You are on page 1of 34

1.

0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Negara yang berbilang kaum menyebabkan Malaysia mengandungi pelbagai unsur budaya dan kesenian yang unik dan wajar diketengahkan untuk tatapan generasi muda. Antaranya seperti Bongai yang

merupakan sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat

Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan

tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Keunikan budaya ini terletak pada penggunaan bahasanya yang mengandungi puisi berbentuk syair, nazam, pantun atau bahasa berirama sebagai wadah penyampaiannya. Pemilihan kata dan binaan ayatnya amat indah sebagai tanda keintelektualan masyarakat Melayu dalam menggunakan bahasa. Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan caracara pembentukannya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011: 133). Bidang ilmu bahasa ini turut mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Morfem pula ialah unit terkecil morfologi yang berperanan membentuk

perkataan. Dalam satu perkataan sahaja, terdapat satu, dua atau lebih morfem. Imbuhan merupakan morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya mampu wujud bersama-sama morfem lain. Sebaliknya, morfem bebas tidak

memerlukan morfem lain dan mempunyai makna sendiri dalam ayat. Dalam bahasa Melayu, terdapat peraturan sistem morfologi berkenaan proses penyusunan morfem, khususnya yang melibatkan imbuhan. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu mesti mahir dalam beberapa aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa Melayu dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna.

2.0 Kajian Kesusasteraan, Kebudayaan dan Kesenian Melayu 2.1 Bongai Bongai adalah sejenis lagu atau nyanyian yang menjadi identiti masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai dinyanyikan secara solo, berduet atau beramairamai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga

dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan ialah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya. Setiap rangkap yang dinyanyikan membawa unsur-unsur yang tersendiri dalam pembentukan masyarakatnya. Keindahan senikatanya mampu menghiburkan sambil memberikan pengajaran kerana isinya padat dengan nasihat dan tunjuk ajar yang halus lagi tertib kepada pendengarnya. Kesenian Bongai mempunyai keunikanya yang tersendiri dalam memberikan unsur pengajaran walaupun tujuannya yang sebenar adalah untuk menghibur. Puisipuisi dalam lagunya bertujuan untuk menghiburkan tetapi dalam pada masa yang sama ia menjadi medium kepada pengajaran, nasihat dan juga teguran kepada masyarakat agar sentiasa berbuat baik, berbudi bahasa dan sebaginya. Di sinilah letaknya kehalusan dan ketinggian budi dan pemikiran masyarakat Melayu.

2.2 Lirik Lagu Berikut adalah lirik lagu bongai yang telah kami pilih :

Lirik Lagu (Lagu Nogori) Puas sudah menanam padi, Ubilah juga dipandang orang, Sayang, kalau sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti.

Puas saya menanam ubi, Nanaslah juga ditanam orang, Sayang, puas saya menabur budi, Emaslah juga dipandang orang.

Baiklah baik menanam ubi, Biarlah ubi subur sendiri, Sayang, baiklah-baik menabur budi Janganlah budi memakan diri

Makanlah sirih berpinang tidak, Pinanglah ada di kumpulan muda, Sayang, makanlah sirih mengenyang tidak, Megah saya budi dengan bahasa

Suburlah subur si bunga padi, Padi dipotong tengah berbunga Sayang, pandailah-pandai menabur budi, Janganlah sampai penat berjalan.

2.3 Analisis Lagu Dalam lirik bongai tersebut, ubi secara konotasinya membawa maksud sesuatu yang baik dan keberhasilan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peribahasa lamun ada ubi, tiada ubi gadung jadilah, diam-diam ubi berisi dan sebagainya. Ubi juga boleh disamakan dengan budi. Misalnya, budi seperti ubi yang sukar dinampak kerana ubi tertanam di dalam tanah, manakala budi tertanam di dalam hati. Nanas pula adalah sejenis buah yang berwarna kuning apabila sudah masak dan juga berisi kuning. Nanas adalah simbolik kepada yang tertinggi kerana nanas terletak di tengah-tengah rimbunan pokoknya. Nanas dikelilingi oleh daunnya yang tajam dan berduri. Nanas ini jika dibandingkan dengan emas sudah tentu ada persamaan yang jelas iaitu berwarna kuning. Emas juga akan dijaga dengan serapi mungkin oleh pemiliknya, sama juga dengan nanas yang dijaga oleh daunnya yang tajam itu. Tambahan pula, nanas yang disamakan dengan emas mudah dinampak oleh manusia. Nanas yang manis dan sedap menjadi kegilaan kebanyakan orang, sifatnya sama seperti emas. Kalau dimakan terlalu banyak boleh sekurang-kurangnya

menyebabkan sakit perut dan kerana gula dalam nanas itu tinggi maka boleh menambah kadar kandungan gula dalam darah di badan seseorang. Kegilaan

terhadap emas dan harta benda juga hampir serupa, yang selalunya membawa penyakit dan menjadi sumber penderitaan hidup. Dalam lirik bongai tersebut, kita boleh mendapati bahawa bongai ini menasihat masyarakat supaya berhati-hati mengamalkan sikap berbudi bahasa. Sikap berbudi bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dan penyayang. Pada era globalisasi yang pesat ini, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, 4

vandalisme dan sebagainya sering terpapar di akhbar dan televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya berbudi bahasa begitu penting dan perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat

mewujudkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira bangsa, taraf ataupun umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati,

masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Berbincang tentang budi, budi yang mana boleh memberi dan menerima, yang mana kadang hati tidak sanggup menagih budi, meminta budi atau menerima budi, namun kadang keadaan terdesak memaksa manusia termakan budi. Pandaipandailah menabur budi agar tidak menjadi masalah kepada diri sendiri. Misalnya, jika kita memberi hutang duit kepada sesiapa maka hutang itu wajib dibayar, namun keindahan budi itu boleh mengakibatkan seseorang itu terlepas dari hukum wajib bayar. Orang yang tidak tahu mengenang budi ini boleh dikatakan seperti kacang lupakan kulit. Kesimpulannya, pandai-pandailah menabur budi dalam kehidupan seharian. Jika tidak dapat melakukannya maka jadilah orang yang pandai membalas budi. Jika masih tidak mampu dan tak berdaya, sekurang-kurangnya jadilah seorang yang pandai mengenang budi.

3.0 Kajian Morfologi Seperti yang telah kita ketahui, bidang morfologi mendalami cara-cara pembentukan perkataan dan prosesnya. Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011: 133). Oleh itu, kami akan memberikan fokus utama kepada ketiga-tiga aspek ini untuk menganalisis lagu yang kami gunakan. 3.1 Definisi Struktur, Bentuk dan Golongan kata 3.1.1 Struktur Kata Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran manusia, iaitu bunyi perkataan yang kita gunakan setiap hari. Dalam bidang morfologi, kami mendapati terdapat peraturan atau hukum yang menentukan susunan bentuk bunyi tersebut. Selain itu, struktur kata melibatkan lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit bahasa yang bermakna ialah bahasa yang difahami oleh

penggunanya dan mempunyai fungsi yang tertentu. Struktur kata juga merupakan kata tunggal yang mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Kami telah membahagikan struktur kata kepada dua bahagian, iaitu pola suku kata terbuka dan pola suku kata tertutup. Terdapat 11 jenis struktur kata yang berbeza susunan huruf vokal dan konsonannya, empat jenis berasal daripada Bahasa Melayu sementara tujuh daripada bahasa asing. 3.1.2 Bentuk Kata Bentuk kata pula ialah bentuk unit tatabahasa, sama ada bersifat tunggal atau telah mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis perkataan dalam Bahasa Melayu seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Setiap bentuk ini merupakan hasil proses pembentukan perkataan. 1. Kata Tunggal Kata tunggal melibatkan perkataan yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal boleh juga disifatkan sebagai kata dasar. Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Kebanyakan kata tunggal yang terdapat dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan mengalami proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Uniknya, akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Akronim merupakan kata singkatan yang dihasilkan melalui gabungan huruf awal suku kata atau huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis sebagai satu perkataan. 2. Kata Terbitan Bagi kata terbitan, perkataan tersebut merupakan kata dasar yang telah menerima imbuhan dan mengalami proses pengimbuhan. Setiap imbuhan yang

digabungkan dengan kata dasar merupakan morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri, sementara perkataan kata dasar pula merupakan morfem bebas. Terdapat empat jenis proses pengimbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan yang berlainan dengan maksud yang berbeza akan dihasilkan dengan berdasarkan posisi imbuhan dalam perkataan tersebut. 3. Kata Majmuk Kata majmuk pula terhasil daripada proses pemajmukan yang merangkaikan kata dasar menjadi satu maksud. Kebanyakan kata majmuk dieja secara terpisah, namun terdapat kekecualian kerana perkataan tersebut sudah lazim digunakan. Berbanding dengan frasa, kata majmuk tidak dapat menerima sebarang sisipan unsur antara unitnya. 4. Kata Ganda Kata ganda terhasil daripada proses penggandaan yang melibatkan pengulangan kata dasar. Terdapat tiga jenis proses penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh berlaku

dengan menggandakan kata dasar keseluruhannya, tidak kiralah kata dasar tersebut mempunyai imbuhan atau tidak. Penggandaan separa pula ialah proses mengulang sebilangan sebahagian kata dasar, lazimnya bahagian hadapan. Seterusnya,

penggandaan berentak ialah hasil pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi, iaitu menggandakan vokal, konsonan ataupun bebas.

3.1.3 Bentuk Kata dalam Transkripsi Lagu No. Bentuk 1 Kata Tunggal Perkataan Kata Tunggal Satu Suku Kata di Kata Tunggal Dua Suku Kata Sirih Sudah Padi Juga Orang Sayang tengah Tidak dengan Ada emas muda megah Budi ubi penat nanas Puas Sudi Saya Diri Sebab Hanya terdapat satu

perkataan sahaja. Tidak pengimbuhan Tidak pemajmukan Tidak penggandaan menerima menerima menerima

Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kalau bahasa pandai Kumpulan Sendiri sampai

Kata Terbitan

Awalan Menanam Dipandang Menabur Memakan Berpinang Akhiran Katakan mengenyang dipotong berbunga berjalan

Kata dasar menerima imbuhan awalan: Mediber-

dan imbuhan akhiran -kan Tidak boleh menambah perkataan tengah di tengah-

Kata Majmuk

Si bunga

Kata Ganda

Penggandaan Penuh Baik-baik Pandai-pandai Penggandaan Separa Ternanti-nanti (awalan)

Mengulang kata dasar sepenuhnya Mengulang belakang berimbuhan bahagian kata dasar

3.2.1 Golongan Kata Golongan kata merupakan proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Kami berpendapat bahawa setiap perkataan dalam Bahasa Melayu mempunyai kelas masing-masing dan fungsi yang berbeza-beza. Antara contoh kategori

perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Cara mengkategorikan perkataan Melayu adalah dengan mengkaji keserupaan fungsi dan ciri-cirinya. 1. Kata Nama Kata nama ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa nama. Fungsi kata nama adalah untuk menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Terdapat tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang digunakan bagi merujuk kepada benda, perkara, proses, kejadian, keadaan atau seumpamanya (Siti Hajar Abdul Aziz. 2011: 157). Kata nama khas pula boleh digunakan untuk merujuk manusia, benda, tempat, negara, bangsa, institusi dan seumpamanya serta dieja huruf besar pada awal perkataan. Sementara itu, kata ganti nama ialah perkataan untuk menggantikan nama yang tidak disebut khusus. 2. Kata Kerja Kata Kerja ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa kerja. Antara fungsi kata kerja adalah sebagai predikat dalam ayat yang menjelaskan kelakuan subjek ayat. Terdapat dua jenis kata karja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan objek dalam ayat. Sementara itu, kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri atau diletakkan bersama pelengkap dalam ayat. 3. Kata Adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa adjektif. Fungsi kata adjektif adalah menjelaskan kata nama atau kata kerja dengan lebih terperinci dalam ayat. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

kata adjektif sifatan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif jarak.

4. Kata Tugas Kata tugas tidak boleh menjadi inti kepada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Kata tugas berperanan dalam perhubungan dengan perkataan daripada

golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis kata tugas, antaranya ialah penjodoh bilangan, kata penguat, kata hubung, kata seru, kata tanya dan lain-lain lagi. Kata tugas mendukung tugas

sintaksis untuk menerangkan atau menghubungkan golongan kata yang lain. 3.2.2 Golongan Kata Dalam Transkripsi Lagu No. 1 Golongan Kata Nama Perkataan Kata Nama Am Padi Orang Bahasa Kata Nama Khas Sayang Si bunga Kata Ganti Nama Saya 2 Kata Kerja Sendiri Boleh menjadi inti kepada Sirih Budi Sebab Boleh menjadi inti kepada

frasa nama Digunakan untuk menamakan sesuatu

Kata Kerja Transitif Menanam Dipandang Ditanam Dimakan ada Menabur Dipotong

frasa kerja Digunakan untuk menjelaskan kelakuan subjek atau

Kata Kerja Tak Transitif Katakan Berpinang Berjalan Berbunga mengenyang

kata nama 3 Kata Adjektif Kata Adjektif Perasaan Puas Megah Boleh menjadi inti kepada

Kata Adjektif Sifatan Sudi Subur Muda penat

frasa adjektif Digunakan untuk

10

Kata Adjektif Cara Ternanti-nanti

menggambark an kata nama atau kerja kata

Kata Tugas

Kata Bantu Sudah tengah Juga

Tidak sebagai

digunakan inti kata

Kata Penegas Makanlah Kata Nafi Tidak

nama,kata kerja atau kata adjektif Menghubungkan golongan kata lain

3.3 Proses Pembentukan Kata Terbitan 3.3.1 Pengimbuhan Awalan No. 1. Imbuhan MePerkataan Menanam Afiks menanam Kata Kerja

MeMenabur Afiks MeMemakan Afiks memakan menabur

tanam

Kata kerja tabur

Kata kerja

Me2. DiDipandang Afiks

makan dipandang Kata kerja

Di-

pandang

11

Dipotong Afiks

dipotong Kata Kerja

Di3. BerBerbunga Afiks

potong Berbunga kata kerja

BerBerjalan Afiks Berjalan

bunga

kata kerja

Ber3.3.2 Pengimbuhan Akhiran No. Imbuhan 1. -kan Perkataan Katakan Katakan Kata kerja afiks

jalan

Kata

-kan

12

4.0 Maksud ayat aktif dan ayat pasif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan manakala ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 4.1 Struktur binaan ayat aktif dan ayat pasif 4.1.1 Struktur binaan ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan sebagai subjek ayat manakala benda yang kena buat terletak di belakang sebagai predikat ayat. Jadi, biasanya kata kerja berimbuhan meN, men.kan dan menI. Sebagai contoh, Ahmad sedang menanak nasi. Keadaan ini Ali ialah pelaku dan nasi pula

ialah benda yang kena buat. Seterusnya, ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Sebagai contoh, Ahmad memukul bola (ayat aktif transitif)

manakala datuk saya sedang bersawah( ayat aktif tak transitif). 4.1.1.1 Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya (Nik Safiah Karim, 2011: 484). Sebagai contoh : Predikat Subjek 1. 2. 3. 5. 6. Emak saya Mereka Pekerja Anak itik Mereka Kata Kerja Transitif memanggil membeli membaiki mencari membaling Ahmad. nanas. jambatan. Ibunya. bola. Objek

Jadual di atas menunjukkan kebanyakan menggunakan kata kerja transitif dan bukan kata kerja tak transitif. 13

Selain itu, ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut iaitu objek tepat dan objek sipi seperti contoh di berikut: Predikat Subjek Kata Transitif 1. 2. 3. 4. Saya Ibu Ahmad Sultan menghadiahi menjahitkan membelikan menganugerahi Kerja Aktif Objek Tepat muridnya abangnya emak Hang Tuah Objek Sipi cawan. baju tidur. makanan. sebilah keris.

Dalam jadual di atas, objek tepat ialah objek yang mempunyai penyambut langsung kepada kata kerja transitif manakala objek sipi ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. Ayat aktif transitif yang mempunyai dua objek ini boleh diubah binaannya seperti yang berikut: Predikat Subjek 1. 2. 3. 4. Ali Ibu Hamzah Gadis itu Kata Kerja Transitif menghadiahkan membawa membeli menjahit Objek sebuah basikal makanan sekeping kertas sehelai baju Frasa Sendi Nama kepada adiknya. kepada anaknya. kepada kawannya. untuk Ahmin.

Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuk frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan manakala objek sipi yang asal pula menjadi objek tepat yang baharu. Walau bagaimanapun, ayat pasif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objek terdiri daripada orang pertama sama ada berbentuk tunggal atau majmuk.

14

4.1.1.2 Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut. Oleh itu, ayat ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Sebagai contoh: a) Ayat aktif transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan Ayat aktif jenis ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan iaitu sama ada perlu mengekalkan ataupun tidak. Ayat boleh digugurkan atau tidak Pokok itu membesar dengan cepat Pokok itu membesar

b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan Ayat aktif jenis ini biasanya diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Hal ini demikian menunjukkan bahawa unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat tidak boleh digugurkan Dia bertujuan ke Johor Baru ( Betul) Dia bertujuan( salah )

4.1.2 Struktur binaan ayat pasif Ayat pasif ialah ayat yang mana benda yang kena buat terletak di hadapan sebagai subjek ayat manakala pelaku terletak di belakang sebagai predikat. Kebanyakan struktur ayat pasif bermula berimbuhan di, di..kan atau di.i. Selain itu, kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena dalam struktur binaan ayat pasif. Seterusnya, ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di dan ter.

Kebanyakan ayat ini hanya digunakan untuk kata ganti nama ketiga. Sebagai contoh:

15

Ayat Pasif Predikat Subjek Kata Kerja Pasif Oleh Nama 1. 2. 3. Buku itu Rumah itu Makanan itu dibaca dibina dimakan oleh saya oleh pekerja oleh adiknya semalam. dalam satu tahun. sebentar tadi. + Frasa Keterangan

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di seperti di atas jadual, kata sendi nama oleh digugurkan kerana tanpa menjejaskan maksud ayat manakala jika binaan oleh + frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka tidak boleh digugurkan. Selain itu, ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber dan kean. Dalam ayat ini biasanya tidak menggunakan oleh + frasa nama. Sebagai contoh: Subjek 1. 2. Pasukan bola sepak Kasut sekolahnya Predikat kehujanan di padang sekolah. belum berbasuh.

Seterusnya, ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua. Dalam ayat ini biasanya menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita. Kesemua ini merupakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang digunakan dalam struktur binaan ayat pasif. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja

dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif . Frasa Kerja Pasif dengan Subjek Ganti Nama Diri Keterangan

Pertama/Kedua 1. 2. 3. 4. 5. Tanggungjawab ini Kerja rumah itu Kerja ini Hutang itu Cadangan ini akan saya tanggung sudah Ali selesaikan akan kami raikan belum kamu selesaikan sudah kami terima sekarang. tadi. bersama-sama. sepenuhnya. sebentar tadi.

16

Tambahan pula, aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai pegangan. Terdapat sebilangan orang yang fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah tetapi penggunaan bahasa Melayu haruslah dijadikan benar. a) Ayat pasif dengan imbuhan ber Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan ber juga digunakan dalam ayat pasif selepas belum dan sudah sebagai ganti untuk awalan di. Penggunaan ber Penggunaan di Penggunaan ber Penggunaan di Baju saya belum berjahit. Baju saya belum dijahit. Pintu rumah sudah berkunci. Pintu rumah sudah dikunci.

Walau bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan kerana awalan di membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubung dengan pelaku ketiga sedangkan awalan ber tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Hal ini demikian kerana imbuhan pasif di sering diikuti oleh oleh.

b) Ayat pasif "ter" Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku. Sebagai contoh: Kerja projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. (keupayaan) Buku ini terkarang oleh seorang penulis yang terkenal. (perbuatan yang siap)

Dengan penggunaan ayat pasif ter di atas merujuk bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang tetapi masih sah.

17

c) Ayat pasif "ke-an" Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Walau bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "kean" dapat dibentuk. Sebagai contoh: Perempuan itu baru kematian suami. Ayat ini menunjukkan bahawa orang itu mengalami keadaan suaminya mati. Sayat bangun lewat jadi saya Ayat ini menunjukkan bahawa saya bangun lewat jadi saya mengalami keadaan ditinggalkan bas.

ketinggalan bas.

d) Ayat pasif "kena" Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Walau bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain. Sebagai contoh: Budak itu kena rotan. Budak itu kena pukul.

4.2 Perbezaan antara ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif Ayat aktif transitif 1. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. 2. Jadi, kebanyakan kata kerja transitif dalam ayat aktif transitif berimbuhan meN, men.kan dan menI. Ayat aktif tak transitif 1. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

2. Jadi, kebanyakan kata kerja transitif dalam ayat aktif tak transitif bermula berimbuhan di, di..kan atau di.i.

18

3. Tidak mempunyai jenis ayat aktif transitif.

3. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan tidak boleh digugurkan. 4. Tidak memerlukan objek untuk melengkapkan makna sesuatu ayat. 5. Tidak mempunyai objek tepat dan objek sipi dalam ayat aktif tak transitif.

4. Memerlukan melengkapkan ayat.

objek makna

untuk sesuatu

5. Mempunyai objek tepat ialah objek yang mempunyai penyambut langsung kepada kata kerja transitif manakala objek sipi ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja transitif. 6. Boleh menjadi ayat pasif. 7. Sebagai contoh: Saya makan durian. (subjek)+(KKT)+(objek)

6. Tidak boleh menjadi ayat pasif. 7. Sebagai contoh: Datuk saya bersawah. (subjek)+(KKTT)

4.3 Memilih 10 perkataan daripada transkripsi lagu dab bina ayat aktif transitif dan tukarkan kepada pelbagai ayat pasif. Padi Ayat aktif transitif : Petani menuai padi itu. Ayat pasif : 1. Padi itu dituai oleh petani pada pagi tadi. 2. Padi itu sudah petani tuai pada pagi tadi. 3. Padi itu kena tuai oleh petani pada pagi tadi.

19

Menabur Ayat aktif transitif : Ali menabur benih atas tanah. Ayat pasif : 1. Benih ditabur oleh Ali pada petang ini. 2. Benih sudah Ali tabur pada petang ini. 3. Benih kena Ali tabur pada petang ini. Memakan Ayat aktif transitif : Ayah memakan ikan itu. Ayat pasif : 1. Ikan itu dimakan oleh ayah di ruang tamu. 2. Ikan sudah ayah makan di ruang tamu. 3. Ikan kena ayah makan di ruang tamu. Bahasa Ayat aktif transitif : Guru besar sering menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan pelajar. Ayat pasif : Bahasa Melayu sering digunakan oleh guru besar semasa berkomunikasi dengan pelajar di kawasan sekolah.

Berjalan Ayat aktif transitif : Kelas opsyen Bahasa Melayu akan berjalan pertandingan tennis. Ayat pasif : 1. Pertandingan tennis akan dijalankan oleh kelas opsyen Bahasa Melayu pada petang ini. 2. Pertandingan tennis sudah kelas opsyen Bahasa Melayu jalankan pada petang ini

20

Menanam Ayat aktif transitif : Abu akan menanam benih betik ke dalam tanah. Ayat pasif : 1. Benih betik akan ditanam oleh Abu ke dalam tanah di belakang halaman rumah. 2. Benih betik sudah Abu tanamkan ke dalam tanah di belakang halaman rumah. 3. Benih betik kena Abu tanamkan ke dalam tanah di belakang halaman rumah. Kumpulan Ayat aktif transitif : Kumpulan Semaian Subur sedang mempersembahkan terian tradisional. Ayat pasif : 1. Tarian tradisional sedang dipersembahkan oleh kumpulan Semaian Subur di DST IPGKTI. 2. Tarian tradisional sudah kumpulan Semaian Subur mempersembahkan di DST IPGKTI. Ubi Ayat aktif transitif : Ahli keluarga Ali akan memanggang ubi, ayam dan bebola ikan. Ayat pasif : Ubi, ayam dan bebola ikan akan dipanggang oleh ahli keluarga Ali pada malam ini. Berpinang Ayat aktif transitif : Phau Liang telah berpinang dengan Jessie. Ayat pasif : Jessie telah dipinang oleh Phau Liang pada bulan lepas. Orang Ayat aktif transitif :Orang itu mencuri dompet Abi. Ayat pasif : 1. Dompet Abi dicuri oleh orang itu pada pagi tadi. 2. Dompet Abi kena orang itu curi pada pagi tadi.

21

4.4 Pilih 10 perkataan daripada transkripsi lagu yang dipilih dan bina ayat aktif tak transitif 1. Nanas Saya memakan nanas di gerai buah-buahan. 2. Emas Ibu akan memakai rantai emas pada majlis perkahwinan pada malam ini. 3. Muda Saya membeli nanas muda di bawah jambatan. 4. Sirih Nenek memakan sirih daun pada petang ini. 5. Megah Ayah berasa megah semasa menonton persembahan adiknya di Sekolah. 6. Berbunga Pokok itu telah berbunga pada pagi tadi. 7. Pandai Ali memiliki seorang kakak yang pandai. 8. Penat Adik berasa penat mendaki gunung pada pagi tadi. 9. Bunga Ayah telah membeli bunga Orkid ke rumah. Puas Kakak berasa puas hati setelah mendapat keputusan STPM pada pagi ini

22

5.0 Rumusan Kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu secara umumnya merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya dan ini adalah warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Bongai yang amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu khususnya dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan telah menjadi identiti masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai boleh dinyanyikan secara solo, berduet atau beramai-ramai. Bongai juga dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Kesenian melayu ini sepatutnya dihargai oleh generasi muda dan diwariskan dari zaman ke zaman. Morfologi pula merupakan satu bidang bahasa yang amat penting dalam bahasa Melayu. Bidang ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu untuk

memperbetulkan penggunaan perkataan dalam ayat dan memperkembangkan lagi potensi bahasa ini agar dapat duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan bahasa-bahasa internasional lain di dunia, seperti bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Dengan mendalami ilmu morfologi juga, pencemaran bahasa Melayu dapat dikurangkan khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Hal ini

seterusnya akan dapat menjamin masa depan bahasa Melayu agar tidak luput ditelan zaman dalam arus globalisasi. Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-

unsur yang berkaitan dengan konstituen subjek dan predikat. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsure yang diterangkan manakala ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

23

6.0 Refleksi Refleksi 1 Nama : Chew Chin Joo Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

No. Kad Pengenalan : 940901-01-5235 Pada 18 Februari 2013, saya dan rakan saya telah mendapat tugasan ini daripada Puan Noraisikin binti Ghazali. Semasa menerima tugasan ini, saya berasa begitu tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya amatlah sedikit. Saya bimbang tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan

cemerlang. Selain itu, saya mula berasa takut apabila mengetahui bahawa saya perlu membuat mencari satu lagu atau cerita yang mengenai kebudayaan dan kesenian seperti Bongai, Teromba, Rebana, Lipur lara ataupun Endoi dan membuat analisis tentang lagu atau cerita yang disampaikan dari perspektif nasihat atau unsure pendidikan. Hal ini demikian kerana saya masih belum menguasai

kemahiran analisis. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Semasa menjalankan tugasan tersebut, saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Misalnya, saya telah mengalami masalah apabila mencari lagu Bongai melalui internet kerana kebanyakkan lagu Bongai yang terdapat dalam internet tidak berkualiti. Oleh itu, saya dan rakan sekumpulan telah bercadang untuk melawat ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor untuk mendapatkan maklumat tentang kebudayaan dan kesenian melayu. Saya dan rakan-rakan telah melawat ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor pada petang 26 Februari 2013. Saya juga teringat Puan Noraisikin pernah mencadangkan tempat ini kepada kami sekiranya kami ingin mencari sumber bagi tugasan kami. Pada petang itu, banyak pengetahuan baharu telah saya menimba daripada pegawai di sana. Saya telah mempelajari keistimewaan lagu negeri seperti Bongai, Endoi dan sebagainya. Namun nasib kami agak malang kerana pegawai di sana mengatakan bahawa beliau hanya menyimpan koleksi lagu Bongai sahaja. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana kami berjaya memperoleh satu daripada koleksi lagunya. Tanpa pertolongan beliau, pasti pelaksanaan tugasan akan lebih sukar lagi. Saya juga telah menimba banyak pengalaman untuk menemu ramah tokoh penting. Saya percaya ilmu pengetahuan yang saya menimba agak berguna pada masa yang akan datang. Selain itu, saya juga mengambil masa yang lama untuk mendengar lagu Bongai tersebut dan membuat analisis Bongai berdasarkan lirik lagu. 24

Walaubagaimanapun, dengan bantuan kawan-kawan yang lain, saya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Saya amat bersyukur kerana tugasan ini adalah tugasan berkumpulan, saya boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan saya yang memahami dan prihatin untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberikan dorongan dan semangat

kepada saya untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Semasa menghadapi masalah apabila menjalankan tugasan ini, saya boleh berbincang dengan ahli kumpulan saya untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memahami tentang unsur budaya dan kesenian Melayu seperti Bongai yang telah lama wujud sejak zaman dahulu. Saya juga mulai menghargai kesenian Melayu tersebut kerana ini

merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya dan ini adalah warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui tentang cara-cara untuk

melahirkan sesuatu analisis lagu yang berkualiti. Semua ilmu pengetahuan yang telah saya dapati juga akan saya ajarkan dan berkongsi dengan pelajar-pelajar di sekolah pada masa yang akan datang. Semasa menjalankan tugasan ini, saya turut mempelajari tentang kemahiran menguruskan masa dengan baik supaya dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan baik. Saya juga mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran

mencari maklumat dan kemahiran menangani masalah. Misalnya, saya dan ahli kumpulan saya telah banyak mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet dan buku dari pusat sumber sebagai bahan rujukan untuk menjayakan tugasan ini. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini pada masa yang akan datang. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya pada masa depan. Saya juga banyak mempelajari nilai-nilai moral semasa menjalani tugasan ini seperti bertanggungjawab, rasional, kasih saying, bekerjasama dan sebagainya. Nilai-nilai ini sangat baik untuk diamalkan dalam kehidupan harian kita juga. Sebagai seorang guru yang akan mendidik generasi yang akan datang, saya sedar bahawa saya akan mendidik mereka dengan menerapkan nilai-nilai moral ini kepada mereka supaya mereka akan menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa pada masa depan.

25

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah kerana mereka telah sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Sekian, terima kasih.

26

Refleksi 2 Nama : Ng Wei Guan Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

No. Kad Pengenalan : 940415-07-5363 Semasa saya menerima tugasan ini, saya sememangnya tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Hal ini demikian kerana tajuk kerja kursus ini memang

mencabar dan mengejutkan kami kerana kebanyakan kami kurang memahami kebudayaan dan kesenian yang diwarisi oleh nenek moyang tetapi dengan tunjuk ajar dan panduan yang diberi oleh pensyarah kami Puan Noraisikin Binti Ghazali, saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dalam masa yang ditetapkan. Semasa membuat kerja kursus ini, kumpulan kami menghadapi masalah mencari bahan untuk membuat kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana bahan lagu mesti mempunyai unsur pendidikan supaya boleh membuat analisis lagu. Mula-mula, kami cuba mencari video bongai dari youtube tetapi video yang kami memuat tidak begitu jelas dan tidak sesuai untuk membuat analisis. Oleh itu, semangat yang berkobar-kobar dan tidak mudah putus asa, kami pergi melawat Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor selepas waktu kuliah. Jabatan

Saya berasa Saya

bersyukur kerana kami berjaya mendapat lagu bongai yang diinginkan.

mempelajari banyak kebudayaan dan kesenian semasa lawatan tersebut malah juga mempelajari cara untuk menemu bual dengan pegawai serta menambahkan pengalaman saya semasa lawatan ini. Seterusnya, kami mendengar isi yang penting hendak disampaikan dari lagu bongai dan barulah kami menganalisis lagu dengan menghasilkan satu esei sebanyak 500 perkataan. Selain itu, saya telah menggunakan perkhidmatan Wifi IPG untuk melayari internet mencari sumber-sumber yang bernas. Perpustakaan IPG juga sering saya kunjungi untuk memperoleh maklumat-maklumat yang tepat. Hal ini demikian menjadi satu cabaran dan pengalaman yang baru kerana dahulu di sekolah menengah, nota-nota atau buku-buku rujukan telah disediakan oleh guru untuk kerja kursus sebegini. Manakala sejak menuntut di IPG, pencarian maklumat untuk kerja kursus harus dilakukan oleh diri sendiri. Jadi, saya juga mempelajari kemahiran mencari maklumat ketika mencari bahan rujukan di perpustakaan. Semasa melaksanakan tugasan berkumpulan ini, saya telah mempelajari semangat bekerjasama membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh rakan sahabat saya, saya lebih memahami tajuk kerja kursus ini

27

malah saya lebih menghargai bantuan yang diberikan oleh sahabat.

Kerjasama

dalam kumpulan telah menyedari saya bahawa kerja kursus ini tidak boleh dilaksanakan oleh diri sendiri malah berkat kerjasama daripada rakan saya dari segi moral dan dorongan. Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak aspek kebudayaan dan kesenian Melayu di negara kita. Kebudayaan ini menunjukkan tamadun sesebuah negara malah juga memaparkan identiti dan jati diri negara kita. Saya telah

menyedari aspek budaya yang sangat penting malah mulai menyemaikan semangat kebudayaan dan kesenian dalam kehidupan saya. Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat lebih memahami aspek struktur, bentuk dan golongan kata semasa membuat analisis malah sekali gus menambahkan morfologi dan sintaksis bahasa Malayu. minat saya dalam kajian pengantar Jadi, saya tidak berasa bosan semasa

membuat analisis malah saya lebih mencintai negara kita yang kaya dari segi budaya dan kesenian Melayu. Dalam proses menghasilkan tugasan projek itu, saya berasa bahagian untuk menganalisis lagu cerita yang paling mencabar disebabkan terdapat banyak isi yang perlu dibaca dan dianalisis. Walaupun telah mendengar beberapa kali, namun tidak memahami apa yang didengar dan saya telah menggunakan buku melayu I dan tatabahasa dewan serta bahan rujukan yang diberikan oleh pensyarah untuk mudah memahami isi kandungan. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan

ketidakfahaman semasa dalam proses penghasilan analisis lagu tersebut, namun dengan menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis, akhirnya dapatlah saya dan rakan kumpulan saya menyiapkannya dengan sempurna. Pemikiran saya juga

menjadi tajam disebabkan untuk menganalisis lagu tersebut secara terperinci dan teliti. Walaupun lagu bongai susah difahami tetapi berkat sikap kami yang tidak berputus asa untuk membuat analisis dengan bersungguh-sungguh. Sebagai kesimpulan, saya memperoleh banyak pengalaman semasa membuat kerja kursus saya. Saya juga tidak akan melupakan bantuan rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai bakal guru, saya berharap apa yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diaplikasikan dalam pembelajaran yang seterusnya supaya boleh mendidik generasi yang akan datang. Walaupun perjalanan masih jauh, tetapi saya amat berharap bahawa saya akan lebih maju dari pelbagai aspek supaya boleh menjadi guru cemerlang pada masa kelak. Sekian, terima kasih

28

Refleksi 3 Nama : Law Kok Chun Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

No. Kad Pengenalan : 941028-02-5723 Sepanjang kerja kursus Bahasa Melayu 1 dilaksanakan, saya berpeluang bekerjasama dengan rakan-rakan saya iaitu Khoo Phau Liang, Chew Chin Joo dan Ng Wei Guan sekali lagi untuk menjayakan projek ini dan mengeratkan hubungan silaturahim kami bagai kuku dan jari. Sesungguhnya, kami menghadapi segala

cabaran dalam proses ini dengan penuh bersemangat dan kerjasama. Tugas kali ini memerlukan kami menganalisis lagu bongai yang kami pilih dari perspektif nasihat atau unsur pendidikan, membuat huraian yang jelas tentang maksud struktur, bentuk dan golongan kata, membincang maksud ayat aktif dan ayat pasif, struktur binaan ayat aktif dan ayat pasif dan perbezaan antara ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif dan membina ayat aktif transitif tukar kepada pelbagai ayat pasif serta membina ayat aktif tak transitif. Lepas itu, kami harus mencari satu lagu bongai yang sesuai serta jelas nyanyiannya daripada internet. Padahal, langkah seterusnya memerlukan kami menulis lirik lagu daripada lagu bongai yang telah kami muat turun dan menganalisis lagu itu dengan jelas. Selepas itu, kami juga sering bekerjasama menyiapkan kehendak kerja kursus yang lain. Saya berasa bahagian terakhir iaitu pilih 10 perkataan membina ayat aktif transitif dan tukar kepada pelbagai ayat pasif dan pelih 10 perkataan lain lagi membina ayat aktif tak transitif merupakan bahagian yang paling susah kerana lirik lagu sangat pendek dan banyak perkataan sering diulang. Walaupun proses

menyiapkan kerja kursus susah tetapi saya berpendapat bahawa proses ini dapat meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek Bahasa Melayu. Kami harus

membincang maksud ayat aktif dan ayat pasif, struktur binaan ayat aktif dan ayat pasif dan perbezaan antara ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif dengan jelas dan menyemak semula kerja kami semula. Ini dapat meningkatkan penguasaan saya terhadap morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu serta mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang saya lakukan dan tidak sekadar menyelesaikan soalan Bahasa Melayu seperti menduduki peperiksaan. Pada mulanya, saya terkejut

apabila mendapati kami harus mencari satu lagu atau cerita yang mengenai kebudayaan dan kesenian seperti bongai dan teromba kerana saya tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak takut dan

berkeyakinan dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna dan cekap. 29

Sebenarnya, saya bersyukur kerana saya berpeluang memasuki IPG KTI dan menghadiri kelas Bahasa Melayu yang diajar oleh dua pensyarah yang sangat tegas dan bertanggungjawab iaitu Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah. Saya telah banyak mempelajari morfologi, sintaksis, berpantun, bersyair, lakonan dan gurindam. Ini

telah menyedarkan saya bahawa Bahasa Melayu merupakan satu subjek serta ilmu yang sangat menarik dan tidaklah seperti sekolah menengah mempelajari Bahasa Melayu adalah satu tanggungjawab rakyat Malaysia atau untuk menghadapi peperiksaan awam sahaja. Selepas saya memberikan perhatian terhadap apa yang diajari oleh Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah, barulah saya mengetahui morfologi, sintaksis, berpantun, bersyair, lakonan dan gurindam. Ini menjadi pengajaran

kepada saya agar tidak memandang enteng terhadap pengetahuan yang dipelajari dalam kelas kerana setiap pembelajaran mempunyai objektifnya. Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya sentiasa terfikir berita surat khabar tentang kerajaan bermatlamat memupuk pelajar yang kreatif dan inovatif dan ada sesetengah pihak yang mengkritik sistem pengajaran di sekolah adalah punca utama masalah itu. Saya berpendapat bahawa pelajar generasi ini belajar Bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan A dalam peperiksaan dan bukan untuk penggunaan harian mereka dan jelasnya fikiran ini telah salah meskipun saya pun pernah macam ini pada masa dulu. Setelah menyedari masalah ini betapa serius terhadap seorang bakal guru, saya telah mengunjungi ke kedai buku Popular untuk merujuk kepada buku yang dapat membantu saya belajar Bahasa Melayu dengan lebih kreatif dan menarik. pengetahuan saya dalam Sebagai seorang bakal guru, saya akan mendalami tempoh masa lima tahun setengah ini dan

mengaplikasikan apa yang pelajari dalam kelas kelak hari nanti.

Saya akan

memastikan bakal anak murid saya memahami matlamat subjek itu dan berfikiran kreatif semasa belajar untuk menyahut seruan kerajaan untuk memupuk pelajar yang kreatif dan inovatif kerana mereka adalah tulang belakang negara yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan negara. Dalam sesi perbincangan ini, saya telah mempelajari kepentingan serta cara berinteraksi dan bertoleransi dengan ahli kumpulan saya agar menyelesaikan tugasan kami dengan efektif dan efisien bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Saya juga ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada puan pensyarah kami kerana keterangan beliau telah memudahkan perjalanan kami dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

30

Akhirnya, kami memperoleh hasil yang lumayan setelah menyiapkan tugasan ini iaitu kerajinan amat penting untuk seseorang berjaya dalam kehidupannya. Hal ini kerana jika kami bersikap malas untuk memulakan kerja kursus ini, maka kemungkinan besar kami akan menghadapi masalah yang besar untuk

menyelesaikan tugasan ini. Walaupun kami mempunyai tugasan persembahan dan kerja kursus yang lain harus kami siapkan dalam masa yang singkat, kami tetap meluangkan masa untuk mengkaji kerja kursus dan giat berbincang untuk mencapai kata sepakat menjayakan kerja kursus kami. Perasaan gembira saya tidak dapat dinafikan kerana tugasan ini telah mengubah pemikiran saya dari sudut lain. Pada akhirnya, kami mempelajari satu hakikat bahawa seseorang itu tidak mungkin memperoleh hasil yang memuaskan dan memahami makna tersirat dalamnya jika dia tidak sanggup berusaha secara berterusan.

31

Refleksi 4 Nama : Khoo Phau Liang Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

No. Kad Pengenalan : 941029-03-5595 Pada 18 Feb 2013, saya dan ahli kumpulan telah mendapat tugasan ini daripada Puan Noraisikin. Ketika itu, saya berasa begitu gementar sekali kerana tugasan ini kelihatan begitu mencabar. Saya takut untuk memikirkan akibatnya jika saya akan membebankan rakan sekumpulan saya nanti. Tambahan pula, saya

merasakan masa satu bulan tidak mencukupi untuk membuat tugasan ini dengan sempurna. Oleh itu, saya telah mencadangkan kepada ahli kumpulan saya untuk memulakan tugasan tersebut secepat yang mungkin. Mujurlah mereka bersetuju dan menyokong pendapat saya. Pada 26 Feb 2013, saya dan rakan sekumpulan telah melawat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor selepas waktu kuliah. Kebetulan salah seorang pegawai di sana mempunyai sedikit masa lapang dan beliau sudi menerima lawatan kami, kami pun tak teragak-agak untuk berkunjung ke sana. Saya juga teringat Puan Noraisikin pernah mencadangkan tempat ini kepada kami sekiranya kami ingin mencari sumber bagi tugasan kami. Pada petang itu, saya telah menimba banyak pengetahuan baharu daripada pegawai di sana. Saya mempelajari

keistimewaan lagu negeri seperti Bongai, Rebana dan macam-macam lagi. Namun nasib kami agak malang kerana pegawai di sana mengatakan bahawa beliau hanya menyimpan koleksi lagu Bongai sahaja. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira kerana kami berjaya memperoleh satu daripada koleksi lagunya. Tanpa pertolongan beliau, pasti pelaksanaan tugasan akan lebih sukar lagi. Saya juga telah menimba banyak pengalaman untuk menemu ramah tokoh penting. Saya mempelajari

prosedur-prosedur temu duga dan akan mempraktikkan kemahiran menemu ramah pada masa akan datang. Selain itu, saya juga telah mengunjungi perpustakaan dan mencari maklumat di Internet bersama-sama rakan kumpulan. Saya mendapati bahan lagu negeri

seperti ini banyak terdapat di mana-mana sahaja. Namun demikian, saya hairan mengapa lagu ini semakin luput ditelan zaman. Lantas saya pun terfikir bahawa remaja generasi baru kini kerap melayari internet dan menghabiskan masa di laman sosial. Patutlah mereka tidak tahu berkenaan lagu Bongai atau Rebana.

Sebenarnya, sebelum tugasan ini diberikan kepada saya, saya juga tidak pernah mengenali warisan nenek moyang ini. Saya berasa amat bertuah kerana diberi 32

peluang untuk mengkaji dan mendalami bidang ini sementara saya masih menjalani latihan di IPG ini. Hal ini demikian kerana saya khuatir saya tidak mempunyai

pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar murid-murid sekolah rendah kelak. Saya ingin menjadi seorang guru yang cemerlang dan dapat mendidik murid dengan sempurna. Seminggu sebelum tugasan dihantar, saya mula panik. kerana saya masih belum berjaya menyiapkan Hal ini berlaku yang telah

bahagian

dipertanggungjawabkan kepada saya oleh rakan-rakan. Tambahan pula, terdapat tugasan-tugasan subjek lain yang perlu saya risaukan. Mujurlah pada masa itu, saya mempunyai rakan yang memahami dan prihatin. Mereka memberikan dorongan dan semangat kepada saya untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Pada waktu itu, saya mula menanam azam untuk memberikan 100% komitmen dalam tugasan ini. Saya telah mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata selama beberapa hari dan memastikan ketepatan maklumat yang saya cari. Saya tidak pernah berputus asa kerana saya mempunyai sokongan rakan-rakan. Dalam masa yang sama, saya juga turut member sokongan moral kepada mereka untuk menyiapkan bahagian mereka. Dengan serta merta saya mula menyedari ikatan persahabatan kami semakin kuat dari hari ke hari. Saya berasa sungguh gembira dengan perkembangan ini. Walaupun pada mulanya saya menyangka tugasan ini akan membebankan saya, namun saya seronok apabila mengingati kembali memori semasa

melaksanakan tugasan. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga berasa lega apabila

mengetahui bahawa semua rakan sekuliah saya telah berjaya melaksanakan tugasan mereka. Kesimpulannya, saya telah berjuang bersungguh-sungguh

bersama-sama kumpulan untuk melaksanakan tugasan ini dan saya berharap agar ia dapat memuaskan hati pensyarah. Sungguhpun begitu, saya mengaku bahawa terdapat banyak kelemahan yang masih perlu saya perbaiki dalam diri saya. Saya berjanji akan membuat tugasan dengan lebih serius dan komited agar saya tidak menghadapi masalah yang serupa lagi. Saya akan terus meningkatkan kemahiran saya agar saya dapat menjadi guru yang berwibawa suatu hari nanti.

33

7.0 Bibliografi Sumber Buku Nik Safiah Karim (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu l Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sumber Internet Ayat aktif dan ayat pasif. Diakses pada 13 March 2013 daripada http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm Ayat aktif transitif dan ayat tak transitif. Diakses pada 12 March 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/8325845/Ayat-Aktif-Transitif-Ayat-Aktif-Transitif-Ialah-Ayat Memahami ayat aktif dan ayat pasif. Diakses pada 15 March 2013 daripada http://mindabahasa.wordpress.com/2007/06/16/15/

34