Вы находитесь на странице: 1из 12

Minggu 1: Definisi dan Konsep Pengamatan - Menghuraikan definisi dan konsep pengamatan.

- Mencari maklumat berdasarkan kepada huraian, definisi dan konsep pengamatan.

Konsep Pengamatan.

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pnegamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari sungguhpun ia berkait rapat dengan ddarjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dlaam pembelajaran. Mengikut pendapat Ruth Stang dalam bukunya Reading Diagnosis and remdiation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep dan dialami oleh kanak-kanak. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanismen yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

Definisi Pengamatan Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan

juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.

Proses Pengamatan Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Proses pengamatan tidak berlaku disebabkan oleh gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan); keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit dan; kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.

Jenis-Jenis Pengamatan Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang

dapat

dilihat

dengan

mata.

Sedangkan

sebenarnya

pengamatan

melibatkan

keseluruhan pancaindera manusia. Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama, iaitu: I. II. III. Pengamatan Penglihatan (Diskriminasi penglihatan, Ingatan Penglihatan, dan Integrasi visual-motor, visual kinestetik). Pengamatan Pendengaran ( Diskriminasi Pendengaran, Ingatan Pendengaran, dan Intergrasi visual-Pendengaran). Pengamatan Kinestetik / Sensori (Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisihan arah (penyelarasan badan). Antara dua jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

Sifat Pengamatan Pengamatan mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat utama. Sifat-sifat ini berkaitan rapat dengan fenomena dan sensitiviti. I. Pengamatan sering berubah-ubah bergantung kepada perubahan keadaan sekitaran : Pengamatan berkadar terus dengan perubahan masa. Masa bererti jam, hari, minggu, tahun dan abad. Apa yang kita lihat sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang mungkin sudah ketinggalan. Model-model kereta Mercedes Benz pada masa ini contohnya, akan hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun 2103). Namun pengamatan tidak berubah dalam semua situasi. Situasi yang berkaitan dengan agama dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun masa berubah.

II.

Pengamatan bersifat personal : Pengamatan memang bersifat personal, justeru itu, sesuai dengan sifat kelainan ragam manusia itu sendiri ia sangat mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa tentang makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B, C, D, E, F dan sebagainya. Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi hasil daripada pengamatannya.

III.

Pengamatan berkesinambungan : Pengamatan bersambung-sambung dan ia mengambil tempoh yang lama. Misalnya pengamatan kita terhadap dadah boleh diumpamakan sebagai najis. Maka sampai bila pun, kita akan terus melabelkan (mental set) dadah itu sebagai najis yang jijik dan menjijikkan.

IV.

Pengamatan amat selektif : Manusia itu sendiri sifatnya memilih. Justeru itu, pengamatan juga akan hanya memilih apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan entity penting dalam sesuatu komponen, tetapi jika kita merasakan ia tidak bertepatan dengan kita, maka kita akan menolaknya.

Punca Masalah Pengamatan Kelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca yang besar iaitu :I. Faktor Internal a. Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak b. Keupayaan tenaga, tekanan emosi, dan kesukaran peribadi kanak-kanak c. Kerosakan pendengaran dan penglihatan. II. Faktor External a. Kurang pendedahan b. Kurang rangsangan (dorongan).

9.0

Faktor Mempengaruhi Rangsangan Pengamatan Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi, biologi

(yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang. Antara faktor yang penting termasuklah: I. Faktor Pembezaan (kontras) Faktor pembezaan melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh deria manusia. Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya.

II.

Penumpuan Ada ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat pengamatan, manusia tidak melayan semua rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih

rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita memilih satu-satu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat basikal solar sudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri maklumat baru tentang kereta solar.

Minggu 2: Kepentingan pengamatan dalam pembelajaran - Mencari maklumat dengan membuat rujukan tentang kepentingan pengamatan dalam pembelajaran (pindahkan dalam bentuk grafik)

KEPENTINGAN PENGAMATAN DALAM PEMBELAJARAN 1. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman. 2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.
3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat

memastikan nombor tersebut betul. 4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.

Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
6. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep

yang dialami oleh kanak- kanak.


7. Satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau

mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

Minggu 3: Teori Pengamatan - Mencari maklumat tentang teori Edgar Rubin. - Senaraikan kekuatan dan kelemahan teori tersebut. - Catat dalam borang grafik tentang maklumat yang diperolehi melalui rujukan.

TEORI PENGAMATAN EDGAR RUBIN Terkenal dengan teori Rubin Vase iaitu imaginasi diilusi optik yang berada dalam pemikiran manusia

Gambar menunjukkan sebuah pasu tetapi dalam masa yang sama menunjukkan dua wajah manusia yang saling bertentangan. Menurut Edgar Rubin (1915) ;

One can then states as a fundamental principle : When two fields have a common border and one is seen as figure and the other as ground, the immediate perceptual experiences is characterized by a shaping effect which emerges from the common border of the fields and which operates only on one field or operates more strongly on one than on the other

Minggu 4: Teori Pengamatan - Membuat banding beza di antara Teori Edgar Rubin, Teori Pengamatan Gestalt dan Teori Pemprosesan Maklumat. - Senaraikan ciri-ciri perbezaan yang dikemukakan berdasarkan teori yang dinyatakan ke dalam borang grafik yang sesuai

Minggu 5: Jenis Pengamatan - Kumpul maklumat berkaitan pengamatan penglihatan - Senaraikan aktiviti-aktiviti pengamatan penglihatan - Sediakan langkah-langkah yang sesuai bagi melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan.

Pengamatan Penglihatan Penglihatan Janet W Learner Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

Komponen Pengamatan

Ciri-ciri Kesukaran

Diskriminasi

Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

Ingat Kembali Orientasi Kedudukan

Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati Ketidakbolehan membeza kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor

Turutan

Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf-huruf dalam perkataan

Menyudah atau Melengkapkan

Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek,

nombor, perkataan atau ayat Menyalin


Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,

perkataan atau ayat. Rajah Latar Belakang


Ketidakbolehan menentukan objek atau nombor dari

latar belakang sesuatu gambar atau rajah. Koordinasi Mata dan Tangan
Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor

mata dan tangan. Pertalian Jarak (Ruang) Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain Pembalikan Ketidakbolehan membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan gambar Mazing atau cari jalan keluar Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah Jalan Keluar Benda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

Вам также может понравиться