Вы находитесь на странице: 1из 7

BAHAGIAN 1

PEM BINAAN JADUAL PENENTU UJIAN

ARAHAN:
Anda dikehendaki membina satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) untuk satu ujian akhir
semester yang mengandungi 50 item objektif bagi mata pelajaran yang anda akan mengajar
di sekolah menengah nanti (iaitu mengikut mata pelajaran major anda di universiti).

Bersama-sama JPU yang dibina itu, anda juga dikehendaki:


(1.1) Menyertakan satu salinan fotostat sukatan pelajaran bagi semester yang anda telah
pilih untuk membina JPU. ( Anda perlu menyertakan bahagian sukatan pelajaran
yang berkenaan sahaja)

(1.2) Menyenaraikan langkah-langkah yang anda telah lalui dalam membina JPU
berkenaan.
1.1 SUKATAN PELAJARAN
Sukatan Pelajaran bagi tahun 2009 di lampirkan pada Lampiran 1

1.2 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JPU


1.2.1 Paksi tegak dan paksi ufuk dibina
Paksi
ufuk

Paksi
tegak

1.2.2 Paksi tegak digunakan untuk merekodkan isi kandungan ujian


Isi kandungan ujian merangkumi topik dan subtopik yang ditentukan
berdasarkan sukatan matapelajaran. Bagi peperiksaan akhir tahun
matapelajaran perdagangan tingkatan 4, berdasarkan sukatan matapelajaran
bilangan topik yang dipilih adalah empat topik akhir iaitu topik 4 hingga topik
7. Topik dan subtopik tersebut adalah seperti berikut:
DIMENSI ISI KANDUNGAN
TOPIK 4 – PERNIAGAAN ANTARABANGSA
4.1 Perniagaan antarabangsa
4.2 Perniagaan import, eksport, entrepot
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa

TOPIK 5 – INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)


5.1 Maksud IKS
5.2 Ciri-ciri IKS
5.3 Kegiatan IKS
5.4 Kepentingan IKS
5.5 Kaitan IKS dengan Industri Berat
5.6 Masalah-masalah IKS

TOPIK 6 - PEMILIKAN PERNIAGAAN


6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan

TOPIK 7 – PELABURAN
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan am melabur

1.2.3 Paksi ufuk digunakan untuk merekodkan dimensi kemahiran


Kemahiran dikategorikan dengan menggunakan istilah-istilah spesifik.
Terdapat beberapa skema yang boleh digunakan bagi menentukan aras
kemahiran setiap item yang diuji. Bagi kertas soalan peperiksaan ini,
kemahiran dikategorikan kepada empat jenis kemahiran berdasarkan skema
Taksanomi Bloom iaitu Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi dan Analisis. Pada
paksi ini juga disertakan ruangan bilangan dan peratusan soalan bagi setiap
jenis kemahiran.
Paksi Ufuk
Topik Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis
Perniagaan
Antarabangsa
Paksi Tegak
Industri Kecil
dan
Sederhana
Pemilikan
Perniagaan
Pelaburan

1.2.4 Menentukan pemberatan relatif dimensi isi kandungan dan kemahiran


Kertas soalan peperiksaan akhir tahun matapelajaran perdagangan tingkatan
empat ini dibangunkan merangkumi 50 soalan.

Berdasarkan 50 soalan tersebut, bilangan soalan dibahagikan mengikut topik


dan subtopik yang telah dipilih. Bilangan soalan bagi setiap topik ditentukan
dengan membahagikan jumlah soalan mengikut nisbah pemberatan sesuatu
topik iaitu jumlah jam kredit yang diperuntukkan bagi setiap topik. Jumlah
jam kredit yang paling tinggi dikategorikan mempunyai pemberat yang
tertinggi. Berikut adalah turutan topik dan jumlah item bagi setiap topik:
Topik Jumlah item yang diperuntukkan
Pemilikan Perniagaan 16
Pelaburan 14
Perniagaan Antarabangsa 13
Industri Kecil dan Sederhana 7
JUMLAH ITEM 50

Setelah itu, jumlah item mengikut topik direkod dan dipastikan jumlah item
adalah sama dengan bilangan soalan dalam ujian. Seterusnya, bagi setiap
topik, bilangan soalan akan dibahagikan mengikut setiap kategori kemahiran.
Berikut adalah senarai soalan mengikut topik dan kemahiran.
Topik Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis JUMLAH

Pemilikan
8 8 16
Perniagaan
Pelaburan 5 5 2 2 14

Perniagaan
4 5 2 2 13
Antarabangsa

Industri
Kecil dan 2 2 1 2 7
Sederhana

JUMLAH
19 20 5 6 50
ITEM

Setelah dipastikan jumlah soalan adalah sama, jumlah soalan bagi setiap topik
dan kemahiran dibahagikan mengikut jumlah subtopik.
1.3 JADUAL PENENTU UJIAN
DIMENSI KEMAHIRAN JUMLAH
DIMENSI
DIMENSI ISI KANDUNGAN Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis
KANDUNGAN
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
TOPIK 4 – PERNIAGAAN ANTARABANGSA
4.1 Perniagaan antarabangsa 1 2 4 8 5 10
4.2 Perniagaan import, eksport, entrepot 2 4 2 4 2 4 6 12
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa 1 2 1 2 2 4

TOPIK 5 – INDUSTRI KECIL DAN


SEDERHANA (IKS)
5.1 Maksud IKS 2 4 2 4
5.2 Ciri-ciri IKS 1 2 1 2
5.3 Kegiatan IKS 1 2 1 2
5.4 Kepentingan IKS 1 2 1 2
5.5 Kaitan IKS dengan Industri Berat 1 2 1 2
5.6 Masalah-masalah IKS 1 2 1 2

TOPIK 6 - PEMILIKAN PERNIAGAAN


6.1 Memulakan Perniagaan 3 6 2 4 5 10
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan 3 6 4 8 7 14
6.3 Penswastaan 2 4 2 4 4 8

TOPIK 7 – PELABURAN
7.1 Pelaburan 2 4 2 4
7.2 Jenis Pelaburan 3 6 5 10 8 16
7.3 Panduan am melabur 2 4 2 4 4 8

JUMLAH DIMENSI TINGKAH LAKU 19 38 20 40 5 10 6 12 50 100

Вам также может понравиться