Вы находитесь на странице: 1из 17

PENGGUNAAN HAMPARAN ELEKTRONIK DALAM PENGAJARAN GRAF FUNGSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA

BAB SATU

LATAR BELAKANG

1.1.0 Pengenalan Kesusahan pelajar dalam mengingati sesuatu bentuk graf fungsi merupakan asas kajian ini. Lazimnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam topik graf fungsi ialah dengan melukiskan graf fungsi menggunakan kertas graf. Pembinaan satu graf fungsi di dalam kelas memerlukan masa yang agak lama untuk pelajar menyiapkannnya. Pelajar perlu membina jadual nilai, mengira nilai yang sepadan, membina paksi-x dan paksi-y, memplotkan pasangan titik yang berkaitan dan seterusnya melukiskan graf di atas graf fungsi. Proses ini akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya terutama sekali bagi pelajar sederhana dan lemah. Silibus yang banyak dan masa yang agak terhad dalam sesi persekolahan Malaysia menyebabkan kurang interaksi guru dengan pelajar dalam membimbing pelajar bermasalah. Perasaan malu atau segan bertanya kepada guru menyebabkan pelajar sering dibendung dengan masalah pemahaman terhadap matematik.

Di zaman kepesatan teknologi maklumat ini, wajarlah sekiranya satu pendekatan pedagogi baru digunakan dalam pengajaran graf fungsi bagi pelajar tingkatan lima. Hamparan elektronik boleh digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan lama dalam mempelajari graf fungsi. Pelajar akan dibawa ke makmal komputer untuk menggunakan hamparan elektronik dalam mempelajari graf fungsi. Suasana pembelajaran kondusif mungkin dapat membantu mempelajar menimba pengalaman yang menyeronokkan dalam pengajaran graf fungsi ini. 1.1.1 Kurikulum Matematik Sekolah Menengah Matematik ialah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Kurikulum matematik terbahagi kepada tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan ruang dan perkaitan. Ketiga-tiga bidang ini adalah saling berkait (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Graf fungsi merupakan salah satu tajuk dalam bidang perkaitan. Tajuk graf fungsi diperkenalkan kepada pelajar sejak tingkatan tiga. Graf fungsi yang dipelajari ialah graf fungsi linear, kuadratik, kubik dan salingan. Pada peringkat ini, pelajar diajar mengira nilai pembolehubah bersandar apabila diberikan nilai pembolehubah tidak bersandar, membina jadual fungsi dan melukiskan graf bagi fungsi tersebut. Untuk sukatan pelajaran tingkatan lima, tajuk graf fungsi dipelajari lagi dengan lebih luas dan mendalam. Kesukaran yang biasa dialami oleh pelajar ialah mereka tidak

dapat melukiskan graf fungsi yang dikehendaki dengan betul walaupun mereka berjaya memplotkan titik-titik yang diberikan. Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), satu soalan yang melibatkan graf fungsi ditanya dalam bahagian B kertas dua. Markah yang diperuntukkan adalah 5% dari jumlah markah kedua-dua kertas. Oleh itu pelajar sewajarnya dapat menjawab soalan dengan baik sekiranya pendedahan terhadap graf fungsi dipelbagaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1.2 Hamparan Elektronik Dalam Pengajaran Graf Fungsi Menurut NCTM (2000), hamparan elektronik dapat membantu pengajaran secara visual dalam menunjukkan perbandingan bagi sesuatu perwakilan fungsi berlainan bagi set data yang sama bagi pelajar gred 3 hingga 5. Pemahaman lebih mendalam dalam menakrifkan hubungan antara dua set data dan perwakilan data tersebut secara graf dipelajari dalam Gred 6 hingga 8. Dari dapatan kajian Baker J. D. dan Beisel R. W. (2001) menunjukkan terdapat kelebihan pengajaran secara visual dalam tajuk purata kerana ianya dapat membantu pelajar memahami tajuk tersebut dengan lebih mendalam. Fokus kajian mereka ialah mengkaji jenis pengalaman pelajar yang terbaik dalam memahami tajuk purata. Terdapat tiga pendekatan yang digunakan dalam kajian mereka iaitu pendekatan tradisonal dengan menggunakan penyelesaian masalah, pendekatan konkrit secara manipulatif dan pendekatan secara visual dengan menggunakan hamparan elektronik. Dari kajian Tabach M., Hershkowitz R. dan Schwarz B. (2006), didapati pengajaran algebra dengan menggunakan Excel menunjukkan hubungan antara formula dengan pembolehubah. Pelajar menyedari setiap hasil yang didapati adalah bergantung kepada data yang dimasukkan ke dalam sesuatu fungsi. Apabila pelajar memasukkan

sesuatu fungsi dalam sesuatu ruangan samada ruangan baris atau lajur, pelajar dapat dragging fungsi yang dimasukkan tersebut kepada ruangan yang lain. Jadi hasil yang didapati akan berubah secara automatik bergantung kepada nilai pembolehubah yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa hasil yang didapati adalah mudah dan cepat. Graf bagi sesautu fungsi algebra juga mudah ditunjukkan dengan menggunakan fungsi graf yang terdapat dalam Excel. Menurut Lewis P. (2001), hamparan elektronik dapat membantu pelajar secara visual. Penggunaan hamparan elektronik dapat menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi. Hamparan elektronik juga dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menjawab persoalan Apakah akan berlaku sekiranya .... Pelajar boleh menggunakan formula sedia ada atau mereka menyediakan formula sendiri untuk memanipulasikan nombor. Pelajar dapat mengkaji bagaimana dan mengapa formula digunakan, dan juga bagaimana pembolehubah dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Pelajar dapat membina jadual dan graf dalam hamparan elektronik. Jadual dapat memberikan lebih makna dalam membantu pelajar menganalisis dan menginterpretasi data seperti mengenalpasti nilai minimum dan maksimum, min, median dan mod bagi suatu set data. Komputer dapat menghasilkan graf bar, graf garis dan carta pai daripada suatu set data. Oleh itu hamparan elektronik iaitu MS Excel 2002 digunakan dalam kajian ini kerana perisian ini sedia ada dalam program komputer. Oleh itu pelajar dapat mengakses perisian ini dengan mudah. Pengajaran graf fungsi akan dijalankan di dalam makmal komputer. Graf fungsi yang akan menjadi fokus kajian ini ialah graf fungsi kuadratik. Dengan penggunaan hamparan elektronik, pelbagai fungsi dapat digunakan dalam

pembinaan graf. Dengan itu pelajar dapat melihat perubahan bentuk graf apabila fungsi berubah. Pelajar dapat mencuba pelbagai nilai pembolehubah dalam fungsi tersebut. Pelajar tidak perlu lagi mengira menggunakan kalkulator kerana hamparan elektronik akan mengira secara automatik bergantung kepada fungsi yang dimasukkan. Graf fungsi kuadratik boleh diaplikasikan kepada kehidupan seharian. Maka dengan itu pembelajaran matematik akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

1.2 Penyataan masalah Pengajaran dan pembelajaran matematik di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia dilaporkan terlalu berpusatkan guru. Pelajar-pelajar tidak diberi peluang untuk menjanakan kemahiran berfikir mereka (Kementerian Pendidikan, 2001). Hasil kajian yang dijalankan di Barat (Mac Donald-Ross, 1977; Padila & McKenzie, 1981; Wavery, 1989; Berg & Philips, 1994) mendapati bahawa kebanyakan pelajar menhadapi masalah memahami konsep asas tentang fungsi linear. Kajian terhadap fungsi kuadratik (Dreyfus & Eisenberg, 1983; Clement, 1989; Dunham & Osborne, 1991; Movshovitz-Hadar, 1993; Edwards, 1996; Zaslavsky, 1997) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk memahami konsep asas tentang fungsi kuadratik. Menurut DSouza, S. M., & Wood, L. N.(2003), kelebihan teknologi komputer seperti hamparan elektronik ialah pelajar dapat meneroka dan menyelidiki sendiri, berkongsi pengetahuan, pembelajaran kolabratif, membuat analisis dan mengkaji maklumat. Teknologi juga dapat membantu pelajar meneroka, membentuk dan menguji hipotesis, dan dapat menjalankan penyelidikan sendiri (Collins, 1990). Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Gregoire et al. (1996) dan Heidmann et al. (1996), mendapati

kebanyakan pelajar seronok menjalankan aktiviti komputer yang mana juga dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Oleh itu, kajian ini wajar dijalankan kerana dapat memberi keseronokan dan motivasi kepada pelajar untuk lebih meminati matematik.

1.3 Tujuan kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan hamparan elektronik dalam pengajaran graf fungsi di kalangan pelajar tingkatan lima. Pengkaji telah memfokuskan kepada dua objektif khusus yang perlu dicapai iaitu meninjau pencapaian pelajar dalam graf fungsi dengan kaedah tradisional dan kaedah penggunaan hamparan elektronik, dan melihat sejauhmana hamparan elektronik digunakan dan pengajaran graf fungsi.

1.4 Soalan kajian Beberapa soalan dikemukakan dalam kajian ini. Soalan-soalan adalah seperti berikut: 1. Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan yang menggunakan hamparan elektronik dengan kumpulan yang tidak menggunakan hamparan elektronik? 2. Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan hamparan elektronik dalam mempelajari graf fungsi?

1.5 Definisi istilah Berikut adalah definisi bagi beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi ini hanya merujuk kepada istilah yang digunakan dalam kajian ini. 1.5.1 Hamparan elektronik Hamparan elektronik merupakan perisian yang dibangunkan untuk memaparkan dan memproses nombor. Perisian hamparan elektronik yang digunakan seperti Microsoft Excel, Lotus 1-2-3 dan Quattro Pro. Microsoft Excel XP atau juga dikenali sebagai Microsoft Excel 2002 merupakan salah satu komponen perisian yang diintegrasikan bersama ke dalam perisian Microsoft Office XP. Ianya merupakan sebuah perisian hamparan elektronik yang amat popular di dunia dan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar diberi pendedahan cara memasukkan formula algebra ke dalam worksheet. Menu seperti Insert Function dan Insert Chart digunakan dalam modul pengajaran graf fungsi kuadratik. Insert Function digunakan untuk pengisian fungsi yang dikehendaki oleh pelajar. Insert Chart digunakan untuk pembinaan graf bagi pembolehubah dan fungsi yang dihendaki oleh pelajar. Hasil yang akan didapati adalah sangat mudah dan cepat. 1.5.2 Graf fungsi kuadratik Fungsi kuadratik adalah satu fungsi yang mana kuasa tertinggi pembolehubah adalah dua. Bentuk am fungsi kuadratik ialah y = ax 2 + bx + c bagi a, b, dan c ialah pemalar dan a tidak boleh menjadi sifar. Graf fungsi kuadratik berbentuk parabola, iaitu satu lengkung yang licin dan bersimetri. Graf ini mempunyai satu titik pegun yang bernilai maksimum atau minimum bergantung kepada koefisien x 2 . Apabila nilai a adalah positif, graf yang terbentuk adalah terbuka di atas, manakala apabila nilai a adalag

negatif, graf yang terbentuk adalah terbuka di bawah (Amran et al., 1993, Khoo, Moy & Wong, 1993).

1.6 Kepentingan kajian Kajian ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan pendidik matematik tentang penggunaan hamparan elektronik dalam pengajaran graf fungsi. Diharap kajian ini dapat membantu guru-guru matematik mempelbagaikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran mereka dalam matematik.

1.7 Limitasi kajian Kajian ini adalah terhad kepada sampel kajian yang digunakan. Sampel kajian yang dipilih terhad kepada pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Pahang. Peratus pelajar ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar sekolah menengah di Malaysia. Oleh kerana kekangan masa, hanya sebahagian topik kecil dari graf fungsi iaitu graf fungsi kuadratik sahaja dikaji.

BAB DUA

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan 2.2 Hamparan elektronik MS Excel Menurut S. Asli Ozgun-Koca ( 2000), hamparan elektronik digunakan dalam pengiraan matematik dan statistik. Data seperti nombor dan perkataan dapat dimasukkan

dalam lajur dan baris dalam hamparan elektronik dengan mudah. Hamparan elektronik dapat membantu pelajar dalam memahami konsep matematik seperti memplotkan suatu titik, meneroka sesuatu fungsi , mengenalpasti sesuatu corak, meneroka statistik dan kebarangkalian, model matematik dan transformasi geometri. Kajian yang telah dijalankan oleh Abramovich dan Nabors (1997) menerangkan bagaimana penggunaan hamparan elektronik membantu pelajar algebra gred 7 dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. "Spreadsheets build an ideal bridge between arithmetic and algebra and allow the student free movement between the two worlds. Students look for patterns, construct algebraic expressions, generalize concepts, justify conjectures, and establish the equivalence of two models as intrinsic and meaningful needs rather than as arbitrary requirements posed by the teacher." (Friedlander, 1998, p. 383). National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) mencadangkan pelajar gred 3 hingga 5 sepatutnya dibiasakan dengan penggunaan alat teknologi seperti perisian dinamik geometri dan hamparan elektronik. Mereka sepatutnya belajar menyediakan hamparan elektronik mudah dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah, mengkaji data dan corak. Penggunaan hamparan elektronik

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan metodologi kajian yang akan dijalankan untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Perbincangan ini meliputi rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen, prosedur dan analisis data. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan hamparan elektronik dalam pengajaran graf fungsi di kalangan pelajar tingkatan lima.

3.2 Subjek kajian Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Pahang. Dua buah kelas tingkatan lima telah dipilih di mana kumpulan rawatan terdiri daripada 34 orang pelajar dan kumpulan kawalan tediri daripada 30 orang pelajar. Pencapaian Matematik bagi kedua-dua kumpulan pelajar dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan empat adalah hampir sama. Umur pelajar tersebut antara 16 dan 17 tahun. Penggunaan hamparan elektronik ke atas pengajaran Graf Fungsi di kelas yang dikenali sebagai kumpulan rawatan. Pengajaran dan pembelajaran tradisional tanpa hamparan elektronik diberikan kepada kumpulan kawalan.

3.3 Instrumen kajian Dalam kajian ini, pengkaji akan menyediakan dua jenis instrumen iaitu ujian pencapaian matematik dan instrumen persepsi pelajar terhadap penggunaan hamparan eleektronik dalam graf fungsi. 3.3.1 Ujian pencapaian matematik

Instrumen ujian pencapaian matematik menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk menguji pencapaian pelajar dalam topik Graf Fungsi. Ujian pra dijalankan sebelum rawatan dan ujian pos diajalankan selepas rawatan. Ujian tersebut akan dijalankan selama 40 minit. 3.3.2 Instrumen persepsi pelajar Instrumen ini disediakan untuk meninjau persepsi pelajar kumpulan rawatan terhadap penggunaan hamparan elektronik dalam graf fungsi. Instrumen ini terdiri dari 14 pernyataan dengan menggunakan Skala Likert di mana pelajar diperlukan untuk memilih jawapan mengikut skala: 5- Sangat Bersetuju, 4-Bersetuju, 3-Kurang Pasti, 2- Kurang Bersetuju dan 1-Tidak Bersetuju. 3.3.3 Keesahan instrumen Sebelum ujian pra dijalankan, instrumen pencapaian matematik terlebih dahulu akan dirujuk kepada tiga orang guru yang mempunyai pengalaman dalam mengajar matematik tingkatan lima. Guru-guru akan diminta memberi pandangan dan cadangan untuk memperbaiki instrumen pencapaian matematik.

3.5 Prosedur pengumpulan data Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada Pendaftar Fakulti Pendidikan Universiti Malaya untuk menjalankan kajian di sekolah yang terpilih. Pengkaji juga akan mendapatkan kebenaran pihak sekolah yang berkenaan. Perbincangan diantara pengkaji dengan penolong kanan juga akan diadakan untuk menentukan kelas yang dipilih dan masa yang sesuai untuk tujuan pengumpulan data.

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen untuk memungut data. Ujian pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selepas ujian pra pelajar kumpulan rawatan akan diajar cara menggunakan hamparan elektronik terlebih dahulu. Hamparan elektronik yang akan digunakan dalam kajian ini ialah MS Excel 2002. Selepas itu, kumpulan rawatan akan menggunakan hamparan elektronik dalam proses pembelajaran graf fungsi kuadratik selama empat minggu. Manakala kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah tradisional. Selepas empat minggu pengajaran, kedua-dua kumpulan diberi ujian pos. Disamping itu, pelajar kumpulan rawatan akan diberikan soal selidik untuk mengetahui pengalaman mereka menggunakan hamparan elektronik.

3.6 Prosedur penganalisisan data Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pos antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Maklumat yang akan diperlehi dari soal selidik pelajar kumpulan rawatan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratus.

Rujukan 1. Pamela Lewis June 2001 Title : Use spreadsheet to teach mathematics and meet standards published by International Society for technology in education http://www.angelfire.com/wi2/spreadsheet/necc.html retrieved on 4hb. Disember 2006. 2. Friedlander, Alex (1998). An EXCELlent bridge to algebra. "Mathematics Teacher," 91(50), 382-383 3. S. Asli Ozgun-Koca (2000). Using Spreadsheets in Mathematics Education. ERIC Educational Reports. December 2000 http://www.stemworks.org/digests/dse00-08.html

4. National Council of Teachers of Mathematics. (2000). "Principles and standards for school mathematics." Reston, VA: Author.

5. Dugdale, S. (1994). K-12 teachers' use of spreadsheet for mathematical modeling and problem solving. "Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching," 13(1), 43-68. 6. Sinclair, M. ( ). Investigating functions

7. Kementerian Pendidikan (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan.

Вам также может понравиться