Вы находитесь на странице: 1из 4

PENGENALAN Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian besar

interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk The Development Of a Plural Society In Malaya beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di sini.

Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan

keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis

makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini, masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum tertentu. Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. KESIMPULAN Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.

Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompokkelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini, Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. RUJUKAN Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige USA. Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Graham Saunders The Development Of a Plural Society In Malaya. Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld. J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia). J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press. (Asalnya diterbit pada tahun 1948).

Вам также может понравиться

  • Konsep Masyarakat Majmuk
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Документ24 страницы
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Azhar Ibrahim
    Оценок пока нет
  • Konsep Masyarakat Majmuk
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Документ16 страниц
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Muhammad Shahrin Msl
    100% (1)
  • Konsep Masyarakat Majmuk
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Документ14 страниц
    Konsep Masyarakat Majmuk
    Beat Emilia
    Оценок пока нет
  • Bahan Assignment Tamadun
    Bahan Assignment Tamadun
    Документ24 страницы
    Bahan Assignment Tamadun
    ley5680
    Оценок пока нет
  • Ciri2 Masy Majmuk
    Ciri2 Masy Majmuk
    Документ3 страницы
    Ciri2 Masy Majmuk
    Cassidy Nedam
    Оценок пока нет
  • M.majmuk Editor
    M.majmuk Editor
    Документ3 страницы
    M.majmuk Editor
    Acid Pai Chi
    Оценок пока нет
  • Nationalisme
    Nationalisme
    Документ11 страниц
    Nationalisme
    Zeehanna
    Оценок пока нет
  • Hubungan Sosioekonomi
    Hubungan Sosioekonomi
    Документ17 страниц
    Hubungan Sosioekonomi
    Alif Omar
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Etnik
    Pengenalan Etnik
    Документ25 страниц
    Pengenalan Etnik
    Fid Ashari
    Оценок пока нет
  • Assignment 2 (Masyarakat Majmuk)
    Assignment 2 (Masyarakat Majmuk)
    Документ11 страниц
    Assignment 2 (Masyarakat Majmuk)
    amina612
    100% (1)
  • Cabaran Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
    Cabaran Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
    Документ5 страниц
    Cabaran Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
    Yamada Takeshi
    100% (1)
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Документ29 страниц
    Hubungan Etnik
    Muveena Thurairaju
    100% (1)
  • Assignment Hubungan Etnik
    Assignment Hubungan Etnik
    Документ24 страницы
    Assignment Hubungan Etnik
    Siti Nooryahmilawatimah Yahaya
    Оценок пока нет
  • Sosiologi Hubungan Etnik
    Sosiologi Hubungan Etnik
    Документ12 страниц
    Sosiologi Hubungan Etnik
    avecenix
    Оценок пока нет
  • Tajuk 3
    Tajuk 3
    Документ46 страниц
    Tajuk 3
    bunga ilahi
    Оценок пока нет
  • Yg Ini Real
    Yg Ini Real
    Документ72 страницы
    Yg Ini Real
    Ila Sidek
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik Di Malaysia Nota
    Hubungan Etnik Di Malaysia Nota
    Документ24 страницы
    Hubungan Etnik Di Malaysia Nota
    Syakil Zainal
    100% (1)
  • Konsep Budaya
    Konsep Budaya
    Документ8 страниц
    Konsep Budaya
    Prince Nesh
    Оценок пока нет
  • Rujukan Etnik
    Rujukan Etnik
    Документ14 страниц
    Rujukan Etnik
    nur
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Документ24 страницы
    Hubungan Etnik
    sham1927
    100% (1)
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Документ44 страницы
    Hubungan Etnik
    nasilalap
    Оценок пока нет
  • Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
    Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
    Документ17 страниц
    Ketidaksamaan Sosial Di Malaysia
    IZAT
    79% (29)
  • Isu - Isu Hubungan Etnik Di Malaysia
    Isu - Isu Hubungan Etnik Di Malaysia
    Документ4 страницы
    Isu - Isu Hubungan Etnik Di Malaysia
    wendy
    67% (9)
  • Empat Punca Masalah Pelaksanaan Kebudayaan
    Empat Punca Masalah Pelaksanaan Kebudayaan
    Документ8 страниц
    Empat Punca Masalah Pelaksanaan Kebudayaan
    Waniy Sh
    Оценок пока нет
  • Esei Hubungan Etnik (Tutorial)
    Esei Hubungan Etnik (Tutorial)
    Документ6 страниц
    Esei Hubungan Etnik (Tutorial)
    esthercre
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik-Projek
    Hubungan Etnik-Projek
    Документ7 страниц
    Hubungan Etnik-Projek
    za8da89
    Оценок пока нет
  • Isu Falsafah Dan Semasa
    Isu Falsafah Dan Semasa
    Документ3 страницы
    Isu Falsafah Dan Semasa
    encas
    Оценок пока нет
  • Cabaran Masyarakat Pluralistik
    Cabaran Masyarakat Pluralistik
    Документ16 страниц
    Cabaran Masyarakat Pluralistik
    afeena yusof
    Оценок пока нет
  • Esei Etnik
    Esei Etnik
    Документ9 страниц
    Esei Etnik
    Aliff Norrizam
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Kepada Budaya
    Pengenalan Kepada Budaya
    Документ36 страниц
    Pengenalan Kepada Budaya
    Malini Munusamy
    80% (5)
  • Kesedaran Sosio Budaya
    Kesedaran Sosio Budaya
    Документ12 страниц
    Kesedaran Sosio Budaya
    Thilai Nathan Jeyaraman
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik Di Malaysia
    Hubungan Etnik Di Malaysia
    Документ21 страница
    Hubungan Etnik Di Malaysia
    Mohd Najib Mohd Sanny
    Оценок пока нет
  • Konflik Kelas
    Konflik Kelas
    Документ10 страниц
    Konflik Kelas
    Hisyamuddin Yussof
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik 2
    Hubungan Etnik 2
    Документ12 страниц
    Hubungan Etnik 2
    shilazakaria
    Оценок пока нет
  • Bab 3 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya Di Malaysia
    Bab 3 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya Di Malaysia
    Документ60 страниц
    Bab 3 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya Di Malaysia
    Nuna Wawa
    Оценок пока нет
  • Topik 2 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya
    Topik 2 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya
    Документ74 страницы
    Topik 2 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya
    Muhammad Idriez Abdul Hamid
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Hub Etnik
    Pengenalan Hub Etnik
    Документ2 страницы
    Pengenalan Hub Etnik
    Hana Nirmala Ali
    Оценок пока нет
  • Sejarah Dan Keunikan Pembinaan Malaysia
    Sejarah Dan Keunikan Pembinaan Malaysia
    Документ24 страницы
    Sejarah Dan Keunikan Pembinaan Malaysia
    faber ting
    Оценок пока нет
  • Pepaduan Dan Integrasi Kaum
    Pepaduan Dan Integrasi Kaum
    Документ25 страниц
    Pepaduan Dan Integrasi Kaum
    Siti Zianah AR
    Оценок пока нет
  • Hubungan Etnik Assign
    Hubungan Etnik Assign
    Документ41 страница
    Hubungan Etnik Assign
    Sudheep Ramasamy
    0% (1)
  • Kertas Cadangan Ds
    Kertas Cadangan Ds
    Документ17 страниц
    Kertas Cadangan Ds
    Anthony Ugor Nili
    100% (1)
  • Abd Aziz Bin Harjin
    Abd Aziz Bin Harjin
    Документ44 страницы
    Abd Aziz Bin Harjin
    Dedalu Selalu
    Оценок пока нет
  • Nota Ringkas-Edu 3106 Budaya Dan Pembelajaran
    Nota Ringkas-Edu 3106 Budaya Dan Pembelajaran
    Документ13 страниц
    Nota Ringkas-Edu 3106 Budaya Dan Pembelajaran
    Jamau Jamawi
    0% (1)
  • Perpaduan
    Perpaduan
    Документ30 страниц
    Perpaduan
    Melor Fatihah Hamzah
    100% (1)
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Документ21 страница
    Hubungan Etnik
    tommy
    Оценок пока нет
  • Pluraliti Dalam Hubungan Etnik
    Pluraliti Dalam Hubungan Etnik
    Документ18 страниц
    Pluraliti Dalam Hubungan Etnik
    Naziratun Najihah Nasir
    Оценок пока нет
  • Kebudayaan Kebangsaan
    Kebudayaan Kebangsaan
    Документ15 страниц
    Kebudayaan Kebangsaan
    Sateswary Murugeswaran
    Оценок пока нет
  • Artikel Perpaduan Kaum Di Malaysia
    Artikel Perpaduan Kaum Di Malaysia
    Документ2 страницы
    Artikel Perpaduan Kaum Di Malaysia
    Nana Maisara
    100% (1)
  • Este Tika
    Este Tika
    Документ13 страниц
    Este Tika
    Anonymous PiGD6Z
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Sejarah Seni
    Pengenalan Sejarah Seni
    Документ5 страниц
    Pengenalan Sejarah Seni
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Jenis2 Warna
    Jenis2 Warna
    Документ2 страницы
    Jenis2 Warna
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • HBAE4303 Topik 7
    HBAE4303 Topik 7
    Документ9 страниц
    HBAE4303 Topik 7
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • DERIA
    DERIA
    Документ6 страниц
    DERIA
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Kertaskerja 1
    Kertaskerja 1
    Документ4 страницы
    Kertaskerja 1
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Modul 2 Dunia Komputer
    Modul 2 Dunia Komputer
    Документ24 страницы
    Modul 2 Dunia Komputer
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
    Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
    Документ5 страниц
    Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
    Antony Ajan Miting
    Оценок пока нет
  • Assignment Cubaan
    Assignment Cubaan
    Документ66 страниц
    Assignment Cubaan
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Soalan
    Soalan
    Документ8 страниц
    Soalan
    Wan Mazlan Wan Chik
    Оценок пока нет
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 KH Tahun 5
    Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 KH Tahun 5
    Документ7 страниц
    Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 KH Tahun 5
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Falsafah Pendidikan Negara
    Falsafah Pendidikan Negara
    Документ6 страниц
    Falsafah Pendidikan Negara
    Shii Huaa Chong
    Оценок пока нет
  • Aiskrim Coklat Oreo
    Aiskrim Coklat Oreo
    Документ1 страница
    Aiskrim Coklat Oreo
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual
    Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual
    Документ21 страница
    Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual
    Nana Maisara
    100% (1)
  • Asgmnt RPH PJ
    Asgmnt RPH PJ
    Документ6 страниц
    Asgmnt RPH PJ
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Pengenalan KSSR
    Pengenalan KSSR
    Документ9 страниц
    Pengenalan KSSR
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • MRSM 2011
    MRSM 2011
    Документ1 страница
    MRSM 2011
    blueberrysashay
    Оценок пока нет
  • Panduan Penulisan
    Panduan Penulisan
    Документ3 страницы
    Panduan Penulisan
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Agar2 Santan
    Agar2 Santan
    Документ1 страница
    Agar2 Santan
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • B1 DT1 E1
    B1 DT1 E1
    Документ2 страницы
    B1 DT1 E1
    miznina
    Оценок пока нет
  • Panduan Penulisan
    Panduan Penulisan
    Документ3 страницы
    Panduan Penulisan
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Pengenalan KSSR
    Pengenalan KSSR
    Документ9 страниц
    Pengenalan KSSR
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • Panduan Penulisan
    Panduan Penulisan
    Документ3 страницы
    Panduan Penulisan
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • JPU
    JPU
    Документ16 страниц
    JPU
    Zaidawati Zainal
    Оценок пока нет
  • JPU
    JPU
    Документ16 страниц
    JPU
    Zaidawati Zainal
    Оценок пока нет
  • JPU
    JPU
    Документ16 страниц
    JPU
    Zaidawati Zainal
    Оценок пока нет
  • Pengujian, Pengukuran, Penilaian (4D)
    Pengujian, Pengukuran, Penilaian (4D)
    Документ26 страниц
    Pengujian, Pengukuran, Penilaian (4D)
    Nana Maisara
    Оценок пока нет
  • JPU
    JPU
    Документ16 страниц
    JPU
    Zaidawati Zainal
    Оценок пока нет