Вы находитесь на странице: 1из 23

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH Bahagian A : Analisis Kesepaduan Dalam Kurikulum dan Pengajaran

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

MOHD YATIN YAZIX BIN AHMAD D20111049935

017 4343407

NAMA TUTOR E-LEARNING : TARIKH SERAH :

DR. IKHSAN OTHMAN

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

A. Laporan Analisis Kesepaduan Matematik B. Laporan Analisis Kesepaduan Sains C. Laporan Analisis Kesepaduan Dunia Seni Visual D. Laporan Analisis Kesepaduan Bahasa Melayu

3 - 8 9 - 13 14 - 18 19 - 22

A. Laporan Analisis Kesepaduan Matematik Nama Mata Pelajaran Tahun Dokumen Dianalisis Tajuk : Matematik :2 : Modul/Panduan P&P : Wang Hingga RM100

1.

Kesepaduan Pengetahuan a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. Warna

ii. Nama wang mengikut negara. b. Rasional/ Kepentingan Dalam proses P&P murid perlu diperkenalkan dengan warna wang kertas yang terdapat di Malaysia. Murid dapat difahamkan bahawa menetukan nilai wang selain dari nombor atau simbol pada wang, wang juga dapat dibezakan nilai berdasarkan warna. Sebagai contoh RM 10 (merah), RM 5 (hijau) dan RM 1 (biru). c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam set induksi, guru boleh mempamerkan wang kertas yang ada dalam mata wang Malaysia. Guru menyoal murid sama ada pernah atau tidak melihat wang kertas yang di pamerkan. Jika ya, murid diminta menyata nilai wang mengikut warna yang ditunjukkan. Aktiviti ini dapat mengesan pengetahuan sedia ada murid untuk kepentingan guru merangka aktiviti seterusnya.

2.

Kesepaduan Kemahiran a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran yang dipilih: I. II. III. Membaca Menulis Menaakul

b. Rasional/ Kepentingan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran nilai wang hingga RM 100 bagi tahun 2, kesepaduan dalam pelbagai kemahiran diperlukan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 4M. Di samping kemahiran mengira, pemantapan kepada kemahiran membaca dalam pengenalan suku kata dan ejaan boleh digabungkanjalinkan agar murid boleh mengenal perkataan-perkataan seperti sepuluh ringgit, lima puluh ringgit Sembilan puluh Sembilan sen, tujuh puluh lima ringgit dan sebagainya. Ini bermakna penggabungjalinan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia telah diketengahkan c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan aktiviti lakonan merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Melalui cara ini, murid-murid akan bergerak dalam kumpulan dan memainkan watak-watak yang terdapat di persekitaran mereka. Bagi tajuk ini, set lakonan jual beli adalah kaedah terbaik dalam pengajaran guru memantapkan kefahaman murid bagi tajuk ini. Melalui proses jual beli, beberapa kios diwujudkan bagi penjualan barangan keperluan seharian. Beberapa murid dipilih sebagai penjual barangan ini dan terdapat murid lain yang akan melakonkan watak pembeli. Secara tidak langsung, murid-murid akan mengadaptasikan persekitaran kehidupan seharian mereka dalam proses P&P. Contoh : Harga barang : Minyak masak Milo Beras RM 25.90 Sebotol besar RM 35.00 Satu tin besar RM 29.99 Sekampit

Murid A dibekalkan dengan wang seratus ringgit, A akan membeli barangan seperti di atas,. Guru akan menyoal murid : Apakah pembelian yang telah dibuat? Berapakah harga bagi setiap barangan? Berapakah jumlah pembelian? Berapakah baki yang tinggal? Secara tidak langsung penaakulan secara induktif telah berlaku, murid menjawab soalan guru dan memberi kesimpulan ke atas pembelian barang. Bagi penaakulan secara deduktif, murid akan diberi nilai wang yang berbeza untuk membuat pembelian bagi barang yang sama atau berbeza. Melalui cara ini, murid akan cuba membelanjakan wang mengikut kemampuan dan proses P&P menjadi lebih bermakna apabila penglibatan murid yang tersusun ke dalam kaedah lakonan ini. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. Jujur Kerjasama Jimat cermat Teliti Mendengar arahan Berani mencuba Nilai keusahawanan Ketelusan Keadilan

b. Rasional/ Kepentingan Penerapan aspek keusahawanan secara merentas kurikulum di Tahap Satu peringkat sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan menjalankan berasaskan perniagaan dan keusahawanan dan supaya mereka dapat serta

kerjabuatsendiri,

merekacipta

cenderung

berurusniaga

mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan nilai jimat cermat amat perlu diterapkan kepada pelajar. Pelajar perlu dilatih agar tidak boros dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dijadikan kebiasaan kepada pelajar. Penyerapan nilai ini dapat dibuat selepas aktiviti lakonan jual beli. Guru menerangkan bahawa wang yang ada perlu dibelanja mengikut kemampuan dan hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja. 4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi. Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid. Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

5.

Lampiran

B. Laporan Analisis Kesepaduan Sains Nama Mata Pelajaran Tahun Dokumen Dianalisis Tajuk : Sains :2 : Modul/Panduan P&P : Jalan-Jalan Cari Makan

1.

Kesepaduan Pengetahuan d. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih:

i.

Hukum halal dan haram

e. Rasional/ Kepentingan Dalam proses P&P murid perlu didedahkan pengetahuan agama tentang hukum halal dan haram dalam makanan terutamanya daging binatang. Murid perlu mengetahui binatangbinatang yang dagingnya halal dimakan orang penganut Islam. Binatan-binatang yang hidup di dua alam seperti yang disebut murid, contohnya katak dan binatang yang menjadikan bangkai sebagai makanan, perlu diperjelaskan kepada pelajar bahawa haram dimakan dagingnya oleh orang yang beragama islam. f. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selepas aktiviti dimana murid menyenaraikan nama-nama binatang yang pernah dilihat maka guru boleh mengambil beberapa contoh binatang yang disebut murid dengan menjelaskan mengapa binatang tersebut haram dimakan dagingnya. Murid boleh diminta sekali lagi menamakan binatang-binatang yang sama sifat seperti yang dijelaskan oleh guru. Oleh yang demikian pengetahuan dalam kontek pendidikan islam dapat diserapkan kepada semua pelajar.

2.

Kesepaduan Kemahiran d. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran yang dipilih: i. Melukis ii. Mengajuk iii. Menulis perkataan dan menyebut e. Rasional/ Kepentingan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini selain daripada murid

membayangkan serta menamakan binatang-binatang, murid juga harus mengenali dari segi bentuk binatang yang disebut. Oleh itu pelajar bolehlah diminta melukis gambar binatang tersebut. Selepas mengenal rupa atau bentuk murid seharusnya diminta mengajuk bunyi binatang tersebut. f. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam set induksi guru, bunyi-bunyi binatang boleh dimainkan melalui audio dan murid diminta mengajuk bunyi tersebut. Selepas itu murid diminta mengajuk bunyi binatang lain yang pernah didengar. 3. Kesepaduan Nilai d. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih: i. Kasih sayang ii. Nilai keusahawanan e. Rasional/ Kepentingan Kepentingan menerapkan nilai-nilai moral kepada pelajar bahawa kasih sayang bukan hanya perlu ada sesame manusia tetapi manusia juga perlu ada sifat kasih dan sayang kepada binatang. Contohnya seperti binatang peliharaan (kucing, arnab dan dll.). Bahkan binatang liar seperti buaya, singa dan harimau perlu dikasih dan dipelihara agar tidak berlaku pembunuhan untuk tujuan keuntungan kewangan. Hal ini penting agar generasi akan datang dapat melihat binatang ini. 10

Nilai keusahawanan juga dapat diperkembangkan kepada murid. Binatang-binatang yang dinyatakan tadi boleh dijadikan punca pendapatan, jika diternak dan diusahakan secara sistematik. f. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan nilai kasih sayang dan nilai keusahawanan ini dapat diserap semasa langkah terakhir dalam P&P iaitu rumusan. Guru menerangkan kepada murid tentang mengapa nilai-nilai sebegini perlu ada dalam diri manusia. 4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi b. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi. Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid. Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

11

5.

Lampiran

12

13

C. Laporan Analisis Kesepaduan Dunia Seni Visual Nama Mata Pelajaran Tahun Dokumen Dianalisis Tajuk : Dunia Seni Visual :2 : Modul/Panduan P&P : Gasing Mudah (Mengenal Kraf Tradisional)

1.

Kesepaduan Pengetahuan a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. ii. Sejarah permainan gasing. Jenis-jenis kayu untuk dijadikan gasing

b. Rasional/ Kepentingan Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu. Jesteru itu sudah semestinya pelajar mengetahui sejarah asal-usul permainan gasing. Contohnya mengetahui dari mana asal permainan ini, cara pembuatan dan bagaimana dimainkan. Kefahaman pelajar tentang permainan tradisional ini dapat menarik minat pelajar untuk terus mengekalkan tradisi permainan ini agar tidak pupus ditelan permainan moden ketika ini.

c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan dapat dilakukan dalam langkah set induksi. Guru menyoal pelajar untuk mengetahui sejauhmana pengetahuan sedia ada pelajar. Selepas mendengar cerita pelajar, guru memberi tambahan pengetahuan kepada apa yang telah murid nyatakan.

14

2.

Kesepaduan Kemahiran a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran yang dipilih: i. ii. Bercerita Memberi respon

b. Rasional/ Kepentingan. Murid perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang asal-usul permainan gasing, cara pembuatannya dan cara permainannya. Pengetahuan ini dapat membantu murid untuk membuat lkaran atau binaan gasing dengan lebih sempurna.

c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengabungjalinannya dapat dilaksanakan dalam langkah set induksi. Peringkat permulaan guru menyoal murid tentang permainan gasing yang pernah mereka lihat atau tonton melalui talivesyen. Seterusnya secara rambang memilih pelajar yang mempunyai pengalaman bermain gasing untuk bercerita secara ringkas pengalaman bermain gasing. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih: i. ii. Menghargai Berani mencuba.

b. Rasional/ Kepentingan Selain daripada mendedahkan pelajar tentang sejarah permainan gasing, pelajar perlu diterapkan rasa atau nilai menghargai permainan tradisional Melayu seperti permainan gasing, wau bulan, dan congkak. Jika nilai ini dapat diterapkan maka sudah tentu permainan tradisional ini tidak akan hilang begitu sahaja atau ditenggelami oleh permainan moden.

15

c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan nilai menghargai ini dapat dilakukan dalam aktiviti rumusan. Guru mempamerkan peralatan permainan sebenar seperti gasing. Pelajar diberi peluang untuk mencuba permainan ini. Keseronokan pelajar bermain akan menimbulkan rasa menghargai terhadap permainan ini. Seterusnya guru member penerangan ringkas tentang perlunya permainan-permainan tradisional ini dipertahankan untuk generasi yang akan datang. 4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi. Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid. Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

16

5.

Lampiran

17

18

D. Laporan Analisis Kesepaduan Bahasa Melayu Nama Mata Pelajaran Tahun Dokumen Dianalisis Tajuk : Bahasa Melayu :2 : Modul/Panduan P&P : Kebudayaan : Makanan Kita

1.

Kesepaduan Pengetahuan a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. ii. Makanan seimbang Keusahawanan

b. Rasional/ Kepentingan Mengetahui tentang makanan yang boleh membina kesihatan amat perlu kepada seorang pelajar. Pelajar yang pandai memilih makanan yang seimbang dapat membantu membina minda yang sihat.

c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam set induksi guru memperlihatkan kepada pelajar gambar-gambar makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Pelajar diminta untuk memilih makanan yang mereka gemari. Pelajar diminta menjelaskan mengapa menggemari makanan tersebut. 2. Kesepaduan Kemahiran a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran yang dipilih: i. Menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen.

19

b. Rasional/ Kepentingan. Di dalam P&P pelajar dibimbing membuat permintaan yang betul dalam lakonan jual beli. Pelajar juga dapat menguasai kemahiran dalam matematik iaitu mengetahui nilai barang dan dapat mengetahui jumlah barangan yang dibeli melaui kemahiran menambah nilai kesemua barangan yang dibeli. c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan aktiviti lakonan merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Dalam P&P ini beberapa orang pelajar menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. Pelajar akan berkomunikasi sebagai pelanggan dan penjual. Dalam urusan itu pelajar akan menyebut jenis barangan berserta dengan harga. Pelajar akan menambah semua harga barangan yang dibeli untuk mengetahui jumlah keselurahan. Secara tidak langsung selain daripada berkomunikasi pelajar juga menguasai kemahiran dalam matematik. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih: i. ii. iii. Jimat cermat Nilai keusahawanan Teliti

b. Rasional/ Kepentingan Penyerapan nilai jimat cermat amat perlu diterapkan kepada pelajar. Pelajar perlu dilatih agar tidak boros dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dijadikan kebiasaan kepada pelajar. Penyerapan nilai ini dapat dibuat selepas aktiviti lakonan jual beli. Guru menerangkan bahawa wang yang ada perlu dibelanja mengikut kemampuan dan hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja. c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

20

Aktiviti lakonan jualbeli yang dilakukan murid seperti dalam langkah 2, melatih murid berurusan sebagai seorang penjual/peniaga. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat memupuk semangat dan berminat untuk menjadi seorang usahawan. 4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi. Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid. Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direkabentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan,disamping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Tujuan pendekatan kesepaduan ialah untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada dir sendiri. Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauhmana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukan nya wujud berasingan. Disamping itu kesepaduan juga untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu. Pendekatan ini membentuk situasi dimana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditentukan dalam kurikulum dan untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

21

5.

Lampiran

22

23

Вам также может понравиться