Вы находитесь на странице: 1из 3

Penanda wacana

➢ Penanda wacana adalah kata-kata atau rangkai kata atau frasa yang
menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran.
➢ Mengikut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan
atau yang mengikuti perenggan-perenggan itu.
➢ Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dan
frasa.
➢ Fungsi penanda wacana adalah menghubungkan dua ayat menjadi dua ayat
atau menghubungkan perenggan dengan perenggan.
➢ Lima jenis penanada wacana dalam bahasa melayu iaitu:
✔ Penanda penghubung
✔ Penanda rujukan
✔ Penanda penggantian
✔ Penanada leksikel atau perkataan
✔ Penanda ellipsis atau pengguguran

✔ Penanda penghubung
• Penanda penghubung adalah perkataan atau frasa yang menghubung
sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain.
• Empat jenis penanda penhubung iaitu:
– Penghubung tambahan
 Memberi maklumat kepada sesuatu perkara yang
diperkatakan sebelumnya.
 Contoh : penanda wacana : dan, lalu, malahan, tambahan
pula, lebih2 lagi, di samping itu, selanjutnya
– Penghubung tentangan
 Pertentangan maklumat antara sesuatu yang baru dengan
yang sebelumnya.
 Contoh penanda wacana : tetapi, sebaliknya, namun, namun
begitu, walaubagaimanapun
 Contoh : ali dan keluarga berpindah ke Bandar pada tahun
lalu. Namun hatinya masih teringatkan kampung halaman
– Penghubung musabab
 Yang merupakan sebab berlakunya sesuatu perkara.
 Contoh penanda wacana : oleh sebab, oleh itu, oleh
demikian, kerana, dengan itu, maka itu.
 Contoh : sebenarnya semua pihak patut rasa terpanggil
untuk menangani masalah ini dalam masyarakat ini. Dengan
itu, kejayaan dapat dicapai dengan segera.
✔ Penghubung tempoh
✔ Menunjukkan antara masa atau siri berlakunya sesuatu.
✔ Contoh penanada wacana : pertama, seterusnya, kemudian,
selanjutnya, selepas itu, maka akhirnya.
✔ Contoh : mula-mula saya di suruh duduk, kemudian diajak
berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya.

✔ Penanda rujukan
• Ganti nama yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan dan frasa
yang lain. Ganti nama yang digunakan ialah kata ganti nama diri nama
orang pertama, kedua dan ketiga, dan kata ganti tunjuk
• Contoh : ayah, ibu dan saya bertolak ke Jakarta pada pukul 9.30 pagi.
Kami berlepas di lapangan terbang KLIA.

✔ Penanda penggantian
• Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa yang
lain. Penanda wacana terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, klausa
• contoh : penagihan dadah merupakan satu masalah besar ini negara
kita. Kerajaan sedang menyusun langkah untuk banteras gejala ini.

✔ Penanda leksikal
• Melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui
pengulangan kata. Unsur pengulangan terdiri daripada perkataan
yang sama, sinonim, hiponim (perkataan yang umum dengan yang
khusus maknanya., kolokasi (pengulangan perkataan yang
kehadirannya saling berkait.
• Contoh:-Guru mengucapkan tahniah kepada abang atas kejayaannya.
- Kami juga turut mengucapkan tahniah
- sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Semua orang
bersetuju bahawa tempat itu sungguh indah (sinonim).
- Pasar mini itu menjual jenis ikan :, ada tenggiri, kembung,
bawal.
- Abang suka menonton bola sepak. Babak yang paling
digemarinya ialah tendangan percuma dan tendangan sudut.
(kolokasi).

✔ Ellipsis atau pengguguran


• Melibatkan pengguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan
dalam ayat sebelumnya.
• Contoh : minggu lalu kak Esah dan keluarganya bercuti di Port
Dickson. Demikian juga keluarga kami.

Вам также может понравиться