You are on page 1of 6

Berapa Modal Yang Diperlukan Untuk Mula Memborong dari China?

Untuk menjawab persoalan ini, terdapat satu berita baik dan satu berita buruk. Saya mulakan dulu dengan berita buruk dahulu dan kemudian saya akan susuli dengan berita baik bagi anda peniaga kecil yang ingin memborong daripada China. Berita buruknya adalah soalan ini boleh dikatakan sebagai soalan yang tidak relevan kerana modal adalah bergantung kepada produk yang anda jual. Jika anda usahawan yang menjual mesin jahit, mungkin modal sebanyak RM 5000 kurang mencukupi untuk anda mula memborong. Jika anda adalah penjual kerongsang, amount sebanyak itu boleh dikatakan banyak untuk permulaan. Jadi persoalan modal adalah berkait rapat dengan barangan yang anda ingin jual dan ada barangan yang memerlukan modal yang rendah dan ada pula barangan yang memerlukan modal yang tinggi. Namun saya ada berita baik juga bagi anda di sini, berita baiknya adalah saya memahami soalan anda dan saya tahu apa yang anda maksudkan dan saya tahu penyelesaian kepada masalah anda ini. Pertama sekali, anda baru ingin memulakan perniagaan kecil dan anda belum tahu apa produk yang sepatutnya anda beli. Sebab itulah anda tidak tahu berapa modal yang diperlukan. Yang kedua pula, anda tidak tahu berapa minimum order quantity(MOQ) barangan daripada pemborong di China Untuk menyelesaikan dua masalah ini, anda perlu ikuti langkah di bawah untuk mengetahui samada anda mempunyai modal yang cukup atau tidak untuk memulakan untuk memborong dari negara China. 1. Buat Kajian Pasaran Kajian pasaran adalah sesuatu yang anda perlu lakukan sebelum anda ke China dan selepas itu perlu dilakukan sepanjang masa sepanjang anda berada dalam perniagaan. Anda tidak dapat lari daripada tanggunjawab untuk menjalankan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa barangan. Tanpa kajian pasaran yang baik, anda mungkin akan membuat kesalahan yang boleh mengakibatkan anda menjadi rugi. Anda bukan membeli untuk anda gunakan untuk diri anda seperti anda membeli sabun dan shampoo. Anda membeli untuk menjual barangan ini semula di pasaran. Jika anda membuat kesalahan di sini, barangan ini tidak mungkin anda dapat gunakan sepanjang hidup anda. Contohnya jika anda tersilap memborong 50 helai baju, adakah anda ingin memakai baju ini sepanjang hidup anda ? Akhirnya barangan ini akan diberi percuma kepada orang lain atau dibiarkan begitu saja. Jadi kajian pasaran adalah sesuatu yang wajib. Kami akan menerangkan mengenai kajian pasaran ini dengan terperinci dalam Kursus Memborong ke China yang kami adakan dari masa ke semasa.

2. Rombongan Memborong ke China Jika kursus adalah untuk anda memahami secara teori tentang ilmu memborong ke China dan apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakan langkah memborong ke China. Rombongan pula adalah latihan praktikal. Dalam rombongan ini nanti, kami akan terangkan sekali lagi secara terperinci tentang apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan pasaran di sana. Anda juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan kami dan bertanya nasihat mengenai produk yang anda pilih. Konsultansi percuma yang kami tawarkan untuk peserta rombongan ini bernilai ribuan Ringgit. Kami akan bertanya anda soalan-soalan berkenaan kaedah pemasaran, potensi produk, margin keuntungan, perancangan jangka panjang dan pelbagai lagi soalan lain yang memerlukan anda untuk menilai pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut secara borong. Namun anda tidak perlu risau, kami bukan saja bertanya, kami juga akan menasihati dan memberi panduan kepada anda mengenai produk yang anda bakal pilih ini. Kami boleh menasihati anda kerana kami sudah berhadapan dengan persoalan yang sama selama 10 tahun daripada lebih 7000 usahawan yang telah kami bantu selama ini. Kami tidak hanya memberikan anda ikan untuk anda makan untuk sehari sahaja, Kami akan ajarkan anda kaedah untuk menangkap ikan untuk anda gunakan sepanjang hidup anda selagimana anda dalam mana-mana perniagaan dalam rombongan ini nanti. 3. Brapa Minimum Order Quantity (MOQ) sesuatu produk ? Berkenaan dengan MOQ pula, memang jika anda menghubungi pembekal di China mereka akan meletakkan syarat MOQ yang tinggi. Dengan MOQ yang tinggi sudah tentu anda memerlukan modal yang tinggi. Kami nasihatkan jangan sekali-kali membeli dengan kuantiti yang banyak buat kali yang pertama. Kami mempunyai pengalaman melihat peniaga yang mengambil kuantiti yang banyak tanpa melakukan kajian pasaran yang betul yang akhirnya menyebabkan perniagaannya jatuh terduduk. Cuba anda bayangkan anda membeli kasut dari jenis A dalam kuantiti yang banyak dan apabila anda bawa balik barangan ini, anda lihat pesaing anda menawarkan kasut yang sama dengan harga yang lebih rendah atau kualiti yang lebih tinggi. Kasut anda mungkin tidak mempunyai permintaan lagi. Pada waktu itu anda terpaksa jual dengan menanggung kerugian yang tinggi. Nasihat saya di sini, beli dengan kuantiti yang rendah dan kami akan ajarkan bagaimana untuk mendapatkan harga yang murah seperti anda membeli dengan kuantiti yang banyak. A. Syarat Kuantiti Yang Tinggi

Jika syarat yang diletakkan oleh pembekal adalah sesuatu kuantiti yang tinggi. Anda tidak perlu risau. Walaupun kuantiti anda rendah, kami masih boleh membelinya kerana kami kenal kebanyakkan pembekal-pembekal utama di China. Perlu juga difahami, tidak hanya ada sebuah syarikat di China yang membekalkan sesuatu produk. Malah terdapat beribu pembekal lain yang membekalkan produk yang sama di pasaran China yang besar dan kompetetif itu. (Tentu anda tahu China mempunyai 43 kali ganda lebih penduduk berbanding kita di Malaysia) Pembekal-pembekal ini tidak akan mengambil risiko dengan mengabaikan permintaan kami kerana kami adalah syarikat paling lama dan paling ramai membawa usahawan untuk memborong ke China dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. B. Pembelian Berkumpulan Kami boleh menawarkan anda membuat pembelian berkumpulan. Selain menganjurkan Kursus Memborong ke China dan Rombongan Memborong ke China, kami juga menawarkan servis perkhidmatan pembelian barangan dari China. Melalui perkhidmatan ini kami mendapat tempahan pelbagai jenis barangan dari agensi kerajaan, koperasi, syarikat swasta dan usahawan untuk menjadi wakil pembelian mereka di China. Oleh itu kami mampu menyelitkan pesanan kecil anda bersama-sama pesanan-pesanan lain yang kami terima. Jadi anda akan mendapat harga murah seperti membeli terus dari kilang. Anda dapat harga lebih murah walaupun membeli dengan kuantiti yang kecil. C. Kilang Bukan Tempat Terbaik Untuk Bermula Memborong Kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan dari Malaysia ialah mereka cuba untuk memberi terus dari kilang pada kali yang pertama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pembelian di kilang memerlukan anda untuk membeli dalam kuantiti yang banyak. Ini akan mengakibatkan anda terdedah kepada risiko yang tidak perlu sebagai usahawan kecil. Anda sebenarnya boleh bermula dengan membeli dalam kuantiti yang kecil dan jenis yang pelbagai. Maksudnya, jika anda ingin beli t-shirt, anda boleh beli 50 jenis t-shirt dengan 3 helai bagi setiap jenis. Dengan strategi seperti ini anda tentu akan lebih selamat kerana risiko melakukan kesalahan telah terbahagi kepada 50 jenis tshirt. Jika separuh laku dan separuh tidak, anda masih lagi berada dalam zon selesa. Namun jika anda membeli satu jenis t-shirt dengan kuantiti 150 helai, risiko anda sangat tinggi jika barangan ini tidak laku. Anda tidak semestinya membeli dari kilang semata-mata, anda mempunyai opsyen untuk membeli dahulu dari pasar-pasar borong yang ada. Harga di pasaran borong ini tinggi sedikit berbanding membeli dari kilang, namun anda boleh membeli dalam kuantiti yang kecil. Ini sekaligus akan mengurangkan risiko pembelian anda. Anda bebas untuk membeli dari kilang jika anda sudahpun mempunyai kuantiti yang mencukupi oleh kilang. Dan yang lebih penting, anda sudah mengetahui bahawa barangan yang ingin ditempah akan laris di pasaran Malaysia. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini, walaupun anda sudah lama dalam perniagaan, anda masih perlu memulakan dengan langkah bayi untuk bermula memborong dari tempat asing seperti China. Terdapat cabaran,

ringtangan yang anda bakal hadapi. Namun setelah anda menyelesaikan semua ini dengan kami yang akan membantu anda, anda akan berterima kasih kerana anda sudah berada di lubuk emas untuk menjalankan perniagaan. Saya juga ingin sarankan anda membaca mengenai Prinsip Pareto yang telah saya huraikan dalam 2 bahagian untuk anda fahami lebih lanjut apa yang saya maksudkan dalam artikel ini Prinsip Pareto Dalam Perniagaan Anda (Bahagian 1) Prinsip Pareto Untuk Menjimatkan Masa dan Menjadi Lebih Produktif (Bahagian 2) Sekian, terima kasih Shahabudeen Jalil

{ 10 COMMENTS READ THEM BELOW OR ADD ONE } Junn74 February 25, 2012 at 10:02 am
Saya pun bertanya soalan yang sama kerana perniagaan kecil tapi tak nak ketinggalan dalam pengalamanbg tip boleh?

REPLY

Shahabudeen February 25, 2012 at 2:14 pm


untuk kebanyakkan perniagaan, modal sekitar RM 3000-5000 sudah memadai.

REPLY

hurul April 17, 2012 at 9:39 am


saya ada membuat bisness kecil-kecilan iaitu menjual kain pasang.saya nak tahu berapa modal yg diperlukan untuk saya mengambil terus kain dari china?

REPLY

rasidah bt omar May 12, 2012 at 9:00 pm


Salam, Saya berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh pihak tuan dan berminat juga untuk menyertai lawatan ke cina sebelum memulakan perniagaan yang telah saya buat secara kecil-kecilan sejak tq
REPLY

tahun

lalu.

Shahabudeen May 15, 2012 at 3:45 pm


Salam Puan, sila hubungi kami di 0172517515 untuk menyertai kursus kami. Terima kasih SJ

REPLY

farid May 19, 2012 at 2:24 pm


boleh saya tau berapa harga untuk sehelai t-shrt daari china? sbb kita kena tau jugak berapa harganya untuk borong. dan jika kita tak ikuti kursus n ikut ke china ada agen tak yang boleh tolong untuk borong di sana?

REPLY

fitri July 8, 2012 at 4:48 pm


saya berminat untuk menceburi perniagaan borong dari china ini, untuk permulaan saya memerlukan modal dahulu.

REPLY

nurhidayah July 23, 2012 at 12:00 pm


Akum, saya berminat untuk menyertai kursus borong china. Bolehkah kursus diadakan di Sabah?

REPLY

mohd zaki September 26, 2012 at 2:25 pm


berapa modal diperlukan jika nak buka kedai basikal

REPLY

rozita bt shahar October 23, 2012 at 12:20 pm


saya berminat menyertai kursus dan berminat membuka perniagaan barang jahitan,bungaan dan kraf seperti kedai reben di jln tar, saya sgt kagum dgn reben krn begitu lama bertahan malah telah

berkembang pesat dgn barangan yg sgt up to date. ..saya mahu belajar dgn tuan cara bisnes yg betul dan bagaimana bermula

REPLY