Вы находитесь на странице: 1из 6

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pengenalan Latihan Industri Latihan industri adalah satu syarat wajib untuk diambil bagi pelajar Politeknik iaitu semester tiga bagi pelajar kursus Sijil dan semester empat bagi pelajar kursus Diploma sebelum diberikan peranugerahan Sijil atau Diploma sesuatu jurusan yang diambil oleh pelajar berkenaan oleh pihak Politeknik. Para pelajar akan menjalani latihan industri selama enam bulan bersamaan dengan satu semester di sebuah syarikat atau kilang yang dipilih oleh pelajar tersebut sebelum menjalani latihan industri. Dalam tempoh enam bulan tersebut, pelajar dikehendaki mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri di sesebuah syarikat harus menjaga tingkahlaku dan tatatertib sebagai seorang pelajar kerana setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan membawa imej dan nama Institut Pengajian Tinggi dimana pelajar tersebut menuntut ilmu.

Selain itu, latihan industri amat perlu bagi setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi sebagai pendedahan awal kepada para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar sebelum menamatkan pengajian. Setiap pelajar seharusnya perlu memilih sesuatu tempat untuk menjalani latihan industri yang sesuai dengan kos kursus yang diambil semasa di Institut Pengajian Tinggi bagi memastikan kelangsungan ilmu yang berkaitan dapat diperolehi.
1

Selain itu juga, sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan industri, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang di pelajari semasa di Politeknik pada syarikat tersebut serta dapat mempelajari ilmu ilmu baru yang akan diperolehi semasa menjalani latihan industi selama satu semester.

Pelajar yang menjalani latihan industri perlu membuat Laporan Harian dan Mingguan berkaitan dengan aktiviti yang di lakukan di tempat kerja dan perlu menyerahkan kepada pegawai yang meyelia pelajar tersebut untuk diperiksa dan ditandatangani. Selain itu juga, pensyarah daripada Politeknik juga akan melakukan pemantauan ke tempat pelajar yang sedang menjalani latihan industri untuk melihat prestasi dan perkembangan semasa tentang pelajar tersebut.

Latihan industri juga dapat memupuk semangat kerjasama kerja secara berpasukan pada setiap pelajar dan para pelajar yang menjalani latihan industri akan di bimbingi oleh pekerja pekerja yang berkemahiran tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang. Hal ini akan memberikan impak penambahbaikan yang positif pada diri pelajar seterusnya akan menghasilkan pelajar yang berkemahiran, produktif dan kebolehpasaran yang tinggi di dalam mahupun di luar negara.

1.2

Objektif Latihan Industri Latihan Industri ini dirangka oleh pihak Politeknik dan dijadikan syarat wajib bagi pelajar untuk menjalaninya kerana melihat ia merupakan satu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada para pelajar. Antara objektif Latihan Industri secara amnya yang boleh diketahui ialah:a) Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang bakal ditempuh. b) Meluaskan dan menambahbaiki ilmu teori dan teknikal yang dimiliki pelajar. c) Membolehkan pelajar mengaitkan teori dan teknikal yang dipelajari di Politeknik dengan aspek aspek praktikal di firma di tempat pelajar menjalani Latihan Industri. d) Dapat menerapkan kebolehan kerja secara berpasukan dan dapat melatih diri para pelajar untuk mempelajari cara berkomunikasi dengan majikan atau orang atasan dengan tatacara yang betul. e) Dapat menerapkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi terhadap kerja yang diberikan oleh majikan untuk diselesaikan dalam masa yang ditetapkan serta sikap ini akan menjadi sebatian dalam diri pelajar. f) Melatih pelajar supaya dapat mempelajari cara untuk menyediakan laporan rasmi dan catatan ringkas secara teknikal supaya pelajar tidak berasa janggal ketika dikehendaki membuat laporan rasmi ketika di alam pekerjaan nanti.

1.3

Objektif Laporan Latihan Industri Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah Laporan Akhir Latihan Industri yang lengkap mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Ibrahim Sultan. Setiap pelajar hendaklah menyediakan laporan mengenai aktiviti yang telah diikuti sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.

Salah satu objektif Laporan Latihan Industri adalah untuk melatih para pelajar supaya mampu menghasilkan sebuah laporan lengkap dengan mengikuti semua syarat syarat yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak sesebuah industri. Selain daripada itu, laporan ini akan menjadi bukti di mana para pelajar telah menjalani Latihan Industri dengan jayanya.

Antara objektif objektif lain Laporan Latihan Industri ini adalah :a) Menguji kemampuan pelajar untuk mendokumentasikan segala aktiviti kerja harian sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di sesebuah firma. b) Membiasakan diri pelajar untuk menyediakan laporan rasmi dan secara tidak langsung pelajar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan setelah tamat pembelajaran. c) Membantu para pelajar supaya berkeyakinan tinggi untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan majikan bagi mendapatkan maklumat - maklumat yang berkaitan dengan Laporan Latihan Industri. d) Mendisplinkan para pelajar untuk bijak menguruskan masa untuk membuat Laporan Latihan Industri pada masa yang ditetapkan.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif dan secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang di lalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, Latihan Industri ini juga akan mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika pembelajaran.

Dari sudut lain pula, Latihan Industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

Вам также может понравиться