Вы находитесь на странице: 1из 66

Hong Kong Egg Tart

(makes around 12 egg tarts) Ingredients for butter pastry 280g butter 400g plain flour 1 egg 100g sugar Method for butter pastry Pre-heat the oven to 160 degrees celcius 1) Mix butter to the flour and sugar mixture 2) Add egg 3) Knead it into a dough 4) Press the pastry into the moulds gently using your two thumbs. Try not to have a thick pastry bottom. 5) Punch holes into the pastry Ingredients for egg filling 300ml water 140g sugar 4 eggs 80ml full cream evaporated milk Method for egg filling 6) Boil water and sugar together 7) Beat and mix well milk and eggs. 8) Sieve the mixture two times to get a smooth egg filling 9) Pour the egg filling into the pastry moulds 10) Bake it in the oven at 160 degrees celcius for 15-20 minutes. The egg should still be wobbly ( you don't want to overcook it!)

APAM BERAS
Bahan-bahan ( 5 org )

2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 cwn brown sugar 3/4 cwn gula * 2 1/2 cwn air 1 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara 1. blend nasi dan air sehingga hancur. 2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 5. perap selama 3 jam. 6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! * Kalau tidak letak brown sugar, jadikan 1 1/2 cwn gula putih biasa.

TRADITIONAL APPLE PIE


A classic dessert or tea time treat has to be a traditional apple pie. This traditional apple pie recipe is quick and easy and ensures a perfect result every time. Use cooking or Bramley apples for the best filling, eating apples don't soften the same way. Prep Time: 30 minutes Cook Time: 25 minutes Total Time: 55 minutes Ingredients:

Pastry 7 oz/200g all purpose/plain flour pinch of salt 1 stick/ 110g butter, cubed or an equal mix of butter and lard 2-3 tbsp cold water Filling 1 lbs/700g cooking apples, peeled, cored and quartered 2 tbsp lemon juice cup/ 100g sugar 4 - 6 tbsp cold water 1 level tsp ground cinnamon stick/25g butter Milk to glaze

Preparation: Method Place the flour, butter and salt into a large clean bowl. Rub the butter into the flour with your fingertips until the mixture resembles fine breadcrumbs, working as quickly as possible to prevent the dough becoming warm. Add the water to the mixture and using a cold knife stir until the dough binds together, add more cold water a teaspoon at a time if the mixture is too dry. Wrap the dough in Saran wrap/Clingfilm and chill for a minimum of 15 minutes, up to 30 minutes. The dough can also be made in a food processor by mixing the flour, butter and salt in the bowl of the processor on a pulse setting. When the mixture resembles breadcrumbs, add the water, slowly, through the funnel until the dough comes together in a ball. Wrap in Saran wrap/ Clingfilm and chill as above.

Heat the oven to 425F/220C/gas 7. Meanwhile simmer the apples with the lemon juice and water in a large pan until soft. Add the sugar and cinnamon to the cooked apples. Remove from the heat and add the butter and leave to cool. Roll out half the pastry and line a 7 inch/13cm pie dish. Put the cooled, cooked apple mixture to the pastry case. Roll out the remaining pastry to make a lid for the pie. Damp the edges of the pastry in the dish with a little cold water, cover with the lid and press the edges firmly together and crimp the edges to decorate. Brush the top of the pie with milk and bake at the top of a hot oven for minutes. Serve hot or cold with cream, ice cream or custard sauce. 20 - 25

KUEH PAU - A
Bahan 500 gm tepung gandum /tepung pau 1/2 s/k baking powder 1/2 s/k garam 1 s/b gula 1 s/k yeast mauripan 2 s/b shorterning [crisko] 250 gm air suam Cara 1. Gaul rata semua bahan kecuali air. 2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis. 3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan] 4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda. 5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. 6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging]. 7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas. 8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi. 9. Panaskan kukusan. 10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit. 11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau. 12. Siap untuk dimakan.........

INTI PAU..Ayam atau Daging - A


Bahan 250 gm isi ayam atau daging [hiris kecil 200 gm kentang 1 s/b rempah kari yam/daging ] bancuh jadikan pes 2 s/b air ] 1 labu bawang besar ] 1 ulas bawang putih ] cincang 1 pokok daun sup [cincang] 1/2 cawan air garam gula minyak

Cara 1. Panaskan minyak dan dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dicincang sehingga wangi. 2. Masaukkan pes rempah kari dan kacau sehingga rata. Maskkan sehingga naik minyak dan wangi. 3. Masukkan isi ayam atau daging dan kentang. 4. Masukkan air, garam dan kacau rata.Biarkan mendideh dan daging atau ayam lembut. Masukkan daun sup yg dicincangkan. 5. Bila nampak pekat dan daging lembut bolehlah angkat dan sejukkan. 6. Buatkan aduinan pau dan masukkan inti dalamnya.

PAU GEBU MONTOK TEMBAM - B


BAHAN-BAHAN INTI 2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan 1 cawan isi ayam yang dipotong kecil 1 camca besar penuh rempah kari daging 1/2 camca besar rempah kurma 1 biji bawang besar, didadu 2 ulas bawang putih* 1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat) Garam dan gula secukup rasa 1 tangkai daun kari 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 1/2 cawan air Hirisan daun bawang untuk hiasan BAHAN DOH PAU 500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit) 1/2 cawan gula halus 1/4 cawan minyak jagung 1 1/4 cawan air 6 gram instant yeast CARA MEMBUATNYA
1.

UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang

besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
2.

UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut.

Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga

sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
3.

UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh

pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

MEE UDANG SUNGAI DUA


By : Puan Zaiton Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku 1 kg mee kuning ~ dicelur 2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus 1 biji cili merah ~ dihiris halus 3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris 3 biji telur rebus ~ di belah 3 biji limau nipis ~ di belah sedikit bawang goreng

Bahan Kuah 3 ulas bawang merah ~ dikisar 8 ulas bawang putih ~ dikisar 1 inc halia ~ dikisar 3 batang serai ` dikisar 2 sudu besar cili kisar atau cili boh 230 gm udang kering ~ kisar 2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus 1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus 2 biji telur ayam sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam Perencah sup tulang 3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa Garam dan gula secukup selera Panaskan minyak dalam periuk Tumiskan bawang hingga naik bau Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati Masukkan garam dan gula mengikut selera Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

KUIH SIPUT
Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

5 cawan tepung gandum 1 biji telur 50gm margerine 1 s.kecil serbuk jintan manis 1 s.kecil serbuk jintan putih 2 sudu kecil serbuk udang kering 1 sudu kecil garam (ikut rasa) Sedikit serbuk perasa (optional) 3 sudu besar cili boh/serbuk cili Daung bawang /daun sup (dihiris ) Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara 1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya. 2. Uli dengan santan hingga menjadi doh. 3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput. 4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

KUIH SERI MUKA


BAHAN LAPISAN BAWAH 300 gram beras pulut (mat guna 350 gram) 200 ml santan cair (mat lebih kan 2 camca besar) 1 helai daun pandan, disimpul 1 camca teh garam BAHAN LAPISAN ATAS 300 ml santan 3 biji telur (mat guna gred B) 4 helai daun pandan, potong kecil 180 gram gula pasir 4 camca teh tepung jagung 2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum Beberapa titik pewarna hijau CARA MEMBUATNYA 1. Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam.

Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan. 2. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih). Sambung kukus untuk 10 minit lagi. 3. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.

4.

Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan

aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!

KUIH LAPIS

BAHAN A 250 gram tepung beras 30 gram tepung ubi 1 liter santan 1/2 camca teh garam BAHAN B 250 gram gula pasir 200 ml air 2 helai daun pandan, disimpul BAHAN C Pewarna makanan violet Pewarna makanan meraj jambu Pewarna makanan hijau CARA MEMBUATNYA 1. 2. Satukan bahan B, kacau dan jerang hingga mendidih dan gula larut. Satukan bahan A dalam satu bekas, kacau rata dan tuang no. 1 tadi,

Sejukkan dan tapis. Ketepikan. kacau rata dan tapis. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak. Setiap bahagian diletak warna2 makanan kegemaran. Ketepikan. 3. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, alas tin 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik tadi. Kukus tin tadi sekejap. Ambik satu bahagian (terpulang warna apa yang anda suka), bagi lagi kepada 2 bahagian sama banyak. Tuang dalam tin dan kukus 6 - 7 minit hingga lapisan masak. 4. Tuang pula lagi 1/2 bahagian dari bancuhan warna lain, kukus lagi 6-7 minit hingga permukaan mengeras. Dan akhir sekali tuang 1/2 dari bahagian warna lain. Kukus lagi hingga masak. 5. Ulangi proses yang sama sehingga selesai, Untuk yang lapisan terakhir, kukus selama 15 minit, maka terhasillah lapisan merah jambu + violet + hijau dan mempunyai 6 lapisan berselang seli. Sejukkan kueh sebelum dipotong..

KUAH KACANG IBUNDA Bahan-bahan: 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit Dikisar dgn air: 6 batang serai 2 inci lengkuas 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 15 tangkai cili kering, direndam Segenggam udang kering, direndam Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air 2 sudu besar gula merah 5 sudu besar gula putih 1 susu besar garam Air anggaran 400ml - 500ml Cara-cara: 1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar. 2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak. 3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala. 4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam. 5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat. * Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya. **Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi. 6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

SATE AYAM DAN KUAH KACANG


Bahan-bahanya ( nilah cara yang selalu ros buat kalau perap sate ayam atau daging) 3 keping dada ayam ( ros guna yang baticrom punye dada ayam dia besar-besar) 2 keping bahagian peha boneless sedikit halia ( agak-agak je, sebesar ibu jari) sedikit lengkuas ( sebesar ibu jari) 2 sudu besar jintan manis sedikit gula melaka ( dipotong kecil) 3 sudu besar gula sedikit garam 1/4 biji bawang besar 2 biji bawang putih 2 sudu besar madu *Untuk Kuah Kacang* 2 paket kacang tanah ( ros beli yang kt supermarket tu, yang boleh dimakan terus) 1 batang serai 1/4 biji bawang besar 2 inci halia 1biji bawang putih 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar cili kisar 1/2 cawan air asam jawa garam dan gula Bahan sampingan menu sate ayam

ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar ( lidi sate tu kalau boleh rendam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang atas dapur gas nanti). Cara-caranya ( sate ayam) 1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti, Blender halus, bawang besar, halia , lengkuas, jintan manis, bawang putih hingga hancur. 2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan gula melaka, gula, madu dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, ros perap semalam, baru sedap. 3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak. Buat Kuah Kacang 1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam, Selamat Mencuba.

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.


BAHAN-BAHAN:

1 kg Sotong putih (sarat telur). Persediaan seperti keterangan di atas. 100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari). 1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang). 2 biji bawang labu (sedang) di kisar. Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar. Sila rujuk tulisan mamak yang lepas mengenai bagaimana penyediaan pes ini. 1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian) 1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik). 1 tsp gula pasir. kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala). 2 ranting daun kari. 3 cili merah dibelah dua memanjang. Daun bawang dipotong 2 inci. 75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair). Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

CARA-CARA: 1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang

kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.). 2. Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel. 3. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba. Sekiranya ada masalah e-mail kepada mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com.

Masakan Ramadan Mamak Penang AYAM MASAK MADU.


Bahan-Bahan: 1. 1 Ekor ayam 1.6kg 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng. 2. 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air). 3. 100gm buah kismis. 4. 50gm buah jagus. 5. 2 sudu besar gula pasir. 6. 1 sudu besar serbuk cili. 7. 1 susu besar Jintan putih. 8. 1 sudu besar Jintan manis. 9. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering). 10. Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5. 11. Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi) 12. Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas) 13. Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan. 14. Hirisan bawang besar i biji (besar). 15. Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. 1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng. Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja. Asingkan.. 2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana. 5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata. 6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga dihiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.

AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG


BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam (1.6 1.8kg).Bersihkan. Potong 10 bahagian. 10 biji cili masak. 1 batang Karot sederhana besar. 1 biji tomato. 1/2 Tin Kimball Sup Tomato. 1/2 Tin Susu cair. 2 sudu Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil). 1 helai pandan dipotong 2. 3 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar). 1 biji bawang untuk dikisar. 1 inci halia dikupas kulit untuk dikisar. 3 ulas bawang putih untuk dikisar. 2 Kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga untuk menumis. 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam. 1 sudu kecil perasa makanan ( jika perlu) 1 Sudu Besar Gula . 1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis. 2 sudu besar serbuk cabai ( perlu untuk mendapatkan warna masakan). Garam secukupnya. CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang keras menjadi keras dan sukarkan rempah menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung adalah dsyorkan tidak perlu digoreng. 2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.* 3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai.Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar.Tumis sehingga keluar bau yang harum dan hirisan bawang akan bertukar warna keemasan (jangan hangus). 5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia dan masukkan kisaran tomato+cili+ carrot. Tumiskan sehingga keluar bau yang wangi (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan). 6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. 7. Masukkan Puri Tomato, Sup Kimball Tomato dan susu cair.Sekiranya mahu gunakan santan untuk warna yang cantik dibolehkan dengan masuk 250 gm santan pekat. (di Pulau Pinang Santan pekat RM1.00 sudah memadai). 8. Masukan Gula, perisa makanan (aji-no-motto) dan garam secukup. 9. Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuanya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan apai apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

MEE KARI ALA NYONYA


Bahan2nya: 1 cawan rempah kari daging babas cawan cili kering yang telah diblend 8 ulas bawang putih 1 genggam penuh daun kari. belacan sebesar ibu jari. 4 biji buah keras ekor ayam kerang taupok (tahu goreng) 1 cawan pati santan mi kuning/mi hun taugeh cara: tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste. Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan. Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan. rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit.

kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka. macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.

LEPAT LABU
Bahan-bahan: 3 cawan labu yang dilenyek ~ direbus dan toskan airnya (baru disukat) 3/4 cawan gula atau secukupnya 2 cawan tepung gandum 50gm santan serbuk 1 sudu kecil garam 1 cawan kelapa parut atau secukupnya gaul dgn sedikit garam(untuk inti) Daun pisang(layur diatas api dan potong kecil) secukupnya untuk membungkus Air dan periuk kukusan. Cara penyediaan: 1. Masukkan labu, gula, tepung, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul semua bahan hingga sebati. 2. Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan ke atas daun pisang. Letakkan kelapa parut ditengah adunan tadi. 3. Tutup adunan dan lipat kedua2 hujung daun dgn kemas. 4. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

TALAM LABU- A Bahan Lapisan Bawah: 100 gm labu - potong dadu dan kukus 2 minit 3/4 cawan gula 1 cawan santan pekat 3/4 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung ubi Sedikit garam 2 cawan air Beberapa helai daun pandan Bahan Lapisan Atas: 100 gm labu mentah - potong nipis 3/4 cawan gula 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung ubi Sedikit garam 2 cawan air Beberapa helai daun pandan Pewarna hijau Cara Menyediakan Lapisan Bawah: 1. Masak gula dengan secawan air, santan pekat, garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih. Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Ketepikan daun pandan dan tuang adunan ke dalam pengisar. 2. Gaulkan semua jenis tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan kisar sebentar. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan labu yang telah dikukus. Sukat biar jadi 4 1/4 cawan dan ketepikan. Cara Menyediakan Lapisan Atas: 1. Masak gula dengan secawan air, santan pekat, garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih. Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Masukkan adunan ini ke dalam pengisar berserta labu mentah yang dipotong kecil. Kisar seketika. 2. Masukkan semua jenis tepung yang telah digaul terlebih dahulu, sedikit demi sedikit ke dalam adunan santan. Kisar hingga sebati, keluarkan dan sukat hingga jadi 4 1/2 cawan. 3. Ambil dua senduk daripada adunan ini dan warnakan hijau. Selebihnya biarkan warna asal. 4. Panaskan pengukus, sapukan loyang 20x20 cm dengan minyak dan taburkan sedikit tepung. Masukkan loyang dalam pengukus, apabila panas baru tuang dua

senduk adunan lapisan bawah, dan kukus 3 minit atau hingga masak. Ulangi proses melapis ini hingga adunan bawah habis. 5. Sendukkan pula kesemua adunan warna hijau di atas lapisan bawah dan kukus 3 minit atau hingga masak. 6. Untuk lapisan atas, ambil dua senduk adunan warna labu dan mulakan melapis. Kukus 3 minit juga, atau hingga masak. Ulangi proses hingga adunan habis. 7. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

TALAM LABU - B
BAHAN LAPISAN BAWAH 100 g labu yang siap dikupas, kukus hingga lembut dan lecek halus 50 g gula halus 300 ml santan 65 g tepung beras 1 camca teh tepung gandum Secubit garam Beberapa titik pewarna kuning BAHAN LAPISAN ATAS 200 ml santan 20 g tepung jagung 2 camca besar tepung beras 1/4 camca teh garam CARA MEMBUATNYA 1. 2. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit Satukan semua bahan2 "lapisan bawah', kecuali labu lecek, kacau

minyak (mat guna mentega). Ketepikan. hingga rata dan sebati, kemudian tapis. Masukkan labu dan kacau rata. Tuang dalam tin, tutup permukaan tin dengan aluminium foil foil dan kukus 15 minit dengan api sederhana. 3. Bancuh semua bahan "lapisan atas", kemudian tapis. Tuang perlahan atas no 2 tadi, tutup kembali dengan aluminium foil dan sambung mengukus lagi selama 20 minit. Buka aluminium foil dan biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....

KULIT POPIA 300 g tepung gandum, diayak camt garam camt cuka 230-250 ml air 1 biji putih telur, dipukul sedikit Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk. Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air. Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut kelembapantepung).Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam. Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali. Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini bergetah. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya! Bila kulit popia kelihatan kering, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yang seterusnya

RAHSIA THE TARIK TERBONGKAR! Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg' diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z (mampukah kita menyediakan ini di rumah??) Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak. Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut.

BISKUT CERELAC-CORNFLAKES
150g mentega 100g gula kastor 1 biji telur Gred.C 1 camt vanila 100g tepung gandum 30-40g tepung jagung 100g Cerelac 25g ceri, dicincang halus 40g badam bakar, dicincang halus 1 biji putih telur, dipukul 60-80g cornflakes, dikisar kasar Pukul mentega, gula, telur dan vanila hingga kembang. Masukkan semua bahan lain (kecuali putih telur dan cornflakes), uli perlahan menjadi doh. Jika agak lembik, tambah 2-3 camb tepung jagung. Canai antara dua lapisan plastik. Hiris bentuk empatsegi atau terap ikut suka. Atur atas tin pembakar berlengser marjerin. Sapukan putih telur dan hias dengan cornflakes. Bakar pada 170 C selama 16-18 min atau hingga masak. Biar sejuk atas redai.

BISKUT CERELAC-NESTUM
2 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula kastor 1 camt vanila 3 cawan tepung gandum 1 cawan Cerelac 1 cawan Nestum 1 cawan gajus bakar, dicincang 2-3 biji kuning telur, untuk sapu Pukul mentega, gula dan vanila hingga sebati. Masukkan semua bahan lain (kecuali kuning telur), gaul rata-rata. Sudukan doh atas kertas kalis minyak, bungkus dengan kertas kalis minyak (lebar anggaran2cm). Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Buangkan pembalut, potong setebal 6 mm. Atur atas tin pembakar (jangan lengser), jarak 4cm. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180 C selama 15-17min atau hingga masak.

SATAY KAMBING/LEMBU
400g daging (lembut), dihiris kepingan x 2.5cm camt garam 30g gula pasir lidi sate minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik) Dikisar halus: 4 biji bawang merah 2 biji buah keras 2cm kunyit 1cm lengkuas camb ketumbar, disangai camt jintan manis, disangai camt jintan putih, disangai 1-2 camb air asam jawa cair 3-4 camb santan pekat, jika suka Perap daging dengan garam, gula dan bahan kisar selama 3 jam. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak hingga sate masak. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun. Kuah Kacang 100 ml minyak 750 ml santan cair* 1-2 camb air asam jawa pekat 2 camb gula garam secukupnya 180 ml santan pekat* 220g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar Bahan Rempah (dikisar halus) 10 biji bawang merah, dikisar halus

1 batang serai 1 camb serbuk cili 2 cili merah 2 cm lengkuas 1 ulas bawang putih 2 biji buah keras camt serbuk kunyit 1 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk jintan putih 1 camb serbuk ketumbar *santan adalah dari 2 biji kelapa Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan santan cair, kacau lagi hingga naik minyak. Tambah santan, kacau lagi hingga terbit bau. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk. Bila mendidih, tutupkan api. Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. Jika inginkan kuah yg lebih pekat, renihkan kuahnya lebih lama.

SUP GEAR BOX


Bahan stok 2 kg tulang lembu (sendi) bersum-sum 3 cm halia, diketuk 1 camb lada hitam, ditumbuk kasar 1 camt garam kasar 2.5cm kiub gula batu 2 biji tomato, dihiris 8 1 batang salderi, dihiris 3 cm5 liter air Bahan dikisar: 1 labu bawang besar 8 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 3 cm halia 2 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk lada hitam Rempah tumis: 7 cm kulit kayumanis 3 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga Bahan sampingan 100 ml minyak 2 bunjut Rempah Sup Tulang 2 camb sos tiram garam secukup rasa 1 biji limau nipis, jika suka Bahan hiasan bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup Jerang bahan stok hingga menggelegak, perlahankan api dan masak selama 5-6 jam. Tambah air jika perlu. Bila air rebusan tinggal 3 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar. Asingkan semua bahan kecuali tulang sum-sum tadi. Panaskan minyak, bubuh rempah tumis dan bahan kisar, kacau hingga wangi. Masukkan air rebusan tadi, tulang, rempah bunjut, sos tiram dan garam. Bila mendidih semula, angkat dan campurkan dengan jus limau (jika suka). Sajikan dengan bahan hiasan

CARROT CAKE
Ingredients

6 cups grated carrots 1 cup brown sugar 1 cup raisins 4 eggs 1 1/2 cups white sugar 1 cup vegetable oil 2 teaspoons vanilla extract 1 cup crushed pineapple, drained 3 cups all-purpose flour 1 1/2 teaspoons baking soda 1 teaspoon salt 4 teaspoons ground cinnamon 1 cup chopped walnuts

Directions
1.

In a medium bowl, combine grated carrots and brown sugar. Set aside for 60 Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour two 10 inch In a large bowl, beat eggs until light. Gradually beat in the white sugar, oil and

minutes, then stir in raisins.


2.

cake pans.
3.

vanilla. Stir in the pineapple. Combine the flour, baking soda, salt and cinnamon, stir into the wet mixture until absorbed. Finally stir in the carrot mixture and the walnuts. Pour evenly into the prepared pans.
4.

Bake for 45 to 50 minutes in the preheated oven, until cake tests done with a

toothpick. Cool for 10 minutes before removing from pan. When completely cooled, frost with cream cheese frosting.
So, after having made the cake I have a few suggestions for those who didnt like the cake. Most of the complaints where that the cake was too heavy or that it was too moist or pudding like A solution to this might be to strain the carrots and pineapple more before adding them in to the cake batter. I know the recipe doesnt specify but I strained the carrots and the pineapple until they where almost dry and added about 2 3 tablespoons of the strained liquid back in. I also hydrated the raisins a bit by letting them sit in a cup of warm water while the carrots sat in the brown sugar. This carrot cake is the absolute best that I have ever made. I had many compliments on this. The cake is large and serves many. It only took 40 minutes to bake. I used my own cream cheese frosting recipe which I think is much better and has a richer flavor. It is as follows 1/4 lb. soft butter, 8 oz. cream cheese, 1 tsp vanilla and 1 lb. confectioners sugar. Combine butter, cream cheese and vanilla, mix till blended. Add sugar and mix til smooth. Enjoy I do not think you will be dissappointed.

MEE REBUS TULANG RUSUK


Bahan Kuah: 1/2 kg tulang rusuk- dipotong kecil 200 gm daging tetel- potong kecil 1 bungkus sup bunjut 3 liter air *** rebus tulang rusuk dan daging dan biar mereneh (Api perlahan) sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut dan biarkan 2-3 jam. Bahan lain 1 kg ubi keledek merah- kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan. 200 gm udang putih- buang kepala dan ekor, ketepikan 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1 cawan cili kisar/ cili boh 1 cawan sos cili- ikut citarasa pedas 2 sudu besar sos tomato garam dan gula secukup rasa 200 gm kacang tanah, sangrai, buang kulit dan kisar halus 1/2 cawan minyak untuk menumis 3-5 liter air 3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air 20 ekor udang harimau...atau lebih Cara membuatnya 1. Kupas dan hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan. 3. Masukkan pula udang putih bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga. 4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan

halia hingga bawang keperangan dan berbau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Kacau sekali-sekala dan gunakan api sederhana. 5. Masukkan air rebusan tulang beserta tulang dan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kisar dan kacang tanah. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung 6. Kacau sekali-sekali. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya. Apabila kuah mendidh dan nampak pekat, barulah dimasukkan udang harimau. Apabila udang masak, matikan api dan sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan. Bahan taburan taugeh- dicelur sebentar 4 biji ubi kentang, direbus dengan kulit sehingga empuk- kupas dan hiris nipis 5 biji telur rebus 2 biji tomato-hiris nipis bawang goreng cili merah daun sup dan bawang 3 keping tauhu- digoreng dan potong kecil limau kasturi dibelah 2 Masukkan mee ke dalam mangkuk. Taburkan dengan bahan sampingan. Letakkan kuah dan perahkan limau kasturi... Sedia dinikmati.. Rasa sekali, nak lagi..

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID TERBONGKAR


Bahan-bahan 2 kilo mee kuning, dicelur 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel 4 biji keledek, direbus dan dikisar 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar 3 biji bawang merah, dikisar 1 inci halia, dikisar 1/2 cawan udang kering, dikisar 3 batang serai, dititik 1 inci lengkuas, dititik 5 sudu makan rempah kari daging garam, gula dan serbuk perasa secukupnya minyak untuk menumis Cara-cara untuk Kuah Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Taburan Tepung Udang Kering 1/2 cawan udang kering, dikisar 80g tepung gandum camt serbuk kunyit garam air secukupnya minyak untuk menggoreng

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini

Bahan Hiasan tahu yang digoreng, dipotong kecil daun sup, dimayang bawang goreng telur rebus, dibelah dua lada hijau, dipotong bulat taugeh, dicelur limau kasturi, dibelah dua

Cara untuk menghidang Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

RESIPI MEE REBUS TULANG Bahan-bahan ( 4-5 org ) 600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH) taugeh 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus 3-4 biji telur direbus 3-4 kpg tauhu di goreng lada merah n bawang merah caipo n limau kasturi

*UNTUK KUAH* 5 sb lada boh *3-4 biji bawang merah *3 ulas bawang putih *2-3 batang serai *1 inci lengkuas *2 sb udang kering 2 sb campuran ketumbar jintan disangai 400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh) 1 1/2 cwn santan pekat 2 sb taucho 1 1/2 sb gula merah ga Cara-cara Rebus tulang hingga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat... Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak.... Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi..... Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah) Rebus camaner.. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....ram n perasa jika suka mee dan celur taugeh.. kemudian tapis..... Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong

Mee Rebus - Menjalin Kasih


Sumber Asal: Hana Resepi: Che CT Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning - celur dan toskan 4 biji Bawang merah * 1 biji bawang besar * 3 ulas bawang putih * 1 inci halia * 1 inci lengkuas * 5 batang cili kering - rendam dan direbus dahulu * (* blend halus) 300gm daging - direbus dan potong nipis2 . Air rebusan diketepikan 10 Ekor udang segar - kulit udang bersihkan, direbus dan air udang diketepikan 2 sudu sos tomato - boleh ganti ngan air asam jawa Segenggam udang kering ** 2 biji keledek sederhana ** 2 sudu besar serbuk kari daging ** (** diblend halus - yang ini CT tambah) Garam Gula Hiasan : Telur Rebus, Tauhu goreng, Daun bawang / sup, limau kasturi / limau nipis dan lada hijau. Cara-cara : 1. panaskan minyak. tumis bahan blend * hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bahan blend ** dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata. 2. Masukkan air rebusan daging, rebusan udang dan daging. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga mendidih. kuah mestilah pekat baru sedap. 3. Akhir sekali baru masukkan udang. Kacau sekejap dan tutup api. 4. Boleh dihidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi/nipis, daun bawang / sup dan hirisan lada hijau.

Meehoon Goreng Lada Hitam


Sumber dari myResepi.com Bahan-bahan: 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam (rendam terlebih dahulu) 1 biji bawang besar * 4 ulas bawang putih * 4 sudu besar udang kering * 1 cawan udang 2 keping tauhu - dipotong dadu (kecil) 1 paket fish ball dibelah dua (boleh ganti dgn fish cake) 1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka 3 sudu makan sos tiram secekak daun kucai - dipotong 2 inci (CT ganti ngan sawi) 2 genggam taugeh (CT tak letak sebab tak suka hehe) 1 batang lobah merah- di hiris memanjang garam, gula dan bahan perasa secukup rasa minyak untuk memasak (bahan bertanda * - direndam terlebih dahulu dan dikisar halus) Cara-cara: 1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan. 2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit. 3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar. 4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak. 5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap. 6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.

SUP TAUHU JEPUN Bahan-bahan : (hidangan untuk 5 orang)


1 liter air 5 biji tauhu jepun 4 ketul ayam - ambil isinya sahaja dan dipotong kecil 6 biji bawang merah - dimayang halus 5 ulas bawang putih - dimayang halus 2.5 cm halia - dimayang halus 2 biji telur - ambil putihnya sahaja 1 1/2 sudu makan tepung jagung (saya bancuhkan dengan sedikit air) 1 tangkai daun sup - dihiris halus garam dan lada sulah secukupnya serbuk perasa (tak letak)

Cara membuatnya : 1. Panaskan air dan masukkan bahan yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan pula isi ayam dan tauhu jepun. 2. Setelah mendidih, masukkan putih telur dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. 3. Akhir sekali, perasakan dan taburkan daun sup. 4. Sedia untuk dinikmati.

SUP BEBOLA IKAN IPOH Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) : 2 sudu besar minyak masak 3 biji bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 2 cm halia - ditumbuk 50 gm ikan bilis - ditumbuk 2 tangkai batang daun sup - dipotong 200 gm bebola ikan (fishball) 100 gm kek ikan (fishcake) 100 gm fucuk - direndam 1 ketul tauhu jepun (tak letak, takde stok) 10 gm daun sup 10 gm daun bawang garam dan lada putih **cendawan hitam kering - direndam sehingga lembut dan dipotong **suhun

**bahan2 yang ditambah sendiri. Cara-cara : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Setelah tumisan wangi, masukkan batang daun sup dan ikan bilis yang telah ditumbuk. 3. Kacau seketika hingga terbit bau, masukkan air. 4. Setelah mendidih, masukkan bebola ikan, kek ikan berserta fucuk. 5. Masukkan pula tauhu jepun, garam dan lada putih. 6. Renehkan seketika sebelum menutup api. 7. Hiris daun bawang dan daun sup. Tabur sebelum dihidangkan

SUP BEBOLA DAGING Bahan-bahan :


5-6 ketul bebola daging (saya guna frozen punye je) 1 keping fishcake 1 batang carrot 2 ulas bawang putih (dihiris) 1 kiub ikan bilis 'Maggi' 1 tangkai daun sup 2-3 kuntum brokoli air secukupnya minyak untuk menumis

Caranya : 1. Tumis bawang putih sehingg naik bau. 2. Kemudian masukkan air dan kiub bilis. Kacau sikit. 3. Masukkan bebola daging, fishcake dan carrot. Biar mendidih. 4. Tutup api dan masukkan brokoli dan daun sup (brokoli tak perlu masak lama2 nanti lecur sangat, tak best). 5. Sedia untuk dihidang.

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE Bahan-bahan ( 8-inci )


Bahan A: 250g cream cheese 50g butter 100 ml susu segar (fresh milk) 6 biji kuning telur 1 sdb jus lemon 1/4 sdk garam 60g tepung kek / tepung superfine 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) Bahan B: 140g gula (granulated sugar) 6 biji putih telur 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara 1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. 4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

RESEPI KURMA HARUM ALA MAMAK


Ayam(Aku letak 3Ketul,Aku goreng dulu masak) Daging(Aku hiris besar n nipis dlm 5keping) Telur 1Biji (Rebus n Goreng Kekuningan) 1 Peket Rempah Kurma Adabi (Di campur sedikit air supaya menjadi pes) * 2Ulas Bawang Putih *5 Biji Bawang Merah Rempah 4SEKAWAN *2Inci Halia(Bahan * DIKISAR) 1/2Sdt Serbuk KAS KAS(Ditumbuk) Sdt Bijan(Di Tumbuk) I Batang Serai(Di Titik) Cawan Santan Pekat/Susu Cair 2Sdb Yogurt/Tairu 1 Biji Bawang Besar(Di Hiris Bulat) 2 Biji Kentang (DiPotong ikut Suka) 5Biji Tomato Ceri@Tomato biasa 1 Biji Cili Hijau 1Kiub Pati Ayam GaramSecukup rasa Minyak untuk MENUMIS Air Secukupnya Daun Pudina/Daun Kari/Daun Pandan

Cara-cara Tumis Bahan kisar, pes kurma,rempah 4sekawan ,serai, daun pudina, daun pandan dan daun kari sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan daging, kentang dan sedikit air, biarkan hingga empuk. Masukkan bijan tumbuk, serbuk Kas Kas, yogurt, santan, kiub pati ayam, biar mendidih dan pecah minyak. Setelah itu masukkan tomato ceri, cili hijau dan bawang besar, layukan sedikit. Perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih.

Mee Udang Sedap

Mee Udang ikut suka byk mana,lagi banyak,lagi sedap 1 ekor sotong di potong kecil(suka nak letak ke x) 1 Biji kentang yg kecil,digoreng @rebus hingga empuk 2 sudu besar cili kisar 1@2 ulas bawang putih dikisar 4 ulas bawang merah dikisar 2@3 ekor udang kecil di kisar halus 1/2 sudu besr udang kering dikisar halus(guna blend kering) 2 Sudu besar tomato puree Sos cili sos tomato Serbuk pati ayam 1 sudu besar nampla@sos ikan 1 Keping Tauhu yg di goreng Sawi n half biji tomato Gula dan Garam secukupnya Minyak untuk menumis Telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun salad yang dihiris halus serta bawang goreng. Cara-cara:

Kisar ubi kentang yang digoreng dengan sedikit air,bersama udang kecil. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning. Masukan cili kisar dan biar agak garing. Masukkan kentang yang dikisar dengan udang kecik dan tambah air untuk kuah yang lebih. Biarkan sebentar dan masukkan semua bahan yang bertanda*, biar mendidih dan masukkan udang serta sotong. Biarkan udang dan sotong masak, seterusnya bolehlah masukkan mee kuning, sawi dan tomato. Tutup api dan masa menghidang letak tauhu, telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun salad@daun bawang dan bawang goreng.

Heavenly Chipped Chocolate and Hazelnut Cheesecake


Ingredients

55 g semisweet chocolate chips 270 g vanilla wafer crumbs 100 g hazelnuts - toasted, skinned and coarsely chopped 25 g white sugar 45 g butter, melted 672 g cream cheese, softened 200 g white sugar 3 eggs, lightly beaten 45 ml hazelnut liqueur 170 g semisweet chocolate chips 110 g semisweet chocolate chips 13 skinned, toasted hazelnuts 60 g sour cream 15 ml hazelnut liqueur

Directions Using a blender or a food processor, finely chop 1/3 cup semisweet chocolate chips. Place in a small mixing bowl. Add vanilla wafer crumbs, ground hazelnuts, 2 tablespoons white sugar, and melted butter or margarine. Mix until well combined. Press onto the bottom and up the sides of a 9 inch springform pan. Bake in a preheated 300 degrees F (150 degrees C) oven for 15 minutes. Cool. 2. In a large bowl, beat the cream cheese until fluffy. Gradually add 1 cup white sugar; mix well. Add the eggs and 3 tablespoons liqueur. Mix until well blended. Coarsely chop 1 cup of the semisweet chocolate chips, and add to the cream cheese mixture. Stir. Pour batter into the cooled crust. 3. Bake at in a preheated 350 degrees F (175 degrees C) oven for 1 hour. Let cake cool for 1 hour. Remove outer ring from pan. Then let cool completely. 4. Melt 2/3 cup semisweet chocolate chips over hot (not boiling) water. Stir until smooth. Dip 13 hazelnuts into the chocolate, covering one-half of each nut. Shake off the excess chocolate. Place on a waxed-paper lined plate. Chill until set. 5. To the remaining melted chocolate, add sour cream. Mix well. Stir in 1 tablespoon liqueur. Spread glaze on top of the cooled cheesecake. Garnish with chocolate dipped hazelnuts.
1.

Resepi Pulut panggang


2 cawan pulut (rendam sekurang2nyer 3 jam) Garam secukup rasa Daun pisang stapler/lidi dipotong memanjang Minyak utk mengoles Cara2: Gaulkan pulut bersama garam kemudian kukus sehingga masak. Resepi Serunding 2 cawan kelapa parut 3 biji bwg merah 1 btg serai 1 inci halia 5 biji cili kering ( direndam) 2 sudu besar udang kering 1/4 sudu kecil serbuk kunyit Secubit asam jawa Garam & gula secukup rasa 1/2 sudu jintan manis dan jintan putih ( option) Penyediaannya 1. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, udang kering, jintan manis hingga halus. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan kekapa parut, serbuk cili dan air asam jawa. 3. Kacau dan masak atas api hingga kering. 4. Bila telah kering sejukkan dan bolehlah sediakan pulut panggang. * Sebelum membungkus layurkan daun pisang diatas api terlebih dahulu untuk melembutkan daun pisang tadi . ** kemudian lap dengan tuala bersih, selepas itu oleskan dengan sedikit minyak, barulah digunakan untuk membungkus. *** Grill pulut yang telah dibungkus di atas api selama 10 minit. Bolehlah di angkat dan dihidangkan

KIMCHI Ingredients 2 nape cabbages 10 cups of water 1 radish or turnip 8 green onion 1/2 white onion 1/2 apple 3 inches ginger 1 whole garlic 1/2 pear (chinese pear) 1 1/4 cups of red pepper flakes 4 tbp of sugar 1 cup of salt 7 tbp of fish sauce

Also need 1. Rubber glove 2. 2 large basin 3. Food container

Bahan-Bahan: 1 kg kacang tanah 4 sudu besar cili kisar 3 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 2 keping asam keping Cara: Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing. Buangkan kulit arinya dan tumbuk sama ada halus atau kasar. Kacang tersebut kemudiannya direbus sehingga empuk dengan secawan air. Tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah, cili yang telah dikisar sehingga naik baunya. Masukkan kacang, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan biarkan ia mendidih. Masukkan asam keping dan serai, tumis sehingga agak pekat. Angkat dan hidangkan bersama ketupat nasi. KUAH KACANG Garam secukup rasa Gula secukup rasa 1 batang serai (dititik) Sedikit minyak untuk menumis

ACAR BUAH 1) Bawang Besar - dipotong kasar (2 biji) 2) Bawang Putih - dihiris nipis (5 ulas) 3) Halia - dicincang halus (1 ulas) 4) Buah Prune (1/2 cawan) 5) Buah Plum Jeruk (12 biji) 6) Kismis (1 cawan) 7) Aprikot Kering (1/2 cawan) 8) Buah Kana (7 biji) 9) Tomato Puri (1/2 cawan) 10) Cili Boh (1/2 cawan) 11) Serbuk Kari Daging (1 sudu kecil) 12) Cuka (2 sudu besar) 13) Gula (2 sudu besar) 14) Minyak untuk menumis (1/2 cawan) Tambahan buah Halwa betik Jeruk mangga Jeruk limau

Jeruk Limau Nipis Bahan-bahannya : 1 kilo limau nipis 1 kilo gula 600 gram garam kasar sebotol cuka Limau nipis dibersihkan terlebih dahulu. Lap dengan tuala bersih dan kemudian direbus sekejap dengan air panas, kemudian potong 4 tapi jangan sampai putus, buang bijinya. Masukan dalam botol dan campur gula, garam kasar dan cuka. Tutup dan letakkan di dalam tempat yang tidak dimasuki cahaya selama 3 bulan.

JAJANGMYEON (BLACK NOODLE) Ingredient


Thick white noodles (400g or 15 oz) Udon noodles Diced meat (180g or 7 oz) 1 Potato (150g or 5 oz) 1 Carrot (80g or 3 oz) 1 Onion (150g or 5 oz) 1/4 Cabbage (200g or 7 oz)

For the sauce


2 Tbs Black bean paste (get it from korean store) 2 Tbs Oil 1 Tbs Crushed garlic 2 Tsp Sugar 1/2 Tsp Sesame oil (optional) 2Tbs Corn starch powder

Step
1. Cut all the vegetables and meat into half cm(0.2 inches) of cube shape. 2. Add 2Tbs of oil. Fry 2 Tbs of black bean paste on medium heat for 5minutes. Stir

constantly. 3. After 5 minutes, put the meat, potatoes and carrots to the pan. 4. Add all the sauce ingredients(except starch powder). Fry them until the meat is cooked. Stir well. 5. When the meat has been cooked, add the remaining vegetables. 6. Pour one and half cup of water to the pan. Boil it until the potatoes are cooked. If potatoes take long time to be cooked, you can add more water to keep enough sauce while boiling. 7. Taste the sauce. Season with sugar or salt depending on the taste. Turn the heat down to low. 8. Make starch paste with 2 Tbs of corn starch powder and water. Pour it little by little to the pan while stirring. If the sauce is thick enough, stop pouring it. 9. Add half a teaspoon of sesame oil (optional). 10. Boil the noodles until its cooked properly (for around 3-4minutes).

11. Serve immediately AYAM MASAK MADU MAMAK Bahan-Bahan: 1 Ekor ayam 1.6kg 1.8kg di potong 10. Bersihkan dan sedia untuk goreng. 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air). 100gm buah kismis 50gm buah jagus 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar serbuk cili 1 susu besar jintan putih 1 sudu besar jintan manis 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering) Kak Noor gunakan serbuk kayu manis yang siap dalam paket (boleh dibeli di pasar raya Carrefour) Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5. Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi) Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas) Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan. Hirisan bawang besar - 1 biji (besar). Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. Penyediaannya: 1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng. Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja. Asingkan.. 2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. Jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila telah keluarkan bau yang harum, masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum, masukkan pula bahan kisaran bawang+halia + bawang putih. 4. Apabila gorengan ini mengeluarkan haruman, masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis, dan serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini. Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan (kepekatan) yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat (pekat), bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana. 5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng. Kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata. 6. Keluarkan daripada kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu ke atas

hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah DALCA SAYUR Bahan-bahannya: 100 gram kacang dal 4 cawan air 1 sudu besar serbuk kunyit 2 sudu besar rempah dalca - boleh dibeli di pasar raya Carrefour 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 3 biji kentang - dipotong kecil 1 batang lobak merah - dipotong memanjang anggaran 1 inci 1 biji terung panjang (warna ungu) - dipotong serong, ketebalan 2 cm Beberapa batang kacang panjang - dipotong 1 inci 1 biji tomato - dipotong kiub atau baji 2 batang cili hijau - dihiris nipis 1 cawan pati santan kelapa sawit + 1 cawan air (gunakan cawan yang sama) 1 sudu kecil pati asam jawa - Kak Noor guna jenama Enak Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan untuk ditumis (tumis atas): 3 sudu besar minyak masak 1/2 sudu kecil jintan manis 1 tangkai daunkari 3 tangkai lada kering - dipotong-potong 3 biji bawang merah - dihiris nipis 3 bini bawang putih - dihiris nipis Cara Penyediaannya: 1. Kacang dal direbus dengan 4 cawan air. Masukkan kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan rempah dalca. Masak sehingga mendidih dan kacang dal empuk. 2. Kemudian masukkan bawang , ubi kentang, dan lobak merah. Masak sehingga ubi kentang dan lobak 3/4 empuk. 3. Selepas itu baru dimasukkan sayur-sayuran; kacang panjang, terung, dan buah tomato. Masak sehingga sayuran agak lembut. 4. Masukkan santan serta garam dan gula. Tambah pati asam jawa. Kacau rata. Sekiranya kuah agak pekat, tambah 1/2 cawan air lagi. Masak sehingga mendidih. 5. Perlahankan api apabila ramuan nampak agak sebati dan masukkan cili hijau. Padamkan api selepas 5 minit dan ketepikan. 6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang berasingan. Tumis biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah, dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar keperangan. 7. Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah dal di dalam periuk. Tudung periuk agar aroma gorengan yang wangi tidak keluar dan menyerap di dalam kuah dal.

8. Sebelum dihidangkan, kacau rata kuah dal dengan gorengan tadi.

NASI AYAM PENYET Bahan-bahan ( 6 orang )


Untuk Ayam 1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik sudu besar Jintan Manis goreng tanpa minyak hingga naik bau sudu besar Jintan Putih goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. Untuk Sambal Sedikit minyak masak 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 3 sudu gula merah/secukup rasa Untuk Nasi 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan 3 ulas bawang putih satu btg kayu manis 4 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang sedikit butter garam kiub pati ayam/daging 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara Untuk Ayam Penyet 1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. 3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat. 4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Untuk Sambal 6. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 7. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 8. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 9. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 10. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 11. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 12. Masukkan gula merah dan gaul rata. 13. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 14. Untuk Sup 15. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). 16. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi 17. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 18. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 19. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. 20.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Ayam Penyet (untuk hidangan 4 orang) Bahan-bahan & cara-cara: Bahan A Setengah ekor ayam (dipotong 4) 2 batang serai* 2- 3 ulas bawang putih* 1" halia* 1" lengkuas* 1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk) sedikit ketumbar dan jintan manis* garam secukupnya* (* dikisar sekali) 1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar. 2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam. 3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit) Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B. Bahan B: 1 labu bawang besar (dipotong baji)* 2-3 ulas bawang putih* 7 tangkai lada hidup - buang bijinya* 9 biji cili padi (ikut suka)* 1 1/2" belacan* sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis gula merah secukup rasa 1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing. 2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis. Cara menyediakan ayam penyet: 1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper. 2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya. 3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus) 4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

MEE REBUS BATU GAJAH

Mee rebus kakzu style...nak cube tak gengs, banyak versi mee rebus ade kat malaysia ini kan, , cayok cayok , resepi dari opah sedare kkzu yang dok kat Batu Gajah,Ipoh, Perak.Mase tuu bertandang raye tahun bile entah lerr, dah lame benar dah, bile makan bepino bijik mate , sedap weiiihhhh, aaissshhhh statment melampau lagi tuuu, Anak anak komen kate wookeyy mak lulus, tapi tak buat selalu sebab pekene sekali sekale boleh laaaa mee ni, perut kite kan dah sebati ngan nasi, kalau tak makan nasik sehari mau meracau agaknye, ngaku ngaku....Jom kite nengok bahan bahannye...tak same ngan mee rebus mamak @ johor punye,ni batu gajah mari punye....ipoh mali tarak sombong kentut tarak bunyi ( tagline orang perak ) ekeke.... RESEPI ; GOBOK BURUK BAHAN BAHAN KUAH 2 kilo ubi kentang ( rebus dengan kulitnye ) sehingge empuk seringgit kacang dal @ 1 cawan ( rebus hingge lembt ) 1/2 cawan udang kering merah @ biase 1 cawan udang hidup @ suke nak letak banyak pun boleh air secukupnye cili mesin ( tak sukat sbb ikut kepedasan yang disukai ) asam keping gula ( wajib ) garam dan bahan perase CARE BUAT KUAH 1. Ubi kentang di buang kulit dan di blender hingge halus

2. Kacang dal di blender juge 3.Udang hidup di rebus dan blender 4. Udang kering direndam dan di blender 5. Campurkan kesemua bahan dan masak hingge pekat dan berkilat.Kuantiti air bergantng pade kepekatan kuah yang kite nak sebabnye kkzu tak penah sukat.( sori ye dek ) 6. Masukkan garam dan gula secukup rase dan yang pasti gula kene letak lebih sbb kuah mee rebus kene manis2 sikit kan. 7. Akhir sekali bile kuah dah masak gorengkan bawang kecil yang dihiris nipis sehingge kekuningan dan masukkan kedalam kuah tadi ( masukkan minyaknye sekali ) tujuannye untuk mewangikan kuah BAHAN BAHAN MEE Mee di celor sekejap taugeh daun bawang cili hijau ( wajib, mesti mau ) bawang goreng cekodok udang tauhu goreng telur rebus @ ape ape aje rasenye nak letak, hentam saje lerrrr,

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) --------------------------------------3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. 2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. 3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. 4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja! 5. Selamat mencuba! ;)

NASI LEMAK KUNING


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

3 cawan beras 2 cawan santan 2 cawan air 1/2 sudu besar halba 1 daun pandan 1 cm halia-hiris halus 1 batang serai-titik 2 biji bawang merah-hiris garam secukup rasa 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara 1. 2. 3. 4. 5. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam. Pastu masak seperti nasi lemak biasa.. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Popia basah
Bahan-bahan ( 12 - 15 keping kulit popia )

inti: 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih - dihiris segenggam udang kering - dicuci & ditumbuk kasar sebatang lobak merah - disagat 5 helai kacang panjang - dipotong 1 cm sekerping, dua tauhu - potong dadu 1cm 1/4 biji sengkuang - disagat ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn. bahan2 utk kulit: 2 cawan tepung gandum sebiji telur, 1 sudu makan cuka, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh rata garam & air secukupnya. bahan utk sos: 20 tangkai cili kering, 5 ulas bawang putih, 2 sudu makan bawang goreng - dikisar 1 sudu kicap manis, 2 sudu sos tiram, 1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.

Cara-cara
1. masak inti; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering.

2. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang.msk ngn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat - ketepikan.

3. masak sos; campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya. ikutlah selera masing2 ya.. 4. membuat kulit; gaul sebati semua bahan menggunakan hand whisk/senduk. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. 5. PERAP 3,4 jam.

6. stelah diperap, panaskan kuali dgn api perlahan (akk guna non stick pan), sapu minyak dgn nipis atas kuali tu.guna tuala kecil @ tissu.jgn buh minyak ngn banyak nnti adunan x nak lekat.

7. angkat kuali dari api, letak atas meja. dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..)
8. adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. agak kalau

panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.

9. lepastu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau.. biar beberapa minit, lalu blhlah diangkat. 10. buatlah sampai habis.

11. ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. jgn banyak2..nnti lencun kulit tu hehe..

12. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2.

Вам также может понравиться