Вы находитесь на странице: 1из 2

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan


mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari
hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada
Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri
Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya
Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan
ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk
kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali
semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana
beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan
individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar
telah dicairkan".
Organisasi
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau
lebih artikel yang relevan.
• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
• Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• Bahagian 4 - Persekutuan
• Bahagian 5 - Negeri-negeri
• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
• Bahagian 8 - Pilihanraya
• Bahagian 9 - Kehakiman
• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
• Bahagian 12 - Am dan pelbagai
• Bahagian 13 - Peruntukan sementara
• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Artikel
Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi
Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
Artikel 152
Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan
bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan
penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di
sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa
tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan
dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa
Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau
tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong,
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan
mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk
kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai
sebahagian daripada kontrak sosial.
Artikel 160
Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam
perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu
disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

Вам также может понравиться