Вы находитесь на странице: 1из 34

Modul 1: Pandangan Pertama Tajuk Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 2.

Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid. 3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang kondusif dan teraputik. Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (waktu pertama persekolahan pagi dan petang) : Semua guru dan murid : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Sasaran

Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis Bahan / Alat Langkah-langkah : 1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid. Penilaian selesa. : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan : Sistem siaraya, kerusi, rostrum

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa

Modul 2: Guru Sumber Inspirasi Tajuk Objektif : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku :

1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas. 2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis. 3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap guru, rakanrakan dan kelas sendiri. Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Guru kelas Bahan / Alat Langkah-langkah : 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. 4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid. Penilaian : : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian

Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan sebagainya. Rumusan :

Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.

Modul 3: Pandangan Pertama Tajuk Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid. 3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang kondusif dan teraputik. Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (waktu pertama persekolahan pagi dan petang) : Semua guru dan murid : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Sasaran

Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis Bahan / Alat Langkah-langkah : 1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid. Penilaian selesa. : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan : Sistem siaraya, kerusi, rostrum

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa 3

Modul 4: Taaruf / Maklumat diri

Objektif : 1. Supaya mentee dan mentor dapat menjalin ukhuwah Islamiah di kalangan mereka 2. Supaya mentor dapat mengumpul semua maklumat pelajar

Jangkamasa Peralatan Langkah:

:1 Jam : Lampiran 1: Borang maklumat pelajar

1. Mentor memulakan sesi dengan memperkenalkan dirinya, seterusnya ahliahli kumpulan 2. Edarkan borang maklumat 3. Minta mentee mengisi borang dengan lengkap 4. Kumpulkan semua borang yang telah lengkap diisi

Falsafah: Mentor dan ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulannya

Lampiran 1: Borang maklumat pelajar BORANG MAKLUMAT PELAJAR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. NAMA :..

TINGKATAN :.. NO. K / P T. LAHIR :.. :.. :.. :.. :..

TEMPAT LAHIR NO. TELEFON NAMA BAPA

PEKERJAAN BAPA :.. PENDAPATAN NAMA PENJAGA NAMA IBU PEKERJAAN IBU PENDAPATAN :..( sebulan ) :..( jika lain dari bapa ) :.. :.. :..( sebulan ) :.. :..

BIL. ADIK BERADIK ANAK KE BERAPA ?

DUA MATA PELAJARAN YANG DIMINATI a. b. DUA MATA PELAJARAN YANG TIDAK DIMINATI a. b. CITA CITA :.. HARAPAN KEPADA SEKOLAH :

17.

18. 19.

Modul 5: Pengurusan Diri Pelajar Tajuk : Pengurusan diri pelajar

Objektif: 1. Mentee mendapat kemahiran mengurus diri sendiri 2. Mentee dapat mempraktikkan pada dirinya 3. Mentee menjadi ia satu budaya dalam dirinya Jangkamasa Langkah: 1. Mentor memberi definisi tentang pengurusan diri 2. Simulasi 2 mentee sebagai perbandingan seorang pelajar kemas dan seorang mentee lagi diselekehkan Contohnya: rambut dikusutkan dan baju dikeluarkan 3. Mentee diminta membuat pilihan terhadap contoh tadi dan menyatukan pandangan terhadap pilihannya 4. Mentor menerangkan teknik-teknik pengurusan yang terbaik menggunakan model yang terbaik 5. Kesimpulan: Mentor menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan diri : 30 minit

Falsafah: Kebersihan sebahagian daripada iman dan manusia suka kepada kebersihan Bilik yang bersih kehidupan selesa

Modul 6: Etika Berpakaian

Tajuk Obektif:

: Etika berpakaian

1. Mentee mengetahui cara berpakaian yang sopan, kemas dan bersih 2. Mentee dapat mengenalpasti dengan baik tempat menyimpan pakaian 3. Mentee dapat menghargai pakaian Jangkamasa: 30 minit Langkah: 1. Mentor menyuruh mentee melihat diri masing-masing dan menyoal beberapa soalan a. Cuba anda menilai diri anda adakah anda sudah kemas? b. Mentor menerangkan etika berpakaian mengikut tempat dan majlis c. Cara berpakaian waktu rasmi persekolahan d. Cara berpakaian ketika bersukan e. Cara berpakaian ke masjid/surau f. Cara berpakaian waktu prep g. Cara berpakaian ketika outing h. Cara berpakaian untuk majlis rasmi i. Cara berpakaian ketika ke dewan makan

Falsafah: Cara berpakaian melambangkan peribadi seseorang

Modul 7: Mooneycheck List Tajuk : Borang soal selidik masalah pelajar (mooneycheck list) sila rujuk dalam lampiran 2

Objektif : 1. Mentor lebih mesra dan mengenali latarbelakang mentee yang berada di bawah jagaannnya 2. Mentor dapat mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh mentee Jangkamasa : 1 jam

Peralatan: 1. Satu set kertas soalan mooney problem check list sila rujuk dalam lampiran 2 2. Pensil Langkah: 1. Mentor memulakan majlis dengan bacaan umul kitab mengedarkan kertas soalan

dan mentor

2. Mentee dikehendaki membaca senarai dengan teliti dan apabila bertemu dengan masalah yang dirasakan mengganggu dirinya, gariskan di bawahnya

3. Setelah selesai langkah 1, semak semula masalah-masalah yang telah ditulis dan pilih di antara masalah yang dirasakan benar-benar mengganggu dirinya. Gariskan masalah-masalah ini. 4. Mentor membuat rumusan tentang masalah-masalah yang telah digariskan oleh mentee.

Falsafah: Mentor lebih mengenali mentee di bawah jagaannya dengan lebih mesra

Lampiran 2: Mooneycheck list

Bahagian A : .. : : : : (Bandar / luar Bandar) :..

Nama Umur Tingkatan Jantina Alamat Bangsa

Bil. Adik beradik:.(anak ke..) Pekerjaan bapa:..(pendapatan:.) Pekerjaan ibu:..(pendapatan..) Sekarang anda tinggal bersama:... Apabila anda menghadapai masalah, siapakah orang yang kerap anda temui untuk mengadu?

Bahagian B

Bahagian ini merupakan kategori masalah yang telah dikelompokkan. Mentee dikehendaki menjawabnya:

1. Kesihatan dan pertumbuhan jasmani 2. Kewangan, keadaan kehidupan dan pekerjaan

. 3. Kegiatan social 4. Pergaulan muda-mudi / seks 5. Perhubungan sosial psikologi . 6. Perhubungan peribadi dan emosi . 7. Moral dan agama . 8. Keluarga . 9. Pelajaran dan kerjaya masa depan 10

10. Penyesuaian terhadap kerja-kerja . 11. Kurikulum dan kaedah pengajaran

11

Modul 8: Strategi dan Teknik Persediaan Semasa Peperiksaan Tajuk : Strategi dan teknik persediaan semasa peperiksaan

Objektif: 1. Pelajar mengenal pasti kecelaruan semasa peperiksaan 2. Supaya pelajar-pelajar faham perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan semasa peperiksaan Jangkamasa Langkah: 1. Mentor meminta pelajar menggambarkan beberapa situasi yang sering dialami oleh mereka dalam dewan peperiksaan 2. Mentor meminta pelajar menyenaraikan situasi yang menganggu tumpuan yang dialami 3. Mentor menyatakan senarai petua semasa dalam dewan peperiksaan SENARAI PETUA 1. Baca bismillah, selawat dan doa 2. Baca doa-doa penerang hati 3. Duduk dengan selesa 4. Tarik nafas panjang beberapa kali 5. Senyum untuk lebih tenang dan yakin 6. Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan 7. Dengan arahan dengan teliti setiap arahan penyelia/pengawas peperiksaan 8. Baca arahan dalam kertas peperiksaan 9. Bahagikan masa saksama untuk menjawab setiap soalan : 30 minit

12

10. Rangka jawapan dengan sistematik 4. Guru merumus segala perbincangan Falsafah: 1. Persediaan mental, jasmani, rohani perlu disepadukan semasa menjalani peperiksaan 2. Peperiksaan adalah sesuatu cabaran dan semestinya dihadapi

13

Modul 9: Munajat

Tajuk Objektif

: Munajat : Pelajar didedahkan adap komunikasi dengan tuhan

Jangkamasa: 30 minit Peralatan Langkah : Edaran contoh doa :

1. Mentor mengedarkan contoh doa kepada pelajar 2. Mentor menerangkan tentang adap-adap berdoa 3. Mentor meminta maklumbalas daripada pelajar tentang amalan berdoa 4. Mentor perlu peka mentee yang kurang kemahiran berdioa 5. Mentor menyimpulkan cara dan doa terbaik Falsafah :

Mentee berpeluang mengaplikasikan cara-cara berdoa yang terbaik

14

Modul 10: Analisis Keputusan Peperiksaan

Tajuk Objektif

: Analisis keputusan akademik :

1. Supaya mentee dapat menilai tahap pencapaian semasa 2. Mentee dapat bertindak berdasar keputusan yang diperolehi Jangkamasa : 30 minit Peralatan : Borang keputusan peperiksaan Sila rujuk dalam lampiran 3 Langkah :

1. Mentee mengisi borang keputusan peperiksaan 2. Kenalpasti subjek yang perlu diberikan perhatian 3. Perbincangan berkaitan dengan cara-cara meningkatkan prestasi (secara umum) 4. Mentee diminta menyenaraikan langkah-langkah khusus untuk tindakan secara individu 5. Mentor merumus tindakan yang sesuai untuk setiap mentee

Falsafah: Peningkatan pencapaian mentee akan dapat dilakukan seandainya jelas dengan tahap pencapaian dan langkah untuk mengatasi

15

Lampiran 3: Borang Keputusan Ujian/Peperiksaan

Nama pelajar Tingkatan

: :

SUBJEK

MARKAH

16

Modul 11: Strategi Dan Teknik Peperiksaan (selepas peperiksaan)

Tajuk Objektif

: Streategi dan teknik persediaan peperiksaan (selepas peperiksaan) : 1. Supaya mentee dapat menumpukan perhatian kepada kertas

peperiksaan seterunya. 2. Supaya mentee tenang dan mahir menguruskan tekanan diri hasil daripada sesuatu kesilapan 3. Supaya mentee dapat menggunakan senarai petua untuk peperiksaan akan datang Masa Alatan Langkah : 30 minit : Borang keputusan peperiksaan (modul 7) : 1. Mentor meminta mentee menceritakan/menggambarkan situasi yang lazim berlaku selepas peperiksaan 2. Meminta mentee menyenaraikan secara khusus situasi selepas peperiksaan dan kesannnya pada diri mentee 3. Mentor meminta pelajar membentangkan hasil senarai tersebut 4. Mentor memberitahu senarai semak petua selepas peperiksaan

PETUA SELEPAS PEPERIKSAAN 1. Bersalaman dan mengucapkan tahniah pada rakan-rakan dan guru 2. Tidak perlu berbincang selepas selesai menjawab satu-satu kertas peperiksaan 3. Ucapkan terimakasih dan memohon maaf kepada semua guru 4. Kawal diri supaya tidak lepaskan geram kepada harta benda sekolah 5. Buat aktiviti berfaedah selepas peperiksaan 6. Doakan diri dan kawan-kawan semoga berjaya dalam peperiksaan 17

5. Mentor merumuskan hasil perbincangan

Falsafah

1. Setiap orang mesti menerima kesilapan yang dilakukan dan berazam untuk memperbaikinya pada masa hadapan 2. Setiap manusia perlu usaha, doa dan redha serta tawakal dengan apa yang telah dibuat

18

Modul 12: Bengkel Adab Pergaulan

Tajuk Objektif

: Adab pergaulan : 1. Membudayakan hormat-menghormati di kalangan pelajar SBP 2. Persediaan pelajar SBP sebagai bakal pemimpin

Jangkamasa : 1 jam Langkah : 1. Mentor mengemukakan adab-adab yang perlu dibincangkan: Falsafah : Adab-adab dan batas-batas pergaulan Adab berbicara dengan sahabat Adab pergaulan murid dengan guru Adab pergaulan murid dengan pentadbir Adab pergaulan murid dengan tetamu Adab pergaulan murid dengan ibu bapa/penjaga Adab menerima pemberian

Aktiviti ini dapat menambah baik tatacara pergaulan yang selaras dengan kehendak dan norma masyarakat

19

Modul 13: Kempen Sayangi Diri Dan Persekitaran Sekolah Tajuk Objektif : Kempen sayangi diri dan persekitaran sekolah : 1. Membina sikap menyayangi sekolah dan sentiasa menjaga harta benda sekolah 2. Menghayati budaya sayang-menyayangi dalam komuniti sekolah Jangkamasa : 1 jam Langkah : 1. Setiap kumpulan mentor-mentee membawa sepohon anak benih pokok untuk menceriakan persekitaran sekolah 2. Setiap kumpulan mentor-mentee diagihkan lokasi persekitaran sekolah untuk proses penanaman anak benih pokok. 3. Setiap mentee yang menanam pokok tersebut diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjaga anak benih pokok tersebut. 4. Pokok yang subur akan diberi ganjaran oleh mentor. Falsafah :

Kejayaan kempen dan program ini akan terlihat melalui keadaan sekolah yang bersih dan persekitaran yang ceria

20

Modul 14: Program Cahaya Iman Tajuk Objektif : Restu Ilahi (Yasin & Tahlil) : 1. Menggalakkan mentee berdoa kerana amalan berdoa disukai oleh Allah 2. Mendekatkan diri kepada Tuhan 3. Mengimbas kembali kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan

Jangkamasa : 1 jam Tempat Peralatan Langkah : Surau atau dalam kelas : Buku panduan Yasin & Tahlil : 1. Mentor-mentee akan memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan diikuti dengan membaca zikir munajat dimana bacaan ini akan diketuai oleh Mentor atau Ketua Mentee 2. Mentor-mentee membaca surah Yasin secara berjemaah dan beradab 3. Mentor atau Ketua Mentee atau wakil mentee membaca doa penutup Yasin. 4. Majlis diakhiri dengan nasyid Asmaul Husna, berzikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Falsafah : Latihan pembinaan potensi manusia perlu kepada penelitian terhadap tiga konsep penting: muhasabah dan mujahadah untuk dijadikan landasan bagi peningkatannya. Oleh yang demikian, zikir dan doa menjadi sumber kepada pembinaan potensi manusia di samping pencetus kepada ketenangan jiwa kea rah pemantapan dan peneguhan iman.

21

Modul 15: Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tajuk Objektif : Sambutan hari raya aidil fitri : 1. Mengeratkan silaturahim antara mentor dan mentee 2. Menyuburkan ukhuwah yang tinggi mengikut saluran yang betul 3. Meningkatkan rasa syukur atas kemenangan mengerjakan puasa dalam bulan Ramadhan

Jangkamasa : 1 jam Peralatan Langkah : Kuih-muih : 1. Mentor dan mentee berkumpul di tempat yang telah dipersetujui bersama seperti dalam kelas. 2. Mentor dan mentee menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama.

Falsafah : Hari raya aidil fitri merupakan hari kemenangan bagi umat islam dan juga ganjaran menahan diri daripada lapar, dahaga dan godaan syaitan

22

Modul 16: Hari Jadiku Hari Jadimu Jua Tajuk Objektif : Sambutan Hari Jadi : 1. Mengeratkan silaturahim antara mentor dan mentee 2. Menghargai mentee dengan sambutan hari jadi 3. Menanamkan perasaan sayang dan semangat kekeluargaan antara mentor dan mentee

Jangkamasa : 1 jam Peralatan Langkah : Kuih-muih / kek hari jadi : 1. Mentor dan mentee berkumpul di tempat yang telah dipersetujui bersama seperti dalam kelas. 2. Mentor dan mentee menyambut Sambutan Hari Jadi mentee yang jatuh pada bulan tersebut. 3. Mentor dan mentee menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi bersama sama.

Falsafah : Mentee akan merasai diri mereka disayangi dan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mentor dan mentee

23

Modul 17: AKU OBJEKTIF :

1. Mengetahui secara jelas keistimewaan dan kelemahan diri 2. Mengubah diri daripada negative kepada positif serta mengekalkan sifat positif. 3. JANGKAMASA : 40 minit PERALATAN LANGKAH 1. 2. 3. 4. : : Pen dan helaian aku

Borang AKU diedarkan kepada pelajar Pelajar mencatat 5 personaliti positif dan 5 personaliti negatif diri dan rakannya. Setelah siap, fasilitator kumpul dan membaca catatan pelajar. Fasilitator bertanya sama ada mengenali pelajar berkenaan (yang dibaca sifatnya) 5. Perbincangan sesame ahli banyak membantu memperbaiki kelemahan diri. PERBINCANGAN : 1. Beri gambaran bahawa manusia mempunyai sifat baik dan sifat buruk. 2. Sifat baik dan buruk menggambarkan personaliti seseorang. 3. Setiap kebaikan dan keburukan seseorang itu dimiliki juga oleh orang lain. FALSAFAH : 1. Sifat buruk akan menghalang kejayaan seseorang 2. Setiap orang mesti memperbaiki diri 3. Rakan sekeliling harus membantu menyedarkan rakan tentang kelemahan dirinya 4. Setiap orang mempunyai sifat diri positif yang tidak disedari.

24

BORANG AKU

Aku dikenali sebagai

Sebagai seorang manusia, aku mengenali diriku yang sebenarnya. Maka di sini, aku catatkan 10 personaliti diriku:

Sifat Negatif 1. 2. 3. 4. 5. Sifat Positif 1. 2. 3. 4. 5.

25

Modul 18: KOTAK KOSONG OBJEKTIF :

1. Melatih berfikir secara saintifik JANGKAMASA PERALATAN LANGKAH : 40 minit : Kertas, pen dan model kotak :

1. Peserta duduk dalam bulatan besar. Ditengah bulatan diletak kotak besar 2. Guru memulakan sesi dengan bertanyakan soalan seperti berikut: Bagaimanakah orang melihat diri anda dan seterusnya membuat kenyataan. Bagaimana pula anda membuat penilaian terhadap orang lain. 3. Sekarang dengan pengetahua anda, cuba catat apa yang anda lihat dari objek yang ada dalam masa 10 minit. 4. Sekarang, setiap orang boleh memberitahu kumpulan apa yang anda catat hasil daripada pemerhatian. PERBINCANGAN : 1. Apakah anda dapat mencatat kesemua maklumat tentang kotak tersebut. 2. Apa yang diperlukan untuk mendapat lebih banyak maklumat 3. Adakah kita tahu semua perkara sebelum berbincang 4. Cuba ingat kembali cara anda gunakan untuk mendapatkan maklumat 5. Jika tidak semua perkara kita ketahui, siapakah yang maha mengetahui FALSAFAH : 1. Kita akan dinilai daripada tindak tanduk lisan dan bukan lisan. Ini dikenali sebagai komunikasi. Oleh itu, kita mesti tahu disiplin komunikasi, mesej jelas, bahan mudah, ringkas dan tepat. Kemahiran bukan lisan membantu mempengaruhi komunikasi. 2. Mencapai kejayaan mesti belajar berterusan, sistematik, berfifkiran saintifik, niat yang betul dan tawakkal. 3. Siasat dahulu sebelum membuat kenyataan dan keputusan. 4. Setinggi mana kejayaan dan ilmu yang dikuasai, masih ada yang maha mengetahui. 5. Mudah mencari kesalahan tetapi sukar membetulkannya.

26

Modul 19: KHABAR ANGIN Objektif :


1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada angin adalah gejala yang perlu dihapuskan. 2. Menyedarkan peserta bahawa maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak tepat. Jangkamasa : 40 Minit Peralatan : Potongan Karangan Langkah-langkah : 1. Fasilitator boleh memilih sama ada hendak menggunakan karangan atau gambar rajah. 2. Asingkan pelajar antara satu sama lain. Lantik seorang ketua kumpulan. Fasilitator memberikan satu petikan karanga atau gambarajah kepada ketua kumpulan. Beri penerangan sehingga benar-benar faham dan mengingati apa yang dibaca atau dilihat. 3. Panggil seorang pelajar daripada kumpulan tersebut untuk menerima mesej daripada ketua kumpulan. Proses ini berterusan sehingga semua menerima mesej dari ketua kumpulan. 4. Setelah semua menerima mesej, yang diterima di atas sehelai kertas.

Perbincangan : 1. Adalah kita selalu percaya kepada khabar angin? Kenapa? Falsafah : 1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat. 2. Masyarakat mudah percaya kepada khabar angin. Ini sangat merbahaya. Apabila seseorang merasakan keraguan, maka cari sumber asal. 3. Menjadikan kebiasaan kepada masyarakat suka menyalahkan orang lain dari melihat kesilapan diri. 4. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.

27

Lampiran Aktiviti 7

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam keadaan hujan yang tak berapa lebat, saya ternampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan lajunya dari arah Utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke Selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.

28

Modul 20 : KAD KREDIT Objektif : Untuk unfinished business atau urusan yang belum selesai seperti ada perasaan tertentu yang belum disingkirkan sebelum tamatnya sesi mentor menti tahun ini. Jangkamasa : 40 Minit Peralatan : Pen, beberapa kepingan kertas kecil mengikut bilangan ahli dorm.

Langkah-langkah : 5. Apa perasaan kamu bila rakan menyatakan perasaan dan tegurannya kepada kamu? 6. Adakah anda menyedari kesilapan atau kebaikan yang telah anda lakukan. 7. Kita perlu menghargai orang lain sebagaimana orang lain menghormati kita.

Falsafah : 1. Tanda ingatan 2. Menyelesaikan masalah yang tidak dapar diselesaikan secara lisan dan berterus terang. 3. Bermaaf-maafan 4. Tidak semua individu dapat melahirkan apa yang dirasakan secara lisan atau berdepan.

29

Modul 21: BATU ATAS KEPALA Objektif : 1. Menguji tahap konsentrasi murid 2. Menyedarkan murid gangguan ketika belajar boleh di atasi 3. Jangkamasa : 40 minit Peralatan : Objek yang ringan (buku) Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 2 orang satu kumpulan 2. Letakkan benda ringan di atas kepala salah seorang ahli kumpulan. 3. Minta peserta berbincang mengenai tajuk yang diberikan sambil mengawal objek yang ada atas kepala 4. Tajuk perbincangan terpulang kepada fasilitator Perbincangan : 1. Bincang dengan peserta mengenai pengalaman ini a. Pergerakan terganggu b. Pemikiran terganggu c. Tertekan d. Tidak boleh melakukan eye-contact e. Rasa bodoh f. Perbualan terganggu Falsafah : 1. 2. 3. 4. Masalah yang wujud akan mengganggu tumpuan dalam kerja atau pembelajaran Gangguan akan mengurangkan masa bekerja / belajar dan kerja terganggu Selesaikan masalah ketika masih di peringkat awal Semakin tinggi tumpuan semakin tinggi produktiviti

30

Modul 22: KEISTIMEWAAN DAN PELUANG DIRI Objektif : Merangsang minda murid untuk berfikir dengan lebih kreatif Jangkamasa : 40 minit Peralatan : Helaian kertas aktiviti Langkah-langkah : Dengan menggunakan keistimewaan yang ada pada diri, setiap murid diberi peluang untuk mencuba ujian ini . sambungkan enam belas titik berikut dengan menggunakan enam garisan lurus tanpa mengangkat pen dan tanpa ulang garis Perbincangan : 1. Apa yang anda rasakan ketika menjalani aktiviti ini? 2. Mengapa kita perlu berfikir secara kreatif 3. Sejauhmana anda menggunakan minda , daya usaha dan aktiviti kea rah kecemerlangan diri dan pembangunan masyarakat sekitar (rakan dan asrama) Falsafah : 1. Sekiranya anda mempunyai keistimewaan seperti bersikap positif,imaginasi,daya kreatif,bersikap kembara,anda akan melihat aktiviti ini sebagai peluang untuk menguji keistimewaan diri. Nescaya dapat melakukan apa yang di idamkan. 2. Jangan melihat sesuatu perkara itu sebagai satu penghalang tetapi sebagai peluang. 3. Perlu sanggup mengambil risiko untuk keluar daripada batas-batas yang sering menghalang usaha untuk memajukan diri . 4. Peluang perlu di cari dan tidak datang sendiri 5. Keistimewaan diri perlu di pupuk untuk memajukan diri sendiri

31

LAMPIRAN AKTIVITI 6

32

Modul 23: Diriku, Dirimu Objektif :Pelajar membuat pendedahan kendiri dan berkenalan sesama sendiri. Masa : 60 ~ 120 minit Material: Pen, Pensil, kertas

Prosedur Dan Catatan Bahan / Sumber 1. Mentor mengedarkan sekeping kertas kepada setiap mentee. 2. Mentee diminta melukis tiga bulatan berasingan di atas kertas tersebut. 3. Mentee diminta melukiskan Bulatan 1: satu simbol yang melambangkan pengalaman masa lampau ( contohnya lebah) Bulatan 2: satu simbol yang melambangkan pengalaman pada masa sekarang. Bulatan 3: satu simbol yang melambangkan impian akan datang. 4. Setiap mentee diminta menghuraikan symbol yang dilukisnya 5. Semasa pembentangan, mentee lain digalakkan bertanya dan berkongsi pengalaman 6. Proses ini diteruskan sehingga giliran mentee terakhir.

RUMUSAN RUMUSAN 1. Ada mentee yang tidak mahu menceritakan tentang dirinya apabila kita bertanya secara langsung tetapi dengan perantaraan simbol, mentee berasa lebih selesa dan terbuka untuk membuat pendedahan dirinya 2. Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ini mewujudkan kemesraan. 3. Melalui pendedahan pengalaman diri dapat menggalakkan mentee berinteraksi 4. Manusia bersifat dinamik dan akan berubah dari masa ke masa kerana perubahan adalah proses kehidupan 33

5. Perkongsian maklumat adalah penting dalam kehidupan seharian 6. Mendengar secara aktif merupakan salah satu aspek yang penting dalam membina perhubungan.

Modul 24 : Nak Tak? Tujuan: Memberi kesedaran kepada mentee jika mahukan sesuatu kata- kata sahaja tidak mencukupi. Material: Wang kertas RM10 Pelaksanaan/Kaedah: 1. Mentor memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan di hadapan mentee. 2. Mentor bertanya soalan,Siapa yang hendak duit di tangan saya ini? 3. Biasanya peserta akan jawab nak 4. Tanya sekali lagi kepada mentee, nak tak duit saya ini? 5. Biasanya peserta akan jawab nak 6. Mentor bertanya lagi soalan yang sama berulang kali 7. Mentor menyimpan semula wang tersebut. 8. Mentor bertanya, Apakah yang mentee pelajari daripada aktiviti tadi. Rumusan: 1. Ramai orang mahukan sesuatu, bila di Tanya mereka sentiasa menyatakan mahu, bila berulang kali bertanya mereka masih menyatakn mahu namun siapa yang buat atau berusaha sesuatu untuk mendapatkannya.Sama ada dengan meminta dari mentor atau mengambilnya. 2. Begitulah sifat kita inginkan sesuatu kejayaan tetapi sedikit yang benar- benar berusaha untuk mendapatkannya. 3. Kata- kata perlu dibuktikan , bukan sekadar bercakap.

34

Вам также может понравиться