Вы находитесь на странице: 1из 34

MISKONSEPSI

PENGENALAN
DEFINISI MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Miskonsepsi juga bererti kefahaman murid tentang sesuatu konsep matematik tidak serasi dengan bukti-bukti saintifik / praktikal atau gagal digunakan untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid yang mempunyai miskonsepsi sukar untuk mengesan atau mengetahui miskonsepsi yang dihadapinya sendiri. Malahan mereka juga sukar menerima teguran daripada orang lain tentang miskonsepsinya, terutamanya apabila miskonsepsi itu sudah berlaku dalam tempoh yang lebih lama. Miskonsepsi ini boleh disedari oleh murid-murid itu sendiri hanya apabila dia sendiri mendapati konsep yang ada itu secara berterusan tidak dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah, di samping memperoleh konsep baru yang menggantikan konsep sedia ada untuk menyelesaikan masalah.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 1

Hasil Pembelajaran
Murid dapat menentukan nilai tempat sebarang digit bagi nombor bulat hingga 100000.

1.

State the place value of 6 in the number 683 590 Jawapan Murid : 600 000 ( Salah )

Miskonsepsi Murid
Saya telah menjalankan satu ujian khas matematik bagi murid tahun 6K ( murid lemah ). Kelas ini mempunyai murid seramai 20 orang. Terdapat 15 orang murid dapat menjawab soalan ini, hanya lima orang murid telah membuat kesilapan. Selepas sesi temubual secara ringkas dengan mereka, dapat diketahui bahawa mereka keliru dan salah faham terhadap nilai tempat dan nilai digit. Cara Penyelesaian Guru : 1. Guru menunjukkan / melabelkan ayat penting dalam nilai tempat dan nilai digit agar murid dapat mengingat apa sebenar jawapan yang betul bagi dua jenis soalan ini. Misalnya : 1. Tempat ini ialah tempat tinggal nombor tersebut. Tempat tinggal nombor ada 7 iaitu dari sa, puluh, ratus, puluh ribu, ratus ribu dan juta. 2. Jika soalan yang ditanya tentang nilai tempat , maka 7 nilai tempat perlu dipilih untuk dijadikan jawapan. 3. Nilai digit bagi ayat pentingnya ialah digit.

4. Digit ini bermaksud nombor. Maka jawapan yang akan diberikan adalah dalam bentuk nombor.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Guru memaparkan kad nilai tempat seperti contoh di bawah:
Nilai Tempa t Digitdigit Ratus Ribu 3 Puluh Ribu 4 Ribu 6 Ratus 2 Puluh 0 Sa 7

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI

CATATAN BBM: Kad nilai tempat, kad nilai digit

2. Murid diminta memerhatikan kad nilai tempat tersebut dan buat perbincangan dengan rakan dalam kumpulan masing-masing. 3.

4. 5. 6.

1. Dalam perbincangan, murid akan membuat perbandingan antara jawapan yang diberi oleh rakannya supaya mendapat jawapan yang betul. Masukkan digit-digit lain ke dalam rumah angka Peringatan: pada kad nilai tempat yang disediakan. 2. Jawapan nilai tempat ditulis dalam perkataan misalnya dalam sa, puluh, ratus...( 7 nilai tempat ) Murid sebut nilai tempat bagi setiap digit yang 3. Selepas perbincangan jawapan yang ditunjukkan seperti rajah di atas. diberi akan tepat. Ulangkan langkah 3 dan 4 dengan nilai nombor 4. Menguji kefahaman murid tentang yang lain seperti kemahiran tersebut. 595 328, 621 940, 32 183 dan 45 339 Pertingkatkan kefahaman murid dengan meminta murid menyebut nombor tersebut kemudian menulis setiap angka mengikut nilai digit.

Contoh:
Tujuh Ratus Lapan Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus .

700 000

80 000

6 000

700

7. Murid diminta mengisi nombor 958 794 ke dalam kad nilai digit seperti contoh di bawah:
Digitdigit Nilai digit 9
900 000

5
50 000

8 8 000

7 700

9 90

4 4

8. Ulang langkah 7 dengan menggunakan nilai seperti berikut: 253 709, 925 830, 325 727 dan 534 878. 9. Murid diminta menjawab soalan ke dalam kad nilai tempat dan kad nilai digit seperti contoh di bawah:
Nombor 478 970 652 965 275 987 989 432 Nilai Tempat Puluh Nilai Digit 70

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 2

Hasil Pembelajaran
Murid dapat cerakinkan nombor hingga tujuh digit

Partition the number 5 019 790 according to its digit values. Jawapan Murid : 5 + 0 + 1 + 9 + 7 + 9 + 0 ( Salah )

Miskonsepsi Murid
Kebanyakan murid boleh menjawab soalan ini dan hanya terdapat 2 orang murid telah membuat kesilapan . Mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat berkaitan dengan soalan cerakinkan nombor.Jawapan yang diberikan oleh murid ialah nombor atau digit sahaja ditambah. Selepas sesi temubual, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi ini adalah disebabkan murid-murid salah faham maksud dan konsep cerakin nombor. Mereka hanya mecerakinkan nombor itu ikut digit nombor sahaja dan bukan ikut urutan nilai digit.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI 1. Murid diperkenalkan satu teknik Kotak Digit

Kotak digit ini sesuai untuk tahap murid yang terlalu lemah untuk masuk topik atau kemahiran cerakin nombor.

Kotak digit ini juga untuk mengajar cerakin nombor ikut nilai digit dan nilai temnpat.

Contohnya : 1. Guru membimbing murid menggunakan kotak digit untuk cerakinkan 356 892 mengikut nilai digit. 3 3 5 0 5 6 0 0 6 8 0 0 0 8 9 0 0 0 0 9 2 0 0 0 0 0 2 Jawapan : 300 000 + 50 000 + 6 000 + 800 + 90 + 2

2.

Guru membimbing murid menggunakan kotak digit cerakinkan 356 892 mengikut nilai tempat.

Ratus Ribu

Puluh Ribu

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

3 3

5 6 8 9 2 Jawapan : 3 ratus ribu + 5 puluh ribu + 6 ribu + 8 ratus + 9 puluh + 2 3. Ulangkan aktiviti cerakin dengan contoh lain sehingga murid dapat memahami kosep cerakin. Ulasan guru: Cara ini iaitu memperkenalkan kotak digit untuk cerakinkan telah mendapat sambuatan baik dari murid-murid tahun 6K. Antaranya murid yang lemah ramai dapat menjawab soalah nilai juta setelah mengetahui kotak ini.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 3

Hasil Pembelajaran
Menukar nombor bulat kepada nilai juta atau sebaliknya.

3.

800 000 = ( salah)

Jawapan Murid : 8.0 juta 3. 0.895 juta = ( salah )

Jawapan Murid : 8 950 000

Miskonsepsi Murid
Kebanyakkan murid dapat menjawab soalan ini kecuali 3 orang murid tidak dapat menukarkan nombor bulat kepada nilai juta dengan tepat. Murid-murid tersebut juga tidak dapat menulis nombor bulat daripada juta dengan tepat.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI Langlah 1 : 1. Guru memperkenalkan kotak nilai juta kepada murid. 2. Guru mengajar murid letakkan satu titik perpuluhan di antara juta dan ratus ribu di dalam kotak nilai juta . Kota nilai juta Juta Ratus Ribu Puluh Ribu Ribu Ratus Puluh Sa

Langkah 2: 1. Guru menggunakan contoh untuk membuat demokrasi cara menggunakan kota nilai juta kepada murid. Contoh soalan :
Nyatakan 0.250 juta dalam nombor bulat.

Cara penyelesaian : Kota nilai juta Juta Ratus Puluh Ribu Ratus Puluh Sa

Ribu 2

Ribu 5

Jawapan perlu ditulis ialah : 250 000 Langkah 3: 1. Guru menggunakan cotoh lain dan minta seorang murid lengkapkan kota nilai juta di papan hitam. 2. Guru membuat perbincangan dengan murid-murid Contoh soalan : Nyatakan 7 450 000 dalam nilai juta. Cara penyelesaian : Kota nilai juta Juta 7 Ratus Ribu 4 Puluh Ribu 5 Ribu 0 Ratus 0 Puluh 0 Sa 0

Jawapan perlu ditulis ialah : 7.45 juta. 3. Ulangkan aktiviti dengan contoh lain sehingga murid dapat memahami dan menukar nombor bulat kepada nilai juta dan sebaliknya dengan tepat. Ulasan guru: Cara ini iaitu memperkenalkan kotak nilai juta telah dibuat dan mendapat sambutan baik dari murid-murid tahun 6K. Antaranya murid yang lemah ramai dapat menjawab soalah nilai juta setelah mengetahui kotak ini.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 4

Hasil Pembelajaran
Membundarkan nombor kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta terdekat. 4. Round off the number 1 349 526 to the nearest ten thousand Jawapan Murid: 1 349 526 = 1340 000

( Salah )

Miskonsepsi Murid
Terdapat 16 orang murid boleh menjawab soalan ini dan hanya terdapat 4 orang murid telah membuat kesilapan . Mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat berkaitan dengan soalan membundarkan nombor.Jawapan yang diberikan oleh murid didapati mereka keliru tentang pembundaran terutamanya apabila nombor yang dibundarkan perlukan ditambah nilai 1 atau tidak. Selepas sesi temubual dengan mereka, giuru mendapati murid-murid tidak faham konsep pembundaran dan murid murid juga tidak tahu cara yang betul untuk menulis nombor apabila telah dibundarkan.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI Langkah 1: 1. Guru memperkenalkan konsep pembundaran kepada murid iaitu Pembundaran adalah mencari nilai yang berhampiran dengan nombor yang perlu dibundarkan. Contohnya :

7 849 631 631 adalah didpati dekat dengan 600 daripada 700 Langkah 2: 1. Guru memperkenalkan teknik kawan besar dan kawan kecil pada garisan nombor atau dengan menggunakan tangan murid. Contoh Gambarajah Tangan Murid.

Langkah 3: 1. Guru menggunakan beberapa contoh soalan untuk membimbing murid-murid menggunakan teknik kawan besar dan kawan kecil pada garisan nombor atau dengan menggunakan tangan murid dalam mencari jawapan. Contoh Soalan: Bundarkan 579 632 kepada ratus yang terdekat i) ii) iii) iv) v) Murid-murid dibimbing gariskan nilai tempat yang diarahkan soalan. Murid-murid dibimbing melihat kawan sebelah kanan Murid-murid memberitahu bahawa nilai 3 adalah kawan kecil. Guru memberitahu murid nilai 6 dibiarkan asal. Akhirnya jawapannya = 579 600

Langkah 4:

1. Guru memperkenalkan teknik kedua iaitu menggunakan gambarajah garisan nombor dalam penyelesaian soalan pembundaran kepada murid. Contoh Gambarajah Garisan Nombor

2. Guru membimbing murid menggunakan gambarajah garisan nombor dalam penyelesaian soalan pembundaran Contoh soalan Bundarkan 937 831 kepada ribu yang terdekat. i) ii) iii) iv) v) Murid gariskan nilai tempat yang diarahkan. Murid dibimbing lihat kawan sebelah kanan. Murid-murid memberitahu bahawa nilai 8 adalah nombor besar. Guru memberitahu murid tambah 1 pada nilai 7 menjadi 8. Akhitnya jawapanya = 938 000

3. Ulangkan aktiviti dengan contoh lain sehingga murid dapat memahami dan menukar nombor bulat kepada nilai juta dan sebaliknya dengan tepat.

Ulasan guru:

Cara ini amat berkesan kepada murid yang lemah ingatan tentang nombor besar dan nombor kecil dengan menggunakan hafalan sebutan sahaja.Murid dibimbing menggunakan jari tangan untuk mengingatkan nombor besar atau nombor kecil adalah lebih berkesan dan mudah untuk guru mengajar dan menerangkan tajuk pembundaran. Cara ini telah dibuat dan mendapat sambutan baik dari murid-murid tahun 6K. Antaranya murid yang lemah ramai dapat menjawab soalah pembundaran setelah diajar teknik teknik kawan besar dan kawan kecil pada garisan nombor atau dengan menggunakan jari tangan dan teknik menggunakan gambarajah garisan nombor.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR

SOALAN 5

Hasil Pembelajaran
Murid dapat menolak satu atau dua nombor daripada sebarang nombor menggunakan yang lebih besar tidak melebihi 1000 000.

789 221 -

357 539 =

Jawapan Murid:

789221 357539 43231 8 (Salah )

Miskonsepsi Murid
Kebanyakan murid boleh menjawab soalan ini dan hanya terdapat tiga orang murid telah membuat kesilapan. Miskonsepsi yang terlibat dalam penolakan nombor bulat di atas ialah : Menolak melibatkan nombor 0. Miskonsepsi ini disebut sebagai smaller-from-large. Miskonsepsi ini seringkali berlaku apabila murid menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa mengambil kira kedudukan digit tersebut. Keadaan ini timbul akibat kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaitu operasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Selepas sesi temubual selepas kelas, dapat diketahui bahawa murid tidak mahir menolak terutamanya mengumpu semula dan kemungkinan murid keliru dengan nilai yang dikumpul dan cara menolak yang tepat. Kebanyakan mereka berada di nilai tempat sa meminjam sepuluh dari nilai tempat puluh, tetapi mereka tidak berada di nilai tempat puluh kurang 1 sehingga jawapan dibuat salah. Kesilapan ini boleh menunjukkan bahawa murid-murid ini masih tidak mengguasai operasi menolak dan mungkin tidak faham konsep operasi menolak. Selain itu, murid-murid boleh membuat salah dalam soalan ini kerana mereka tidak menggunakan songsangan operasi tambah untuk menyemak jawapan mereka.

Cara Penyelesaian Guru 1 : 1. Guru memperkenalkan kaedah asas sepuluh dalam tajuk penolakkan yang mengumpul semula. 2. Guru memperkenalkan tolak asas sepuluh yang berikut kepada murid dahulu sebelum mula menjawab solan.

10 - 9 = 1 10 - 8 = 2 10 - 7 = 3 3. Guru meminta murid menghafal rumus seperti dibawah: a. Pinjam 10 b. Tolak bawah c. Tambah atas Contoh menggunakan kaedah ini:

10 - 4 = 6 10 - 3 = 7 10 - 2 = 8

1. Pinjam 10 3. Tambah atas 6 + 2 =8 2. Tolak bawah 10 - 4 = 6

1. Pinjam 10 3. Tambah atas 1+7=8 2. Tolak bawah 10 9 = 1

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Paparkan dua kumpulan kad nombor dan bagikan setiap kumpulan murid satu kumpulan kad nombor . Contoh: Kumpulan 1 Kumpulan 2
1 5 6 2 2 3 8 7 4 9 6 1 9 5 4 3 8 7

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI 5. Setiap kumpulan akan membina satu nombor empat digit yang berlainan untuk menjalankan aktiviti penolakkan . 6. Murid belajar cara penolakkan lebih daripada 5 kali berpanduan kad nombor yang diberi.

CATATAN BMM: Kad nombor

2. Minta murid kumpulan 1 membina satu nombor empat digit dari kad nombor dan paparkan di atas papan hitam. 3. Minta murid kumpulan 2 membina satu nombor tiga digit dari kad nombor dan papar di nombor kumpulan 1. 4. Kemudian, minta seorang murid melakukan penolakan Peringatan: kedua-dua nombor tersebut dalam bentuk lazim. Jelaskan kepada murid proses Contoh: mengumpul semula perlu dilakukan dari puluh ke sa, dari ratus ke puluh, dari ribu ke ratus dan dari puluh ribu ke ribu.

5. Ulangkan aktiviti dengan contoh lain sehingga penolakkan nombor enam digit.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 6

Hasil Pembelajaran
Murid dapat mendarab nombor tiga-digit dengan nombor dua-digit.

45 779 X 62 = Jawapan Murid : 45779 X 62 91558 274674 366232 ( Salah )

Miskonsepsi Murid
Terdapat 12 orang murid boleh menjawab soalan ini, 8 orang murid telah membuat kesilapan. Masalah yang utama dalam pendaraban iaitu murid tidak dapat menyelesaikan darab 2 digit dengan bentuk lazim cara vertical. Murid-murid yang membuat kesilapan dalam soalan ini adalah kerana mereka tidak mengikut susunan nilai tempat teratur semasa menjalankan operasi darab. Selain itu, faktor yang besar mengakibatkan mereka membuat silap adalah muridmurid ini tidak gantikan 0 dalam nilai tempat sa dalam baris kedua semasa menjalankan operasi darab ini.

Cara Penyelesaian Guru : 1. 2. Memperkenalkan teknik Lattice Method Teknik lattice lebih mudah difahami dan mudah dibuat.

Contohnya : 459 X 36 4
1

5 1 2 5 3 4 0 -10 12 2 2 4 4 4 5 2

9 7 3

-+1

2 5 +1 14
-100

15 5

459 x 36 = 16 524

cara ini lebih baik dan mudah difahami oleh murid-murid.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Paparkan dua kumpulan nombor. Contoh: 852 45 PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI CATATAN BMM: Kad nombor

2. Minta murid menulis bentuk operasi darab dalam matematik ayat. Contoh: 852 45 = 3. Minta seorang murid lagi menulis bentuk operasi darab dalam bentuk lazim. Contoh:

8 5 2 4 5

.
4. Kemudian, guru menunjukkan cara pengiraan operasi Peringatan: darab dalam bentuk lazim. Jelaskan kepada murid Contoh: darab perlulah ditulis kedudukan yang betul mengelakkan kesilapan 8 5 2 nilai tempat. X 4 5 hasil pada untuk pada

42 6 0 3 40 8 0 3 83 4 0

5. Ulangkan aktiviti dengan contoh lain sehingga 7 digit .

Cadangan Penambahbaikkan: Mengingat murid mendarab mengikut empat langkah alogaritma seperti: a. b. Menganggarkan hasil darab Menyusun nombor mengikut nilai tempat . c. Menentukan cara penyelesaian d. Menyemak jawapan.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 7

Hasil Pembelajaran
Murid dapat mengira masalah operasi bergabung melibatkan penambahan dan pendaraban.

76 452 + 18 X 9 = Jawapan Murid : 76452 + 18 X 76470 9

Miskonsepsi Murid 76470

Dalam soalan 5 ini, terdapat 15 orang murid boleh menjawab soalan ini dengan telah membuat kesilapan. Murid-murid yang membuat

688230

betul, (manakala salah ) 5 orang murid (operasi serentak).

kesilapan dalam soalan ini adalah kerana mereka tidak faham tentang operasi bergabung

Operasi serentak ialah proses meliputi dua atau lebih operasi yang dijalankan secara serentak. Semasa murid menjawab soalan ini, mereka tidak mengikut hukum opeasi bergabung untuk menjalankan oprasi iaitu dari kiri ke kanan, mulai operasi dalam kurungan, diikuti dengan darab dan bahagi, kemudian tambah dan tolak., sebaliknya mereka mulai menyelesaikan operasi tambah, kemudian operasi darab. Dengan itu, murid-murid ini tidak akan membuat dengan betul dalam soalan ini.

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Guru paparkan kad ayat matematik seperti yang ditunjukkan di bawah. Contoh: 768 450 + 1 492 12 = 2. Guru menjelaskan konsep operasi bercampur kepada Peringatan: murid. Jelaskan kepada murid hukum menjalankan operasi ialah dari kiri ke kanan, mulai operasi dalam kurungan, diikuti dengan darab dan bahagi, kemudian tambah dan tolak. 3. Guru mengambil contoh ayat matematik yang ditunjukkan sebagai tunjuk cara pengiraan dalam bentuk bercampur. Buat kurungan Contoh: 768 450 + (1 492 12 )= PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI CATATAN BMM: Kad ayat matematik

1492 X 12 2984 14920 17904

768450 + 17904 786 354

4. Untuk menguji kefahaman murid tentang konsep operasi bercampur, beri murid beberapa soalan seperti berikut kepada murid. Minta murid menjawab soalan secara congak. Contoh: 1) 237 015 + 598 32 2) 1 176 21 + 457 345

Guru meminta murid kurungan kepada operasi yang perlu dibuat terlebih dahulu.

3) 509 218 45 184 8 4) 721 921 56 183 5 5. Guru membincangkan jawapan dengan murid.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 8

Hasil Pembelajaran
Murid dapat memahami konsep penambahan pecahan dengan penyebut yang tidak sama dan mendarab nombor bercampur dengan pecahan wajar dengan penyebut hingga 10.

= ( Salah )

Jawapan Murid : + = ( Salah )

Jawapan Murid:

Miskonsepsi Murid
Kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan ini, hanya 13 orang murid telah menjawab dengan betul, yang membuat kesilapan sebanyak 7 orang murid. Ini sebab kebanyakan mereka kurang memahami konsep nilai tempat. Faktor yang terbesar iaitu murid-murid tersebut mengangap penambahan pecahan adalah sama dengan penambahan nombor bulat. Dengan itu, murid-murid tersebut pun menambah penyebut dengan penyebut dan pengangka dengan pengangka. Mereka tidak faham bahawa hanya pengangka boleh ditambah dengan syarat penyebutnya mesti sepunya. Oleh itu, adalah jelas didapati bahawa murid murid ini langsung tiada konsep dan kekeliruan terhadap penambahan pecahan

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Guru menjelaskan konsep pecahan kepada murid dan menulis pecahan berdasarkan gambarajah di bawah. Contoh: PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI Guru menerangkan bahawa bilangan petak yang ditunjukkan adalah penyebut manakala pengangka hanya bagi petak yang berlorek sahaja. CATATAN BMM: Rajah pecahan, Kertas A4

2. Minta murid menentukan pengangka dan penyebut.

3. Guru menggunakan gambarajah untuk menjelaskan konsep penambahan pecahan yang tidak sama penyebut kepada murid. +

Jadikan penyebut

kepada 8 bagi sama dengan

penyebut , iaitu darab dengan 2 sama dengan

Kemudian, menambahkan kedua-dua pecahan itu kerana penyebut sudsah jadi sama. +

= 4. Guru memberi beberapa contoh soalan dan minta murid menjawab di papan hitam dengan kaedah gambarajah. Contoh : + = + = Melalui aktiviti penggunaan kaedah gambarajah untuk mencari kesamaan penyebut akan mengukuhkan kefahaman murid untuk mencari penambahan pecahan yang tidak sama penyebut.

5. Minta murid yang lain membuat soalan tersebut di atas kertas untuk menguji kefahaman mereka terhadap pengajaran guru. 6. Minta murid-murid mencari kesamaan penyebut dengan kaedah pendaraban bagi membolehkan penambahan

Melalui aktiviti pendaraban penyebut

pecahan. Contoh :

akan mengukuhkan kefahaman murid untuk mencari penambahan pecahan yang tidak sama penyebut.

+ =

2.

Peringatan: Jawapan mestilah dalam bentuk termudah.

7. Ulang aktiviti di atas bagi mengukuhkan kefahaman murid.

KESALAHAN DAN MISKONSEPSI PELAJAR


SOALAN 9

Hasil Pembelajaran
Murid dapat memahami konsep penolakkan pecahan dengan penyebut yang tidak sama dan mendarab nombor bercampur dengan pecahan wajar dengan penyebut hingga 10.

5-1 = Jawapan Murid : 4 = 5 ( Salah )

Miskonsepsi Murid
Terdapat 15 orang menjawab betul dalam soalan ini, manakala 5 orang murid telah membuat kesilapan. Murid-murid yang buat salah adalah mungkin mereka tidak faham konsep pecahan operasi tolak dengan teliti. Pecahan penolakan boleh dilakukan adalah syarat tertentu iaitu penyebut-penyebut pecahan mesti sepunya. Dengan maksudnya apabila penyebut-penyebut adalah sepunya, maka pecahan boleh dilakukan dengan penolakan pengangka-pengangka.

Cara Penyelesaian Guru : 1. 2. 3. Guru memberitahu murid bahawa penyebut ( ibu ) nya tidak boleh ditolak. Membimbing murid cari penyebut sehingga sama. Memberitahu murid apabila penyebutya sepunya barulah boleh lakukan operasi penolakkan.
5 7 3 7 3X2 -1 = 5- 1 + 8 4 8 4 X2 =4 + 1 7 6 8 8

=4 8

Penyebut-penyebut adalah sepunya, maka pecahan operasi boleh dilakukan. Ini bermaksud pengangkapengangka tidak boleh terus ditolakkan selain 1 daripada penyebutnya = 2 18 sudah menjadi sepunya..

PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI PERANCANGAN AKTIVITI 1. Guru menjelaskan konsep nombor bercampur dengan menggunakan objek sebenar atau bahan manipulatif. Contoh: PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI CATATAN BMM: Kertas berlorek, bikar-bikar

1 =1 2

6 8

+1=1

6 8

3 =1 4

5 =1 8

2. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk menjalankan aktiviti seperti menuang cecair ke dalam bekas untuk mewakili nombor bercampur. Contoh:

Melalui aktiviti ini murid boleh senang memahami dan mengingati kemahiran yang diajar oleh guru.

+ 1 + 1 +

1 2

=3

1 2

3. Guru menunjuk cara penolakan nombor bercampur. Contoh:


5 7 3 -1 8 4 = 5- 1 + 7 3X2 8 4 X2

=4 + 1

7 6 8 8

=4 8 4. Untuk menguji kefahaman murid tentang penolakan Peringatan: nombor bercampur, beri murid beberapa soalan seperti Jawapan mestilah dalam bentuk berikut: termudah. Contoh:

1.

2.

5. Guru membincangkan jawapan dengan murid.

BIBLIOGRAFI
Buku
1. Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris 2. Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11- 12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia

Internet
1. http://library.utem.edu.my/index2.php? option=com_docman&task=doc_view&gid=813&It 2. http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111 3. http://www.scribd.com/doc/106881041/Asas-Nombor 4. http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html
5. http://cikgusari74.blogspot.com/2013/05/krm3013-asas-nombor.html 6. http://www.slideshare.net/missqueserasera/miskonsepsi-yati 7. http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111 8. http://www.scribd.com/doc/96861258/Asas-Nombor-Tugasan-2 9. http://www.scribd.com/doc/106881041/Asas-Nombor

Вам также может понравиться