Вы находитесь на странице: 1из 14

1.

0 Pengenalan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dengan tujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Antara bidang-bidangnya ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni tersebut adalah bagi memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Apabila murid mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Berdasarkan 4 aspek utama yang dinyatakan oleh Laura Chapman(1986) yang menyamai organisasi kurikulum pendidikan seni visual ialah: i. Pemerhatian Pemerhatian adalah melibatkan melibatkan sensitiviti deria manusia. Ia melibatkan penggunaan deria penglihatan manusia. Pemerhatian secara aktif pula ialah bagaimana pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu. ii. Penerokaan Murid meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai aspek atau segi. Contohnya seperti aktiviti seni reka, murid meneroka bahan yang
1

dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen -elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan. Aktiviti
penerokaan tersebut seharusnya kecil, mudah dan ringkas. Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suaikenal dengan bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru.

iii.

Penghasilan (pembuatan) Guru perlu membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

iv.

Apresiasi dan perlanjutan. Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktivit seni didalam kelas. Melalui aspek ini, murid dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan malah murid dapat menghargai hasil kerja masing-masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Melalui aspresiasi ini, murid dapat membuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.

2.0 Aspek Kognitif, Psikomotor, Afektif, Kreativiti dan Sosial

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif. Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Selain itu, kepentingan Pendidikan Seni Visual juga boleh boleh dibahagikan kepada lima aspek, iaitu, aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, serta sosial dan emosi. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanakkanak dapat dilihat melalui aspek yang telah dinyatakan tadi iaitu: a. Aspek Kognitif Dalam aspek kognitif, aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek Fizikal atau Psikomotor Daripada aspek fizikal atau psikomotor, penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan atau psikomotor dan koordinasi tangan serta mata.

c. Aspek Kreativiti Latihan serta projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi dan kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanakkanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

d. Aspek Persepsi Persepsi adalah tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.

e. Aspek sosial Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Secara fizikalnya, otak manusia terdiri daripada dua bahagian, hemisfera kiri dan kanan. Otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan analisis iaitu apa yang dilatih dalam kerja-kerja sekolah yang terdiri daripada matematik, membaca dan sains. Otak kanan digunakan dalam persepsi, intuisi emosi, dan kreativiti. Ia adalah otak kanan yang digunakan terutamanya apabila seseorang itu
4

terlibat dalam usaha kreatif seperti menghasilkan karya atau bahan seni. Namun, telah menjadi pemikiran tipikal sesetengah sekolah untuk mengabaikan pendidikan seni visual. Ia menunjukkan bahawa apabila anak-anak berbakat menyelesaikan masalah, terdapat peningkatan aktiviti elektrik di kedua-dua hemisfera. Dengan merangsang dan menjalankan hemisfera kanan otak, seni mengukuhkan hubungan di antara hemisfera. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang serta otak kanan mereka akan dibangunkan dan keduadua hemisfera bekerja seiring, sekali gus mencapai sepenuhnya potensi minda. Pendidikan seni visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu dari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Emosi bermaksud keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta, prihatin atau rasa takut. Sensitiviti pula bermakna kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Oleh itu, kita dapat mewujudkan kebolehan untuk merasa dan menghayati.
5

Seseorang individu yang berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik dikatakan kreatif. Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan. Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pendidikan seni visual dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi. Dari segi sosiologi pula seni visual berperanan membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat. Hal ini dapat dibahagikan kepada lapan iaitu nasionalisme, persekitaraan, propaganda, ritual, spiritual, pengeluaran, pemujukan serta perniagaan dan perdagangan.

3.0 Organisasi Kurikulum Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif Ianya merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini bagi membolehkan murid merasai secara konkrit dalami

mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini membantu untuk terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan kreatif dan pemikiran abstrak. Melalui mata pelajaran seni visual juga, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Pada peringkat ini murid digalakkan untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan karya pada masa akan datang.

c. apresiasi seni visual secara mudah


7

Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari aspek keindahan dan fungsi. Murid akan terlibat secara langsung dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah seperti yang telah dinyatakan dalam sukatan pelajaran. d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain memberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Ianya secara tidak langsung akan member nilai yang baik dalam aspek kehidupan murid itu sendiri.

4.0 Perkaitan antara organisasi kurikulum, bidang aktiviti dengan perkembangan kanak-kanak berdasarkan kajian literature Pendidikan seni visual mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa sahaja yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Pancaindera yang ada pada setiap manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, murid perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti. Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilustrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan
8

dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa sahaja kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja menghasilkan karya seni. Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. Pendidikan seni visual ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Guru juga boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Hal ini kerana, perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanakkanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul berdasarkan faktor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanakkanak itu akan terbina dengan baik. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang murid itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan
9

untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Murid akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan dalam kalangan murid berlaku pada peringkat ini. Murid yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Seterusnya, subjek ini juga dapat melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Sebagai contoh menjadi seniman sepenuh masa. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa. Seni visual memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pendidikan seni visual juga memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar
10

dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Seni visual mampu melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni ini. Pendidikan seni visual dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara. Sebagai contoh kita boleh lihat banyak hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme seperti Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara. Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Dari segi spiritual pula, hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn. Hasil seni visual adalah berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Oleh hal yang demikian, kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket. Dari segi pemujukan pula, hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

11

Pembelajaran seni visual dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah dalam bidang pembungkusan.

5.0 Kesimpulan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu di antara mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,
12

alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

13

Rujukan

Ahmed Ghazie Ibrahim. (2000). Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Di Sekolah: Dulu, Kini Dan Masa Hadapan. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai Seni Lukis Negara. Ghazali, H. M. (2005). Siri Teks Referens Pendidikan Seni Visual . Selangor: Pearson Longman . Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan SeniVisual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

14

Вам также может понравиться