You are on page 1of 5

Menurut Lim Boon Wah (1984: 18), boneka terdapat jenis.

Antaranya, Boneka Piring Kertas, Boneka Polisterina, Boneka Beg Kertas, Boneka Silinder, Boneka Papier Mache, Boneka Kayu, Boneka Dawai, Boneka Kadbod dan Boneka Bertali. Berikut jenis-jenis boneka dan cara pembinaan boneka yang boleh digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti:

Boneka Piring Kertas Boneka Piring kertas ini sesuai untuk murid-murid Tahun Satu dan Dua. Bahan- bahan yang diperlukan ialah piring kertas, dawai halus, pelekat, gunting, dan kayu atau buluh. Bahan-bahan lain seperti kertas warna, krayon, kain, tali atau bahan-bahan buangan yang lain boleh digunakan untuk menghias boneka itu.

Boneka Polisterina Polisterina yang berjenis-jenis bentuk boleh digunakan untuk membuat boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat oleh murid-murid Tahun Satu. Cara membinanya ialah dengan mengorek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensel. Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu atau buluh sebagai tangkai. Mula-mula bentukkan muka boneka dengan pisau. Kemudian korek lubang untuk dimasukkan tiub kertas. Ini akan menjadi leher boneka. Gunakan tali atau benang sebagai rambut. Cat muka boneka dan lukiskan mata, hidung dan mulutnya.

Kemudian disediakan pula pakaian untuk boneka-boneka tersebut. Caranya adalah seperti berikut: 1. Potong dua helai kain berukuran 25 cm x 25 cm dan jahit supaya pakaian boneka. 2. Jahit pada bahagian-bahagian yang ditunjukkan. 3. Ikat pakaian itu pada leher boneka.

Boneka Beg Kertas Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk murid-murid dalan Tahun 1 atau 2 kerana ia mudah dibuat. Bahanbahan yang diperlukan ialah gunting, kertas berwarna, kanji dan cat air atau krayon. Guru boleh memberi bimbingan tentang cara hendak membuat boneka ini, tetapi jangan tentukan apa yang mesti dibuat. Biarkan murid- murid membina dan mencipta dengan sendiri. Boneka Silinder

Sejenis silinder yang mudah dibuat dan juga menarik ialah boneka silinder. Murid-murid boleh mula dengan memotong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.5 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanjinya supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Selepas membuat bentuk asasnya, muridmurid boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masingmasing sama ada hendak dibuat wajah tersenyum, masam, garang atau sebagainya. Bila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat murid itu bolehlah mula memotong bahan- bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk membentuk mukanya. Bahan-bahannya seperti kertas warna, tali, polisterina, penutup botol, gabus dan lain-lain yang sesuai boleh digunakan.

Untuk menyiapkan boneka itu, setiap orang murid perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila murid itu masukkan jarinya ke dalam tiub kecil itu, dia akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna. Boneka silinder sesuai digunakan apabila hendak mengadakan gerak kerja tambahan dari bahan bacaan atau untuk melakonkan cerita yang dibaca dan ia sesuai untuk Tahun 1 dan 2.

Boneka Papier Mache

Boneka Kayu

Alat-alat yang diperlukan: 1. Gergaji lengkung halus 2. Pengapit 3. Tukul besi 4. Pensel 5. Gunting 6. Berus senilukis 7. Cat 8. Pembaris

Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Kertas pasir 2. Paku 2.5 cm 3. Papan: tebalnya 1.3cm 4. Kayu untuk pemegang boneka (panjangnya 5 cm) 5. Kertas senilukis

Cara membina boneka kayu Boneka ini dibina dari sembilan keping papan iaitu: Tangan Badan dan kepala Peha Kaki Kasut : 2 keping : 1 keping : 2 keping : 2 keping : 2 keping

Lukiskan bentuk yang hendak dipotong itu pada sehelai kertas. Kemudian potong bentuk itu dan lekatkan pada papan supaya boleh dipotong mengikut lukisan itu. Selepas memotong bentuk- bentuk itu gunakan kertas pasir untuk melicinkannya. Pakukan tapak kaki pada kakinya. Pakukan tangannya pada badan. Gunakan sebatang paku sahaja untuk tiap-tiap sebelah tangan supaya ia boleh bergerak bebas. Buat cara yang sama untuk bahagian-bahagian lain.

Kemudian pakukan boneka yang sudah siap itu pada kayu pemegang seperti di atas. Lukiskan bahagian muka, baju dan kasut boneka. Gunakan cat air atau krayon.

Gerak-geri boneka dawai dibuat dengan tiga batang dawai kasar dan ia terhad kepada tangan dan kepala sahaja. Boneka jenis ini sesuai untuk murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kerana mereka telah mempunyai pengalaman berkaitan dengan boneka jari atau boneka tangan. 1. Buat kepala boneka dengan papeir mache. Sambil itu sediakan kayu palang untuk meletak kepala boneka. 2. Tangan boneka boleh dibuat dari papan. Gunakan gergaji lengkung halus untuk memotong bentuk lengkuk itu. 3. Potong bajunya mengikut bentuk yang ditunjukkan. 4. Cat muka boneka dengan warna kulit sebelum melukis mata, hidung dan mulutnya. Rambutnya boleh dibuat daripada kapas, tali atau kain bulu. 5. Ikatkan tangan yang sudah dipotong itu pada lengan baju. Kemudian sangkutkan tangan itu pada dawai kasar. Pergerakan boneka itu dikawal dengan mengendalikan