Вы находитесь на странице: 1из 25

63 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

B Ba ab b4 4: : M ME EN NT TA AK KS SIIR RH HA AS SIIL LP PE EM MB BE EL LA AJ JA AR RA AN N M ME EN NG GG GU UN NA AK KA AN NU UJ JIIA AN NE ES SE EII


Di akhir bab ini anda harus boleh: Mengenal pasti ciri-ciri soalan esei Menerangkan tujuan menggunakan ujian esei Menyenaraikan kelebihan dan batasan soalan esei Mengenal pasti hasil pembelajaran yang sesuai ditaksir menggunakan soalan esei Membina soalan esei yang mentaksir objektif pembelajaran yang diberi dengan berkesan

BAB SEPINTAS LALU

4.0 Pengenalan 4.1 Apa itu soalan esei? 4.2 Jenis-jenis esei 4.3 Kenapa soalan esei digunakan? 4.4 Memutuskan samada untuk menggunakan soalan esei atau soalan objektif 4.5 Batasan soalan esei 4.6 Beberapa salah anggap tentang esei 4.7 Garispanduan membina soalan esei 4.8 Kata kerja yang biasa digunakan dalam soalan esei 4.9 Menanda dan memberi markah soalan esei 4.10 Ringkasan Istilah penting Bacaan

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Memutuskan apa yang akan ditaksir Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Objectif Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Karangan Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Projek dan Amali Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Pencerapan, Ujian Lisan, dan Portfolio Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan Kaedah Pentaksiran Bab 8: Analisis Item Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan Melaporkan Pentaksiran Pelajar

Dalam Bab 3, kita telah membincangkan dengan terperinci penggunaan ujian objektif dalam pentaksiran. Dalam bab ini, kita akan memperincikan ujian esei. Ujian esei adalah suatu teknik yang terkenal untuk mentaksir pembelajaran pelajar dan digunakan dengan meluas di semua peringkat pendidikan. Ia juga digunakan dengan meluas bagi mentaksir hasil pembelajaran dalam perniagaan dan peperiksaan profesional. Soalan esei digunakan kerana ia mencabar pelajar untuk mencipta responnya sendiri dan bukan sekadar memilih respon. Soalan esei mempunyai potensi menunjukkan keupayaan pelajar untuk membuat pertimbangan, mencipta, menganalisa dan mensintesis yang mungkin tidak dapat ditaksir dengan berkesan menggunakan ujian objektif.

64 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei 4.1 APA ITU SOALAN ESEI?

Menurut Stalnaker (1951), sebuah esei adalah sebuah item ujian yang memerlukan suatu respon dikomposisi oleh pengambil ujian, selalunya dalam bentuk satu atau lebih ayat yang bersifat tiada satu respon atau corak respon boleh disenaraikan sebagai betul, dan ketepatan dan mutunya boleh dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh seorang yang mahir atau tahu dalam mata pelajaran (diterjemah). Walaupun takrif telah diberi lama dahulu, ianya merupakan suatu Gambarajah 4.1 Pelajar mengkomposisi takrifan yang lengkap. Dengan menghurai jawaban yang terdiri daripada satu atau lebih ayat takrif ini, Reiner, Bothell, Sudweeks dan Wood (2002), berhujah bahawa untuk menjadi sebuah soalan esei, ia harus memenuhi EMPAT kriteria: 1. Pelajar harus mengkomposisi bukannya memilih responnya atau jawabannya. Dalam soalan esei, pelajar harus membina jawaban mereka sendiri dan memutuskan apa bahan harus dimasukkan dalam responnya. Soalan ujian objektif (soalan aneka pilihan, betul-salah, memadankan) memerlukan pelajar memilih jawaban daripada suatu senarai jawaban berkemungkinan. 2. Respon atau jawaban yang pelajar berikan akan terdiri daripada satu atau lebih ayat. Pelajar tidak respon dengan ya atau tidak tetapi sebaliknya harus merespon dalam bentuk ayat. Mengikut teori panjangnya jawaban tiada had. Walau bagaimanapun, selalunya panjangnya jawaban ditentukan oleh soalan dan had waktu yang diperuntukkan untuk soalan tersebut. 3. Tiada sebarang respon atau jawaban yang betul. Dalam erti kata lain, soalan harus dikomposisi agar ia tidak meminta satu sahaja respon yang betul. Sebagai contoh, soalan, Siapakah yang membunuh J.W.W. Birch? mentaksir pengingatan kembali secara verbatim atau daya hafalan dan bukan keupayaan berfikir. Dengan itu, ia tidak boleh dikira sebagai soalan esei. Anda boleh mengubah soalan itu menjadi, Siapakah membunuh J.W.W. Birch dan jelaskan faktor yang membawa kepada pembunuhan tersebut. Sekarang ia sudahpun menjadi soalan esei yang mentaksir keupayaan pelajar berfikir dan memberi sebab pembunuhan, disokong oleh bukti yang berkenaan. 4. Ketepatan dan mutu respon atau jawaban esei mesti dipertimbang secara subjektif oleh pakar dalam mata pelajaran berkenaan: Ciri-ciri soalan esei sebegitu sehinggakan hanya pakar dalam mata pelajaran boleh mempertimbangkan sejauh mana respon (atau jawaban) esei itu lengkap, tepat dan relevan. Soalan esei yang baik menggalak pelajar berfikir dengan mendalam tentang jawaban mereka yang hanya boleh dipertimbang oleh yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkenaan. Dengan itu, kemahiran kandungan amat penting untuk penulis dan penggred soalan esei.

65 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Contohnya, soalan Senaraikan tiga sebab pembukaan Pulau Pinang oleh British dalam tahun 1789 memerlukan pelajar mengingat kembali suatu set senarai item. Orang yang menanda atau menggred esei tidak perlu pakar dalam bidang tersebut untuk mengetahui samada pelajar telah menyenaraikan tiga sebab tersebut dengan betul asalkan senarai tiga sebab itu ada sebagai kunci jawaban. Bagi soalan, Sejauh manakah perdagangan merupakan sebab utama British membuka Pulau Pinang dalam tahun 1789?, seorang pakar bidang diperlukan untuk menggred atau menanda jawaban soalan esei itu. 4.2 JENIS ESEI

Umumnya, terdapat dua jenis esei; esei kerja kursus dan esei peperiksaan yang digunakan oleh institusi-institusi pendidikan: APA ITU ESEI KERJA KURSUS? Esei kerja kursus mungkin terdiri daripada yang berikut: Esei Gambaran: Ini merupakan ringkasan atau gambaran sesuatu topik (mungkin, lebih kurang 500 patah perkataan). Ia mentaksir keupayaan menyusun bahan, menghubungkan hujah dengan koheren, memilih maklumat yang relevan daripada suatu bidang kajian yang luas. Esei Standard: Ini merupakan kertas penuh di antara 1000 sehingga 2500 patah perkataan panjangnya. Ia mentaksir keupayaan menerangkan, menganalisa hubungan di antara idea dan peristiwa, memberi penerangan yang koheren tentang suatu topik, memilih dan menimbangkan bukti sebagai menyokong sesuatu hujah, mendiagnosis dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah, menyelesai masalah yang biasa dijumpai, mengekspresi pertimbangan kritikal dan membuat perbandingan. Esei Panjang: Ini merupakan kertas penuh di antara 2500 sehingga 5000 patah perkataan panjangnya. Ia mentaksir keupayaan menyelesaikan masalah yang kurang biasa dijumpai dan menganalisa atau menilai dengan kritikal bahan yang kurang biasa dijumpai. Dengan itu, memerlukan persediaan atau kajian yang lebih meluas. Esei kerja kursus bertujuan mentaksir keupayaan pelajar membuat kajian terperinci dan teliti tentang suatu topik, dan mengurus bahan yang banyak. Ia menilai keupayaan pelajar menjawab dengan panjang (Berikan mereka cukup tali..) tentang suatu topik terpilih. Kita ingin menumpukan kepada hujah yang dibuat oleh pelajar, bagaimana dia menyampaikannya, cara dia menyusun eseinya, nilai yang dia letakkan kepada pelbagai aspek topik yang diberi. Esei kerja kursus merupakan respon bertulis dan pelajar dikehendaki, selalunya, menggunakan ayat sendiri dan menyampaikan idea mereka dengan jelas dan meyakinkan. APA ITU ESEI PEPERIKSAAN? Ini merupakan esei pendek yang ditulis sebagai sebahagian daripada peperiksaan formal [Sudah tentu anda pernah mengalami format pentaksiran ini!]. Contohnya, dalam sebuah peperiksaan selama 2-3 jam, pelajar mungkin dikehendaki menjawab tiga soalan esei dengan peruntukan masa 35-45 minit setiap soalan. Secara

66 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei amalannya, terdapat kepelbagaian dalam bilangan soalan dan jangka waktu peperiksaan. Dalam sesetengah situasi terdapat pilihan soalan manakala dalam situasi lain, tiada pilihan diberi. Sebab mengapa pilihan dikawal adalah untuk memastikan agar pelajar diperiksa tentang cakupan bidang yang sesuai [Dalam bab ini kita akan tumpukan kepada Esei Peperiksaan; i.e. penggunaan soalan esei dalam peperiksaan, sepertimana biasa di dalam setting peperiksaan buku tertutup. Kita akan lanjutkan perbincangan tentang Esei Kerja Kursus dalam Bab 5 di bawah tajuk Projek].
4.1 AKTIVITI

Pilih beberapa soalan esei yang digunakan sebagai soalan peperiksaan dalam bidang anda. Sejauh manakah soalan tersebut memenuhi kriteria sebuah soalan esei seperti yang ditakrifkan oleh Stalnaker (1951) dan diperluaskan oleh Reiner, Bothell, Sudweeks dan Wood (2002).

4.3 KENAPA SOALAN ESEI DIGUNAKAN? Soalan esei digunakan untuk mentaksir pembelajaran kerana sebab-sebab yang berikut: Soalan esei memberi cara yang berkesan untuk mentaksir hasil pembelajaran kompleks. Ia membolehkan seseorang mentaksir keupayaan pelajar mensintesis Harga ditentukan oleh idea, menyusun, dan mengekspresi idea penawaran dan dan menilai bernasnya suatu idea. permintaan. Apabila Keupayaan ini tidak boleh ditaksir dengan terdapat kekurangan berkesan menggunakan item ujian kertas. dan-pensil yang lain. Soalan esei membenarkan pelajar menunjukkan pertimbangan mereka. Soalan esei bukan hanya membenarkan pelajar mempersembahkan jawaban kepada soalan tetapi juga menerangkan bagaimana mereka sampai kepada rumusan mereka. Ini membolehkan guru mengetahui cara pelajar melihat dan menyelesai masalah. Dengan kefahaman itu, guru boleh mengenal pasti masalah yang mungkin dihadapi pelajar dalam proses pertimbangannya dan membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Gambarajah 4.1 Proses pertimbangan seorang pelajar dicerminkan dalam jawaban mereka.

67 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Soalan esei menyediakan pengalaman autentik. Membina respon adalah lebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon (seperti dalam kes ujian objektif). Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan adalah kemahiran kehidupan yang penting yang memerlukan keupayaan membina penyelesaian atau keputusan dan bukan memilih penyelesaian atau keputusan daripada suatu set kemungkinan yang terhad. Di dalam kehidupan bekerja sebenar tidak mungkin seorang majikan memberikan suatu senarai empat pilihan untuk dipilih oleh pekerjanya apabila diminta menyelesai suatu masalah! Selalunya, pekerja itu diperlukan untuk membina suatu respon. Maka, item esei adalah lebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada soalan ujian objektif kerana dalam kehidupan sebenar pelajar selalunya membina respon, bukan memilihnya.

4.2 AKTIVITI

Bandingkan dua soalan esei berikut dan putuskan yang mana mentaksir kecekapan berfikir tahap tinggi. Apakah kelebihan dan kelemahan utama menggunakan tenaga nuklear suria? Dengan kelebihan dan kelemahan yang diketahui, haruskah kerajaan membelanjakan wang membina tenaga nuklear?

4.4 MEMUTUSKAN SAMADA MENGGUNAKAN SOALAN ESEI ATAU SOALAN OBJEKTIF

Keputusan samada menggunakan soalan esei atau soalan objektif dalam peperiksaan boleh menjadi masalah kepada sesetengah pendidik. Di dalam situasi tertentu, seseorang mungkin terpaksa kembali kepada soal objektif pentaksiran. Apakah jenis hasil pembelajaran yang anda ingin mentaksir? Soalan esei secara umumnya sesuai untuk tujuan berikut: Untuk mentaksir kefahaman pelajar tentang kandungan mata pelajaran Untuk mentsaksir kemahiran berfikir yang memerlukan lebih daripada mengingat kembali maklumat secara verbatim dengan mencabar pelajar membuat imbangan menggunakan pengetahuannya. Walau bagaimanapun, kefahaman pelajar tentang kandungan mata pelajaran dan berbagai kemahiran berfikir peringkat tinggi yang lain boleh juga ditaksir menggunakan ujian objektif. Apabila terdapat keraguan samada patut digunakan soalan objektif atau soalan esei, ingatlah bahawa soalan esei digunakan untuk mentaksir keupayaan pelajar membina dan bukan memilih jawaban.

68 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Untuk menentukan jenis ujian (esei atau objektif) untuk digunakan, kajilah kata-kata kerja yang menerangkan keupayaan yang ingin ditaksir [Kita telah membincangkan kata-kata kerja ini dalam Bab 2]. Kata-kata kerja ini mengindikasi apa pelajar dikehendaki membuat dan bagaimana mereka harus respon. Kata-kata kerja ini bertugas menyalurkan dan memfokus respon pelajar kepada perlakuan tugasan yang khusus. Sesetengah kata kerja jelas mengindikasi bahawa pelajar perlu membina dan bukan memilih jawaban mereka (e.g. menerangkan). Kata-kata kerja yang lain mengindikasi bahawa hasil pembelajaran yang diinginkan berfokus kepada keupayaan pelajar mengingat kembali maklumat (e.g. menyenarai). Kemungkinan, mengingat kembali lebih baik ditaksir menggunakan item objektif. Kata kerja yang menguji kefahaman kandungan mata pelajaran atau pemikiran tahap tinggi bentuk lain tanpa mengkhususkan samada pelajar harus membina atau memilih respon (e.g. menginterpretasi) boleh ditaksir samada menggunakan soalan esei atau item objektif.
4.3 AKTIVITI

a) Adakah anda bersetuju dengan sebab-sebab menggunakan ujian esei dalam bidang anda? b) Bandingkan, terangkan, susun, aplikasikan, nyatakan, klasifikasikan, reka bentuk, gambarkan, jelaskan, namakan, sudahkan, pilih, sokong. Tentukan kata kerja yang mana dalam senarai di atas yang paling sesuai ditaksir menggunakan soalan esei atau soalan objektif atau kedua-duanya. tests.

4.5 APAKAH BATASAN SOALAN ESEI?

Sementara soalan esei terkenal sebab ia membolehkan pentaksiran hasil pembelajaran tahap tinggi, format penilaian pelajar ini di dalam peperiksaan mempunyai beberapa batasan yang harus diingat. Salah satu tujuan mentaksir adalah untuk mengukur penguasaan pelajar tentang mata pelajaran. Dalam kebanyakan kes adalah mustahil untuk mentaksir penguasaan pelajar tentang seluruh domain mata pelajaran dengan hanya beberapa soalan. Disebabkan masa yang diperlukan pelajar memberi respon kepada soalan esei dan untuk guru menanda respon pelajar, bilangan soalan esei yang boleh dimasukkan dalam sebuah ujian adalah terhad. Dengan itu, menggunakan soalan esei akan menghadkan sejauh mana ujian mewakili domain mata pelajaran, dan seterusnya mengurangkan keesahan kandungan ujian tersebut. Sebagai contoh, sebuah ujian yang mengandungi 80 soalan aneka pilihan berkemungkinan meliputi lebih domain kandungan daripada sebuah ujian yang mengandungi 3-4 soalan esei.

69 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Soalan esei mempunyai batasan daripada segi kebolehpercayaan. Sementara soalan - Kebolehpercayaan esei member pelajar kewenangan antara penanda rendah memformulasi respon mereka, - Jumlah kandungan yang kebolehpercayaan menanda atau menggred ditaksir sedikit boleh dipersoalkan. Penanda atau penggred yang berlainan mungkin berbeza - Mengambil masa dalam menanda atau menggred respon yang sama (kebolehpercayaan antara penanda) dan seorang penanda mungkin berbeza dengan signifikan dalam penandaan atau penggredan sesebuah soalan, bergantung kepada berbagai faktor (kebolehpercayaan intrapenanda). Dengan itu, jawaban esei yang sama mutunya mungkin diberi markah yang ketara berbeza. Ciri-ciri pelajar, panjang dan kejelasan respon, dan kecenderungan peribadi penanda atau penggred tentang kandungan dan struktur respon merupakan faktor yang mungkin mengurangkan kebolehpercayaan penandaan atau penggredan. Soalan esei memerlukan lebih banyak masa untuk ditanda. Guru perlu melaburkan banyak masa membaca dan menanda respon pelajar kepada soalan esei. Sebaliknya hanya sedikit masa diperlukan oleh guru menanda item ujian objektif seperti item soalan aneka pilihan, soalan memadankan, dan sebagainya.

Seperti yang disarankan sebelum ini, salah satu kekuatan soalan esei adalah bahawa ia menyediakan pelajar dengan pengalaman autentik kerana pelajar dicabar untuk membina dan bukan memilih respon. Sejauh manakah masa yang singkat yang diberikan memberi kesan kepada respon pelajar? Pelajar diberi masa yang lebih singkat untuk membina respon mereka dan ia tidak membenarkan pelajar memberi tumpuan yang secukupnya kepada proses kompleks menyusun, menulis, dan
4.4 ACTIVITY

examinations.

a) Do you agree with the weaknesses of the essay with regards to your subject areas? b) Identify other weaknesses of the essay as an examination test in your subject area.

mengimbas respon mereka. Hakikatnya, semasa merespon kepada soalan esei, pelajar menggunakan proses menulis yang agak berlainan daripada prosesbiasa yang menghasilkan penulisan cemerlang (menderaf, mengimbas, menyunting, menilai, dan sebagainya). Tambahan lagi pelajar selalunya tidak mempunyai sumber untuk membantu mereka menulis semasa menjawab soalan esei (kamus, thesaurus, dan sebagainya). Keterbatasan ini menidakkan apa juga kelebihan yang ada pada merespon kepada soalan esei kerana ia lebih autentik daripada respon kepada item aneka pilihan.

70 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei 4.6 BEBERAPA SALAH ANGGAP TENTANG SOALAN ESEI DALAM PEPERIKSAAN

Di samping batasan soalan esei, terdapat juga salah anggap tentang format pentaksiran ini: Secara lumrahnya soalan esei mentaksir pemikiran peringkat tinggi. Samada suatu item esei mentaksir pemikiran peringkat tinggi bergantung kepada rekabentuk soalan dan bagaimana respon pelajar ditanda. Sebuah soalan esei tidak secara otomatik mentaksir kemahiran berfikir peringkat tinggi. Soalan esei boleh juga ditulis untuk hanya mentaksir kebolehan mengingat kembali fakta. Dan juga, Sekiranya seorang guru mereka bentuk soalan esei bertujuan mentaksir pemikiran peringkat tinggi tetapi kemudiannya menanda respon pelajar dengan memberi ganjaran kepada sekadar keupayaan mengingat kembali, guru itu tidak mentaksir pemikiran tahap tinggi. Soalan esei mudah dibina. Soalan esei adalah lebih mudah dibina berbanding item aneka pilihan kerana guru tidak perlu membuat pengganggu yang berkesan. Namun begitu, itu tidak bermakna soalan esei yang baik mudah dibina. Ia mungkin lebih mudah dibina secara perbandigan, tetapi ia memerlukan tenaga dan masa. Soalan esei yang dibina dengan terburu-buru tanpa pertimbangan yang mendalam dan semakan selalunya berfungsi dengan lemah. Penggunaan soalan esei menghilangkan masalah pelajar meneka. Salah satu kekurangan item ujian objektif adalah bahawa pelajar kadang-kadang mendapat jawaban betul dengan meneka pilihan manakah yang diberi itu betul. Masalah ini tidak timbul dalam soalan esei kerana pelajar perlu membina jawaban dan tidak mengenal pastinya daripada satu set pilihan yang diberi. Pada masa yang sama, penggunaan soalan esei membawa kepada penipuan, suatu jenis penekaan. Ada pelajar yang pandai menggunakan kaedah menipu (pernyataan samar, padding, menggunakan nama, dan lainlain) bagi menambah kekuatan kepada jawaban yang pada asalnya lemah. Dengan itu, penggunaan soalan esei mengubah cara pelajar meneka, tetapi ia tidak menghilangkannya. Soalan esei memberi manafaat kepada semua dengan meletakkan penekanan kepada komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan kemahiran dalam kehidupan sebenar yang diperlukan untuk pelaksanaan berbagai pekerjaan dengan berkesan dan berjaya. Soalan esei mencabar pelajar menyusun dan mengekspresi sesuatu penerangan tentang bidang tertentu dan penyelesaiannya, serta memberi mereka peluang berlatih kemahiran komunikasi bertulis yang dapat membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dalam pekerjaan mereka pada masa hadapan. Pada masa yang sama, fokus kepada kemahiran komunikasi bertulis merupakan kekangan yang serius kepada pelajar yang mempunyai kemahiran menulis yang terhad tetapi tahu tentang mata pelajaran yang diajar. Masalah ini boleh menyebabkan pelajar yang berpengetahuan dalam mata pelajaran boleh mendapat markah

71 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei yang rendah sebab mereka tidak berkeupayaan menulis dengan baik, sehinggakan kesahan markah ujian akan berkurangan. Soalan esei menggalakkan pelajar membuat persediaan dengan lebih terperinci. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih teliti dalam membuat persediaan untuk soalan esei berbanding dengan persediaan menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif seperti soalan aneka pilihan. Walau bagaimanapun, setelah membuat tinjauan pustaka dan kajian yang meluas tentang topik ini, Crook (1988) merumuskan bahawa pelajar membuat persediaan lebih berdasarkan jangkaan guru (pemikiran tahap tinggi serta keluasan dan kedalaman kandungan) berbanding jenis soalan ujian yang mereka jangka akan diberi.
4.5 AKTIVITI

a) Sejauh manakah anda bersetuju bahawa salah anggap yang terdapat tentang soalan esei? b) Kenal pasti salah anggap atau mitos yang biasa terdapat tentang soalan esei.

4.7

GARISPANDUAN MEMBINA SOALAN ESEI

Semasa membina soalan esei, samada untuk pentaksiran Kerja Kursus ataupun Peperiksaan, perkara yang paling penting adalah untuk MEMASTIKAN AGAR PELAJAR JELAS TENTANG APA YANG MEREKA DIKEHENDAKI MEMBUAT SELEPAS MEREKA MEMBACA SOALAN ATAU MASALAH YANG DIPERSEMBAHKAN. Berikut adalah garispanduan terperinci yang boleh membantu anda memperbaiki soalan esei sedia ada dan membina soalan yang baru. 1. Takrifkan dengan Jelas Hasil Pembelajaran yang Dikehendaki untuk Ditaksir oleh Soalan itu. Mengetahui hasil pembelajaran yang dikehendaki adalah penting untuk mencipta soalan esei. Tanpa menjelaskan hasil pembelajaran yang diharapkan, hasil pemelajaran yang ditaksir mungkin sejenis kemahiran, keupayaan, atau ciri-ciri yang tidak dijangka oleh guru. Dengan memperincikan hasil pembelajaran guru dapat menentukan perlakuan yang pelajar harus boleh tunjukkan hasil daripada apa yang mereka pelajari. Hasil pembelajaran yang diharapkan selalunya bermula daripada kata kerja yang menerangkan perlakuan yang dapat dilihat, aksi atau hasil yang pelajar harus tunjukkan.Fokus adalah kepada apa yang pelajar harus boleh buat dan bukan kepada proses pengajaran atau pembelajaran. Mengimbas suatu senarai kata kerja dapat membantu memperjelaskan keupayaan yang pelajar harus tunjukkan dan dan mentakrif dengan jelas hasil pembelajaran yang akan ditaksir.

72 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

Contoh: Hasil Pembelajaran: Boleh membezakan tabiat reproduktif burung dan amfibia Soalan esei: Apakah perbazaan dalam ciri-ciri bertelur di antara burung dan amfibia? Nota: Hasil pembelajaran ini lebih baik ditaksir menggunakan ujian objektif Item Objektif: Yang mana perbezaan di antara burung dan amfibia yang betul?
Burung Mengeluarkan beberapa biji telur sekaligus Bertelur Tidak mengeram telur Bertelur di dalam sarang Amfibia Mengeluarkan banyak telur sekaligus Melahirkan anak Mengeram telur Bertelur di atas darat

A B C D

2. Elakkan Menggunakan Soalan Esei untuk Hasil Pembelajaran yang Lebih Baik Ditaksir menggunakan Jenis Pentaksiran yang Lain. Sesetengah jenis hasil pembelajaran dapat ditaksir dengan lebih berkesan dan lebih berkebolehpercayaan menggunakan ujian objektif daripada soalan esei. Oleh kerana soalan esei mensampel kandungan mata pelajaran yang tehad, lebih mengambil masa untuk ditanda, dan lebih subjektif dalam pemarkahannya, penggunaan soalan esei harus disimpan untuk hasil pembelajaran yang tidak boleh ditaksir dengan cara lain. 3. Kejelasan tentang Tugasan dan Cakupan. Soalan esei mempunyai dua element yang boleh dipelbagaikan sejauhmana tugasan distruktur dan sejauhmana cakupan kandungan difokuskan. Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pendidik tentang yang mana lebih baik, samada menstruktur tugasan yang dikehendaki dan lebih fokus kepada kandungan, atau kurangkan struktur dan kurangkan fokus. Apabila tugasan lebih berstruktur dan cakupan kandungan lebih berfokus, dua masalah dapat dikurangkan: masalah respon pelajar mengandungi idea yang tidak perlu untuk ditaksir, masalah dengan subjektiviti semasa menanda jawaban atau respon pelajar.

Walaupun lebihnya struktur dapat membantu mengurangkan masalah di atas, berapa banyak dan struktur serta fokus jenis apakah yang harus diberi bergantung kepada hasil pembelajaran yang ingin ditaksir dengan soalan esei tersebut. Proses menulis soalan esei yang berkesan melibatkan mentakrif tugasan dan menghadkan cakupan kandungan agar dapat membentuk soalan yang berkesan, yang selaras dengan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir dengannya (lihat Gambarajah 4.1).

73 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

REKABENTUK MAKLUMAT HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

TUGASAN PENTAKSIRAN REKABENTUK INTERAKSI

Gambarajah 4.1 Keselarasan di antara Kandungan, Pembelajaran, Aktiviti Pembelajaran dan Tugasan Pentaksiran [Sumber: John A. Phillips, Ansary Ahmed & Kuldip Kaur , 2005. Instructional Design
Principles in the Development of an E-Learning Graduate Course. Paper presented at The International Conference in E-Learning. Bangkok, Thailand.

74 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

Contoh: MEMPERBAIKI KEJELASAN TUGASAN DAN CAKUPAN SOALAN ESEI Soalan Esei yang Lemah: Nilaikan impak Revolusi Industri ke atas England. Kata kerjanya adalah menilai yang merupakan tugasan yang pelajar harus buat.Cakupan soalan adalah impak Revolusi Industri ke atas England. Hanya sedikit panduan diberi kepada pelajar tentang tugasan menilai dan tentang cakupan tugasan tersebut. Seorang pelajar yang membaca soalan tersebut mungkin bertanya: Impak terhadap apa di England? Ekonominya? Perdagangan Luar? Suatu kumpulan tertentu? [Cakupan tidak jelas]. Nilai berdasarkan criteria apa? Kepentingan revolutsi? Mutu kehidupan di England? Perkembangan dalam teknologi? [Tugasan tidak jelas]. Khususnya apa yang anda ingin saya buat dalam penilaian saya? [Tugasan tidak jelas] Soalan Esei yang Diperbaiki: Nilaikan impak Revolusi Industri ke atas Mutu Kehidupan Berkeluarga di England. Jelaskan samada keluarga boleh memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Soalan yang diperbaiki menghad cakupan tugasan kepada pelajar dengan memperinci unit masyarakat di England yang mendapat kesan daripada Revolusi Industri (keluarga). Tugasan itu juga dihadkan dengan member pelajar suatu set kriteria bagi menilai impak Revolusi Industri (samada keluarga boleh member pendidikan kepada anak-anak mereka. Pelajar lebih jelas tentang apa yang perlu dibuat untuk menilai. Mereka perlu jelaskan bagaimana keluarga telah berubah dan menimbangkan samada perubahan adalah pembaikan kepada anak-anak mereka. [sumber: adaptasi: C.M. Reiner, T.W. Bothell, R.R. Sudweeks & B. Wood Preparing Effective Essay Questions. 2002 New Forums Press]

Keselarian ini dianggap sangat perlu untuk mendapatkan respon pelajar yang boleh diterima sebagai bukti bahawa pelajar telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan itu, soalan esei mesti ditulis dengan cermat dan teliti agar ia menghasilkan respon pelajar yang memberi guru bukti yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tentang pencapaian pelajar akan hasil pembelajaran. Kegagalan meletakkan had yang secukupnya dan berkesan pada jawaban pelajaran kepada soalan esei boleh membawa kepada pelajar meletakkan sempadan mereka sendiri untuk jawaban mereka. Ini bermakna pelajar mungkin member jawaban di luar darpada

75 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei tudasan yang diinginkan ataupun pelajar menangani hanya sebahagian daripada tugasan tersebut. Sekiranya ini berlaku, maka guru akan mendapat maklumat yang tidak berkebolehpercayaan dan berkeesahan tentang pencapaian pelajar akan hasil pembelajaran yang diinginkan. Dan juga, tidak ada asas untuk memeriksa atau menggred jawaban pelajar. Maka, adalah tanggunggjawab guru untuk menulis soalan esei yang ia member pelajar sempadan yang jelas untuk jawaban dan respon mereka.

SEMAK KENDIRI 4.1

a) Bilakah anda akan menggunakan item objektif dan bukan item soalan esei untuk mentaksir pelajar? b) Apakah perbezaan di antara tugasan dan cakupan soalan esei?

4. Soalan yang Adil Salah satu cabaran yang dihadapi guru dalam membina soalan esei ialah disebabkan pengalaman mereka yang luas dalam mata pelajaran sehingga mereka mungkin terpanggil mengkehendaki kepakaran kandungan yang melampau daripada pelajar mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan agar pelajar mereka boleh dijangka mempunyai bahan yang mencukupi untuk menjawab soalan. (Stalnaker, 1952, p.52, diterjemah). Di samping itu, guru harus bertanya diri mereka kalau pelajar boleh dijangka melaksanakan proses berfikir yang diharapkan dalam tugasan tersebut. Untuk pentaksiran dikira adil, guru perlu memberi pelajar mereka arahan dan latihan yang secukupnya dalam mata pelajaran dan juga proses berfikir yang akan dinilai. Satu lagi elemen yang penting ialah mengelakkan menggunakan soalan yang tidak khusus. Sebuah soalan menjadi tidak khusus apabila ia tidak berstructur sehinggakan pelajar boleh mentakrif semula masalah dan fokus soalan tersebut, atau beberapa aspek soalan yang mereka sudah biasa di mana pakar bidang tidak sehaluan tentang jawaban yang lebih tepat. Salah satu cara mengelakkan soalan yang tidak jelas ialah dengan mengelakkan kosa kata yang ambiguous. Contohnya, guru harus mengelakkan kata kerja membincang dalam soalan esei. Kata kerja ini terlalu luas dan samar. Tambahan pula, guru harus juga mengelakkan memasukkan kosa kata yang terlalu terkehadapan untuk pelajar. 5. Specify the approximate time limit and marks allotted for each question Menentukan anggaran had masa dapat membantu pelajar memperuntukkan masa untuk menjawab beberapa soalan esei. Tanpa panduan tersebut pelajar mungkin merasa hilang arah tentang berapa banyak masa untuk digunakan untuk setiap soalan. Semasa menentukan panduan untuk jumlah waktu yang harus digunakan untuk setiap soalan, sentiasa ambil kira pelajar lembam dan pelajar kurang upaya. Juga pastikan bahawa pelajar boleh dijangka memberi jawaban yang munasabah dalam masa yang diberi dan/atau yang dicadangkan. Sama juga keadaannya, nyatakan markah yang diperuntukkan untuk setiap soalan agar pelajar boleh memutuskan banyak mana mereka harus tulis untuk setiap soalan.

76 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

6. Gunakan beberapa soalan esei pendek dan bukan satu soalan panjang. Hanya beberapa soalan esei yang terhad boleh dimuatkan dalam suatu ujian disebabkan masa yang diambil untuk pelajar merespon kepadanya dan masa yang diambil oleh guru untuk menggred respon pelajar. Ini menimbulkan cabaran berkaitan reka bentuk soalan esei yang mempunyai keesahan. Soalan esei yang pendek lebih sesuai mentaksir kedalaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran manakala soalan esei panjang lebih sesuai mentaksir keluasan pembelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Dengan itu, ada buruk baiknya menggunakan beberapa soalan esei pendek atau satu soalan esei yang panjang. Fokus kepada pentaksiran kedalaman pembelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran menghadkan pentaksiran keluasan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tersebut dan fokus kepada keluasan pembelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaranmenghadkan pentaksiran kedalaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Semasa memilih di antara menggunakan beberapa soalan esei pendek atau satu soalan yang panjang, sentiasa ingat bahawa esei pendek lebih mudah diperiksa berbanding soalan esei yang panjang. 7. Elakkan Menggunakan Soalan Pilihan Pelajar tidak harus diberi peluang memilih satu soalan esei untuk dijawab daripada dua atau lebih pilihan soalan. Penggunaan soalan pilihan harus dielakkan oleh kerana sebab-sebab berikut: Pelajar mungkin membuang masa memilih soalan. Sesetengah soalan berkemungkinan lebih sukar dan mungkin menyukarkan perbandingan petaksiran keupayaan pelajar. Isu penggunaan soalan pilihan boleh diperdebatkan. Ia selalu diamalkan, khususnya dalam pengajian tinggi dan pelajar selalu meminta diberi pilihan soalan. Amalan ini dapat diterima sekiranya ia boleh memastikan bahawa soalan-soalan yang diberi mempunyai tahap kesukaran yang sama dan tugasan serta cakupan yang diperlukan oleh soalan-soalan tersebut adalah sama.

SEMAK KENDIRI 4.2 a) Kenapa anda harus menentukan masa untuk diperuntukkan

untuk setiap soalan? b) b) Kenapa anda harus mengelakkan menggunakan soalan c) pilihan? d) c) What do you mean that questions should be fair? e) d) What should you do before and after administering a test?

77 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

Memperbaiki Soalan Esei Melalui Imbasan dan Kaji Semula Langkah-langkah berikut boleh membantu memperbaiki item esei sebelum dan selepas anda menjalankannya kepada pelajar anda. IMBASAN (sebelum member soalan esei kepada pelajar) Ramalkan respon pelajar. Cuba merespon soalan tersebut daripada sudut pandang seorang pelajar biasa. Nilaikan samada pelajar mempunyai pengetahuan kandungan dan kemahiran yang diperlukan untuk merespon kepada soalan dengan munasabah. Di dalam mencari kelemahan soalan esei, baikinya sebelum anda member kertas soalan kepada pelajar. Tulis model jawaban. Sebelum menggunakan soalan, tuliskan model jawaban atau sekurangkurangnya sebuah garis kasar hujah-hujah utama yang harus dimasukkan dalam jawaban. Menulis model jawaban membenarkan refleksi tentang kejelasan soalan esei. Tambahan lagi, model jawaban berguna sebagai asas penggredan respon pelajar. Apabila model jawaban telah ditulis, bandingkannya dengan soalan esei untuk melihat keselarasannya dengan hasil pembelajaran yang diinginkan dan buat perubahan yang diperlukan untuk memastikan bahawa hasil pembelajaran, soalan esei, dan model jawaban selaras di antara satu sama lain. Minta seorang rakan sekerja yang berpengetahuan mengimbas dengan terperinci soalan esei, model jawaban, dan hasil pembelajaran yang diingini untuk melihat keselarasan. Sebelum menggunakan soalan esei dalam sebuah ujian, minta seorang yang berpengetahuan tentang mata pelajaran tersebut untuk mengimbas dengan terperinci soalan esei, model jawaban, dan hasil pembelajaran yang diinginkan untuk melihat sejauhmana ketiga-tiganya selaras di antara saru sama lain.

KAJI SEMULA (selepas menerima respon pelajar) Kaji semula respon pelajar kepada soalan esei. Selepas pelajar menyelesaikan soalan esei, kaji semula semua jawaban yang diberi dan cara pelajar telah menginterpretasi soalan. Buat pembaikan berdasarkan dapatan tersebut. Menulis soalan esei yang baik adalah suatu proses yang memerlukan masa dan latihan. Dengan mengkaji respon pelajar dengan terperinci akan membantu menilai kefahaman pelajar tentang soalan serta keberkesanan soalan dalam mentaksir hasil pembelajaran yang diinginkan.

78 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei 4.8 KATA KERJA YANG MENERANGKAN BERBAGAI JENIS TUGASAN MENTAL

Menggunakan senarai yang dicadangkan oleh Moss & Holder (1988) dan Anderson & Krathwohl (2001); Reiner, Bothell, Sudweeks dan Wood (2002) telah mengutarakan suatu senarai kata kerja yang menerangkan tugasan mental untuk dilaksanakan. Takrifan ini memperincikan proses pemikiran seseorang harus laksanakan untuk menyelesaikan tugasan mental tersebut. Perhatikan bahawa senarai ini tidak merangkum semua dan contoh-contoh tempatan telah dimasukkan bagi menunjukkan tugasan mental yang diperlukan dalam setiap jenis soalan esei. Takrifan Kata Kerja & Contoh-contoh Analisis: Memecahkan bahan kepada bahagian-bahagian konstituennya dan menentukan bagaimana bahagian-bahagian berhubung di antara satu sama lain serta dengan structur keseluruhan dan tujuan. Analisis maksud ayat He saw a dead crow, in a drain, near the post office dalam puisi The Dead Crow. Aplikasikan: Tentukan abstraksi yang mana (konsep, prinsip, peraturan, undang-undang, teori, andaian) adalah relevan dalam situasi penyelesaian masalah. Aplikasi prinsip penyediaan dan permintaan untuk menerangkan kenapa indeks harga pengguna (CPI) di Malaysia telah meningkat dalam tiga bulan kebelakangan ini. Beri ciri-ciri: Tentukan suatu pandangan, bias, nilai, atau hajat yang mendasari sesuatu bahan. Tentukan pandangan penulis dalam makalah tentang sudut pandang politiknya. Klasifikasikan: Tentukan kategori yang mana sesuatu itu digolongkan. Klasifikasikan organisma kepada vertebrate dan invertebrate. Bandingkan: Kenal pasti dan terangkan kesamaan. Bandingkan peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Komposisi: Buat atau bentukkan dengan menggabungkan beberapa barang, bahagian, atau elemen. Komposisi suatu rancangan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur. Bandingkan: Keluarkan titik perbezaan. Bezakan sumbangan Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussien kepada kestabilan politik Malaysia. Cipta: Cantumkan elemen bagi membentuk suatu badan yang koheren atau berfungsi, kenal pasti element membentuk corak atau struktur yang baru. Cipta suatu penyelesaian untuk masalah trafik di Kuala Lumpur. Kritik: Cari corak konsisten dan tidak konsisten di antara produk dan criteria luaran yang relevan; cari kesesuaian sesuatu prosedur kepada sesuatu masalah. Pertimbangkan yang mana di antara dua kaedah adalah cara yang lebih baik bagi menyelesaikan suatu masalah.

79 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Pertahankan: Rumuskan dan bentangkan suatu hujah yang menyokong suatu cadangan, untuk mengekalkan atau meminda suatu dasar, program, atau cadangkan tindakan. Pertahankan keputusan untuk menaikkan harga minyak oleh kerajaan. Takrifkan: Beri maksud perkataan atau konsep; letakkannya dalam kelas di mana ia tergolong dan bezakan dia daripada item lain dalam kelas yang sama. Takrifkan terma chemical weathering". Terangkan: Beri penjelasan; beritahu atau gambarkan dalam perkataan; persembah semula atau lainkan menggunakan perkataan. Jelaskan sumbangan Zaaba kepada perkembangan bahasa Melayu. Reka bentuk: Bina suatu prosedur untuk menyelesaikan suatu tugasan. Reka bentuk suatu eksperimen untuk membuktikan bahawa 21% udara terdiri daripada oksigen. Bina: Bawa sesuatu kepada keadaan yang lebih terkehadapan, berkesan, atau boleh digunakan; hasilkan. Bina sebuah soalan esei dengan memperbaiki soalan esei yang kurang berkesan. Bezakan: Bezakan bahagian yang relevan daripada yang tidak relevan atau bahagian yang penting daripada yang tidak penting bagi sesuatu bahan yang dipersembahkan. Bezakan di antara penyediaan dan permintaan dalam menentukan harga. Jelaskan: Jelaskan sebab sesuatu berlaku; bina suatu model sebab-dan-kesan suatu sistem; beritahu "bagaimana" membuat; beri maksud. Jelaskan sebab-sebab Perang Dunia Pertama. Nilaikan: Buat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard; tentukan kepentingan, nilai, mutu, atau kerelevanan; beri kebaikan dan keburukan; kenal pasti dan terangkan kelebihan dan batasan. Nilaikan sumbangan microchip dalam telekomunikasi. Hasilkan: Hasilkan hipotesis alternatif, contoh-contoh, penyelesaianpenyelesaian, cadangan-cadangan, dan lain-lain berdasarkan kriteria. Hasilkan hipotesis untuk menerangkan suatu fenomena yang diperhatikan. Kenal pasti: Kenal pasti orang atau barang tertentu. Kenal pasti ciri-ciri iklim Mediterranean. Gambarkan: Gunakan gambar melalui perkataan, gambarajah, carta, atau contoh sebenar bagi memperjelaskan suatu perkara. Gambarkan penggunaan catapult dalam peperanban amphibious semasa Alexander. Buat infersi: Buat rumusan yang logik daripada maklumat yang diberi. Apakah inferensi anda tentang apa yang telah berlaku dalam eksperimen itu?. Buat Interpretasi: Beri maksud; tukarkan daripada suatu bentuk representasi (e.g. numerikal) kepada yang lain (e.g. verbal). Beri Interpretasi ayat puitis, "The sound of a cobweb snapping is the noise of my life." Beri Justifikasi: Beri sebab-sebab munasabah; berikan bukti; persembahkan fakta untuk menyokong pendirian. Beri justifikasi penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua. Senaraikan: Buat suatu siri nama atau item lain. Senaraikan fungsi utama jantung manusia.

80 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei Ramalkan: Tahu atau beritahu sebelum masanya dengan tepat suatu pengiraan, pengetahuan, atau buat inferensi daripada fakta atau pengalaman yang bakal berlaku. Ramalkan hasil suatu tidakbalas kimia. Cadangkan: Berikan pertimbangan, penerimaan, atau tindakan; Cadangkan. Cadangkan penyelesaian masalah tanah tergelincir sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kenal Pasti: Letakkan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang yang konsisten dengan bahan yang diberi. Kenal pasti peristiwa-peristiwa penting dalam proses kemerdekaan Malaysia. Ingat Kembali: Keluarkan pengetahuan relevan daripada ingatan jangka panjang. Ingat kembali tarikh-tarikh penting peristiwa dalam sejarah Islam. Ringkaskan: Meringkaskan; beri point utama secara ringkas. Ringkaskan cara manusia meyimpan makanan. Turuti: Turuti sesuatu; ikut jejak sesuatu; beri penerangan tentang perkembangan sesuatu. Jejak perkembangan television dalam pengajaran di sekolah.
4.6 AKTIVITI

a) Pilih satu soalan esei dalam mata pelajaran anda dan tentukan samada kata kerja yang digunakan adalah sama dengan senarai di atas. Adakah tugasan yang diperlukan oleh kata kerja tersebut sesuai? b) Adakah anda berpendapat pelajar boleh membezakan di antara tugasan yang dikehendaki oleh kata-kata kerja tersebut? c) Bolehkah guru menerangkan tugasan yang dikehendaki oleh kata-kata kerja tersebut?

SENARAI SEMAK UNTUK MENULIS SOALAN ESEI Bolehkah item ditaksir dengan lebih berkesan menggunakan jenis pentaksiran lain? Adakah soalan esei selaras dengan hasil pembelajaran yang diinginkan? Adakah soalan esei itu terlalu panjang dan harus dipecahkan kepada beberapa soalan esei pendek? Adakah soalan esei itu mempunyai tugasan yang jelas dan cakupan yang khusus? Adakah soalan terlalu panjang dan distruktur dengan jelas? Adakah pelajar tahu jangka waktu yang disyorkan untuk setiap soalan? Telahkah anda menulis model jawaban atau garis kasar jawaban? Do you have a person knowledgeable in the subject to review the question?

81 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei

4.9 MEMERIKSA JAWABAN SOALAN ESEI

Memeriksa atau menggredesei adalah suatu aktiviti yang diketahui tidak berkebolehpercayaan. Marking should be Sekiranya kita membaca sebuah esei pada dua masa yang berbeza, kemungkinan besar kita akan free from bias and memberi gred yang berbeza setiap kali. Sekiranya subjectivity, and dua atau lebih orang guru membaca esei tersebut, reliable gred yang mereka berikan mungkin sekali berbeza, selalunya dengan ketara. Kita mungkin merasakan kita terkecuali, tetapi banyak kajian ke atas guru yang teliti danberhati-hati menunjukkan bahawa menggred esei mempunyai kebolehpercayaan yang rendah (Ebel, 1972; McKeachie, 1986; White, 1985). Adalah mustahil untuk mentiadakan masalah ini sama sekali, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk memperbaiki kebolehpercayaan penggredan. Dengan menggunakan panduan pemeriksaan atau skema pemarkahan, dapat membantu mengawal perubahan standard yang tidak dapat dielakkan semasa kita membaca suatu koleksi kertas dan esei. Dua bentuk panduan pemeriksaan yang biasa digunakan adalah kaedah analitik dan menyeluruh. 1) Kaedah Analitik Pemarkahan analitik adalah sistem yang paling selalu digunakan dalam peperiksaan awam yang besar (seperti SPM dan STPM) dan juga oleh guru dalam bilik darjah. Ciri-ciri asasnya adalah skema pemarkahan dan peruntukan markah (lihat Gambarajah 4.2). Skema pemarkahan terdiri daripada suatu senarai elemen-elemen yang guru percaya pelajar harus masukkan dalam jawaban yang ideal. Sebagai contoh, markah diperuntukkan untuk menerangkan setiap daripada lima faktor (3 markah untuk setiap faktor) dan satu markah diberi untuk memberi contoh yang relevan. Markah juga diperuntukkan untuk pengenalan dan rumusan yang merupakan element-elemen penting dalam sesebuah esei.

82 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei CONTOH: Jelaskan LIMA faktor yang menentukan lokasi sebuah kilang pembuatan. Skema Pemarkahan (maksimum 25 markah) Pengenalan 2 markah o Membentangkan penyusunan esei Site atau Tanah o Penerangan (bagaimana site mempengaruhi lokasi) 3 o Contoh 1 Tenaga Kerja o Penerangan (peranan pekerja) 3 o Contoh 1 Modal (Pinjaman daripada bank-bank) o Penerangan (mendapatkan pinjaman) 3 o Contoh 1 Sistem Pengangkutan o Penerangan (akses kepada pelabuhan, populasi) 3 o Contoh 1 Kemahiran Keusahawanan o Penerangan (jenis kemahiran) 3 o Contoh 1 Rumusan (perkaitan antara lima faktor) 3 JUMLAH 25 markah

Gambarajah 4.2 Sampel Skema Pemarkahan Menggunakan Kaedah Analitikal Pemeriksa membaca dan membandingkan jawaban pelajar dengan model jawaban. Sekiranya semua elemen yang diperlukan ada, pelajar akan menerima markah maximum. Markah mungkin diberi berdasarkan elemen yang diberi dalam jawaban. Untuk mendapatkan markah keseluruhan dalam peperiksaan itu, guru mencampurkan markah yang diterima untuk setiap soalan. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang harus diberikan markah, berapa markah yang ada untuk setiap soalan agar anda boleh memberitahu pelajar; supaya mereka tidak memberi terlalu banyak atau terlalu sedikit maklumat dan mereka tahu sebenarnya apa yang guru jangkakan. Sekiranya pelajar memberi jawaban di luar jangkaan tetapi betul, maka berikan markah untuknya dan tambahkan markah kepada jawaban kekunci anda supaya pelajar lain selepas itu akan juga mendapat markah seperti pelajar itu. 2) Kaedah Menyeluruh (Pemeriksaan Global atau Impressionistic) Pendekatan menyeluruh kepada pemeriksaan soalan esei melibatkan guru membaca keseluruhan respon dan meletakkannya dalam kategori markah atau grad. Kaedah ini melibatkan mempertimbangkan jawaban pelajar secara keseluruhan dan mempertimbangkan mutu keseluruhan esei itu berbanding jawaban pelajar lain

83 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei berdasarkan kriteria tertentu yang anda bina. Anggaplah ia seperti mengasingkan benda-benda dan meletakkan dalam tong-tong berasingan.Anda membaca jawaban kepada suatu soalan dan letakkannya dalam tong yang sesuai. Jawaban yang terbaik diletakkan dalam tong sangat baik, jawaban yang baik diletakkan dalam tong baik, dan jawaban yang lemah dimasukkan ke dalam tong lemah. Kemudian markah yang sesuai dituliskan pada setiap kertas jawaban mengukit tong-tong tadi. Cara ini menggunakan impression keseluruhan, bukan mengikut setiap hujah menggunakan rubric atau skema permarkahan seperti dalam pendekatan menyeluruh (lihat Gambarajah 4.3). Anda boleh memeriksa dengan terperinci dengan menggunakan lima, atau paling banyak enam kategori. Anda perlu membaca semula semua jawaban bagi memastikan yang semua dalam 5 kelompok tadi secara kasar adalah sama; semua dalam kelompok pertengahan hampir sama, dan kurang baik berbanding kelompok sangat baik dan lebih baik daripada kelompok lemah.

` Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Tiada Jawaban

Anda boleh membina keterangan jenis-jenis respon yang dapat menggambarkan setiap kategori sebelum anda bermula, dan seterusnya cuba menggunakan deraf ini ke atas beberapa kertas jawaban sebenar. Selepas membaca dan mengkategorikan semua kertas jawaban, adalah baik untuk memeriksan semula kertas-kertas jawaban dalam setiap kategori bagi melihat samada mereka cukup sama untuk diberi markah atau gred yang serupa. Anda mungkin lebih pantas membaca esei-esei itu secara menyeluruh dan hanya memberikan markah atau gred keseluruhan, tetapi pelajar tidak akan menerima maklumbalas yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Ada guru yang menggunakan pemarkahan menyeluruh dan juga memberi komen kepada setiap kertas jawaban bagi menunjukkan satu atau dua kekuatan dan/atau kelemahan agar pelajar akan mendapat tahu kenapa respon mereka diberikan markah yang sedemikian.
4.6 AKTIVITI

a) Bandingkan kaedah pemarkahan esei analitikal dan menyeluruh. b) Kaedah yang mana lebih banyak diamalkan dalam institusi anda? Kenapa agaknya? c) Adakah anda berasa aka nada perbezaan dalam pemarkahan esei menggunakan kaedah-kaedah tersebut? Jelaskan kenapa.

84 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei SANGAT BAIK (10 markah) Menjawab soalan Menyatakan hujah yang relevan Mempersembahkan hujah dalam urutan yang logik Menggunakan gaya dan nahu bahasa yang boleh diterima (tiada kesalahan) Kombinasi ciri-ciri di atas, tetapi kurang konsisten (1-2 kesalahan) Menunjukkan kefahaman yang tepat dan lengkap tentang soalan Menggunakan beberapa hujah dan menyokong hujah-hujah itu dengan contoh, data yang menyokong rumusan Sama seperti di atas tetapi kurang teliti, namun tepat Menggunakan hanya satu hujah dan contoh yang menyokong rumusan Menunjukkan kefahaman tentang soalan secara minimal, namun masih tepat Menggunakan sedikit subset idea yang berkemungkinan untuk menyokong hujah-hujah.

BAIK (8 markah)

SEDERHANA (6 markah)

Tidak menjawab soalan dengan jelas, namun mempunyai sudut pandang Menyatakan hujah yang agak relevan Menyampaikan hujah dalam urutan yang agak logik Menggunakan gaya dan nahu bahasa yang boleh diterima (lebih daripada 2 kesalahan) Tidak menjawab soalan Tidak menyatakan hujah yang relevan Tidak disusun dengan jelas atau logik Gagal menggunakan gaya dan nahu bahasa yang boleh diterima

LEMAH (4 markah)

Tidak menunjukkan kefahaman tentang soalan, tidak tepat Tidak member bukti yang menyokong respon kepada soalan

TIADA JAWABAN (0 markah) Jadual 4.1 Sampel Skema Pemarkahan Menggunakan Kaedah Menyeluruh

85 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei SYOR-SYOR UNTUK MEMERIKSA ATAU MENANDA ESEI Gred kertas-kertas jawaban tanpa melihat nama penulis. Ini akan membantu mengawal pengaruh jangkaan kita tentang pelajar dalam mentaksir jawaban. Baca dan beri markah kepada jawaban satu soalan sebelum meneruskan kepada soalan seterusnya. Dalam erti kata lain, periksa jawaban semua pelajar kepada Soalan 1 sebelum melihat Soalan 2. Ini dapat membantu mengekalkan satu kerangka rujukan dan satu set kriteria yang sama bagi semua jawaban, yang akan menjadikan penggredan lebih konsisten. Ia juga dapat mengelakkan sesuatu tanggapan yang kita bentuk semasa membaca satu soalan dibawa kepada pembacaan jawaban pelajar yang seterusnya. Sekiranya pelajar tidak begitu berjaya dalam soalan pertama, misalannya; kita mungkin terbawa-bawa tanggapan ini semasa menilai jawaban kedua pelajar itu. Tetapi apabila jawaban pelajar lain berselang, kuranglah kemungkinan kita dipengaruhi oleh tanggapan pertama tadi. Kalau boleh, cuba menggred semua jawaban kepada sesuatu soalan tanpa gangguan. Standard yang kita letakkan muungkin berbeza daripada pagi hingga ke malam, atau satu hari ke hari yang lain. Rombakkan kertas-kertas jawaban selepas menanda seriap item sepanjang menanda kertas soalan. Dengan menukar urutan dapat mengurangkan kesan konteks dan kemungkinan markah seseorang pelajar disebabkan kedudukan kertas jawabannya. Sekiranya kerja bergred B Rakesh selalu dituruti oleh kerja A Jamal, kerja Rakesh akan nampak lebih seperti kerja C dan grednya mungkin lebih rendah berbanging sekiranya kerjanya terletak di tempat lain dalam timbunan kertas tadi. Putuskan lebih dahulu bagaimana anda akan menangani faktor-faktor lain dan anda harus konsisten dalam mengaplikasikan peraturan tersebut. Pelajar harus diberitahu bagaimana anda akan menangani perkara-perkara seperti salah ejaan, kekemasan, tulisan, nahu bahasa, dan sebagainya. Sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan. Ada pelajar yang tidak tahu jawaban tetapi menulis esei dengan tersusun dan koheren,tetapi mengandungi bahan yang tidak berkaitan dengan soalan. Putuskan bagaimana anda menangani maklumat yang tidak relevan atau tidak tepat di dalam jawaban pelajar. Kita tidak harus beri apa-apa markah kepada bahan yang tidak relevan. Adalah tidak adil kepada pelajar lain yang mungkin lebih selesa menulis tentang topik lain, tetapi terpaksa menulis tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Tuliskan komen pada kertas jawaban pelajar. Komen guru menjadikan peepriksaan esei suatu pengalaman pembelajaran yang baik untuk pelajar. Ia juga bertujuan menyegarkan kembali ingatan anda tentang penilaian anda sekiranya pelajar mempersoalkan gred yang diberi. Berhati-hati tentang urutan semasa anda menanda kertas jawaban kerana ia mungkin mempunyai impak kepada gred yang diberi. Seorang pemeriksa

86 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei mungkin menjadi lebih kritikal (atau lebih bersahaja) selepas membaca beberapa kertas jawaban, maka kertas-kertas jawaban yang terdahulu mungkin menerima markah yang lebih rendah (atau lebih tinggi) daripada kertas-kertas jawaban yang sama mutunya tetapi diperiksa kemudian. Dan juga, apabila pelajar diminta memberi pandangan tentang isu yang kontroversial, pemeriksa mesti berhati-hati agar memastikan yang bukti dan cara persembahannya dinilai, BUKAN pendirian pelajar. Sekiranya pelajar mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian pemeriksa, pemeriksa harus berhati-hati dengan bias yang dibawanya semasa memeriksa esei kerana pendirian pelajar berlainan daripada pendiriannya.

RINGKASAN Sebuah ujian esei adalah sebuah item ujian yang memerlukan respon dikomposisi oleh pengambil ujian dan selalunya dalam bentuk satu atau lebih ayat sehinggakan tidak ada satu respon atau corak respon boleh disenaraikan sebagai jawaban yang betul, dan ketepatan serta mutu jawaban boleh dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh seorang yang ahir atau tahu dalam bidang. Terdapat dua jenis esei berdasarkan fungsinya: esei kerja kursus dan esei peperiksaan Soalan esei memberikan cara yang berkesan mentaksir hasil pembelajaran yang kompleks. Soalan esei memberikan pengalaman autentik kerana membina respon adalah lebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon. Adalah mustahil mentaksir penguasaan pelajar tentang keseluruhan domain sesuatu bidang dengan hanya beberapa soalan. Soalan esei mempunyai dua elemen pentingsejauhmana tugasan distruktur dan sejauhmana cakupan kandungan difokuskan. Samada sebuah item esei mentaksir pemikiran tahap tinggi bergantung kepada reka bentuk soalan dan bagaimana respon pelajar diberi markah. Menentukan had masa dapat membantu pelajar memperuntukkan masa menjawab beberapa soalan esei. Elakkan menggunakan soalan esei untuk mentaksir hasil pembelajaran yang lebih baik ditaksir menggunakan jenis pentaksiran yang lain. Pemarkahan analitikal adalah sistem yang paling selalu digunakan dalam peperiksaan awam yang besar dan juga digunakan oleh guru dalam bilik

87 Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei darjah. Ciri-ciri asasnya adalah skema pemarkahan dan peruntukan markah untuk element-elemen dalam jawaban. Pendekatan menyeluruh kepada pemeriksaan soalan esei melibatkan membaca seluruh respon dan meletakkannya ke dalam kategori yang dikenal pasti mengikut markah atau gred.

ISTILAH PENTING Esei Hasil Pembelajaran Kompleks Tugasan mental Skema pemarkahan Respon terbina

Tugasan & cakupan Kebolehpercayaan Intrapenanda Model jawaban Mengambil masa Rubric

Kaedah Menyeluruh Kebolehpercayaan Antara Penanda Kaedah Analitikal Menggred

RUJUKAN: Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives. New York: Addison Wesley Longman. Ebel. L. (1979). Essentials of Educational Measurement. Englewood Cliff, NJ: Prentice-Hall. Gramm, B. F. (1981). Measuring Classroom Achievement. NY: Holt, Rinehart, Winston, 1981. McKeachie, W. J. Teaching Tips. (8th ed.) Lexington, Mass.: Heath, 1986. Moss, A., & Holder, C. (1988). Improving Student Learning: A Guidebook For Faculty in All Disciplines. Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt. Reiner, C., Bothell, T., Sudweeks, R. & Wood, B. (2002). How to Prepare Effective Essay Questions. Department of Instructional Psychology & Technology. Brigham Young University Testing Services. Stalnaker, J. (1951). The Essay Type of Examination. In E.F. Lindquist (Ed). Educational Measurement. Menasha, Wisconsin: Geroge Banta. 495-530. White, E.M. (1985). Teaching and Assessing Writing: Recent Advances in Understanding,Evaluating and Improving Student Performance. San Francisco: Jossey-Bass.

Вам также может понравиться