Вы находитесь на странице: 1из 22

EDU3107 BAHAGIAN A ( 20markah ) Jawab semua soalan.

Penyataan manakah paling tepat menerangkan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling? A B C D Potensi dan sahsiah manusia berasaskan faktor baka sahaja Setiap manusia adalah unik dan berkebolehan untuk berkembang Manusia ada sejarah diri yang boleh menentukan masa depannya Manusia ada potensi dan dapat dicorak serta dimanfaatkan untuk faedah masyarakat

2.

Guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami dan menghayati etika kaunseling agar A B C D nama baik profesion kaunseling dapat ditingkatkan sesi bimbingan dan kaunseling dilaksanakan dengan berkesan tugas-tugas dilaksana dengan mematuhi garis panduan profesion kaunseling klien dapat dikawal daripada melanggar peraturan semasa sesi kaunseling dilaksanakan

3.

Perundingan dan rujukan merupakan salah satu bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Antara berikut yang manakah perundingan dan rujukan A B C D bukan menerangkan bidang perkhidmatan

Menilai program bimbingan di sekolah Membantu murid lepasan sekolah dalam hal kerjaya Merancang dengan guru-guru tentang cara-cara mengawasi kemajuan murid Merujuk kes-kes tertentu kepada pakar murid-murid dan pegawai kebajikan masyarakat

EDU3107 4. Penyataan paling tepat bagi menggambarkan ciri rekod anekdot A B C D Berfokus kepada perkembangan fizikal Merupakan hasil pemerhatian secara langsung Merupakan rekod yang kurang tepat dan tidak spesifik Maklumat yang direkodkan berpandukan peristiwa masa lalu murid-murid

5.

Pilih kenyataan yang merupakan tugas-tugas guru biasa dalam proses bimbingan I ll lll lV A B C D Mengumpul maklumat tentang peluang pekerjaan Mengadakan kaunseling individu bagi pelajar bermasalah Mengenal pasti murid-murid bermasalah di dalam kelasnya Membantu guru kaunseling membuat persiapan untuk kempen antidadah

l dan ll sahaja l dan lll sahaja lII dan lV sahaja lI, lll dan lV sahaja

6.

Idea tidak rasional perlu digantikan dengan idea-idea rasional. Saranan penyataan di atas berkaitan dengan Terapi ______________ A B C D Realiti Tingkah laku Berpusatkan Klien Tingkah Laku Rasional Emotif (REBT)

7.

Pilih penyataan yang tepat mengenai Teori Rogers? A B C D Melibatkan konsep kendiri positif Menekankan keikhlasan dan kepercayaan Mengutamakan kedua-dua pihak, klien dan kaunselor Menekankan keperluan konsep berempati dan simpati

EDU3107

8.

Rajah 1 menunjukkan paradigma yang terdapat dalam Teori Rasional Emotif oleh Albert Ellis. (A) (D) (B) (C) Rajah 1 Simbol ( C ) merujuk kepada: A B C D kepercayaan tidak rasional klien peristiwa yang menimbulkan kepercayaan mencabar kepercayaan tidak rasional klien kesan atau konsekuen daripada kepercayaan klien itu (E)

9.

Klien :Saya tidak memahaminya. Adakalanya dia baik dan bertimbang rasa, dan adakalanya pula perlakuannya amat menyakitkan hati saya. Kaunselor : Jadi pada anggapan anda dia tidak begitu tetap pendirian Parafrasa merupakan kemahiran yang sangat penting dalam sesi kaunseling. Parafrasa memainkan peranan sebagai A B C D menggambarkan penerimaan tanpa syarat membantu klien menghadapi konflik dan konfrontasi dengan berkesan membuktikan kepada ahli segala yang diucapnya didengari oleh pemimpin menggalakkan klien supaya terus meluahkan perasaan dan berkongsi dengan kelompok

10.

Ibu membenci saya...seolah-olah saya bukan anaknya. Danial terus meluahkan perasaannya sambil tersenyum tawar. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, kemahiran mengenal pasti masalah memerlukan anda untuk membuat A B C D refleksi idea refleksi tindakan refleksi perasaan refleksi pengalaman

EDU3107 11. Jenny kata Jenny tak tahu ke mana nak pergi selepas peperiksaan UPSR nanti. Cikgu cadangkan Jenny membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh, seperti MRSM.Apa kata Jenny? Cikgu yakin Jenny layak memohon ke sana. Tindak balas guru bimbingan tersebut merupakan aplikasi kemahiran A. B. C. D. konfrantasi penerokaan memberikan nasihat membuat refleksi perasaan

12.

Saya tidak berasa tenang di rumah, ibu bapa saya selalu bertengkar. Saya malu sangat pada jiran-jiran di sebelah rumah. Kebolehan guru bimbingan dan kaunseling mencerakin masalah klien di atas akan menolong klien celik akal tentang masalah yang dihadapinya. Jadi langkah terbaik, selepas mengetahui masalah klien ialah A B C D menyusun strategi penyelesaian mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya masalah mengesan kesesuaian alternatif yang telah dilaksanakan oleh klien

13.

Penggunaan elemen kreatif dalam proses terapi seni dapat membantu murid-murid A B C D mendapat celik akal menerima diri sendiri menambahbaik komunikasi meluahkan perasaan mengenai kekurangan

14.

Cikgu Adam ingin membina rapport dengan kliennya dengan mengaplikasi terapi muzik pada awal sesi kaunseling. Aktiviti manakah antara berikut yang sesuai digunakan secara berkesan? A B C D Memperdengarkan lagu instrumental kepada klien Memberi klien alat muzik tertentu untuk dimainkan Memainkan lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan Bertanya dan memilih jenis lagu kegemaran klien untuk dikongsikan

EDU3107 15. Cikgu Sabrina mendapati seorang murid bernama Lily menjadi mangsa penderaan di kelas Tahun Tiga Amanah. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bagaimana beliau dapat menggunakan terapi biblio bagi membantu murid tersebut sebelum memulakan sesi? A B C D 16. Membuat penilaian terhadap keberkesanan buku cerita Memberi bahan-bahan bacaan kepada Lily untuk dibaca dan diteladani Membuat penyelidikan tentang bahan-bahan bacaan yang sesuai digunakan Memperkenalkan buku kepada guru-guru lain agar turut serta membantu Lily

Hansen, Warner dan Smith (1980) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai suatu perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli yang berfokus kepada pencegahan dan rawatan. Nyatakan turutan langkah-langkah yang paling sesuai bagi guru bimbingan menubuhkan bimbingan kelompok di sekolah? I II III IV A B C D Mengadakan temubual kepada bakal-bakal ahli kelompok Menentukan kriteria-kriteria pemilihan ahli Merancang aktiviti bimbingan Mengambil kira pandangan ahli

I, II, III, dan IV II, III, IV, dan I III, IV, I, dan II IV, I, II, dan III

17.

Cikgu Jennifer telah memimpin sekumpulan pelajar dalam satu sesi bimbingan kelompok.Sebagai pemimpin kelompok, Cikgu Jennifer telah menggunakan pendekatan membantu pelajar untuk menghapuskan perlakuan sering ponteng kelas. Penyataan di atas paling sesuai menerangkan teori _________________. A B C D Gestalt Tingkah Laku Pemusatan Klien Terapi Rasional Emotif

EDU3107 18. B. Tuckmen (1977) telah menggariskan bahawa terdapat lima tahap di dalam perkembangan kelompok. Tahap-tahap tersebut ialah membentuk dan membina hubungan, meneroka dan mengenalpasti masalah, membina persamaan, penghasilan dan penangguhan. Fikirkan perkara yang mungkin sekali akan berlaku pada tahap penghasilan di dalam perkembangan sesi kelompok? A B C D Ahli menunjukkan penentangan dan sukar mempercayai ahli lain Ahli bersedia untuk bertukar pandangan dan memberi sokongan kepada ahli lain Individu semakin nampak lebih yakin dan tidak lagi bergantung kepada sokongan ahli lain Satu rumusan besar dibuat berdasarkan kepada aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi

19.

Dalam menjalankan kaunseling kerjaya, dua aspek penting yang harus diberikan perhatian oleh guru bimbingan dan kaunseling ialah minat kerjaya serta nilai kerjaya murid-murid yang berkaitan. Berikut merupakan huraian salah satu Ujian Minat Kerjaya.

Mengukur bidang minat umum individu Mempunyai 10 skala minat kerjaya Mengandungi 100 item pilihan ya dan tidak. Responden menandakan yang paling digemari, yang paling tidak digemari dan tinggalkan aktiviti yang kurang pasti

Pernyataan Inventori Minat Kerjaya tersebut sesuai untuk A B C D Inventori Minat Kerjaya Kuder (1939) Inventori Minat Strong-Campbell (1974) Inventori Minat Kerjaya Jackson (1997) Inventori Minat Kerjaya Tipologi Holland (1973)

EDU3107 20. Konsep gaya hidup yang dipelopori oleh Alfred Adler membawa maksud individu boleh menyesuaikan diri dalam mencapai matlamat dalam kehidupan yang pelbagai. Adler percaya bahawa gaya hidup ini berkembang sejak dari peringkat kanak-kanak lagi. Penyataan di bawah menunjukkan gaya hidup yang boleh dikaitkan dengan murid sekolah berdasarkan tipologi Adler. A B C D Ceria, Duka, Bimbang, dan Cemas Sosial, Berdendam, Ceria, dan Tamak Berdendam, Bermusuh, Tamak, dan Iri Hati Sosial, Dominasi, Mendapatkan, dan Mengelak

EDU3107 BAHAGIAN B ( 40markah ) Jawab semua soalan. a Nyatakan empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah [4 markah] b Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah [6 markah] 2. a Kaedah temu bual boleh dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan maklumat. Huraikan tiga jenis temu bual di bawah. i. Temu bual berstruktur : ________________________________________________________ ________________________________________________________ ii. Temu bual tanpa struktur : ________________________________________________________ ________________________________________________________ iii. Temu bual separa struktur : ________________________________________________________ ________________________________________________________ [6 markah] Masa 11.00 pagi 11.15 pagi

11.20 pagi 11.40 pagi b.

Murid-murid sedang membuat latihan yang diberi oleh guru di dalam kelas Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Guru menegur murid dengan mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing, tetapi terdapat dua orang murid yang curi-curi duduk di tempat murid lain. Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpa disedari oleh guru. Mereka meniru latihan yang diberi oleh guru daripada murid lain. Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain. Terdapat juga murid yang tertidur di dalam kelas.

SULIT

EDU3107

Kenal pasti empat permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas dan kategorikan permasalahan tersebut berdasarkan pemerhatian tingkah laku di atas. Perlakuan Kognitif i. ii. iii. Kategori Emosi

Fizikal

iv.
[4 markah] 3. a Terapi bermain dapat digunakan sebagai satu kaedah teraputik. Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu murid-murid menghadapi tekanan emosi. [4 markah] b Terapi bercerita merupakan medium komunikasi antara ahli terapi dan klien. Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yang berkesan kepada murid-murid. [6 markah] 4. a. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, aspek perkembangan minat kerjaya murid-murid perlu diterapkan dalam perancangan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan lima andaian yang diguna pakai di dalam teori tipologi tersebut. [5 markah] b Dalam aspek perkembangan kerjaya, konsep gaya hidup individu perlu diberi penekanan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pernyataan di atas rumuskan lima tema gaya hidup yang disarankan oleh Adler yang dapat dikaitkan dengan murid-murid sekolah. [5 markah]

SULIT

EDU3107

10

SULIT

EDU 3107 BAHAGIAN C ( 40markah ) Jawab dua soalan sahaja.

PMM

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yang telah diasaskan oleh Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET). [20 markah] 2. Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan, manakala 38 peratus disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melalui saluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya. (Choong Lean Keow, 2010) Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contoh yang jelas, kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh anda aplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi kaunseling mencapai matlamatnya. [20 markah] 3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling kelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalam peperiksaan semester. Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapat memastikan kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciri tersebut dengan contoh yang sesuai. [20 markah]

BAHAGIAN A [ 20 markah ]

11

EDU 3107

PMM

B C A B C D A D C C

C C D D C A B C A D

12

BAHAGIAN B [ 40 markah ]

1.

a.

Nyatakan empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah i ii iii iv v Memudah dan menggerakkan perubahan tingkah laku Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan Memperbaiki hubungan dengan individu yang lain Memperkembangkan potensi diri 1 fakta = 1 markah 4 fakta = 4 markah Jumlah = 4 markah

b. Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah i Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang ii ii iv v Membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya Membantu pelajar membuat penyesuaian di sekolah Memotivasikan pelajar Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan khas Membantu pelajar mengurus masa dengan baik 1 fakta = 1 markah 6 fakta = 6 markah Jumlah = 6 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah 2. a. maklumat. Kaedah temu bual boleh dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan Huraikan tiga jenis temu bual di bawah ini. Temubual berstruktur: Temubual berdasarkan soalan-soalan yang dibina lebih awal. Temubual tanpa struktur:

vi

Murid-murid diberi kebebasan untuk bercakap berdasarkan soalan umum. Temubual separa berstruktur: Gabungan kedua-dua teknik di atas. 1 fakta = 1markah 1 fakta dan contoh = 2 markah 3 fakta dan contoh = 6 markah Jumlah = 6 markah b. Masa 11.00 pagi
Murid-murid sedang membuat latihan yang diberi oleh guru di dalam kelas

11.15 pagi Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Guru menegur murid dengan mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing, tetapi terdapat dua orang murid yang curi-curi duduk di tempat murid lain. 11.20 pagi Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpa disedari oleh guru. Mereka meniru latihan yang diberi oleh guru daripada murid lain. 11.40 pagi Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain. Terdapat juga murid yang tertidur di dalam kelas. Kenal pasti empat persamaan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas dan kategorikan permasalahan tersebut berdasarkan pemerhatian tingkah laku di atas. Perlakuan Kognitif
iii. Murid main dalam kelas iv. Tidak membuat latihan

Kategori Emosi

Fizikal

iii. Meniru kerja kawan iv. Mengganggu ketenteraman kelas v. Murid tidur dalam kelas vi. Tidak mendengar arahan guru 1 fakta = markah 1 fakta dan kategori = 1 markah

4 fakta dan kategori = 4 markah Jumlah = 4 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah 4. a. Terapi bermain dapat digunakan sebagai satu kaedah teraputik. Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu muridmurid menghadapi tekanan emosi. . i. Terapi bermain membolehkan kanak-kanak memanipulasi dunia dalam skala yang lebih kecil. Dengan cara menggunakan bahanbahan terpilih dalam aktiviti bermain di samping menerima bimbingan guru, kanak-kanak akan bermain dengan perasaan mereka dan meluahkan perasaan yang tersembunyi. Persekitaran yang selamat ketika bermain dengan bimbingan guru yang berempati dan menerima tanpa syarat membolehkan kanakkanak menyatakan sesuatu tanpa berasa takut dikenakan hukuman atau seumpamanya 1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah 1 fakta + huraian x 2 = 2 markah 2 fakta + huraian x 2 = 4 markah Jumlah = 4 markah

ii.

Terapi bercerita merupakan medium komunikasi antara ahli terapi dan klien. Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yang berkesan kepada murid-murid. i. Laksanakan secara tidak langsung Ahli terapi perlu sensitif dan melaksanakan cerita yang tidak menyamai situasi yang dialami dengan menukar watak cerita Laksanakan secara kreatif
Ahli terapi perlu bercerita secara kreatif, menarik dan penuh semangat. Mempelbagaikan nada suara dan penuh perasaan serta menggunakan bahan-bahan bersesuaian seperti anak patung sebagai sokongan bercerita

ii.

iii.

Bersikap positif

Sentiasa memastikan cerita yang disampaikan berakhir dengan peristiwa positif dan kejayaan

iv.

Mengajak kanak-kanak mereka-reka cerita


Menambah keyakinan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan menggalakkan mereka untuk mereka cerita serupa dengan tema yang disampaikan

1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah 1 fakta + huraian x 2 = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 = 6 markah Jumlah = 6 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah

4.

a.

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, aspek perkembangan minat kerjaya murid-murid perlu diterapkan dalam perancangan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan lima andaian yang terdapat di dalam teori tersebut. i. ii. iii. iv. v. vi. v. Terdapat 6 jenis atau gaya personaliti individu iaitu; RIASEC Terdapat 6 jenis persekitaran kerjaya iaiatu; RIASEC Setiap gaya personaliti berpadanan dengan persekitaran kerjaya Individu sering mencari persekitaran kerjaya yang sepadan dengan gaya personaliti masing-masing Semakin kuat padanan gaya personaliti dengan persekitaran kerjaya kepuasan kerjaya akan semakin bertambah Sikap dan perlakuan individu adalah hasil dari interaksi di antara persekitaran dengan individu itu Terdapat gaya atau personaliti individu yang bersifat primer, sekunder atau tertiari. 1 fakta = 1 markah 5 fakta x 1 markah = 5markah

Jumlah = 5 markah
b. Dalam aspek perkembangan kerjaya, konsep gaya hidup individu perlu diberi penekanan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pernyataan di atas rumuskan 5 tema gaya hidup yang disarankan oleh Adler yang dapat dikaitkan dengan sifat murid-murid sekolah di sekolah. i. Rasa ingin dimiliki oleh lingkungan sosialnya suka bermain, perasaan dipunyai, menghormati dan memberi sokongan.

ii. iii. iv. v..

Rasa inginkan pengiktirafan ingin mendapat pujian dan penghargaan. Rasa terlalu berhati-hati sehinggakan boleh mendatangkan masalah pada diri dan orang lain. Rasa bertanggungjawab mengawal dan ingin menguasai Rasa Pergantungan mengikut arahan dan akur berkaitan peraturan 1 fakta = 1 markah 5 fakta x 1 markah = 5markah

Jumlah = 5 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah

BAHAGIAN C [ 40 markah ]

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yang telah diasaskan oleh Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET). Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan kepada teori tingkah laku kognitif. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosirasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan.Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional.Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan

sistem kepercayaan yang baik dan rasional. (i) Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. (ii) RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari. Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Pandangan Teori Terhadap Manusia Terapi ini telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. Terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional.Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis. Fakta ABCDE Kepercayaan - manusia perlu mengubah cara berfikir supaya betulkan fikiran yang tidak rasional.

Teori Perihalan A Activating experience Peristiwa pencetus, kenyataan , cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang individu. B Belief system (system kepercayaan) Penilaian terhadap peristiwa. i. Rasional ii. Tidak rasional Rasional.

Contoh Gagal dalam peperiksaanwa pencetus

Rasional Saya masih ada peluang untuk terus sekolah Tidak rasional - Musnahlah masa depan saya - Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. - Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh - Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kesan A

Consequence @ akibat penilaian tadi.

D Dispute (mencabar kepercayaan tidak rasional /kepercayaan rasional) kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional

Gangguan emosi hingga menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti.


sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.

Kaunselor akan bantu lawan fikiran tak rasional gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya kegagalan pertama kali adalah permulaan kepada kejayaaan Menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif Pemikiran tak rasional jadi rasional

Effect (kesan) Jawapan yang dijana lawan pemikiran tak rasional.

1 fakta/isi x 1 markah = 2 markah 1 fakta + huraian x 4 = 4 markah 5 fakta + huraian x 4 = 20 markah Jumlah keseluruhan = 20 markah

2.

Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan, manakala 38 peratus disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melalui saluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya. (Choong Lean Keow, 2010)

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contoh yang jelas, kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh anda aplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi kaunseling mencapai matlamatnya.
1. Kontak mata : mencerminkan perasaan, sikap dan merangsang suasana kondusif atau positif dalam perbincangan Contoh esei : Kemampuan menginterpretasi tingkahlaku dari aspek kontak mata sangat penting kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Semasa sesi bersama klien, mereka akan menonjolkan pelbagai bentuk kontak mata kepada Guru Bimbingan. Kontak mata klien sebenarnya mencerminkan perasaan dan sikap sebenar klien yang cuba diberitahu secara tidak langsung kepada Guru Bimbingan. Jika Guru Bimbingan gagal menginterpretasi tingkahlaku tersebut dengan tepat, maka guru bimbingan mungkin gagal untuk meneroka permasalahan sebenar klien. Contohnya Guru Bimbingan sedang meneroka kekecewaan seorang pelajar dengan sikap gurunya,.tetapi semasa sesi penerokaan, klien sentiasa mencerlung tajam pada Guru Bimbingan dan Kaunseling setiap kali dia berterus terang tentang sikap guru yang tidak disukainya. Sebenarnya kontak mata yang dipaparkan klien mengambarkan ketidakyakinan dirinya jika Guru Pembimbing bersedia menerima kritikannya terhadap guru yang tidak disukainya itu. Klien mungkin was-was jika Guru Pembimbing bersedia mendengar kritikan terhadap rakan sejawatnya. Guru Bimbingan yang berjaya menginterpretasi dengan tepat kontak mata klien, akan terus merangsang suasana yang positif dalam perbincangan. Sebaliknya guru Bimbingan yang gagal menginterpretasi dengan baik mungkin akan mengemukakan soalan-soalan yang akan menambah ketidak percayaan klien kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar keluhannya. Akibatnya keberkesanan sesi kaunseling berkenaan akan gagal mencapai matlamat sebenarnya. 2. Senyuman: sebagai penjalin hubungan yang baik, meredakan ketegangan emosi dan keselesaan untuk berbincang 3. Posisi badan; mengambarkan perasaan, mood, sikap dan persepsi seseorang 4. Pergerakan kaki dan tangan: membantu keberkesanan komunikasi seperti memberi penekanan kepada sesuatu fakta dalam perbincangan atau melahirkan emosi yang terlindung. Pergerakan yang terlalu banyak menghalang komunikasi berkesan atau menganggu konsenstrasi klien 5. Ekspresi muka: dapat menyampaikan mesej yang pelbagai termasuk identiti sosial, personaliti sertagambaran perasaan dan emosi seseorang

6. Sentuhan; memberi tafsiran seperti kemesraan, penguasaan, agresi, minat seksual, mengambil berat dan sebagainya. 7. Nada suara: memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, marah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah 1 fakta, huraian dan contoh = 5 markah 4 fakta + huraian+ contoh x 5 = 20 markah 3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling kelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalam peperiksaan semester.
Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapat memastikan kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciri tersebut dengan contoh yang sesuai. 1. Ketulenan: amanah, jujur dan ikhlas Contoh esei : Guru Bimbingan yang berkesan akan bersikap amanah dengan luahan dan semua permasalahan klien. Mereka perlu sentiasa jujur dan ikhlas untuk mendengar dan berkongsi permasalahan klien. Sifat ketulenan ini akan membantu klien membina sikap rapo dan percaya kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar dan membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Contohnya klien yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ahli keluarga sendiri dan Guru Bimbingan ditugaskan untuk membantu klien membina semula keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif untuk meneruskan kehidupan. Guru Bimbingan yang menunjukkan ciri-ciri ketulenan akan menggalakkan klien mencurahkan perasaan dengan penuh sikap terbuka dan tidak berpura-pura. Walaupun isu yang dibicarakan mengaibkan klien. Keadaan ini akan merangsang suasana perbincangan yang kondusif dan mempastikan keberkesanan sesi kauseling tersebut .Jadi ciri Guru Bimbingan yang berkesan amat penting dalam usaha Guru Bimbingan untuk mempastikan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. 2. Penerimaan tanpa syarat 3. Kefahaman empati yang tepat 4. Kemesraan 5. Kerahsiaan 6. Menghormati dan menghargai diri sendiri 7. Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam kemahiran kaunseling 8. Mempunyai keyakinan diri dan percaya pada kebolehan orang lain 9. Mempunyai kredibiliti tinggi dan boleh dipercayaibersifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu

10. Kesanggupan dan kesediaan meibatkan diri dalam masalah pelajar 11. Persepsi positif terhadap pelajar 12. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada pelajar 13. Bertindak secara praktikal dan teliti

1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah 1 fakta, huraian dan contoh = 4 markah
5 fakta + huraian+ contoh x 4 = 20 markah

Вам также может понравиться