Вы находитесь на странице: 1из 6

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Pengenalan Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan Negara. Perlembagaan juga dijadikan dokumen rasmi yang di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip

sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Justeru itu ia dapat mewujudkan satu rangka politik , ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Selain itu, Perlembagaan juga merupakan satu sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah dan akan terbatal dengan sendirinya. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.

12

Politik
Kepentingan Perlembagaan

Ekonomi

Sosial

Kepentingan Perlembagaan Dari Aspek Politik


Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin

kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia membantu dalam menjamin kecekapan , kejujuran , keadilan , ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintah sesebuah kerajaan.Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah supaya sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarabg perbalahan. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk menjamin kerjasama , kesepakatan , keadilan dan kepentingan bersama.Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang lebih , namun begitu , Sabah dan Sarawak telah diperuntukkan kuasa yang lebih jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.Ini adalah persetujuan bersama semasa kedua-dua negeri itu memasuki Malaysia. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Negara kita.Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, baginda juga
13

menjlankan kuasa-kuasanya mengikut kehendak-kehendak Perlembagaan. Ini bermakna baginda mendapat kuasa dan wibawa daripada perlembagaan. Baginda boleh didakwa atas sifat peribadinya dengan keizinan Peguam Negara di Mahkamah Khas Raja. Selain itu, Perlembagaan juga menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuandan negeri. Badan perundangan dan kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak Perlembagaan . Badan

perundangan hanya boleh membuat undang-undang seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan.Undang-undang yang dibuat perlulah konsisten dengan undang-undang persekutuan yang sah. Dengan cara ini , sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan

Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan dari Aspek Ekonomi


Melalui pengurangan jurang perbezaan ekonomi dan struktur

wilayah ,Perlembagaan dapat mewujudkan pengagihan yang saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya. Strategi pembangunan wilayah yang

pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan , pos , telekom , dan polis dapat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah di Negara ini, seperti jurang perbezaan yang wujud antara negeri pantai barat dan negeri pantai timur atau semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Selain itu , terdapat pertukaran pegawai-pegawai yang kini tergolong dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Keadaan ini dengan sendirinya merapatkan hubungan antara wilayah dan mengukuhkan perpaduan Negara. Perkongsian budaya juga wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Dengan itu,usaha kea rah mewujudkan intergrasi nasional menampakkan hasil

14

dan akan mempercepatkan lagi proses pembentukan Negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat di samping pembangunan ekonomi Negara yang pesat.

Kepentingan Perlembagaan dari Aspek Sosial


Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan kita adalah hasil daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Ia adalah persetujuan yang luhur dan murni satu

hasil daripada pertimbangan yang rumit

terhadap berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan. Perlembagaan menjamin keadilan sosial untuk semua warganegara. Perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Ia

menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara yang meliputi kebebasan diri , bercakap , berhimpun dan menubuhkan persatuan , beragama , bebas daripada menjadi abdi dan melakukan kerja paksa.Walau bagaimanapun , untuk menjamin keadilan antara kaum ,kebebasan ini dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleh Bab 1 perkara 10 (2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensetif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan Negara. Setiap warganegara juga diberi perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kenelakangan dan perbicaraan berulang , hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran . Peruntukan mengenai hak pelajaran ( Perkara 12 (1) ) menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas seban agama ,kaum , keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusip pendidiakn yang diselenggarakan oleh kerajaan. Keadilan sosial ini bertujuan memelihara satu cara hidup yang demokratik dan melahirkan satu masyarakat yang adil. Dengan cara itu kemakmuran Negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama.
15

Perlembagaan dapat memupuk unsure taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kerakyatannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa sesorang warganegara boleh dilucutkan

kerakyatannya jika terbukti tidak taat setia kepada Negara ini. Disamping itu , menurut Perlembagaan , semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum

adalah sama rata di sisi undang-undang ( Perkara 8 (1) ) , bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing ( Perkara 11 (1 ) ) dan berhak memiliki harta ( Perkara 13 ). Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak-hak istimewa tersebut yang terdiri daripada pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam , biasiswa , kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perlembagaan akan memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

16

Kesimpulan

Pembinaan

perlembagaan

Malaysia

berasaskan

perlembagaan

PTM

memberikannya satu tapak yang kukuh. Langkah itu bukan sahaja dapat memudahkan tugas menggubal tetapi ia juga berjaya menghasilhan satu instrumen pemerintahan yang berwibawa. Disamping itu, keterbukaan

perlembagaan Malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan berserta dengan kepekaan dan sikap positif pihak berwajib menjadikan perlembagaan Malaysia bersifat malar hijau kerana ia sentiasa berfungsi sepanjang masa menepati objektif dan semangat perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan negara kita dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan , kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar,dengan itu semangat yang dibawa oleh Perlembagaan adalah penting demi untuk menjamin Negara kita menjadi sebuah Negara yang maju , aman dan makmur di rantau ini.

Rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian bangsa dan budaya ini pula dituntut supaya memainkan peranan masing-masing. Sebagai warganegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan Negara ini. Prinsip ketiga rukun Negara menekankan tentang keluhuran perlembagaan yakni sesuatu yang mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah dan kerajaan sendiri sesungguhnya

melayakkannya disebut luhur. Justeru, warganegara yang menikmati keselamatan, keistimewaan, kemewahan dan pelbagai peluang dibawah payungan

perlembagaan wajarlah menghormati semua peraturan negara yang dibuat berpandukan perlembagaan Malaysia itu sendiri.

17

Вам также может понравиться