You are on page 1of 80

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL WAJ 3116

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Komunikasi Bertulis 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi Konsep Bentuk Kesantunan dalam komunikasi bertulis

Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Memo Minit Mesyuarat Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi Teks Ucapan Pengumuman Temu Bual Teks Pengacaraan Majlis Laporan Rencana Karya Kreatif

Tajuk 3 Komunikasi Lisan 2.2 Sipnosis 2.3 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Konsep Bentuk Halangan Kesantunan dalam Komunikasi Lisan Komunikasi Interpersonal Komunikasi Intrapersonal Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi Komunikasi di Media Elektronik

Tajuk 4 Aktiviti Lisan 2.4 Sipnosis 2.5 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Ucapan Pengumuman Pengacaraan Perbengkelan Mesyuarat Forum Perbahasan Syarahan Pidato Ceramah Taklimat Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

ii

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

vi

Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yang akan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujuk pelbagai bahan bacaan yang sesuai.

SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit
Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit


Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2)

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7 20 10 2 120 10 10 7 20 10 2 5 5 20 10 2 80 5 8 5 20 10 2 5 5 15 5 2 40 5 5 5 15 5 2 70 60 70 62 70 65

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

vii

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

viii

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

ix

PENGENALAN

1. Penerangan Ringkas Kursus Kursus WAJ3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative Malay Language II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). 2. Tajuk Pilihan Modul ini mengandungi empat tajuk, iaitu: 2.1 Komunikasi Bertulis 2.2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.3 Komunikasi Lisan 2.4 Aktiviti Lisan 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) 3.1 Kredit : 2(2+0) 3.2 Jam Interaksi : 30 jam 3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu 3.4 Prasyarat : Tiada 3.5 Semester : Satu/Dua 3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%)

4. Bahan sokongan 4.1 Rujukan Asas Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.2 Rujukan Tambahan Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5. Maklumat tentang aktiviti atau latihan. Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiap bab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukan pembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan. Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet, buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglah dengan pensyarah anda .

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI

TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

Komunikasi Bertulis Konsep Bentuk Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis

Aktiviti Penulisan Berformat Memo Minit Mesyuarat Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi Teks Ucapan Pengumuman

Aktiviti Penulisan Berformat Temu bual Teks Pengacaraan Majlis Laporan Rencana Karya Kreatif Komunikasi Lisan Konsep Bentuk Halangan

Kesantunan dalam komunikasi Lisan. Komunikasi Interpersonal dan Intrapersonal Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi Komunikasi di media elektronik.

INTERAKSI

TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

Aktiviti Lisan Ucapan Pengumuman Pengacaraan Perbengkelan Mesyuarat

Aktiviti Lisan Forum Perbahasan Syarahan Pidato Ceramah Taklimat

JUMLAH

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS


SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KANDUNGAN ISI

Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna yang tinggi. mempunyai Pandangan nilai dan kesahan pendapat dan yang

kebolehpercayaan

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,

pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas

menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial Bincangkan bentuk komunikasi

Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perbincangan Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh

Definisi Komunikasi
satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin communicatus yang bermaksud berkongsi sesuatu.

Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan, laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Latihan 2 Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.

Komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial Bincangkan ciri-ciri komunikasi

Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.

Layari Internet

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Rehat

Tamat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tamat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT


SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contohcontoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat; ;

KERANGKA TAJUK-TAJUK
AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

MEMO CiriciriMemo FormatdanContohMemo

TEKSUCAPAN JenisjenisTeksUcapan FormatTeksUcapan ContohTeksUcapan

MINITMESYUARAT JenisjenisMesyuarat FormatMinitMesyuarat Contohminitmesyuarat

PENGUMUMAN JenisjenisPengumuman FormatPengumuman ContohPengumuman

SURATRASMIDANTIDAKRASMI Jenisjenis FormatSurat ContohSurat

TEMUBUAL JenisjenisTemuBual FormatTemuBual ContohTemuBual

LAPORAN JenisjenisLaporan FormatLaporan ContohLaporan

TEKSPENGACARAANMAJLIS JenisjenisPengacaraanMajlis FormatTeksPengacaraanMajlis ContohTeksPengacaraanMajlis

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KANDUNGAN ISI

Pengenalan ............... .......

1. Memo

Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang Tujuan memo Memberi maklumat dan fakta Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

Ciri Memo Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas Terus kepada maksud Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya. Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bentuk Memo Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka. Memo Bentuk Borang Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.

Memo Bentuk Terbuka Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.

Bahasa Memo Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya: ringkas, padat dan jelas Lembut dan berdiplomasi Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca Tidak menimbulkan prasangka. Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Langkah Menulis Memo Merancang: Tujuan penulisan memo tersebut Mengenal pasti siapakah sasaran Apa yang diharapkan Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut Menulis Menepati tujuannya Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut Satu isi satu perenggan

Menyemak Maklumatnya adakah tepat dan betul Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca Konstruktif

Perbincangan

Membuat Nota

2. Minit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkaraperkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.

Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga

bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya: Bertukar-tukar fikiran antara ahli Mendapatkan idea-idea baharu Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau

melaksanakan sesuatu perkara Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat. Jenis Minit Mesyuarat

Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada beberapa jenis:

Mesyuarat Jawatankuasa

Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Mesyuarat Agong

Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara, membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli. Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.

Mesyuarat Tergempar Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu sahaja. Ciri Minit Mesyuarat Tulen: Ringkas dan padat. Tidak direka-reka. Bukan bentuk laporan. Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap: Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Tepat Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit mesyuarat. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain. Berstruktur Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut urutan.

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 3. Rencana

Pendahuluan Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah

rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa dan sebagainya. Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang

dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit. Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih terhadap pendahuluan rencana. Definisi

Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya

berdasarkan fakta-fakta sebenar. Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana. Faktafakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana. Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Ciri-ciri Penulisan Rencana

Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal. Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang

lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan

penutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik. Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan

rencana.

2.

Tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda

pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam

sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,

nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta. 3. Ada digniti. Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai

nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan

dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya

mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu. Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi

dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

4.

Ada ukuran kepanjangan.

Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan

yang tertentu. Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek

daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya. Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai

ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan. Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya

yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih. Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya

menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan. 5. Penulisan yang jelas dan jitu.

Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat. Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis.

Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

6. Menyampaikan maklumat.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kapada para pembaca. Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut. Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi. Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan, budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana). Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca. 7. Rencana bersifat ulasan subjektif.

Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.

Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

8. Tempoh tarikan tidak terhad.

Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu.

Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali.

9. Organisasi penulisan yang logik.

Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 10. Pembatasan pembicaraan

Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Bentuk-Bentuk Rencana Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu: Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk separa ilmiah Rencana bentuk popular

1. Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain. Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri. 2. Rencana bentuk separa ilmiah Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca. Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi. 3. Rencana bentuk popular Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu. Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu. Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

1. Rencana jenis penerangan

Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian. Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

2. Rencana jenis berita. Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

3. Rencana jenis profil. Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal. Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

4. Rencana jenis penyiasatan. Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contohcontoh yang sebenarnya. Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

5. Rencana jenis pendapat. Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu. Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 6. Rencana jenis perbahasan Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain. 8. Rencana jenis kritikan. Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya. Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian. 9. Rencana jenis umum. Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

Peringkat Penulisan
Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahasa Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Kandungan
Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, tubuh rencana dan penutup rencana.

Pendahuluan Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam

sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir. Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan

rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata. Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan

berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

Tubuh Rencana Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa

perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana. Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan

kepada tema rencana. Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti

menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.

Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami. Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah

rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan. Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea

dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan. Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan

peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut. Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih

tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan. Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama

haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan. Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan

perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat. Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh

dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

Penutup Rencana

Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya

menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kesimpulan Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana

deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni penulisan yang tersendiri. Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat

media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah dengan baik.

Rehat

Perbincangan

Latihan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 4. Teks Ucapan

Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.

Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran ideaidea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

Definisi Ucapan

Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagaibagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya. Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada khalayak.

Jenis Ucapan

Ucapan Rasmi Ucapan dalam majlis formal Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan Berbentuk komunikasi sehala

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis tersebut. Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkan

Ucapan Tidak Rasmi Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus kepada maksud. Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang diujarkan oleh pengucap.

Contoh : Ucapan tahniah Ucapan takziah Ucapan alu-aluan Ucapan perpisahan Ucapan perasmian

Format Ucapan Umum Pendahuluan Isi Kandungan Ucapan Penutup/ Kesimpulan

Pendahuluan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

Isi Kandungan

Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.

Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.

Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

Penutup/ Kesimpulan

Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat . Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.

Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah

Latihan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II CONTOH Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut. Pendahuluan Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Isi Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada guru yang akan bersara. Isi-isi ucapan merangkumi : - Latar belakang guru yang akan bersara. - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. - Pengalaman - Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru. Contoh : Hadirin yang dihormati Sudara-saudari sekalian Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi

Penutup Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian,terima kasih.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Protokol Panggilan Hormat PANGKAT/GELARAN YangdiPertuanAgong YangDipertuaNegeri RajaMuda/Tengku Mahkota PerdanaMenteriMalaysia TimbalanPerdanaMenteri MenteriBesar/Ketua Menteri Menteri/TimbalanMenteri WakilRakyat/Adun AhliDewan Negara/Senator Caramengalamatkan DuliYangMahaMuliaSeriPadukabagindaYang DipertuanAgong TuanYangTerutama DuliYangTeramatMulia YangAmatBerhormat YangAmatBerhormat YangAmatBerhormat YangBerhormat YangBerhormat YangBerhormatSenator

Pangkat/Gelaran

Caramengalamatkan

PegawaiTinggiKerajaanNegeri YangBerhormat SetiausahaKerajaan Negeri PegawaiKewangan Negeri PenasihatUndang undangNegeri KetuaHakimNegara YangAmatArifTun/TanSri/Datuk

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II HakimBesar/Hakim Mufti Kadi Haji/Hajjah Ustaz/Ustazah Pengetua/GuruBesar Profesor/ProfesorMadya YangAmatArifTanSri/Datuk SahibussamahahTanSri/Datuk SahibulfadilahTuanKadi YangMuliaTuanHaji/Hajjah YangBerbahagia YangBerusaha YangBerbahagia

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

5. Surat Rasmi Pendahuluan


Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Definisi

Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama ada suka mahupun duka.

Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain?

Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara: I.Orang yang akan menerima surat anda penerima II.Apa yang anda tulis subjek III.Mengapa anda menulis tujuan Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh

dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian

(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

(Burton, 1983 dan Asmah, 1988).

Surat Rasmi Tidak Peribadian Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma Menjawab panggilan temuduga Memesan barang Membuat aduan Membuat tempahan

Surat Rasmi Peribadian Mengucap tahniah atau takziah Jemputan (sosial) Jawapan kepada jemputan Ucapan terima kasih

Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi) Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek Antara rakan sebaya, sama status Dapat menyatakan pendapat dan perasaan Cara penulisanya lebih bersahaja

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

memohon pekerjaan membuat aduan / bantahan / cadangan membuat rayuan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II membuat jemputan rasmi menempah barangan meminta kebenaran atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

Format Surat Rasmi Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri . Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian

dan agensi kerajaan. Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980

bertarikh 1 Oktober 1980. Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa

pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran

Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987.

Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi

bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan

betul dari segi ejaan dan tanda baca. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan

peribahasa

Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut : Alamat pengirim Garisan panjang melintang Nama dan alamat penerima Nombor telefon Nombor rujukan Tarikh

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Perkataan menghadapkan surat Kepala surat/perkara Pemerengganan Pecahan bagi perenggan Tandatangan Nama pengirim

Format Surat Kiriman rasmi Alamat pengirim. - ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat. Garis panjang melintang.

Alamat penerima. - baris akhir alamat dibubuh garis. Tarikh .

- ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Panggilan hormat. - dibubuh koma di hujungnya. Perkara.

- huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah dihujungnya. Isi-isi.

- perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis jarak sedikit dari nombor. Pengakuan dan tanda tangan pengirim. - ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama dan jawatan pengirim.

- nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan dibubuh kurungan.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
________________ ________________ ________________ _____________________________( garisan panjang)__________________________ Jawatan / penerima Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tuan / Puan, Tarikh : (selari dengan nama negeri) Alamat Penulis

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba

sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain) 3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita

kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan) _________________ Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil )

Latihan

Membuat Nota

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

6. Laporan
Pendahuluan Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan

maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Definisi Kamus Dewan (1996) maklumat berkenaan sesuatu kedudukan. Ellis dan Hopkins (1985) dokumen yang digunakan bagi

menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Tujuan Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau didengar. Jenis-jenis laporan: Laporan umum Laporan kajian Laporan syarikat.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Jenis-jenis Laporan

Laporan Umum

Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

Laporan Kajian Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis. Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

Laporan Syarikat Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh

satu tahun. Kandungan aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta

syarikat, tanggungan dan lain-lain. Gaya bahasa berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara

kronologi.

Format Laporan Umum Halaman judul muka surat mengandungi nama penulis,

organisasi, tajuk laporan, tahun. Abstark sinopsis keseluruhan kandungan. Kandungan tajuk, subtajuk dan lampiran. Pengenalan latar belakang, kaedah penyelidikan dan

penghargaan. Huraian data disusun mengikut topik dan subtajuk khusus. Kesimpulan rumusan & cadangan Rujukan & bibliografi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Lampiran.

Format Laporan Kajian Halaman kulit Halaman tajuk (sebelah dalam) Abstrak Penghargaan Daftar kandungan Pengenalan iaitu penyataan masalah Tinjauan kajian berkaitan Kaedah penyelidikan Dapatan kajian

Rumusan dan cadangan

Format laporan Syarikat Halaman Kulit Misi Syarikat Notis Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Audit Struktur Korporat Maklumat Korporat Lembaga Pengarah Ucapan Pengerusi Laporan Kewangan Analisis Pemegang Syer Senarai Harta Borang Proksi

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

7. Pengumuman
Definisi Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak tertentu.

Ciri-ciri Pengumuman Mengandungi maklumat yang benar dan tepat. Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh

daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab. Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif) Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan

dapat menarik perhatian pembaca. Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit. Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang. Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan

pendengar.

Format Pengumuman i. Tajuk . ii. Penjelasan Terdapat mesej yang hendak disampaikan. Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan. Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa. Diletakkan di atas atau di papan tanda. Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.

sebagainya)

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,

ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya. iii. Kesimpulan Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.

Perbincangan

8. Pengacara Majlis
Definisi Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.

Tujuan Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.

Prosedur meneliti dan memeriksa program. *mengetahui tujuan majlis diadakan. * meneliti senerai kehadiran. * mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan

Pengacara Majlis Sebagai nadi sesebuah majlis. Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan

pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.

Ciri-ciri Pengacara majlis

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Mempunyai personaliti yang menarik. Suara yang sedap didengar. Mempunyai keyakinan diri. Pandai bermain bahasa dan emosi. Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

Format Pengacaraan Majlis Memulakan majlis dengan salam. Kata-kata aluan. Menyatakan tujuan majlis diadakan. Mengendalikan atur cara yang ditetapkan. Menentukan kesinambungan aturcara.

Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

penyediaan teks * mengetahui nama majlis tersebut. * mengetahui tujuan majlis dan atur cara. * mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu kehormat. * merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN


SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan; ; .

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KOMUNIKASI LISAN 1.Pidato


Pendahuluan Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Definisi pidato
Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta mempengaruhi pendengar.

Tujuan 1) Memberi penerangan: menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.

2) Memberitahu: perkara yang baru

3) Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik

4) Mempengaruhi: Memberi penekanan dan perhatian

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

Gaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta. Jangan kaku dan beraksi berlebihan Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Gaya dan Intonasi Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

2. Syarahan
Pendahuluan Satu bentuk komunikasi sehala - Disampaikan secara individu - Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan

Definisi Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik. -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan

Tujuan Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut. Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal ehwal semasa yang menarik.

Format Syarahan Pembuka Kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihakpihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.

Isi atau amanat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.

Penutup Isi/ amanat Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat dalam syarahan tadi. berdasarkan isi yang terdapat

Penutup syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

3. Ceramah
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan, penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu. Majlis atau

perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan kedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa. Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan beberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dan nota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II bakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan topik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapan dan kefahaman di pihak khalayak yang hadir.

Definisi ceramah

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.

Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang dengan menggunakan lisan.

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing. Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada penonton.

Tujuan ceramah Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanya ceramah di lakukan untuk: a. Memujuk Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan tindakan. b. Menghibur

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau kontroversi. c. Memberi maklumat Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan tentang perkara yang disampaikan.

Jenis-jenis Ceramah a) Ceramah umum Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. Jadi, ceramah umum adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin yang tua mahu pun muda.

b) Ceramah khusus Ceramah khusus bererti ceramah yang bertujuan untuk

memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan. Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra miraj, maulid nabi dan bulan puasa.

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Membuat Nota

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON
Rehat

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS


SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna yang tinggi. mempunyai Pandangan nilai dan kesahan pendapat dan yang

kebolehpercayaan

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab. Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks. Penulis teks

Perbincangan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Membuat Nota

Definisi dan Konsep

Definisi Komunikasi
satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin communicatus yang bermaksud berkongsi sesuatu.

Bentuk

MEMO CiriciriMemo FormatdanContohMemo

TEKSUCAPAN JenisjenisTeksUcapan FormatTeksUcapan ContohTeksUcapan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

MINITMESYUARAT JenisjenisMesyuarat FormatMinitMesyuarat Contohminitmesyuarat

PENGUMUMAN JenisjenisPengumuman FormatPengumuman ContohPengumuman

SURATRASMIDANTIDAKRASMI Jenisjenis FormatSurat ContohSurat

TEMUBUAL JenisjenisTemuBual FormatTemuBual ContohTemuBual

LAPORAN JenisjenisLaporan FormatLaporan ContohLaporan

TEKSPENGACARAANMAJLIS JenisjenisPengacaraanMajlis FormatTeksPengacaraanMajlis ContohTeksPengacaraanMajlis

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

BIBLIOGRAFI

( IKUT FORMAT APA)

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH)


NAMA (NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI (JAWATAN) PENSYARAH (EMEL) abu_z66@yahoo.com (PENGALAMAN KERJA) (KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL KELAYAKAN

(NAMA) UMAR BIN AHMAD (JAWATAN) PENSYARAH (EMEL) umar115_ahmad@yahoo.com

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat