Вы находитесь на странице: 1из 25

KELAS SOSIAL

Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Boleh dikatakan sebagai segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran

Kelas social masyarakat kapitalis Bourgeoisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran

Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja

Konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Berkait rapat dengan pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasan atau suatu pola hubungan social yang mempunyai suatu matlamat social yang tertentu. Contoh institusi keluarga , politik , agama , pelajaran dan lain.

Mobiliti sosial
Satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan social kepada lapisan social yang lain dalam system stratifikasi social. Berkait rapat dengan struktur social sesuatu masyarakat. Dalam system yang lebih terbuka,peluang untuk mobility social adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam system tertutup seperti dalam system kasta yang bercorak tradisi,mobility social jarang social jarang sekali berlaku.

Konsep diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran dan kepercayaan negative oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negative.

Diskriminasi Perbutan membanding dan membezakan seseorang individu atau suatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.

Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan pembesar dan istana menerima system pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara.

Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anakanak mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat.

elai l asi ya ber aita ter s e a s cial, j ra e i i a j a i a w j a tara je is s si -e ta a e ayaa ri . Jura i i e beri a i a juga a a ter a a e ca aia uri ter asukla e ye iaa ke uda a fizikal untuk murid belajar.

Impak jurang pendidikan tela menyumbang secara ketara ter adap ta ap s si ekonomi antara penduduk. Usa a menangani jurang ini terus mendapat per atian ancangan Malaysia etiga (RM -30, dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima peruba an dalam system pendidikan negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT).

Terdapat juag sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 25 orang. Hampir 9 % SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.

Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.

Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ; Rancangan Makanan Tambahan Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin Bantuan Makanan Asrama Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Jaket Keselamatan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Skim Pinjaman Buku Teks Skim Baucer Tuisyen Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti Asrama Harian

Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira kelas social murid berkenaan,

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak memburu maklumat daripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal.

Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham apa, bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.

Вам также может понравиться