You are on page 1of 6

kemahiran belajar

DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR Sebelum kita merujuk definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu boleh merujuk kepada definisi kemahiran dan definisi belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsanganrangsangan,pemilihan rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku. Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR 1. Kemahiran dalam proses belajar. Ia yang melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar: i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat: ii. Memahami apa yang diterima: iii. Mengingat apa yang telah dipelajari: iv. Mengaplikasi apa yang telah dipelajari 2. Kemahiran menguruskan masa. Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar. Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu. 3. Kemahiran perpustakaan. Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.

4.Kemahiran memperoleh maklumat. Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. 5.Kemahiran membaca: Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R): i. Skim: Baca sepintas lalu. ii. Question: Menyoal iii. Read: Membaca iv. Recite: Menyebut kembali v. Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya. Terdapat 4 gaya pembacaan iaitu Skimming ( luncuran ) Imbasan (scanning )Bacaan intensif & Bacaan laju . 6. Kemahiran membuat nota: Guru selalu meminta para pelajar untuk menyalin nota tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. Kemahiran ini penting untuk menguasai sesuatu maklumat dan membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, akronim, lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah Venn & peta minda. 7. Kemahiran memotivasi: Kemahiran yang melibatkan pelajar dirangsang dengan ganjaran atau hukuman. 8. Kemahiran berfikir. Proses menggunakan minda samada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah.Terdapat beberapa kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kreatif &kritis, membuat keputusan serta induktif dan deduktif. 9. Kemahiran mengingat: Para pelajar selalu tidak dapat mengingati pelajaran yang telah diajar untuk jangka masa panjang.Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza. Paling penting pelajar selalu mengulang kaji bagi mengingat .Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali,kerja amali atau eksperimen. 10. Kemahiran menulis : Terdapat 2 jenis iaitu menulis laporan dan menulis cepat. 11. Kemahiran mendengar: Mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. 12. Kemahiran maklumat : Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari

dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Maklumat tersebut boleh diperoleh dari banyak sumber. 13. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar mendapat markah yang lebih tinggi dan mempunyai keputusan peperiksaan yang baik.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI KEMAHIRAN BELAJAR Pelbagai kepentingan yang boleh pelajar perolehi dari kemahiran belajar. Antaranya ialah pelajar akan dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, pelajar akan dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru, membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari, dan melatih pelajar menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional. Selain itu, objektif kemahiran belajar adalah menyediakan pelajar berupaya belajar tanpa guru, membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri, membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. Teknik-teknik dalam kemahiran belajar juga dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar. Antara teknik-teknik belajar yang dikemukakan oleh Francis P.Robinson (1961),Walter Pauk (1962) dan Peter Edward (1973) adalah seperti teknik STUV 1. S-sumarize [ringkaskan nota penting] 2. T-test your self [uji diri anda] 3. U-use [gunakan] 4. V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar 5R 1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] 4. Recheck [semak semula] 5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya] Faktor-faktor beberapa jenis kemahiran belajar di kalangan pelajar Setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain. Hal ini kerana setiap individu adalah unik adan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individuindividu tersebut adalah kembar seiras. Seterusnya, terdapatnya beberapa jenis kemahiran belajar di kalangan pelajar. Antaranya adalah

setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza. Contohnya,seorang guru dapat mengesan kebolehan dan kelemahan pelajarnya ketika proses pembelajaran. Seorang pelajar yang mahir mengira,belum tentu mampu mengingat fakta sejarah.Hal ini menunjukkan kebolehan dan kelemahan dalam diri individu. Ketika dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P)dilaksanakan, tidak semua pelajar mampu memahami dan mengingat pengajaran dalam masa yang singkat. Faktor yang seterusnya adalah setiap pelajar mempunyai 2 cara penerimaan ilmu iaitu penerimaan yang laju atau penerimaan yang lambat. Kemahiran belajar yang banyak membantu para pelajar mengikut tahap penerimaan masing-masing dalam proses memahami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan. Setiap pelajar mempunyai kecenderungan yang berbeza. Terdapat sesetengah pelajar yang gemar belajar menggunakan kemahiran-kemahiran yang berbeza mengikut tahap diri dan minat terhadap kemahiran yang boleh memberi pemahaman dengan lebih berkesan. KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMBERI KESAN POSITIF Pernyataan mengenai dengan mempelajari kemahiran belajar akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian pelajar sememangnya benar. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut dengan cara kita melihat beberapa kesan yang baik kepada seorang pelajar. Kemahiran belajar mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu . Dengan adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang betul dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar tersebut. Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran belajar yang memupuk disiplin seperti kemahiran mengurus masa yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih berkesan. Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari semasa ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar. Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah difahami dan ingati oleh pelajar. Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu dan sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar yang dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka ketika proses pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar yang berkesan dan membawa kecemerlangan.

PERBEZAAN PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM BILIK DARJAH PERANAN GURU PENGAJAR Guru berperanan sebagai pengajar yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang lain. Dalam bilik darjah,guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru memberi panduan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada seorang individu dan sekelompok manusia. MERANCANG PENGAJARAN Seterusnya guru berperanan sebagai merancang pengajaran. Proses pengajaran melibatkan pelajar, bahan pengajaran dan kaedah pengajaran. Guru menentukan objektif pembelajaran dalam bilik darjah. Guru akan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan pelbagai aktiviti atau kaedah pengajaran yang sesuai. PEMUDAH CARA Maksud pemudah cara dalam aspek peranan bagi seorang guru adalah melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Guru akan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi bagi konteks pemudah cara, guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik dan berkesan dalam bilik darjah. Seorang guru mempunyai tanggungjawab bukan sekadar mengajar tetapi seorang guru akan memastikan P&P berkesan. PEMBIMBING Guru berperanan sebagai pembimbing membawa maksud membimbing pelajar dalam pelbagai aspek seperti membantu dalam mengembangkan potensi pelajar, menyedari kelemahan atau kebolehan pelajar dan memberi latihan agar mempertingkatkan prestasi pelajar sekaligus guru akan dapat membuat penilaian pencapaian pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.Guru juga perlu berbincang dengan pelajar tentang masalah atau persoalan pelajaran yang belum dikuasai pelajar. PERANAN PELAJAR INDIVIDU DALAM PROSES PEMBELAJARAN Pelajar adalah individu yang menerima dan mengamalkan pengajaran daripada guru ketika pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar berperanan menerima ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diberikan oleh guru. Dalam bilik darjah, pelajar perlu mendalami ilmu dan membuat persoalan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru. PELAKSANA PERANCANGAN Para guru telah membuat perancangan kepada pelajarnya. Pelajar berperanan melaksanakan perancangan atau objektif pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya objektif pembelajaran tidak berjaya, maka para pelajar belum mencapai atau melaksana objektif pembelajaran. PERANCANG PEMBELAJARAN Pelajar berperanan sebagai perancang pembelajaran secara teliti. Pelajar adalah individu yang

menerima ilmu pengetahuan harus merancang pembelajaran dengan baik iaitu pelajar perlu mengurus bagaimana mereka dapat belajar yang berkesan agar dapat agar mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. MEMBUAT REFLEKSI DIRI Selepas selesai membuat suatu bentuk latihan, ujian atau peperiksaan, pelajar berperanan untuk membuat refleksi diri iaitu dengan mengenal pasti kelemahan, kebolehan, atau persoalan yang ada dan membuat penilaian pencapaian .Pelajar perlu membuat perbincangan dengan guru dan rakan sebaya bagi bagi membuat penyelesaian masalah yang ada dan menetapkan matlamat untuk berjaya.

CARA-CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR MENGHADIRI PROGRAM MOTIVASI Para pelajar perlu diberi motivasi agar dapat meningkatkan kemahiran belajar di kalangan pelajar. Motivasi kepada pelajar dapat membantu mereka memahami kepentingan dan kesan positif kepada pelajar tersebut. MEMBUAT JADUAL BELAJAR Setiap pelajar perlu mempunyai jadual waktu belajar sendiri bagi mengurus masa mereka dan masa mereka digunakan untuk mengaplikasikan kemahiran belajar dan secara tidak langsung, mereka dapat memanfaatkan masa dengan lebih berguna dan mendisiplinkan diri untuk belajar.

MENYERTAI BENGKEL Pelajar perlu menyertai bengkel-bengkel yang boleh meningkatkan kemahiran. Dengan menghadiri bengkel,banyak aktivti yang boleh disertai yang dapat meningkatkan kemahiran belajar bagi seorang pelajar.

PENDEDAHAN KEMAHIRAN BELAJAR YANG BERKESAN Dengan mengetahui kemahiran belajar yang betul, pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar dan memudahkan mereka untuk mendalami ilmu pengetahuan ketika proses pembelajaran berlaku. Cara ini akan membantu mereka mempunyai cara belajar yang berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan daya pemikiran pelajar