Вы находитесь на странице: 1из 2

CABARAN PERLAKSANAAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM HADHARI

Terdapat pelbagai cabaran dalaman dan lauran yang terpaksa dihadapi


oleh kerajaan dalam proses perlaksanaan pembentukan masyarakat Islam
hadhari di Malaysia, antaranya ialah:

CABARAN DALAMAN

i. Kejumudan Fikiran
Kejumudan pemikiran bermaksud pemikiran yang sempit tidak proaktif
dan tidak bersikap akomodatif dalam melakukan perubahan dan
pembangunan.Mereka hanya berbangga dengan pencapaian silam tanpa
mengambil kira perkembangan semasa dunia kini dan tidak dapat
menerima pembaharuan ,bersikap taklik buta atau membuat sesuatu tnap
berfikir dahulu dan menolak adanya ijtihad.

ii. Ekstrimisme
Ektrimisme bermaksud pemikiran yang sempit dan melampau sehingga
mereka mejadikan agama itu begitu sukar untuk diaplikasikan dalam
kehidupan. Selain itu, mereka tidak dapat menerima pandangan atau
pendapat orang lain.

iii. Ritualisme
Ritualisme bermaksud keyakinan terhadap amalan ritual sahaja sudah
mencukupi untuk menjadi seorang muslim yang sempurna. Oleh itu,
mereka menolak kesenangan dan kehidupan di dunia dengan alasan
mereka ingin mencapai kesenangan dan kebahagiaan di akhirat. Selain
itu, mereka mempunyai kefahaman bahawa amal saleh dan sedekah
jariah hanyalah amalan yang bersifat ritual bukannya amalan kebajikan
yang bersifat menyeluruh yang akan memperoleh kebaikan dan pahala di
dunia dan di akhirat.

iv. Ketidaksepaduan Ilmu Pengetahuan


v. Masyarakat yang lemah dalam pengurusan masa
Masa sangat penting dalam kehidupan seseorang. Individu yang bijak
dalam menguruskan masa adalah diketogerikan sebagai individu yang
Berjaya. Sikap segelintir umat Islam yang tidak menghargai dan menepati
masa perlulah diubah untuk melahirkan umat islam yang berjaya di dunia
dan di akhirat. Umat islam tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak
melakukan perubahan dalam pengurusan masa mereka supaya dapat
menguruskan masa secara professional. Mereka perlu belajar cara
menepati , menghargai dan tidak membazir setiap saat masa yang
mereka ada. Umat Islam perlu menghayati pengajaran surah al-Asr dalam
kehidupan mereka untuk menjadi umat yang berjaya di dunia dan di
akhirat.
CABARAN LUARAN

i. ICT
Dalam era globalisasi kini, cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi
oleh kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan pembentukan
masyarakat islam hadhari ialah cabaran terhadap keutuhan budaya dan
moral umat Islam daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat.
Contoh yang paling jelas pada masa kini ialah internet.Internet merupakan
technologi yang paling canggih kini. Internet membolehkan penggunanya
menimba pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan mendapatkan segala jenis
maklumat dengan mudah dan cepat, tetapi pada msa yang sama ia
mempunyai banyak keburukan jika disalah gunakan oleh penggunanya.Ia
mengandungi banyak maklumat yang berunsur distruktif, tidak bermoral
dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika di dalam Islam,
contohnya aksi-aksi pornografi yang banyak terdapat dalam internet kini.
Bahan-bahan ini boleh merosakkan peribadi dan menimbulkan ketagih
kepada penggunanya terutama dalam kalangan remaja dan kanan-kanak
.

ii. Globalisasi

Вам также может понравиться