Вы находитесь на странице: 1из 5

KERTAS KERJA

MEMBINA BILIK KOMPUTER SK METHODIST MALIM NAWAR

1.0 PENDAHULUAN
Sek. Keb. Methodist Malim Nawar Jalan Tanjong Tualang , 31700 Malim Nawar, Perak

Makmal Komputer di sekolah merupakan tempat di mana murid murid mendalami ilmu ICT di sekolah. Makmal komputer juga berfungsi sebagai sumber ilmu kepada murid murid juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet juga kemudahan mengunakan komputer dalam tugas seharian. Ini sejajar dengan kehendak kurikulum baru dalam KSSR yang menekankan TMK dalam PdP. Walaubagaimanapun kemudahan makmal komputer ini tidak wujud di sekolah ini. Ini menyebabkan jurang perbezaan diantara murid sekolah ini dengan murid sekolah sekitar amat ketara. Ini mendorong ibubapa lebih cenderung menghantar anakanak mereka ke sekolah bantuan kerajan yang mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang lengkap berbanding sekolah bantuan modal. Selain itu, guru-guru juga menghadapi masalah dalam melaksanakan PdP yang melibatkan ICT. Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi

membangunkan sebuah makmal komputer atau sekurang-kurangnya bilik komputer di sekolah SK Methodist Malim Nawar.

2.0 MATLAMAT Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT di SK Methodist bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 OBJEKTIF a) Mengurangkan jurang perbezaan antara murid-murid SK Methodist dengan murid-murid sekolah berhampiran dalam penggunaan ICT. b) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. c) Melahirkan murid yang celik IT selari dengan kehendak dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 Sasaran a. Murid tahun 1 - 6 b. Kakitangan sekolah

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HARGA BIL KEPERLUAN Bilik komputer 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 (18 x 30) Pendawaian elektrik Penghawa Dingin Meja Kerusi Printer Skrin LCD 70x70 Papan putih Almari Soft board JUMLAH KUANTITI 1UNIT ( RM ) 540 k.p 45.37/k.p JUMLAH (RM) 24 500

1 blok 2 ( 2.0 hp ) 6 25 1 2 1 1 2

7 120 1 500 189 25 300 300 320 500 3 000 1 134 625 300 600 320 500 39 565

6.0 SUMBER KEWANGAN a) Dana Kerajaan b) Sumbangan orang perseorangan c) Colourthon

7.0 PENUTUP Besarlah harapan kami agar projek yang kami rancangan ini beroleh sokongan dari semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan sebuah makmal komputer atau sekurang-kurangnya bilik komputer ini tercapai hendaknya.

Disediakan Oleh: (Mohd Osman B zakaria) Guru ICT Sk. Methodist Malim Nawar

Disahkan Oleh:. (Pn. Indhira A/P Thirunavukarasu) Guru Besar Sk. Methodist Malim Nawar

CADANGAN PELAN LANTAI BILIK KOMPUTER 18 kaki


Skrin LCD dan papan putih

Meja guru Pintu

Projekter

Troli

Meja murid

Meja murid

L a m p u Meja murid

L a m p u

Meja murid

Meja murid

Meja murid

Papan kenyataan

Almari

Petunjuk: 1. 2. 3. 4. penghawa dingin pemadam api kerusi soket tiga pin (plug)

30 kaki

Вам также может понравиться