Вы находитесь на странице: 1из 21

1.

0 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yangterdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itumempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedomanumum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilahyang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulanistilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentukberdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturanuntuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yangdihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasaatau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kataumum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya danmaknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen,neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing Bahasa pula merupakan keperluan penting untuk manusia berkomunikasi. Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi satu atau lebih bahasa yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, Sino-Tibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. Istilah terhasil apabila bahasa semakin berkembang dan bahasa lain saling mempengaruhi antara satu sama lain. Istilah ialah kata atau gabungan dengan jelas menerangkan makna konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya, hablur medan magnet , metamorfoala. Istilah pula terbentuk daripada kumpulan peraturan iaitu tataistilah dan tatanama. Secara terperinci istilah ialah kata yang penggunaanya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Istilah juga boleh terbentuk daripada kata umum. Contohnya :tenaga -> tenaga atom (atomic power) . Proses pembentukan istilah bahasas Melayu ialah pengimbun, pengandaan dan penggabungan . Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu

menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini

yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI ) yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975). Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu,

Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukung konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.

2.0 Sejarah perkembangan peristilahan dan peranan DBP, MABBIM dan agensi lain yang berkaitan. Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak disentuh. Badan ini merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada mana badan pun yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956, di Johor Bahru. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Balai Pustaka dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Peranan DBP ketika itu lebih berupa badan yang

bertanggungjawab menyediakan bahan bacaan sekolah dan umum. Johor Bahru dipilih untuk menjadikan pusat penubuhan Balai Pustaka kerana terdapat minat yang tinggi di kalangan istana dan kerajaan Johor untuk memajukan bahasa dan bidang persuratan Melayu. Lagipun, kerajaan Johor lebih bebas bertindak berbanding kerajaan lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada 10 Julai 1957, Balai Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur. Nama Balai Pustaka juga ditukarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Taraf DBP juga telah bertukar daripada satu Jabatan kerajaan kepada badan berkanun. Penubuhan DBP kali ini berdasarkan kepada Akta DBP. Pertukaran taraf dan nama bermakna peranan DBP juga semakin luas daripada satu badan yang terhad peranannya kepada badan yang benar bertanggungjawab memajukan bahasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,

mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil-hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Sebagai badan yang bertanggungjawab memajukan bahasa, DBP telah menubuhkan beberapa bahagian seperti bahagian pentadbiran, kewangan, penerbitan umum, pembinaan dan perkembangan bahasa, perkamusan, perniagaan, majalah dan beberapa bahagian lagi. Setiap bahagian mempunyai peranan tersendiri dalam memajukan bahasa. Antara bahagianbahagian tersebut, bahagian penerbitan umum dan perkembangan bahasa dalam usaha memantapkan bahasa Melayu. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Unit ini juga telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa di paling penting

sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian-bahagian dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah-istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga-tiga Negara yang terlibat.Walau bagaimanapun, peranan utama DBP ialah

melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah:

1. Mengumpul istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. 2. Membentuk istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. 3. Memperbanyak istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. 4. Menerbitkan istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. 5. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. 6. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM dan negaranegara lain.

Seterusnya kita melihat perananan MABBIM dalam penistilahan bahasa melayu. MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM

bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.

3.0 Prinsip-prinsip perkembangan istilah Berdasarkan artikel yang diambil daripada slide share ( Che Nafasah Che Man) selepas tahun 1975, usaha memajukan istilah bahasa melayu lebih mantap dijalankan. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia telah terbentuk hasil daripada kerjasama ini. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. ii. iii. iv. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan. Kata ganda. Kata gabungan.

3.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj rawan cahaya constellation gristle light

Kata kerja: Imbas reka

pecut scan invent

accelerate

Kata adjektif: kenyal Rawak Cemas elastic random anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen

cereka

tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA

kugiran RISDA ADUN PLUS BERNAS

3.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh:

belajar bertapa bertani petani

pelajar pelajaran pertapa pertapaan

pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh:

Menulis mengajar mengamal membesar mengubah mengairi

penulis pengajar pengamal pembesar pengubah -

penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan

tulisan ajaran amalan

c. Paradigma dengan me(N)-, berContoh:

memberhentikan -

pemberhentian perkecualian

perhentian

pembelajar

pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: Mempersatukan Memperoleh pemersatu pemeroleh pemersatuan persatuan pemerolehan perolehan

mempelajari

pelajar -

pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi bermakna terbuka penduduk sesuai Kesaksian Kebermaknaan Keterbukaan Kependudukan kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: Gigi susu tapak kuncup gerigi tenusu telapak kemuncup

3.3. Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh Contoh: langit-langit labi-labi buku-buku kanak-kanak paru-paru guru-guru

b. Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus Cecair gegua rerongga Rerambut jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian

d. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Serta-merta Bolak-balik Dolak dalih Batu-batan Bengkang-bengkok Hingar-bingar Mudar mandir

Pupu poyang rempah ratus

3.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. i. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa dalam talian mengambil alih pelarasan gaji atas talian menerima pakai

penerima janji gelombang melintang

iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

4.0 Faktor-faktor pembentukkan istilah Istilah terbentuk daripada usaha mencipta atau mengubal kata baru, terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepar bagi kontek penggunaan bidangnya dan dengan itu dapat diberi definisi yang khusus.Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjaman terjemah atau melalui istilah pinjaman Antara faktor yang jelas ialah lahirnya tamadun/ilmu baru. Kewujudan tamadun baru dan ilmu baru menyebabkan Bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk kefahaman terhadap fenomena atau benda baru. Contohnya ketika agama Hindu mula memasuki alam Melayu banyak perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlahpinjaman daripada Bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang,puasa dan sebagainya. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkanbenda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataanBahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.

Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa asing, terutama bagi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Contohnya perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara. Juga perkataan riba lebih tepat berbanding bunga. Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy dan mummy.Proses penyebaran agama turut menyebabkan banyak bahasa asing mempengaruhi Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, unsur sanskrit dan Arab dianggap dominan. Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam Bahasa Melayu,khususnya Inggeris dan Arab. Istilah baru kadangkala diambil daripadakedua-dua bahasa itu apabila Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataanyang benar-benar tepat. Proses perniagaan dan perdagangan yang sudah berlaku sejak dahulu hingga sekarang juga turut menjadi faktor pembentukkan istilah . Jika dahulu perkataan sanskrit dan Arab digunakan sebagai ukuran seperti gantang, kati dan dirham digunakan, tetapi ketika ini Inggeris pula berperanan besar seperti kilogram, komoditi dan sebagainya.

5.0 Pembentukan istilah pelbagai bidang. Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan

Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature

sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital

b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide

Mandatory procedure Native Natural justice

Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi

c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian setempat kawasan

d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bahasa Melayu Kunci kira-kira

Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee

Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu modal / keuntungan

e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P)

Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji

f) Fotografi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera

Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model

Bahasa Melayu Kabel arial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru DanBahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Bahasa Melayu , Bahasa pinjaman. Diambil pada 2 march 2013 dari http://www.scribd.com/doc/46490441/Pinjaman-Bahasa-Asing-Dalam-Bahasa-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan IstilahBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris DalamPeristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rozana Mohd yusof (n.d) Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan komputer. Diambil pada 1 march 2013 dari http://bmm3105rozana.blogspot.com/2012/06/kkbi-semantik-dan-peristilahan-bmm3111.html Rogayah (date) Perancangan bahan ejaan dan sebutan, peristilahan dan perkamusan dalam bahasa melayu di Malaysia diam. Diambil pada 4 mac 2013 dari http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20%20PERANCANGAN%20BAHAN%20EJAAN%20DAN%20SEBUTAN.pdf Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : DewanBahasa Dan Pustaka Zaleha (n.d) Semantik dan peristilahan bahasa melayu . Diambil pada 3 mac 2013 dari http://www.scribd.com/doc/75831857/39/Pembentukan-Istilah-Pelbagai-Bidang ( n.d) Fungsi bahasa . Diambil pada 1 mac 2013 dari http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/10/fungsi-bahasa.html

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER 4 / 2013

HBML1203SMP

Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu (smp)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

640523135533001
640523135533

0178540389 blackpaperrock@yahoo.com OUM MIRI

Вам также может понравиться