Вы находитесь на странице: 1из 2

Nama No K/P Opsyen

: Salbiah Binti Rahman : 890621-13-5686 :PISMP BAHASA MELAYU AMB JAN 2010 REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya

melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) Fasa 5 bagi tahun 2012 pada 19 Julai 2012 yang lalu. Program BIG Penanda Arasan (Benchmark) Pengurusan dan Pentadbiran yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan ini benarbenar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas menghadiri program BIG. Fasa yang pertama iaitu sebelum ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan. Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan kerana program ini melibatkan dua kelas iaitu PISMP Bahasa Melayu dan PISMP Pemulihan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan sebagai Setiausaha Program. Sebagai Setiausaha banyak perkara yang perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, semuanya dapat berjalan dengan lancar dengan berkat kerjasama dan sokongan semua pihak. Fasa yang kedua pula ialah semasa program BIG ini berlangsung. Semasa program penanda arasanbenchmark ini bukan sahaja telah mengajar saya tentang pengurusan pentadbiran pendidikan. Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan telah

mendedahkan pelbagai unit yang masing-masing mempunyai tugas mereka. Setiap unit memikul tanggungjawab serta komitmen yang tinggi demi perkembangan pendidikan di Daerah Tambunan. Sehubungan dengan itu juga, pihak PPD juga membuka mata guru pelatih tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai yang bertugas di pejabat pelajaran yang bukan hanya duduk di pejabat tetapi perlu juga turun padang untuk membantu sekolah-sekolah atau guru-guru yang memerlukan perkhidmatan bantu atau bantuselia. Fasa terakhir ialah selepas program BIG ini. Seperti fasa-fasa yang lain, refleksi kendiri harus dibuat untuk pelaporan bagi setiap aktiviti. Bagi saya , refleksi ini adalah penting kerana melalui refleksi saya dapat memahami apa yang telah saya pelajari sepanjang saya menjalani program ini. Bukan itu sahaja, melalui refleksi saya dapat menyedari kelemahan dan cuba untuk memperbaikinya. Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjaya membuat saya untuk reflek kembali kelemahan diri dan cuba mengaitkan tujuan setiap aktiviti tersebut dengan kehidupan sebenar yang akan saya hadapi apabila keluar mengajar kelak.

Вам также может понравиться