Вы находитесь на странице: 1из 24

Pengenalan Sejarah seni adalah satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang telah berlaku pada masyarakat terdahulu.

Ianya melibatkan kehidupan,budaya,aktiviti,tempat,situasi dan masa.Dalam proses mempelajari sejarah seni ini ianya tidak akan lari daripada melibatkan faktor-faktor uatam seperti masa,budaya,tempat dan situasi.Selain daripada faktor-faktor tersebut,sudah semestinya melibatkan tokoh dan karya yang telah mereka hasilkan.Michelenglo misalnya terkenal dengan hasil karyanya seperti Madonna and Child,Adam Creation dan banyak lagi hasil seninya yang masih lagi menjadi rujukan sejarah dan juga pelukis serta pereka pada masa kini.

Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang perkembangan seni pada awal penemuan hinggalah sekarang amat penting sekali.Daripada situlah kita dapat mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti dan perkembangan sesuatu masyarakat itu.Contohnya pada zaman Impressionist, karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John Constable,Monet boleh dikatakan menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman keindahan alam semula jadi yang begitu natural sekali digambarkan.Begitu juga dengan catan gua batu yang terawal ditemui di Lascaux Cave di kawasan selatan Perancis.Catan gua dipercayai dihasilkan di antara 15,000-10 000 tahun sebelum Masihi iaitu di penghujung zaman Paleolitik.catan ini adalah gambaran sekumpulan lembu yang sedang bergaduh,yang berukuran kira-kira 18 kaki tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan batu di atas permukaan gua tersebut.

Andy Warthol misalnya dalam hasil-hasil karyanya begitu optimis sekali menggambarkan tentang pop dan kontemporari imej.Beliau juga boleh dikatakan sebagai pelukis yang amat Berjaya dalam zaman Pop Art ini.Imej-imej seperti Elvis Presley dan Marilyn Monroe dijadikan sebagai subjek yang utama bagi menghasilkan karya-karyanya.Beliau jiga telah mengeksploitasikan imej-imej tersebut secara maksimum.Dari lewat hasil karya beliau boleh dijadikan kesimpulan bahawa unsur-unsur persekitaran dan imej-imej yang popular di zaman itu juga sangat kuat dalam mempengaruhi perkembangan dan penghasilannya.

Seni Pada Zaman Pra Sejarah

Menurut Sarah P dan Duane,P (1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau.Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang berbeza.Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman Peleolitik(35 000- 8000 sebelum Masihi),Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).

Pada zaman Paleolitik,mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di telinga.Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dindingdinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan.Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian Selatan Perancis.Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol.

Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah bison,mammoth,ibex dan kuda.Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjek-subjek utama.Selain daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan batubatu dan juga tulang-tulang binatang.Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus of Villendorf. Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang mereka diami.Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna.Mereka telah mula menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-

bahan galian.Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arcaarca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk. wanita.Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi kepercayaan mereka.Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan yang bersaiz besar.Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan. Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain,Wiltshire di England.

Seni Pada Zaman Renaissance

Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari zaman Yunani dan zaman Rumawi.Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan), mitologi, seja rah ,potret dan juga tubuh badan manusia.Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance.Pada zaman awal Renaissance,Giotto di Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan ini.Beliau juga merupakan seorang pelukis yang menghasilkan karya berdasarkan kepada perasaan dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku manusia.Di dalam karya-karyanya beliau banyak menggunakan unsur cahaya,ruang,mood suasana semula jadi yang realistic. Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di Padua Arena Chapel,Itali pada sekitar tahun 1305.Dia menggunakan fresco.Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupundikenali sebagai Sandro Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai Master of Mythology .Di antara karyanya yang terkenal ialah The Birth of Venus yangdihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen. Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak seni di Itali.Pada zaman ini,corak persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman kebangkitannya.Namun,pada zaman

ini,pengkaryanya begitu memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan kesempurnaan.

Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau meruakan seorang seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli sains,pengarca,pereka,penganalisis dan arkitek.Tidak hairan beliau juga dikenali sebagai uomo universal kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai Master of All Sciences.Beliau juga adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali.Di antara karyanya yang terkenal ialah Mona Lisa.

Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan,arca,dan seni bina menjadi fokusutama dalam zaman ini berdasarkan kepada keagamaan,mitologi dan potret.Di segi penggunaan bahan dan bahantaranya juga masih sama iaitu cat minyak,kanvas linen,fresco dan marble bagi penghasilan karya.Pelukis dan pengarca yang terkenal pada zaman ini ialah Michengelo Buonarroti.Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah The Creation of Adam yang dihasilkan dengan menggunakan fresco.Catan ini berbentuk mural yang dilukiskan oleh beliau pada siling gereja .Selain itu beliau juga menghasilakan arca menggunakan teknik pahatan(carving).Di antara arcanya adalah bertajuk David yang menggambarkan tentang seorang lelaki gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian.

Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni yang sma pentingnya.Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik.Dalam reka bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan dan juga keseimbangan amat diberi perhatian.Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini.Contohnya juga seperti Villa Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang dibina pada tahun 1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya Roman dan Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada zaman tersebut. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada

keunikan dalam sejarah seni barat.Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan sejarah seni yang terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya.

Sejarah Seni Oriental

China

Seni Tembikar China

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejakpada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri chinamerupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakantembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri tersebut. Jelasnya,negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan antara yangterbaik di dunia. Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasumasih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagaicontoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahandengan perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Seterusnya, tembikar ZamanWangsa Han, menggunakan Glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timahhitam dan copper oxide.

Seni Tembaga China

Seni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa Shang.Kebanyakan kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan rumah danperalatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Padaakhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang yanglazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat keagamaan.Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak,alat untuk mengisi makanan, alat untuk mengis air, alat muzik, senjata untukpeperangan, pengukur, cermin gangsa dan peranti yang lain. Salah satu polayang paling umum dari gangsa, adalah taotie,

juga dikenali sebagai wajahhaiwan seperti naga, harimau, rusa, burung dan lain-lain lagi. Tembaga jugadigunakan dalam ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah sepertilampu, peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.

Catan China

Catan ChinaSebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang. Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran diatas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dankebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme danConfucianisme.Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkankeagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripadakehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut.

Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk menghasilkanlukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung telahdipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga , buahbuahan, seranggadan ikan sebagai subjek matter.Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China.Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih kurang sama dengan berus biasa yang digunakan olehpelukis untuk lukisan cat air di negara barat yang lain. Berus China ini pulamempunyai bulu yang lebih halus berbanding dengan berus barat pada masa itu.

Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan oleh para pelukis iaitu,Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus cakar dan saiznyakecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan bunga-bunga. Lan YuChu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu,kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta dandiperbuat daripada pelbagain bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala

ikan.Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza.Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat menyerap air dan dakwat. kertas China biasa dikenali sebagai ricepaper dalam bahasa Inggeris.

Dalam penggunaan warna pula, carapenggunaan warna di China berbeza berbanding dengan cara penggunaanwarna di Barat. Warna yang digunakan di negara China biasanya pudar sahaja.Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu bukan digunakanuntuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untukmenunjukkan ciri-ciri objek tersebut.Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China.Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri danmerupakan perlambangan bagi setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan gunung, Qi, atmosfera dan hsing, bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul dalam sesebuah catan Cina.Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh pula melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan pula melambangkan pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya.Falsafah seterusnya adalah tidak

menghadapi kerja dengan lalai. Falsafah inibermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jikasetiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri,maka,lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.

India

Kebanyakan hasil karya dari India adalah bermotifkan figura manusia serta ada unsur-unsur flora dan fauna. Zaman perkembangan seni oriental Indai dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu zaman tamadun Harappa, zaman vedik, zaman awal Buddha dan seterusnya zaman india islam. Seni India biasanya mempunyai kaitan dengan agama dan dikatakan mampu menyumbang kepada pembangkitan spiritual, intelektual melalui proses meditasi yang mampu mengawal pemikiran jiwa dan tubuh badan.

Tamadun Harappa merupakan Tamadun India yang tertua berdekatan dengan Sungai Ravi di utara India. Selain daripada itu tamadun India juga mempunyai tamadun lain selain tamadun Harappa iaitu Mohenjo daro.Tamadun Harappa terkenal dengan arcanya. Contohnya seperti acuan cap kerajaan Harappa yang berukuran 2 inci diperbuat daripada batu yang diukir. Kemudian corak-corak Harappa yang lain-lain hasilkan melalui tanah liat yang diukir. Selain itu arca yang diperbuat daripada kuprum, berbentuk perempuan juga dibina yang melambangkan tuhan ibu yang dianggap membawa kesuburan.

Kisah Zaman Vedik bermula iaitu pada tahun 1750 harappa didatangi oleh pendatang Nomad dari Iranian. Kaum ini dipanggil kaum Aryan. Era kaum Aryan ini dipanggil zaman vedik. Pada zaman ini munculnya kitab kaum Aryan yang dipanggil kitab veda.Kedudukan kaum Aryan terbahagi mengikut kasta dan peraturan juga digubal bagi menjaga keharmonian dan keamanan.Kaum Aryan percaya kepada hukum karma.

Pada Zaman agama hindhu Buddha, hasil seni tampak yang terkenal ialah arca. Arca hindu Buddha yang terkenal ialah loving couple yang menunjukkan pasangan kekasih yang penuh dengan sifat-sifat yang mempamerkan kasih sayang.

Selain itu arca patung Buddha juga diperbuat dalam keadaan duduk dan berdiri. Kedudukan ini bergantung kepada kepercayaan pengganut Buddha iaitu apabila patung itu dalam keadaan berdiri ia memberi makna rehat yang membawa ketenangan. Manakala apabila patung itu dalam keadaan duduk ia membawa kepada meditasi. Posisi tangan Buddha amat penting ia membawa kepada maksud rehat dan ketenangan. Selain itu seni bina stupa juga terlihat pada zaman ini. Antara stupa yang terkenal ialah great stupa di sanchi.

Zaman Hinduisme Mempunyai hasil seni yang berkaitan dengan dewa-dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Mengikut keprcayaan hindu Brahma dianggap pencipta, Vishnu sebagai pemulihara dan siva sebagai pemusnah. Kebiasaannya dewa Vishnu dijadikan sumber inspirasi untuk karya seni kaum hindu dan dipuja ketika upacara sembahyang dan berdoa. Dipercayai dewa Vishnu mempunyai isteri bernama Sri Lakhsmi. Kuil hindu banyak dibina hasil dari ilmu seni dan seni bina. Contohnya seperti kuil durga dan Kandariya Mahadeva

Apabila agama Islam mula tersebar, banyak penganut agama hindu yang telah memeluk islam. Pada masa itu ada perbalahan antara kaum muslim dan penganut hindu. Oleh itu putera hindu telah mengurangkan kuil-kuil utara india. Oleh sebab ini banyak penganut hindu yang memeluk islam dan menjadi india muslim. Karya-karya berteraskan Islam juga turut dihasilkan. Tetapi masih mempunyai unsur-unsur seni india. Contoh seni bina pada zaman ini ialah Taj Mahal yang telah dibina oleh Shah Jahan khas untuk isterinya yang tercinta iaitu Muntza Mahal. Taj Mahal ini telah banyak menerapkan unsur seni islam dan juga seni india (Mughal) Di pintu masuk Taj Mahal dihiasi dengan ayat Quran dan corak-corak arabes. Karya seni Mungal/Mughal juga dapat dilihat pada zaman ini. Datuk kepada Shah Jahan ialah orang yang pertama menghasilkan karya seni mungal. Seni mungal lebih kepada 2 dimensi dan tidak menitik beratkan fom yang boleh menjadikan sesuatu karya itu seperti rupa sebenar. Catan manuskrip agama hindu yang telah terhasil pada zaman ini dipanggil rajput. Ia lebih kepada abstract. Ia bermotifkan kerajaan yang berdikari dan mempunyai peraturan yang mengawal rakyat.

Sejarah Seni Di Malaysia Sebelum Dan Selepas Merdeka

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis

tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah. Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih

untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat. Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukispelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksanaan pameran karyakarya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis Hong Kong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukispelukis lain. Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran

Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini. Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.

Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulankumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 kesenian di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal. Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk Empat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni

dengan bantuan kerajaan. Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.

Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William

K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an, Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza

Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

APRESIASI KARYA SENI PELBAGAI BUDAYA

Seni Barat

Claude Monet Impression Sunrise (1872) Oil on canvas (48 cm 63 cm)

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan karya agung bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan pemandangan landskap sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini kelihatan seperti berkabus tetapi dipancarkan oleh terik matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di dayung. Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian hadapan dan bot belakang agak kabur. Di belakang karya ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di pinggir laut tetapi dikaburi oleh kabus pagi.

Warna yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap berpegang pada prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar. Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut yang kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang romantis pada karya tersebut. Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada permukaan air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Garisan dalam karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala garis halus dilakar untuk menunjukkan objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi. Jalinan terhasil melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.

Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di waktu pagi dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian. Warna terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar.

Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit. Namun yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri. Karya ini dapat menyedarkan individu bahawa bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan semulajadi daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat Impresionisme yang mahu merakamkan kesan visual dari realiti. Ada pergerakan, cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.

Karya Seni Catan Malaysia Sebelum Merdeka

Tay Hooi Keat Fishermen Village Oil 1956 Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya postimpresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang. Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang.

Tajuk Tahun

: Gadis Penumbuk Padi : 1959

Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas Karya Hossein Enas yang bertajuk Gadis Penumbuk Padi di atas memberi gambaran wanitaatau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung. Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jatidiri yang ada pada seorang isteriatau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.Lukisan ini juga pada saya,menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan

daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakatdan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini, pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya. Lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan.Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapatkita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengangelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula, saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula, dalam karya ini lebihmenjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan.

Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yangagak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

Perbandingan Karya Catan Malaysia Dan Catan Barat

Вам также может понравиться