Вы находитесь на странице: 1из 11

MAKNA GRAMATIKAL

Darwis Harahap (1994:49), telah menyatakan bahawa gramatikal itu bermaksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan juga bentuk. Abdullah Yusof (2009 : 3 ) telah menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penggandaan dan penmajmukan.

PROSES GRAMATIKAL : Penyisipan

Sisipan ini merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak dapat menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan, iaitu em-, el-, er, dan in-. Sisipan ini digunakan dalam pembentukan istilah bahasa Melayu dan sebuah kata yang menerima sisipan berlaku perubahan maknanya. Sisipan kata nama, iaitu el-, er-, dan em- dan in-, seperti selerak, gemuruh dan juga kerlip. Semua makna di atas mendukung makna bersifat. Manakala bentuk sisipan kata kerja, iaitu el, er-, dan em-, kata nama dan kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan, seperti menjelajah, berperigi, dan juga gemuruh.

Penmajmukan / Penggabungan

Dalam kamus Tatatbahasa Dewan Edisi ketiga telah mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Manakala menurut Abdullah Abdullah Hassan (2002 : 11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal, iaitu proses penmajmukan. Makna kata majmuk berkaitan hubungan makna antara unsure yang membentuk paduan itu, hal ini ada atau tidak ada makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur yang kedua dari paduan tersebut. Makna kata majmuk ini merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata tersebut.

Pengimbuhan

Dalam proses gramatikal terdapat proses pengimbuhan bentu kata yang terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna gramatis. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. Contohnya, daripada kata dasar batas, dapat diberikan pelbagai pegimbuhan pada kata tersebuut seperti dibatas, perbatasan, batasan, membataskan, keterbatasan dan

pembatasan. Hal ini menunjukkan jika proses gramtikal tersebut telah berlaku proses gramatikal maka makna kata tersebut juga akan berubah menjadi pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa.

MAKNA KONTEKSTUAL

Kamus Dewan telah (2004) telah mengatakan makna kontekstual berkaitan dengan konteks. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari, (20 09) manyatakan bahawa makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna kontekstual juga boleh berkenaan dengan situasinya iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Antara contoh makna kontekstual ialah Budak itu mengambil buku saya, makna bagi ayat budak itu mengambil buku saya ialah memungut. Megambil tersebut membawa kepada makna memungut. Khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya, makna bagi ayat khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya bermaksud mengambil tersebut membawa maksud menjadikan. Semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu, makna bagi ayat semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu tersebut bermaksud mengikuti. Hal ini menunjukkan bahawa makna kontekstual tersebut dapat diaplikasikan dengan satu perkataan yang mempunyai kaitan dengan konteks makna yang serupa.

Konteks makna juga boleh berkenaan dengan situasi, waktu dan lingkungan bahasa ini dapat digunakan contohnya lapan kali dua belas berapa? jika soalan ini kita ajukan kepad murid-murid tentu akan menjawab sembilan puluh enam. Namun jika kita berurusan dengan kedai gambar, maksud yang dinyatakan ialah saiz gambar tersebut yang berukuran lapan kali dua belas inci. Sebagai penutur kita perlulah mengetahui dengan siapa kita sedang berurusan dan berbicara. Hal ini sangat penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan antara dua pihak dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik akibat kesalahan isi yang kita tuturkan.

MAKNA ASOSIATIF Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuklah di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Lingguistik, 1997). Menurut Setiawati Dermojuwuno, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (kushartanti, et.al, 2005). Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai sifat yang serupa, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganas atau membawa erti seorang laki -laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga dengan katamawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunya yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan maka konotatif termasuklah dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi. Selain itu terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Makna asosiatif turut memainkan pernan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial atau makna rujukan sahaja yang mesti dinyatakan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadikan pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk

pemahaman suatu wacana.

Inteprestasi bagi sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana inteprestasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif kenyataan ini telah dinyatakan oleh (Kushartanti et.al., 2005) Manakala menurut Abdul Chaer, makna asosiasi adalah makna kata yang berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Misalnya, kata melati berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian, kata merah pula berasosiasi berani, kata buaya berasosiasi dengan jahat atau kejahatan. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan lambing atau perlambangan yang digunakan oleh masyarakat penggunan bahasa untuk menyatakan konsep lain, yang mempunyai persamaan dengan sifat keadaan, atau ciri yang ada konsep asal tersebut.

MAKNA DENOTATIF

Menurut Setiawati Dermojuwuno di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotative juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotative ini pada dasrnya sama dengan makna referensila, hal ini kerana makna denotative

lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan emerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut sebagaimakna sebenar, makna asal, makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotative ialah makna sebenarnya. Hal ini dapat dilihat melalui contoh perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotative yang sama, iaitu manusia dewasa dan bukan laki-laki. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud wanita yang belum bersuami dan pasangan perkataan isteri dan bini bermaksud wanita yang mempunyai suami. Samalah juga bagi perkataan melantak, makan, sarapan, atau soru. Semua perkataan tersebut dikalitkan dengan makna makan. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar, tidak sopan didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Masyarakat pastinya sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana perkataan itu sendiri melambangkan kekasaran dan tidak manis didengar, namun kini rata-rata golongan muda telah menggunakan perkataan aku ini sebagai bahasa seharian dan berkomunikasi dengan orang lain.

Merujuk kepada makna referensial pula, ia sedikit berbeza dengan makna nonreferensial. Perbezaan antara makna referensial dengan makna referensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2004. Apabila perkataan mempunyai referen atau rujukan, maka perkataan tersebut mempunyai makna refernsial. Contohnya beg, kasut dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun, tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai

makna rujukan. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama, dan kata bantu termasuklah dalam perkataan nonrefernsial. Makna leksikal juga pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksdu kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna (Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yan sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adriene Lehrer, 1992). Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripadda kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing hitam dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan kambing hitam dikatan mempunyai ido matis ataupun dikenali sebagai makna gramatikal

MAKNA KONOKATIF

Makna konokatif ialah makna yang mempunyai perkaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu tidak akan mempunyai nilai positif mahupun nilai negatif. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatoif yang sama, namun kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yng rendah, manakal perkataan wanita itu mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitu juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna dan nilai rasa yang berbeza. Samalah juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai rasa masyarkat yang beragama Islam berbeza dengan nilai rasa dan

pandangan masyarakat bukan islam. Bagi masyarakat Islam, babi itu haram, jijik dan kotor, najis atau sesuatu yang membawa kepada nilai yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk pada faktor-faktor yang tertentu. Antaranya ialah perkataan khalwat, perkataan ini pada mulanya membawa aksud mendekati Allah dengan beribadah, duduk bersendirian atau dengan kata lain perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri untuk menenangkaan fikiran atau bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah berubah, iaitu pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau

tersembunyi, oleh lelaku dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif ini juga boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak hanya spesifik padaa bahsa sahaja, namun ianya juga dikongsi bersama-sama dengan sistem komunikatif seperti seni visual dan juga muzik.

Hal ini dapat digambarkan melalui contoh barangan atau produk yang diiklan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua, ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif yang tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadkannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan. Penggunaan kata yang sopan, sedap didengar tapat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkataan kudapan itu telah digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi. Makna konotatif juga dapat ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Makna asosiatif tersebut mempunyai perkaitannya dengan makna konotatif, makna asosiatif tersebut telah diterangkan dalam tugasan ini, namun saya kana menerangkan apa yang dimaksudkan dengan makna afektif yang mempunyai perkaitan dengan makna konotatif. Makna afektif ini berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir.

MAKNA KOLOKATIF

Вам также может понравиться