Вы находитесь на странице: 1из 5

3.4.

Isu-isu Utama dalam Pengajaran Perpuluhan Isu yang berkaitan tentang topik ini ialah tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh murid- murid. Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid yang akhirnya membawa kepada miskonsepsi kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan. Antaranya ialah kesilapan menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Sebagai contoh, murid beri nombor 35.046 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor tersebut. Bagi murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan menjawab puluh walaupun jawapan yang tepat ialah per sepuluh. Murid tidak dapat membezakan nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan. Begitu juga apabila diminta menyatakan nilai digitbagi nombor tersebut tentunya murid menjawab 40 dan bukannya 0.04. Murid seharusnya perlu menguasai kemahiran ini kerana ia adalah kemahiran asas dalam tajuk nombor perpuluhan. Nilai tempat bagi 4 dalam nombor 35.046 3 5 . 0 4 6

Tens / puluh

Penyelesaian bagi masalah ini adalah bimbingan yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah miskonsepsi bagi kemahiran di atas ialah dengan menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluha. Murid akan dibimbing melihat perbezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.

Nombor bulat Kedudukan nilai sebelum titik perpuluhan 3 Nilai tempat Puluh 5 Sa

Titik perpuluhan(.) . .

Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan 2 Persepuluh 4 Perseratus 6 Perseribu 0.006

Nilai digit

30

0.2 =

0.04 =

Apabila murid telah mahir dalam menyatakan nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Perlu diingatkan juga kepada murid perbezaan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Pada peringkat awal guru boleh menyediakan rumus dalam bentuk jadual bagi membantu murid menyelesaikan nilai tempat nombor perpuluhan. Setelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual ini akan diabaikan dan dijadikan bahan rujukan.

nilai digit / nilai tempat NOMBOR SOALAN

puluh ribu (10 000) ribu ratus puluh (10)

sa (0-9 ) . (.)

Persepuluh

Perseratus

Perseribu

(1000) (100)

Seterusnya adalah ketika menambahkan nombor perpuluhan. Kesalahan mereka adalah apabila titik perpuluhan tidak berada dalam satu garis yang lurus

Keduanya, menambahkan nombor yang berada di sebelah kiri terlebih dahulu.

3.4.2

Isu-isu Utama dalam Pengajaran Peratusan Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratusbermaksud per seratus). Simbol yang mewakili peratus, ialah (%). Sebagai contoh, 56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau 0.56. Dalam mempelajari tajuk peratus, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid dan akhirnya membawa kepada miskonsepsi. Antara miskonsepsi tersebut ialah semasa memahami soalan penyelesaian masalah. Bagi penyelesaian yang tidak melibatkan penyelesaian masalah, murid dapat menjawab menggunakan kefahaman yang ada. Walaubagaimanapun adapun kesilapan yang dilakukan hanya kecuaian dalam melakukan pengiraan. Berikut merupakan contoh miskonsepsi murid dalam tajuk peratus (%). Contoh soalan : Dalam satu ujian Matematik, 75% orang murid telah gagal, hanya 15 orang murid lulus dalam ujian tersebut. Berapa ramaikah murid yang menduduki ujian tersebut?

75 1 0 1125 1 0 0 0

15 orang

11.25 orang murid lulus

Penyelesaian berdasarkan masalah yang ditunjukkan di atas murid tidak dapat memahami kehendak soalan yang sebenar. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah hanya mendarab 75 % dengan 15 orang murid. Sedangkan soalan inginkan jumlah murid yang menduduki ujian tersebut. Oleh yang demikian beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi membimbing mereka memahami konsep sebenar peratus. Murid dibimbing memahami konsep pelengkap dalam peratus. Murid dibimbing meneroka kehendak soalan. Apa yang diberi : 75% orang murid gagal, 15 orang murid lulus

Apa yang dikehendaki : Jumlah murid menduduki ujian

Operasi :

2 = 1 1 0 0 0 0 1 75 0 0 5 1 = 1 25 0 0 1 1 1 7 0 0 0 0 1 0

5 0 0 0 5 0 0 0

15 orang

30 orang

45 orang

60 orang

Oleh itu pelengkap dalam 75% ialah 25%. Jika 75% murid gagal, maka murid diperingatkan 25% bersamaan dengan 15 orang yang lulus. 25% yang kedua iaitu 50% bersamaan dengan 30 orang murid, 25% yang ketiga bersamaan dengan 45 orang murid dan 25% yang keempat iaitu 100% bersamaan dengan 60 jumlah orang murid. Maka 75% bersamaan dengan 45 orang murid gagal dan 15 orang murid lulus bersamaan dengan 25%

Oleh yang demikian murid perlu ditekankan tentang konsep pelengkap dalam pecahan dan peratus. Perkaitan antara pecahan dan peratus perlu ditekankan kepada murid. Bezanya peratus mewakili penyebut 100, manakala pecahan mempunyai penyebut yang tidak tetap bergantung kepada kehendak soalan

Вам также может понравиться