Вы находитесь на странице: 1из 4

SCE 3109: Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) 3

SOLAR ANGIN
BIOMAS

AIR BOLEH DIPERBAHARUI


(tenaga yang boleh diganti apabila telah digunakan)

GEOTERMAL

JENIS-JENIS TENAGA
TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI Petroleum
(tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah digunakan dan akan habis)

GAS ASLI

ARANG BATU

SCE 3109: Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) 3 2. Apakah peranan anda dalam mengurangkan pembaziran tenaga dalam kehidupan seharian? Bagi mengurangkan pembaziran , padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup. Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara. Hanya gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding

menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya. Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang. Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri. Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan. Saya juga harus rajin membersihkan habuk atau debu yang

terdapat di koil peti ais. Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja. Akhir sekali , Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

SCE 3109: Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) 3 Di akhir aktiviti ini, jawab soalan di bawah:

(a) Apakah yang kamu pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini? Jawapan: Daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa tenaga terbahagi kepada dua iaitu tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan tenaga yang boleh diganti apabila telah digunakan. Contoh tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga solar, tenaga angin, tenaga biojisim dan tenaga daripada air. Tenaga yang tidak boleh diperbaharu pula ialah tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah digunakan dan akan habis. Contoh tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah gas asli, petroleum dan arang batu. Saya juga telah pelajari tentang pentingnya penjimatan penggunaan tenaga terutama sekali tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum kerana suatu hari nanti, tenaga ini akan habis dan memberi kesan yang besar kepada manusia kerana petrol merupakan bahan bakar utama bagi kegiatan manusia.

(b) Bahagian manakah di dalam kurikulum sekolah rendah yang mengajar tajuk ini? Jawapan: Tajuk ini diajar di dalam tahun lima iaitu Penyiasatan Daya dan Tenaga, memahami bahawa tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

SCE 3109: Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) 3 (c) Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti ini di dalam aktiiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas? Jawapan: Saya dapat menggunakan aktiviti sebegini di dalam kelas bagi menarik minat pelajar saya. Hal ini kerana pelajar lebih berminat dengan lukisan dan warna serta gaya pengolahan yang ringkas di dalam proses pembelajaran. Kesemua ciri-ciri ini ada di dalam peta minda. Jadi,melaui peta minda ini,saya dapat memudahkan pemahaman pelajar kerana ayat serta gaya pengolahannya adalah ringkas dan padat. Selain itu, saya juga dapat menyedarkan pelajar tentang betapa pentingnya mereka berjimat cermat di dalam penggunaan tenaga harian kerana tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan habis di masa hadapan dan akan mendatangkan kesukaran jika tiada alternatif diambil.

(d) Apakah peranan guru di dalam kedua-dua aktiviti ini? Jawapan: Di dalam kedua-dua aktiviti ini, guru bertindak sebagai pencetus minat pelajar bagi melalui pengalaman pembelajaran yang menarik dan menghiburkan. Dengan menggunakan peta minda khasnya, guru dapat mengubah gaya penyampaian yang hanya merujuk buku atau lisan semata-mata kepada pengurusan grafik dalam bentuk peta konsep yang diketahui umum sebagai salah satu variasi dalam penyampaian ilmu. Jadi,minat pelajar untuk belajar dapat dikekalkan dalam suasana yang lebih menghiburkan. Selain itu, guru juga berperanan dalam mendidik dan menasihati pelajar agar berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga di dalam kehidupan harian.

Вам также может понравиться