Вы находитесь на странице: 1из 4

A. Pengenalan 1.

Zaman Prasejarah

Catatan sejarah dari penemuan batu di zaman neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukir di alam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya berhiaskan ukiran yang sederhana. Menurut R. O. Winsted; their chief interest lies in their divesity of from simple incised pattern .Selain dari itu, terdapatnya ukiran motif bunga teratai pada tembikar yang di jumpai di Sungai Johor, Kota. (Mustafa Mohammed,1982: 87). Penemuan artifakartifak yang diperbuat dari batu dan tanah menyokong keberadaan seni ukiran telah wujud di alam Melayu. Kegiatan harian masyarakat melayu berkonsepkan hidup untuk hari ini. Penggunaan alat keperluan harian seperti kapak, beliung, kuku kambing, kukuran, tugal dan perahu yang dihiasi dengan motif ukiran adalah bukti yang kuat tentang kewujudan seni ukir. Di samping menjadikan alat tersebut sebagai senjata dan keperluan harian mereka, perkakas tersebut juga di percayai mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan motif-motif binatang memberikan lambang dan makna dalam kepercayaan. (Siti Zainon Ismali, 1985: 31).Bukti lain seperti tembikar di Gua Cha di Kelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayu dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Walaupun pada awalnya hanya untuk kegunaan harian semata tanpa kedua aspek tersebut, namun keindahan dalam rekabentuk dan ragam hias serta coraknya menggambarkan ianya berkembangan selaras dengan fungsi gunaan.Kepercayaan animisme dan dinamisme yang masih diamalkan dengan sangkaan bahawa setiap benda mempunya jiwa roh dan tenaga. Kedua-dua kepercayaan ini sukar dibezakan kerana ianya terjadi serentak. (Mahayuddin Yahaya, 1998: 108). Oleh yang demikian, bentuk-bentuk motif dan corak sangat mempengaruhi ukiran mereka. Motif yang berasaskan unsurunsur binatang bernyawa adalah merupakan ciri-ciri ukiran awal di alam Melayu. (Zulkifli Hanafi, 2000: 2). Unsur pemujaan terhadap roh dan kuasa ghaib atau juga kepercayaan kepada setiap benda yang mempunyai kuasa sakti merupakan gambaran terhadap hasil ciptaan karya masyarakat zaman ini. Banyak sifat-sifat penyembahan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. (Wojowarsito, R., 1954: 40). Dari bukti diatas jelas memberikan gambaran kepada kita tentang keberadaan dankewujudan ukiran telah lama berkembangan sebagai satu kegiatan masyarakat zaman dahulu. 2. Zaman Hindu-Buddha

Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu merupakan dampak yang kuat mempengaruhi adat resam masyarakat Melayu. Bermula dari abad pertama hingga abad ke-14. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha (1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri Vijaya, Sumatera (5-14 AD), Majapahit (13-15 AD) dan Melaka (15-16 AD) yang telah bertapak di Kepulauan Nusantara meresapi kebudayaan tempatan. (Sarah Arney, 1987: 22-23). Hasil pertembungan dua budaya ini, berlakulah proses asimilasi dan berlakulah penyesuaian budaya dalam masyarakat setempat. Banyak kepercayaan Hindu-Budha digunakan dalam masyarakat Melayu, misalnya dalam bahasa, adat istiadat, perbomohan, seni bina dan yang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu Melayu. Perkembangan lain mempengaruhi kesenian dan kebudayaan di zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. Misalnya Hikayat Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang disadur dari pengaruh HinduBudha. Kesan pengaruh kebudayaan Hindu-Budha yang telah bertapak dan berada dialam Melayu sejak abad ke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua di Semanjung Tanah Melayu dan juga agama Hindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di alam Melayu. Kerajaan Sri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu-Buddha tersebut telah mempengaruhi dan memberi kesannya terhadap senibina rumah tradisional Melayu awal yang sangat dipengaruhi oleh senibina candi. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hasyim, 1997: 33). Pengaruh Hindu-Budha mengamalkan konsep dewaraja yang mana raja dikaitkan dengan keturunan dewa atau kayangan. Raja mempunyai kedudukan yang mulia dan dianggap tidak berdosa walaupun sebaliknya. Pengaruh ini memberi kesan kepada hasil karya seni masyarakat Melayu yang biasanya diciptakan untuk memenuhi manifestasi spiritual dengan tujuan persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna juga banyak dijelmakan dalam ukiran di zaman ini. Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambang ketuhanan dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Ligor ( Ligar ) dan Langkasuka. [i] Motif binatang bernyawa juga digunakan sebagai perantaraan tuhan dan manusia dalam ukiran kayu Melayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (Siti Zainon Ismail, 1995: 26). Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional hingga sekarang. Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuhtumbuhan ( flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi perkembangan seni ukkiran pada hari ini. Motif-motif ini akan distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman Islam. 3. Zaman Islam

Pertentangan pendapat masih berlaku antara sejarawan timur dan barat tentang tarikh sebenar kemasukkan dan kedatangan Islam di Nusantara. Setengah memperkirakan sekitar abad pertama lagi semasa Nabi SAW masih hidup, ada juga abad ketujuh, begitu juga pendapat yang mengatakan bermula dari abad kelapan dan sembilan lagi. Namun banyak sejarawan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kedatangan Islam ke alam Melayu dibawa dan disebarkan dari India oleh pedagang Arab, Gujerat dan Malabar. Kenyataan ini dibuat oleh Pijnapel, profesor dari Universiti Leiden, Belanda. (Dr. Ismail Hamid, 1985: 17). Bukti kedatangan Islam ini diperkuat dengan penemuan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gresik (Jawa Timur) bertarikh 1424 oleh J.P. Moquette pada tahun 1921. Batu nisan ini mempunyai persamaan dengan batu nisan yang dikeluarkan di Cambay, Gejerat. Pendapat ini digunakan juga oleh sejarawan lain misalnya G.H. Bousquet, B.H.M. Vlekke dan J. Gonda dan beberapa sejarawan barat dalam meneliti teori kedatangan Islam di alam Melayu. (S.Q.Fatimi, 1963: 32).Penemuan yang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi di beberapa kawasan di Tanah Melayu merupakan bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Kewujudan negeri terawal menerima pengaruh ini dapat di buktikan menerusi artifak, batu nisan dan batu bersurat serta catatan sejarah pengembara Cina, Arab dan Portugis. [ii] Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh awal kurun ke-14, dan batu nisan Acheh yang ditemui di beberapa tempat, misalnya di negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yang sangat menarik juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu. Selepas kedatangan dan bertapaknya Islam di alam Melayu, membawa satu rupa baru dalam pandangan dan penerimaan kepada penganut agama tersebut. Pandangan Sidi Gazalba dalam menggariskan beberapa kesenian yang menerima pengaruh Islam antaranya : a. Kesenian ; 1. Seni Tari: disampaikan melalui mimik, pantomin dan gaya 2. Seni Drama : unsur-unsur Islam di terapkan 3. Seni Suara / Nyanyian: termasuk suara dan kata-kata indah 4. Deklmasi : kata-kata yang diucapkan dengan tidak berlagu 5. Seni Masakan 6. Seni kecantikan : bahan-bahan kosmetik b. Seni Tampak ( Visual ) 1. Seni Lukis : dalam bentuk garisan, ruang dan warna 2. Seni Arca ( Seni Ukir ): di hasilkan di atas logan, batu dan kayu 3. Seni bina : bangunan dan bentuk 4. Seni Hias : perhiasan dan dandanan. Oleh kerana agama Islam yang telah mendapat tempat dalam budaya dan masyarakat Melayu, nilai-nilai dan agama mula digabungkan ke dalam kehidupan seni mereka. Seni ukiran juga telah mendapat perhatian. Kesan dan unsur ajaran yang bertentangan atau bercanggah dengan ajaran dan adat resam Melayu telah mula di lenyapkan. Dalam ukiran Melayu, motif yang berunsurkan binatang ( fauna) mula disamarkan dan sedikit-sedikit mula dihilangkan dalam karya seni ukiran mereka. Islam juga melarang umatnya membentuk, membuat dan meniru motif yang bernyawa atau makhluk hidup dalam sebarang motif atau ukiran mereka. Misalnya motif itik pulang petang, naga, badak mudik, ayam berlaga dan lain-lain yang telah diubah dan disesuaikan agar ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.Adalah tidak wajar jika tidak disentuh tentang kewujudan seni Khat ( Kaligrafi ) apabila kita membicarakan kegemilangan dan pengaruh Islam di alam Melayu. Seni Khat merupakan kesan yang kuat dalam pengaruh kesenian Islam. Perkembangan ini jelas di gambarkan pada hiasan ukiran-ukiran di dinding serta bangunan tempat kediaman khususnya memperlihatkan ciri-ciri tamadun Islam di alam Melayu. Tulisan dan kalimah dengan diukir atau ditulis dengan tulisan khat menghiasi penjuru dan tempat tertentu sebagai memuji kebesaran Allah SWT. Kalimah-kalimah syahadat Allah., Muhammad, Basmallah dan petikan surah ayat-ayat dari Al-Quran dijelmakan dalam pelbagai bentuk tulisan khat seperti Kufi, Farsi, Daiwani ( Diwani ), Tuluth, Naskhi ( Nashk ), Andalusia, Qairawani dan sebagainya. Namun begitu, tulisan khat Diwani dan tuluth merupakan yang sangat popular dalam masyarakat Melayu. Di samping tulisan dan kesusasteraan, ukiran juga dikembangkan dengan gabungan motif flora dan kaligrafi. Agama Islam memberikan pengajaran yang baik dalam kehidupan harian dengan ajaran TauhidNya berpandukan Al-Quran dan Hadis serta Sunnah. Maka masyarakat melayu mula memberikan perhatian kepada fungsi hiasan motif gabungan tersebut dalam usaha mentauhidkan Allah dengan memenuhi sarana peribadatan mereka. Tidak hairanlah ukiran kaligrafi dalam pelbagai jenis menghiasi masjid dan rumah-rumah mereka serta istana raja-raja Melayu waktu itu yang senibinanya dari bahan utamanya kayu.Untuk itu hampir keseluruhan senibina awal banyak dihiasi dengan tulisan khat. Masjid-masjid dan rumah kediaman masyarakat Melayu Islam tidak ketinggalan menerima pengaruh ini. Kaligrafi ini diukir atau ditulis pada pintu, jendela dan tempat-tempat tertentu yang memberi kesan kepada penganutnya tentang keEsaan Allah SWT. Ukiran Khat samada digabungkan dengan motif flora ataupun tulisan kaligrafi itu sendiri dapat dilihat, misalnya Mimbar Masjid Kampung Laut Kelantan, Istana Balai Besar, Kelantan, Komlpek Makam Banggul, Kelantan. Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh, Mimbar Masjid Sebatu

Melaka. Begitu juga dengan beberapa istana raja Melayu lama, seperti Istana Sri Menanti, Istana Kenangan, Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka .maka Bendahara dan Temenggong pun membangunkan istana tujuh belas ruangan, maka diperbuatnya istananya bertingkat tujuh terlalu indah-indah, Hang Tuah berbuat dua tingkat, Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dua, dan Tun Mamat, Tun Lekiu dan Tun Lekir, Hang Kamari kerana orang tujuh itulah yang bijak mengukir. ( Hikayat Hang Tuah ) sulur dan batangnya merah berukiran setangkai awan.. ( Hikayat Hang Tuah ). Petikan di atas menjelaskan tentang seni ukir yang telah lama menetap dan bertapak di alam Melayu. Kedatangan Islam pada abad ke-14 memberikan kesan yang amat dalam kepada perkembangan seni ukiran Melayu. Istana Hawa Nafsu atau Mahligai Hawa Nafsu yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Shah (14591477) sebagai pemerintah kerajaan Melayu Melaka seperti mana di tulis dalam Sejarah Melayu ( Sulatus Salintin ) oleh Tun Seri Lanang pada abad ke-17. Istana ini di jelaskan dalam catatan Sejarah Melayu; Sekaliannya itu diukir dan bersangkuap. Pada antara pengkuap itu diperbuat berlalang bersagi: sekaliannya dicat dengan air emas. Terlalu indah pembuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada seperti zaman itu ( Sejarah Melayu ). tersebut sebuah istana yang besarnya 17 ruang, bersayap layang-layang berukir, diukir jenang pintu itu dan empat puluh banyak pintunya selain dicat dibubuh air emas ( Sejarah Melayu ) Istana ini juga merupakan sejarah awal dalam seni bina Melayu yang menggunakan bahan-bahan dari China. Walaupun jelas mendapat pengaruh dari luar dalam penggunaan bahan seperti atap dari tembaga dan timah disisipkan dan berdindingkan cermin berwarna dan cat air yang dimport dari China, ianya merupakan istana yang sangat lengkap dibina oleh tukang tempatan. Hal ini sangat sesuai fungsi berganda istana pada zaman dahulu disamping sebagai tempat bersemayam raja-raja atau sultan Melayu, ianya juga dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Sebagai sebuah istana, senibinanya berasal dari rumah Melayu yang telah diubah suai bagi memenuhi dua fungsi diatas. Oleh itu, tukang-tukang atau pandai kayu dengan kemahirannya, berperanan mengubah struktur bangunan istana-istana raja Melayu. Tukang-tukang tempatan berjaya mengadaptasikan beberapa bahgian dalam struktur bangunan istana dengan mewujukan beberapa balai. Misalnya Balairung Seri ( Balai Besar), Balai Mengadap, balai menunggu, balai penghadapan (tempat rakyat menghadap sultan/raja) balai singahsana, bilik beradu raja, balai santapan, bilik putera-puteri, bilik dayang-dayang, bilik pengawal istana dan bilik pembantu istana. Dalam Hikayat Misa Melayu, istana Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1780) yang terletak di Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta Perak, adalah bukti tentang seni ukir dan keindahannya. Dalam hikayat ini jelas menunjukkan keindahan bentuk istana dengan hiasan-hiasan ukiran melayu. Penemuan yang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi merupakan bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh awal kurun ke-14, dan Batu Nisan Acheh yang di temui di beberapa tempat di negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yang sangat menarik juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu. Catatan sejarah dari perjumpaan pada zaman batu neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukir dialam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya. Ada pendapat mengatakan seni ukir didatangkan dari selatan Negeri Thai iaitu Pattani. Buktinya, Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah di bawah pengaruh Siam berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama mempunyai banyak persamaan dengan seni ukir Siam. Ada juga yang berpendapat seni ukir didatangkan dari Acheh, Jawa dan Sumatera. Di Perak Tengah mempunyai gaya seni ukiran Acheh dan Jawa. Hal ini berlaku kerana penduduk selatan Negeri Perak merupakan orang Melayu yang sebahagian besarnya berketurunan dari beberapa suku Melayu dari Sumatera iaitu Mendailing, Batak, Rawa, Kerinci, Kampar dan Jambi.Ukiran kayu yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dipengaruhi oleh seni ukiran rantau asal keturunan. Umpamanya orang Melayu di Negeri Sembilan dan Selangor sebahagian besarnya berasal dari Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya.Bukti lain yang dapat dijadikan sebagai kajian tentang keberadaan seni ukir dialam Melayu misalnya Istana Seri Menanti Negeri sembilan. Istana ini di ketakan sebagai sebuah istana tertua di Negeri ini malah sangat istimewa dengan bentuk struktur bangunan yang penuh berukir. Pada abad ke-20, istana ini merupakan tempat bersemayamnya Yang Dipertuan Besar Negeri sembillan (Yam Tuan Muhammad ). Ianya dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Inggeris di Tanah Melayu dan merupakan sebuah istana kayu berukir yang terbesar di dunia. Sehingga sekarang ianya dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Sembilan.Penemuan yang lain seperti tembikar di Gua Cha di Kelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayu dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Seni ukir tidak hanya sekadar hiasan pada bentuk seni rupa yang di cipta, tetapi juga memperlihatkan taraf kemahiran dan pencapaian teknik serta pemikiran orang Melayu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orang Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif, corak dan bentuk dalam sesuatu karya ukiran.

[i] Mustafa Mohammed,1982, Perkembangan Seni Ukir, Warisan Kelantan, hal:94 [ii] Mahayuddin Yahaya,1998, Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, hal: 15.

Вам также может понравиться