Вы находитесь на странице: 1из 5

DISEDIAKAN OLEH:NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN

CABARAN TERHADAP GURU DALAM MENANGANI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini sepertisuku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan Nyonya,kaum Serani, kaum Siam dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk,kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam, ekonomi, politik dan budaya.

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia.Mereka berperanan

membentuk sahsiah pelajar.Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti,mental dan fizikal setiap manusia.Sistem pendidikan di Malaysia mendukungDasar Wawasan Negarayang mana mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur.Dengan ini guru mempunyai cabaran yang besar untuk merealisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid yangmempunyai kepelbagaian sosio-budaya di dalam bilik darjah.Sistem pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, merupakansatu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik.

Antara cabaran besar yang dihadapi guru ialah bermula dengan faktor perbezaan individu.Faktor ini menjadi paksi kepada timbulnya pemikiran,gaya hidup,personaliti serta kerenah yang pelbagai dalam kalangan pelajar di sekolah.Kebolehan kognitif antara pelajar amat mempengaruhi gaya hidup dan pembentukan sahsiah mereka.Seseorang

pelajar yang mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi dapat berfikir dengan cerdas,bijak membuat keputusan malah dapat menerima arahan serta didikan guru dengan baik.Dia juga dapat membezakan baik buruk dan yang mana benar yang mana salah.Dia berupaya menerima dan menyerap situasi kepelbagaian sosio budaya dalam kehidupan sehari-hari.Mereka ini jarang bermasalah dengan rakan berbeza agama,bahasa dan budaya malah dapat berkomunikasi dan menjalinkan hubungan mesra dengan mereka.Perbezaan-perbezaan ini tidak menjadi halangan kepada mereka malah ada diantara mereka yang bersahabat dan dapat mengadaptasi budaya masyarakat lain.Personaliti yang mereka bawa dalam kehidupan membawa kepada sebuah penciptaan suasana kehidupan harmoni serta dapat membentuk kesejahteraan bersama.Makanya,tugas guru menjadi mudah dari segi membentuk perpaduan antara pelajarnya.Personaliti mereka yang ramah dan terbuka membolehkan wujudnya suatu sosialisasi yang menyenangkan seterusnya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebaliknya,tugas guru akan bertukar menjadi satu misi mencabar apabila terpaksa berdepan dengan pelajar yang tahap pemikiran atau kognitifnya lemah tetapi pada masa yang sama mempunyai personaliti agresif dan mempunyai tingkahlaku

bermasalah.Misalnya dalam sebuah bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai kaum,murid Cina yang pendiam akan memilih untuk mendiamkan diri ataupun mencari rakan Cina untuk berkawan,ada yang mencari rakan berlainan bangsa tetapi sangat sedikit bilangannya.Kini,jurang ini semakin dapat kita lihat dalam kalangan pelajar-pelajar yang pada zahirnya boleh bekerjasama dan bekerja dengan bangsa Cina dan India di dalam kelas tetapi amalan ini hanya bersifat professional dan luaran sahaja.Pemahaman mereka terhadap sesuatu isu atau perkara itu sangat cetek dan rendah malah kadangkala tidak logik.Golongan jenis ini mudah terpengaruh dengan khabar angin,hasutan serta berfikiran tertutup serta tidak dapat menerima pendapat orang lain.Mereka juga cenderung berada dalam kelompok mereka sendiri.Sebagai contoh,pelajar yang nakal ini akan mencari rakan atau geng dan bergerak dalam kumpulan mereka sendiri.Pelajar Melayu dengan kumpulan Melayu sahaja,Cina dengan Cina sahaja.Malah akan ada yang

mengejek dan memperlekeh bangsa lain dan situasi ini merupakan hakikat yang berlaku di sekolah-sekolah.Mereka seperti telah mempunyai satu ideology yang mereka bawa terhadap sesuatu kaum dan ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain.Dalam hal ini,guru perlu mencari pendekatan yang sesuai pertama sekali untuk mendekati seterusnya dapat mengawal mereka ini.

Cabaran seterusnya ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat dan memandang enteng akan isu ini yang seterusnya mempengaruhi anak-anak mereka.Bagi pelajar-pelajar yang hidup di tengah-tengah bandar,ibu bapa mereka sibuk dengan kerja sehingga ada yang tidak endah akan anak mereka.Anak-anak ini kemudiannya mencari hala tuju sendiri tanpa bimbingan dan teguran sesiapa.Dalam situasi ini,ibu bapa akan lepas tangan dan tidak pernah menerapkan nilai perpaduan,ada sopan,hormat menghormati mahupun semangat kejiranan.Situasi paling mudah ialah kita melihat kepada hidup berjiran sama ada sama atau berlainan bangsa .Ibu bapa yang baik sepatutnya prihatin serta menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan cara menjalinkan hubungan baik dengan jiran,bertegur sapa dan mengambil berat terhadap jiran.Dengan ini,anak-anak akan terikut-ikut dengan sikap dan budaya yang ditonjolkan oleh ibu bapa masing-masing.Dengan mempraktikkan budaya sebegitu,secara tidak langsung akan membentuk perawakan anak-anak.Apabila ke sekolah kelak,murid-murid akan lebih mudah mesra dan dapat bergaul dengan orang lain termasuklah yang berbeza bangsa,agama dan budaya.Mereka dapat menerima budaya orang lain dan memahami bahawa bersatu padu itu penting serta dapat memberikan pelbagai manfaat.Dengan itu,lebih mudah bagi guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk menghubungkan murid-murid yang berlainan bangsa.

Namun dewasa ini,tugas guru menjadi lebih mencabar dek kerana sikap ibu bapa atau institusi keluarga yang penting diri dengan salah satu penyebabnya iaitu kejatuhan institusi kejiranan.Melihat kepada scenario yang sedang berlaku dalam Negara kita kini,di

bandar-bandar besar misalnya,kawasan-kawasan perumahan kini didominasi oleh kaumkaum tertentu.Kaum Cina dengan komuniti Cinanya,Melayu hanya ada dua atau tiga itupun mungkin yang kaya atau berjawatan tinggi.Secara logiknya sudah tentu anak-anak mereka tidak bergaul dan bermasyarakat dengan bangsa lain dan budaya muhibah akan terus pudar dalam kawasan penempatan itu.Jika ibu bapa sendiri pun tidak pernah bertegur sapa dengan jiran apatah lagi anak-anak.Ianya umpama ketam menyuruh anaknya berjalan betlu.Dengan lemahnya institusi kejiranan,masyarakat semakin bersikap lepas tangan.Hal ini dirujuk kepada ibu bapa yang menjadi nakhoda.Anak-anak akan mengikut contoh yang tidak baik ini dan membawanya ke sekolah.Hal inilah yang memeningkan kepala para guru untuk mencari jalan terbaik untuk menangani masalah kepelbagaian sosiobudaya tesebut.

Pada masa yang sama adalah menjadi cabaran kepada guru untuk menangani kepelbagaian budaya apabila berdepan dengan murid yang datang daripada

latarbelakang dan taraf hidup/ekonomi yang berbeza.Murid yang datang dari keluarga yang taraf hidupnya rendah akan disisihkan murid yang ibu bapanya kaya.Hal ini demikian kerana murid yang kaya ini tersedia dengan pelbagai

kemudahan,peralatan,buku dan mudah memperoleh wang berbanding dengan pelajar miskin.Sesetengahnya ada yang baik tingkahlakunya,itupun kerana dididik serta diasuh oleh ibu bapa dengan akhlak yang baik sedari kecil,namun ada juga yang bersikap kurang ajar dek kerana kurang asuhan dan penerapan nilai daripada ibu bapa selain pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.Murid-murid daripada keluarga berada ini kadangkala manja dan tidak boleh ditegur.Mereka lebih suka hidup dengan cara mereka.Misalnya guru menegur seserang anak oang kenamaan atau berpengaruh tentang sesuatu perkara,jika melihat kepada trend sekarang ini,ibu bapa itu akan datang ke sekolah menyerang guru itu semula ataupun lebih teruk menyaman guru itu.Keadaan inilah sebenarnya menjadi dilema sesetengah guru yang bertugas di kawasan-kawasan tertentu.Kadangkala sesetengah kes yang lebih serius kita dapat melihat penindasan yang dilakukan oleh golongan kaya terhadap golongan miskin.Sebenarnya perkara ini semuanya bermula sejak daripada alam persekolahan lagi.Ianya seperti yang berlaku di

sekolah-sekolah yang mana murid yang kaya akan mengejek murid yang miskin dan hidupnya susah.Walaupun sesetengahnya tidak serius,namun perkara ini memberi kesan terhadap sosio budaya dalam kawasan sekolah dan setempat.Murid yang kaya akan kekal menindas dan memandang rendah muid miskin dan murid miskin akan benci dan mula membina perspektif atau tanggapan mereka sendiri tentang orang-orang kaya.Masalah ini sepatutnya diberi perhatian kerana budaya ini akan berterusan dan menjadi penyakit dalam masyarakat Malaysia.

Cabaran-cabaran ini menjadi dilema para guru yang menuntut seribu satu penyelesaian yang berhikmah.Makin maju negara kita makin banyak cabaran serta masalah yang timbul.Tidak terkecuali para guru yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dalam menangani isu berkaitan dengan kepelbagaian sosio budaya dan kelompok.Sehingga kini,guru-guru berusaha giat mendidik anak-anak bangsa dan merancang pelbagai kaedah dan strategi bagi memupuk semangat bersatu padu antara murid.Usaha-usaha ini tidak lain,demi melahirkan modal insan berkualiti disamping mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni,bersatu padu seterusnya membentuk sebuah negara maju.

Вам также может понравиться