang berkaitan dengan bidang pengajian.

KERANGKA KONSEP PEMBINAAN PRODUK TUJUAN / FUNGSI KERJA

PERKEMBANGAN IDEA

PENYUSUNAN IDEA

LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA

PEMBINAAN PROJEK 3.0 PENGENALAN


38

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Mereka bentuk dan merancang memerlukan pemikiran dan penyelesaian kepada semua masalah berhubung dengan pembinaan dan penggunaan untuk masa depan sesuatu benda kerja itu. Ianya bukan sahaja untuk menambahkan kehalusan atau perhiasan kepada sesuatu benda kerja yang telah siap atau separa siap. Asas bagi pembinaan sesuatu produk adalah perancangan yang teliti dan tersusun yang perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Perancangan yang rapi ini akan dapat menjamin hasil akhir sesuatu produk yang berkualiti dan dapat berfungsi seperti mana yang dimahukan. Jika satu daripada masalah reka bentuk utama itu dapat difikirkan berasingan, maka jika ada perkara-perkara penting akan tertinggal dalam reka bentuk akhir. Perancangan sekeping kerja kayu dapat dibahagikan kepada empat peringkat utama. Dalam peringkat 1 dan 2 kita bertanya kepada diri kita beberapa soalan. Jawapan kepada soalan-soalan itu digunakan dalam peringkat 3 dan 4 untuk membolehkan kita menyelesaikan masalah reka bentuk itu secara menyeluruh. Peringkat 1 Tujuan dan fungsi kerja Contoh soalan-soalan: Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin muka? Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak? Peringkat 2 Perkembangan pendapat dari Peringkat 1 Contoh soalan-soalan: i. Nisbah (keseimbangan reka bentuk) Contoh soalan-soalan: Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding dengan tepi-tepi rangka?
39

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

ii. Bahan-bahan Kayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci? iii. Pembinaan Tanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya dipasang? iv. Menghias dan menyudah Adakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukkan? Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan urat kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu lembut? v. Keselarasan Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain benda di sekelilingnya? Peringkat 3 Pendapat Buatkan catatan ringkas dan lakaran berdimensi bagi:i. kerja yang lengkap ii. perincian bagi bahagian-bahagian yang memerlukan perhatian yang lebih. Peringkat 4- Lukisan Kerja Reka bentuk yang telah siap dan peringkat perancangan. 3.1 PERINGKAT 1 : TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA

40

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Soalan Apakah tujuan (guna atau fungsi) kerja yang telah siap?, kelihatan seperti satu soalan yang mudah dijawab tetapi bagi sesuatu kemajuan yang berguna yang akan dibuat, jawapannya mestilah cukup terang dan lengkap. Fungsi bagfi sebarang kepingan kerja boleh jadi untuk menyimpan benda, bertindak sebagai permukaan kerja dan seterusnya atau boleh digabungkan fungsifungsi itu (seperti satu meja dipasang dengan satu laci). 3.1.1 Ukuran Standard Sebarang perabot yang digunakan untuk kita duduk atau berdiri di atasnya mestilah berukuran betul dan bentuknya hendaklah selesa digunakan. Sebagai contoh kerusi bagi meja makan mestilah lebih kurang 420 mm hingga 440 mm tingginya supaya orang boleh duduk dengan selesa menghadap meja makan. Permukaan bekerja bagi orang dewasa ialah 825 mm hingga 900 mm tinggi. Jika ia duduk, tingginya 720 mm hingga 750 mm dan ini adalah sangat sesuai bagi menulis atau makan. Bolehkah anda fikirkan lain-lain ukuran standard? 3.1.2 Lain-lain ukuran standard Panjang, lebar dan tinggi sesuatu kerja itu (atau lain-lain bahagiannya) akan ditentukan oleh kegunaan tertentunya, sama ada ia permukaan kerja atau tempat penyimpanan barang-barang, pendakap lampu atau pintu bagi rumah simpanan arang batu. sebagai contoh, ukuran bahagian dalam bagi gerobok piring hitam bagi piring hitam yang besar berkehendakkan sekurang-kurangnya 325 mm tinggi dan 315 mm lebar supaya piring hitam itu boleh disimpan tegak. Panjang gerobok itu bergantung pada banyaknya piring hitam yang hendak disimpan. Ruang di antara rak-rak bagi rak buku mestilah mencukupi bagi meletakkan buku itu menegak dan buku itu mudah digerak-gerakkan, tetapi tidak terlalu lebar kerana ini akan membazir ruang. mungkin dalam hal ini, rak-rak boleh laras adalah sesuai.

3.2

PERINGKAT 2 :

PERKEMBANGAN IDEA
41

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

3.2.1 Nisbah Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat, hendaklah difikirkan pula, nisbahnya. (Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi dan lebar). Adakah ia kelihatan sesuai? Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini. membuat sesuatu kerja itu. 3.2.2 Bahan-bahan Pemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama: 3.2.2.1 Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana kemasan bergilap terhias dengan cantik) 3.2.2.2 Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk dibuat bahagian atas meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang kalis air tidak boleh digunakan. 3.2.2.3 Pembinaan Kaedah pembinaan tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada: i. Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan. ii. Jenis kerja kayu membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi membuat kotak. Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk

42

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

3.2.2.4 Hiasan dan kemasan Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-hiasan yang tidak bersesuaian. Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu. 3.2.2.5 Harmoni Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya. Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany.
3.3 PERINGKAT 3 :

PENYUSUNAN IDEA

Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan, proses penghalusan perlu Dijalankan sebelum mengambil keputusan memilih idea yang terbaik. Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan semula mengikut ukuran berskala. Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk, ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal. Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira faktor-faktor seperti kaedah pemasangan, bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri keselamatan. 3.4 PERINGKAT 4 : LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA

Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk. Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah dibuat. Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya. 3.4.1 Lukisan ortografik lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang
43

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.

Contoh lukisan ortografik 3.4.2 Lukisan isometrik Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.

Contoh lukisan isometrik 3.4.3 Lukisan perspektif Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak :

44

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita. Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.

Contoh lukisan perspektif 3.4.4 Lukisan persembahan - Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.

Contoh lukisan persembahan

3.5

PERINGKAT 5 :

PEMBINAAN PROJEK

Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan


45

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki. 3.5.1 Merancang kerja Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses pembinaan produk dimulakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja. Merancang kerja juga dapat membantu untuk penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan. Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt.
3.5.2 Carta Gant merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang

sering digunakan untuk pembuatan produk. Carta ini digunakan kerana mudah disediakan serta mudah difahami. Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan. Unit masa boleh menggunakan hari atau minggu. Carta ini disediakan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek mengikut turutan yang betul. Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan. 3.5.3 Bahan Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan semasa peringkat perkembangan idea. Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat dimulakan. Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga ditetapkan pada peringkat ini. Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan pesanan. 3.5.4 Kemasan Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang dipilih hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan. Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan sesuai dengan produk. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.

Tajuk 4

BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN

SINOPSIS
46

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan logam dan kelengkapan HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan Kerangka konsep Jenis bahan mentah

4.0

PENGENALAN

47

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: Memilih cat atau kemasan yang sesuai Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( Filler power ) Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper ) Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada mengunakan berus atau spray Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik Menghilangkan kesan calar atau cacat Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

Tahukah anda mengapa kerja kemasan perlu dilakukan ?

4.1

Jenis Bahan Kemasan Lilin Minyak Linsid Syelek atau sampang syelek Cat
48

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Lekar Varnis Stain Timber tone

JENIS BAHAN

JENIS KEMASAN YANG SESUAI Cat minyak Syelek Sampang Lekar Lilin Lekar plastic vinil Cat minyak Cat bitumen lekar Cat distemper Cat air / cat emulasi Cat minyak

Kayu

Keluli

Lepa simen/gypsium

4.1.1 Kemasan Lilin Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut. Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu.

49

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

Rajah 1 : Antara kemasan lilin

4.1.2 Syelek

Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.

Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus.

Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

4.1.3 Sampang (Varnis) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)

50

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur. Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar. 4.1.4 Cat minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

4.1.5 Cat air atau cat emulsi. Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan.
51

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur.

Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru.. Lekar (lacquer)

4.1.6

Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

4.1.7

Venier Kayu

Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu: a. Kayu Cengal b. Kayu Nyatoh c. Kayu Balau d. Kayu Meranti e. Kayu Sepetir

LATIHAN 1 Nyatakan sebab-sebab utama kenapa kita perlu membuat kerja-kerja kemasan selepas kita menyiapkan hasil projek.

LATIHAN 2 Dengan ringkasnya terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kerjakerja satu bahan pengemasan projek perabot. Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti.

52

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

4.2

Barangan logam dan kelengkapan 4.2.1

Jenis-jenis paku

Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.

Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku. Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu. Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadangkadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis. Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.

53

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku. Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.

4.2.2 Jenis skru

Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan digunakan untuk
54

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat, diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

4.2.3 Cara Memasang Skru Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut, lubang hanya perlu dibuat pada kepingan kayu atas sahaja tetapi untuk kayu keras lubang hendaklah dibuat pada kepingan kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah. Buat lubang benam untuk kepala skru jika diperlukan. Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan tidak boleh diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus menyebabkan daya pegangannya pada kayu berkurangan. Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.

4.2.4 Engsel

55

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya. Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap. Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik. Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj. Engsel spring Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad. Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.

4.2.5 Tombol penarik Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkan nya dibuka dan ditutup. Diperbuat daripada bahan seperti plastic, Loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu. Terdapat dalam berbagai bentuk. Pemasangannya dengan menggunakan skru.

4.2.6 Pendakap
56

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang. Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding. Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa. Dipasang dengan menggunakan skru.

4.2.7 Kuku Terdapat dalam pelbagai rekabentuk. Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot. Diperbuat daripada keluli, besi, Loyang, gangsa dan plastik. Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Peranchis.

4.2.8 Selak Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut. Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.

4.2.9 Kunci Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu. Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.

4.2.10 Penahan Pintu Hidraulik Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka. Mekanismanya menggunakan system hidraulik. Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.

57

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

LATIHAN 1 Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu. Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.

Tajuk 5

BAHAN HIASAN DALAMAN DAN LUARAN


58

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi dalam penghasilan bahanbahan untuk kerja-kerja hiasan dalaman dan luaran bangunan. Ia adalah juga berkaitan dengan pemilihan bahan yang sesuai dengan keadaan bangunan serta pemilihan warna yang sesuai dengan sesuatu situasi bilik dan bangunan. Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan pengertian dan perlambangan sesuatu warna dan menyenaraikan faktor pemilihan sesuatu warna mengikut keperluan bangunan dan situasi. 2. Menghuraikan keperluan pemilihan bahan yang bersesuaian untuk tujuan hiasan dalaman dan luaran. 3. Menjelaskan jenis bahan hiasan dalaman yang berkaitan dengan bidang pengajian. 4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

5.1

PSIKOLOGI PEMILIHAN WARNA DALAM HIASAN DALAMAN Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Warna tersebut

memberi kesan terhadap perasaan dan menghasilkan respon secara fizikal kepada manusia. Terdapat pelbagai jenis warna yang boleh dihasilkan melalui perkembangan teknologi masa kini. Penggunaan warna-warna banyak diaplikasikan dengan penggunaan cat untuk hiasan dalaman. Antara warna-warna yang biasa digunakan ialah biru, kuning, hijau, merah, ungu, merah jambu, jingga, coklat, hitam, putih dan kelabu.

Biru - mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Warnanya tenang dan nyaman menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat.

Kuning - menyerlahkan riang dan kegembiraan dan lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya.

59

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Hijau bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Ia memperlihatkan rasa segar dan nyaman. secara tradisi warna hijau dikenali sebagai warna keamanan.

Merah warna paling hangat dalam spektrum warna, digunakan untuk merangsang badan dan pemikiran serta memperbaiki peredarannya. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.

Ungu - dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian dan misteri. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah.

Merah jambu - dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan.

Jingga - Warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional.

Coklat - Menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.

Hitam - Adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat.

Putih - Menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.
60

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kelabu - Warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna.

5.2 Simen Fero (ferosimen) Simen Ferro bermaksud kombinasi simen dengan besi (ferus). Ia juga merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada campuran pasir, simen, air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Sejarah - Simen Ferro di pelopori oleh Joseph Louis Lombot 1848. Di Malaysia ia diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia. Teknik ferosimen banyak digunakan dalam lanskap keras seperti untuk membuat kerusi dan meja taman, kolam ikan dan sebagainya. Bagi sector pembinaan bangunan, rumah-rumah dan binaan yang lain, penggunaan kaedah ini masih lagi berada ditahap permulaan.

Kelebihan Simen Fero 1. 3. Mudah dibentuk Kos binaan yang murah 2. Kukuh dan mudah diperbaiki 4. Tidak memerlukan teknologi tinggi 5. Tahan kepada cuaca panas dan sejuk

Keburukan Simen Fero 1. Terlalu berat untuk di ubah 2. Kos mengupahnya mahal 3. Perlu kemahiran melorek 4. Perlu kemahiran mengecat 5. Perlu kreatif

Bahan-bahan yang digunakan


61

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1. Simen 2. Pasir 3. Dawai BRC 4. Dawai mata punai 5. Dawai halus 6. Rod besi 7. Cat 8. Pengilat 9. Air

Alatan 1. Perata simen 2. Sudip simen 3. Pemotong besi 4. Gunting zink 5. Playar gabung 6. Pemotong jarring 7. Sekup mata rata 8. Cangkul 9. Baldi simen 10. Paku 11. Berus cat 12. Berus syelek

Aliran Proses Membina Simen Fero 1. Membuat lakaran objek 2. Tentukan jenis dan saiz objek 3. Tentukan anggaran kuantiti bahan binaan 4. Membuat rangka 5. Membancuh mortar 6. Melepa lapisan mortar pertama nipis

62

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

7. Melepa lapisan kedua mortar tebal 8. Melorek atau mengukir 9. Mengecat atau mewarna 10. Mengilat Contoh-Contoh Binaan Simen Fero

Memvenir dan Menatah Memvenir proses kemasan perabot dengan menggunakan kepingan kayu nipis atau venir dari kayu mahal dan cantik untuk dilekatkan kepada permukaan kayu atau papan lapis yang permukaannya tidak cantik. Proses melekatkan vernir menggunakan glu atau perekat khas.

63

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Alat-alat yang digunakan dalam proses memvenir adalah Tolok lurus, pisau vernir, pahat, apit venir, gergaji venir, ketam rata, ketam venir, tukul venir, seterika, tolok pemotong, kayu penekan dan ketam pelicin.

Menatah proses membina corak atau hiasan di atas permukaan kayu dengan tujuan mencantikkan lagi permukaan kayu tersebut. Antara kaedah menatah adalah dengan menampal vernir yang berlaianan warna yang dipotong mengikut corak tertentu dan dilekatkan diatas permukaan kayu yang hendak ditatah.

Permukaan yang dipasang vernir dan ditatah perlu disapu bahan kemasan setelah kerja-kerja menghias selesai,

Kemasan Lantai Terdapat banyak jenis kemasan lantai yang digunakan untuk tujuan menambah kecantikan permukaan lantai asas yang dibina. Antara kemasan lantai yang selalu digunakan adalah jalur kayu atau lantai kayu, jubin, marmar, mozek, terazo dan parket. Jubin terdapat dalam berbagai jenis untuk berbagai kegunaan. Diperbuat

daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Sifatnya keras, kalis air serta sifat khas yang lain mengikut jenis dan fungsinya seperti sifat merintang gelincir, tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam berbagai saiz, warna dan corak hiasan serta licin pada permukaan atasnya sahaja. Saiz yang biasa diperolehi adalah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x 100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300, mm 450 m x 450 mm, 450 mm x 600 m dan 600 mm x 600 mm. Pemasangan jubin dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen.

Kelebihan kemasan jenis simen dan konkrit. Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan yang digunakan tidak Boleh digabung berbagai corak menarik pada lantai dengan berbagai corak mahal susunan batu.
64

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kemasan simen bepasir lebih halus amat pada ruang dalaman berbandingan Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk permukaan Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan

kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak. luaran yang memerlukan tahap geseran yang tinggi. mediteranean dan ala Mexico. Papan lantai Terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beroti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun gelegar lantai kayu. Lebar papan jalur tidak melebihi 100 mm dan diperbuat daripada jenis kayu keras seperti jati, cengal dan kempas. Lantai papan jalur ini dikemaskan dengan menggunakan lekar atau syelek.
Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu

Tahan calar dan padat, sesuai untuk kegunaan seharian terutama sekali pada ruang kediaman. Lebih kukuh, tahan cuaca panas sejuk. Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan. Tidak sejuk pada kaki dan memberikan langkah yang selesa. Risiko terjadinya kecederaan adalah rendah sekiranya terjatuh atas lantai kayu kerana lantai kayu menyerap hentakan dan tidak terlalu.

Kemasan lantai dari bahan polimer mempunyai keistimewaan dari segi warna, corak serta lebih mudah digantikan berbanding dari bahan seramik. Terdapat berbagai jenis dipasaran seperti linoleum, tikar PVC, getah asbestos PVC dan Jubin PVC. Linoleum dibuat dengan .menekan lapisan plastic ke atas guni jut, kain kanvas atau kerajang felt tepu bitumen. Bahan plastic terdiri daripada minyak kering daripada biji-bijian, damr dan bahan yang terdapat dalam cat. Boleh diperolehi dalm bentuk gulung yang panjangnya 27 m, tebalnya antara 2 mm hingga 6mm dan lebarnya 1.83 m Dibekalkan mengikut berbagai warna dan reka bentuk seperti bentuk jubin, panel, selitan dan sebagainya. Tikar PVC (polivinil klorida )
65

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada dammar PVC sebagai bahan utama bersama dengan pelekat dan pewarna. Ia dihasilkan dalam bentuk gulung sepanjang 27 m, tebal 2 mm dan lebar 1.83 m. Terdapat dalm bentuk licin berkilat (gloss) dan kesat (flat), berwarna dari warna biasa sehinngga kepada warna seperti marmar. Getah getah dengan campuran sedikit sulfur untuk pemvulkanan dihasilkan dengan ketebalan 3.2 mm, 4.8 mm dan 6.3 mm, dalam bentuk gulung sehingga kepada 1.83 m lebar dan 30.5 m panjang dan boleh didapati dalam berbagai warna dan corak menarik.

Pemvulkanan adalah proses memanaskan getah yang dicampur Dengan sulfur pada tekanan tinggi

Gentian kaca - Bahan Gentian kaca banyak digunakan dalam hiasan dalaman dan luaran bangunan komersil kerana caalar, lutsinar, tidak mudah pecah atau

sifatnya

yang ringan,

permukaannya bercorak dan berwarna warni. Gentian kaca boleh didapati dalam bentuk panel hiasan, kepingan bumbung dan lain-lain lagi. Penggunaan bumbung dari bahan gentian kaca dapat menstabil pancaran ultra violet dan menimbulkan suasana lebih selesa. Pada waktu siang Ia juga menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak memerlukan banyak lampu untuk pencahayaan kerana sifat lutsinarnya. Saiz yang boleh didapati adalah panjang sehingga 20 kaki, lebar sehingga 5 kaki dan tebal antara 1 mm dan 5 mm.

66

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Contoh penggunaan bahan berasaskan gentian kaca Mural kaedah menghias bahagian dalam atau luar permukaan yang luas seperti dinding dan siling dengan menggunakan grafik lukisan atau corak yang menarik. Ia disediakan dengan kaedah lukisan terus atau menggunakan cat atau cetakan imej yang dilekatkan pada dinding.

Terdapat juga mural yang menggunakan kaedah menampal jubin yang mempunyai motif lukisan yang telah disediakan.

Contoh-contoh mural

Arca atau sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat
67

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Secara umumnya, arca adalah karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas. Namun, arca juga ada ada keistimewaannya yang tersendiri. Arca perlulah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat kerana ia tarikan utama ke laman. Ringkasnya, arca juga boleh dijadikan titik tumpu laman yang menarik.

Arca yang benar-benar menyerlah memberi nilai estetika pada laman. dan boleh menaikkan mood dan keunikan kepada laman dan dalam masa yang sama melambangkan cita rasa individu atau pemilik laman. Ada pelbagai jenis bahan yang sesuai untuk membentuk arca laman daripada batu, besi hinggalah bahan polimer. Pilihan bahan arca yang mahu ditampilkan di laman kediaman bergantung kepada cita rasa selain kedudukan, suasana dan kos untuk membeli atau membinanya.

Contoh-contoh arca

Kolaj - Kolaj bermakna potong, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja kolaj ini dibuat dengan menampalkan cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.

Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu.
68

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja- kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj.

TAJUK 6

PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBUATAN


69

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

TEMPATAN

SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan perkembangan industri tempatan; peranan, fungsi, proses pembuatan dan kepentingan industri tempatan. HASIL PEMBELAJARAN
1.

Mengkaji konsep daripada perspektif perkembangan industri pembuatan Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif

tempatan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk teknologi.


2.

pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.


3.

serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri.

KERANGKA KONSEP PERKEMBANGAN INDUSTRI TEMPATAN

6.1

PENGENALAN
70

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Selain daripada itu teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan sesuatu, Contohnya, makanan yang kita makan itu telah dihasilkan, dibungkus dan diedarkan dengan menggunakan teknologi tertentu. Begitu juga dengan rumah yang kita diami, kenderaan dan lain-lain barang, yang semuanya dihasilkan dengan teknologi tertentu. Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab manusia sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk memudahkan kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan berlaku perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia. Istilah pembuatan telah diambil dari perkataan Latin iaitu manu factus, yang membawa maksud diperbuat dengan tangan . Perkataan pembuatan telah digunakan pada kurun ke 16. Istilah ini membawa maksud penghasilan barangan daripada bahan mentah menggunakan pelbagai proses, mesin dan operasi, dan menurut suatu aktiviti yang tersusun serta dirancangkan terlebih dahulu.

6.2

TEKNOLOGI PEMBUATAN
71

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Pembuatan ialah suatu proses yang mengkoordinasikan kebolehan manusia, alatan dan mesin untuk mengubah bahan mentah menjadi barangan berguna. Teknologi pembuatan telah menjadi teras kepada pembangunann manusia di negara maju. Pembuatan adalah suatu aktiviti ekonomi yang penting. Hampir sepertiga daripada nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara perindustian adalah hasil daripada bidang pembuatan.

6.3

Peranan dan Fungsi Industri Pembuatan Tempatan

Tahukah anda apakah peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan? Mari kita teliti maklumat berikut.

Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gentian - import. Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970, di mana lebih banyak tumpuan telah di buat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport. Memandangkan kegiatan berorientasikan gentian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia di anggap mempunyai skop pasaran yang kecil. Matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan kemajuan yang pesat dalam tahun 70-an. Peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan adalah seperti berikut: a. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru; b. Mempelbagaikan industri dan mengembangkannya keseluruh negara; c. Menambahkan tukaran asing menerusi penwujudan industri berteknologi tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja Malaysia; d. Menambahkan lagi industri kecil dan sederhana;
72

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

e. Mengurangkan

import

barangan

jentera,

mengeksploitasi

pertalian

pengeluaran dan pemprosesan;


f. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan.

Huraikankan bagaimana industri pembuatan dapat membantu penduduk negara ini memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

6.4

KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBUATAN TEMPATAN 6.4.1 Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 6.4.2 Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import.
6.4.3 Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan

dan perikanan - sumber bahan mentah industri. 6.4.4 Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan. 6.4.5 Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan. 6.4.6 Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.

6.5

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA

73

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

a. Modal

b. Sumber tenaga

Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal) Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang. Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air) Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya). Banyak, mudah didapati dan mencukupi. Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri. Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan. Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya : a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas. b. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way. c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

c. Banyak kemudahan asas d. Bekalan bahan mentah e. Pasaran f. Dasar kerajaan

g. Tenaga buruh

h. Sistem pengangkutan

Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha. Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati mahir / separuh mahir. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.
74

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

6.6

GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN LAGI BIDANG INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA 1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya. 2. 3. 4. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumberMenekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA). untuk melatih pekerja mahir. bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan. 5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu). 6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import. 7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan. 8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll).
75

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

9.

Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-

bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

Rajah 1 : Kilang proton merupakan antara industri pembuatan tempatan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia

Fikirkan sejenak! Apakah yang terkandung dalam Pelan Induk Perindustrian Malaysia? Kenapa ia dilancarkan?

LATIHAN 1 Terangkan peranan dan fungsi indusri pembuatan tempatan automatif dalam menjana ekonomi negara dan menurunkan kadar inflasi negara.

LATIHAN 2

76

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Teknologi pembuatan telah diciptakan atau dibangunkan dan diigunakan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Umpamanya bidang komunikasi yang berkaitan penghantaran dan penerimaan maklumat melalui bahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Anda dikehendaki mencipta satu bentuk perkakasan komputer bidang komunikasi dengan membuat ilustrasi berserta dengan butirannya cara penggunaannya.

Tajuk 7

PENGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA

Sipnosis Tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula melibatkan bahan kertas, plastik, kaca, logam dan kayu.
77

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan jenis dan sifat bahan. 2. 3. 4. 5. Mengaplikasikan teknik pembuatan produk berasaskan kayu dan logam Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan, barangan logam Menghuraikan perkembangan industri pembuatan tempatan Menjelaskan penggunaan bahan kitar semula dalam pengajaran dan pembelajaran anda disekolah. dan kelengkapan.

Kerangka konsep Jenis bahan mentah

Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil pulangan yang baik jika ianya dikitar semua

78

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

7.1 Pengenalan Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini

terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, ia bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi hidup kita. 7.2 Tujuan kitar semula ialah: a. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. b. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. c. Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan. d. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

79

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. e. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. f. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Bahan kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, logam (seperti aluminum, besi keluli dll) dan kayu dapat membantu industri pembuatan tempatan untuk menghasilkan produk seperti kertas surat khabar, kertas tisu, botol plastik, botol kaca dan bahan binaan berasaskan logam.

Tahukah anda proses kitar semula bahan dapat membantu membantu menjanakan ekonomi negara

7.3

Bahan yang boleh dikitar semula

80

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik

Semua jenis barang Semua jenis kertas yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari pasaraya, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Kayu-kayu terpakai Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau meja burung. Juga boleh digunakan sebagai kayu api.

81

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 1 : Antara kegunaan kayu yang dikitar semula 7.4 Kebaikan Kitar Semula Dengan menggunakan bahan kitar semula dapat menjimatkan kos berbanding dengan bahan mentah yang asal. Kerajaan terpaksa mengimport bahan kitar semula dari luar untuk menampung permintaan yang tinggi dari industri menyebabkan kerajaan kerugian bernilai berbillion ringgit hasil daripada pertukaran wang asing. Kira-kira 40% daripada sisa pepejal merupakan bahan kitar semula. Sekiranya sebahagian daripada bahan kitar semula ini dapat diasingkan ( segregation ) dan disisihkan ( diversion ), Kerajaan dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal untuk disalurkan kepada projek-projek yang lebih bermanfaat untuk rakyat. Tapak-tapak pelupusan sanitari dan loji rawatan termal dapat dikurangkan. kitar semula adalah strategi pengurangan sisa pepejal yang paling cost effective dimana bahan kitar semula yang diasingkan tidak perlu dilupuskan menjimatkan kos pelupusan dan dapat digunakan sebagai bahan sumber untuk industri pembuatan tempatan dan eksport Kempen kitar semula kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan melibatkan segenap lapisan masyarakat termasuk Pihak berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syaraikat-syarikat swasta, institusi-institusi pendidikan awal, menengah dan tinggi serta orang ramai termasuk di rumah, pejabat dan tempat-tempat awam.

82

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

7.5 a.

Proses kitar semula Plastik

Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya

diasingkan mengikut kategori.

Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan

ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.

Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam Kaca

bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru b.

Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih

Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.

Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman

Tahukah anda

83

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN Bagi setiap 10 suratkhabar yang dibeli di Malaysia, hanya 6 suratkhabar yang dikitar semula. Setiap bulan, 57,000 tan kertas dibuang ke dalam tapak perlupusan sampah di negara ini. Ianya seperti memotong 680,000 pokok dewasa.

c.

Kertas

Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.

Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.

Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai

saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan d.

Aluminium

Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas. Terdapat banyak computer riba yang menggunakan bateri Nickel
84

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Bagaimanakah proses kitar semula bahan ini?.

LATIHAN 1 Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil pulangan yang baik jika ianya dikitar semua Huraikan sumbangan anda dalam menangani bahan-bahan terbuang dalam kehidupan harian anda berpandukan pernyataan di atas. LATIHAN 2 Hasilkan satu projek kitar semula bertema kertas atau plastik yang diintergasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terapkan nilainilai kepentingan kitar semula, penjimatan dan sebagainya.

85

Вам также может понравиться