Вы находитесь на странице: 1из 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Matapelajaran Tunjang Tajuk Sub tajuk

: Pendidikan Jasmani : Kemahiran : Pergerakan asas : Manipulasi alatan (Melambung dan menyambut)

Tarikh Masa Kelas Bil. Murid

: 30 Julai 2012 : 8.00- 9.00 pagi : 2 Alpha : 25 orang (11 L, 14 P)

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat : 1. Psikomotor :

Melakukan aktiviti melambung dan menyambut semula pundi kacang secara individu bermula dengan ketinggian yang rendah, sederhana tinggi dan paling tinggi sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan dengan teknik yang betul. Melakukan aktiviti melambung dan menyambut semula pundi kacang dengan rakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan dengan teknik yang betul.

2. Kognitif :

Menyatakan 2 anggota badan yang terlibat dalam aktiviti melambung dan menyambut pundi kacang. Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan melambung dan menyambut semula pundi kacang.

3. Afektif : Menunjukkan semangat kerjasama bersama pasangan dan rakan sepasukan semasa melakukan aktiviti melambung dan menyambut pundi kacang. Menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bersama-sama. Menunjukan kegembiraan semasa melakukan aktiviti melambung dan menyambut pundi kacang. : Membuat anggaran ketinggian lambungan yang betul ke arah sasaran. : Murid-murid pernah melakukan aktiviti membaling dan menyambut semasa Tahun 1. : Kerjasama dan berdisiplin. : Kemahiran melambung dan menyambut : Matematik (jarak), Sivik (disiplin)

Kemahiran berfikir Pengalaman sedia ada Penerapan nilai Penggabungjalinan Kesepaduan

Bahan bantu mengajar

Bil.

Alatan

Jumlah

1 2 3 4 5 6

Pundi kacang Skittle Bakul kecil Wisel Radio Cakera padat lagu Chicken Dance

50 10 5 1 1 1

Bahagian

Aktiviti

Fokus pembelajaran / Butiran pengajaran (Isi Pelajaran) Murid murid diminta untuk berlari perlahan sambil melambung dan menyambut

Organisasi kelas

BBM

1. Memanaskan badan a. Berlari

Pundi kacang

pundi kacang dalam kawasan yang ditetapkan.

b. Regangan Permulaan (10 minit) Kepala

Regangan bahagian leher. Kepala didongakkan ke langit dengan kiraan satu sehingga lapan.

Kepala digerakkan ke kanan dan diikuti dengan kiri dengan kiraan sehingga lapan.

Tangan / dan bahu

Regangan tangan dan bahu Merenjis-renjis kedua-dua belah jari jemari tangan.

Tangan didepa dan membuat pusingan dengan kiraan 1

8. Pinggang -

Regangan bahagian pinggang. Badan dibengkokkan ke kanan dan kiri dengan lapan kiraan.

Kaki

Regangan kaki Kaki kanan diikuti kaki kiri diluruskan kea rah hadapan dan belakang dengan kiraan 1 8.

c. Tarik dan hembus nafas

Tarik nafas. Guru mengarahkan murid berdiri dalam keadaan selesa sambil menarik nafas dan menghembusnya sebanyak 3 kali.

Langkah 1 a. Melambung dan menyambut pundi kacang secara individu

Guru mengarahkan murid membuat dua barisan. Satu barisan murid lelaki dan satu barisan murid perempuan. Setiap murid dikehendaki menjarakkan diri mereka dengan rakan yang kain dengan cara mendepakan

Pundi kacang

Wisel

Perkembangan ( 15 minit) -

tangan. Murid dikehendaki berdiri dalam keadaan tegak dan kai dibuka seluas bahu. Setiap murid diberi satu pundi kacang. Murid diminta melambung pundi kacang dan menyambutnya semula selepas guru meniup wisel. Lambungan dibuat sebanyak 5

kali dengan ketinggian yang rendah diikuti sederhana tinggi dan paling tinggi.

Langkah 2 b. Melambung dan menyambut pundi kacang secara berpasangan. -

Murid dibahagikan secara berpasangan. Pasangan diminta derdiri secara menghadap dengan jarak 1 meter. Setiap pasangan diberi satu pundi kacang. Apabila wisel dibunyikan, murid akan membaling pundi kacang dan menyambut secara berpasangan sejauh 1 meter sebanyak 5 kali percubaan.

Kemudian tukar kepada pasangan seterusnya.

Jarak ditambah kepada 2 meter

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam satu kumpulan. Permainan Kecil. Kemuncak (15 minit) Melambung dan menyambut pundi kacang dengan bakul kecil. Guru memberikan penerangan dan syarat serta peraturan permainan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk memegang bakul manakala ahli kumpulan yang lain membuat barisan dan berdiri di belakang kon. Setiap kumpulan diberikan sebanyak 10 biji pundi kacang. Murid murid dalam barisan dikehendaki melambung pundi kacang ke arah murid yang -

Pundi kacang Bakul skittle

memegang bakul. Murid yang memegang bakul dikhendaki menyambut pundi kacang menggunakan bakul tersebut. Tukar murid yang lain untuk memegang bakul dan permainan diteruskan sehingga semua murid telah bertukar giliran untuk memegang bakul.

Penutup (15 minit)

1. Aktiviti menyejukkan badan

Guru dan murid melakukan chicken dance disetai dengan muzik dan pergerakan. Murid menarik dan menghembus nafas sebanyak 3 kali

Radio Pemain cakera lagu Chicken Dance

2. Refleksi

Guru bersoal jawab dengan murid

Soalan : Apakah anggota tubuh badan yang terlibat dalam melambung dan menyambut pundi kacang? Nyatakan perasaan kamu dalam aktiviti ini?

Вам также может понравиться