Вы находитесь на странице: 1из 4

Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh OBJEKTIF 1.

Antara yang berikut, domain yang manakah menjadi tujuan pendidikan sebenar? i Domain psikomotor iii. Domain afektif ii Domain kognitif iv. Domain efektif a. i dan ii c. I dan iv b. i,ii, dan iii d. Semua di atas

2. Apakah yang ditekankan di dalam domain afektif? a. Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan. b. Menekankan kemahiran otot atau motor c. pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan d. membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.

3. Siapakah yang memperkenalkan konsep Taksonomi Bloom? a. John Bloom c. Albert T. Bloom b. Benjamin S. Bloom d. Sir Alex Bloom

4. Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara. Berdasarkan soalan tersebut, apakah aras hierarki taksomi bloom yang digunakan? a. Aras pengetahuan c. Aras analisis b. Aras kefahaman d. Aras penilaian

5. Domain Krathwohl merupakan bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.Apakah jenis domain berdasar pernyataan tersebut? a. Domain psikomotor c. Domain afektif b. Domain kognitif d. Domain efektif

SUBJEKTIF 1. Apakah maksud Taksonomi? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah) 2. Berdasarkan Hierarki Taksonomi Bloom, berikan 3 aras sahaja bersama dengan contoh soalan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (6 markah) 3. Berikan lima aras Domain Krathwolth? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (5 markah)

Esei 1. Konsep Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Terangkan mengenai aras-aras yang terdapat di dalam Hierarki Taksonomi Bloom? (20 markah) 2. Terangkan mengenai aras-aras yang terdapat di dalam Domain Krathwolh (20 markah)

Jawapan Objektif 1. b 2. a 3. b Subjektif 1. Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. 2. Aras Pengetahuan - Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari Aras Kefahaman - Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. Ke manakah Fahrin pergi? Aras Analisis - Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama. 3. - Penerimaan - Gerakbalas - Penilaian - Organisasi - Perwatakan Esei 1.- Pengetahuan. Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. - Kefahaman. Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. - Aplikasi. Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain. 4. c 5. c

- Analisis. Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih. - Sintesis. Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. - Penilaian. Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. 2 - Penerimaan (pemerhatian) ialah kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih. Penerimaan (Pemerhatian) di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. - Gerak balas ialah persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalas. Membalas apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. - Menghargai ialah penerimaan sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan komitmen (kepercayaan). Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya. - Organisasi ialah mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Berdasarkan penghayatan / nilai estetik. -Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai ialah set am dan perwatakan perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.

Вам также может понравиться