Вы находитесь на странице: 1из 13

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA/ TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA I CTU551/TITAS1 JUN 2012 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (40 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)

2.

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B. i) ii) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baru.

3.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) ii) iii) Kertas Soalan Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti Kertas Jawapan Objektif- disediakan oleh Fakulti

4.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

BAHAGIAN A

Hitamkan | f l

jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1.

Apakah istilah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam membahaskan persoalan tamadun? A B C D Umran dan hadharah Hadharah dan madaniyah Madaniyah dan tamadun Hadhari dan madani

2.

Berikut ialah para sarjana Islam yang membicarakan ilmu ketamadunan, KECUALI: A B C D Muhammad Abduh Muhammad Farid Wajdi Malik Ben Nabi Muhammad al-Ghazali

3.

Apakah hubungan antara agama dengan tamadun? A B C D Agama dan tamadun meletakkan asas dalam mewujudkan stratifikasi sosial sesebuah masyarakat Tamadun silam tidak menampakkan kesan kehidupan beragama dalam masyarakatnya Agama dan tamadun melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti Semua tamadun dunia berteraskan doktrin agama dan kepercayaan samawi

4.

Apakah aspek-aspek asas bagi pembinaan masyarakat bertamadun? i ii iii iv A B C D Pengkhususan kerja Sistem perundangan Sistem tulisan Sistem perkhidmatan i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

5.

Interaksi antara tamadun telah mewujudkan kesan negatif dan positif. Apakah kesan positif interaksi tersebut? i ii iii iv A B C D Perkahwinan antara orang Arab dan Melayu Berlaku Perang Salib antara Islam dan Kristian Kemunculan zaman Renaisans dalam tamadun Barat Pengaruh dan penjajahan dunia Timur oleh Barat i dan ii i dan iii ii dan iv iii dan iv

6.

Tamadun Melayu turut terkesan dengan tamadun China hasil interaksi antara keduanya. Apakah bukti yang menunjukkan wujudnya pengaruh tamadun China dalam tamadun Melayu? A B C D Sistem tulisan Pandangan semesta Sistem pemerintahan Senibina bangunan

7.

Manakah antara berikut bukti pengaruh Hindu yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu? i ii iii iv A B C D Adat istiadat Raja-Raja Melayu Upacara tahnik (membelah mulut bayi) Upacara persandingan Amalan yoga i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

8.

Manakah antara nilai universal berikut menjadi kekuatan dalam tamadun Islam dan Asia? i ii iii iv A B C D Menekankan kepentingan dan kesucian keluarga Mementingkan kepimpinan yang bijaksana Mementingkan ilmu dan golongan yang berilmu Merujuk kepada ajaran tauhid dan nilai akhlak i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

9.

Pilih pentakrifan tamadun yang PALING TEPAT menurut perspektif Islam? A B C D Keluhuran budi pekerti yang berasaskan pencapaian rohani yang tinggi Kemampuan manusia menguasai segala bidang ilmu dan teknologi Peningkatan taraf kehidupan dan sosio-ekonomi berteraskan sains dan teknologi Pencapaian tertinggi manusia di dalam segala aspek kehidupan meliputi rohani dan jasmani

10.

Pilih ciri-ciri yang MENEPATI dengan keistimewaan tamadun Islam. i ii iii iv A B C D Menepati fitrah Bertoleransi dalam semua hal Seimbang dan sepadu Sejagat, tetap dan mutlak i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

11.

Al-Quran menggalakkan manusia membina tamadun dalam kehidupan mereka. Manakah huraian yang TIDAK BERKAITAN dengan pernyataan di atas. A B C D Kandungan al-Quran turut menyentuh persoalan sains dan teknologi Al-Quran membincangkan secara terperinci mengenai pembangunan dunia Al-Quran mengarahkan manusia berjihad menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran Al-Quran menekankan aspek keadilan dalam segala prinsip sosial

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

12.

Pilih sumber sekunder bagi tamadun Islam. i ii Hi iv A B C D Al-Hadis Al-ljmak Al-ljtihad Tamadun asing i, ii dan iii i, ii dan iv ii dan iii ii, iii dan iv

13.

Hijrah merupakan satu peristiwa penting dalam tamadun Islam. Apakah implikasi PALING SIGNIFIKAN penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah? A B C D Terbentuknya negara Islam Madinah Islam tersebar ke seluruh dunia Umat Islam terlepas daripada penindasan kafir Quraisy Terbentuknya Perlembagaan Madinah

14.

Pilih langkah-langkah yang diambil oleh Rasulullah SAW dalam proses pembinaan tamadun Islam di Madinah. i ii iii iv A B C D Membina masjid sebagai institusi kemasyarakatan Mengajak kaum musyrikin meninggalkan agama nenek moyang mereka Mengadakan perbincangan dan menjelaskan ajaran Islam Mewujudkan pusat rekreasi di sekitar kota Madinah i dan ii i dan iii ii dan iv iii dan iv

15.

Berikut adalah faktor yang menyumbang kepada pengaliran ilmu Islam ke Eropah, KECUALI: A B C D Penghijrahan keluar orang mozarab ke negara Eropah Hubungan dagang dengan negara-negara Eropah berjiran Penterjemahan karya-karya Islam ke bahasa Latin Serangan tentera Monggol ke atas Baghdad pada tahun 1256M

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

16.

Apakah sumbangan UTAMA Khalifah al-Makmun kepada perkembangan intelektual di dunia Islam? A B C D Menubuhkan Universiti al-Azhar di Mesir bagi menyaingi Universiti Cordova Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat kegiatan keintelektualan terunggul di dunia Memberi imbuhan kepada penyalin dan penulis manuskrip Yunani dan Arab Menyediakan kelas-kelas pembelajaran secara percuma kepada rakyat jelata

17.

Apakah sumbangan UTAMA pemerintah Islam pengetahuan dan kegiatan kesarjanaan di Andalus? A B

kepada

perkembangan

ilmu

Menaungi kegiatan kesarjanaan dan membangunkan institusi pengajian Mengasaskan perpustakaan diraja yang mengumpul semua manuskrip dalam pelbagai disiplin ilmu C Mengawalselia kemasukan sarjana asing ke Universiti Cordova dan Toledo D Mengadakan ujian khas bahasa Arab bagi calon yang memohon ke universiti di Andalus

18.

Berikut adalah bukti yang menyokong teori kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui Arab-Parsi, KECUALI: A B C D Cara bacaan al-Quran orang Melayu Mazhab Syafii yang diamalkan di Alam Melayu Penemuan Batu Bersurat di Terengganu Kewujudan keturunan Arab di Alam Melayu

19.

Apakah bukti UTAMA yang menunjukkan Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan Islam? A B C D Parameswara menganut agama Islam dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah Majoriti penduduk Melaka dan pedagang yang datang adalah beragama Islam Sistem pemerintahan yang berasaskan model kerajaan Abbasiyah dan Uthmaniyah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka berasaskan syariat Islam

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

Soalan no. 20 berdasarkan maklumat di bawah.

Munculselepas kejatuhan Kerajaan Islam Acheh. Banyak menghasilkan penulisan kitab jawi. Mendapat jolokan "an early center of Islam" dan "cradle of Islam in South East Asia".

20.

X ialah sebuah kerajaan Islam yang pernah muncul di Alam Melayu. Apakah nama kerajaan Islam yang mewakili X? A B C D Pasai Kelantan Patani Acheh

21.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai kesan dan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu di Nusantara? A B C D Mengekalkan unsur khurafat dan tahyul Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan Menolak kepercayaan animisme Mengurus masa mengikut waktu solat

22.

Apakah faktor pendorong kecemerlangan intelektual Islam di Alam Melayu? Galakan dan dorongan para pemerintah Menyelesaikan permasalahan berdasarkan akal dalam semua aspek Kesungguhan alim ulama dan para pedagang Tuntutan Islam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan

A dan ii B , iii dan iv C i, iii dan iv D Semua di atas


23. Berikut ialah tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang berpengaruh di Alam Melayu, KECUALI: A B C D Hamzah Fansuri Shamsuddin al-Sumatrani Syah Waliullah al-Dahlawi Syeikh Daud Fatani

i Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

24.

Manakah pernyataan yang BENAR mengenai tamadun India? A B C D Tamadun Tamadun Tamadun Tamadun India mempunyai hubungan yang rapat dengan tamadun Yunani Lembah Indus telah muncul sebagai tamadun yang unggul di India India wujud selepas kedatangan Islam ke Lembah Indus India tidak menyumbang kepada kegemilangan tamadun Melayu

25.

Manakah pernyataan yang TEPAT mengenai nilai mumi yang terdapat dalam tamadun India? A B C D Matlamat utama amalan yoga ialah mewujudkan manusia yang sihat secara fizikal Kehadiran angin dan air mempengaruhi tingkah laku manusia Semua yang wujud di alam ini dipengaruhi oleh Samsara dan Niradha Penghayatan konsep ahimsa menyebabkan seseorang itu berkelakuan baik

26.

Apakah yang dimaksudkan dengan Moksha dalam Purusartha (empat objektif mulia) menurut masyarakat India? A B C D Pencapaian kebebasan kerohanian Mencari kekayaan melalui cara yang halal Memperolehi ilmu keagamaan Mementingkan tanggungjawab sosial

27.

Doktrin Karma ialah salah satu konsep yang terdapat dalam falsafah Vedik yang menjadi asas kepada tamadun India. Apakah maksud doktrin tersebut? A B C D Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman Perbuatan, fikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan Perilaku seseorang dalam kehidupan terdahulu yang akan menentukan kehidupan akan datang Proses membersihkan diri daripada dosa-dosa yang lalu

28.

Apakah faktor PALING UTAMA penerimaan Islam di India? A B C D Keunggulan agama Islam Perkahwinan para pendakwah Penghapusan sistem perhambaan Pembelaan kaum wanita

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

29.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang sumbangan Islam terhadap perkembangan intelektual dalam tamadun India. i ii iii iv A B C D Kelahiran jemaah tabligh yang diasaskan oleh al-Kandahlawi Menterjemah kitab-kitab Veda ke dalam bahasa Arab Membawa kemajuan dalam pemikiran dan kemahiran hidup Melahirkan ramai ilmuwan Islam dalam bidang hadis i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

30.

Manakah pernyataan yang TEPAT mengenai zaman keunggulan pemerintahan Islam di India? A B C D Senibina kuil mempengaruhi binaan masjid dan kubu pertahanan Berlakunya penyebaran dakwah dan penubuhan kerajaan Islam Pemerintah Islam amat menghormati budaya tempatan Kemajuan ilmu dan ekonomi serta kepimpinan yang dinamik

31.

Bagaimanakah tamadun China mengangkat kedudukan wanita? A B C D Hantaran wajib diberikan oleh pengantin lelaki kepada isterinya Masyarakat Cina lebih suka mempunyai anak perempuan daripada anak lelaki Kegagalan wanita melahirkan anak perempuan boleh menjadi faktor perceraian Wanita merupakan agen pengekalan kepercayaan, adat resam dan tradisi Cina

32.

Pernyataan manakah TIDAK BENAR mengenai Tamadun China dalam bidang politik dan pemerintahan? A B C D Dinasti Tang ialah dinasti pertama yang mempunyai hubungan dengan tamadun Islam Hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam di Alam Melayu berlaku pada zaman Dinasti Ming Pegawai-pegawai kerajaan dilantik melalui peperiksaan berdasarkan buku LaoTze Pada zaman Dinasti Yuan, ilmuwan dari Asia Barat mendapat kedudukan tinggi dalam sistem pentadbiran

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

10

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

Soalan no. 33 berdasarkan maklumat di bawah.

Ajaran diperolehi daripada Analects (Lun Yu). Moral manusia membantu menjadi pemerintah yang baik. Kejujuran dan kebaikan menghalang huru-hara dan pecah belah.

33.

Tamadun China mempunyai beberapa aliran pemikiran yang mempengaruhi kehidupan masyarakatnya. Y merujuk kepada salah satu daripada pemikiran tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan Y? A B C D Taoisme Legalisme Buddhisme Konfucianisme

34.

Apakah faktor yang mendorong kepada perkembangan Islam di China? i ii iii iv Hubungan diplomatik antara negara China dengan Timur Tengah semenjak zaman pra-lslam Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid di Canton/Guangzhou Serangan orang Islam ke atas rumah-rumah ibadat pada zaman Dinasti Ming dan Tang Kebebasan yang diberikan oleh maharaja Dinasti Ming kepada para pendakwah bagi menyebarkan Islam. , ii dan iii , ii dan iv , iii dan iv i, iii dan iv

A B C D 35.

Siapakah antara tokoh berikut yang memberikan sumbangan perkembangan Islam di China? Saad bin Abi Waqas MaZhu Tariq bin Ziyad Yusuf Ma Dexing i, ii dan iii i, ii dan iv i dan iii ii, iii dan iv

besar kepada

ii iii iv A B C D

) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

11

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

36.

Manakah antara berikut merupakan cabaran peradaban abad ke-21M? Kemunculan Barat sebagai kuasa hegemonik Kuasa Barat melaksanakan dasar preemptive war Perpindahan nilai-nilai hidup masyarakat Barat secara maya Agenda Barat untuk mendominasi sistem kewangan Islam , dan iii dan iv i dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

Soalan no. 37 berdasarkan maklumat di bawah.

Penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu negara atau kumpulan ke atas negara atau kumpulan lain.

37.

Apakah yang dirujuk dengan huraian di atas? A B C D Globalisasi Hedonisme Sekularisme Hegemoni

38.

Apakah signifikan Pertubuhan OIC kepada negara-negara anggotanya? Medan untuk membincangkan kerjasama ekonomi Medan untuk menjalinkan kerjasama budaya Memperjuangkan pembebasan negara Islam yang dijajah Pakatan ketenteraan menentang musuh umat Islam dan ii , ii dan iii i dan iii i, iii dan iv

i ii v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

12

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

39.

Konsep jihad sering disalahertikan oleh masyarakat Barat sehingga menimbulkan konflik antara Islam dan Barat. Manakah pernyataan yang merujuk kepada jihad dalam Islam? A B C D Konsep jihad sebenar ialah berperang fi sabilillah dengan bersungguh-sungguh Jihad menentang hawa nafsu tidak diperlukan untuk orang-orang yang bertakwa Jihad yang paling utama ialah berjuang menegakkan agama dan syariat Allah Jihad bertujuan menjaga kesejahteraan umat Islam yang minoriti dalam sesebuah negara

40.

Apakah langkah yang diambil oleh memperkembangkan dialog peradaban? i ii iii iv

pihak

berwajib

di

Malaysia

untuk

Pengenalan subjek Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Memperbanyakkan program dialog peradaban untuk disiarkan di media elektronik pada waktu puncak Saranan menubuhkan Akademi Pengajian Peradaban di Institusi Pengajian Tinggi Penganjuran program yang menyemai semangat taksub kepada agama dan kepercayaan masing-masing i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

13

IE/JUN 2012/CTU551/TITAS1

BAHAGIAN B

SOALAN 1 Setiap tamadun dalam lipatan sejarah bermula dengan pembinaan, perkembangan, kemerosotan dan akhirnya keruntuhan. Berdasarkan pemyataan di atas, jelaskan: a) TIGA (3) pengaruh Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia. (9 markah) b) DUA (2) faktor keruntuhan sesebuah tamadun. (6 markah) SOALAN 2 Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun awal dunia yang telah berkembang lebih daripada 4000 tahun. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan: a) DUA (2) kepentingan memahami dan mempelajari tamadun China. (6 markah) b) TIGA (3) nilai murni dari aspek sosial dalam tamadun China yang boleh diaplikasi oleh masyarakat Malaysia pada hah ini. (9 markah)

SOALAN 3 Bincangkan perkara-perkara berikut: a) DUA (2) kepentingan dialog peradaban dalam masyarakat multi etnik di Malaysia. (6 markah) b) TIGA (3) kesan pengabaian jihad dalam kehidupan masyarakat Islam kini. (9 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

Вам также может понравиться

  • Peranan Tamadun Melayu Dalam Membina Tamadun Malaysia
    Peranan Tamadun Melayu Dalam Membina Tamadun Malaysia
    Документ13 страниц
    Peranan Tamadun Melayu Dalam Membina Tamadun Malaysia
    F-DUS 7
    95% (91)
  • Definisi, Konsep, Objektif Tamadun (TITAS) ASSIGNMENT
    Definisi, Konsep, Objektif Tamadun (TITAS) ASSIGNMENT
    Документ9 страниц
    Definisi, Konsep, Objektif Tamadun (TITAS) ASSIGNMENT
    Gyenna Kacit
    Оценок пока нет
  • Tamadun Melayu
    Tamadun Melayu
    Документ12 страниц
    Tamadun Melayu
    SYAZANI IRFAN
    Оценок пока нет
  • Ctu551 1
    Ctu551 1
    Документ17 страниц
    Ctu551 1
    Tan TeongSheng
    Оценок пока нет
  • CTU551 Apr 2009 - UiTM PDF
    CTU551 Apr 2009 - UiTM PDF
    Документ18 страниц
    CTU551 Apr 2009 - UiTM PDF
    shaherawafi
    Оценок пока нет
  • CTU551
    CTU551
    Документ19 страниц
    CTU551
    Ina Kasim
    Оценок пока нет
  • CTU151
    CTU151
    Документ14 страниц
    CTU151
    Nur Athirah Muhamad Sobri
    Оценок пока нет
  • CTU151
    CTU151
    Документ13 страниц
    CTU151
    HaJi Dent
    Оценок пока нет
  • Ctu551 Titas1-2
    Ctu551 Titas1-2
    Документ12 страниц
    Ctu551 Titas1-2
    qistina_ayu
    Оценок пока нет
  • Titas Paper
    Titas Paper
    Документ18 страниц
    Titas Paper
    niva gooi shee chee
    100% (1)
  • Ctu101 (Oct 2010)
    Ctu101 (Oct 2010)
    Документ14 страниц
    Ctu101 (Oct 2010)
    namutree
    Оценок пока нет
  • Kuiz Titas-Bab 2
    Kuiz Titas-Bab 2
    Документ22 страницы
    Kuiz Titas-Bab 2
    Kristin Teh
    Оценок пока нет
  • CTU101
    CTU101
    Документ14 страниц
    CTU101
    geubrinaria
    Оценок пока нет
  • Jawapan Titas Mac 2016
    Jawapan Titas Mac 2016
    Документ13 страниц
    Jawapan Titas Mac 2016
    fairul redzuan
    Оценок пока нет
  • CTU101
    CTU101
    Документ14 страниц
    CTU101
    AishahAzam
    0% (1)
  • Ctu101 1-56
    Ctu101 1-56
    Документ16 страниц
    Ctu101 1-56
    lady G
    Оценок пока нет
  • Titas Final Exam
    Titas Final Exam
    Документ8 страниц
    Titas Final Exam
    Blance Albert
    Оценок пока нет
  • Mpu 31231
    Mpu 31231
    Документ13 страниц
    Mpu 31231
    Joycewong
    Оценок пока нет
  • Kuiz Pemahaman 2
    Kuiz Pemahaman 2
    Документ21 страница
    Kuiz Pemahaman 2
    Patricia Thia
    Оценок пока нет
  • Ctu101 Past Year PDF
    Ctu101 Past Year PDF
    Документ14 страниц
    Ctu101 Past Year PDF
    RABIAHTUL ADAWIYAH
    Оценок пока нет
  • Mpu 3122 (Tamadun Islam)
    Mpu 3122 (Tamadun Islam)
    Документ20 страниц
    Mpu 3122 (Tamadun Islam)
    Nur Syarafana
    Оценок пока нет
  • Topik Tugasan 201610 1
    Topik Tugasan 201610 1
    Документ5 страниц
    Topik Tugasan 201610 1
    CHOO XIUWEN MKA201013
    Оценок пока нет
  • HE Past Year 2
    HE Past Year 2
    Документ64 страницы
    HE Past Year 2
    Kadir Say's
    Оценок пока нет
  • Mpu3052 (Kuiz)
    Mpu3052 (Kuiz)
    Документ8 страниц
    Mpu3052 (Kuiz)
    Kannan Raguraman
    100% (1)
  • Titas Set 1 Sesi II 2021-2022
    Titas Set 1 Sesi II 2021-2022
    Документ12 страниц
    Titas Set 1 Sesi II 2021-2022
    NUR JIHAN RAFAR
    Оценок пока нет
  • Ctu 151
    Ctu 151
    Документ18 страниц
    Ctu 151
    AzimZakwan
    0% (1)
  • Titas Nota
    Titas Nota
    Документ19 страниц
    Titas Nota
    Munirah Harun
    Оценок пока нет
  • PENGAKUAN
    PENGAKUAN
    Документ49 страниц
    PENGAKUAN
    ArDenisJemol
    Оценок пока нет
  • Jawapan
    Jawapan
    Документ3 страницы
    Jawapan
    Aziemah Shamsudin
    Оценок пока нет
  • Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
    Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
    Документ4 страницы
    Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
    elandlinny1436
    Оценок пока нет
  • Bab1 Part 1
    Bab1 Part 1
    Документ58 страниц
    Bab1 Part 1
    Anonymous XpakVbJYDS
    Оценок пока нет
  • Konsep Ketamadunan Islam Dan Barat
    Konsep Ketamadunan Islam Dan Barat
    Документ21 страница
    Konsep Ketamadunan Islam Dan Barat
    ki_uum6554
    Оценок пока нет
  • Uitm CTU Past Year Exam Paper
    Uitm CTU Past Year Exam Paper
    Документ20 страниц
    Uitm CTU Past Year Exam Paper
    AizuddinHakimBenny
    100% (2)
  • Ctu553 2
    Ctu553 2
    Документ14 страниц
    Ctu553 2
    Abu
    Оценок пока нет
  • Haziq Mpu PDF
    Haziq Mpu PDF
    Документ14 страниц
    Haziq Mpu PDF
    Azim Haizi
    Оценок пока нет
  • K.kursus 2011 Titas
    K.kursus 2011 Titas
    Документ45 страниц
    K.kursus 2011 Titas
    sabreeni
    Оценок пока нет
  • Past Year Paper
    Past Year Paper
    Документ10 страниц
    Past Year Paper
    Ida Loh
    Оценок пока нет
  • 69 - Siti Rokiah Ab Rahman
    69 - Siti Rokiah Ab Rahman
    Документ7 страниц
    69 - Siti Rokiah Ab Rahman
    Chin Hua Chong
    Оценок пока нет
  • Soalan Titas Waj3101 2013
    Soalan Titas Waj3101 2013
    Документ9 страниц
    Soalan Titas Waj3101 2013
    Edaham Ismail
    Оценок пока нет
  • Soalan Tugasan TITAS
    Soalan Tugasan TITAS
    Документ6 страниц
    Soalan Tugasan TITAS
    محمد عطليزين درليس
    Оценок пока нет
  • Mpu3123 Past Year Questions
    Mpu3123 Past Year Questions
    Документ30 страниц
    Mpu3123 Past Year Questions
    Ida Loh
    Оценок пока нет
  • Etika 2.0
    Etika 2.0
    Документ17 страниц
    Etika 2.0
    irfan syafiq
    Оценок пока нет
  • Nota 1
    Nota 1
    Документ14 страниц
    Nota 1
    Annuar Bin Ariffin
    Оценок пока нет
  • Kuiz Pemahaman 1
    Kuiz Pemahaman 1
    Документ21 страница
    Kuiz Pemahaman 1
    Patricia Thia
    Оценок пока нет
  • CTU553
    CTU553
    Документ16 страниц
    CTU553
    DanafAffan
    Оценок пока нет
  • Konsep Asas Tamadun Islam
    Konsep Asas Tamadun Islam
    Документ95 страниц
    Konsep Asas Tamadun Islam
    Tyson Sim Kwong Hua
    Оценок пока нет