Вы находитесь на странице: 1из 1

TEKS PRA-U PENGAJIAN AM Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-75-5

TEKS PRA-U
Pengajian Am Kertas 2
Karangan Disiplin Sains

Tajuk 20
Manusia kini dijangkiti pelbagai penyakit. Kajian yang dijalankan
telah membuktikan bahawa kemunculan penyakit tersebut
disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sempurna dan gaya
hidup yang kurang sihat.
Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua contoh amalan pemakanan yang
tidak sempurna dan dua contoh gaya hidup yang kurang sihat yang
menimbulkan penyakit.

Isi-isi
Amalan pemakanan yang tidak sempurna
► diet yang tidak seimbang; misalnya kekurangan vitamin A, C, dan E
boleh menyebabkan penyaklit jantung; kekurangan kalsium boleh
menyebabkan osteoporosis; kelebihan kolesterol menyebabkan penyakit
jantung dan darah tinggi
► gemar akan makanan segera; mengandungi perisa, pewarna, dan
pengawet; menyebabkan ulser perut, gastrik, dll

Gaya hidup yang kurang sihat


► merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru; kegiatan seks rambang
memudahkan orang dijangkit penyakit AIDS
► tekanan kerja yang keterlaluan; menyebabkan penyakit jantung, sakit
jiwa, dll

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

Вам также может понравиться