Вы находитесь на странице: 1из 7

PRAKTIKAL 2: ALOI TUJUAN: Untuk membanding kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.

BAHAN-BAHAN/ALAT RADAS: Paku besi, paku keluli, paku nirkarat, larutan jeli, larutan kalium heksasianoferat(III), air, kertas pasir, tabung uji, rak tabung uji. PROSEDUR: 1. Permukaan paku-paku yang diberi digeserkan. 2. Paku besi diletakkan dalam tabung uji A, paku besi keluli dalam tabung uji B dan paku keluli nirkarat dalam tabung uji C. 3. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (III) ditambah kedalam larutan jeli yang telah disediakan 4. Larutan jeli itu tuangkan ke dalam ketiga-tiga tabung A, B dan C sehingga paku-paku itu terendam sepenuhnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. 5. Tabung uji itu diletakkan di atas rak tabung uji selama lima hari. Keamatan warna biru diperhatikan selepas lima hari. 6. Pemerhatian telah direkodkan dalam satu jadual.

Rajah 1: Perbandingan antara kadar pengaratan paku besi, paku keluli dan paku nirkarat

KEPUTUSAN / PEMERHATIAN :

Tabung Uji A (Paku besi)

Keamatan warna biru tua Sangat tinggi

Keadaan paku Banyak berkarat

Kadar pengaratan Pengaratan berlaku dengan kadar yang sangat cepat

B (Paku keluli)

Rendah

Berkarat

Pengaratan berlaku dengan kadar perlahan

C (Paku keluli nirkarat)

Tiada

Tidak berkarat

Tiada pengaratan berlaku.

PERBINCANGAN: Pengaratan ialah reaksi redoks antara suatu logam dengan senyawa lain yang terdapat di lingkungannya (misal air dan udara) dan menghasilkan senyawa yang tidak dikehendaki. Kakisan logam disebut sebagai pengaratan besi. Pengaratan besi berlaku apabila atom besi melepaskan elektron kepada oksigen dalam kehadiran air untuk membentuk satu lapisan karat pada permukaan besi. Kakisan logam merupakan satu proses pembentukan ion logam akibat atom logam itu kehilangan elektron. Kakisan logam melibatkan proses pengoksidaan. Semua atom logam cenderung melepaskan elektron dan membentuk ion positif. Satu eksperimen untuk menguji kadar pengaratan antara paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat telah dijalankan. Berdasarkan pemerolehan keputusan dapatan eksperimen, kadar kakisan besi, keluli dan keluli nirkarat adalah berbeza-beza.. Bahan kimia kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion ferum (II) melalui pemendakan biru tua. Keamatan warna mendakan biru tua yang terbentuk menggambarkan tahap pengaratan paku. Jeli juga telah digunakan untuk memudahkan melihat perubahan warna dan keputusan pengaratan ke atas paku-paku yang diuji.

Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi yang diletakkan di dalam tabung uji A paling banyak mengalami pengaratan. Permukaan paku besi disalut denganlapisan pepejal coklat-kemerahan. Pembentukan mendakan biru tua adalah paling tinggi pada paku 2

besi berbanding dengan paku keluli dan keluli nirkarat. Hal ini bermakna, besi mengalami kadar pengaratan yang sangat cepat. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua elektron dan menjadi ion ferum (II), Fe2+. Pengesahan kewujudan ion Fe2+ oleh kalium heksasianoferat (III) menunjukkan bahawa besi telah berkarat. Fe (p) Fe2+ (ak) + 2e

Seterusnya ialah paku keluli di dalam tabung uji B. Mendakan warna biru tua pada paku keluli adalah lebih sedikit berbanding mendakan pada paku besi. Ini menunjukkan kadar pengaratan berlaku secara perlahan-lahan. Paku keluli diperbuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Paku keluli ini boleh berkarat kerana tiadanya kehadiran logam peralihan. Tiada mendakan biru tua yang terbentuk pada paku keluli nirkarat. Perkara ini menunjukkan paku keluli nirkarat di dalam tabung uji C tidak mengalami sebarang pengaratan. Paku keluli nirkarat diperbuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel. Dengan kehadiran Kromium dan Nikel pada paku keluli nirkarat telah menghalang paku tersebut daripada berkarat dan ianya lebih keras daripada besi. Sepanjang menjalankan eksperimen ini, tedapat beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan mungkin akan menjejaskan keputusan. Antaranya, paku yang digunakan tidak digosok dengan kertas pasir dengan baik. Kemungkinan terdapat karat yang sedia ada wujud di dalam tabung uji dan hal ini secara tidak langsungnya akan mempengaruhi keputusan eksperimen. Selain itu, penggunaan kalium heksasionoferat(III) di dalam tabung uji adalah kurang. Oleh itu, perubahan mendakan warna biru tua yang wujud pada pemukaan paku-paku didapati kurang jelas. Pengaratan besi merupakan satu proses elektrokimia yang berlaku dengan spontan dengan kehadiran air dan oksigen.Pengaratan besi juga merupakan satu tindak balas redoks yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak. Apabila permukaan besi bersentuhan dengan air, atom besi di pusat titisan air melepaskan elektron untuk membentuk ion ferum(II) yang larut dalam air. Fe (p) Fe2 + 2e

Elektron ini kemudiannya mengalir melalui permukaan besi ke pinggir titisan air. Elektron diterima oleh oksigen terlarut dan air untuk membentuk ion hidroksida. Proses yang berlaku ialah proses penurunan. Ion ferum(II) dan ion OH- berpadu membentuk ferum(II) hidroksida. Persamaan keseluruhan tindak balas redoks ialah: 2Fe (p) + O2 +2H20 (ce) 2Fe (OH)2 (p)

Ferum (II) hidroksida bertindak balas dengan air dan oksigen untuk dioksidakan kepada ferum(III) hidoksida. Ferum(III) hidoksida diuraikan kepada Ferum(III) oksida terhidrat. 3

Ferum(III) oksida terhidrat yang terbentuk pada permukaan besi ialah karat yang berwarna perang kemerahan. Jadi, kemungkinan dengan kehadiran udara dan air yang terdapat dalam jeli yang digunakan turut menyumbang kepada berlakunya proses pengaratan terhadap pakupaku yang diuji. Oleh itu, bagi mencegah pengaratan, satu lapisan pelindung seperti mengecat atau menyapu gris pada permukaan logam besi adalah perlu supaya dapat menghalang besi daripada bersentuhan dengan air dan oksigen dalam udara seterusnya mencegah pengaratan besi.

LANGKAH PENJAGAAN: Semasa menjalankan eksperimen untuk menguji pengaratan antara jenis paku yang berbeza ini, beberapa langkah penjagaan telah ditekankan bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat. Antaranya ialah:-

1)Permukaan setiap paku digeserkan pada permukaan kertas pasir terlebih dahulu bagi tujuan pembersihan sebelum dimasukkan ke dalam tabung uji.

2) Semasa menggeser paku, habuk dan debu daripada kertas pasir tidak ditiup kepada kawan atau sekeliling bagi mengelakkan ianya masuk ke dalam mata dan membuat kotor.

3)Larutan agar-agar (jeli) dituangkan ke dalam tabung uji sehingga paku terendam dengan sempurna.

4)Beberapa titis larutan kalium heksasianoferat (III) dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu bagi mengesan kehadiran ion ferum (II) melalui pembentukan mendakan biru tua.

5)Paku juga diletakkan dalam tabung uji dengan berhati-hati dengan cara menyerongkan tabung uji bagi mengelakkan tabung uji pecah.

6) Apabila memegang paku karat semasa mencuci alatan, tangan mestilah dibasuh bersih. Ini bertujuan bagi mengelakkan terkena kancing gigi sekiranya tangan

tersentuh mulut.

SOALAN: 1) Jelaskan peranan larutan kalium heksasianoferat(III). Larutan kalium heksasianoferat (III) ditambah adalah sebagai indicator untuk mengesan kehadiran ion ferum (II) melalui pembentukan mendekn biru tua. Fe Fe+ + 2e

2)Apakah perhubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan? Semakin tinggi keamatan warna biru tua, semakin tinggi kadar pengaratan. 3)Jelaskan peranan kegunaan larutan jeli dalam eksperimen ini. Larutan jeli dalam eksperimen ini digunakan untuk memerangkap dan melihat keamatan warna biru dengan jelas. Hal ini kerana penyerapan berlaku pada tahap yang paling lambat dalam pepejal.

4)Namakan juzuk yang terkandung dalam keluli dan keluli nirkarat. Keluli : besi 99 %, karbon 0 - 1% Keluli nirkarat : besi 70%, kromium 20%, nikel 10%, karbon 0-1%

5)Berdasarkan pemerhatian anda, banding dan jelaskan kadar pengaratan antara ketiga-tiga jenis bahan yang telah digunakan. Berdasarkan kepada pemerhatian, besi lebih cepat berkarat berbanding dengan keluli. Manakala keluli nirkarat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat tidak berkarat kerana paku tersebut merupakan aloi yang terdiri daripada karbon, kromium dan nikel. Paku yang diperbuat daripada keluli berkarat pada kadar perlahan. Kehadiran atom karbon membuatkan keluli lebih kuat daripada besi tetapi tidak mencegahnya daripada berkarat.

6)Bagaimana susunan atom dalam sesuatu logam mempengaruhi kemuluran dan ketempaannya? Logam tulen boleh dimulur dan ditempa. 5

Ini adalah disebabkan oleh susunan atom dalam logam tulen yang menyebabkan logam menjadi lembut.Atom-atom logam mempunyai susunan atom yang sekata dan padat. Jadi apabila daya dikenakan pada logam, lapisan-lapisan logam boleh menggelongsor di atas satu sama lain, menyebabkan logam itu mudah dimulurkan, iaitu boleh ditarik dan menjadi wayar halus. Terdapat juga ruang-ruang kosong dalam kekisi logam. Jadi apabila logam diketuk, terdapat sekumpulan atom-atom yang tergelongsor ke kedudukan baru untuk mengisi ruang-ruang kosong, menyebabkan logam mudah ditempa, iaitu boleh ditekan untuk membentuk bentuk-bentuk yang berbeza-beza.

7)Jelaskan perbezaan antara aloi pengantian (substitution alloy) and aloi antara ruang (interstitial alloy). Aloi boleh dibahagikan kepada aloi penggantian dan aloi ruang, bergantung pada cara pembentukannya. Dalam aloi penggantian, logam terdiri daripada atom yang sama jenis. Atomnya adalah sama saiz dan sama bentuk. Atom boleh saling menggantikan tempat antara satu sama lain dalam struktur kristal. Contoh aloi penggantian ialah loyang yang terdiri daripada 70% kuprum dan 30% zink. Aloi antara ruang terbentuk apabila saiz atom salah satu komponen logam adalah berbeza daripada atom yang lain. Saiznya lebih kecil daripada atom lain. Atom yang bersaiz kecil itu akan memenuhi ruang (celahan) antara atom yang lebih besar.

KESIMPULAN: Kadar pengaratan paku besi, keluli dan keluli nirkarat adalah berbeza. Semakin tinggi keamatan warna biru tua yang terbentuk, semakin tinggi kadar pengaratan. Besi berkarat lebih cepat berbanding dengan keluli manakala keluli nirkarat tidak berkarat.

Вам также может понравиться