Вы находитесь на странице: 1из 104

Lynn Allyna

Bab 1
ARI-JEMARINYA laju menekan butang-butang yang ada. Matanya tak berkalih memandang skrin besar di depan mata. Berkerut-kerut dahinya. Sama seperti mulutnya. Makin lama makin laju jari-jemarinya menekan punat-punat kecil. Duduknya sudah tidak senang. Badan ikut sama bergerak ke kiri dan kanan. Yes! jeritnya diselangi dengan ketawa yang kuat. Tak aci. Mak ucu main tipu. Tak nak main dengan mak ucu. Si ibu saudara masih lagi dengan ketawanya. Anak saudara yang baru berusia lima tahun sudah mahu menangis. Apa tidaknya, kalah lawan PS2 dengan ibu saudara yang sudah selayaknya jadi emak orang. Muncung ditarik panjang. Mata sudah berair. Mana ada mak ucu tipu. Iqbal yang tak pandai main. Okey, kita lawan sekali lagi, cabar ibu saudara yang masih tidak mahu mengalah. Dengan budak umur lima tahun pun boleh dibuat main.

Jangan Merajuk Sayang

Tak nak. Mak ucu main tipu. Tak nak main! Tak nak main! Nak main dengan along. Laju si kecil Iqbal menggeleng kepala tatkala diajak beradu tenaga lagi. Kakinya ikut sama memprotes. Memang betul-betul serik main dengan ibu saudara begini. Alah... mak ucu tak puas lagi main. Jomlah Iqbal. Along tengah buat kerja sekolah tu. Berusaha untuk memujuk. Skrin besar di hadapan sudah bertukar tayangan. Permainan baru sudah sedia untuk bermula. Tunggu pemainnya sahaja. Tak nak! bentak Iqbal. Along! jerit Iqbal memanggil abang sulungnya untuk menemaninya bermain. Sungguh-sungguh dia tak ingin berlawan dengan ibu saudaranya itu. Ish Iqbal ni... tak bestlah. Mak ucu tak puas lagi ni. Nantilah along main. Lawan dulu dengan mak ucu. Tangannya sudah bersedia untuk memulakan pertarungan kedua. Si kecil masih berdegil. Tak apalah kalau Iqbal tak nak. Mak ucu main sorang aje. Butang play ditekan. Belum sempat dia memulakan pertarungan, laungan emaknya memecah gegendang telinga. Siti!!! Apa kau buat kat depan tu? Sudah-sudahlah tu main. Biar budak-budak tu pula yang main. Perangai mengalahkan budak kecil. Mari tolong mak kat dapur ni. Siti Fatimah pejam mata. Walaupun suara itu jauh nun di sudut dapur, tetapi gegendang telinganya rasa macam hendak meletup. Tak sempat nak main. Kali ini dia terpaksa mengalah. Takkan nak derhaka dengan emak pula sematamata nak main PS2. Nah, Iqbal mainlah dengan along. Tapi nanti... Iqbal kena lawan dengan mak ucu juga tau.

Lynn Allyna

Si kecil Iqbal sudah senyum meleret. Puas, ada peluanglah dia nak menang. Along bukan pandai main pun. Asyik menghadap buku saja. Mentang-mentanglah best student. Siti Fatimah angkat punggung. Baru terasa kebasnya. Mana taknya, hampir satu jam bertapa depan televisyen semata-mata nak main PS2 dengan budak kecil tu. Malas-malas kaki diatur ke dapur. Dia jenguk ke dapur, ada kak teh dan emaknya yang sedang sibuk menyediakan juadah makan tengah hari. Ingatkan hujung minggu begini, bolehlah rehat sekejap. Malas betul nak menghadap dapur. Apalah yang kau buat dengan budak-budak tu. Umur kau tu dah masuk dua puluh lapan tau Siti. Tapi perangai, masih juga macam budak-budak. Pening kepala mak ni. Bilalah kau nak matang sikit? Dengan budak-budak pun nak gaduh lagi, bebel si emak. Tak faham dengan perangai anak bongsunya ini. Dia dulu, umur begini dah ada tiga orang anak. Tapi Siti Fatimah masih belum ada impian nak kahwin. Bila diajak berborak soal jodoh, laju mulutnya tukar topik lain. Hairan betul. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah anaknya ini tak normal. Mana ada gaduh. Orang nak main aje. Si Iqbal tu, dah kalah tak nak mengaku. Lepas tu cakap orang main tipu. Bakul berisi sayur kobis dibawa ke singki. Tak mahu kalah. Siti tu memang mak. Tak pernah nak mengalah dengan budak-budak tu. Asyik nak menang aje. Kadangkadang tu kak teh sampai tak boleh nak beza yang mana satu anak kak teh, yang mana satu mak ucu dia. Baik kita kahwinkan aje budak bertuah ni, mak. Habis cerita. Biar dia bergaduh dengan suami dia. Nak tengok macam mana. Agaknya boleh roboh rumah nanti. Giliran kak teh pula membebel.

Jangan Merajuk Sayang

Siti Fatimah buat-buat tidak dengar. Tak ada kerja lain. Kerjanya nak kahwinkan aku aje! Memang mak cadang nak kahwinkan aje adik kau ni. Kau ada kenal siapa-siapa tak teh? Kalau ada, bagitau mak cepat-cepat. Biar mak pergi tanyakan. Bersungguh-sungguh emaknya bertanya sambil tangannya ligat menggaul ayam dengan kunyit. Ada tu ada mak. Tapi tak taulah dia berkenan ke tak dengan Si Siti ni. Baik orangnya mak. Kerja dekat pejabat agama. Barulah ngam dengan Si Siti ni. Kalau buat perangai, biar kena tazkirah dengan ustaz tu, jolok kak teh. Sengaja dikuatkan suara. Dia tahu adiknya itu mendengar. Hah, baguslah tu, teh. Siapa nama orangnya? Esok juga mak pergi tanyakan, balas si emak bersungguh. Mak!!! Dengarlah cakap kak teh tu. Menipu aje tu. Siti Fatimah tidak tahan. Asyik disogok dengan persoalan jodoh. Berbulu telinga. Ustazlah, cikgulah, keranilah. Hish, bosan!!! Pandai-pandailah dia cari sendiri nanti. Ish, apa yang tipunya. Kak teh cakap betullah. Kalau tak percaya boleh tanya Abang Hakim. Dia pun kenal dengan ustaz tu. Kalau tak silap teh, namanya Ustaz Khairil. Orang sini juga mak. Senang. Makin galak menjolok. Ketawa cuba ditahan. Sesak dada. Ustaz Khairil? Sedap nama dia. Mesti orangnya pun baik. Kira bolehlah ya? Siti, apa pendapat kamu? Sempat si emak mengenyit mata kepada kak teh. Dia tahu kak teh hanya berjenaka. Saja nak kenakan adik yang belum ada tanda-tanda mahu tamatkan zaman dara. Tak naklah kak. Dahlah tak pernah tengok batang hidung dia. Entah-entah nama aja ustaz, tapi perangai mengalahkan mat salih. Tak naklah Siti! Siti Fatimah

Lynn Allyna

membentak. Tak ingin dia kenal dengan ustaz tu. Biar dia cari sendiri. Apa, ingat dia tak laku sangat ke? Kalau nak cerita, sebulan pun tak habis. Berderet tau jejaka yang masuk merisik. Tapi nak buat macam mana, hati belum terbuka. Semua dia tolak mentah-mentah. Yang datang bertanya tu pun bukan calang-calang orang. Sejak dari sekolah menengah hingga ke universiti dan sekarang dah bekerja, rasa-rasanya lebih daripada sepuluh orang kut. Ada yang kacak, bergaya, pelajar terbaik dan macam-macam lagilah. Tapi bukan itu semua yang dipandang. Dia tak kisah kacak atau tak, yang penting keimanan dan kasih sayang. Entah bilalah dia dapat jumpa lelaki sebegitu. Habis tu, yang macam mana lagi kau nak cari? Dicarikan ustaz tak nak, dicarikan cikgu biasa pun tak nak. Takkan nak mak carikan perdana menteri atau anak raja baru kau nak kahwin? Ish, pening betul dengan budak bertuah sorang ni. Kita ni nak tengok dia tu bahagia, ada keluarga sendiri. Mak ni dah tua tau tak, Siti. Entah esok lusa dah kena tutup mata. Kau tak kesiankan mak ke? Dah mula buat ayat sedih pula. Inilah bahagian yang dia paling tak suka. Mak ni, selalu sangat cakap macam tu. Ini semua, kan keluarga Siti juga. Siti bahagia apa. Yang penting mak Siti ni muda lagi. Masih cantik jelita. Masih bergetah lagi. Cuba berlawak tetapi dibalas dengan pukulan pedih oleh emaknya. Dicakap betul-betul, main-main pula dia. Biarkan aja dia tu, mak. Biar dia jadi andalusia, balas kak teh geram. Bukan dia seorang sahaja yang geram. Adik-beradiknya yang lain juga sama. Cuma ayah sahaja yang tidak kata apa-apa. Tetapi dia tahu, ayah juga harapkan perkara yang sama.

Jangan Merajuk Sayang

Andalusia? Si emak kerut dahi. Apa tu? Anak dara lanjut usia. Biar padan muka dia. Masa tu, baru dia kalut cari kita. Masa tu baru dia nak merayu, mak... kak teh, kak long, tolonglah carikan jodoh untuk Siti. Siti dah tak tahan hidup sorang, usik kak teh. Siap dengan mimik muka. Siti jelir lidah. Meluat betul. Kenapalah semua orang sibuk sangat nak carikan dia jodoh? Bukannya dia tua sangat pun. Dua puluh lapan tahun. Normallah tu bagi perempuan yang berkerjaya. Siti sorang aje anak mak yang belum kahwin. Perempuan pulak tu. Kalau lelaki mak tak kisah sangat. Doa mak, biarlah mak tengok Siti ada keluarga dulu sebelum mak dengan ayah tutup mata. Biar ada orang jaga Siti. Siti faham, mak. Insya-Allah dah sampai jodoh Siti nanti, Siti kahwinlah. Buat masa sekarang, Siti masih boleh hidup sendiri. Lagipun, Siti tak jumpa lagi lelaki yang boleh Siti jadikan suami. Siapa yang tak nak kahwin? Kalau lelaki itu muncul lapan tahun dahulu pun dia sanggup kahwin. Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya. Bukan tak jumpa, memilih sangat. Entah apa yang dia cari pun tak taulah. Agaknya tunggu lelaki yang handsome macam Fahrin Ahmad kut, mak? Memilih betul, serkap kak teh. Mulutnya memanglah laju. Tahan sahajalah telinga. Sibuklah kak teh ni. Suka hati oranglah nak cari yang macam mana pun. Cakap orang, dia pun sama jugak. Mak tau, dulu... kan, kak teh ni pun memilih tau? Giliran dia pula kenakan kakaknya. Kak teh sudah berhenti mengacau gulai. Menunggu apa yang mahu adiknya bocorkan. Dasar mulut tempayan betullah.

Lynn Allyna

Dulu, kan... ada orang nakkan kak teh tau? Dahlah gemuk, tak handsome pulak tu. Tak sempat lagi budak tu nak buka mulut, terus kak teh tolak mentah-mentah. Kesian budak tu, terkulat-kulat tengok kak teh lari. Jahat, kan kak teh? Terbahak-bahak Siti Fatimah ketawa. Kak teh sudah cekak pinggang. Entah dari mana dia dapat cerita begitu. Memang nak kena budak ni. Mak percayalah cakap budak tak cukup umur ni. Mengarut aje tu. Yang dia tolak Si Husin buncit tu mentahmentah, dia tak nak cerita. Dengan Si Mamat Botak tu lagilah. Siap Mamat Botak bagi bunga lagi, sindir kak teh pedas. Siti Fatimah tutup telinga dengan jarinya. Purapura tak dengar. Si emak geleng kepala. Ingatkan seorang ini saja anaknya yang berperangai macam budak-budak, yang seorang lagi pun sama juga. Dah anak dua pun masih lagi nak bertekak macam budak-budak. Pening... pening. Dah, dah. Teh, dah hangus gulai mak tu. Cepat tutup apinya. Melayan korang dua beradik ni, semua kerja tak jadi. Dah, pergi siapkan meja makan. Nanti ayah balik, nak makan. Teh, pergi tengok anak-anak kau tu. Entah apa jadi dengan dia orang tu. Ayam yang sudah digaul dengan kunyit dimasukkan ke dalam kuali yang sudah panas. Tak apa... biar mak ucu dia pergi tengok. Cepatcepat Siti Fatimah meletakkan pinggan yang sudah disusun ke atas meja. Bab mengasuh anak-anak saudara, serahkan saja kepada dirinya. Tak jadi masalah langsung. Setakat ini, bukan seorang dua yang sudah diasuhnya. Anak saudara pun dah mencecah dua puluh orang. Hebat tak? Hmmm... haraplah tu mak. Tak ada maknanya dia nak pergi tengok budak tu aje. Kalau tak bantai main sekali,

Jangan Merajuk Sayang

bukan mak ucu namanya. Hai, bilalah adik aku seorang ni nak berubah. Si emak dah tak tahu nak kata apa. Perangai anak bongsunya itu memang begitu. Bukan baru sekarang, tetapi sejak dahulu lagi. Periang sangat. Manja pun ya juga. Dan sebagaimana yang diduga oleh dua orang wanita di dapur, itulah juga yang berlaku. Joystick sudah bertukar tangan. Si adik sudah tarik muncung panjang. Mahu tak mahu terpaksa juga main. Daripada main dengan along yang langsung tak mencabar, lebih baik main dengan mak ucu. Walaupun kebarangkalian untuk menang itu tipis, tapi itu lebih mencabar. Dah ready Iqbal? Baiklah, kita mulakan sekarang! Pandangan seratus-peratus ditalakan ke arah skrin besar di hadapan mata. Terlupa pada sayur dan ayam di dapur. Sementara itu di dapur, si emak dan kakak masih lagi berbual tentang topik yang sama. Hajah Asmah duduk bertongkat kepala. Memikirkan persoalan yang satu itu selalu buat hatinya diruntun rasa sedih. Tak tahu lagi apa cara yang boleh dilakukan supaya anak bongsunya itu bersetuju untuk berkahwin. Setiap hari, dia tak lupa solat hajat. Mohon kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati Siti Fatimah untuk menerima seseorang yang bergelar suami. Mak ni bukan apa, teh. Mak kesian tengok adik kamu tu. Kawan-kawan dia yang sebaya dah ada dua tiga anak. Dia masih lagi tak kahwin-kahwin. Tapi mak tengok dia tu relaks aje. Macam tak kisah langsung keluh Hajah Asmah. Dia tak tahu dengan siapa lagi mahu meluahkan perasaannya. Bila berbicara dengan suaminya tentang hal ini, jawapannya cuma tunggu sajalah. Belum sampai jodohnya.

Lynn Allyna

Teh pun risau juga, mak. Masa teh umur sebaya dengan Siti, rasanya teh tengah sarat mengandungkan Si Iqbal. Sekarang Si Iqbal tu pun dah masuk lima tahun. Dia kahwin awal. Paling awal berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Waktu umurnya dua puluh dua tahun, dia sudah dipinang orang. Waktu itu dia tak fikir panjang. Terus terima. Nasib baik pilihannya tepat. Suaminya memang bertanggungjawab. Habis belajar di universiti, dia terus dapat dua sijil. Satu ijazah, dan satu lagi sijil lahir anak sulungnya. Mak tak kisah siapa pilihan dia. Kalau itu yang dia berkenan, mak terima aje. Mak harap biarlah dalam masa terdekat ni. Dah tak larat rasanya mak nak tunggu lama-lama lagi. Terdengar keluhan keluar daripada mulut tuanya. Umurnya sudah mencecah enam puluh lima tahun. Kita tunggu ajelah, mak. Nak paksa sangat pun, nanti tertekan pula dia. Tak pasal-pasal nanti ada yang lari dari rumah. Gulai yang sudah masak diletakkan ke dalam mangkuk. Sesekali dia melepaskan nafas lelah. Sejak kebelakangan ini, dia memang cepat penat. Maklumlah, kandungannya pun dah masuk lima bulan. Perut pun makin membesar. Mak harap sempatlah mak tengok anak adik kamu tu nanti. Kata Hajah Asmah dengan sayu. Insya-Allah, mak. Siti Amirah mengusap lembut bahu emaknya. Dia tahu emaknya begitu mengharap untuk melihat Siti Fatimah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.

Jangan Merajuk Sayang

Bab 2
ITI FATIMAH meletakkan begnya di atas meja. Punggungnya dihenyak ke atas kerusi. Mahu melepaskan penat seketika sebelum masuk ke kelas nanti. Dia membelek jadual waktu pengajaran. Satu keluhan berat dilepaskan. Kelas Tiga Ehsan. Awal pagi pula tu. Kelas yang paling dia anti. Tak pernah dia senyum bila masuk ke kelas itu. Sakit hati memanjang. Hai, Cikgu Siti! Kenapa dahi berkerut aje ni? Pagipagi lagi dah tension ke? Siti Fatimah tidak menoleh pun. Dengar suara pun dah tahu. Ini lagi satu makhluk perosak mood baik. Setiap pagi mesti nak kena menghadap muka dia. Rimas betul! Dah makan ke? Jom kita ke kantin? ajak Firdaus. Sejak empat tahun lalu dia berusaha untuk memikat hati wanita cantik di hadapannya ini. Tetapi selama empat tahun itu juga dia masih kecewa. Susah betul Siti Fatimah nak terima cintanya. Nak kata dia tak ada rupa, takkan pelajarpelajar perempuan tergila-gilakannya? Siap hantar surat

10

Lynn Allyna

cinta. Tak tahan betul budak-budak zaman sekarang. Berani betul. Ada kelas. Malas Siti Fatimah nak layan. Dia rela berlapar daripada makan dengan Firdaus. Dia buat-buat sibuk. Rekod pengajaran harian dibuka. Rancangan pengajaran semalam masih belum bertulis. Pen dicapai dan terus dicoretkan sesuatu ke atas kertas putih bergaris itu. Siti ni, kalau Fir ajak pergi makan selalu tolak. Tak boleh ke sekali-sekala terima. At least taklah Fir rasa kecewa sangat. Firdaus buat ayat sedih. Mana taknya, bukan sekali dua dia ajak wanita pujaannya ini keluar makan. Tapi satu pun tak dilayan. Tragis betul. Dah memang saya sibuk. Saya nak buat macam mana? Pergilah ajak cikgu lain. Ramai lagi yang belum makan rasanya. Tu, Kak Akma tu. Rasanya belum makan lagi. Cikgu Lan pun rasanya belum makan. Pergilah ajak dia orang. Buku teks matematik tingkatan tiga dikeluarkan daripada susunan buku-buku. Beberapa buah buku latihan pelajar juga dicapai. Bersedia nak masuk ke kelas. Kalau keadaannya macam ni, dia lebih rela masuk Kelas Tiga Ehsan tu. Dia orang tu buat apa pandai-pandailah makan sendiri. Fir nak makan dengan Siti. Berbulu telinga Siti Fatimah mendengarnya. Tak payah nak manja-manja kat sini. Nanti ada yang makan penyepak. Cikgu Firdaus, saya ni pun dah besar juga. Pandai makan sendiri. Tak perlu ada orang suapkan. Dahlah, saya nak masuk kelas. Silap oranglah kalau nak bermanja. Kalau kau tu budak tiga tahun, tak apalah juga. Ni dah tua, tak payah nak mengada-ada. Cepat-cepat Siti Fatimah berlalu.

11

Jangan Merajuk Sayang

Firdaus hanya dapat memerhati si jantung hati berlalu pergi. Dia kecewa lagi hari ni, tapi tak apa. Dia tak akan mengalah selagi Siti Fatimah tak jadi miliknya. Dia dah jatuh cinta habis dekat cikgu yang seorang ni. Tunggu. Abang Firdaus tak akan putus asa! Dari jauh lagi dah boleh dengar bunyi bising dari Kelas Tiga Ehsan. Siti Fatimah ketap bibir. Sabarlah wahai hati. Siti Fatimah berdiri di hadapan pintu masuk. Suasana masih lagi seperti tadi. Agaknya masih tak nampak dirinya yang sudah tercegat di situ. Woi, Cikgu Siti dah masuk! tegur seorang pelajar lelaki. Hah, Cikgu Siti? balas seorang lagi. Beberapa orang pelajar yang mendengar terus bergerak ke meja masing-masing. Yang masih tak sedar, terus bergelak ketawa di belakang kelas. Apa agaknya yang mereka buat? Semua bangun! laung ketua kelas. Pelajar-pelajar yang sedang bergelak ketawa di belakang terkocoh-kocoh berlari ke tempat masing-masing. Tahu pun takut. Assalamualaikum cikgu! Bergema satu kelas. Hampir tujuh puluh peratus pelajar kelas ini adalah pelajar lelaki. Itu yang lagi mencabar tu. Dahlah kelas paling hujung, nakalnya tak payah nak cerita. Dengan bilangan pelajar yang ramai, memang pening kepala. Bukan dia seorang saja yang anti dengan kelas ni, rasanya semua cikgu yang mengajar kelas ni pun merasakan benda yang sama. Entah hantu apa yang dah rasuk budak-budak ni. Sebelum kamu semua duduk, siapa yang rasa

12

Lynn Allyna

dirinya tak hantar buku latihan yang saya suruh hantar dua hari lepas, sila keluar dan berdiri di hadapan. Semua pelajar berbisik-bisik. Seorang pun tak nak mengaku. Baiklah. Kalau tak nak mengaku tak apa. Pelajar yang saya panggil namanya ini, datang depan ambil buku dan kamu boleh duduk. Yang saya tak sebut namanya, dengan segala hormatnya sila ke hadapan. Nak main-main dengan cikgu lain boleh, tapi jangan harap dengan Cikgu Siti. Siaplah korang nanti. Hancur aku kerjakan! Satu per satu nama pelajar dipanggil. Kebanyakannya pelajar perempuan. Hanya dua tiga orang saja pelajar lelaki. Semua buku latihan sudah habis diedarkan. Hampir separuh daripada kelas masih lagi berdiri. Sekarang, masih tak nak mengaku lagi? Beberapa orang pelajar yang berdiri sudah menundukkan wajah. Mungkin terfikir apa denda yang mereka akan dapat hari ini. Ada juga yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Yang tak tahan ada juga yang buat muka selamba. Siap bersandar di dinding. Okey yang berdiri ini, silalah datang ke depan. Nak saya bentangkan karpet merah? Siti Fatimah berdiri sambil tangannya disilangkan. Lambat-lambat pelajar itu berjalan. Lima belas orang kesemuanya. Sekarang, saya mahu setiap orang bagi saya sepuluh sebab kenapa kamu tak hantar buku latihan. Pecahlah kepala korang berfikir. Padan muka! Siapa suruh buat Cikgu Siti marah? Pelajar-pelajar yang berdiri di hadapan diam. Cuma berbisik sesama sendiri. Mungkin berbincang mengenai alasan-alasan yang patut diberi. Tahu pun takut. Faizul, apa alasan kamu? Pelajar dengan rambut

13

Jangan Merajuk Sayang

keriting itu tidak menjawab. Pandang kiri, pandang kanan kemudian garu kepala yang tidak gatal. Lupa cikgu... jawab Faizul. Tak boleh nak fikir alasan lain lagi. Itu sahaja yang dia tahu. Sembilan sebab lagi? Faizul tersengih-sengih. Dia geleng kepala. Kamu Zulkifli? Tak ingat cikgu. Serta-merta dijawab. Rizuan? Pelajar dengan ketinggian sederhana itu hanya geleng kepala. Wajahnya ditundukkan. Baiklah, siapa di antara kamu yang boleh beri saya sepuluh alasan itu? Semuanya diam. Siti Fatimah angguk kepala. Sebenarnya, ini denda yang dia mahu buat. Okey, kalau tak dapat beri alasan, saya nak kamu buat sesuatu. Sekarang, semua beratur di luar. Saya nak kamu berjalan itik dari sini hingga ke hujung koridor sana. Rasakan! Serentak semua yang berdiri itu tutup muka. Cepat! Saya kira sampai tiga. Kalau tak berdiri di luar, saya bawa kamu semua jumpa dengan guru disiplin. Ugut Siti Fatimah. Serta-merta mereka semua beratur di luar dan siap sedia duduk mencangkung. Tak rela jumpa dengan guru disiplin. Tengok orangnya pun dah naik gerun. Itu belum lagi tengok rotannya yang panjang. Taubat, sekali kena dah tak nak buat lagi. Jalan sekarang!

14

Lynn Allyna

Terkedek-kedek pelajar-pelajar itu berjalan itik hingga ke hujung koridor. Pelajar-pelajar kelas lain ada yang ketawa melihat mereka. Biarkan pengajaran untuk masa depan.

GARANG betul Cikgu Siti kita ni. Kalau mengajar, suara tu boleh dengar sampai ke tingkat bawah. Seram, usik Firdaus. Masih tidak putus asa walaupun sudah ditolak mentahmentah awal pagi tadi. Siti, kita keluar petang ni nak? Buku latihan pelajar yang berada di atas meja Siti Fatimah, dicapai dan dibelek-belek. Tak boleh. Banyak kerja. Siti Fatimah tekun memeriksa buku latihan pelajar-pelajarnya. Pening kepala. Tulisan macam orang menulis dengan kaki. Ini baru matematik, kalau subjek bahasa, tak ke juling biji mata cikgu nak menanda? Kerja tu lain kali boleh buat. Petang ni kita keluarlah dulu. Buku latihan diletak semula ke tempatnya. Siti Fatimah panas hati. Tak cukup dengan Kelas Tiga Ehsan tadi, yang ini pun nak buat dia panas hati. Nanti aku tengking depan cikgu-cikgu lain, ada yang malu. Saya kata saya sibuk, maknanya saya sibuk. Cikgu Firdaus guru bahasa Melayu, kan? Rasanya cikgu dah lebih daripada faham! tempelak Siti Fatimah. Kak Akma di meja sebelah hanya tersenyum mendengar. Tak kisahlah. Bukan baru hari ni Kak Akma dengar, dah empat tahun. Satu sekolah pun tahu perangai Firdaus. Gilakan Siti Fatimah.

15

Jangan Merajuk Sayang

Garangnya. Okey kalau tak dapat hari ni, kita keluar esok. Masih tak mahu mengalah. Dia akan pujuk hingga Siti Fatimah setuju. Tak faham bahasa Melayu ke apa mamat ni? Tak ada kerja sangat ke? Nah, ambil kerja aku yang bertimbun ni. Kepalanya makin berserabut. Tumpuan nak menanda buku latihan pelajar dah hilang entah ke mana. Firdaus memang perosak mood. Nak saja dia sembur habis-habisan. Cikgu, saya ni banyak kerja. Kalau cikgu tak ada kerja sangat, cikgu pergilah keluar seorang. Siti Fatimah mula bosan. Tak habis-habis nak mengganggu. Tak boleh ke dia nak rasa aman sekejap? Tak syoklah keluar sorang-sorang. Kalau ada yang temankan lagi bagus, kata Firdaus tidak putus asa. Meluatnya dengar. Nak teman ya? Sekejap. Oh, nak ada orang temankan ya? Sekejap. Siti Fatimah senyum. Hati Firdaus berbunga kekecewaannya bakal terubat. riang. Nampaknya

Kak Nab, petang ni free tak? Cikgu Firdaus ajak keluar. Boleh? soal Siti Fatimah dengan selamba. Serta-merta senyuman manis di bibir Firdaus mati. Kak Nab? Petang ni? Tak bolehlah Fir. Akak ada kerja. Kalau tak busy, nak juga akak pergi, jawab Kak Nab. Umurnya dah hampir empat puluh tahun tetapi masih anak dara. Dengar katanya, dahulu dia pernah bertunang dengan seorang cikgu. Tetapi tunangnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Lepas tu, dia terus tidak mahu ada hubungan dengan siapa-siapa lagi.

16

Lynn Allyna

Kesian Kak Nab. Untung siapa yang dapat. Baik sungguh orangnya. Kalau tak sudi tak apalah. Firdaus berlalu dengan hati yang makin kecewa. Kenapalah susah sangat Siti Fatimah nak terima dia? Atau Siti Fatimah dah ada yang punya? Ah, selagi Siti Fatimah tak kahwin, dia masih ada peluang. Kesian Cikgu Firdaus. Tak baik Siti buat dia macam tu, tegur Kak Akma. Siti Fatimah hanya senyum sebaris. Tak apa kak. Dia dah biasa. Bukan baru hari ni saya tolak dia. Siti Fatimah capai fail berkulit keras warna putih. Tarikh tutup pengemaskinian data murid hanya tinggal seminggu. Banyak lagi yang perlu dia buat. Akak tengok, Fir tu bersungguh benar nakkan Siti. Kenapa Siti tak terima aja dia? Penulisannya terhenti. Kenapa dia tak terima? Entahlah kak. Siti pun tak tahu kenapa. Tapi hati ni tak boleh nak terima. Dia tak boleh paksa hatinya untuk terima Firdaus hanya untuk menjaga hati lelaki itu. Berkahwin bukan untuk sehari dua. Tak apalah Siti. Lambat-laun Fir tu akan faham juga. Atau Siti dah ada pilihan sendiri? Tak nak cerita dekat akak? Tutur lembut Kak Akma selalu buat dia lemah. Ustazah yang berasal dari Kelantan ini memang lemah lembut orangnya. Cantik pun cantik. Tetapi dia tidak ada sesiapa yang nak diceritakan. Tak ada siapalah kak. Saya ni masih solo lagi. Tak

17

Jangan Merajuk Sayang

sempat lagi nak cari pakwe. Siti Fatimah ketawa. Dia pun tak pasti dengan jawapan sendiri. Tak sempat ke tak nak cari? Serkap Kak Akma. Siti Fatimah menoleh ke sebelah. Dia pun tak tahu. Tak sempat atau tak nak cari? Siti masuk kelas dulu, kak. Pertanyaan Kak Akma dibiar tak berbalas. Macam mana dia nak cari? Ah, manusia itu dijadikan berpasangpasangan. Cuma cepat atau lambat sahaja.

18

Lynn Allyna

Bab 3
ITI FATIMAH termenung di meja. Manik-manik pelbagai warna yang sering menaikkan keterujaannya tidak mampu untuk menghalau resah di hatinya. Persoalan Kak Akma waktu di sekolah tadi masih berlegar-legar di kepala. Tak sempat ke tak nak cari? Kalau nak kata sibuk sangat sampai tak sempat, tak adalah dia boleh lagi melepak di butik Bob ni. Kalau tak ada kerja, mesti dia melepak di sini. Dia tak ada ramai kawan. Kalau ada pun, semuanya duduk jauh-jauh. Bob saja yang ada. Walaupun Bob lelaki, dia selesa berkawan dengan Bob, sebab Bob tak macam lelaki normal. Ada lembut sikit. Maklumlah namanya pun tukang jahit. Tetapi dia tak kisah, asalkan baik. Mula-mula dulu, mak pun bising bila dapat tahu dia berkawan rapat dengan Bob, tapi sekarang dah tak kisah. Siap hantar kain suruh Bob jahitkan lagi. Yang kau ni monyok aje sejak tadi, kenapa? Nak kata bergaduh dengan pakwe, kau tak ada pakwe. Nak kata kena marah dengan mak, memang patut pun kau kena

19

Jangan Merajuk Sayang

marah. Umur dah masuk senja pun tak reti-reti lagi nak kahwin. Laju betul mulut mamat lembut seorang ni. Tapi dia tak kisah, dah biasa sangat. Aku penatlah. Banyak kerja kat sekolah tadi. Siti Fatimah bingkas bangun. Membelek satu per satu baju yang sudah siap dijahit. Matanya menangkap sepasang baju berwarna putih yang cantik dihias dengan manik-manik berwarna. Baju itu dikeluarkan dan dibawa ke badannya. Dia melihat imejnya di cermin besar. Cantik baju itu. Bilalah agaknya dia boleh pakai baju cantik begini? Mesti untuk majlis pernikahan. Baju itu digantung semula ke tempatnya. Cantik baju tu. Siapa punya Bob? Matanya masih lagi melirik ke arah baju putih itu. Terbayangkan jika dirinya yang menyarung persalinan indah itu. Client akulah. Dia nak bertunang hujung minggu ni. Katanya nak datang ambil hari ni, tapi tak datang-datang pun lagi. Bob sibuk menjahit manik-manik pada baju kurung moden yang ditempah. Bukan kerja yang mudah. Macam nak terkeluar biji mata. Lagilah kalau buat kerja tengah penat. Silap hari bulan, bukan manik yang dijahit, tapi jari. Bertunang? Aku ingatkan baju nikah. Dia menarik semula baju putih itu keluar. Jarang orang bertunang pakai baju warna putih bersih macam ni. Dah tak ada beza pun orang bertunang dengan menikah sekarang ni, Siti. Kadang-kadang majlis bertunang pun lagi glamour daripada majlis nikah, kata Bob sambil tangannya lincah menjahit labuci. Siti Fatimah angguk kepala tanda setuju. Dia ingat lagi masa pergi ke majlis bertunang kawannya di Ipoh.

20

Lynn Allyna

Pelaminnya mengalahkan orang nak bersanding. Bajunya tak payah cakap. Mesti client kau ni orang kaya, kan? Tengok baju pun dah tahu. Siti Fatimah beralih ke rak yang lain. Kaya ke tak, aku tak tahulah pula. Yang aku tahu dia tu jururawat. Bakal tunang dia tu kalau tak silap aku businessman. Bisnes apa tak tahulah. Tapi yang penting, handsome gila. Tergoda mak, kata Bob dalam nada teruja. Siti Fatimah geleng kepala. Dah datang dah penyakit gatal dia. Kau tu memang. Pantang tengok yang handsome, badan ketul-ketul, dada bidang, mesti kau tergoda. Geli aku! tempelak Siti Fatimah. Eh, mestilah. Bukan macam kau, semua pun kau tak berkenan. Tak taulah kau ni selera kat siapa. Agaknya, selera kau ni orang tua yang dah berkedut seribu tak? Eiii... gelilah nyah! Siti Fatimah cekak pinggang. Ada ke kata aku minat dekat orang tua berkedut? Tolong sikit. Mulut kau memang tak ada insurans, kan? Sukasuka hati nak mengata orang. Siti Fatimah tak ambil hati pun sebenarnya. Dia tahu Bob hanya bergurau. Habis tu, semua yang handsome dan muda kau tolak. Kalau tak nak yang muda, ambil yang tua ajelah. Bob ketawa berdekah-dekah. Siti Fatimah jelir lidah. Tak kuasa nak layan perangai gila Bob. Assalamualaikum! Ketawa Bob mati. Terpacul seorang gadis muda yang cantik.

21

Jangan Merajuk Sayang

Siti Fatimah hulur senyum. Hah, datang pun. Ingatkan dah tak ingat. Kalau tak ingat, Bob pun boleh pakai. Siti Fatimah tahan ketawa. Ada hati nak pakai. Badan macam tong, nak pakai baju anak dara. Ish, mana boleh lupa. Dari kedai tadi. Tu yang lambat sikit. Dah siap ke bajunya? Mungkin ini jururawat yang bakal bertunang itu. Boleh tahan cantik. Rambutnya hitam berkilat. Kulitnya putih gebu. Haruslah dah siap. Sekejap ya. Nah, ini dia. Bob keluarkan baju kebaya putih itu. Siti Fatimah hanya memerhati. Baju yang menjadi idamannya tadi sudah diambil orang. Cantiknya! puji si gadis yang kelihatan teruja melihat baju untuk hari istimewanya. Haruslah. Bob yang jahit. Mestilah cantik. Kalau you pakai, lagi cantik. Bob angkat bakul sendiri. Si gadis tersipu malu saat dipuji. Terima kasih Bob. Lepas ni, baju nikah bolehlah hantar sini lagi. Si gadis mengeluarkan wang dari dompetnya. Baju bertukar tangan. Dah siap ke? tegur seorang lelaki. Siti Fatimah tak berkelip memandangnya. Kacaknya! Ini mesti bakal tunangnya. Betul kata Bob, memang kacak orangnya. Dah... jom, jawab si gadis sambil tersenyum manis. Si lelaki mengangguk. Sempat dia hulur senyum

22

Lynn Allyna

kepada Siti Fatimah yang masih lagi tak berkelip memandang. Kalau dapat suami macam ni, sah-sah tak nak cari yang lain lagi. Amboi, bukan main lagi kau pandang lelaki tu. Ada hati juga ya kau dengan lelaki muda dan kacak macam tu? Ketawa lelaki Bob terhambur. Mana ada. Dah dia senyum kat aku, aku balaslah balik. Kenapa? Kau cemburu ke? Siti Fatimah mencapai beg tangannya. Dah lewat. Dia nak balik. Nanti membebel pula mak dekat rumah. Tak kuasa mak nak jealous. Kau tu, carilah calon suami yang kacak cepat-cepat sikit. Aku dah tak sabar nak jahit baju pengantin kau. Bob menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan. Dua bulan lagi aku kahwin. Siti Fatimah ketawa seraya keluar dari butik milik Bob. Dia hanya main-main. Tetapi kalau jadi kenyataan pun apa salahnya? Hai, bilalah putera kayangan nak datang meminang? Hilang akal ke apa minah ni? Pakwe pun tak nampak batang hidung, nak kahwin. Minah senget. Bebel Bob selepas tubuh Siti Fatimah hilang daripada pandangannya.

BARU balik Siti? Pergi mana? soal Hajah Asmah dengan dahi berkerut. Siti Fatimah menghenyakkan tubuhnya yang penat ke atas sofa. Dia tidak nampak kelibat anak-anak saudaranya. Mesti ke padang permainan.

23

Jangan Merajuk Sayang

Butik Bob. Mata melepaskan penat yang terasa.

dipejam

seketika.

Cuba

Apalah Siti buat kat sana tu? Nak kata pergi belajar menjahit, tak nampak pula hasilnya. Penyapu bulu ayam digantung di dinding. Tak betah kalau hanya duduk tanpa buat apa-apa. Pergi borak-borak aje, mak. Tak payah susah-susah nak belajar menjahit. Suruh aja Si Bob tu. Senang. Bukan tak minat nak belajar menjahit, tapi bila memikirkan kerja yang melambak di sekolah, hasrat yang menggunung runtuh secara automatik. Kak teh takut, entah-entah Si Bob tu yang jadi suami kau nanti. Entah dari mana kak teh muncul. Mata dicelik luas. Ada ke patut suruh Bob jadi suami aku? Buang tebiat ke apa? Mulut tu jaga sikit. Siti ni masih tak terdesak lagi tau nak kahwin, sampai nak kena pilih Si Bob tu jadi suami. Dahlah lembut semacam. Ish, rela tak kahwin. Bukan nak memperkecilkan Bob, tetapi dia tidak ada ciri-ciri lelaki idaman. Bob cuma kawan. Sampai bila-bila. Kau jangan Siti. Nanti kalau Si Bob tu berubah jadi lelaki sejati, baru kau gigit jari, usik Siti Amirah sambil tersengih-sengih. Siti mengeluh. Tak habis-habis nak kenakan dia. Apa-apa ajelah. Mak, Siti masuk dulu. Nak mandi. Mak layanlah mak buyung ni. Mengarut aje kerjanya. Cepatcepat dia melarikan diri. Kalau tak, mesti kena dengar ceramah tentang rumah tangga lagi. Telinganya dah tak larat nak dengar. Cukup-cukuplah. Lambat Hakim balik hari ni, teh? soal Hajah

24

Lynn Allyna

Asmah. Hiasan di atas meja dibetulkan. Semuanya mesti nampak cantik. Banyak kerja katanya kat pejabat. Lambat sikit balik, jawab Siti Amirah. Perut yang terasa senak diusap perlahan. Kedua-dua orang anak terunanya masih tak nampak kelibat. Hari dah semakin petang. Biasanya waktu begini mereka dah balik. Seketika kemudian, kedengaran bunyi riuh-rendah suara kanak-kanak. Panjang umur. Dah nak maghrib baru ingat nak balik rumah. Nak dilarang, anak-anak tengah membesar. Memang normal kalau lasak. Along, adik, cepat naik. Pergi mandi. Nanti ikut atuk pergi surau, arah Siti Amirah. Berlumba-lumba kedua-duanya masuk ke dalam rumah. Pasti bergaduh lagi nanti. Berebut bilik air. Kalau namanya anak lelaki. Sabar ajelah. Mak ucu, cepat sikit mandi! Iqbal dengan along nak mandi juga. Nanti atuk tinggalkan kami! laung Iqbal. Mak ucunya tak membalas. Hanya kedengaran percikan air sahaja dari dalam bilik air. Hah, dah mula dah. Siti ni kalau sehari tak menyakat anak saudaranya, memang tak sah, bebel Hajah Asmah. Hari-hari, itulah kerja anak bongsunya. Cepat-cepatlah mak, carikan seorang suami untuk Siti tu. Makin menjadi-jadi pula perangai kebudak-budakan dia tu, tambah Siti Amirah. Pening kepalanya kalau mendengar adik bongsunya bergaduh dengan anak-anaknya. Lepas ni kalau ada siapa-siapa masuk meminang, mak terima aje. Balas Hajah Asmah perlahan. Siti Amirah hanya senyum. Mungkin emaknya

25

Jangan Merajuk Sayang

hanya bergurau. Walaupun emaknya mahu sangat lihat Siti Fatimah berumah tangga, tapi rasanya tak ada la sampai macam tu sekali.

SUASANA gelap di dalam bilik masih belum mampu untuk membuatkan Siti Fatimah melelapkan mata. Kenapalah matanya keras semacam pula malam ni? Biasanya, pukul sepuluh malam dia dah tak nampak dunia. Sekarang, dah pukul sebelas. Masih lagi cerah matanya. Ada sesuatu yang mengganggu mindanya. Satu senyuman itu. Siti Fatimah betul-betul macam dipukau. Senyuman lelaki itu buat dia terleka. Senyuman itu cukup menggoda. Lirikan matanya juga. Siti Fatimah pejam mata. Bagusnya kalau wanita yang berdamping dengan lelaki itu tadi adalah dirinya. Bagusnya kalau dia adalah wanita yang bakal menjadi tunangan lelaki itu. Wajah kacak milik lelaki itu masih melekat di mindanya. Memang kacak. Alamak! Ini dah terlebih. Dah kira kes parah. Aku jatuh cinta dengan mamat tu ke? Ish, tak mungkinlah. Dia tu dah nak bertunang. Lagipun, muka aje nampak kacak, baik. Entah-entah hati tak secantik rupa. Lupakan saja. Dia pejam mata serapatnya. Bayangan wajah lelaki tadi bersama senyumannya dipadam secepat mungkin. Buang masa saja fikirkan pakwe orang lain.

26

Lynn Allyna

Bab 4
AJAH MARIAM meletakkan cawan berisi air teh ke piringnya. Wajah muram adiknya dipandang. Sejak akhir-akhir ini, susah sangat nak tengok senyuman di wajah manis milik Datin Hajah Maria. Ada sesuatu yang tidak kena ni. Nak kata suaminya buat perangai, tak mungkin. Adik iparnya tu memang baik orangnya. Walaupun kaya, tetapi dia bukan jenis lelaki hidung belang. Kau ni kenapa Maria? Monyok aje aku tengok. Ada masalah ke? Suami kau buat hal? Kuih lapis yang nampak sedap tidak jadi nak dijamah. Selagi tak tahu apa masalah adiknya, selagi itulah dia tak ada selera nak makan. Bukan abang yang buat masalah. Tapi anak teruna aku tu. Tak taulah nak buat macam mana lagi. Langsung tak nampak yang dia tu fikirkan masa depan. Enjoy memanjang, luah Datin Hajah Maria. Pening kepala apabila memikirkan anak terunanya yang sorang itu. Sudahlah anak lelaki sorang itu saja yang dia ada. Langsung tak boleh nak diharap. Pagi pergi kerja, malam keluar entah ke mana. Dah nak masuk subuh baru balik.

27

Jangan Merajuk Sayang

Kenapa dengan Ryzal? Apa pula dia buat kali ni? Anak saudaranya itu memang tak habis-habis buat masalah. Sejak kecil sampai dah besar sekarang ni pun, masih lagi nak buat masalah. Dia tak buat apa-apa pun. Tapi aku ni risau tengok dia. Umur dah tiga puluh dua, tapi sikit pun tak fikirkan masa depan. Nak kahwin ke, nak ada anak ke, runsing betul kepala ni. Datin Hajah Maria bersandar ke sofa. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Kau tak ada tanya dia ke bila dia nak kahwin? Manalah tau dia dah ada calon sendiri. Buang masa aje tanya. Ditanya sikit, mulalah nak melenting. Mama ni menyibuklah, mama ni tak sportinglah. Entah apa yang ada dalam kepala dia pun aku tak tau. Ingat lagi beberapa minggu lepas, dia bergaduh besar dengan Ryzal. Sebabnya, hanya kerana dia tanya pasal jodoh. Itulah kau, manjakan sangat dia dulu. Kau bagi kebebasan sepenuhnya kepada dia. Sampai dia tak pandai nak berdikari. Hanya ingat nak berseronok aje. Dia tahu, adiknya sangat sayangkan anak. Maklumlah, anak hanya ada dua orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi itu bukan caranya mendidik anak. Entahlah, Yam. Memang salah aku kut. Tak pandai nak didik anak. Sudahnya, dia jadi macam tu. Setiap hari aku doa supaya suatu hari nanti pintu hati dia tu terbuka nak berubah. Teringin benar dia nak tengok anak lelakinya itu punya kehidupan sendiri. Bertanggungjawab dan serius dengan diri. Sabar ajelah Maria. Aku yakin, suatu hari nanti, dia mesti berubah juga. Mungkin dia rasa dia belum bersedia nak berkahwin, pujuk Hajah Mariam. Kasihan betul dia tengok

28

Lynn Allyna

adiknya ini. Jika dilihat dari luaran, tak ada apa yang kurang. Rumah besar, kereta mewah, harta banyak. Tapi masalah di dalam, siapa yang tahu? Ikutkan hati, aku nak kahwinkan aje dia dengan mana-mana perempuan. Biar dia belajar jadi orang yang bertanggungjawab. Bukan dia nak memaksa, tapi dia cuma takut anaknya tersilap langkah, terlanjur. Bukan dia tak pernah nampak anaknya mengusung perempuan di luar. Bila ditanya, macam-macam alasan diberi. Hajah Mariam diam seketika. Mungkin dia dapat tolong sesuatu. Dah lama dia nak mengusulkan perkara ini tetapi dia tak berani. Takut nanti dikata suka masuk campur hal rumah tangga orang. Lagipun dia tahu, Ryzal ramai kawan perempuan. Maria, aku ada kenal seorang budak perempuan. Cantik orangnya. Baik pun baik. Keluarganya pun baik-baik. Aku kenal mereka masa kami pergi umrah sama-sama tahun lepas. Berhati-hati Hajah Mariam menyusun kata. Datin Hajah Maria angkat kepala. Seakan berminat. Betul ke ni? Orang mana? Mungkin tak salah kalau mencuba. Mana tahu menjadi. Orang sini juga. Berkenan betul aku dengan budak perempuan ni. Nak dijadikan menantu, dah tak ada anak lelaki bujang. Masih terbayang wajah lembut dan sopan milik gadis itu. Sudahlah cantik, hormat orang tua pula tu. Apa kerjanya? Makin berminat. Kalau kakaknya sendiri dah berkenan, mesti budak perempuan tu memang betul-betul bagus. Cikgu. Ayahnya pun cikgu juga. Tapi dah pencen, beritahu Hajah Mariam dengan berhati-hati.

29

Jangan Merajuk Sayang

Datin Hajah Maria diam seketika. menguntum senyum. Elok sangatlah tu.

Bibirnya

Macam mana? Setuju tak? tanya Hajah Mariam minta kepastian. Adiknya tidak menjawab, tetapi dia mengangguk perlahan. Hajah Mariam ukir senyum. Puas hati. Kalau macam tu, esok kita pergi rumah dia, kata Hajah Mariam bersemangat. Bulat mata Datin Hajah Maria. Esok? Tak cepat sangat ke Yam? Mana sempat nak buat persediaan. Kurang-kurang pun kena ada sirih junjung. Bukannya nak pergi tengok anak kucing. Kita pergi kenal-kenal aje. Bukannya nak pergi meminang. Kau ni pun, tengoklah dulu orangnya macam mana. Cantik ke tak, berkenan ke tak, ujar Hajah Mariam sambil tersenyum. Ya tak ya juga. Okey kalau macam tu, esok kita pergi. Kata Hajah Maria teruja. Macam tak sabar nak tunggu esok. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

MINUMAN bergas di dalam gelas diteguk rakus. Muzik yang membingitkan telinga langsung tak dihiraukan. Nampak sangat dah biasa. Kepala digoyang-goyangkan mengikut irama. Perempuan-perempuan seksi yang lalu-lalang di depan matanya dipandang dari atas ke bawah. Rezeki, siapa yang tak nak? Dah mereka tunjuk, tengok sajalah. Hai! Abang sorang aje? Nak saya temankan? tegur seorang perempuan dengan pakaian tidak cukup kain.

30

Lynn Allyna

Manja bunyinya. Bau semerbak menggetarkan jiwa lelaki.

minyak

wangi

bisa

No, its okay. I tunggu kawan, tolak Ryzal. Ikutkan hati, mahu dilayan aje, tapi dia tak nak perang dunia ketiga meletus nanti. Mandy bukan boleh tengok dia dengan perempuan lain. Cemburunya tak kena tempat. Kawan perempuan ke lelaki? Masih tak mahu berganjak. Bahunya digeselkan ke dada bidang milik Ryzal. Sengaja mahu menggoda. Girlfriend bisik Ryzal. Terus berubah wajah si gadis penggoda. Tetapi sempat dia kenyit mata sebelum berlalu. Namanya pun pelacur, memang handal bab goda-menggoda ni. Ryzal tilik jam. Setengah jam berlalu. Masih tidak nampak batang hidung Mandy. Tadi kata dalam perjalanan. Tetapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Nak dijemput, Mandy tak mahu. Katanya boleh datang sendiri. Ryzal bosan menunggu. Dia menapak keluar. Dia pandang kiri kanan. Masih tak nampak kelibat Mandy. Ryzal menyandarkan badannya ke dinding. Telefon dikeluarkan. Cuba dihubungi kekasih hati. Tak dijawab. Panas betul hatinya. Baik tak payah pakai telefon. Masa minta dibelikan telefon dahulu, bukan main lagi merengek. Tak nak telefon yang murah, nak yang canggih-manggih. Sebuah kereta berhenti tak jauh daripadanya. Matanya menyorot ke arah tempat duduk penumpang. Ada seorang perempuan di situ. Pemandunya adalah lelaki. Mata dikecilkan. Dia macam kenal dengan perempuan itu. Lama dia memerhati. Bukan main mesra lagi. Siap bercium mulut. Penumbuk dikepal. Segera kaki melangkah merapati kereta yang boleh tahan mewahnya itu.

31

Jangan Merajuk Sayang

Cermin kereta diketuk. Sepantas kilat penghuninya berpaling. Muka si perempuan sudah berubah riak. Masalah! Perlahan-lahan pintu kereta dikuak, tetapi cepat ditarik oleh Ryzal. Perempuan murahan ni memang nak kena ajar. Kurang ajar punya perempuan. Kau tipu aku! Pergelangan tangan perempuan berbangsa Cina itu direntap kasar, memaksanya keluar dari kereta. Sakitlah. Mandy cuba melepaskan diri. Tetapi pegangan tangan Ryzal terlalu kuat. Oh, tau pun sakit. Hatinya bengkak. Selama ini dia kena tipu dengan perempuan kaki kikis ini dan dia langsung tidak sedar? Hoi! Kau jangan kurang ajar dengan dia. Kau siapa? Pemandu kereta itu sudah berada di sebelah Ryzal. Aku siapa? Kau tanya perempuan ni. Pergelangan tangan Mandy dilepaskan. Tiba-tiba dia rasa jijik. Aku tak kenal kau. Ryzal cekak pinggang. Berkerut dahinya memandang Mandy. Tak kenal? Yang selama ni dia usung ke hulu ke hilir, siapa? Hantu Mandy? Tak guna! Tak kenal kau kata? Yang selama ni aku tanggung makan pakai kau, kau boleh cakap tak kenal aku? Membara hatinya. Memang dasar perempuan murahan. Bro, dia dah cakap tak kenal, maksudnya dia tak kenallah. Baik kau berhambus dari sini sebelum aku hilang sabar. Tubuh Ryzal ditolak. Ryzal tak melawan. Kepala diangguk beberapa kali. Baik, kalau kau betul tak kenal aku tak apa. Tapi aku nak kau serahkan semua barang yang aku dah bagi kat kau. Handphone, barang kemas, kereta, semuanya sekarang

32

Lynn Allyna

juga. Kau jangan ingat senang-senang kau boleh kikis harta aku. Langkah mayat aku dulu. Mandy tidak fikir panjang. Telefon canggih yang sudah berada di tangannya dicampak ke lantai. Begitu juga dengan gelang emas pemberian Ryzal beberapa minggu lalu. Teman lelaki barunya hanya memerhati, tetapi wajahnya penuh dengan tanda tanya. Tunggu! Aku rasa baju kau tu pun aku yang belikan. Entah-entah yang kau pakai kat dalam tu pun aku yang belikan, tempelak Ryzal dengan nada sinis. Wajah Mandy merah padam menahan marah. Perlu ke dia tanggalkan semuanya di sini? Tapi tak apa. Tak ingin aku nak ambil balik apa yang dah melekat dekat badan kotor kau tu. Aku halalkan. Tapi ingat, kau jangan berani-berani tunjuk muka kau lagi depan aku. Jari telunjuknya hampir mencucuk mata Mandy. Aku pun tak ingin nak jumpa kau lagi. Dasar kaki perempuan! Pintu kereta dihempas kuat. Menderum laju meninggalkan Ryzal yang masih bengang. Telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit itu dipijak oleh Ryzal hingga berkecai. Dia hanya mengugut. Tak sangka Mandy akan serahkan semuanya. Sakit hatinya hanya sekejap. Bukan dia tak pernah putus cinta. Lagipun, bukannya dia betul-betul cinta kepada perempuan itu. Hanya sebagai teman berhibur. Seorang pergi, berduyun lagi yang menanti. Setakat perempuan macam Mandy tu, sepuluh pun dia boleh cari. Ryzal menapak semula ke dalam pusat hiburan kegemarannya itu. Ramai lagi wanita cantik dan seksi di dalam ni. Dia kenyit mata sekali pun dah boleh sangkut. Bukannya susah sangat.

33

Jangan Merajuk Sayang

AWAL kamu balik malam ni? tegur Datin Hajah Maria. Sepantas kilat Ryzal berpaling ke arah suara itu. Nasib baik wajah mamanya yang dia nampak. Ryzal tak menjawab. Kunci kereta diletakkan ke atas almari. Berkira-kira mahu terus naik ke atas. Badannya sudah melekit. Kepala pun rasa pening dek terlalu banyak menghidu asap rokok di dalam disko tadi. Apa nak jadi dengan kamu ni Ryzal? Hari-hari balik lewat. Sembahyang entah ke mana. Kamu tu dah tiga puluh dua tahun tau tak? Datin Hajah Maria tak puas hati apabila anak terunanya hanya diamkan diri. Kesabarannya tercabar. Ma, please. Ryzal penat sangat ni. Kita bincang esok boleh? Kakinya sudah mendaki anak tangga. Bebelan si ibu hanya sepintas lalu masuk ke telinganya. Bila mama tegur, kamu marah. Bila tak ditegur, makin menjadi-jadi perangainya. Tak fahamlah mama. Geram. Ada saja alasannya nak mengelak. Okey good night mama. Ryzal terus mendaki ke atas tanpa menghiraukan bebelan mamanya. Bukan dia nak jadi anak kurang ajar, tetapi dia betul-betul penat malam ini. Sebab itu dia balik awal. Kalau tak, mahunya pukul empat pagi baru ingat nak balik. Ryzal! Datin Hajah Maria mendengus keras. Bertuah punya anak. Tetapi dia masih lagi mampu bersyukur sebab sehingga ke hari ini, tidak pernah lagi Ryzal balik dalam keadaan mabuk dan tak pernah lagi Ryzal mengusung perempuan hingga ke bilik tidur. Selewat mana pun, dia akan tetap pulang ke rumah.

34

Lynn Allyna

Mungkin cadangan kakaknya petang tadi boleh diguna pakai. Manalah tahu anaknya akan berubah apabila sudah berkahwin nanti. Tak cuba tak tahu. Tapi sanggupkah dia memperjudikan masa depan gadis itu semata-mata untuk melihat anaknya berubah? Kalau Ryzal tak berubah juga, macam mana? Atau Ryzal mempersiakan hidup gadis itu? Dia akan rasa bersalah seumur hidupnya nanti. Ah, tak cuba tak tau. Mata yang sudah mengantuk sejak dari tadi tidak dapat ditahan lagi. Segera kakinya melangkah ke atas. Suaminya sudah lama dibuai mimpi. Hanya dia yang masih setia menanti kepulangan anak teruna tersayang.

35

Jangan Merajuk Sayang

Bab 5
ATIN HAJAH MARIA kelihatan gelisah. Entah apa yang dia risaukan pun tak tahu. Macam nak pergi jumpa permaisuri raja lagaknya. Hajah Mariam geleng kepala. Mesti adiknya tak lena tidur semalam kerana memikirkan hal ini. Apa yang kau takutkan sangat ni, Maria? Cuba bawa bertenang sikit. Hajah Mariam tenang memandu. Rumah yang mereka hendak pergi ini bukannya jauh sangat. Lagipun satu negeri. Daerah pun bersebelahan saja. First time, Yam. Kau dah biasa. Anak kau semua dah kahwin. Macam-macam yang bermain dalam kepala. Apa dia nak cakap? Kau ni pun, kita ni nak pergi jumpa orang. Bukannya nak jumpa singa. Kau jangan risaulah. Aku, kan ada. Lagipun Hajah Asmah tu baik orangnya. Aku kenallah dia tu. Tak adanya dia nak halau kau kalau kau salah cakap. Hajah Mariam cuba menenangkan adiknya. Baru nak pergi berkenalan. Bukannya nak pergi meminang.

36

Lynn Allyna

Aku bukannya apa, Yam. Kau taulah anak aku tu macam mana. Bukannya macam anak orang lain. Itu sebenarnya yang dia risaukan. Sejak semalam dia fikirkan perkara itu. Betul ke langkah yang dia ambil ini? Tak rasa macam pentingkan diri sendiri ke? Kenapa? Si Ryzal tu tak ada hidung? Tak ada tangan? Hajah Mariam tahu apa maksud adiknya itu. Bukan itu maksud aku. Ryzal tu liar budaknya. Sembahyang ke mana, tanggungjawab ke mana. Aku takut, budak perempuan tu terseksa nanti, Yam. Kau pun cakap dia tu baik orangnya. Tak ke nanti kita menyusahkan dia? Perangkap dia semata-mata nak ubah perangai Ryzal tu? Kalau Ryzal tu berubah jadi baik, tak apalah juga. Kalau sebaliknya? Kerisauan di hati terluah akhirnya. Dia tak mahu ada yang terluka disebabkan anaknya. Ryzal bukannya boleh ditegur lebih-lebih. Nasihatnya sendiri tak nak didengar, apatah lagi nasihat orang lain yang dia tak kenal. Maria, tak cuba tak tau. Mana tau, Ryzal berkenan dengan budak perempuan tu? Lagipun, budak perempuan ni cikgu. Rasanya dia tahu cara nak ajar anak teruna kesayangan kau tu, tambah Hajah Mariam. Kereta dibelok memasuki simpang. Sudah tak jauh. Cuma beberapa meter di hadapan. Hah, dah sampai pun. Jom. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. Adiknya masih di dalam. Eh, kenapa tak nak keluar? Jomlah, nanti lambat pula. Hajah Mariam geleng kepala. Apalah yang Si Maria ni takutkan sangat? Bukannya nak masuk rumah hantu. Rumah kat depan ni bukan main cantik lagi. Lambat-lambat, Datin Hajah Maria keluar. Rumah yang agak besar di hadapannya dipandang. Halaman

37

Jangan Merajuk Sayang

rumahnya bersih. Pokok-pokok bunga tersusun cantik. Suka dia tengok. Assalamualaikum... seru Hajah Mariam. Tak lama kemudian, seruannya bersambut. Seorang wanita yang hampir sebaya dengannya muncul. Hajah Mariam menarik tangan adiknya mendekati pintu utama. Waalaikumussalam. Ya Allah, Hajah Yam. Mari masuk. Maaflah dah tua-tua ni, mata pun tak berapa nak nampak. Huluran tangan tetamu disambut mesra. Tubuh mereka bersatu. Lama betul tak jumpa. Perkenalan hampir setahun lepas membuatkan mereka jadi rapat. Samalah kita, Kak Mah. Maaflah, Yam datang tak bagitau. Ini kenalkan adik Yam, Maria. Huluran tangan Datin Hajah Maria disambut. Sudah dia agak. Wajah mereka memang seiras. Apa khabar? tanya Hajah Asmah memulakan perbualan di antara mereka. Baik. Alhamdulillah. Gementar di hati Datin Hajah Maria sedikit berkurang apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Hajah Asmah. Masuklah. Tak ada orang pun kat rumah. Anakanak semua kerja. Cucu pun pergi sekolah. Hajah Asmah mendahului tetamu-tetamunya masuk ke dalam rumah. Cantik rumah Kak Mah, puji Datin Hajah Maria. Susun atur perabotnya kemas. Bersih. Ada gambar keluarga yang tergantung di dinding. Lama Datin Hajah Maria pandang. Keluarga yang agak besar. Deretan cucu-cucu di dalam potret keluarga itu membuatkan Datin Hajah Maria mengandaikan yang hampir semua anak-anak Hajah Asmah sudah berumah tangga.

38

Lynn Allyna

Duduklah Yam, Maria. Akak ke dapur sekejap. Hajah Asmah tak tunggu lama. Terus saja kakinya melangkah ke dapur. Tetamu yang datang perlu diraikan kerana tetamu datang bersama rezeki. Besar juga keluarga Kak Mah ni ya? Anak cucu pun dah berderet. Satu per satu gambar yang tergantung di dinding diperhatikan. Gambar anak-anaknya lengkap berpakaian jubah konvokesyen. Ada enam kesemuanya. Semua anaknya berjaya. Bertuahnya. Kalau tak silap, anaknya ada enam orang. Lima perempuan. Hajah Mariam turut sama memerhati gambargambar yang tergantung. Sejuk hati melihat potret keluarga yang begitu sempurna. Mereka nampak sangat bahagia. Teringat anak-anak yang jauh di mata. Datin Hajah Maria bangkit dari duduknya. Dia mendekati meja sederhana besar yang menempatkan beberapa keping gambar yang cantik berbingkai. Seronoknya dia tengok. Mesti meriah keluarga ini kalau semua anak cucu berkumpul. Dia tak pernah rasakan semua itu. Anaknya cuma dua. Dua-dua pun belum berumah tangga lagi. Cucu jauh sekali. Tangannya mencapai sekeping gambar yang berbingkai perak. Gambar seorang gadis manis sedang tersenyum. Cantik. Sopan bertudung dan berbaju kurung. Adakah ini gadis yang dikatakan oleh kakaknya? Memang tak salah penilaian kakaknya. Dalam gambar pun dah boleh nampak sopan santunnya. Ini ke gadisnya, Yam? Gambar itu ditunjukkan kepada Hajah Mariam. Beberapa saat kemudian, Hajah Mariam senyum dan mengangguk. Inilah gadisnya.

39

Jangan Merajuk Sayang

Cantik. Patutlah kau pun berkenan, puji Datin Hajah Maria. Ini belum tengok tuannya sendiri. Ikutkan hati, sekarang juga dia nak masuk meminang. Itu gambar anak bongsu akak. Hajah Asmah datang dengan menatang dulang berisi minuman dan kuihmuih. Nasib baik dia ada buat kuih pagi tadi. Memang rezeki tetamunya. Cantik orangnya. Dah kahwin ke? Sengaja Datin Hajah Maria bertanya walaupun dia sudah lebih daripada tahu. Kalau tak, tak adalah mereka datang ke sini hari ini. Belum lagi. Itulah yang akak peningkan sekarang ni. Umur dah nak masuk tiga puluh tapi masih lagi tak kahwin-kahwin. Bukan nak membuka pekung di dada, tapi kerisauannya tidak dapat disembunyikan. Senyuman Datin Hajah Maria dan kakaknya makin melebar. Nampaknya tak sia-sia mereka datang. Biasalah tu kak. Orang bekerja. Dah tak jadi hal kalau kahwin umur tiga puluh, balas Hajah Mariam. Dia memandang sekilas ke arah adiknya yang kelihatan makin selesa. Bagi dia biasalah. Kita ni sebagai orang tua, rasa juga risaunya. Jemput minum Yam, Maria, pelawa Hajah Asmah. Kedua-dua tetamu mengangguk. Haruman teh menusuk ke hidung. Kuih sagu berwarna merah itu juga nampak menyelerakan. Akak buat ke kuih ni? tanya Datin Hajah Maria sekadar mengambil hati. Rasanya dah tak sabar-sabar nak bertanyakan hal yang sebenar. Tujuan utama kedatangan mereka ke sini.

40

Lynn Allyna

Haah buat lagi untung. Anak-anak dengan cucu ramai kat rumah ni. Kalau nak beli, banyak pula. Baik buat aje. Dia dah biasa sediakan makan minum. Dah berpuluh tahun dia buat semua itu. Bila tak buat, lain macam pula rasanya. Oh, siapa lagi yang tinggal dengan akak kat sini? Makin rancak Datin Hajah Maria bertanya. Hajah Mariam hanya membiarkan. Anak akak yang kelima dengan yang bongsu tu. Yang nombor lima tu dah ada dua anak. Dah nak masuk yang ketiga pun. Ada dia orang, tak ada la sunyi sangat. Walaupun kedua-dua cucunya itu agak lasak, tapi dia tak kisah. Lebih rela begitu daripada tinggal berdua saja dengan suami. Bosan. Abang haji mana? Giliran Hajah Mariam pula bertanya. Ke mana lagi kalau tak ke kebunnya. Tengah hari baru balik. Kebun mereka hanya terletak beberapa meter dari rumah. Suaminya, Haji Zailani memang tak betah duduk tanpa buat apa-apa. Setiap hari mesti ke kebun. Rajin betul abang haji tu. Dah biasa. Lepas pencen, makinlah dia rajin ke kebun. Ada baiknya juga. Bila tiba cuti sekolah, seronoklah cucu-cucu mereka. Macam-macam buah yang ada. Seharian duduk di kebun pun mereka sanggup. Si atuk pun suka melayan. Elok benarlah. Anak akak yang bongsu tu belum ada yang punya ke? tanya Hajah Mariam. Dia tak pandai nak berkias-kias. Datin Hajah Maria menjeling ke arah kakaknya. Kemudian berpaling semula kepada Hajah Asmah. Mengharapkan jawapan yang boleh melegakan hatinya.

41

Jangan Merajuk Sayang

Entahlah, Yam. Bila ditanya, katanya tak ada. Bila dikenalkan dengan mana-mana lelaki, tak nak terima pula. Tak faham betul orang muda zaman sekarang ni. Hajah Asmah tak syak apa-apa. Biasalah kalau orang bertanya pasal anak-anak. Lagipun Hajah Mariam kenal dengan anaknya. Apa namanya kak? tanya Datin Hajah Maria pula. Kakaknya tak pernah pula bagi tahu. Siti Fatimah Adrianna. Sedap namanya. Orangnya pun cantik. Bertuah siapa yang dapat, puji Datin Hajah Maria. Siti Fatimah Adrianna. Secantik orangnya. Kami semua panggil Siti aje. Adrianna tu, kakakkakaknyalah yang letak. Moden sikit katanya. Akak ikutkan aje. Dia memang berniat nak namakan anaknya itu dengan nama Siti Fatimah semasa mengandungkannya. Sempena nama anak Rasulullah. Akak, rasanya eloklah kami ni berterus terang aje. Cakap banyak-banyak pun tak ada gunanya. Sudahlah kami datang ni mengejut. Menyusahkan akak aje. Hajah Mariam mainkan peranannya. Dia tahu, adiknya memang dah tak sabar-sabar. Ish, tak ada la menyusahkan. Akak pun memang tak ada buat apa-apa masa macam ni. Apa halnya? Macam penting sangat aje bunyinya. Apa hajat sebenar tetamunya ini? Kami datang ni ada hajat. Besar jugalah hajat kami ni, ujar Hajah Mariam dan kemudiannya berjeda. Hajah Asmah menunggu patah kata seterusnya. Hajat besar? Adik saya ni sebenarnya dah berkenan dengan anak

42

Lynn Allyna

dara akak. Jadi, kami datang ni nak tanyalah kalau-kalau anak akak tu dah ada yang punya. Kalau tak ada, kami ni berhajatlah nak menyunting anak dara akak untuk anak teruna kami. Terasa lega bebanan di dada Hajah Mariam. Datin Hajah Maria tak lekang dengan senyuman. Hajah Asmah masih lagi terkesima. Macam tak percaya. Maksud kamu, Siti Fatimah? Adakah bermimpi? Anak daranya sedang dilamar orang. dia

Yalah. Ke akak ada anak dara lain lagi? soal Hajah Mariam bergurau. Ketiga-ketiganya ketawa kecil. Akak tak tau nak cakap apa. Tapi akak tak bolehlah nak pandai-pandai terima lamaran Yam dengan Maria ni. Akak kena juga tanya dengan Siti. Yalah, yang nak kahwinnya dia, bukan kita. Walaupun dia pernah kata yang dia akan terima saja siapa-siapa yang masuk meminang, tapi tak sampai hati rasanya nak paksa anaknya dengan cara sebegini. Kami pun tak paksa, kak. Apa-apa pun mesti kena tanya tuan punya badan juga. Insya-Allah, kalau dah jodoh budak-budak tu, alhamdulillah, tambah Datin Hajah Maria. Perkara macam ni tak boleh nak dipaksa-paksa. Banyak masalahnya nanti. Insya-Allah. Akak harap pun macam tu juga. Dah lama sangat akak nak tengok anak bongsu akak tu naik pelamin. Harap kali ni dia tak menolak lagi. Hajah Asmah betul-betul berharap. Jika dilihat daripada ibunya, anak Maria mesti baik juga. Kalau macam tu, kami balik dululah kak. Dah

43

Jangan Merajuk Sayang

lama benar kami kat sini. Ganggu akak aje. Jam menunjukkan hampir ke pukul dua belas tengah hari. Tak mengganggulah. Jemputlah datang lagi. Akak memang sentiasa ada kat rumah. Lepas ni, tak berhenti senyumlah nampaknya. Hatinya gembira tak terkata. Anak daranya dah disunting orang. Oh, ya... terlupa pula. Ini gambar anak teruna saya. Mohd Ryzal Syahmi namanya. Datin Hajah Maria mengeluarkan sekeping gambar daripada tas tangannya. Ini sahaja yang sempat dia capai pagi tadi. Dia curi-curi masuk ke bilik anaknya selepas anaknya itu keluar ke pejabat. Kacak orangnya. Insya-Allah, akak cuba pujuk anak akak nanti. Apa-apa pun, terima kasih ya Maria, Yam. Hajah Asmah sebak. Tak tahu nak kata apa. Rezeki yang dibawa oleh tetamunya memang sangat besar. Syukur Ya Allah. Kami balik dulu ya, kak. Assalamualaikum. Kedua-dua tetamu itu berlalu. Air mata yang bergenang sejak tadi menitis jua. Tak tahu macam mana nak gambarkan kegembiraan hatinya saat ini. Macam tak sabarsabar nak tunggu Siti Fatimah balik kerja. Siapa tu Mah? Tanya Haji Zailani yang baru pulang dari kebun. Dia hanya sempat tengok sekilas wajah tetamunya. Macam kenal, tetapi dia tak berapa pasti siapa. Hajah Mariam dengan adiknya. Dahi Haji Zailani berkerut. Dia tak dapat nak ingat siapa yang disebut oleh isterinya. Kenapa mereka datang? Yang awak tersenyumsenyum dari tadi ni kenapa? Pelik melihat isterinya yang tidak henti-henti senyum. Apa berita baik yang diterima isterinya?

44

Lynn Allyna

Nantilah saya cerita. Abang pergi bersihkan badan dulu. Nanti nak ke surau. Saya nak masak. Terkedek-kedek Hajah Asmah masuk ke dalam. Hajat di hati tu memang nak terus bercerita, tapi nanti dululah. Dapur masih belum berasap. Nanti anak cucu balik dari sekolah. Kesian kalau mereka lapar.

45

Jangan Merajuk Sayang

Bab 6
ITI FATIMAH memarkirkan keretanya. Penat betul hari ni. Pukul lima setengah baru boleh balik rumah. Dah melekit satu badan. Baunya, sendiri mahu ingatlah. Nasib baik bawa minyak wangi. Benda wajib tu. Baru balik Siti? tanya Hajah Asmah dengan senyum yang masih tak lekang. Siti Fatimah hanya mengangguk. Dah penat, sampai tak boleh nak bercakap. Penat? Mak buatkan air, ya? soal Hajah Asmah prihatin. Sekali lagi dia mengangguk. Agak pelik tetapi orang dah nak buatkan air, terima sajalah. Memang tengah dahaga sangat-sangat. Hah, Siti baru balik? Mak mana? tanya Siti Amirah yang sudah siap berbaju kelawar. Selesa. Maklumlah, perut makin membesar. Kat dapur, jawab Siti Fatimah. Siaran di televisyen tak menarik perhatiannya. Penat!

46

Lynn Allyna

Siti Amirah tersengih-sengih melihat adiknya. Siti Fatimah tak puas hati. Apa yang kelakar sangat dengan dia hari ni? Muka ada terconteng apa-apa ke? Diraba mukanya. Rasa melekit ada la. Perangai emaknya pun pelik. Ini mesti ada apa-apa yang dia tak tahu ni. Tak boleh jadi. Kak teh ni dah kenapa? Tersengih-sengih dari tadi. Apa yang kelakar sangat? Sudahlah dia penat, nak main tekateki pula. Tak kuasa betullah. Mana ada. Tu cerita kat TV tu kelakarlah pula, dalih Siti Amirah. Senyumnya makin melebar. Tak payah nak melawak. Bila masa pula berita terkini jadi berita lawak pula? Baik cakap cepat. Nak tipu pun agak-agaklah sikit. Berita pasal kemalangan, apa yang lawaknya? Sengal! Hajah Asmah datang dengan membawa minuman sejuk di tangan. Gelas itu disuakan kepada anak daranya. Senyuman masih tetap setia menghiasi bibirnya. Dia melirik ke arah Siti Amirah yang tersengih-sengih. Siti Amirah juga memandang emaknya. Mereka sama-sama ketawa. Siti Fatimah tidak jadi nak minum. Ini memang kes pelik. Apa mimpi pulalah dua beranak ni? Mak, kenapa ni? Dari tadi asyik senyum memanjang. Kak teh pun sama. Memang dia tak puas hati. Ayah mana? Kalau emak dan kakaknya tak nak bagi tahu, dia akan tanya ayah. Tapi kelibat lelaki itu tidak nampak di manamana. Mesti ke kedai kopi. Siti dah sembahyang asar ke? Pergi mandi dulu, arah Hajah Asmah dengan lembut. Siti Fatimah tidak segera bangun. Selagi tidak dapat

47

Jangan Merajuk Sayang

tahu apa yang disorokkan daripadanya, dia tak akan berganjak. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. SMS. Tahniah Siti. Diam-diam aje ya. Satu per satu patah perkataan pesanan ringkas itu dibaca. Makin dia tak faham. Kenapa kak long bagi mesej begitu? Pandangannya kembali terarah kepada kak teh dan emaknya. Masih lagi tersengih-sengih seperti tadi. Kenapa kak long bagi mesej macam ni? Baik cakap cepat. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa susah sangat nak cakap ni? Cakap ajelah! Bentak Siti Fatimah dalam hati. Pergi mandi dulu. Dah nak masuk maghrib ni. Hajah Asmah masih lagi ingin berteka-teki. Siti Amirah hanya mendiamkan diri. Biarlah emak sahaja yang buka cerita. Tak nak selagi mak tak nak bagitau. Degil. Rasa penat tadi hilang serta-merta dek rasa ingin tahunya. Badannya ditegakkan. Tidak sampai seminit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini daripada kak cik. Ayat yang sama maksudnya, macam mesej kak long. Makin dia pening. Kenapa dengan semua orang ni? Eee... geramnya. Kenapa nak kena rahsia sangat ni? Kak teh, baik cakap cepat! Siti Fatimah makin tidak boleh nak sabar. Dilihatnya kak teh jongket bahu. Buat-buat tengok TV. Geramnya! Tak nak bagitau sudahlah. Merajuk! Kaki dihentak kuat dan terus masuk ke dalam biliknya. Kalau tak

48

Lynn Allyna

memikirkan yang dirinya masih tak solat asar, dia akan tetap duduk di situ sampai dia dapat jawapan. Tak apa, lepas ni dia akan paksa sampai dapat tahu rahsia itu. Kesian teh tengok Siti tu, mak. Kenapa mak tak cakap aje? tanya Siti Amirah setelah Siti Fatimah berlalu. Bukan dia tak nak cakap, tapi perkara sebegitu biarlah orang tua yang sampaikan. Nantilah biar dia bertenang sikit. Dia tengah penat tu. Nanti tak pasal-pasal dia mengamuk. Kamu macam tak kenal adik kamu tu. Bukan main susah nak pujuk kalau dah merajuk. Hajah Asmah mahu mencari masa yang sesuai. Siti Fatimah mencapai tuala yang tersangkut di penyidai. Hatinya masih geram. Segera diatur langkah ke bilik air. Bermacam-macam andaian yang bermain di mindanya. Kenapa kak long dan kak cik ucap tahniah? Hari ini hari apa? Bukan hari jadinya. Bukan juga hari yang istimewa. Kenapa? Ish, tak boleh jadi. Cepat-cepat sabun yang memenuhi setiap inci tubuhnya dibilas. Mahu cepat siap dan mahu cepat-cepat tahu apa yang dirahsiakan oleh semua adik-beradiknya. Usai solat asar, Siti Fatimah terus mendapatkan emak dan kak teh yang sedang sibuk di dapur menyediakan juadah makan malam. Dia akan paksa sehabis-habisnya. Biar terungkai semuanya. Biar syak wasangka dan andaian bukanbukan hilang secepatnya daripada minda. Tak suka dibelenggu dengan perkara yang tak sepatutnya. Mak, sekarang mak kena cakap juga. Kalau tak, Siti tak nak cakap dengan mak selama seminggu, ugut Siti Fatimah. Agak-agak berkesan tak? Tak bercakap sehari pun rasa macam nak mati, inikan pula tak bercakap selama

49

Jangan Merajuk Sayang

seminggu. Dia cuma mengugut demi membongkarkan sebuah rahsia. Ish budak ni. Main ugut-ugut pula. Tak baik tau, celah kak teh. Siti Fatimah tidak peduli. Dia tetap dengan pendiriannya. Tadi pun selepas mandi, dia terima SMS yang sama lagi daripada kak ngah. Makin sakit jiwanya. Duduk dulu. Bertenang.... Hajah Asmah sudah bersedia untuk bagi tahu. Pisau yang dipegang diletakkan ke bawah. Siti Fatimah hanya menurut perintah. Mak nak Siti dengar dulu. Bertenang dan berfikir dulu sebelum Siti cakap apa-apa, tutur Hajah Asmah dengan tertib. Siti Fatimah dapat rasa ada debaran di dadanya. Kenapa? Emak pun nampak serius. Kak teh juga, walaupun masih ada senyuman di bibir wanita berbadan dua itu. Siti ingat tak Hajah Mariam? tanya Hajah Asmah. Hajah Mariam? Siti Fatimah terdiam seketika sebelum kepalanya dianggukkan. Kenapa dengan Hajah Mariam, mak? Terbayang wajah cantik milik wanita yang hampir sebaya dengan emaknya. Baik orangnya. Peramah. Dua minggu berkenalan pantas mencipta keserasian di antara mereka. Dia datang tadi. Dia datang dengan adiknya. Sesekali Hajah Asmah mengerling ke arah anaknya yang sorang lagi. Habis tu, kenapa? Biarlah dia datang. Tapi, apa kena-mengena Hajah Mariam dengan rahsia mak ni? Boleh tak berterus terang aje? Siti Fatimah makin bercelaru. Apa

50

Lynn Allyna

kaitannya pula dengan Hajah Mariam? Kesabarannya adalah terhad. Kau ni memang tak menyempat. Sabarlah. Tunggu mak cerita satu per satu, sampuk Siti Amirah. Dia geleng kepala. Elok sangatlah berkawan dengan dua anak lelakinya. Semuanya nak cepat saja. Dia datang ada hajat. Bukan hajat dia, tapi hajat adik perempuan dia. Hajah Asmah senyum. Dia tahu anaknya keliru. Hajat? Hajat apa? Nak ajak kita pergi umrah lagi? Siti on aje. Kalau hajat yang satu itu memang dia sentiasa bersedia. Memang rindu nak ke sana lagi setelah pergi kali pertama. Bukanlah. Ke situ pula dia, sangkal Hajah Asmah. Habis tu? Dia datang nak merisik Siti. Siti Fatimah terlopong. Tak berkelip dia memandang emak dan kak tehnya. Merisik? Ish, apa mak cakap ni? Nak merisik Siti buat apa? Tak naklah. Suka-suka hati nak merisik anak orang. Buat isterilah. Takkan nak buat alat mainan pula, jawab Hajah Asmah geram. Betullah budak ni. Ada ke tanya soalan macam tu. Tak naklah mak. Batang hidung pun tak kenal, nak kahwin. Suruhlah dia cari orang lain. Siti Fatimah protes. Dia tak mahu kahwin dengan orang yang dia tak kenal. Seksa nanti. Macam mana kalau lelaki itu sebenarnya orang jahat? Penyamun ke, penagih dadah ke simpang malaikat empat puluh empat. Rela dia tak kahwin. Tunggu sini. Hajah Asmah bingkas bangun dan menuju ke biliknya. Dia mahu ambil sesuatu.

51

Jangan Merajuk Sayang

Kak teh, kenapa tak cakap dari tadi? Sengaja, kan nak kenakan Siti? Geram betul. Benda macam ni pun nak rahsiakan. Siti Amirah jelir lidah. Malas nak layan adiknya. Semuanya tak nak. Semuanya tak berkenan. Entah lelaki yang macam mana dia nak. Sekali kahwin dengan orang tua baru padan muka. Nah, tengok ni. Hajah Asmah mengunjukkan sekeping gambar kepada Siti Fatimah. Siti Amirah menyibuk di belakang adiknya. Mahu juga tengok rupa bakal adik iparnya. Siti Fatimah tak terkata saat gambar itu disuakan kepadanya. Lama dia pandang. Tak dia nafikan lelaki di dalam gambar itu hampir sempurna di mata seorang wanita. Matanya, keningnya, bibirnya, hidungnya, kulit bersihnya, memang kacak. Tapi kenapa hatinya tak rasa berdebar sepertimana debaran yang dirasa saat memandang lelaki yang dia jumpa di butik Bob? Kenapa lama sangat tenung tu? Dah berkenan ke? perli Siti Amirah. Tidak dia nafikan lelaki di dalam gambar itu agak menarik. Ryzal namanya. Macam mana? Suka? soal Hajah Asmah. Dia harap sangat anaknya setuju. Dia memang dah berkenan dengan Ryzal. Ditambah pula dengan keluarganya yang baik. Nampak muka memanglah macam orang baik. Entah-entah, sebaliknya. Dia suka? Entah! Kalau terdesak sangat, mungkin dia akan setuju. Tetapi dia masih belum sampai ke tahap itu. Mak ayahnya orang baik. Dua-dua pun dah naik haji. Insya-Allah, anaknya pun mesti baik sama macam mak

52

Lynn Allyna

ayahnya. Sedaya boleh Hajah Asmah mahu yakinkan anaknya. Entah kenapa hatinya cukup kuat mengatakan lelaki di dalam gambar ini bakal jadi menantunya. Mak, iman tu tak dapat diwarisi. Mak tak ingat ke lagu Raihan tu? Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai. Sempat lagi Siti Fatimah nyanyikan lagu nasyid daripada kumpulan Raihan. Bilalah agaknya dia nak jadi serius? Perkara penting macam ni pun masih lagi sempat main-main. Tapi mak yakin, Ryzal ni baik orangnya. Takkanlah Hajah Maria tu nak pinang Siti kalau anaknya tak baik. Masih dalam usaha memujuk. Dah tak sabar rasanya dia nak telefon Hajah Mariam untuk bagi tahu keputusan anaknya. Yang pasti, keputusan itu mesti positif. Manalah tau, anak dia tu sebenarnya kaki perempuan. Sebab tu dia nak suruh anaknya kahwin cepatcepat. Takkanlah muka handsome macam ni tak ada makwe? Mustahillah mak! Siti Fatimah masih lagi dengan curiganya. Sesekali matanya melirik pada gambar di tangan. Siapa lagi kacak? Lelaki di dalam gambar ini atau lelaki di butik Bob? Hish, ada pula ke situ. Takkanlah Hajah Maria nak buat macam tu. Tak baik tuduh sembarangan. Kenapalah susah sangat anaknya ini nak setuju? Apa kerja Si Ryzal ni, mak? tanya kak teh. Entah. Lupa pula mak nak tanya. Tapi suami Hajah Maria tu ada syarikat sendiri. Mungkin anaknya kerja dengan ayahnya kut. Disebabkan terlalu teruja, dia lupa nak tanya banyak. Hanya sempat tanya nama sahaja. Orang kaya jugalah nampaknya ni. Untung siapa dapat... kan, mak? ujar Siti Amirah. Macam perli.

53

Jangan Merajuk Sayang

Siti Fatimah jeling tajam ke arah kakaknya. Apa dia kisah? Kaya ke, kacak ke, semua tu bukan jaminan untuk hidup bahagia. Mak bukannya nak paksa. Tapi mak harap sangat Siti setuju. Lagipun mak dapat rasa yang Ryzal akan jadi suami yang baik untuk Siti. Pujuk Hajah Asmah. Dia tahu anaknya mesti rasa serba salah. Siti Fatimah diam. Kalau sebelum ini emak dan kakak-kakaknya hanya perkenalkan lelaki kepadanya. Tetapi hari ini, keluarga lelaki itu sendiri datang bertanya. Kiranya macam merisik khabarlah juga. Dia jadi serba salah. Kalau dia tolak lagi kali ini, takut nanti jodoh dah tak sampaisampai. Kalau dia terima, maknanya dia tempah masalah sendiri. Siti fikirlah dulu. Mak terima apa pun keputusan Siti. Tapi mak harap Siti tak akan kecewakan mak. Ini yang dia tak suka. Mak buat dia makin serba salah.

RYZAL tak balik lagi ke? soal Datuk Haji Azizan. Waktu makan malam pun tak nampak anak lelakinya itu. Kali terakhir dia jumpa Ryzal sebelum makan tengah hari di pejabat tadi. Macam la awak tak kenal anak lelaki awak tu. Mana pernah dia balik awal. Kalau balik pun, sekejap aje. Lepas tu keluar balik. Dia buat rumah ni macam hotel, bebel Datin Hajah Maria. Sebab tu dia mahu cepat-cepat kahwinkan anaknya. Harap sangat yang Siti Fatimah akan setuju dengan permintaannya.

54

Lynn Allyna

Macam mana urusan awak pagi tadi? Budak perempuan tu setuju? Helaian akhbar dibelek satu per satu. Isterinya ada memberitahunya semalam tentang perkara ini. Dia tak membantah. Dia tahu isterinya hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Bukan budak perempuanlah bang. Siti Fatimah namanya. Siti Fatimah Adrianna. Cantik, kan nama dia? Orangnya pun cantik. Berkenan betul saya. Macam nak suruh Si Ryzal tu nikah esok aje. Bersemangat Datin Hajah Maria bercerita. Masih terbayang wajah manis milik Siti Fatimah. Dia yakin, Siti Fatimah dapat merubah anaknya. Awak tu semuanya pun cantik. Awak dah tanya Ryzal macam mana? Macam mana nak tanya, tuan badan tak balik lagi. Nantilah saya tanya dia. Senyum tidak lekang di bibirnya. Dia akan pastikan Ryzal akan setuju. Anak dara awak tu ke mana pula? Biasanya riuh aje suaranya. Anak perempuan yang sudah menjadi tunangan orang, tetapi perangai masih sama macam sepuluh tahun dahulu. Manja. Keluar dengan tunangnyalah. Melekat dua puluh empat jam. Rimas saya tengok. Dilarang nanti, merajuk pula. Ini lagi seorang. Manja sangat. Marah tak boleh, tegur tak boleh. Pening kepalanya. Ikutkan hati, nak saja dia kahwinkan mereka. Kalau macam tu, kita kahwinkan sekali dengan abangnya. Senang. Hmmm... saya cadang pun memang nak buat macam tu. Kita pun tak pening kepala. Duit pun boleh jimat. Bila difikir-fikir, macam tak sabar nak tunggu semuanya berlangsung. Lagi cepat lagi bagus.

55

Jangan Merajuk Sayang

AWAK dah bagitau Siti? Haji Zailani menghirup kopi yang dibuat oleh isterinya. Memang sudah jadi kebiasaannya lepas pulang dari solat isyak di masjid. Dah, petang tadi. Tapi abang tahu ajelah Siti tu. Bukannya senang dia nak terima. Sebelum ni pun, dah berapa banyak dia tolak, luah Hajah Asmah. Sampai sekarang anak daranya masih belum beri kata putus. Terima atau tolak. Dia pula jadi tidak sabar. Belum jodoh dia lagi. Nak buat macam mana. Tunggu ajelah. Haji Zailani lebih bersikap terbuka soal jodoh anak-anaknya. Baginya, semua itu kerja Tuhan. Saya bukan apa bang, bukannya nak paksa dia kahwin. Tapi saya kesian tengok dia. Umur dah dua puluh lapan, tapi masih lagi tak ada suami, tak ada anak. Saya ni jadi tak senang duduk. Hajah Asmah mengeluh perlahan. Walaupun kerap kali Siti Fatimah kata dia tak kisah hidup sendiri, tapi hati keibuannya tak senang. Seboleh mungkin dia mahu anaknya itu berkahwin sementara hayatnya masih ada. Kita pun bukan makin muda. Entah esok lusa dijemput Tuhan. Saya sentiasa berdoa yang saya dapat tengok Siti nikah, sambung Hajah Asmah. Kerap kali juga dia timbulkan hal itu di hadapan Siti Fatimah. Kita doakan aje yang terbaik buat dia. Haji Zailani juga punya impian yang sama seperti isterinya, tetapi dia lebih senang berdiam diri. Menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Saya harap sangat yang Siti akan terima lamaran ni. Saya takut, kalau dia tolak lagi kali ni, dia akan membujang selama-lamanya. Berkenan betul saya dengan Ryzal tu. Walaupun tak pernah jumpa, tapi saya dapat rasa

56

Lynn Allyna

yang dia tu seorang yang baik. Keluarga pun orang baik-baik. Harap-harap Siti tak kecewakan saya kali ni. Harapan yang menggunung. Dah tak tahu macam mana nak yakinkan anaknya supaya bersetuju dengan lamaran ini. Ikutkan hati, sekarang juga dia nak telefon Hajah Maria dan bagi tahu yang anaknya sudah setuju dengan lamaran itu. Dia tak mahu tunggu lama-lama. Kalau boleh, bulan depan juga dia nak langsungkan pernikahan Siti. Siti, apa Siti buat kat sini? Tegur Siti Amirah. Siti Fatimah berdiri tegak tidak berganjak. Dah lama dia berdiri di pintu dapur. Hajat di hati nak minum air, tapi kakinya tak sempat nak melangkah ke dapur apabila terdengar perbualan ayah dan emaknya. Satu per satu dia dengar. Luluh rasa hati. Seluruh badan rasa menggeletar. Tak ada apa-apa, kak teh. Ingatkan nak minum air, tapi tak jadilah. Sakit perut pula. Siti Fatimah berlalu pergi. Cukuplah setakat itu dia dengar. Dia dah tak boleh nak fikir apa-apa. Antara kemahuan diri dan permintaan bersungguhsungguh emaknya. Siti Amirah memerhati tingkah adiknya. Macam ada yang tak kena. Ini mesti kes petang tadi. Tak apalah, nanti saja dia tanyakan. Pintu bilik ditutup rapat. Punggung dihenyak ke katil. Bantal dipeluk erat. Cuba memikirkan sesuatu yang lain, tetapi dia tak mampu. Kata-kata emaknya tadi terngiangngiang di corong telinga. Macam mana ni? Dia tak nak kahwin dengan Ryzal. Dia tak kenal Ryzal. Tapi macam mana dia nak tolak permintaan emak yang ternyata ingin Ryzal jadi menantunya? Aduh, gawat!

57

Jangan Merajuk Sayang

MATANYA pedih menahan rasa mengantuk. Entah untuk kali yang keberapa dia tilik jam di dinding. Hampir mencecah ke pukul dua pagi. Masih tak ada tanda-tanda anaknya balik. Sudah dihantar pesanan ringkas menyuruh anak terunanya itu pulang awal sikit hari ini. Langsung tak diendah. Memang nak kena anaknya ini. Tak apa, kalau anaknya itu boleh buat sesuka hati, dia pun boleh. Kita tengok siapa yang lagi hebat. Mata Datin Hajah Maria sudah hendak terpejam, tetapi pantas kembali celik saat telinganya menangkap deruman enjin kereta milik Ryzal. Pandai pun nak balik. Siaplah dia lepas ni! Lima minit dia menunggu anak bujangnya itu membuka pintu. Apalah yang dibuat lama benar di luar. Hatinya sudah tidak sabar. Awal balik, Ryzal? perli Datin Hajah Maria. Dilihatnya Ryzal seperti biasa diam tidak menjawab. Bau rokok kuat menusuk hidungnya. Mesti dari pusat hiburan. Geramnya! Mama ada perkara penting nak bincang dengan Ryzal. Duduk dulu, arah Datin Hajah Maria, tetapi masih tidak diendah oleh Ryzal. Kakinya sudah melangkah ke tangga. Ryzal! Mama cakap duduk dulu! Kali ini nada suaranya agak kuat. Ryzal kembali berpaling ke arah mamanya. Dia mendengus geram. Dia penat. Penat melayan perempuanperempuan di kelab malam itu menari. Masih dapat dirasa liuk-lentuk tubuh mereka. Kenapa ni mama? Esok tak boleh cakap ke? Ryzal penatlah. Esok nak kerja. Masih tidak berganjak dari tempatnya.

58

Lynn Allyna

Oh, ingat pun esok nak kerja. Habis tu, hari dah nak subuh baru kau ingat nak balik tu kenapa? bebel mamanya. Ryzal terduduk di atas tangga. Dia benar-benar penat. Terpaksa pula dengar bebelan mamanya. Rimas! Ma, please. Kalau setakat mama nak membebel, Ryzal janji esok mama boleh bebel puas-puas. Tapi sekarang, tolong benarkan Ryzal naik. Ryzal penat sangat ni rayu Ryzal. Tolonglah faham. Mama tak nak dengar janji kamu. Mama dah buat keputusan. Mama nak kamu kahwin. Apa nak jadi pun, jadilah! Ryzal kena ikut arahannya. Selama ini, dia saja yang mengikut kata anak. Apa mama mengarut malam-malam ni? Ryzal, kan dah cakap, Ryzal tak sedia nak kahwin lagi. Lagipun, Nadia nak kahwin tak lama lagi, kan? Samalah juga tu. Mama akan dapat menantu juga. Perkara yang paling dia tak nak dengar. Tahun depan cakap boleh tak? Mama tak kira. Kamu setuju ke tak setuju, kamu kena kahwin juga. Mama dah carikan calon. Keputusan muktamad. Dia tak mahu dengar rayuan. Tak akan dilayan. Mama, apa ni? Mama sebenarnya dah mengantuk. Sebab tu cakap yang bukan-bukan. Apa kata kita naik atas, tidur. Esok kita cakap lagi, ya? Ryzal cuba pujuk mamanya. Tak payah susah-susah carikan calon untuknya. Pandaipandailah dia cari sendiri. Mama serius. Mama dah pergi rumah budak perempuan tu tadi, beritahu Datin Hajah Maria dengan tegas. Ryzal makin pening. Dia pegang kepala. Dah kenapa dengan mamanya? Kenapa mama tak tanya dia dulu? Mama,

59

Jangan Merajuk Sayang

kenapa mama buat keputusan sendiri? Kenapa tak tanya Ryzal dulu? Tak, Ryzal tak setuju. Mama tolong batalkan semua ni. Ryzal tak akan setuju. Jangan harap dia akan setuju. Kenapa tak tanya Ryzal? Selama ni, pernah Ryzal tanya mama, tanya papa sebelum Ryzal buat keputusan? Pernah Ryzal endahkan segala nasihat mama, teguran papa? Selama ini mama dengan papa ikutkan apa saja kemahuan Ryzal. Sekarang, mama nak Ryzal ikut arahan mama dan papa! Dadanya berombak geram. Dia tahu anaknya akan memberontak, tetapi dia terpaksa buat begini. Mama! Semua ni tak masuk akal. Sekarang ni bukan zaman dulu-dulu. Mana ada mak bapak aturkan perkahwinan anak-anak lagi! bentak Ryzal. Ini soal kehidupannya. Mana boleh mamanya tentukan. Mama tak nak dengar apa-apa. Apa yang mama tahu, Ryzal Syahmi akan kahwin dengan Siti Fatimah. Keputusan muktamad. Rayuan anaknya tak akan didengar. Mama! Datin Hajah Maria tak nak dengar apa-apa lagi. Laju dia menghayun langkah mendaki tangga. Setitis demi setitis air mata yang ditahan mengalir. Tak pernah dia marah sampai begini. Dia tahu memang silap dirinya. Ryzal berani melawan cakapnya sebab dia yang didik Ryzal begitu. Nak ubah sekarang pun tak guna. Dah terlambat. Ryzal tak puas hati. Sofa ditumbuk sekuat hati. Siti Fatimah! Perempuan kampung mana yang mama dah kutip untuk dijadikan calon isterinya? Tidak, jawapannya tetap tidak!

60

Lynn Allyna

Bab 7
ITI FATIMAH betul-betul tak ada mood hari ini. Berita tergempar yang diterimanya semalam betul-betul buat hidupnya kucar-kacir. Di sekolah, tak pasal-pasal anak murid yang tak bersalah jadi mangsa bebelan pedasnya. Nasiblah! Firdaus pun jadi mangsa sekali. Lantaklah! Memang padan dengan muka mamat tak reti bahasa tu. Dah tahu orang tengah banyak kerja, nak juga menyelit. Mana tak naik angin. Kau ni dah kenapa mak cik? Dari tadi aku tengok monyok aje. Macam ayam berak kapur dah muka kau tu. Cuba senyum sikit. Bob rimas tengok muka Siti Fatimah asyik muncung dari tadi. Dia nak buat kerja pun tak senang. Pandailah kau. Ayam berak kapurlah. Cicak sembelitlah. Macamlah kau pernah tengok. Nak buat lawak pun biarlah kena sikit. Tak ada perasaan nak gelak. Kau ni pun, nama aje cikgu sekolah. Peribahasa pun tak tahu! tempelak Bob. Tangannya ligat menyulam manik-manik di baju yang ditempah oleh pelanggan.

61

Jangan Merajuk Sayang

Aku cikgu matematik. Bukannya cikgu bahasa Melayu. Sedaya mungkin dia nak lupakan berita semalam. Macam-macam dia buat. Cuba sibukkan diri dengan kerja, tapi tak jalan juga. Rimas dibuatnya. Aku taulah. Ni, kau tak nak cerita kat aku ke apa masalah kau? Manalah tahu aku boleh tolong. Tolong dengar pun kira jadilah, kan? Risau pula dia tengok keadaan Siti Fatimah begitu. Nampak daripada gayanya, macam penyakit kronik. Datang bulan ke? Mak aku suruh aku kahwin. Siti Fatimah mengeluh berat di hujung kata-katanya. Bob jugalah jadi tempat meluahkan perasaannya. Walaupun kadang-kadang sakit hati juga dengar nasihat gila-gila mamat lembut ni. La... itu ke sebabnya? Habis tu, apa masalahnya? Kahwin ajelah. Itu pun susah. Tak faham betul dengan minah senget sorang ni. Nak suruh kahwin pun jadi masalah. Orang lain berebut-rebut nak kahwin, dia boleh pula tak nak kahwin. Ini yang aku malas nak cerita dengan kau ni. Membazir air liur aje. Dahlah. Aku nak baliklah macam ni. Merajuk. Orang tengah stres, dia boleh buat main-main pula. Tumbuk sebiji baru tahu. Yalah. Dah mak kau suruh kahwin, apa yang kau nak susahkan sangat? Dia ada carikan calon untuk kau ke? Tak payah nak mengada-ada. Merajuklah konon. Dah. Itulah masalahnya. Aku tak ada feellah dengan mamat tu. Muka macam mamat poyo aje. Bayangbayang wajah lelaki yang bernama Ryzal itu samar-samar di pandangannya. Dia tak simpan gambar Ryzal. Diserahkan kembali kepada emaknya. Tak kuasa nak simpan. Buat menyemak aje.

62

Lynn Allyna

Jadi, kau dah tengoklah calon suami kau tu? Handsome, tak? Bob berhenti menjahit manik-manik. Cerita Siti Fatimah macam makin menarik pula. Entah, biasa aje aku tengok. Masalahnya sekarang, aku tak nak kahwin dengan dia. Aku tak kenal dia. Macam mana aku nak kahwin? Siti Fatimah sudah nak menangis. Sungguh-sungguh dia tak nak kahwin dengan Ryzal, tetapi bila mengingatkan harapan emaknya, jadi sesak dadanya. Apa nama dia? Bob seakan-akan tak kisah dengan rintihan Siti Fatimah. Dia lebih berminat nak dengar mengenai bakal suami Siti Fatimah. Macam dah terbayang baju pengantin yang nak dibuat untuk Siti Fatimah. Mesti meletop. Ryzal. Bob, aku tengah cerita benda lain, boleh pula kau tanya benda lain. Kau nak tolong aku ke tak nak ni? Geram betul. Tadi cakap nak tolong. Aku nak siasatlah dulu bakal suami kau tu. Lepas tu barulah aku fikirkan cara nak tolong kau, jawab Bob sambil tersengih. Siti Fatimah menjeling tajam. Banyaklah nak siasat. Nak menggatal tu maksudnya. Ryzal. Sedap juga nama dia. Cuba kau cakap dengan aku kenapa kau tak suka dengan dia. Kau bagi sepuluh sebab pun dah tak apa, kata Bob dengan selamba. Siti Fatimah jegil mata. Kau gila? Tak ada la. Aku gurau aje. Hah, cepatlah bagitau. Kenapa kau tak suka Ryzal? Kalau tak suka, boleh bagi kat mak aje, usik Bob. Gedik! Siti Fatimah jelir lidah. Sebab aku tak sukalah. Okey, cuba kau bayangkan.

63

Jangan Merajuk Sayang

Kau tak kenal pun orang tu. Batang hidung pun tak pernah nampak. Tup-tup, kau kena kahwin dengan dia. Tak ke gila? Dibuatnya dia tu ada sawan ke, perogol ke, perompak ke? Eh, silap-silap hari bulan, aku yang sawan tau. Masih lagi dengan prasangka buruknya. Seminit pun dia tidak boleh nak berfikiran positif. Kau ni pun satu. Yang kau pergi fikir yang burukburuk tu kenapa? Takkanlah mak kau tu desperate sangat nak suruh kau kahwin sampai dah tak boleh pilih yang mana baik yang mana jahat? Lagi satu, kalau mamat tu sewel ke, perogol ke, perompak ke, takkanlah mak dia tu jahat sangat nak bagi anak dia tu kat kau? Apalah perempuan ni. Sengal! bebel Bob. Siti Fatimah makin monyok. Nampaknya Bob tidak menyebelahi dia. Menyampah! Tapi aku tak kenal dia, Bob. Aku tak nak salah pilih. Kahwin bukan sehari dua. Kalau boleh, untuk selamalamanya. Sampai ke syurga. Siti Fatimah punya impian. Impian mengenai perkahwinan. Dia harap sangat yang dia dapat memiliki seorang lelaki bergelar suami sehingga ke akhir hayatnya. Cukup seorang lelaki. Tapi kau boleh berkenalan dengan dia, kan? Itu, pun jadi masalah. Apalah kau ni. Sebelum kau kahwin, kau jumpalah dia dulu. Kenal dulu. Lepas tu, kau buatlah keputusan. Siti Fatimah tidak menjawab. Bob pun hairan. Takkan itu pun tak boleh fikir? Kalau dah tak nak tu, macam-macamlah alasan. Aku takutlah Bob. Mak aku mengharap sangat yang aku kahwin dengan Ryzal. Macam mana nanti kalau lepas jumpa pun aku tak berkenan dengan dia? Takkan aku nak terima juga dia jadi suami aku? Dan kalau aku tolak,

64

Lynn Allyna

macam mana pula dengan mak aku? Aku betul-betul buntu. Air matanya bergenang. Sesaat dua, air jernih itu mengalir membasahi pipinya. Mak cik, cuba kau fikir postif sikit. Sikit aje... aku tak minta banyak. Cuba kau bayangkan lepas kau jumpa dia, kau suka dengan dia. Lepas tu kau kahwin dengan dia. Mak kau pun gembira, kau pun bahagia. Boleh tak? Bob geleng kepala. Asyik nak fikir negatif aje. Bilalah nak maju. Aku pun harap benda yang sama Bob, tapi aku tak boleh paksa hati aku ni untuk berhenti memikirkan pelbagai kemungkinan yang mungkin boleh berlaku. Air mata diseka. Siapa yang tak nak bahagia? Siti, macam nilah. Satu aje yang aku boleh nasihatkan kau. Kau jumpa dulu Ryzal. Lepas kau dah jumpa dia, kau buatlah keputusan. Kalau kau tolak sekalipun lamaran tu, at least kau dah ada alasan yang kukuh, nasihat Bob. Baju pelanggan diletakkan ke bawah. Dia pandang wajah kasihan Siti Fatimah. Susah betul Siti Fatimah nak jatuh cinta. Tak tahulah kenapa. Siti Fatimah diam. Sebetulnya memang begitu caranya. Tetapi dia tetap juga bimbang. Macam mana kalau sebenarnya, Ryzal juga dipaksa berkahwin oleh ibunya? Macam mana kalau dia terjatuh hati dengan Ryzal dan Ryzal tak sukakannya? Takkan dia nak kahwin dengan orang yang tak cintakannya? Makin terseksa nanti. Ya Allah berilah aku sedikit petunjuk. Aku balik dululah, Bob. Dah nak maghrib ni. Tengoklah macam mana nanti. Anyway, thanks sebab sudi dengar masalah aku. Ni yang aku sayang kat kau ni. Beg tangan dicapai. Baju kurung yang masih setia melekat di badannya dibetulkan.

65

Jangan Merajuk Sayang

Bob juih bibir. Meluat. Bila aku bagi nasihat, kau sayanglah. Bila aku kutuk, kau menyampah macam nak suruh aku mati. Ujar Bob sekadar bergurau. Siti Fatimah senyum sebaris. Siapalah yang tahan dengan mulut celopar kau?

RYZAL masih tak puas hati. Badan dihempas kuat ke kerusi. Dah nak masuk maghrib, tapi dia masih lagi di pejabat. Sesuatu yang sangat jarang dilakukan. Biasanya pukul lima dah lesap daripada pandangan. Bukan terus pulang ke rumah, tetapi melepak di mana-mana dengan kawannya. Tetapi hari ini dia tak ada hati nak buat semua tu. Nak balik rumah lagilah dia malas. Geramnya masih terasa. Geng, apehal dengan kau ni? Kau tak nak balik lagi ke? tegur Norman. Dia sudah berkira-kira mahu pulang, tetapi langkahnya terhenti di hadapan bilik Ryzal. Masih berpenghuni. Pelik. Kau balik ajelah dulu. Aku banyak kerja ni. Ryzal buat-buat buka fail di atas meja. Tetapi pandangannya langsung tak menghala ke situ. Kau nak tipu aku pun agak-agaklah sikit. Setahu aku, orang angau aje yang baca fail terbalik. Kau ni dah kenapa? Awek mana pula yang kau dah sangkut ni? Tak nak share dengan aku ke? Pintu bilik Ryzal ditutup. Norman duduk di hadapan kawannya itu. Kalau nak tahu pasal awekawek Ryzal, tanya saja dengannya. Semuanya dia tahu. Nama apa, kerja apa, bila kenal, bila putus, semua ada dalam poketnya.

66

Lynn Allyna

Mana ada. Aku ada kerja lagi ni. Nanti aku baliklah. Kedudukan fail dibetulkan. Apa yang dia tengah baca pun dia tak tahu. Telinganya masih lagi terngiangngiang suara tinggi mamanya semalam. Nama perempuan pilihan mamanya juga masih melekat kuat di benaknya. Kerja apa budak tu? Mana kau kenal dia? soal Norman lagi. Kata-kata Ryzal tidak diendahkan. Tak payah nak berahsia-rahsia sangat dengan dia. Selama ini pun, dia juga yang tolong tutupkan rahsia Ryzal bila lelaki itu cuba main kayu tiga. Memang playboy tahap dewa. Apa yang kau mengarut ni? Mana ada siapa-siapa. Dahlah, aku nak balik! Serabut. Makin serabut. Ingatkan duduk kat pejabat bolehlah tenangkan fikiran sekejap, tapi sama saja. Mamat mata sepet ni memang nak kena betullah. Hei, sejak bila pula kau nak rahsia-rahsia dengan aku ni? Macam kes berat aje? Norman mengekori langkah Ryzal yang sudah meninggalkan biliknya. Dia tak akan putus asa selagi tak tahu rahsia Ryzal. Ryzal tak menjawab. Langkahnya diteruskan. Dia tak terus ke tempat parkir kereta, sebaliknya melencong ke restoran di sebelah syarikat milik papanya. Norman setia mengekori dari belakang. Cuba kau story sikit dekat aku. Manalah tahu aku boleh tolong. Apesal? Awek yang kau berkenan tu dah ada balak ke? soal Norman terus. Ryzal terus diterjah dengan soalan. Masih lagi membisu. Tak tahu macam mana nak mulakan. Patut ke dia ceritakan kepada Norman? Selama ini pun, Norman juga yang banyak simpan rahsianya. Okey, kalau kau tak nak share dengan aku tak apa. Aku balik dululah. Malam ni aku tak keluar dengan kau. Aku

67

Jangan Merajuk Sayang

dah janji dengan awek aku. Kau keluarlah sorang. Macam merajuk bunyinya, tapi sebenarnya dia sengaja mengugut. Mesti Ryzal akan ceritakan masalahnya lepas ni. Beg sandang dicapai. Man, aku ada masalah sikit. Hah, kan dah cakap. Mana boleh nak main rahsiarahsia dengan Norman. Norman ukir senyum. Dia duduk kembali. Kan senang kalau kau cakap dari tadi. Tak ada la aku pening kepala nak buat andaian bukan-bukan. So, apa masalahnya? Norman membetulkan duduknya. Bersedia nak dengar masalah Ryzal. Tetapi dia yakin seratus peratus. Mesti pasal perempuan. Mama aku suruh aku kahwin. Ryzal mengeluh kuat. Pandangannya dilontar sejauh mungkin. Lampu-lampu neon pelbagai warna yang mula terpasang langsung tidak mampu untuk ceriakan hatinya. La... aku ingatkan masalah apalah tadi. Emak suruh kahwin rupa-rupanya. Jadi, apa masalah kau? Nak kata kau ni gay, makwe keliling pinggang. Nak suruh kahwin pun susah, rungut Norman dalam hati. Masalahnya, mama aku dah carikan aku calon. Aku tak sukalah. Siti Fatimah. Nama itu masih lagi berlegar-legar di ruang mindanya. Siapalah Siti Fatimah ni? Kenapa mama boleh pilih perempuan dengan nama kampung macam tu? Hah, itu lagi bagus. Tak payah kau pening-pening kepala nak pilih awek. Rezeki depan mata beb. Rembat ajelah. Ini namanya kahwin percuma. Pakej lengkap. Tak payah susah-susah.

68

Lynn Allyna

Banyaklah kau punya rezeki. Ini bala namanya. Batang hidung pun kau tak pernah nampak, entah kurus ke gemuk, hitam ke putih, kau senang-senang nak aku kahwin dengan dia? Memang taklah! Terbayang wajah perempuan comot yang gemuk dan pendek. Macam orang kampung zaman dulu-dulu. Ish, tak sanggup! Hah, kalau kau tak nampak batang hidung dia, kau pergilah teropong. Cari kat mana batang hidung dia. Bukan setakat batang hidung kau boleh nampak, dengan bulu-bulu hidung sekali kau boleh nampak. Apalah kau ni, belajar sampai London, tapi benda macam tu pun kau tak boleh nak fikir. Norman ketawa. Ryzal menjeling marah. Nak buat lawak bodoh tak kena tempatlah. Ada juga yang makan kaki nanti. Masalahnya aku tak nak kahwin! Itu yang paling utama. Dia tak nak kahwin. Kalau nak kahwin pun, dia nak cari sendiri calonnya. Bukan dia tak boleh dapat. Macam Siti Nurhaliza pun dia boleh dapatlah. Sebabnya? Ke kau ni sebenarnya.... Norman kecilkan matanya yang sepet. Ryzal dipandang atas bawah. Gila kau! Aku straightlah. Norman ketawa berdekah-dekah. Tak cakap pun dia tahu. Dah terbukti kejantanannya. Habis tu? Kau tau tak, nama budak perempuan yang mama aku pilihkan tu Siti Fatimah? Aku tak tahulah perempuan kampung mana yang mama aku kutip. Perempuan macam tu kau nak aku jadikan isteri? Geli aku. Meremang bulu roma saat mengingatkan apa yang dia fikirkan. Sebab tu aje? Kalau aku cakap kau ni bengap, kau marah. Hei, kawan nama tak menjamin apa-apa tau? Kau tengok anak perempuan Tan Sri Ariff, pemilik AA

69

Jangan Merajuk Sayang

Corporations tu. Nama anak dia semuanya nama klasik tau, tapi orangnya cantik gila. Kau ada tanya mama kau mana dia kenal perempuan tu? ujar Norman. Terbayang salah seorang anak dara Tan Sri Ariff yang cun. Ummi Kalthum namanya. Putih melepak. Badan macam Beyonce. Bergegar lutut tengok. Ryzal geleng kepala. Dia terdiam. Ya tak ya juga. Kenapa dia tak boleh fikir benda tu ya? Mama ada ke kawan yang duduk di kampung? Yang dia tahu mama aktif dengan persatuan. Ahli-ahlinya pun mak-mak datin. Entah-entah anak salah seorang ahli persatuan itu. Itulah kau. Lain kali korek dulu sampai lubang cacing. Ini tak, nak naik angin aje kerjanya. Dah, aku rasa kau patut balik sekarang. Mula-mula kau kena minta maaf dengan mama kau. Lepas tu, kau tanya mama kau elok-elok. Barulah betul. Apalah kau ni, perli Norman. Ryzal tidak menjawab. Mungkin tengah berfikir tentang apa yang Norman cakapkan tadi. Aku balik dululah. Malam ni macam mana? Kat tempat biasa? Soal Norman. Aik, tadi kata nak keluar dating dengan awek? Muda-muda dah nyanyuk. Sengal. Tadi tu aku acah aje. Kalau tak, kau tak nak cerita, kan? Bijak tak aku? Ketawa Norman meledak lagi. Ryzal mencongak sendiri. Apa kata dia ikut nasihat Norman. Balik rumah dan tanya betul-betul dengan mama. Mana tahu, Siti Fatimah yang ini cantik orangnya. Kalau seksi, itu satu bonus. Lagipun, bukannya lepas kahwin tak boleh enjoy macam sekarang. Dia, kan lelaki. Suka hatilah nak buat apa pun.

70

Lynn Allyna

Bab 8
ITI FATIMAH tak senang duduk. Macam mana dia nak cakap dengan emaknya yang dia nak jumpa dengan Ryzal? Emak sahaja harapannya untuk bertemu dengan lelaki itu. Hendak cakap, tetapi lidahnya jadi kelu. Nanti emaknya fikir dia setuju dengan lamaran itu. Dia jalan mundar-mandir di dalam biliknya. Cuba fikirkan cara yang terbaik supaya emaknya tak salah sangka. Siti buat apa ni? Sakit perut ke apa? Terjegul wajah Siti Amirah di sebalik pintu. Siti Fatimah berhenti melangkah. Kak teh! Kak teh, mari sini kejap. Siti Fatimah tarik tangan kakaknya masuk ke dalam bilik. Terpinga-pinga Siti Amirah. Ada apa? Kak teh, macam mana ni? Siti tak nak kahwin dengan mamat tu. Berkerut-kerut wajahnya. Ketawa Siti Amirah meledak. Pasal kahwin ruparupanya. Ingatkan apalah tadi.

71

Jangan Merajuk Sayang

Habis tu nak buat macam mana? Takkan nak suruh kak teh yang kahwin dengan dia? Ketawanya masih bersisa. Ish, bukanlah macam tu. Macam ni, kalau boleh Siti nak jumpa dulu dengan dia. Nak tengok macam mana orangnya. Tapi masalahnya, Siti tak tahu macam mana nak cakap dengan mak. Nanti takut mak salah sangka pula. Bersemangat dia bercerita. Siti Amirah hanya senyum mendengar. Kalau dia pun, dia akan lakukan perkara yang sama. Nak kahwin tapi tak kenal tuannya, macam mana? Hmmm... jadi nak minta tolong dengan kak teh la ni? Tolong cakapkan dengan mak? teka Siti Amirah dan dibalas anggukan laju oleh Siti Fatimah. Sebagai ganjarannya? Mana boleh buat kerja percuma. Inilah masanya nak minta macam-macam. Hish, tak ikhlas langsung nak tolong adik sendiri. Yalah, kak teh nak apa? Nasib baik ada adik tak kedekut. Beg tangan LV, kasut Jimmy Choo, sutera digital yang harga dia dua ratus... emmm.... Wei, gila ke? Ingat Siti ni kerja cop duit ke apa? Dah... dah ayam KFC seketul. Sengal! Minta benda yang dia sendiri pun tak mampu nak beli. Banyak cantik. Dah suruh minta. Kak teh minta ajelah. Habis tu bila cik adik kita ni nak jumpa bakal suami tercinta? usik Siti Amirah. Siti Fatimah jelir lidah. Naik loya dia dengar. Tak ada maknanya. Bila-bilalah. Hujung minggu ni pun bolehlah. Lagi cepat lagi bagus. Tak payah nak pening-pening kepala

72

Lynn Allyna

fikir lama-lama. Lagipun dia tak ada apa-apa aktiviti hujung minggu ni. Amboi, cepat aje ya. Macam dah tak sabar-sabar, sindir Siti Amirah. Pantas jemari runcing Siti Fatimah mengutil paha kakaknya. Padan muka! Dah, baik kak teh pergi cakap dengan mak cepat. Nanti mak tidur pula. Kalau tadi dia tarik tangan kakaknya masuk, sekarang dia tarik tangan kakaknya untuk keluar dari bilik itu pula. Dadanya rasa berdebar-debar pula. Nak beranganlah tu. Sempat lagi Siti Amirah usik adiknya. Siti Fatimah tutup pintu rapat-rapat. Tak kuasa nak mendengar kakaknya mengarut. Harap-harap rancangannya menjadi. Apa nak jadi pun jadilah. Yang penting dia tak nak tersalah pilih. Baginya, cinta yang tersimpan kemas di hatinya kini adalah milik suaminya. Hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Jadi, dia perlu betul-betul pilih seorang lelaki yang mampu untuk dia cintai.

PERLAHAN-LAHAN Ryzal mendekati mamanya yang sedang asyik menonton siaran televisyen. Dia tahu hati mamanya terluka dengan sikapnya semalam. Dia tak bermaksud nak lawan cakap mamanya, tapi dia tak boleh terima apa yang mamanya cuba buat untuk hidupnya. Dia mengambil tempat di sebelah wanita yang sangat disayanginya itu. Mama, Ryzal nak minta maaf pasal semalam. Ryzal tak sengaja lawan cakap mama. Im sorry, okay. Tangan

73

Jangan Merajuk Sayang

lembut milik Datin Hajah Maria diraih ke dalam genggamannya. Dikucup hangat. Dia betul-betul minta maaf. Kamu ni dah kenapa? Buang tebiat ke? Tak pernahpernah kamu macam ni? Genggaman tangan Ryzal dilepaskan. Hatinya masih terasa sakit. Selagi Ryzal tak terima cadangannya, selagi itulah hatinya akan rasa sakit. Bunyinya macam kejam, teapi dia ada sebab tersendiri. Ma... sorry, okay? Semalam tu Ryzal penat sangat. Lagipun, Ryzal macam tak boleh terima bila mama paksa Ryzal macam tu. Dia mendekatkan diri dengan mamanya. Cuba memujuk wanita itu lagi. Tak ada ibu bapa yang nak tengok anak dia menderita. Mama buat semua tu demi masa depan kamu. Demi kebaikan kamu. Nada suaranya bertukar rentak. Sayu. Ryzal faham. Tapi bukan dengan cara macam tu, ma. Ryzal pun ada impian Ryzal sendiri. Bukan Ryzal tak nak kahwin, tapi belum masanya lagi. Dia mahu mamanya faham. Dia belum puas hidup bujang. Habis tu nak tunggu sampai bila? Nak tunggu sampai mama dengan papa tutup mata baru kamu nak kahwin? Tangan Ryzal yang cuba memeluknya ditepis. Tak ada la sampai macam tu. Ryzal janji, tahun ni aje. Tahun depan, kalau mama suruh Ryzal kahwin, Ryzal akan kahwin. Ryzal janji. Ryzal angkat tangan tanda berjanji. Tak payah nak berjanji dengan mama. Janji kamu tu bukannya boleh pakai. Tiap-tiap tahun pun janji benda yang sama, tapi satu habuk pun tak ada. Tangan Ryzal yang masih cuba memeluknya ditepis lagi. Dia betul-betul merajuk. Ryzal garu kepala. Dah tak tahu macam mana nak pujuk. Terperangkap dengan kata-kata sendiri. Nampaknya

74

Lynn Allyna

mama betul-betul merajuk. Lemah betullah. Kalau awek tu pandai juga dia nak pujuk. Mama, apa nama budak perempuan tu? Dia cuba mengumpan mamanya dengan buat-buat tanya pasal Siti Fatimah. Mungkin hati mamanya akan sejuk sikit. Buat apa kamu nak tau? Suara Datin Hajah Maria jadi lembut sikit. Kata nak suruh jadi isteri Ryzal. Kenalah tahu juga sikit-sikit. Mesti menjadi punyalah. Datin Hajah Maria pandang anaknya. Antara percaya atau tidak. Biar betul. Hatinya sedikit berbunga. Siti Fatimah namanya. Siti Fatimah Adrianna. Sedapnya nama dia. Mesti orangnya pun cantik. Siti Fatimah Adrianna? Kenapa dia tak tahu nama Siti Fatimah masih ada sambungannya? Sedap pula tu. Adrianna. Barulah macam orang moden sikit. Cantik. Cantik sangat. Manis wajahnya. Orangnya pun baik. Terbayang wajah itu yang manis tersenyum. Walaupun hanya tengok gambar, rasanya dah macam tengok tuannya sendiri. Hmmm... kalau mama dah puji melangit macam tu, maknanya memang cantiklah tu. Mana mama jumpa dia? Rahsia terus dikorek. Kata Norman, korek hingga ke lubang cacing. Kawan mak long. Datin Hajah Maria ukir senyum. Adakah itu maknanya Ryzal setuju dengan cadangannya? Kawan mak long? Berapa umur dia? Biar betul. Takkan umur sebaya dengan Mak Long Yam, kut. Muda lagi. Kamu ni pun, takkanlah mama nak cari anak dara tua bagi kat kamu. Lebih muda daripada kamu.

75

Jangan Merajuk Sayang

Agak-agaklah sikit. Dia pun tak nak cari menantu yang sebaya dengan dia. Bukan menyelesaikan masalah, tapi cari masalah lagi adalah. Oh, apa kerjanya? Makin berminat nak dengar. Bukan apa, nak ambil hati mamanya. Cikgu. Orangnya memang baik. Mak long kenal dia ni tahun lepas. Masa mereka sama-sama pergi umrah. Keluarga dia pun baik-baik semuanya. Ayahnya pun cikgu juga. Tapi dah pencen. Adik-beradik dia enam orang. Siti Fatimah anak yang bongsu. Makin rancak Datin Hajah Maria bercerita. Cuba untuk meyakinkan anaknya. Nampaknya, rancangan dia hampir menuju kemenangan. Ryzal sekadar mendengar. Rasanya cukuplah sekadar apa yang dia tahu. Cikgu boleh tahanlah. Sekurang-kurangnya ada pendidikan. Tak adalah kolot sangat. Hei kawan nama tak menjamin apa-apa tau. Teringat kata-kata Norman petang tadi. Memang betul pun. Mak long call. Sekejap. Datin Hajah Maria menjawab panggilan daripada kakaknya. Harap ada berita baik daripada pihak sana. Assalamualaikum. Suara Hajah Yam kedengaran ceria. Datin Hajah Maria senyum. Pasti ada berita gembira. Waalaikumussalam. Ada berita apa-apa ke, Yam? Hajah Mariam terus ditembak dengan soalan. Dia hanya mahu tahu mengenai perkara itu. Ada. Hajah Asmah ada call aku tadi. Katanya Siti Fatimah nak jumpa dengan Ryzal. Bersemangat dia

76

Lynn Allyna

memberitahu adiknya. Nampaknya rancangan berjalan dengan lancar. Betul ke ni? Habis tu kau cakap apa? Gembira hatinya tak terbendung lagi. Tangan Ryzal diraih ke dalam genggamannya. Ryzal kerut dahi. Apa pulak kali ni? Aku nak cakap apa? Takkan aku nak kata tak boleh pula. Aku dah bagi nombor telefon Ryzal dekat Hajah Asmah. Nanti pandai-pandailah Si Siti tu. Hajah Asmah pun ada bagi nombor telefon Siti. Nanti aku SMS nombor dia, ujar Hajah Mariam. Datin Hajah Maria gembira bukan kepalang. Syukur alhamdulillah. Tak lama lagi, makan nasi minyaklah mereka. Okeylah, nanti aku cakap dengan Ryzal. Seketika kemudian, talian dimatikan. Senyuman Datin Hajah Maria sudah sampai ke telinga. Siti Fatimah dah setuju. Bukan itu yang diberitahu oleh kakaknya. Tapi, kalau dah nak jumpa tu, maksudnya setujulah tu. Setuju apa, ma? Dahi Ryzal makin berkerut. Siti Fatimah nak jumpa dengan Ryzal. Ini nombor telefon dia. Ryzal tanyalah dia nanti. Telefon dihulurkan kepada Ryzal. Ada nombor telefon Siti Fatimah di situ. Telefon bertukar tangan. Ryzal perhati skrin telefon bimbit mamanya. Nak jumpa? Boleh tahan berani juga perempuan ni. Jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Rasa rugi pula kalau tak mencuba. Manalah tahu perempuan ini memang ada ciri-ciri gadis pilihannya.

77

Jangan Merajuk Sayang

PINTU bilik diketuk. Wajah kak teh terjegul di sebalik pintu bilik dengan senyuman meleret. Siti Fatimah cepat-cepat mendapatkan kakaknya. Mahu tahu perkembangan seterusnya. Macam mana? soal Siti Fatimah tak sabar. Ada sesuatu di tangan kak teh, tapi cuba disorok daripadanya. Apa tu? Nak tengok. Siti Amirah geleng kepala. Nak tengok boleh, tapi ada syaratnya. Boleh, tapi kak teh tak nak ayam KFC. Nak ayam panggang Kenny Rogers. Amboi!!! Melampau. Ish. Melampaulah dia ni. Yalah... yalah esok orang belikan. Mengada-adalah orang mengandung ni. Nanti anak dalam perut tu bulat macam ayam panggang baru tahu. Nah, nombor telefon bakal suami tersayang. Sekeping kertas dihulurkan kepada Siti Fatimah. Sepantas kilat kertas itu disambar oleh Siti Fatimah. Amboi, laju betul! Selamat berhubunganlah ya? Jangan lupa pula. Esok kak teh nak tengok ayam tu. Siti Amirah ingatkan adiknya. Dah terbayang rasa ayam panggang. Sedapnya! Ya... ya. Dah, pergi sana. Pintu bilik ditutup dan dikunci. Sekeping kertas yang berada dalam genggamannya dipandang. Nombor telefon. Jadi, dia kena telefonlah ya? Malulah pula. Siti Fatimah bersila di atas katil. Kertas itu dipandang lagi. Nak telefon ke tak nak? Kalau tak telefon tak boleh jumpa. Tapi nak telefon dia malu. Hantar mesej boleh? Ah, kira bolehlah. Telefon bimbit dicapai. Kepalanya ligat

78

Lynn Allyna

mengarang ayat. Macam mana nak cakap ni? Takkan nak bagi tahu, hai, saya bakal isteri awak. Boleh kita jumpa hujung minggu ni? Ish, macam tak kena aje. Gedik semacam. Penat bersila, dia berbaring. Mesej tak juga dihantar. Sungguh dia tak pandai bab-bab macam ni. Dia cuba menaip sesuatu, tapi kemudian dipadam semula. Beberapa kali sehingga dia mencampakkan telefon bimbitnya. Nasib baik campak atas katil. Kalau tak, mesti dah terburai. Siti Fatimah cuba pejam mata. Masih memikirkan benda yang sama. Ayat yang terbaik. Sepuluh minit berlalu, dia masih tak dapat idea. Mata dah mengantuk. Hampir pukul sebelas malam. Esok kena bangun awal. Ah, esok ajelah fikir. Mata dipejam, tetapi beberapa saat kemudian dia kembali celik. Telefon bimbitnya berbunyi. Siapa pula yang telefon malam-malam ni? Kacau orang nak tidur ajelah. Helo. Panggilan terus dijawab. Tak tahu siapa yang telefon. Helo. Boleh saya bercakap dengan Siti Fatimah? Mata Siti Fatimah terbuka luas. Suara lelaki. Daripada berbaring, dia terus terduduk. Tegak badannya. Ya, saya Siti Fatimah. Encik ni siapa ya? Ryzal senyum sebaris. Sedap juga suara perempuan ni. Dia baru berkira-kira nak keluar berjumpa dengan Norman, tapi ditunda sekejap bila teringatkan Siti Fatimah. Saya Ryzal. Ryzal? Ryzal mana? Hah, Ryzal? Terus dia berdiri tegak. Macam mana ni? Debaran di dada tak payah nak cakap. Automatik lidah jadi kelu. Ya, saya Ryzal. Takkan Cik Siti Fatimah dah lupa kut dengan nama tu? Ryzal bersandar pada keretanya.

79

Jangan Merajuk Sayang

Sengaja dia nak duga Siti Fatimah. Nak tengok keberanian Siti Fatimah setakat mana. Ya, tau... ada apa ya? Bergetar suaranya. Cakap dengan bakal suami kut. Walaupun belum pasti. Saja nak dengar suara bakal isteri sendiri. Kenapa, tak boleh ke? Memang kepakarannya mengayat perempuan. Kerja senang. Gulp! Siti Fatimah telan liur. Bakal isteri? Adakah itu maknanya Ryzal memang bersetuju untuk berkahwin dengannya? Oh, tidak! Siti Fatimah? Awak dengar ke tak? Lembut panggilannya buat Siti Fatimah. Makin kelu lidah Siti Fatimah. Bukan setakat lidah. Semuanyalah. Nak bergerak pun rasa tegang. Ya. Errr errr.... Betul-betul kelu. Nak cakap apa ni? Macam nilah. Cik Siti Fatimah, kata nak jumpa dengan saya, kan? Apa kata hujung minggu ni kita jumpa? Boleh? Dia pun tak berniat nak cakap banyak. Norman dah menunggunya di kelab malam. Rasanya Siti Fatimah tak adalah berani sangat. Cakap sikit pun dah tergagap-gagap. Ya. Itu saja yang dia boleh sebut. Otak pun macam beku. Ini dah kes berat. Baru dengar suara, belum tengok tuannya lagi. Okey, kalau macam tu, nanti saya bagitau tempat dan masanya. Ya. Sekali lagi. Selamat malam. Sweet dream. Ucap Ryzal sebelum mematikan talian.

80

Lynn Allyna

Siti Fatimah terkedu sekejap. Telefon pun masih melekap dekat telinga walaupun talian dah diputuskan. Beberapa minit dia masih tak berganjak. Macam mimpi. Dia melompat ke katil. Bantal peluk segera dicapai dan mukanya ditutup serapatnya. Malunya dia! Macam mana dia boleh terkedu dan tak dapat bercakap apa-apa? Mesti Ryzal fikir bukan-bukan. Macam mana nak bertentang mata dengan lelaki tu nanti? Dan sesungguhnya dia sedang menahan malu!

81

Jangan Merajuk Sayang

Bab 9
ITI FATIMAH tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya. Dalam kelas tadi pun entah apaapa yang dia ajar. Beberapa kali kena tegur dengan anak murid. Hari pun salah tulis. Dua darab dua pun dia boleh salah. Memang kes kronik. Sekarang ni, dah masuk kali keberapa dia padam apa yang dia tulis dalam buku rekod pengajaran pun tak tahulah. Siti ada masalah ke ni? Dari tadi akak tengok lain macam aje, tegur Kak Akma di sebelah. Eh, tak ada la kak. Penat kut. Semalam tak boleh tidur. Alasan. Tapi memang dia tak boleh tidur pun. Sebabnya ialah Ryzal. Kenapa tak boleh tidur? Ingatkan seseorang ke? Kak Akma tersengih-sengih. Eh, tak ada la kak. Panas kut. Macam tahu-tahu aja Kak Akma ni. Cecair pemadam diguna lagi. Aduh, habislah buku jadi comot. Fokus Siti Fatimah, fokus! Tak nampak pula Si Firdaus hari ni. Dengarnya

82

Lynn Allyna

demam. Dia tak bagitau Siti apa-apa? Kak Akma cuba mengajak Siti Fatimah berbicara soal Firdaus. Dia bukan apa, kesian tengok Firdaus yang begitu beria-ia nak memikat hati Siti, tapi langsung tak dilayan. Firdaus pun ada minta tolong dia untuk pujuk Siti Fatimah supaya menerima cintanya. Tapi sampai sekarang dia pun masih menemui jalan buntu. Keras betul hati cikgu yang seorang ini. Lama Kak Akma menunggu. Tak ada jawapan daripada Siti Fatimah. Khusyuk buat kerja. Siti, dengar tak apa yang akak tanya? Sekali lagi dia tegur. Tak pernah pula Si Siti Fatimah bersikap macam ni. Ini mesti ada masalah ni. Hah, apa dia kak? Tak dengar pula. Kak Akma tengah bercakap dengan dia ke? Eh, dia ni dah kenapa? Dari tadi tak boleh nak tumpukan perhatian. Takkan sebab nak jumpa dengan Ryzal semuanya jadi kelam-kabut? Tak boleh jadi ni. Akak tanya pasal Cikgu Firdaus. Dia tak bagitau apa-apa ke dengan Siti kenapa dia tak datang sekolah hari ni? ulang Kak Akma sekali lagi. Firdaus tak datang? Entah, tak ada pula dia cakap apa-apa dengan saya. Lagipun buat apa dia nak bagitau saya? Patutlah dia tak nampak mamat sengal tu di mana-mana hari ini. Tak datang rupa-rupanya. Baguslah. Kalau datang, buat tambah serabut kepalanya. Dia, kan rapat dengan Siti. Manalah tahu dia ada bagitau. Teruk ke demamnya atau ada sakit lain. Kak Akma geleng kepala. Memang tak ada rezeki Firdaus nak memikat Si Siti Fatimah ni. Payah! Mana ada rapat kak. Sama aje macam orang lain.

83

Jangan Merajuk Sayang

Rapat apanya? Hari-hari bergaduh. Tak ingin pun nak rapat dengan lelaki macam tu. Kenapa Siti anti sangat dengan Firdaus tu? Akak tengok bukan main lagi dia cuba nak pikat Siti. Kesian juga kadang-kadang. Asyik kecewa aje. Soalan yang sering diulang. Naik muak Siti Fatimah nak jawab. Dah dia tak suka nak buat macam mana? Sudahnya, Siti Fatimah hanya senyum. Dah tak tahu nak jawab apa. Kak, Siti masuk kelas dulu ya. Lambat nanti, tunggang-langgang pula kelas tu. Buku matematik dikelek. Meninggalkan Kak Akma dengan soalan yang tak berjawab. Maaflah kak.

RYZAL menghirup perlahan minumannya. Dilihatnya Norman sedang sibuk melayan SMS. Entahlah daripada perempuan mana. Tersengih-sengih macam orang tak betul. Aku dah buat macam yang kau suruh. Ryzal memecahkan kesunyian antara mereka. Norman memandang tepat ke arah Ryzal. Dahinya berkerut. Buat apa? Lembaplah kau ni. Tanya mama aku pasal budak perempuan tu. Ini mesti kes banyak makan semut. Baru cakap semalam dah lupa. Apalah. Oh, so macam mana? Apa yang kau dapat tau? Telefon masih di tangan. Orang tengah angau bercinta, macam tu la. Kalau boleh, pergi tandas pun nak bagi tahu. Nama dia, jawab Ryzal pendek.

84

Lynn Allyna

Sekali lagi dahi Norman berkerut. Bukan dah tahu ke? Yang Si Ryzal kutuk-kutuk tu apa? Bukan nama? Bukan kau dah tahu ke? Siti Fatimah, kan? Kenapa? Dia ada nama glamour ke? Ketawa Norman pecah. Manalah tahu, jadi Fatty ke, Mimi ke. Biasalah tu... ada nama cantik-cantik, nak juga tukar. Bukan nama sebenar dia, Siti Fatimah Adrianna. Satu per satu dia sebut. Senyum terukir di bibir. Wow! Habis tu, apa lagi yang kau tau? Takkan nama aje. Apa barang. Kalau setakat nama, buang karan aje. Lembap. Banyaklah juga. Dia ni cikgu. Macam menarik saja profil perempuan yang satu ini. Cikgu. Mesti jenis yang sopan-sopan, kan? Macam tak sesuai aje dengan buaya macam kau. Habislah perempuan tu nanti. Dapat suami kaki perempuan. Kaki disko pulak tu. Cakap tu baik-baik sikit. Nanti aku potong gaji baru kau tau. Ryzal mengacah. Walaupun dia ada kuasa, tapi dia taklah sekejam itu. Campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Okey... okey jahat betul. Apa lagi? Telefon bimbit sudah diletakkan di atas meja. Tumpuannya kini beralih pada cerita Ryzal. Hujung minggu ni aku akan keluar dengan dia, beritahu Ryzal sambil tersengih. Ternganga mulut Norman. Hebat! Memang dia tabik spring dengan Ryzal kalau bab mengayat. Mantap! Perghhh... mantaplah kau. Terus ajak keluar. Dating lagi tu.

85

Jangan Merajuk Sayang

Terbukti buaya darat. Entah kenapalah perempuan senang benar melekat dengan mamat yang seorang ni. Ayat sikit saja dah boleh bawa keluar. Mentang-mentanglah kaya. Perempuan sekarang ni bukan boleh tengok lelaki banyak duit sikit. Dia yang minta sebenarnya. Kau biar betul? Kiranya, boleh tahan jugalah perempuan ni ya? Apa lagi, sambar ajelah. Orang dah offer, takkan kau nak tolak pula. Barang baik ni beb, cucuk Norman. Bertuah badan. Aku tak rasa macam tu. Mungkin dia nak siasat diri aku. Memang dia ada terfikirkan perkara itu semalam. Tak mungkin Siti Fatimah sekadar nak bersua muka dengan dia. Mesti ada agenda di sebaliknya. Orang perempuan ni bukan boleh diduga hatinya. Banyak rahsia tersembunyi. Boleh jadi juga. So, apa plan kau? soal Norman ingin tahu. Aku nak tengok setakat mana dia nak siasat aku. Kita tengok ajelah apa dia nak buat, ujar Ryzal. Berpurapura baik? Tak mungkin sama sekali. Selagi dia boleh tolak Siti Fatimah, dia akan berusaha. Ingat senang ke nak kahwin dengan Mohd Ryzal Syahmi? Beb, katakanlah ni cuma andaian aku ajelah. Katakanlah lepas kau jumpa dia, kau terpikat dengan dia. Apa kau nak buat? duga Norman. Aku tak rasa macam tu. Kau pun kenal aku, kan? Kalau aku nak pilih calon isteri pun, sekurang-kurangnya mesti cantik macam Siti Nurhaliza, seksi macam Britney Spears. Punyalah tinggi impian. Jangan dapat yang sebaliknya sudah.

86

Lynn Allyna

Kan aku dah cakap tadi. Katakan kau ni, soalan senang pun tak faham. Lembap! tempelak Norman. Dia pulangkan paku buah keras. Nak buat apa? Kahwin ajelah, jawab Ryzal. Dah berkenan, tak payahlah pening-pening kepala nak fikir lagi. Dah ada rezeki depan mata. Hah, tu yang aku nak dengar. Soalan seterusnya. Katakanlah, dia nak jumpa kau hujung minggu ni sebab nak tolak lamaran mama kau. Tapi dalam masa yang sama, kau dah berkenan dengan dia. Apa yang kau akan buat pula? Soalan cepumas ni. Ryzal tak segera menjawab. Tak terfikir pula dia. Selama ini, mana ada perempuan tolak Ryzal Syahmi. Semua perempuan berebut-rebut nak jadi makwenya. Banyak betullah soalan kau ni. Aku tak rasa macam tu la. Hei, mana ada perempuan berani tolak Ryzal? Kau ni pun macam baru kenal aku sehari. Come onlah. Kata Ryzal angkuh. Tapi sebenarnya dia terfikir juga. Apa akan berlaku kalau perkara itu terjadi? Ah, tak mungkinlah. Aku cakap, kalau! Bahasa Melayu SPM kau fail eh? Orang tanya lain jawab lain. Sekali lagi Norman kenakan bosnya. Bila lagi masa nilah. Puas hati. Mulut kau tu jaga sikit. Nanti aku betul-betul tolak gaji kau baru kau tahu. Dahlah, aku nak balik opis. Jom! Ryzal terlebih dahulu bangun. Hoi, air ni siapa nak bayar? Kurang asam. Aku juga yang kena. Kedekut! Soalan Norman tak diendahkan. Dia berjalan terus ke keretanya. Soalan dan andaian Norman tadi masih bermain di benaknya. Tapi kalau diikut cara Siti Fatimah semalam, rasanya tak kut. Tak apa tak payah pening kepala

87

Jangan Merajuk Sayang

nak fikir perkara mengarut macam tu. Jumpa dulu. Lagipun, dia tak rasa dia akan berkenan dengan perempuan biasa macam tu.

BAJU KURUNG MODEN warna merah jambu cantik disulam dengan labuci itu dibelek-belek. Cantik sulamannya. Kalau dah namanya Bob yang buat, tak payah dipertikaikan. Menjadi betul kerjanya. Kalah perempuan. Yang kau terbelek-belek baju tu dari tadi kenapa? Berkenan? Dari tadi dia tengok gelagat Siti Fatimah. Muka kawan yang dikenali sejak sekolah itu sudah tak tegang macam semalam. Walaupun masih tak nampak senyum manisnya, tapi kira bolehlah. Cantik. Kau yang buat? Sudah gaharu cendana pula. Haruslah. Habis tu kau ingat siapa yang buat? Hah, macam mana masalah besar kau tu? Dah mengecil ke belum? Dari tadi lagi dia nak tanya, tapi dia nak tengok keadaan Siti Fatimah dulu. Silap hari bulan nanti dia yang kena sembur. Minah tu boleh tahan juga mulutnya kalau mengamuk. Entahlah makin besar kut. Pantas mindanya mengingat nama lelaki yang menghubunginya semalam. Lembut suaranya masih terasa menyapa pendengaran. Tapi tak ada la sampai terpikat. Cuma terkesima. La... kenapa pula? Kau dah jumpa dia ke? Makin nak diselesaikan, keadaannya. Salah teknik ke apa? makin rumit pula

88

Lynn Allyna

Belum lagi, tapi aku dah janji nak jumpa dia hujung minggu ni, ujar Siti Fatimah, berterus terang. Kepalanya sendiri pun dah berserabut. Tak mampu lagi nak berselindung. Serius? Baguslah macam tu. Habis tu apa masalah yang makin besar tu? Dahi Bob berkerut seribu. Entah... aku rasa takutlah pula. Siti Fatimah beralih ke baju yang lain. Kau nak takut apanya? Bukannya kau nak pergi jumpa harimau. Kau nak jumpa orang, kan? Sengallah minah ni. Semua benda pun nak takut. Nak jumpa takut, nak bercinta takut, nak kahwin pun takut. Kalau dia tu betul-betul macam harimau? balas Siti Fatimah. Sejak bersetuju untuk bertemu dengan Ryzal semalam, macam-macam andaian negatif bermain di kepalanya. Apa kau susah? Kau jadilah singa. Macam tak biasa. Kata cikgu garang, perli Bob dengan selamba. Selalu juga dia mendengar cerita Siti Fatimah tentang anak murid di sekolahnya. Tapi dia tak hairan, sejak zaman sekolah lagi Siti Fatimah memang terkenal dengan sifat garangnya. Dah namanya pun pengawas. Tapi garanggarangnya pun, ramai juga budak lelaki yang nak dekat. Aku takut tak sempat jadi singa, aku dah jadi tikus dulu. Macam mana ya, Bob? Selagi tak tiba harinya, selagi itulah dia akan gelisah. Lama-lama botak juga kepalanya fikir yang bukan-bukan. Alah, kau buat aje macam biasa. Kalau dia tu garang, lagi bagus. At least ada la alasan kau supaya tak kahwin dengan dia. Kata tak nak kahwin.

89

Jangan Merajuk Sayang

Siti Fatimah berfikir seketika sebelum dia mengangguk perlahan. Betul juga, kan. Tapi kalau dia tu baik macam mana? Kalau garang boleh menolak, kalau baik kena terimalah ya? Dah kalau baik, kau rembat ajelah. Buat apa nak fikir lagi? Kau ingat senang ke nak dapat lelaki baik sekarang ni? Tolak aku, dua tiga orang aje tau yang tinggal. Masuk bakul angkat sendiri. Siti Fatimah mencebik. Baik la sangat! Perasan. Tapi kalau aku tolak nanti, mesti mak aku sedih. Emak dah berkenan sangat dengan Ryzal walaupun sekadar tengok gambar. Kau pun macam tak biasa buat mak kau sedih. Selama ni pun kau dah tolak banyak lelaki, kan? Sekali lagi Siti Fatimah terkena. Memanglah mulut nak kena cili. Adoi, nak kahwin pun jadi masalah. Manalah putera kayangan aku ni tak muncul-muncul. Wahai sang putera, muncullah kau dengan segera di hadapan beta. Beta sudah tak sabar menanti. Siti Fatimah bermonolog sendiri. Putera kayangan konon. Tak payah nak berangan lebih-lebihlah mak cik. Baik kau terima aje siapa yang ada depan mata kau. Kalau nak tunggu putera kayangan, sampai ke matilah kau tak kahwin Siti oiii... gumam Bob dalam hati. Yang ada depan mata aku sekarang ni, kau. Takkan kau nak kahwin dengan aku pulak? Ke... kau memang ada hati dengan aku? Serkap Siti Fatimah. Ketawanya meledak. Tak sayang mulut nampak? Bagi free pun aku tak

90

Lynn Allyna

ingin. Dahlah garang, cerewet pula tu. Siapalah yang malang dapat kau nanti. Terkedek-kedek Bob melarikan diri ke belakang. Dia nak tengok pekerjanya yang sedang menggunting kain. Kalau tak dipantau, hancur lebur jadinya. Siti Fatimah jelir lidah. Tak payah nak ambil hati sangat dengan kata-kata Bob. Dah memang mulutnya macam tu. Siti Fatimah menghenyakkan punggungnya ke sofa. Termenung dia di situ. Esok dah hari Jumaat. Lusa Sabtu. Ryzal masih belum bagi jawapan. Dia pejam mata. Harapharap semuanya berjalan dengan lancar. Biar cepat-cepat selesai.

91

Jangan Merajuk Sayang

Bab 10
ITI FATIMAH menanti penuh sabar. Seminit sekali dia tilik jam di pergelangan. Matanya tak duduk diam dari tadi. Asyik melilau ke kiri dan kanan. Masih berbaki sepuluh minit sebelum waktu yang dijanjikan. Sengaja dia datang awal. Kononnya supaya boleh bertenang. Tetapi rasanya sama saja. Degupan jantungnya makin laju. Air yang dipesan sudah tinggal separuh dek perasaan gelabahnya. Sepuluh minit dah berlalu. Kelibat Ryzal masih tidak kelihatan. Siti Fatimah buka semula SMS yang dikirim oleh Ryzal. Nama restoran dah betul. Waktunya pun dah betul. Tapi mana pergi Ryzal? Tak apa, mungkin jalan sesak. Hari minggu pun jalan sesak ke? Sabar Siti, sabar nanti datanglah tu. Minumannya hanya tinggal sedikit. Hampir setengah jam dia menunggu. Batang hidung Ryzal masih juga tidak kelihatan. Ini yang dia paling tidak suka. Dah tahu lambat, bagilah SMS ke apa. Tak ada la orang tertunggutunggu. Tolak sepuluh markah. Tak menepati waktu. Lagi sepuluh minit Ryzal tak sampai, dia akan balik. Banyak kerja

92

Lynn Allyna

lain lagi dia nak buat. Kalau Ryzal tak datang pun lagi senang. Boleh batalkan terus perkahwinan tu. Masa yang diberi kepada Ryzal sudah tamat. Sudah tidak kuasa dia hendak menunggu lagi. Minuman dihirup hingga habis. Buang masa betul. Punyalah semangat dia datang awal. Buang karan sahaja dia fikir macam-macam sebelum ni. Geramnya! Tas tangan dicapai. Belum sempat kakinya melangkah setapak, berdiri tegak seorang lelaki berbaju biru muda di hadapannya. Nasib baik tidak terlanggar. Ini lagi satu. Punyalah besar restoran ni, depan aku juga kau nak lalu. Siti Fatimah? Pemuda berkaca mata hitam itu menegur. Siti Fatimah angkat muka. Dia terdiam di situ. Ryzal! Maaf, saya terlambat. Ada hal kecemasan tadi. Kaca mata hitan masih melekat di wajahnya. Siti Fatimah sudah menundukkan muka. Geramnya masih bersisa. Tak apa. Siti Fatimah tidak jadi hendak melangkah pergi. Dia duduk kembali. Debaran di dada kembali bertandang, tetapi tidak sehebat tadi. Mukanya juga tiada senyuman. Dia hendak tengok macam mana cara Ryzal minta maaf. Dan proses penilaian bermula sekarang. Siaplah kau! So, dah lama tunggu? Tadi tu nak ke mana? Ryzal buat-buat tanya. Mesti nak balik sebab dah lama menunggu. Dia sengaja sebenarnya. Kalau Siti Fatimah nak uji dia, dia pun boleh uji Siti Fatimah juga. Penilaian pertama, boleh tahan cantik. Kulitnya cerah. Makin terserlah dengan tudung hitam yang dipakai. Tak nampak macam perempuan kolot. Ingatkan Encik Ryzal tak jadi datang. Saya nak

93

Jangan Merajuk Sayang

baliklah tadi. Matanya langsung tidak memandang Ryzal di depannya. Ryzal mengangguk. Bagus, berterus terang. Kita order minuman dulu. Ryzal sudah bersedia hendak panggil pelayan, tetapi cepat-cepat dihalang oleh Siti Fatimah. Tak payah. Saya dah minum. Lagipun saya datang ni nak berbincang dengan Encik Ryzal tentang rancangan orang tua kita. Saya rasa Encik Ryzal tentu dah tau, kan? Lagi cepat selesai lagi bagus. Laju saja patah perkataan itu keluar daripada mulut Siti Fatimah. Mana dia dapat kekuatan pun dia tak tahu. Mungkin sebab hatinya tengah geram. Ryzal akur. Boleh tahan tegas juga minah di depannya ini. Tak apa. Kita tengok apa yang Siti Fatimah nak buat. Okey... tapi sebelum tu, panggil saja Ryzal. Tak perlu formal sangat. Lagipun lepas ni kita nak kahwin, kan? Dan kalau Siti Fatimah nak panggil Abang Ryzal pun tak apa. Ulat bulu dah naik daun. Hari tu beria-ia tolak. Dah ada depan mata, lain pula jadinya. Dah terpikat? Tak ada la, cuma nak menguji. Saya rasa awak dah salah faham. Saya belum lagi bersetuju dengan lamaran mak awak tu. Sabar Siti, sabar! Okey, tolak sepuluh markah lagi sebab nampaknya macam lelaki gatal. Maksud awak? Bukan ke hari tu mama kata minah ni dah setuju? Biar saya berterus terang aje. Saya tak pernah bersetuju pun dengan idea perkahwinan ni. Saya tak kenal

94

Lynn Allyna

siapa awak, dan awak pun tak kenal siapa saya. Dan saya rasa mustahil untuk kita berkahwin kalau saling tak mengenali. Jadi, saya harap awak boleh batalkan niat awak untuk meneruskan rancangan ni. Makin lancar kata-katanya. Demi masa depan. Berjuang! Saya tak faham. Mama saya cakap, awak dah setuju. Dalam diam Ryzal meneliti setiap inci wajah Siti Fatimah. Alis matanya cantik terbentuk. Matanya juga. Pipinya licin. Bibirnya juga terbentuk sempurna. Ada tahi lalat di pipi kirinya. Dagunya terbelah dua. Tak dinafikan, memang cantik. Encik Ryzal, sa... Ryzal, potong Ryzal. Siti Fatimah mendengus perlahan. Okey, Ryzal. Saya tak cintakan awak dan saya boleh jamin seratus peratus yang awak pun tak cintakan saya. Jadi, buat apa kita nak kahwin? Siti Fatimah harap Ryzal akan bersetuju dengan cadangannya. Dia juga boleh jamin yang Ryzal sudah ada buah hati. Siapa cakap? Kalau saya kata yang saya dah jatuh hati dengan awak? Cermin mata hitam ditanggalkan. Cuba bermain mata dengan Siti Fatimah. Siti Fatimah tidak berkelip memandang. Tapi cepatcepat dilarikan pandangannya. Lama-lama pandang begitu nanti boleh jatuh hati pula. Tak payah nak main-main dengan saya. Saya tak berminat dengan awak. Awak boleh cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Saya tak berminat. Okey tolak lagi sepuluh markah sebab cuba nak main-main.

95

Jangan Merajuk Sayang

Ryzal terdiam. Pandangannya tepat menghala ke arah Siti Fatimah. Berani juga perempuan ni ya? Macam menarik pula. Ego Ryzal sedikit tercabar. Tak pernah ada perempuan yang berani cakap begitu dengannya. Katakanlah, dia nak jumpa kau hujung minggu ni sebab nak tolak lamaran mama kau. Tapi dalam masa yang sama, kau dah berkenan dengan dia. Apa yang kau akan buat pula? Soalan daripada Norman semalam segera menerpa kotak ingatannya. Adakah dia akan mengalah? Adakah dia juga akan buat perkara yang sama? Mengikut cadangan Siti Fatimah dan menolak cadangan ibunya? Sayang! Siti Fatimah terkesima dengan adegan secara langsung yang sedang disaksikannya. Seorang wanita berambut perang dengan baju yang tak cukup kain datang menerpa ke arah Ryzal. Dengan selambanya wanita yang wajahnya dimekap tebal itu memaut mesra lengan Ryzal. Ini adalah kenyataan, kan? Bukan khayalannya, kan? Perempuan tak tahu malu tu memang ada depan matanya, kan? Hai, you buat apa kat sini? Ryzal serba salah. Perlahan-lahan pelukan wanita itu cuba dilepaskan. Menyirap darah Siti Fatimah. Jenis macam ni emak nak suruh dia jadikan suami? Tak payah nak mimpi. Lupakan saja. Siti Fatimah bingkas bangun. Sedikit pun tak menoleh ke arah Ryzal yang cuba untuk mendapatkannya. Langkah diatur laju. Kurang ajar punya lelaki. Memang lelaki zaman sekarang tak boleh dipercayai. Harap muka aje nampak baik, tetapi hati macam iblis!

96

Lynn Allyna

PINTU kereta ditutup kuat. Hatinya masih membara. Pintu butik milik Bob ditolak kuat. Ada beberapa orang pelanggan di dalamnya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Mahu tak mahu terpaksa jugalah dia lempar senyum walaupun tidak ikhlas. Macam mana nak ikhlas kalau hati tengah sakit? Semuanya gara-gara lelaki tak guna tu. Geramnya! Terima kasih ya, kak. Lain kali datanglah lagi. Bob menghantar pelanggannya hingga ke pintu. Bila pelanggannya dah keluar, cepat-cepat dia pergi dapatkan Siti Fatimah yang sedang memuncung di atas sofa. Dia tahu Siti Fatimah baru balik dari keluar dengan Ryzal. Ini mesti ada berita tak baik. Macam mana? Kau dah jumpa dia? Bob melabuhkan duduk di hadapan Siti Fatimah. Wanita itu tak segera menjawab. Muncungnya makin panjang. Dah kenapa pula ni? Nyah, aku tanya ni. Macam mana dengan bakal suami kau tu? Okey ke? Dah jelas dekat depan mata pun lagi nak tanya. Sahsah tak okey. Kau tengok muka aku ni ada macam okey tak? Siti Fatimah mendengus kasar. Masih terbayang di ruang matanya macam mana mesranya perempuan tadi memeluk Ryzal. Habis tu ceritalah kat aku. Kau tau, setengah jam aku tunggu dia. Dah elok aku nak balik, baru nampak batang hidung. Yang tu aku boleh sabar lagi. Lepas tu, dia boleh suruh aku panggil dia abang? Memang gatal betul. Jangan harap aku nak panggil dia macam tu. Jumpa pun baru sekali. Siti Fatimah berhenti sekejap. Ambil nafas. Ada lagi yang dia nak cerita. Perkara yang paling dia tak boleh lupa.

97

Jangan Merajuk Sayang

Boleh tahan juga ya mamat tu. Habis tu apa kau buat? Bob setia mendengar. Memang malanglah nasib kawannya ini. Ingatkan kali ini bolehlah jumpa dengan putera kayangan impian, rupa-rupanya tak juga. Aku terus teranglah dengan dia yang aku tak nak kahwin dengan dia dan suruh dia batalkan perkahwinan tu. Habis tu dia cakap apa? Bob makin berminat nak tahu cerita seterusnya. Dia cakap yang dia dah jatuh hati dengan aku. Tak ke gila namanya? Jumpa baru sekali dah jatuh cinta. Kau boleh fikir tak lelaki jenis apa dia tu? Darahnya kembali menyirap. Tapi yang tu aku boleh tahan lagi. Kau tau apa yang berlaku lepas tu? sambung Siti Fatimah lagi. Tak! jawab Bob. Dah memang dia tak tahu. Dia nak dengarlah ni. Aku tak tau dari planet manalah minah sorang ni. Tiba-tiba muncul depan aku dan panggil Si Ryzal tu, sayang. Lepas tu, boleh pula dia pergi peluk mamat tu. Kau rasa kalau kau dekat tempat aku, apa kau akan buat? cerita Siti Fatimah dengan wajah yang bengang. Melopong Bob mendengar. Hebat. Kau biar betul? Habis tu kau ingat aku tipu? Tak ada maknanya aku nak tipu. Buang masa aku aje. Nasib baik la aku jumpa dia dulu. Kalau tak, habis aku. Belum mati dah siap-siap gali kubur sendiri. Minta dijauhkan. Tuhan masih sayangkannya. Syukurlah. Hmmm... kira hebat jugalah mamat tu ya. Nak suruh aku kahwin dengan lelaki macam tu? Memang taklah, kan. Tak kahwin sampai tua pun tak apa.

98

Lynn Allyna

Entah kenapa Siti Fatimah rasa sedih sangat. Air mata sudah bergenang. Cuba ditahan. Tidak guna menangis sebab lelaki macam tu. Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Mak kau dah tahu? Kesian pula. Mungkin jodoh Siti Fatimah belum sampai. Sabar ajelah. Ini yang aku tengah fikir ni. Macam mana aku nak bagitau mak aku? Kau agak-agaklah, mak aku percaya ke dengan cerita aku? Yalah, selama ni mak aku pandang Si Ryzal tu sebagai lelaki yang baik. Sekarang, bila aku bagitau dia perkara ni, aku takut dia tak boleh terima. Mesti dia fikir aku reka cerita sebab tak nak kahwin dengan mamat sengal tu. Ini pun satu lagi masalah. Boleh ke emaknya terima perkara ini? Tapi kau kena bagitau jugak pada emak kau. Lainlah kalau kau tetap nak kahwin juga dengan mamat tu. Bob sekadar bergurau. Dia cuma mahu buat Siti Fatimah bertenang sikit. Mulut tuuu...! Jangan harap aku nak kahwin dengan dia. Aku bersyukur sangat sebab Tuhan dah tunjuk awal-awal lagi siapa lelaki tu sebenarnya. Dibuatnya aku terjatuh cinta dengan dia, lepas tu kami kahwin dan lepas kahwin baru aku tahu perangai sebenar dia, mati aku. Memang dia bersyukur, tapi dia rasa ralat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab dia pernah berharap yang Ryzal memang seorang lelaki yang baik dan lelaki itu adalah jodohnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Sekarang, kau dah legalah yang kau tak payah kahwin dengan dia? Boleh percaya sebenarnya sedih. ke minah ni? Entah-entah

99

Jangan Merajuk Sayang

Lega sangat. Apa-apa pun dia harus terima kenyataan, Ryzal bukan untuk dia. Jodohnya belum sampai. Aku rasa, baik kau balik dan bagitau emak kau. Cakap baik-baik dengan dia. Aku rasa mak kau akan faham, pujuk Bob. Mungkin Hajah Asmah akan kecewa, tetapi semuanya hanya sementara. Lambat-laun Hajah Asmah pasti boleh terima kenyataan. Aku macam tak sampai hati nak kecewakan mak aku lagi. Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima Ryzal sebagai suami aku. Siti Fatimah menundukkan wajahnya. Pasti emaknya akan menangis lagi. Maaf, mak. Hmmm... aku pun rasa kecewa juga. Aku ni dah berangan-angan nak jahit baju kahwin kau. Terpaksalah tunda lagi. Bob bangun. Masih ada banyak tempahan yang dia perlu siapkan. Maklumlah, sekarang ini musim orang kenduri. Bukan setakat pengantin yang menempah, orang yang nak pergi kenduri pun nak buat baju baru juga. Tak nak kalah. Alah kau ni, cakap macam aku tak akan kahwin aje. Kau buat ajelah. Manalah tahu, berkat kau buat baju aku awal-awal, cepat aku kahwin nanti. Teringin juga dia nak tengok macam mana rupanya baju hari bersejarahnya. Walaupun masih belum pasti bila, tapi tak salah kut kalau buat persediaan awal. Ah, tak kuasa aku. Banyak lagi tempahan aku nak siapkan ni. Sekarang ni, kau pergi balik, cakap dengan mak kau. Lepas tu kau suruh mak kau cepat-cepat cari penggantinya. Hah, lepas dah dapat pengganti, baru kau bagitau aku. Bolehlah aku siapkan baju kau. Sepasang baju yang sudah siap dijahit dikeluarkan. Mahu ditambah dengan manik.

100

Lynn Allyna

Amboiii menghalau nampak! Tak apa, esok aku datang lagi. Siti Fatimah bingkas bangun. Esok aku tutup. Laju Bob membalas. Siti Fatimah kerut dahi. Apesal pula? Kau nak pergi mana? Hoi, mak cik. Takkanlah sebab kau tak jadi kahwin, terus lupa esok hari apa? Esok Ahad la. Siti Fatimah tepuk dahi. Dia betul-betul lupa. Tersengih di situ. Malu sendiri. Lupa pula. Okeylah, aku balik dulu. Nanti kalau aku free, aku datang lagi. Kau tu, hari-hari pun free. Dah kalau hari-hari ada saja muka dia di butik ni, memang freelah tu. Siti Fatimah menutup rapat pintu keretanya. Enjin dihidupkan, tapi dia masih termenung di situ. Cuba mengatur ayat yang terbaik untuk diucapkan kepada emaknya. Pasti emaknya sedang menunggu dengan harapan menggunung. Mesti emaknya nak dengar perkara yang baik-baik saja. Siti Fatimah pejam mata. Ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada hambaMu ini.

101

No. ISBN:- 978-967-0448-21-3 Jumlah muka surat:- 592 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20 Sinopsis:Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh. Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah. Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya. Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah. Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati

keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri yang akan pujuk. Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah. Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat di hatinya? Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan JANGAN MERAJUK SAYANG di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Вам также может понравиться

  • S&S
    S&S
    Документ97 страниц
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • Pelang I
    Pelang I
    Документ121 страница
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • Cheese
    Cheese
    Документ68 страниц
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Abu
    Abu
    Документ82 страницы
    Abu
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Abu
    Abu
    Документ82 страницы
    Abu
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Abu
    Abu
    Документ82 страницы
    Abu
    kelabk
    Оценок пока нет
  • KMHB
    KMHB
    Документ95 страниц
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Документ112 страниц
    Kys PDF
    kelabk
    Оценок пока нет
  • GK
    GK
    Документ88 страниц
    GK
    kelabk
    Оценок пока нет
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Документ43 страницы
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Документ127 страниц
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Документ45 страниц
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Документ93 страницы
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Оценок пока нет
  • Cim
    Cim
    Документ127 страниц
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Cerpen
    Cerpen
    Документ229 страниц
    Cerpen
    nisascr
    Оценок пока нет
  • GB
    GB
    Документ206 страниц
    GB
    kelabk
    Оценок пока нет
  • STR
    STR
    Документ71 страница
    STR
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Документ65 страниц
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Оценок пока нет
  • HC
    HC
    Документ117 страниц
    HC
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Документ362 страницы
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • HC
    HC
    Документ117 страниц
    HC
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Rettt
    Rettt
    Документ92 страницы
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Документ53 страницы
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • SYKT
    SYKT
    Документ104 страницы
    SYKT
    kelabk
    Оценок пока нет
  • KS
    KS
    Документ113 страниц
    KS
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Документ147 страниц
    Arghh!!
    kelabk
    Оценок пока нет
  • HMP
    HMP
    Документ163 страницы
    HMP
    kelabk
    Оценок пока нет
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Документ105 страниц
    C&amp SII
    kelabk
    Оценок пока нет
  • DJ
    DJ
    Документ124 страницы
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Документ43 страницы
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Оценок пока нет