Вы находитесь на странице: 1из 42

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1

Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian

Sipnosis Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga merupakan pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran. Mengenal pasti prosedur penilaian.

. Kerangka Tajuk 1 Definisi konsep pentaksiran Definisi konsep penilaian

Pengenalan pentaksiran dan penilaian

Hubungan pentaksiran dengan penilaian 1

Prosedur penilaian

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

1.1

Kandungan Isi Konsep pentaksiran dan penilaian Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

1.1.1 Definisi dan konsep pentaksiran. Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di atas. Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua istilah yang boleh saling ditukarganti. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud pentaksiran dan penilaian berikut. Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai; .the .thetotal totalsets setsof ofinformation informationgathered gathered about aboutstudents studentsin inthe theclassroom. classroom.
(Banks, (Banks,2005) 2005)

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut: Classroom Classroom assessments assessmentscan canbe bedefined definedas asthe thecollection, collection,evaluation evaluationand anduse use of of information informationto tohelp helpteachers teachersmake makebetter betterdecisions. decisions.
(McMillan, (McMillan,2004) 2004)

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir. Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari (2002) merangkumkan kedua-dua definisi Banks dan McMillan: proses proses mengumpulkan mengumpulkan dan dan mentafsir mentafsir maklumat maklumat tentang tentang pelajar pelajar untuk untuk membuat membuat keputusan-keputusan keputusan-keputusan yang yang dapat dapat meningkatkan meningkatkan pembelajaran pembelajaran dan dan pengajaran. pengajaran.
(Mohamad (MohamadSahari, Sahari,2004) 2004)

Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir. Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan aktiviti mengumpul, membuat keputusan merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah dan mentafsir maklumat pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang terkandung dalam pentaksiran. Tujuan umum pentaksiran di bilik 3

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang dapat memberikan satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat pentaksiran, pentaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran. Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan maklumatmaklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

1.1.2 Definisi dan konsep penilaian Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan keputusan. Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich 4 dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

(1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai. Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap projek, kajian kes, portfolio, kerja kursus, dan buku skrap pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh. Menurut Banks pula, penilaian ialah......

the the specific specific process process of of describing describing and and making making judgments judgments about about assessments. assessments.
(Banks., (Banks.,2005) 2005)

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Gronlund (1981 dalam Mokhtar, 1995) menterjemah maksud penilaian sebagai; satu satu proses proses sistematik sistematik untuk untuk menentukan menentukan sejauhmana sejauhmana objektif objektif pengajaran pengajarantelah telahdicapai dicapaioleh olehpara parapelajar. pelajar.

McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan; an an interpretation interpretation of of what what has has been been gathered gathered through through measurement, measurement, in in which whichvalue valuejudgments judgments are aremade madeabout about performance. performance. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai. 1.2 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan itulah dia penilaian.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibina oleh Banks (2005). Pentaksiran

Penilaian

Pentaksiran tidak formal

Rajah 1.1: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang merangkumi aktiviti penilaian. Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa perlu kita berbuat demikian?

1.3

Prosedur penilaian Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,

penganalisisan dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti Rajah 1.2 di bawah. Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran Peringkat Analisis Ukuran

Peringkat Interpretasi dan Tindakan Susulan Rajah 1.2: Prosedur penilaian 7

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktivitiaktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian, pengukuran dan pengujian. Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

. .

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Sipnosis Tajuk ini menjelaskan tentang definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. Pelbagai jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga turut didedahkan dalam tajuk ini.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menjelaskan definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

Kerangka Tajuk 2 Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian Penilaian dan proses pengajaranpembelajaran Jenis-jenis penilaian

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penilaian alternatif 9

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kandungan Isi Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut : i. ii. iii. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran da penilaian? Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian? Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu.

2.1

Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? kita teliti maksud terminologi di bawah. Pengujian ialah: pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. (Mokhtar,1995) Mari

Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai: satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu sistem berkategori

Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar

10

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut Milagros (1981 dalam Raminah, 1991); Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

11

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Apa pula yang dimaksudkan dengan pengukuran? Kumpul 5 pengertian pengukuran daripada sumber yang berbeza. Kongsi dengan rakanrakan anda. Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu. Menurut Aziz dan Mohd Isha (2008) pula, pengukuran bermaksud suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Reynolds, Livingston dan Wilson (2010) mengutarakan pengertian pengukuran yang selari dengan pengkaji-pengkaji lain. Menurut mereka, Measurement is a set of rules for assigning numbers to represent objects, traits, attributes, or behaviors. Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombornombor diberi (biasanya dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri atau atribut seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukun-rukun tertentu. Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat antara orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu. Kumpul maklumat dari internet berkaitan pengertian penilaian. Buat nota pendek daripada setiap pengertian. Bawa ke kelas untuk dibincangkan.

Penilaian ialah . Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda. (Mokhtar, 1995) Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai oleh para murid. (Mokhtarl, 1995) 12

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian bersama-sama dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya. Dalam hal ini, terdapat dua aspek yang penting dalam penilaian iaitu proses sistematik di mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan terdapat objektif pengajaran yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi Popham (1975) penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran yang ditentukan. Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat atau data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-duanya sekali. Bolehkah anda fikirkan contoh bagi penilaian ini? Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses yang penting dalam mengesan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Maka, kemahiran menghasilkan instrumen pengujian, pengukuran dan penilaian yang baik memainkan peranan yang penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman web seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2.2

Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran 2.2.1 Penilaian pencapaian Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber maklum balas pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian murid.

13

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2.2.2 Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran merupakan satu penilaian yang dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Penilaian ini membolehkan guru mendapatkan pengetahuan tentang pencapaian murid dalam perkara yang telah diajar untuk setiap hari atau sepajang hari agar dapat mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini merangkumi aktiviti mendapat maklumat melalui soalan murid dan membuat perbandingan daripada kerja atau latihan murid semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlaku. Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan. Pertama kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja. Murid perlu diberi balik kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau ilmu pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru perlu menjalankan dikembalikan. 2.2.3 Perbandingan rujukan norma Perbandingan rujukan norma digunakan sekiranya guru ingin kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid

membandingkan prestasi pencapaian individu murid dengan prestasi pencapaian murid lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah murid A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada murid sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk 14

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang murid dengan murid lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara murid pandai dan murid lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara murid.

Perbandingan rujukan norma juga membawa pengertian membuat perbandingan di antara murid yang dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang sama seperti umur atau peringkat perkembangan yang sama. Ini bermakna sekiranya terdapat murid yang tidak dapat melakukan tingkah laku seperti sebahagian besar murid lain, maka dia dikategorikan lemah atau di bawah pencapaian norma. Contohnya sebilangan besar murid yang berumur 6 tahun telah boleh membaca semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seorang murid yang sama umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap berada di bawah pencapaian norma.

Popham (1981) menjelaskan............. Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik tetapi tidak memberi satu gambaran yang terperinci seperti kemahiran seseorang murid. Kerja menghasilkan soalan ujian hendaklah diberi perhatian agar dapat menunjukkan perbezaan di antara murid-murid. Kesukaran soalan boleh dibahagikan kepada 25% yang sukar dan 25% yang senang di mana 50% soalan yang sederhana sukar. Dengan ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan dengan betul daripada 60 15

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

soalan dalam sesuatu ujian dan skor mentah murid ini ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid ini dalam pangkat peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan murid lain sebagai norma. Hasil rujukan ini memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 dari jadual norma, maka prestasi murid tersebut dikatakan berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid lain dalam kumpulan norma. 2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria Perbandingan rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid lain.

Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kandungan pelajaran yang berbentuk kumulatif iaitu murid perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya kandungan sesuatu pelajaran yang hanya diperoleh pada akhir semester. Guru boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, guru perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalansoalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.

16

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Jadual 2.1 di bawah menjelaskan perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dengan Penilaian Rujukan Kriteria. Jadual 2.1 Perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dan Penilaian Rujukan Kriteria Rujukan Norma Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain Soalan menggalakkan kepelbagaian. Soalan menggunakan pengacau terbaik Rujukan Kriteria Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan. Soalan memberi tumpuan kepada kriteria tingkah laku yang diuji. Menumpukan kepada pengenalpastian tingkah laku. Mendalam, banyak soalan bagi setiap objektif Kepelbagaian soalan ujian adalah minimum Bilangan lulus atau gagal serta julat prestasi yang boleh diterima

Dimensi Ciri Matlamat

Pembinaan Soalan

Kandungan Ujian Kepelbagaian Kandungan Pelaporan dan Pentafsiran

Cetek, kebiasaannya 1 atau 2 soalan setiap objektif Semakin pelbagai soalan ujian semakin baik Persentil dan skor piawai

Renung sejenak ! Apakah perbezaan utama antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria?

2.2.5 Penilaian terkawal Penilaian terkawal merujuk kepada penilaian di mana murid-murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama, 17

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

menjawab dalam bentuk dan pada kertas yang serupa dan diawasi sepanjang masa oleh pengawas. Penilaian ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran. 2.2.6 Penilaian tidak terkawal Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta berlaku dalam keadaan sebenarnya dan semasa perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan secara terkawal. Maka guru perlu bersifat bersedia dan sensitif kepada keadaan yang boleh menjadi sumber penilaian tidak terkawal. 2.3 Jenis-jenis penilaian Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif. 2.3.1 Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi 18

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan murid dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif banyak digunakan di sekolah-sekolah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. 2.3.2 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap

penguasaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir semester, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan murid daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan murid. Kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif?

19

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2.3.3

Penilaian Diagnostik Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada murid sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya murid belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan. Penilaian diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat diperbaiki melalui penilaian formatif. Matlamatnya adalah untuk menentukan punca masalah pembelajaran dan menyediakan perancangan untuk tindakan pemulihannya.

2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Antara tujuan lain ujian ini diadakan ialah bagi menempatkan murid pada peringkat pelajaran yang sesuai dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pelajaran. Selain itu. penempatan dilakukan supaya tindakan susulan dapat dibuat agar murid diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai. Jenis ujian penempatan yang biasa dijalankan di sekolah ialah ujian pencapaian atau ujian sumatif Empat jenis penempatan yang dijalankan ialah : a. b. c. penempatan murid ke sekolah yang berlainan seperti sekolah vokasional atau sekolah biasa murid dimasukkan ke aliran sains atau sastera murid dimasukkan ke dalam darjah yang berlainan mengikut kemampuan murid 20

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

d.

murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam satu bilik darjah dan guru terpaksa menggunakan pelbagai strategi pengajaran apabila mengendalikan darjahnya.

2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude) Ujian piawai merupakan ujian yang diselaraskan secara bersama dari peringkat merancang, mengubal dan mentadbir ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya oleh satu organisasi tertentu. Ujian ini direkabentuk untuk meramal penguasaan murid dalam aktiviti tertentu pada masa hadapan. Ujian ini juga digunakan untuk mengukur kebolehan murid terhadap pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari. Maklumat dari ujian ini berguna dalam menentukan kesediaan belajar murid, pengajaran secara individu, membentuk kumpulan dalam bilik darjah, mengenal pasti murid yang lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran, dan membantu murid dalam perancangan pelajaran dan vokasional. Contoh ujian piawai ialah ujian bakat dan ujian kecerdasan. 2.4 Penilaian alternatif Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian berasakan projek. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran melalui portfolio yang disediakan oleh murid. Penilaian alternatif

21

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

ini

memerlukan

pengetahuan

dan

kemahiran

khusus

dan

tidak

dibincangkan dalam modul ini. 2.4.1 Penilaian portfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyemak menyempurnakan dan tugasan, menggalakkan mereka murid secara menganalisis pembelajaran

sistematik dan menyediakan ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

22

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Ciri-ciri Portfolio a. Menggambarkan dan harapan. b. Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk murid menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. c. Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. d. Membuat catatan pembimbing yang membantu murid merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. e. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan murid sebagai penggalak kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif. Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi: a. b. c. d. e. f. senarai semak yang disediakan oleh guru nota-nota yang disediakan oleh guru catatan jurnal buku log refleksi kendiri murid gambar dan foto sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu

rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman

23

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kebaikan Penilaian Portfolio a. b. c. d. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian murid Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid Dapat memotivasikan murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 2.4.2 Penilaian berasaskan keterampilan Penilaian berasaskan keterampilan merupakan satu penilaian yang melibatkan menunjukkan proses melaksanakan atau sesuatu tugasan atau menghasilkan sesuatu produk. Penilaian ini melibatkan murid kecekapannya pengetahuannya dengan memberi jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang baik. Penilaian ini juga merupakan satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif mereka. Kriteria penilaian ditetapkan bersama-sama dengan murid. Penilaian berasaskan keterampilan juga merupakan proses

mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang sama ada kompetensi telah dicapai. Ini bagi mengesahkan sama ada seorang murid dapat melaksanakan jangkaan ditetapkan. standard yang telah

24

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2.4.3 Penilaian berasaskan projek Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Penilaian ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat siasatan, dan membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu. Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projek a. b. c. d. e. f. g. Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual atau kinestetik Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjang Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau berpasukan Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran Peringkat-peringkat pelaksanaan projek 1. Sebelum pelaksanaan projek Dapatkan panduan dari guru Kenalpasti masalah dan tajuk Tinjau projek lepas untuk rujukan Bentuk pasukan dan pembahagian tugas 25

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2.

Semasa pelaksanaan projek Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan Kenal pasti skop dan urutan Sediakan jadual pelaksanaan projek Tentukan punca maklumat Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data Penambahbaikan dan penilaian berterusan Sediakan laporan projek Bentangkan dapatan/ hasil Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses, dan projek yang dihasilkan mempunyai kualiti mengikut piawaian yang

3.

Selepas pelaksanaan projek i.

ditetapkan ii. iii. iv. v. Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa: 1. Fasa 1 Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti sama ada secara formal seperti pra-pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai topik projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian ke atas maklumat sedia ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan. 26

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2.

Fasa 2 Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi maklum balas bernilai kemajuan kepada projek murid mengenai Rubrik pembelajaran pemarkahan dan boleh mereka.

membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan projek sementara bagi guru pula menjadi rujukan ketika mengadakan 3. Fasa 3 Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai hasil projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang sesuai juga dapat membantu memberikan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang. 2.4.4 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah Guru memainkan peranan penting dalam mengesan sesi perbincangan mengenai tahap pencapaian dan kemajuan.

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke 27

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PBS guru akan dapat: a. b. c. d. e. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; mengetahui keberkesanan pengajarannya; merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. 28

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

CiriI-Ciri Penilaian Berasakan Sekolah PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut: i. ii. dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiri berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai menilai iii. berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara berterusan dalam mengesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian murid iv. v. vi. menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan, penulisan dan sebagainya mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani menekankan individu vii. bersistem yang melibatkan proses merancang, menentukan instrumen, melaksana, menganalisis, merekod, melapor dan mengambil tindakan susulan 29 perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

viii.

menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih menilai kemajuan sendiri secara berterusan dan guru mendapat maklumat tambahan

ix.

membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi kelemahan pembelajaran dan mempertingkatkan kekuatan pembelajaran murid.

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. 1. a. b. c. 2. sumatif. 3. Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Reka Bentuk Teknologi? Pengertian bagi konsep-konsep berikut: Pengujian Pengukuran Penilaian Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian

30

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

TAJUK 3

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Pentaksiran

Sinopsis Tajuk ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian, penggunaan dan interprestasi data. Analisis Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Hasil Pembelajaran: 1. Menerangkan maksud kesahan pentaksiran 2. Menerangkan maksud kebolehpercayaan pentaksiran 3. Menjelaskan jenis-jenis kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran 4. Membandingkan antara pemeriksa dan pemerhati ( inter-rater)

Kerangka Tajuk 3

Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

Matlamat pendidikan, hasil pembelajaran dan pentaksiran

Jenis kesahan pentaksiran

Jenis kebolehpercayaan

Antara pemeriksa dan antara pemerhati serta faktor mempengaruhi kebolehpercayaan

31

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

3.0

Ciri-Ciri Utama Ujian Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi. Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah: a. b. c. d. e. Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran

3.1

Definisi Kesahan Pentaksiran Kesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur. 3.1.1 Jenis kesahan Mehrens dan Lehmann (1991) telah menyenaraikan empat jenis kesahan, iaitu:

JENIS KESAHAN Kesahan kandungan Kesahan muka Kesahan ramalan 32 Kesahan gagasan Kesahan hubungan-kriteria Kesahan serentak

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kesahan kandungan Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan. Kesahan kandungan adalah penting, terutama bagi ujian pencapaian, sebab markah yang diperoleh pelajar akan menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi kandungan pelajaran tertentu. Sekiranya soalan ujian tidak meliputi penilaian sah/bias. secukupnya terhadap kandungan pelajaran tersebut, tidak pencapaian pelajar menjadi

b.

Kesahan gagasan/konstruk Kesahan gagasan/konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu gagasan/konstruk berasas teori psikologi.

c.

Kesahan muka Kesahan muka bukanlah kesahan saperti definisinya yang kita fahami tetapi ia lebih kepada sesuatu alat ukuran nampak pada permukaan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini bermaksud sekali pandangan, nampak alat ukuran itu sah atau orang biasa / tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

d.

Kesahan hubungan kriteria Kesahan hubungan kriteria merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria). Ukuran luaran dibahagikan kepada dua jenis, satu ukuran serentak bermaksud apabila ukuran luar diambil serentak dengan ukuran alat. Kedua ukuran ramalan 33

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

bermaksud apabila ukuran luaran diambil selepas ukuran alat. Daripada ukuran-ukuran luaran ini kita boleh mencari keesahan serentak dan kesahan ramalan saperti berikut: e. Kesahan Serentak Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak. Sebagai contoh sekiranya alat ukuran kecerdasan A menghasilkan skor yang mempunyai hubungan (pekali kolerasi tinggi) yang kuat dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan B, maka alat A dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Dengan ini alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur kecerdasan. f. Kesahan Ramalan Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian. Sebagai contoh sekiranya ujian percubaan Matematik menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred Matematik SPM, maka ujian Matematik percubaan dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan SPM.

34

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Contoh, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap Contoh, jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gred Contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar

3.1.2 Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi 35

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik. Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang. Indeks Kebolehpercayaan Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji semula, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji semula dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada murid yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada murid pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari jawapan murid terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari 36

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

satu set ujian yang ditadbirkan pada murid. Sekurangkurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai. Mempertingkatkan Kebolehpercayaan Berikut a. b. c. d. e. f. adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina. Arahan hendaklah jelas dan tepat. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat. Soalan hendaklah seragam (homogen). Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor yang dihasilkan dari ujian tersebut. Namun kebolehpercayaan juga dipengaruhi oleh faktor seperti emosi, tempat ujian dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Jenis-Jenis Kebolehpercayaan a. Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran kebolehpercayan uji-uji semula (test-retest estimate of realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama di tadbirkan dan 37

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

seterusnya mengira pekali korelasi Perason antara dua atau pasangan skor yang diperoleh setiap murid. Memberi gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang diperolehi murid sekiranya di ulang semula ujian yang sama. b. Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menajwab serta min, varians dan interkolerasi skor) kepada kumpulan murid dan pada hari yang sama dan seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap murid. c. Ukuran memberi Kesetaraan tahap dan Kestabilan kepada ini kita akan untuk

keyakinan

membuat generlisasi skor yang akan diperolehi murid sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian akan menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian kedua di samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang panjang. d. Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan

dengan mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di lakukan dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half). Mengunakan rumus Kuder-Richardson 38 dan kaedah Alpha

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Cronbach. Pengiraan akan menunjukkan hubungan atau korelasi antara setiap item dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman (homogeneity) antara item dalam sesuatu ujian. e. Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran atau skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan pemeriksa akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa kepada murid adalah sama bagi menyeragamkan pemberian markah apabila skrip jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa. Faktor-Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan a. b. Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat sekiranya ujian bertambah panjang. Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan menjadi lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil ujian. c. Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenous (berbeza) yang akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan. d. Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang jawapannya lebih objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-item yang mempunyai jawapan yang lebih

39

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

subjektif

akan

mempunyai

indeks

kebolehpercayaan yang lebih rendah. 3.1.3 Keobjektifan Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksapemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. Panduan Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk memastikan perbezaan pemarkahan kurangkan. 3.1.4 Kebolehtadbiran Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus. Pelaksanaan ujian juga memerlukan bilik darjah atau dewan peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik darjah yang sistematik dan efisien, penghantaran dan pentadbiran kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas, pengawasan yang teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. di antara pemeriksa dapat di

40

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kebolehtadbiran

merangkumi

aspek

pemarkahan.

Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda. 3.1.5 Kemudahtafsiran Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar ianya memberi maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini bermaksud hasilan dan keputusan ujian mudah diperolehi dan diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang murid kesesuaian strategi pengajaran kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar kesesuaian aras kesukaran item ujian membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh ditukarkan kepada pernomboran statistik seperti purata (mean), sisihan piawai (standard deviaton), skor piawai z dan skor piawai T. Dan jika semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai mudahtafsiran.

41

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Alfa Cronbach

Indeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau keseragaman item atau soalan yang bukan berjawapan dikotomi Indeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah calon atau markah purata dibahagikan dengan julat markah penuh Indeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan yang betul Indeks untuk mengukur ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan mengunakan pekali korelasi Pearson (coefficient correlation), Kuder-Richardson atau Alpha Cronbach Indeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut yang boleh dikira menggunakan pekali korelasi Pearson atau persamaan regresi Kesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan sukatan pelajaran yang telah diajar Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai hubungan dengan ujian yang lain sama ada ujian yang ditadbirkan secara serentak atau kemudian Kesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu seperti yang dipersepsikan calon yang menduduki ujian

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks Kesahan

Kesahan Konstruk/Gagasan Kesahan Kandungan Kesahan Kriteria

Kesahan Muka

42

Вам также может понравиться