You are on page 1of 2

MESIN PERICIH LANTAI

1. Terdapat dua jenis mesin pericih lantai iaitu : 2. Mesin pericih jenis hidraulik sering digunakan kerana boleh memotong logam berketebalan lebih daripada 1.5 mm. 3. Mesin ini boleh memotong kepingan logam yang sama saiznya dengan jumlah yang banyak dengan hanya melaraskan tolok belakangnya. 4. Mesin pericih lantai hanya boleh melakukan pemotongan lurus. 5. Mesin ini boleh memotong pelbagai jenis kepingan logam seperti kepingan keluli lembut, zink, galvani, kuprum, aluminium dan keluli tahan karat. 6. Keupayaan sesuatu mesin untuk memotong had ketebalan sesuatu kepingan logam akan ditentukan oleh pembuatnya. Oleh itu jangan melebihi had yang dibenarkan. Bahagian-bahagian mesin pericih lantai 1. Lantai mesin 2. Penekan dan penudung (bahagian yang memegang bilah pemotong atas) 3. Dua badan mesin di kiri dan kanan 4. Lengan lanjutan 5. Tolok depan, tolok belakang dan tolok tepi 6. Pemijak

Keselamatan menggunakan mesin pericih lantai 1. Semasa melakukan proses memotong, jangan memakai sarung tangan. Jauhkan jari daripada bahagian penudung dan penekan semasa melakukan pemotongan. 2. Jangan memotong dawai, rod dan logam yang telah dikimpal atau logam yang melebihi had keupayaan mesin. 3. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan menekan pemijak pesin dan pastikan tiada sesiapa berada di belakang mesin. 4. Masukkan kepingan logam dari arah hadapan mesin. Jangan sesekali memasukkan kepingan logam dari arah belakang.