Вы находитесь на странице: 1из 11

Definisi kritikan merujuk kepada Kamus Dewan ialah, huraian atau kiasan mengenai sesuatu karya sastera.

Selain itu, ia juga merujuk kepada bidasan, kecaman dan teguran. Menurut pendapat Marc Bloch pula, kritikan sumber merupakan kaedah untuk menguji kebenaran sesuatu sumber kerana kadang-kadang terdapat kesangsian terhadap sesuatu fakta. R. G. Collingwood pula bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Marc Bloch. Beliau menyifatkan sebagai sejarah kritikal. Selain itu, menurut Bilcher Bala pula kritikan merupakan tafsiran sumber iaitu penilaian untuk memastikan sumber yang digunakan itu benar atau palsu. Untuk memastikan sesuatu sumber itu benar atau palsu ia dilakukan melalui ujian kebenaran serta membuat rujukan proses penafsiran bukti. Definisi kritikan secara umum ialah, merujuk kepada proses pentafsiran bukti, iaitu proses untuk mendapatkan kebenaran. Ia bukan pendirian secara mental mengenai sesuatu isu. Kini kritikan sumber tidak lagi dianggap sebagai suatu pendirian secara mental yang negative semata-mata, tetapi sebagai suatu ujian kebenaran.

Sejarah kritikan ini bermula sejak tahun pertama kelahiran Negara Islam lagi. Hal ini kerana kritikan merupakan topik utama dalam perbincangan pengetahuan ilmu-ilmu Islam. Kritikan juga terus berlaku selepas zaman kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu kritikan terhadap Al-Quran dan Hadith mula dihimpunkan pada zaman Abu Bakar dan Umar. Oleh hal yang demikian, timbul kesangsian terhadap kesahihannya. Dalam Islam terdapat beberapa kedah tertentu untuk melakukan kritikan dan kaedah dalam Islam telah digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu pada zaman moden ini.

Berdasarkan pendapat sesetengah sejarawan barat, kritikan sejarah bermula setelah berlakunya zaman kesedaran di Eropah, sekitar abad ke-18. Pendapat lain pula mengatakan kritikan sumber bermula apabila tokoh pesejarahan moden iaitu Leopord Von Ranke muncul pada abad ke-19. Ranke merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan penulisan sejarah. Melalui usaha-usahanya mengasaskan pengkajian rekod-rekod sejarah dengan mengadakan seminar yang dihadiri oleh ramai sejarawan. Mereka ini diberi latihan khusus terutama dalam pentafsiran secara kritikal terhadap sumber-sumber primer. Bermula disinilah arkib-arkib mula dikaji dan diselidiki buat pertama kali pada abad ke-19. Sejarah mula menjadi suatu disiplin ilmu moden pada abad ke-20. Ramai intelektual sejarah mula mempertikaikan kesahihan sejarah barat. Selama ini ia ditulis dengan mencampuradukkan cerit dongeng, mitos dan lagenda untuk menyedapkan lagi jalan cerita sejarah. Setelah menyelidiki sejarawan Islam, maka mereka telah cuba mempertikaikannya. Antara sejarawan Islam ialah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, danAl-Tabari. Al-Tabari antara sejarawan awal selepas hijrah yang yang memberi perhatian terhadap kebenaran sejarah. Beliau menggunakan kaedah lisan iaitu bertanya kepada orang-orang yang boleh dipercayai. Kritikan dalam penulisan sejarah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan ketulenan bukti sesuatu sumber. Hal ini kerana sesuatu sumber yang diperolehi itu tidak semestinya sumber yang tulen. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menguji kebenaran sesuatu fakta, untuk mentafsir, dan menilai sesuatu sumber. Ia juga bertujuan untuk membetulkan kesilapan dan kelemahan. Kritikan juga melibatkan usaha untuk mencari jawapan bagi soalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saksi yang melibatkan hal-hal yang berkaitan soal metafizik.

Selain itu ia juga bertujuan untuk mendapatkan sesuatu yang dipaparkan secara nyata serta untuk memastikan sesuatu sumber itu adalah lama atau baru ( muda atau tua ).

Kritikan dalam penulisan sejarah terbahagi kepada dua iaitu, kritikan luaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran bermaksud usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli itu dari sifat-sifat luarannya, iaitu yang lain dari keterangan isi kandungan sumber tersebut. Para ahli sejarah yang mencari sumber-sumber akan digunakan dalam kajian mereka haruslah bertolak dari andaian bahawa setiap bahan yang dijumpai harus diuji dahulu kebenaranya dengan mengemukakan beberapa persoalan terhadap sesuatu sumber termasuklah, dimana ia dihasilkan, siapa yang menghasilkannya dan daripada bahan apakah ia dihasilkan. Fokus utama kritikan luaran adalah untuk menentukan keaslian sesuatu sumber sejarah bertujuan memastikan sama ada tulen atau palsu. Hal ini mempunyai kaitan dengan perbuatan memalsukan sumber yang mungkin didorong oleh politik dan wang. Dalam sebuah kes pemalsuan terkemuka yang dikenali umum sebagai Donation of Constantine, pemalsuan dokumen itu dibuat untuk menyokong tuntutan pihak Paus keatas kawasan-kawasan yang satu ketika dahulu diperintah oleh Maharaja Constantine. Surat palsu ini telah dikeluarkan oleh seorang paderi Rom pada abad 8 T.M, atas nama Maharaja Constantine dan telah didedahkan sebagai palsu pada abad ke-15.Pemalsuan dokumen yang didorong untuk mendapatkan wang, contohnya pemalsuan Buku Harian Hitler yang dibuat untuk mencari kekayaan secara besar-besaran. Contoh-contoh permasalahan yang berkaitan kritikan sumber yang berpunca daripada kesangsian terhadap sumber ialah, kritikan terhadap kitab Injil kerana mempunyai banyak versi. Para sejarawan turut mempersoalkan adakah kitab Injil yang ada sekarang adalah yang asli dari segi isi kandungannya. Contohnya ayat yang

dikenali Comma Johannium atau 3 kesaksian langit iaitu anak, bapa dan roh kudus maka ketiga-tiga itu diintegritikan menjadi satu. Menurut Rev Dr. Charles Francis Potter, ayat ini suatu pemalsuan yang disengajakan malah untuk kesemua 25 ayat dalam pasal 21 injil St. John yang disunting oleh jemaah penyunting, menegaskan bahawa fasal ini ditambah kemudian oleh penyebar agama Kristian dan anak murid nabi Isa a.s. Begitu juga dengan keraguan yang timbul dikalangan umat islam iaitu dikalangan golongan Sunni dan Syiah. Bagi golongan Sunni, kitab al-Quran yang ada kini mengandungi 6000 ayat adalah yang sebenarnya tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan, tetapi bagi golongan Syiah yang berpegang kepada kitab Al-Kafi yang di karang oleh Al-Kulaini menyatakan bahawa al-Quran yang dikatakn asli oleh golongan Sunni itu sebenarnya telah hilang sejumlah 11000 ayat daripada keseluruhan 17000 ayat.

Begitu juga dengan kesangsian yang berlaku dalam sejarah falsafah klasik iaitu mengenai tokoh-tokoh besar seperti Socrates, beliau tidak meninggalkan sebarang tulisan, maka kita tidak dapat mengetahui riwayat dan pemikirannya yang sebenar. Kebanyakkan ketokohannya di ketahui daripada anak-anak muridnya terutamanya Plato. Di Nusantara masalah ketiadaan nama pengarang sudah menjadi ciri-ciri dalam teks-teks klasik. Begitu juga dengan Sastera Islam yang menghadapi masalah yang sama.

Terdapat beberapa kaedah untuk memastikan ketulenan sesuatu sumber itu seperti ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan, dan ujian bahan yang digunakan. Ujian kimia bertujuan menentukan umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen. Keadaan kertas, dakwat,dan cop di dalam sesebuah dokumen akan berubah mengikut peredaran masa dan pakar kimia boleh

memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak yang memilikinya. Contohnya seperti buku harian Hitler dan manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bualn April 1984 hingga Februari 1897 boleh disahkan tulen oleh seseorang pakar kimia yang akan menguji sama ada kertas dari dakwat yang digunakan itu sememangnya berumur lebih kurang 100 tahun. Ujian bahasa adalah untuk melihat ketulenan sesuatu dokumen. Gaya bahasa sentiasa berubah-ubah dari segi nahu, struktur ayat, istilah,ejaan, dan tanda baca. G.J.Garragan ada menyatakan bahawa gaya bahasa tulisan latin oleh Livy pada abad yang pertama adalah berbeza dengan gaya penulisan Latin oleh Einhara pada abad ke-9. Begitu juga dengan gaya penulisan Bahasa Melayu kini dengan gaya bahasa tulisan pada zaman klasik, Sejarah Melayu.

Ujian tulisan tangan pula hanya boleh dijalankan terhadap dokumen yang ditulis menggunakan tangan sahaja dan bukannya yang dicetak atau ditaip, seperti mana yang dinyatakan oleh Garragan, tulisan tangan mempunyai cirinya yang tersendiri. Contohnya pemalsuan buku harian Hitler yang mana semua catatan yang yang telah dibuat dalam tulisan tangan Hitler, termasuklah menurunkan tandatangan pada setiap muka buku. Pakar-pakar telah mengujinya dengan membandingkannya dengan dokumen lain yang ditulis oleh Hitler.

Akhir sekali ialah, Ujian bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen. Ujian ini akan menguji ketulenan bahan dengan menentukan sama ada bahan-bahan yang digunakan itu memang sudah wujud pada tarikh dokumen itu dibuat atau tidak. Contohnya jika dinyatakan kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T. M. boleh dikatakan dokumen itu

palsu kerana pada ketika itu hanya kulit kambing yang digunakan sebagai tempat menulis. Begitu juga kes pemalsuan buku harian Hitler yang dapat dibongkarkan dengan menggunakan ujian ini, iaitu dengan mendedahkan bahawa benang-benang yang digunakan (polyester) dalam penjilidan buku hanya mula digunakan pada tahun 1945 iaitu selepas kematian Hitler. Dalam menentukan ketulenan sesuatu sumber atau dokumen itu, pakar-pakar dalam ilmu lain seperti ilmu sains, kimia, linguistik, arkeologi dan sebagainya diperlukan bagi mengatasi masalah pemalsuan sumber walaupun tidak seratus peratus.

Kritikan dalaman pula berkaitan dengan kemunasabahan (credibility) sesuatu keterangan sama ada boleh dipercayai atau tidak kewarasan isi kandungan sumber tersebut. Hal ini telah mewujudkan persoalan tentang kebenaran, logik, dan rasional isi kandungan sesuatu sumber. Walaupun dari segi kritikan luaran sesuatu sumber mungkin asli dan tulen, namun jikalau kandungannya tidak munasabah, tentunya ia tidak harus dijadikan sebagai sumber sejarah. Asal- usul kritikan dalaman bermula apabila timbul kesedaran terhadap kepentingan mengkaji kewarasan sesuatu sumber kerana wujud rasa sangsi kepada kitab kitab suci, baik Perjanjian Lama (Taurat) mahupun Perjanjian Baru (Injil). Kebangkitan aliran Rasionalisme menyebabkan timbul anggapan bahawa kandungan kitab kitab itu tidak sahih kerana bertentangan dengan akal. Antara tokoh aliran Rasionalisme ialah Benedict Spinoza dan Emmanuel Kant. Pegangan ini menyebabkan terbentuknya aliran Higher Criticism yang mendakwa isi kandungan kitab Injil adalah bertentangan antara satu sama lain dan merupakan mitos semata mata. Antara tokoh aliran ini ialah Jeans Astruc (1684-1776) dan Julius Welhauson (1844-1722). Di samping itu juga terdapat golongan Deist yang menundukkan Injil di

bawah kuasa akal seperti Charles Blount dan John Toland. Tokoh golongan ini juga termasuklah Thomas Paine yang telah menulis The Age Of Reason dan Thomas Jefferson yang telah mempersembahkan Injilnya sendiri melalui The Jefferson Bible. Pembahagian antara kritikan dalaman dengan kritikan luaran telah diiktiraf oleh sekolah sekolah di Barat bermula dengan pembelajaran (Kritikan Sejarah) pada abad ke-19 dan sejak itulah mata pelajaran tersebut mula di tulis. Kritikan dalaman dan luaran perlu di pelajari kerana aspek ini ada hubungan antara satu sama lain.Sesuatu kajian sejarah tidak akan lengkap tanpa ada salah satu antara kedua duanya. Selepas kritikan luaran selesai dengan sempurna barulah ahli sejarah mula membuat proses kritikan dalaman .sebelum membuat kritikan dalaman dan pentafsiran, sejarawan perlu meneliti ketulenan sumber yang akan di gunakan terlebih dahulu . Terdapat pelbagai aspek penting yang perlu di beri perhatian ketika membuat kritikan terhadap sumber sejarah. Setiap sumber perlu di tapis untuk memastikan butiran sumber di ambil dari sumber yang boleh di pertanggungjawabkan. Perkara ini cukup penting untuk mengelakkan kesilapan fakta sejarah yang di kemukakan. Setiap fakta perlu diteliti terlebih dahulu dan tidak boleh hanya menerima maklumat terus dari saksi. Peranan ahli sejarah yang paling utama adalah untuk melakukan tafsiran secara rasional dari keterangan yang diberikan oleh pelaku atau saksi sesuatu kejadian. Pada peringkat ini fakta perlu dihalusi dan di teliti sedalam dalamnya. Jika wujud kesangsian ahli sejarah berhak menolaknya. Peraturan pertama yang digariskan dalam kerja kritikan adalah pengakuan bahawa semua sumber haruslah di tafsir tanpa pengecualian. Proses kritikan dalaman sebenarnya lebih banyak tertumpu kepada proses tafsiran ke atas isi kandungan sumber sumber sejarah. Terdapat pelbagai tahap tafsiran sumber yang perlu dibuat oleh ahli sejarah termasuklah tafsiran fakta dan tafsiran verbal. Tafsiran penting dalam usaha untuk menentukan keaslian kandungan sumber

setelah menentukan ketulenan fizikal sumber sumber tersebut. Pada dasarnya, tafsiran sumber perlu bersandarkan kepada lunas lunas kerasionalan. Sebenarnya kemunasabahan dan kebenaran sesuatu sumber boleh di kaji serta di teliti dengan menghubungkaitkan dengan persoalan `bila`, `siapa` dan `di mana`. Contohnya pengarang Tuhfat al Nafis ialah Raja Ali Haji yang juga merupakan seorang sejarawan, ulama, dan budayawan terkenal pada zamannya. Tuhfat al Nafis menceritakan tentang pemerintahan Raja raja Melayu sejak dari zaman Seri Teri Buana hinggalah kepada pembukaan Melaka seterusnya zaman Temenggung Abu Bakar menjadi sultan Johor. Beliau turut memasukkan nilai nilai agama dalam karyanya termasuklah melarang judi, zina dan menyuruh wanita menutup aurat. Di samping itu juga sejarawan perlu merujuk karya - karya lain zaman pemerintahan raja raja seperti yang dikemukakan oleh Raja Ali Haji. Tafsiran keatas idea yang di kemukakan perlu di buat untuk menentukan sama ada idea yang di kemukakan oleh penulis boleh di gunakan atau tidak. Lazimnya dengan mengetahui latar belakang penulis tersebut maka kita dapat mengetahui tentang sesuatu fakta yang di berikan. Seseorang penulis akan menulis mengikut matlamat, konsep, dan idea menerusi sudut pandangan mereka sendiri. Perbezaan dari segi pendekatan, tafsiran, dan keterangan tetap wujud walaupun kita mendapati penulis merupakan seorang sejarawan, pemerintah, atau ketua pada zaman yang sama dan tinggal di kawasan yang sama. Sejarawan perlu berhati hati terhadap idea dan fakta yang di berikan kerana di bimbangi pentafsiran mereka kurang tepat seterusnya dapat mengelakkan unsur kecondongan ( bias ) dalam sesuatu idea. Persoalan `bila` dan `di mana`juga merupakan persoalan yang penting untuk di

persoalkan oleh seseorang sejarawan dalam suatu keterangan sejarah. Misalnya Raja Ali Haji

tinggal di Pulau Penyengat, Riau manakala sejarawan lain yang turut menulis tentang kegiatan masyarakat Bugis pada awal dan pertengahan abad ke-19 pula berasal dari Tanah Melayu. Walaupun mereka pernah hidup sezaman tetapi tempatnya adalah berbeza.- beza. Perkara yang menjadi persoalan, fakta yang manakah perlu di beri keutamaan semasa meneliti sejarah

masyarakay Bugis. Sudah pastilah tulisan Raja Ali Haji perlu di beri perhatian kerana beliau pernah hidup pada zaman tersebut (1804 1870) dan telah berdepan dengan sosioekonomi masyarakat Bugis pada ketika itu. Tambahan pula, sikap beliau yang amat mementingkan penggunaan tarikh yang tepat dan menekankan penggunaan sumber sejarah yang berwibawa dan asli. Fakta yang di kemukakan oleh Raja Ali Haji juga lebih objektif jika di bandingkan dengan sejarawan yang menulis tentang masyarakat Bugis tetapi tidak pernah terlibat secara lansung dengan sosiopolitik masyarakat Bugis. Oleh itu, persoalan `bila` sejarawan tersebut terlibat dan di mana beliau tinggal pada masa kejadian tersebut sememangnya amat penting untuk menghasilkan karya yang objektif. Hal ini kerana semua fakta yang di berikan akan mempengaruhi keterangan, tafsiran dan nilai penulisan yang akan di tulis. Sejarawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji tetapi berlainan tempat dan hanya sekadar membaca atau mendengar cerita semata mata tentang peristiwa yang berlaku pada masa itu, sudah tentu hasil penulisannya akan berbeza sama sekali dengan fakta yang di kemukakan oleh Raja Ali Haji. Perkara yang sama juga akan berlaku jika sejarawan pada hari ini ingin menulis tentang masyarakat Bugis. Pandangan dan pentafsiran yang di kemukakan juga sudah tentu akan berbeza kerana sejarawan itu tidak pernah merasai kehidupan pada masa itu. Sejarawan perlu mengambil kira beberapa perkara penting sebelum membuat pengkajian rapi iaitu memahami bahasa, maksud tulisan penulis dan mengetahui niat,

ragam serta fikiran sama ada seseorang sejarawan itu prejudis atau sebaliknya. Hal ini akan memberi kesan kepada fakta yang di kemukakan sama ada boleh di terima ataupun tidak. Walaupun sesuatu sumber terdapat unsur bias ia tidak seharusnya di ketepikan begitu sahaja kerana ia mungkin berguna sebagai sumber sejarah .penggunaan bahasa sentiasa berubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain, Contohnya bahasa yang di gunakan oleh Raja Ali Haji berbeza dengan bahasa yang di gunakan sekarang . Beliau menggunakan Bahasa Melayu klasik. Oleh itu terdapat perkataan perkataan yang di gunakan oleh sejarawan perlu di tafsirkan semula dengan memberikan penjelasan yang terang dan nyata. Hal ini kerana setiap sejarawan mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang perkara yang ditulis. Di samping itu juga, penggunaan faktor faktor luaran juga amat penting untuk mempertahankan bahan sejarah seterusnya menjadikan sesuatu perbincangan itu bermatlamat. Perhatian perlu di berikan kepada kaedah asas dan matlamat sejarah. Namun, kemunasabahan sesuatu sumber bukan sekadar tertakluk kepada aspek yang di bincangkan di atas. Kini terdapat fakta sejarah yang di pertikaikan oleh sejarawan moden dengan melihat aspek aspek lain yang di rasakan munasabah untuk di kritik.Misalnya kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Arnold Toynbee telah mula di pertikai dan di kritik sehebat hebatnya. Beliau menyatakan Marco Polo yang merupakan pelayar berbangsa Itali telah sampai di Asia terutamanya China pada 1271 1295 melalui Laut Hitam dan Istanbul dan pernah singgah di istana Kublai Khan Kini kenyataan tersebut di anggap tidak benar oleh sejarawan moden atas alasan yang agak munasabah. Frances Wood dalam bukunya yang bertajuk Did Marco Polo Go To China mengatakan bahawa tiada bukti kukuh tentang kedatangan Marco Polo ke China adalah palsu semata mata. Terdapat

beberapa bukti kukuh tentang pemalsuan kenyataan Marco Polo berkenaan lawatannya ke China. Antaranya ialah Marco Polo gagal membuat kenyataan tentang budaya masyarakat Cina.

Вам также может понравиться